1
Kemahiran Pemikiran Sejarah Memahami kronologi Membuat imaginasi Membuat interpretasi Meneroka bukti Membuat rasionalisasi Memahami kronologi bermaksud melihat masa lalu, kini dan masa akan datang mengikut urutan sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Sebagai contoh pelajar tingkatan satu yang telah belajar tentang zaman pra sejarah, dapat melakar carta masa yang menunjukkan kehidupan zaman pra sejarah seperti Paleolitik, Neolitik dan Logam. Melalui pemahaman kronologi ini para pelajar dapat membuat perkaitan antara masa lalu dengan masa kini. Kemahiran ini mengenalpasti sumber pertama dan kedua serta membuat perbandingan antara kedua-dua sumber tersebut, di samping mendapat maklumat daripadanya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru bagi menerapkan kemahiran meneroka bukti ialah dengan mengarahkan pelajar berfikir dan meneroka bukti tentang mengapa kerajaan-kerajaan maritim wujud di tepi pantai. Bermaksud membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa dengan memberi ulasan dan kupasan. Dengan itu pelajar akan lebih memahami perkaitan antara fakta Sejarah dan tafsiran Sejarah dengan baik. Kemahiran membuat interpretasi ini juga bermakna masa lalu yang boleh difahami melalui pemerhatian dan interpretasi yang sistematik dapat membantu kita hidup dengan lebih baik pada masa hadapan (Paul & Elder, 2006). Kemahiran imaginasi ialah secara visual dan empati. Empati misalnya merujuk kepada seseorang yang menilai sejarah menurut kacamata sumber atau subjek sejarah yang terlibat, contohnya untuk menilai tindakan kenapa Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura dari Malaysia, maka kita perlu meletakkan diri kita pada tempat Tunku pada ketika keputusan penting tersebut hendak diambil. Cara ini boleh menjelaskan kepada kita mengapa tindakan itu diambil. Melibatkan penggunaan akal dalam membuat pertimbangan yang wajar dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Para pelajar perlu mempunyai kemahiran mengumpul data, membuat hipotesis, menentukan signifikan bukti dan membuat inferens daripada data yang dikumpul. Kemahiran ini membolehkan kita mendapat pengetahuan yang penting daripada kajian masa lalu yang seterusnya membimbing kita untuk membuat keputusan yang lebih baik pada masa hadapan (Paul & Elder, 2006).

ISL sejarah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sejarah kaedah pengajaran

Citation preview

  • Kemahiran Pemikiran Sejarah

    Memahami kronologi Membuat imaginasi Membuat interpretasi Meneroka bukti Membuat rasionalisasi

    Memahami kronologi

    bermaksud melihat

    masa lalu, kini dan masa

    akan datang mengikut

    urutan sesuatu peristiwa

    sejarah yang berlaku.

    Sebagai contoh pelajar

    tingkatan satu yang

    telah belajar tentang

    zaman pra sejarah,

    dapat melakar carta

    masa yang

    menunjukkan kehidupan

    zaman pra sejarah

    seperti Paleolitik,

    Neolitik dan Logam.

    Melalui pemahaman

    kronologi ini para pelajar

    dapat membuat

    perkaitan antara masa

    lalu dengan masa kini.

    Kemahiran ini

    mengenalpasti sumber

    pertama dan kedua

    serta membuat

    perbandingan antara

    kedua-dua sumber

    tersebut, di samping

    mendapat maklumat

    daripadanya. Antara

    aktiviti yang boleh

    dijalankan oleh guru

    bagi menerapkan

    kemahiran meneroka

    bukti ialah dengan

    mengarahkan pelajar

    berfikir dan meneroka

    bukti tentang mengapa

    kerajaan-kerajaan

    maritim wujud di tepi

    pantai.

    Bermaksud membuat

    tafsiran terhadap

    sesuatu peristiwa

    dengan memberi ulasan

    dan kupasan. Dengan

    itu pelajar akan lebih

    memahami perkaitan

    antara fakta Sejarah dan

    tafsiran Sejarah dengan

    baik. Kemahiran

    membuat interpretasi ini

    juga bermakna masa

    lalu yang boleh difahami

    melalui pemerhatian dan

    interpretasi yang

    sistematik dapat

    membantu kita hidup

    dengan lebih baik pada

    masa hadapan (Paul &

    Elder, 2006).

    Kemahiran imaginasi

    ialah secara visual dan

    empati. Empati

    misalnya merujuk

    kepada seseorang

    yang menilai sejarah

    menurut kacamata

    sumber atau subjek

    sejarah yang terlibat,

    contohnya untuk

    menilai tindakan

    kenapa Tunku Abdul

    Rahman mengeluarkan

    Singapura dari

    Malaysia, maka kita

    perlu meletakkan diri

    kita pada tempat Tunku

    pada ketika keputusan

    penting tersebut

    hendak diambil. Cara

    ini boleh menjelaskan

    kepada kita mengapa

    tindakan itu diambil.

    Melibatkan penggunaan

    akal dalam membuat

    pertimbangan yang wajar

    dalam menyelesaikan

    sesuatu permasalahan.

    Para pelajar perlu

    mempunyai kemahiran

    mengumpul data,

    membuat hipotesis,

    menentukan signifikan

    bukti dan membuat

    inferens daripada data

    yang dikumpul.

    Kemahiran ini

    membolehkan kita

    mendapat pengetahuan

    yang penting daripada

    kajian masa lalu yang

    seterusnya membimbing

    kita untuk membuat

    keputusan yang lebih

    baik pada masa hadapan

    (Paul & Elder, 2006).

    AcerHighlight

    AcerHighlight

    AcerHighlight

    AcerHighlight

    AcerHighlight