45
Khutbah Multimedia ISLAM CINTA KEBERSIHAN 07 Mac 2014/ 05 Jamadilawal 1435h

islam_cinta_kebersihan_0.pptx

Embed Size (px)

Citation preview

PowerPoint Presentation

Khutbah MultimediaISLAM CINTA KEBERSIHAN07 Mac 2014/ 05 Jamadilawal 1435hPujian Kepada Allah S.W.T. Segala puji-pujian hanya bagi Allah S.W.T.223

Syahadah Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Esa.

Aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah hambaNya dan rasulNya.4

4Selawat Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kamiNabi Muhammad SAW, keluarga dan seluruh sahabatnya.55Pesanan Takwa Bertakwalah kepada Allah S.W.T. dengan sebenar-benar takwa, sesungguhnya berjayalah orang-orang bertakwa.66Seruan :Meninggalkan segala laranganNyaMelaksanakan segala perintahNyaMarilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya 7Tajuk khutbah hari ini

ISLAM CINTA KEBERSIHAN

Dalam Islam amalan menjaga kebersihan menjadi satu tuntutan keimanan

Islam amat menyukai orang yang cintakan kebersihan serta sentiasa menjaga kebersihan

Firman Allah SWT Dalam Surah Al-baqarah Ayat 222:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.Rasulullah SAW memperhalusi dengan meletakkan kebersihan itu kepada dua bahagian Kebersihan Diri Atau JasmaniKebersihan JiwaRasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Kebersihan adalah setengah dari keimanan dan (ucapan/dzikir) alhamdulillah akan memenuhi timbangan. Subhanallah dan Alhamdulillah keduanya akan memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Solat adalah cahaya, sedekah adalah burhan (petunjuk), kesabaran adalah cahaya yang terang benderang dan al-Qur'an dapat menjadi hujjah yang dapat membela atau memberatkan kita. Setiap manusia berusaha, ada di antara mereka yang dengan usahanya akan memerdekakan dirinya (dari api neraka), dan ada pula yang dengan usahanya itu merosak dirinya. (Riwayat Muslim)Islam sangat menggalakkan umatnya mensucikan diri daripada hadas kecil mahupun hadas besar sebelum melakukan ibadah sunat atau wajibSeseorang yang ingin mendirikan solat perlulah terlebih dahulu memastikan diri, pakaian dan tempat solatnya bersih dan terhindar dari segala najis

Umat Islam juga hendaklah peka dan bertanggungjawab untuk menjadikan tempat-tempat ibadah seperti masjid dan surau agar sentiasa dalam keadaan bersih

Masjid dan surau juga tidak dicemari dengan kekotoran atau bau-bauan busuk sama ada daripada binatang atau daripada buah-buahan dan ulam-ulaman yang boleh mendatangkan rasa kurang selesa bagi para jemaah.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Bahawasanya masjid ini tidak boleh dicemari oleh najis dan kekotoran kerana ia adalah tempat untuk berzikir kepada Allah SWT dan membaca al-Quran. (Riwayat Muslim).Ramai dari kalangan umat Islam tidak menghayati tuntutan menjaga kebersihanTanggungjawab masing-masing selalunya diserahkan kepada pihak lainIslam telah menetapkan menjaga kebersihan merupakan tanggungjawab bersama

Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah menyatakan bahawa:

Sunnah Rasulullah SAW datang dengan membawa ajaran untuk menghindari kekotoran yang ada pada tubuh badan manusia, sebagaimana dia juga datang dengan membawa ajaran bagi menghindari kekotoran rohani.

Di luar kawasan rumah, jangan ada sungai atau anak-anaksungai yang tercemar kerana akibatnya akan berlaku keracunan airnyaMerebaknya pelbagai penyakit seperti kolera, cirit birit, denggi, keracunan makanan, penyakit kulit dan sebagainya yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia

ISLAM AMAT MENGGALAKKAN UMATNYA BUKAN SEKADAR MENJAGA KEBERSIHAN DIRI SENDIRI MALAHAN MELIBATKAN KELUARGA, MASYARAKAT, PERSEKITARAN DAN NEGARASemoga dengan amalan kebersihan oleh semua pihak dari segi zahiriah dan batiniah akan mewujudkan suasana yang harmoni sesama manusiaBerdasarkan kepada laporan daripada Jabatan kesihatan, kebelakangan ini terdapat peningkatan ketara bilangan kes kes demam denggi Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan MalaysiaMenunjukkan bahawa sepanjang Januari hingga awal Mac 2014, sebanyak 18,165 kes denggi dilaporkan, peningkatan sebanyak 316 peratus berbanding 4,370 kes dalam tempoh yang sama pada 2013Sama-sama menjaga kebersihan terutamanya mencegah pembiakan nyamuk aedes, dengan memastikan tempat air bertakung, sisa pepejal, sampah sarap diurus dengan baik dan persekitaran senantiasa bersih Bagaimana mungkin kita mahu mencapai kesempurnaan iman jika aspek kebersihan kita abaikan?. Mimbar yang mulia ini menyeru

Sampah sarap yang tidak diurus dengan baik akan menjadikan longkang-longkang tersumbat dan seterusnya boleh mengundang pelbagai jenis penyakit yang merebak

Bahawa amalan menjaga kebersihan ini, jika tidak direncana dengan tersusun ia akan merosakkan persekitaran dan akan menghancurkan kehidupan Bertanyalah kepada diri kita, adakah kita sanggup menjerumuskan diri dan ahli keluarga kita dalam kemudaratan dan penyakit yang berbahaya seumpama ini?

Marilah kita mulai hari ini sama-sama berazam untuk menjadikan kita muslim yang mempraktikkan amalan menjaga kebersihanYAKINLAH PILIHAN BERADA DI TANGAN KITAFirman Allah SWT Dalam Surah Al-maidah Ayat 6:

Bermaksud: Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan(mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur30 . 31

.Pujian Kepada Allah S.W.T.3232 .Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Esa. Aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW adalah hambaNya dan RasulNya.33 Bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan bersama-samalah dengan orang-orang yang benar34 35Surah al-Ahzab : Ayat 56Allah S.W.T. berfirman :36 36 . 37Ya Allah, ampunkanlah dosa golongan muslimin dan muslimat, sama ada yang masih hidup atau yang telah mati. Doa :3838 Ya Allah anugerahkanlah rahmat ke atas Raja-raja kami dan pemimpin-pemimpin kami yang melaksanakan kebenaran dan menegakkan keadilan.Doa :3939

40 Ya Allah jadikanlah Malaysia dan seluruh negara kaum Muslimin dalam keadaan aman dan damai.Doa :4141Ya Tuhan kami, janganlah engkau mengubah hati kami selepas Engkau memberi hidayah kepada kami dan kurniakanlah kami rahmat di sisiMu sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi. Doa :4242Ya Allah, Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami dengan kebaikan di dunia dan di akhirat, serta jauhilah kami daripada azab api neraka. Doa :434344 45