19
INTERAKSIONIS

interaksionis

  • Upload
    mat2489

  • View
    1.231

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: interaksionis

INTERAKSIONIS

Page 2: interaksionis

Interaksionis

• Persekitaran luaran dan faktor bawaan semula jadi memainkan peranan yang sama penting dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak.

• Kanak-kanak dilihat bukan sebagai penerima latihan bahasa yang pasif daripada ibu bapa mereka dan bukan juga sebagai pemproses bahasa yang aktif yang memiliki struktur dalaman sebagai penentu primer dalam pemerolehan bahasa.

Page 3: interaksionis

Interaksionis

• Interaksionis banyak melihat faktor seperti persekitaran sosial, pematangan, biologi, dan kognisi yang memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa.

• Elemen-elemen ini saling berinteraksi dan melakukan penyesuaian antara satu dengan yang lain.

Page 4: interaksionis

Interaksionis

• dua pendekatan utama dalam aliran ini,–pendekatan kognitif –pendekatan sosial.

Page 5: interaksionis

Interaksionis

• Piaget (1926) dan ahli teori kognitif yang lain mengatakan pemahaman kanak-kanak tentang bahasa berakar umbi daripada perkembangan kognitif, misalnya keupayaan untuk mewakilkan objek secara mental. Bahasa merupakan satu cara untuk melahirkan pemikiran yang simbolik.

• Interaksionis sosial berpendapat bahawa perkembangan bahasa mestilah lahir daripada persekitaran sosial yang disediakan oleh ibu bapa. Interaksi sosial yang menghasilkan operasi dua hala antara ibu bapa dengan kanak-kanak memberikan pengalaman bahasa dan merupakan alat sosial yang penting bagi kanak-kanak tersebut.

Page 6: interaksionis

Interaksionis

• Halliday (1975) telah mencuba menghuraikan perkembangan bahasa kanak-kanak dari sudut sosiolinguistik.

• Pendekatan huraian bahasa Halliday juga dikenal sebagai pendekatan fungsian.

• Sebagai seorang Interaksionis, Halliday beranggapan bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Halliday telah menggunakan bukti-bukti daripada pemerhatian terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak bagi menguji hipotesisnya tentang perkembangan bahasa kanak-kanak.

Page 7: interaksionis

Interaksionis

• Halliday berpendapat bahawa kanak-kanak memperoleh bahasa kerana mereka mempunyai keperluan untuk berinteraksi dengan ahli masyarakat dalam persekitaran mereka. Pertuturan yang dilakukan pada peringkat awal bertujuan untuk memenuhi fungsi instrumental, pentertib, interaksi, peribadi, heuristik dan imaginatif (Halliday, 1975).

Page 8: interaksionis

Interaksionis

• Setelah kanak-kanak menguasai keenam-enam fungsi tersebut, barulah timbul fungsi yang ketujuh, iaitu fungsi informatif yakni untuk menyampaikan maklumat kepada orang lain. Pada pandangan Halliday, interaksi bahasa atau perbualan amat penting untuk membantu kanak-kanak menguasai sistem bahasa.

• Walau bagaimanapun, Halliday juga beranggapan bahawa proses kognitif penting dalam perkembangan bahasa khususnya dalam usaha kanakkanak mentafsirkan makna yang terdapat dalam situasi sosial mereka dan kemudian menggambarkan makna tersebut dalam bentuk bahasa.

Page 9: interaksionis

Ciri Teori Interaksionis

• Pembelajaran bahasa ialah proses mental dan linguistik.

• Dalam sesuatu interaksi bahasa, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa.

• Struktur bahasa dapat dikuasai dengan cara yang lebih berkesan jika pelajar menumpukan perhatian terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna.

Page 10: interaksionis

Ciri Teori Interaksionis

• Pembelajaran ialah satu proses yang aktif. Sesuatu pengetahuan tidak akan diterima secara terus tetapi akan diproseskan dahulu. Pengetahuan baru haruslah dapat disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada agar dapat diterima dengan berkesan.

Page 11: interaksionis

Ciri Teori Interaksionis

• Proses pembelajaran berlaku dalam beberapa cara mengikut keadaan dan masa tertentu, misalnya sesuatu hal itu mungkin mudah diterima, sekiranya ada kaitannya dengan perkara yang menggembirakan.

Page 12: interaksionis

Ciri Teori Interaksionis

• Pembelajaran berlaku sekiranya sesuatu yang disampaikan itu mempunyai makna, dan hubungan dengan pengalaman sedia ada.

• Antara pengajaran dan pembelajaran tidak ada hubungan secara langsung. Pembelajaran tidak boleh disamakan dengan pengajaran. Sesuatu yang diajar tidak semestinya dapat dipelajari. Itulah sebabnya guru harus memahami strategi pembelajaran murid untuk menimbulkan suasana pembelajaran yang berkesan.

Page 13: interaksionis

Ciri Teori Interaksionis

• Pembelajaran melibatkan perasaan, dan berkait rapat dengan emosi seseorang. Peranan pelajar haruslah dijaga agar timbul rasa yakin terhadap diri sendiri.

• Pembelajaran juga melibatkan pemikiran. Pengetahuan, kecerdasan dan kebolehan dalam bahasa saling berkait.

Page 14: interaksionis

Ciri Teori Interaksionis

• Pembelajaran berlaku sedikit demi sedikit, iaitu dari sudut kuantiti dan masa. Ada antaranya dapat dipelajari dengan banyak dalam masa yang pendek atau sebaliknya. Oleh itu, guru tidak harus membuat kesimpulan bahawa setiap yang diajar dapat dipelajari terus dalam masa yang ditetapkan.

Page 15: interaksionis

Prinsip Aliran Interaksionis Dlm Pengajaran Bahasa

• Pembelajaran bahasa ialah proses mental dan linguistik.

• Dalam pembelajaran bahasa, proses pembentukan hipotesis tentang tatabahasa amat penting.

• kebolehan untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna penting untuk membolehkan seseorang kanak-kanak berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu.

Page 16: interaksionis

Interaksionis

• Dalam pengajaran bahasa, guru perlu menentukan bahawa bahan-bahan pengajaran bahasa yang dipilih mempunyai perkara-perkara yang berikut:– Latihan yang membolehkan murid menggunakan

sistem bahasa yang betul.– Aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna untuk

membolehkan murid menggunakan struktur bahasa yang dipelajari dengan cara yang berkesan.

Page 17: interaksionis

Interaksionis

• Dalam sesuatu interaksi bahasa, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa.

• Dalam proses pembelajaran bahasa pertama, tidak terdapat pembetulan kesilapan-kesilapan secara sedar tetapi ibu bapa menjalankan teknik pembentukan bahasa secara tidak sedar. Contohnya, ibu bapa mengubahsuaikan ujaran-ujaran mereka dan anak-anak mereka, supaya mudah difahami (Cross, 1977; Snow, 1977; Fash dan Madison, 1981).

Page 18: interaksionis

Interaksionis

• Dalam pengajaran bahasa, selain latih tubi struktur, guru juga perlu menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang berkesan dan bermakna. Contohnya, permainan bahasa. Aktiviti seumpama ini adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai struktur-struktur yang ada dalam sistem bahasanya.

Page 19: interaksionis

Interaksionis

• Struktur bahasa dapat dikuasai dengan cara yang lebih berkesan jika pelajar-pelajar menumpukan perhatian terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna.– Jika guru bahasa dapat menyampaikan pelajaran

bahasanya dalam bentuk aktiviti-aktiviti bahasa (menyelesaikan sesuatu 'puzzle' atau teka-teki, berbahas, melatih mengisi borang-borang menyimpan wang di pejabat dan yang lain lagi) murid-murid bukan sahaja dapat memperbaiki penggunaan sistem bahasa tetapi berkemampuan untuk menggunakan bahasa dengan fasih.