ISL Minggu 6

Embed Size (px)

Citation preview

ISL Minggu 6 : Layari internet dan kumpul maklumat berkaitan aplikasi anggaran

dalam situasi sebenar kehidupan seharian.

Anggaran memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian manusia. Sebenarnya setiap hari kita semua tidak terlepas daripada membuat anggaran. Membuat anggaran bukan sahaja dapat membantu

menjimatkan masa, malah dapat melatih kita untuk membuat perancangan terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu urusan contohnya urusan jual beli. Antara aplikasi anggaran dalam situasi sebenar kehidupan seharian kita ialah:y

Seorang ayah menentukan jumlah cat yang diperlukan untuk mengubahsuai dapur

y

Azman membuat belanjawan bulanan berdasarkan gaji yang diperolehinya setiap bulan

y

Seorang doktor menentukan tarikh bersalin seorang pesakit nya yang sedang hamil 3 bulan

y

Seorang suri rumah membuat senarai awal barangan keperluan beserta harga yang ingin dibelinya di pasar raya

y y

Seorang pekebun membuat anggaran keluasan kebun yang dimilikinya Ibu membuat anggaran kuantiti makanan yang ingin dis ediakan bagi makan malam yang akan dihadiri oleh kaum keluarga dan jiran tetangga

y

Seorang majikan membuat anggaran tentang jumlah untung dan rugi yang bakal diperoleh syarikatnya dalam projek terbaru

y

Penganjur sebuah konsert membuat anggaran jumlah penonto n yang akan menyaksikan persembahan tersebut di stadium

Justeru, berdasarkan contoh-contoh yang telah diberikan seperti yang tersenarai di atas, tidak dapat kita nafikan bahawa kita tidak pernah lari daripada membuat anggaran dalam kehidupan seharian kita . Selain dapat melatih otak kita supaya berfikir sebelum melakukan sesuatu urusan, membuat anggaran juga mem bantu kita untuk berjimat cermat terutama sekali dalam urusan jual beli. Disediakan oleh: Suriati, Zulaikha,Siti Nur Zulaikha, Nur Adibah