12
Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 29 PENYELESAIAN MASALAH SECARA-BERKELOMPOK: SEBAB-SEBAB PENGGUNAAN DAN CADANGAN PENGENDALIAN KAUNSELING-KELOMPOK BERKESAN Rafidah Aga Mohd Jaladin Universiti Malaya Noh Haji Amit Universiti Malaysia Sabah This article raises an issue pertaining to the lack of group counseling practice as a means of solving problems in the Malaysian context. The article also discusses several possible reasons in using and conducting effective group counseling for problem solving. Firstly, it highlights the definition and group counseling's goals. Secondly, it elaborates the reasons in using effective group counseling for problem solving. These are: to allow members to share their experiences, elicit a sense of belongingness among each other; have an opportunity to practise among members .. accept varied feedback; and stimulate vicarious learning. Thirdly, it discusses the potential factors contributing to the lack of group counseling practice in Malaysia. Lastly, it discusses a proposed model in conducting effective group counseling for problem solving in school setting. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Great Britain, kaunseling-kelompok bukanlah sesuatu yang luar bias a di dalam komuniti kesihatan mental dan kaunseling. Rata-rata penduduk di kedua-dua negara tersebut telah menjadikan kaunseling-kelompok sebagai sebahagian daripada eara hidup mereka dalam menjamin kesejahteraan diri dan kehidupan yang bermakna (Corey & Corey, 1997). Kaunseling-kelompok juga disama tarafkan dengan kaunseling-individu yang mana ia mempunyai kepentingan tertentu yang sesuai untuk sebahagian individu dalam menangani masalah. Ada klien yang lebih mendapat manfaat daripada kaunseling-individu, dan ada juga yang mendapat lebih manfaat daripada kaunseling-kelompok (Corey & Corey, 1997; Jacobs, Harvill, & Masson, 2003). Apa yang lebih penting ialah kaunselor hams memiliki kemahiran tinggi dalam menentukan intervensi kaunseling yang manakah lebih sesuai untuk seseorang individu itu. Bagaimana pun, senario yang berbeza berlaku di Malaysia di mana kaunseling-ke- lompok kurang mendapat tempat di kalangan penduduknya. Kaunseling-kelompok hanya popular di sekolah-seko1ah sahaja dan popularitinya tidaklah sehebat kaunseling-individu (Suradi Salim, 1993) meskipun para penyelidik telah membuktikan keberkesanannya se- bagai satu intervensi kaunseling yang terapeutik dalam menangani sesuatu masalah (Borders & Drury, 1992; Jacobs et al., 2003). Tambahan pula, ia masih kurang dipraktik- kan di institusi, agensi mahupun di badan-badan kerajaan atau swasta. Adakah faktor kurang kefahaman dan kemahiran tentang kaunseling-kelompok yang menjadi punca kurang sambutan terhadap intervensi ini? Atau pun mungkin faktor kurang pendedahan maklumat mengenai keberkesanan intervensi kaunseling-kelompok yang

intervensi kaunseling kelompok

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: intervensi kaunseling kelompok

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 29

PENYELESAIAN MASALAH SECARA-BERKELOMPOK:SEBAB-SEBAB PENGGUNAAN DAN CADANGAN

PENGENDALIAN KAUNSELING-KELOMPOK BERKESAN

Rafidah Aga Mohd Jaladin

Universiti Malaya

Noh Haji Amit

Universiti Malaysia Sabah

This article raises an issue pertaining to the lack of group counseling practice asa means of solving problems in the Malaysian context. The article also discussesseveral possible reasons in using and conducting effective group counseling forproblem solving. Firstly, it highlights the definition and group counseling's goals.Secondly, it elaborates the reasons in using effective group counseling forproblem solving. These are: to allow members to share their experiences, elicit asense of belongingness among each other; have an opportunity to practise amongmembers .. accept varied feedback; and stimulate vicarious learning. Thirdly, itdiscusses the potential factors contributing to the lack of group counselingpractice in Malaysia. Lastly, it discusses a proposed model in conducting effectivegroup counseling for problem solving in school setting.

Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Great Britain, kaunseling-kelompokbukanlah sesuatu yang luar bias a di dalam komuniti kesihatan mental dan kaunseling.Rata-rata penduduk di kedua-dua negara tersebut telah menjadikan kaunseling-kelompoksebagai sebahagian daripada eara hidup mereka dalam menjamin kesejahteraan diri dankehidupan yang bermakna (Corey & Corey, 1997). Kaunseling-kelompok juga disamatarafkan dengan kaunseling-individu yang mana ia mempunyai kepentingan tertentu yangsesuai untuk sebahagian individu dalam menangani masalah. Ada klien yang lebihmendapat manfaat daripada kaunseling-individu, dan ada juga yang mendapat lebihmanfaat daripada kaunseling-kelompok (Corey & Corey, 1997; Jacobs, Harvill, &Masson, 2003). Apa yang lebih penting ialah kaunselor hams memiliki kemahiran tinggidalam menentukan intervensi kaunseling yang manakah lebih sesuai untuk seseorangindividu itu.

Bagaimana pun, senario yang berbeza berlaku di Malaysia di mana kaunseling-ke-lompok kurang mendapat tempat di kalangan penduduknya. Kaunseling-kelompok hanyapopular di sekolah-seko1ah sahaja dan popularitinya tidaklah sehebat kaunseling-individu(Suradi Salim, 1993) meskipun para penyelidik telah membuktikan keberkesanannya se-bagai satu intervensi kaunseling yang terapeutik dalam menangani sesuatu masalah(Borders & Drury, 1992; Jacobs et al., 2003). Tambahan pula, ia masih kurang dipraktik-kan di institusi, agensi mahupun di badan-badan kerajaan atau swasta.

Adakah faktor kurang kefahaman dan kemahiran tentang kaunseling-kelompok yangmenjadi punca kurang sambutan terhadap intervensi ini? Atau pun mungkin faktorkurang pendedahan maklumat mengenai keberkesanan intervensi kaunseling-kelompokyang

Page 2: intervensi kaunseling kelompok

30 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

menjadi salah satu punca utama. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan persoalan-persoalan yang ada hubungannya dengan kaunseling-kelompok terutama sekali mengenaisebab-sebab penggunaannya untuk menyelesaikan masalah; punca-punca kurangpengamalannya di Malaysia; dan bagaimana ianya boleh dikendalikan melalui cadanganpengendalian kaunseling-kelompok berkesan di sekolah.

Definisi, Pengertian dan Matlamat Kaunseling Kelompok

Kelompok boleh didefinisikan sebagai mengumpulkan beberapa orang individu yang ber-interaksi serta mempunyai hubungan psikologi antara satu sarna lain (Be, 1997)sementara kaunseling-ke1ompok merujuk kepada proses interpersonal yangmementingkan fikiran, perasaan dan tingkah laku secara sedar (Corey, 1989). MenurutPersatuan Pakar-pakar di dalam Kerja Kelompok (Association for Specialists in GroupWork, ASGW), kaunselingkelompok merujuk kepada proses menolong ataupenyempumaan tugas-tugas tertentu di dalam suasana berkelompok. Ia melibatkanpenggunaan teori dan proses kelompok oleh seseorang yang berkemahiran tinggi danprofesional untuk membantu sekelompok individu yang saling bergantung dalarnmencapai matlamat bersama (Corey & Corey, 1997).

Pada dasarnya, kaunseling-kelompok adalah berorientasikan masalah, yang manakandungan dan fokusnya ditentukan oleh ahli-ahli kelompok itu sendiri, Fungsi terapinyaterletak dalam suasana yang mengalu-alukan, percaya-mempercayai, faham-memahami,menerima dan memberi sokongan. Fungsi terapi ini wujud dalam satu kelompok kecilyang biasanya terdiri daripada lapan hingga dua belas ahli yang rela berkongsi masalahperibadi dengan lain-lain ahli dan juga kaunselor (Gazda, Duncan, & Meadoes, 1967dIm. Ee, 1997). Ahli-ahli kelompok ini pada dasamya terdiri daripada individu-individuyang bias a - masih boleh berfungsi dengan baik dan masalah-masalah mereka hanyabersifat sementara dan tidak memerlukan perubahan besar personaliti. AhU bolehmenggunakan interaksi dan hubungan terapeutik antara lain-lain ahli untuk meningkatkankefahaman dan penerimaan nilai-nilai dan matlarnat-matlamat hidup atau membuatperubahan tingkah laku yang tidak diingini (ZuraidahAbdul Rahman, 1996).

Sebaliknya, Ohlsen (1977 dIm. Ee, 1997) berpendapat kaunseling-kelompokmerupakan suatu perhubungan yang unik di mana klien berasa selamat dan selesa untukmembincangkan apa sahaja yang mengganggu perasaan dan fikiran mereka, selain untukmengenal pasti tingkah laku barn yang diingini; mengamalkan kemahiran-kemahiran asasantara individu; dan melakukan tingkah laku yang barn. Ada juga yang berpendapat ba-hawa kaunseling-kelompok adalah suatu proses dinamik, interpersonal dan intrapersonalyang pada mulanya adalah perasaan-perasaan dan tingkah laku ahli-ahli dalam kelompokitu (Jacobs et al., 2003). Pemimpinnya adalah seorang kaunselor terlatih yang berupayamewujudkan suasana terapeutik iaitu saling percaya mempercayai; terbuka; bertanggung-jawab; dan saling bergantung antara satu sarna lain melalui proses-proses terapi sepertifaham memahami, penerimaan dan pengurusan konflik. Kelompok ini terdiri daripadaahli-ahli yang normal dan mereka berhajat meneari kefahaman yang lebih mendalammengenai diri sendiri dan juga orang lain supaya mereka dapat mengendalikan situasi-situasi perkembangan (Durkin, 1995).

Hansen, Warner, dan Smith (1980) pula mengatakan kaunseling kelompok sebagaisuatu perhubungan di antara kaunselor atau pemimpin dengan beberapa orang klien atauahli-ahli. Fokusnya bertemakan pencegahan dan rawatan. Kaunseling yang berorientasi-

Page 3: intervensi kaunseling kelompok

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 31

kan pencegahan membantu ahli-ahli menyelesaikan masalah sebelum ia bertambah rumit.Sementara bagi individu yang sedang menghadapi masalah, kaunseling kelompok meng-gerakkannya untuk berubah. Kelompok sebegini adalah lebih berkesan kerana seseorangahli akan merasa lebih selamat dan lebih rela menerima maklum balas daripada ahli-ahliyang lain.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa kaunseling-kelom-pok merupakan satu pendekatan yang boleh digunakan oleh kaunselor terlatih untukmemberi pertolongan berkesan kepada beberapa orang individu normal yang sedangmenghadapi masalah harian yang normal dalam satu jangka masa yang sama. Pendekatanini bukan sahaja berfokus kepada penyembuhan (penyelesaian masalah) malahmerangkumi aspek mencegah dan menggalakkan perkembangan (Zuraidah AbdulRahman, 1996). Ia berbeza dengan konsep kelompok bimbingan dan juga kelompokterapi kerana pendekatan kelompok bimbingan tertumpu kepada pencegahan danpenggalakan perkembangan semasa sementara kelompok terapi hanya tertumpu kepadapenyembuhan (Zuraidah Abdul Rahman, 1996). Meskipun ada banyak pendapat yangcuba menghuraikan konsep kaunseling kelompok ini, namun kesemuanya mempunyaimatlamat-matlamat, teknikteknik dan peranan pemimpin yang berbeza-beza mengikutteori-teori kelompok yang dijadikan as as intervensi (Corey, 1989).

Sebab-sebab Menggunakan Kelompok untuk Menyelesaikan Masalah

Sepertimana yang telah dibincangkan sebelum ini, terdapat sesetengah individu mendapatlebih manfaat daripada kaunseling individu, dan sebahagian yang lain mungkin mendapatfaedah selepas menjalani kaunseling-kelompok. Oleh itu, kaunselor haruslah mempunyaikemahiran-kemahiran yang tinggi untuk mengenal pasti individu manakah dan jenis ma-salah apakah yang boleh ditangani menggunakan intervensi tertentu - sama ada kaunsel-ing individu ataupun kaunseling kelompok.

Zuraidah Abdul Rahman (1996) menggariskan lapan keperluan individu yang akanmendapat lebih manfaat daripada kaunseling kelompok: 1) Individu yang perlu mempela-jari dan memaharni pelbagai jenis manusia yang berbeza-beza dan bagaimana merekamemandang sesuatu isu atau perkara; 2) Individu yang perlu mempelajari bagaimanamenghormati orang lain, terutama orang asing, atau berbeza dengan diri mereka; 3)Individu yang perlu mempelajari kemahiran sosial seperti kemahiran berhubung denganorang lain dengan cara berkomunikasi yang berkesan; 4) Individu yang perlu berkongsisesuatu dengan orang lain untuk merasai dirinya dipunyai; 5) Individu yang bolehberbincang mengenai kebimbangan mereka, nilai hidup, dan masalah-masalah yangdihadapi; 6) Individu yang perlukan reaksi orang lain mengenai masalah dankebimbangan mereka; 7) Individu yang memerlukan sokongan rakan sebaya yang lebihbererti kepadanya; dan 8) Individu yang suka me lib atkan diri dalam kaunseling danboleh memilih untuk menarik diri jika keadaan mengancam.

Secara amnya, hanya individu yang memiliki pemikiran yang terbuka, berkeinginanuntuk bersosial, dan tiada/kurang mempunyai kemahiran so sial sahaja yang sesuai diban-tu melalui kaunseling kelompok. Sementara dari segi jenis permasalahan yang sesuaidirujuk dan ditangani dalam kaunseling kelompok ialah: 1) Masalah yang berorientasikanintelektual dan rasional berbanding dengan masalah yang melibatkan gangguan emosiyang mendalam; 2) Masalah yang masih di dalam peringkat sedar dan bersifat semen-

Page 4: intervensi kaunseling kelompok

32 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

tara; dan 3) Masalah yang tidak melibatkan perubahan personaliti yang meluas. Jacobs etat. (2003) menghuraikan sebab-sebab atau faedah-faedah menggunakan kelompok untukmenyelesaikan masalah. Antara sebab-sebab utama yang digariskan oleh mereka dalamapa jua jenis kelompok merangkumi aspek keberkesanan dan kepelbagaian dalam sumbermaklumat dan pandangan. Ramai penyelidik telah membuktikan bahawa menggunakankelompok dalam menyelesaikan masalah adalah lebih berkesan daripada menggunakancara tradisi - bersemuka satu dengan satu di dalam kaunseling individu (Corey, 1989; Co-rey & Corey, 1997; Ee, 1997; ZuraidahAbdul Rahman, 1996). Bukan sahaja penggunaanke1ompok dapat menjimatkan masa, tenaga dan sumber keperluan tetapi ia mampu men-jadi wadah ke arah perkembangan kendiri, sosial dan interpersonal. Contohnya, seorangkaunselor sekolah yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan dan perkem-bangan pe1ajar-pelajar sekolah akan lebih mudah dan berkesan dalam membimbing danmenolong hampir semua pelajar sekiranya melaksanakannya melalui intervensi kaun-seling-kelompok berbanding dengan kaunseling individu.

Pendekatan kaunseling-kelompok yang banyak menitik beratkan perkongsian mak-lumat, penyelesaian masalah, dan penjelajahan kendiri, mampu memberi manfaat kepadaahli-ahli dalam mendapatkan pelbagai pandangan dan sumber maklumat rujukan. AWi-ahli mempunyai kepelbagaian dalam idea, nilai, dan pandangan. Oleh itu, perkongsianmaklumat di dalam sesi akan membina suatu pengalaman menarik dan berguna danmenggambarkan kehidupan yang sebenar. Maklum balas ahli-ahli terhadap masalah-masalah yang dibincangkanjuga membina satu ruang rujuk untuk membantu ahli yangbermasalah menyesuaikan diri dengan norma-norma kelompok yang merupakansebahagian daripada norma-norma masyarakat sekeliling (Zuraidah Abdul Rahman,1996). Dengan ini, ahli-ahli akan lebih bersedia untuk menghadapi kehidupan sebenar diluar sesi tanpa perlu melalui perubahan personaliti yang mendadak.

Jacobs et al. (2003) juga telah mengenal pasti sebab-sebab umum ataupun kelebi-han-kelebihan yang terdapat pada kelompok terapi; kelompok pertumbuhan; dan kelom-pok sokongan yang mendorong individu untuk menggunakannya dalam menyelesaikanmasalah mereka. Sebab pertama, ahli dapat merasai perkongsian pengalaman yang agaksarna, contohnya, kelompok yang dibina atas dasar homogeneity yang mana ahli-ahlinyaadalah sekumpulan ibu bapa yang pernah kehilangan anak, remaja-remaja yang sedangmengandung luar nikah, wanita-wanita yang barn diceraikan, atau bekas-bekas perajuritperang. Perasaan berkongsi pengalaman yang sama ini adalah sangat berguna dan tera-peutik untuk semua ahli dan tidak mungkin dapat dirasai dalam kaunseling-individu.Kedua, ahli dapat merasai pengalaman belongingness ataupun dipunyai yang manaperasaan seperti ini merupakan salah satu keperluan as as psikologi individu yang amatpenting untuk disempurnakan (Maslow, 1970) bertujuan membantu perkembangan per-sonaliti yang sihat.

Ketiga, ahli berpeluang melatih sesama ahli di dalam suasana kelompok yang se-lamat. Dalam proses membantu seseorang individu, adalah sangat penting bagi individutersebut mempraktikkan lebih dahulu segala kemahiran dan perubahan sikap yang merekatelah pelajari di dalam sesi yang mempunyai persekitaran yang selarnat dan membina, se-belum mereka mengaplikasikannya di dalam persekitaran sebenar. Contohnya, pemimpinkelompok boleh mengadakan main peranan, raptai, latihan-latihan kemahiran dan komu-nikasi bagi tujuan persediaan.

Page 5: intervensi kaunseling kelompok

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 33

Keempat, ahli berpeluang mendapat maklum balas yang berbagai-bagai dari lain-lainahli selepas sesuatu latihan dilakukan semasa sesi. Maklum balas sebegini amat pentingbagi ahli-ahli untuk tujuan memperbaiki did dari aspek persepsi dan tingkah laku sebelumberhadapan dengan masyarakat (Jacobs et al., 2003; ZuraidahAbdul Rahman, 1996).

Kelima, penyelesaian masalah secara kelompok akan dapat mewujudkan pembela-jaran secara langsung mahupun secara tidak langsung (pembelajaran vikarius). Ahli yangmelibatkan diri secara aktif di dalam sesi akan mendapat manfaat menerusi pembelajaransecara langsung. Sementara ahli yang pendiam dan kurang berinteraksi masih jugamendapat rnanfaat yang sarna tetapi menerusi pembelajaran yang dirasakan atau dialamisecara tidak langsung.

Keenam, kelompok merupakan refleksi kepada masyarakat sebenar yang akanmenguji tahap kesediaan ahli berhadapan dengan dunia sebenar. Kelompok juga menjadiruang rujuk yang selamat untuk ahli memantapkan lagi persediaan mereka untukmenghadapi cabaran-cabaran di luar sesi kelompok.

Ketujuh, penyelesaian masalah secara kelompok menjadikan ahli lebih komited ter-hadap perubahan yang dialaminya di dalam sesi kerana perubahan tersebut telah disak-sikan oleh rakan-rakan sekelompoknya. Berkongsi matlamat, keazaman, sokongan dantakut mengeeewakan rakan ahli yang lain akan menjadi faktor pendorong ke arah peruba-han tingkah laku yang berkekalan.

Walaupun banyak kelebihan kaunseling-kelompok berbanding dengan kaunseling in-dividu yang dibineangkan sebelum ini tetapi amat sedikit penggunaannya di Malaysia.Mengapa perkara ini terjadi? Apakah faktor-faktor penyumbang yang boleh menjelaskanpunea kurangnya amalan kaunseling-kelompok di Malaysia?

Kurang Pengamalan Kaunseling-kelompok di Malaysia:Faktor-faktor Penyumbang

Merujuk kepada konteks Malaysia, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepadakurangnya pengamalan kaunseling-kelompok di negara ini. Antara faktor-faktor yangtelah dikenal pasti adalah: 1) Isu pengenalan Akta Kaunselor 1998; 2) Kekurangan bi-langan pakar kaunselor; 3) Sikap dan kurang kesedaran masyarakat Malaysia; dan 4)Kurangnya us aha mempromosi kaunseling-kelompok di kalangan masyarakat tempatan.

Pertama, pada tahun 1998, kerajaan telah mernperkenalkan dan meluluskan AktaKaunselor 1998 (Akta 580) yang mernberi garis panduan dan peruntukan perundanganberhubung dengan pendaftaran dan pengamalan kaunseling di Malaysia. Akta ini menjadiamaran awal yang keras kepada pengamal kaunseling yang tidak berkelayakan yangsebelum ini yang menggelar diri rnereka kaunselor berdaftar, kaunselor bertauliah atauapa sahaja gelaran yang membawa maksud yang sama (Haji Mohd Mansor Abdullah,2003). Oleh yang demikian, pelaksanaan undang-undang ini seeara tidak langsungmengurangkan pengamalan kaunseling dan seterusnya mendorong kepada kurangnyaamalan kaunseling-kelompok di Malaysia.

Kedua, bilangan pakar kaunselor yang terhad di dalam perkhidmatan dan pengama-lan kaunseling di Malaysia. Ini kerana bentuk-bentuk pendidikan dan latihan yangmereka perolehi kurang menyediakan diri mereka sebagai pengamal kaunseling-kelompok yang kompeten dan berkesan apabila mengadakan sesi kaunseling denganklien. Apatah lagi, untuk menjadi seorang pengamal kaunseling-kelornpok (group work)yang berkesan se-

Page 6: intervensi kaunseling kelompok

34 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

seorang itu memerlukan latihan dan penyeliaan yang bersesuaian daripada pakar yangberkaitan dengan kaunseling-kelompok.

Selain dari itu, pendekatan-pendekatan kaunselor yang sedia ada juga kurangmenekankan pengamalan atau pemberian perkhidmatan kaunseling-kelompok. lni keranaada pengamal yang cenderung untuk menawarkan atau mengamalkan kaunseling individusemata-mata. Sekiranya ada pengamal yang menawarkan perkhidmatan kaunseling-kelompok, bentuk-bentuk bayaran yang disediakan pula mungkin terlalu mahal yang diluar kemampuan orang awam selaku penerima perkhidmatan kaunseling.

Ketiga, masalah sikap dan kurangnya kesedaran masyarakat Malaysia terhadapperkhidmatan kaunseling itu sendiri. lni kerana sikap masyarakat kita terhadap ke-pentingan dan keperluan kaunseling masih di tahap kurang memuaskan. Perkara inimenyebabkan masyarakat belum bersedia menerima perkhidmatan kaunseling kelompok.Antara faktor yang menyumbang kepada kurangnya kesediaan masyarakat terhadapperkhidmatan kaunseling-kelompok adalah disebabkan: 1) Budaya atau psikologimasyarakat Malaysia yang tidak terbuka di dalam menyelesaikan masalah melaluiperkongsian dengan orang lain; 2) Sikap ego sebilangan anggota masyarakat dan tang-gapan bahawa masalah peribadi mereka adalah masalah mereka yang harus merekaselesaikan sendiri; 3) Sikap masyarakat yang masih berahsia berhubung dengan ke-hidupan dan masalah peribadi mereka - yang turut menyumbang kepada jurang sosial; 4)Sikap masyarakat berhubung dengan kesediaan membayar caj atau yuran perkhidmatanyang dikenakan oleh pengamal dan institusi yang menawarkan perkhidmatan kaunseling;dan 5) Masyarakat masih belum dipupuk berhubung dengan keperluan dan kepentinganperkhidmatan kaunseling-kelompok terhadap kehidupan dan perkembangan peribadimereka.

Keempat, kurangnya usaha mempromosi dan mendidik kesedaran masyarakat ter-hadap perkhidmatan kaunseling di Malaysia. Sebenarnya, usaha-usaha mempromosikeperluan dan kepentingan kaunseling untuk kesejahteraan masyarakat masih kurang diMalaysia. Oleh itu, usaha-usaha promosi ini harus digembeling dan ditingkatkan olehbadan-badan kerajaan, swasta dan sukarela serta individu yang terbabit dengankaunseling kelompok. Bahkan, kelompok sasaran promosi ini seharusnya menyeluruhmerangkumi golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak. Usaha-usaha menyemai danmendidik kesedaran ini penting di peringkat awal perkembangan kanak-kanak kerana iaakan mendidik golongan muda untuk lebih melihat dan memahami rasional keperluandan kepentingan kaunseling amnya dan kaunseling-kelompok khasnya.

Jelas sekali keempat-empat faktor tersebut secara tidak langsung menyumbang ke-pada kurangnya pengamalan kaunseling-kelompok di Malaysia. Perkara ini perlu diambililia di dalam memahami senario kurangnya pengamalan kaunseling-kelompok di negarakita, selain ia juga boleh dijadikan panduan dalam mempromosi dan mendidik kesedaranmasyarakat berhubung keperluan dan kepentingan kaunseling di Malaysia. Satu carayang boleh menyumbang ke arah peningkatan penggunaan dan pengamalan kaunseling-kelompok di Malaysia ialah dengan memperbaiki dan meningkatkan kualiti pengamalanyang sedia ada di sekolah-sekolah.

Page 7: intervensi kaunseling kelompok

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 35

Cadangan Pengendalian Kaunseling-kelompok Berkesan di Sekolah

Setelah mengenal pasti kelebihan-kelebihan penyelesaian masalah secara kelompok makasatu cadangan bagaimana kaunseling kelompok patut dikendalikan menjadi fokus artikelini. Cadangan ini dikhususkan untuk mengendalikan kaunseling-kelompok di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Sepertimana yang diketahui, kaunseling-kelompok disekolah membawa peranan yang lebih besar di dalam membantu pelajar berkembang ber-banding dengan kaunseling-individu.·Bagaimanapun,masih terdapatkekurangan GuruBimbingan dan Kaunseling terlatih untuk melaksanakan tugas-tugas mernbimbing danmembantu pelajar menyelesaikan masalah mereka di sekolah-sekolah di Malaysia (SuradiSalim, 1993). 01eh itu, untuk menjayakan kaunseling-kelompok yang berkesan, perse-diaan yang teliti dan mantap harus dilaksanakan sebelum satu-satu kelompok kaunselingitu ditubuhkan.

Bagi mengelakkan salah faham mengenai tujuan dan matlamat kaunseling-kelom-pok dan juga bagi memastikan kaunseling kelompok memberi faedah kepada pelajar,beberapa langkah awal patut diambil seperti berikut:1. Mengumpulkan maklumat untuk mengenal pasti keperIuan-keperluan pelajar yang me-

merlukan pertolongan. Sumber-sumber maklumat boleh diperolehi daripada pengetua!guru besar, guru-guru, ibu bapa, fail-fail peribadi pelajar, dan pelajar-pelajar sendiri;

2. Menjalankan aktiviti sebaran untuk menjelaskan mengenai tujuan dan matlamat kaun-seling-kelompok serta faedah-faedah yang akan dinikmati secara lang sung oleh pelajardan secara tidak lang sung oleh sekolah; dan

3. Menyediakan kertas kerja dasar penubuhan kaunseling-kelompok bertujuan menunjuk-kan bahawa kaunseling kelompok ini amat perIu dikendalikan bagi memenuhi keper-luan pelajar, guru-guru, dan sekolah. Kertas kerja dasar ini mestilah lengkap dan ter-perinci supaya tiada persoalan dan salah tanggapan timbul dari pelbagai pihak. Kertaskerja projek tersebut harus dinilai oleh pengetua dan boleh dijadikan bahan bukti dalamrekod pengendalian perkhidmatan.

Langkah-langkah Penubuhan Kelompok

Setelah langkah-langkah awal dilaksanakan, maka proses pengendalian beralih ke arahpenubuhan kelompok yang hendak dikelolakan. Sekali lagi, beberapa faktor penting ha-rus diambil kira dalam menentukan jenis kelompok; membuat pernilihan ahli bagi satu-satu kelompok; dan melaksanakan kaunseling-kelompok dengan berkesan.

Pakar-pakar kaunseling kelompok (Ee, 1997; Schmidt, 1999; Zuraidah Abdul Rah-man, 1996) menyenaraikan perkara-perkara berikut sebagai asas dalam penubuhan ke-lompok yang berkesan:

Memilih Ahli KelompokDalam usaha mernilih ahli kaunseling-kelompok di sekolah, kerjasama dari pengetua,guru-guru, dan ibu bapa adalah sangat penting. Kaunselor perIu mendapatkan pandangan,reaksi, dan maklum balas pihak-pihak tersebut untuk mengenal pasti keperluan-keperluanpelajar yang boleh dibantu dalam kaunseling-kelompok. Bagaimana pun, adalah lebihbaik sekiranya kaunselor iru sendiri menemu bual pelajar yang dirujuk atau yang datangsendiri. Malah, menurut Zuraidah Abdul Rahman (1996) dalam etika kaunseling-kelom-

Page 8: intervensi kaunseling kelompok

36 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

pok, faktor rnenemu bual sangat diutamakan kerana tujuannya untuk mernahami pelajar;menilai sejauh mana faedah kaunseling-kelompok dapat dinikmati; dan menentukan ke-lompok mana yang patut ia sertai, Matlamat kaunseling kelompokjuga dapat menentukankriteria-kriteria ahli yang akan dipilih. Untuk menjamin keberkesanan kelompok adalahlebih baik sekiranya: 1) Ahli-ahli datang secara sukarela; 2) Ahli-ahli adalah homoge-neous atau seimbang dari segi umur, tema masalah yang sarna tetapi berlainan peringkatdan latar belakang; dan 3) Ahli-ahli terdiri daripada mereka yang mempunyai rnasalahyang berlainan tetapi bukanlah masalah yang rumit atau kompleks. Bagi masalah yangrumit, kaunseling-individu merupakan jalan penyelesaian yang sesuai.

Saiz KelompokPenentuan saiz kelompok bergantung kepada faktor seperti jenis masalah; umur ahli;pengalaman kaunselor; tempat pertemuan; dan matlamat kelompok. Biasanya, tujuhhingga sepuluh orang ahli dianggap sesuai bagi satu-satu kelompok kerana lebih daripadabilangan tersebut akan menyebabkan kaunseling-kelompok tidak berkesan. lni kerana ke-lompok yang terlalu ramai akan sukar untuk dikendalikan se1ain mengurangkan interaksiantara ahli.

Kekerapan PertemuanBagi pelajar-pelajar di sekolah adalah memadai jika sesi kaunseling-kelompok diadakandua kali seminggu. Ini berujuan untuk mengekalkan minat dan semangat ahli-ahli, Tam-bahan pula, perkara-perkara yang telah dipelajari pada sesi yang lalu masih boleh diingatkembali. Ahli juga berpeluang mencuba perlakuan barn tersebut di luar kelompok danboleh memberi dan menerima maklum balas segera daIam sesi berikutnya.

Jangka Masa Setiap SesiSekiranya keahlian kelompok terdiri daripada pelajar-pelajar remaja sekolah, adalahdicadangkan supaya satu-satu sesi yang dijalankan tidak terlalu lama. Tempoh rnasa satujam untuk setiap sesi adalah sangat sesuai. Jangka masa yang terlaIu lama akan meletih-kan, menghilangkan minat dan tumpuan ahli-ahli, selain mengganggu proses pembelaja-ran akademik pelajar dan menimbulkan masaIah kepada guru.

Jangka Masa KelompokKadang kala kaunselor perlu meletakkan bilangan sesi untuk satu-satu kelompok.Bagaimanapun, faktor ini bergantung kepada betapa seriusnya satu-satu masalah yangakan dibincangkan. Sekiranya ahli-ahli ingin belajar kemahiran berkomunikasi, mungkinlima sesi sudah memadai. Bagi masalah yang lebih serius seperti menghadapi keretakanrurnah tangga ibu bapa atau penyalahgunaan dadah, bilangan sesi mungkin meningkatkepada sepuluh atau lebih.

Tempat BertemuZuraidah Abdul Rahman (1996) mengatakan kaunseling kelompok boleh dijalankan dimana-mana sahaja asalkan tempat itu jauh dari sebarang gangguan. Jika di sekolah, tem-pat bertemu perlu selesa dan menarik. Biasanya, bilik kaunseling adalah tempat tumpuanutama kerana bilik tersebut dihiasi dan diletakkan tikar atau permaidani. Inimembolehkan ahli-ahli duduk bersila dan suasana tidak formal ini amat terapeutik bagiahli-ahli kelom-

Page 9: intervensi kaunseling kelompok

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 37

pok. Tempat yang arnan dan tenteram akan menggalakkan penyertaan ahli danmelicinkan lagi proses kaunseling-kelompok.

Lain-lain FaktorFaktor lain yang perIu diarnbil kira ialah jenis kelompok yang hendak ditubuhkan sarnaada kelornpok terbuka atau kelornpok tertutup. Kelompok terbuka merujuk kepadakeahlian bebas serta boleh bertukar-tukar yang dijalankan secara berterusan (Corey &C6iey,I997). Semefitata kelompolctertutup merujuk kepadakeahlian tetap darimula sesihingga ke akhir sesi dan proses keahlian adalah sistematik iaitu ada pendaftaran dan temubual. Seterusnya, kornposisi kelompok juga haruslah seirnbang sarna ada keahlianberdasarkan homogeneity atau heterogeneity. Kelornpok homogeneous rnerujuk kepadakelompok berdasarkan peringkat umur sarna ada generasi rernaja atau warga tua; jenisrnasalah seperti ketagihan arak. Sementara kelornpok heterogeneous menggabungkanpelbagai populasi masyarakat dalam satu kelompok. Penentuan komposisi kelompokamat bergantung kepada rnatlarnat asas kelornpok (Corey & Corey, 1997). Di sekolah,adalah lebih baik untuk menggunakan kelompok homogeneous kerana akan menjadikankelompok lebih seimbang dan mudah dikendali.

Pelaksanaan Kaunseling-kelompok BerkesanSekiranya sernua persiapan dan langkah-langkah awal pengendalian kaunseling-kelom-pok telah dijalankan, proses pengendalian seterusnya adalah untuk memulakan sesikaunseling kelompok yang dirancang. Keberkesanan satu-satu kelompok dapat dicapaisekiranya kaunselor dan ahli memahami konsep dan tujuan kaunse1ing-kelompok; prin-sip-prinsip kaunseling-kelompok: dan kejayaan rnereka melakukan peranan rnasing-rnasing. Dalam soal ini, ZuraidahAbdul Rahman (1996) mengatakan keberkesanankaunseling-kelompok bergantung kepada keberkesanan proses terapeutik yang wujud didalam kelompok tersebut. Proses terapeutik ini ditentukan oleh prinsip-prinsip berikut:

1. Suasana demokratik hendaklah diwujudkan oleh kaunselor;2. Objektif-objektif kaunseling-kelompok perlu diterangkan kepada bakal-bakal ahli;3. Ahli-ahli yang dipilih harus bersedia berkongsi perasaan, pengalaman dan bersedia

untuk berubah;4. Ahli-ahli hendaklah diingatkan bahawa rnereka adalah bertanggungjawab terhadap

kelakuan kelompok mereka;5. Setiap ahli hendaklah mernelihara kerahsiaan rnaklumat yang dibincangkan di dalam

kelompok; dan6. Matlamat-rnatlarnat jangka pendek (untuk rnembolehkan ahli rnernahami diri dan

orang lain) dan matlamat jangka panjang (untuk mernbolehkan ahli rnencapaiperkembangan so sial) perlu dijelaskan dan dicapai.

Tercapai atau tidak matlamat kaunseling-kelompok amat bergantung kepada kemahirandan keberkesanan seseorang pemirnpin ke1ompok. Ee (1997) menggariskan sepuluhperanan kaunselor dalarn kaunseling-kelompok yang boleh membantu keberkesanan ke-lompok antaranya: 1) Sebagai pemudah cara atau fasilitator yang memastikan kelicinanperjalanan sesi kaunseling-kelompok; 2) Mernberi rangsangan serta penghargaan kepadaahli yang sentiasa mencuba serta berusaha; 3) Untuk rnenarik perhatian terhadap peruba-

Page 10: intervensi kaunseling kelompok

38 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

han-perubahan positif yang terdapat pada setengah-setengah abli; 4) Menggalakkan seba-rang tanda positif yang menuju ke arab penyembuhan dan penyelesaian masalab; dan 5)Menerima hakikat babawa emosi ahli yang dikongsi dapat menambahkan kerapatan dankesepaduan antara ahli-abli kelompok.

Kelompok juga akan berfungsi dengan lebih berkesan sekiranya setiap abli memain-kan peranan masing-masing antaranya: 1) Aktif mengambil babagian dengan cara mem-beri pendapat atau cadangan; 2) Hormat-menghormati sesama ahli; 3) Mematuhi norma-norma kelompok seperti tidak datang lambat dan merahsiakan segala perbincangan yangberlangsung di dalam kelompok itu; 4) Mendengar secara aktif masalah yang dikemu-kakan oleh ahli lain di dalam kelompok dan turut berempati dengannya; dan 5) Bersediauntuk berkongsi masalah dengan menceritakan kepada ahli-ahli lain.

Faktor-faktor terapeutik lain yang boleh meningkatkan keberkesanan pengendaliandan perjalanan kaunseling-kelompok antaranya: 1) Suasana yang menolong; 2) Komit-men untuk berubah; 3) Harapan (kepercayaan bahawa perubahan adalah mungkin); 4)Mutu kesepaduan; 5) Kesediaan untuk menanggung risiko dan kepercayaan; 6) Ke-akraban dan kesepaduan kelompok; 7) Kebebasan untuk mencuba; 8) Kemahiran antaraindividu; dan 8) Kelucuan (Be, 1997; Zuraidah Abdul Rahman, 1996). Faktor-faktor iniamat penting dititik beratkan dalam kelompok untuk menjayakan kaunseling kelompokyang dikendalikan.

Perlu diingat, kaunseling-kelompok yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolahmenengah memerlukan bimbingan dan pimpinan yang aktif daripada kaunselor keranapelajar sedang melalui peringkat perkembangan remaja yang amat kritikal dalam pertum-buhan diri terutama sekali dalam membentuk konsep kendiri (Durkin, 1995).

Oleh itu, kaunselor sekolah haruslah seorang individu yang telah mendapat latihanyang secukupnya dalam bidang ini dan menyedari proses terapi yang berlaku dalamkelompoknya. Kaunselor juga harus mengetahui dengan mendalam mengenaiperkembangan fizikal dan psikologikal pelajar-pelajar di alam remaja dengan itu ia akandapat memperkukuh dan merangsang perkembangan ahli-ahli kelompok kaunselingnya.Tanpa pengetahuan yang mendalam, latihan yang cukup serta pengalaman yang luas,pengendalian kaunseling-kelompok berkesan tidak akan dapat dijalankan dan mungkinakan menimbulkan salah tanggap terhadap keseluruhan konsep kaunseling-kelompok.

RUMUSAN

Penyelesaian masalah secara kelompok bukanlah sesuatu yang baru. Banyak manfaatboleh didapati daripada intervensi kaunseling-kelompok oleh setiap individu mahupunsesuatu kelompok. Apa yang penting ialah kaunselor hams mempunyai kemahiran dalammenentukan individu mana yang lebih sesuai dirujuk kepada kaunseling-kelompok; dandalam aspek mana keberkesanan kelompok akan membantu individu tersebut. Tiada carayang khusus untuk menjalankan kaunseling-kelompok kerana ia amat bergantung kepadamatlamat, teknik dan peranan pemimpin kelompok menurut teori yang dijadikan as asintervensi. Oleh itu, pengendalian kaunseling-kelompok di sekolah dalam artikel inihanyalah sebagai cadangan penubuhannya, selain bagaimana kita hams mengendalikansesuatu kelompok itu dengan berkesan. Diharap cadangan yang telah diutarakan akanmenjadikan kaunseling-kelompok lebih difahami masyarakat dan seterusnya diaplikasisebagai langkah untuk memantapkan lagi pelaksanaan bimbingan dan kaunseling di seko-

Page 11: intervensi kaunseling kelompok

Masalah Pendidikan 2005. Universiti Malaya 39

lah-sekolah menengah di Malaysia.

RUJUKAN

Borders, L. D., & Drury, S. M. (1992). Comprehensive school counseling programs: Areview for policymakers and practitioners. Journal of Counseling & Development.70,487-498.

Corey, G. (1989). Theory and practice of group counseling (3rd ed.). Pacific Grove, CA:Brooks/Cole.

Corey, M. S., & Corey, G. (1997). Groups: Process and practice (5th ed.). Pacific Grove,CA: Books/Cole.

Durkin, K. (1995). Developmental social psychology: From infancy to old age. Oxford,UK: Blackwell.

Ee, A. M. (1997). Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (Cet. 2). Shah Alam: FajarBakti.

Haji Mohd Mansor Abdullah (2003). Profesionalisme dalam kaunseling menjanakesejahteraan insan. Jurnal Kebajikan, 25(2). Dimuat turon Mac 24, 2006, daripadahttp://www.jkm.gov.my/eng/jurnal

Hansen, 1., Warner, R., & Smith, E. J. (1980). Group counseling: Theory and practice.Chicago, IL: Rand.

Jacobs, E. E., Harvill, R. L., & Masson, R. L. (2003). Group counseling: Strategies andskills (4th ed.). Pacific Grove, CA: Brooks/Cole.

Maslow, A. (1970). Motivational personality (2nd ed.). New York: Harper.Schmidt, J. J. (1999). Counseling in schools: Essential services and comprehensive pro

grams. Boston, MA: Allyn.Suradi Salim (1993). Pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah

sekolah menengah di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.Zuraidah Abdul Rahman (1996). Pengenalan kaunseling kelompok, Petaling Jaya, Se-

langor: IBS.

Page 12: intervensi kaunseling kelompok