16
7 LAPORAN INOVASI 1 AZRIN BIN ZAKARIA DB110527 1. PENGENALAN Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu terdapat banyak perbezaan yang dibuat antara dua perkara untuk menjana idea murid dalam membuat perbandingan khususnya dalam topik-topik seperti Rekabentuk dan Teknologi, Kerja Paip, Elektrik dan Elektronik,Tanaman Hiasan serta Perniagaan dan Keusahawanan. Justeru untuk mencipta variasi dalam menguji ingatan para pelajar dalam membuat perbezaan topik yang dipelajari kaedah pengajaran ‘i-think map’: Double Bubble Map atau Peta Buih Berganda digunakan dalam memantapkan ingatan para pelajar terhadap perbezaan antara dua subjek melalui penentuan ciri yang dibezakan. 2. JUSTIFIKASI INOVASI Sepanjang pengamatan dan pemerhatian yang dilakukan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang lalu, pada

INOVASIazrin

  • Upload
    pk-hem

  • View
    240

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Inovasi untuk Latihan Mengajar

Citation preview

7

LAPORAN INOVASI 1AZRIN BIN ZAKARIA

DB110527

1. PENGENALAN

Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu terdapat banyak perbezaan yang

dibuat antara dua perkara untuk menjana idea murid dalam membuat perbandingan

khususnya dalam topik-topik seperti Rekabentuk dan Teknologi, Kerja Paip, Elektrik dan

Elektronik,Tanaman Hiasan serta Perniagaan dan Keusahawanan. Justeru untuk mencipta

variasi dalam menguji ingatan para pelajar dalam membuat perbezaan topik yang

dipelajari kaedah pengajaran ‘i-think map’: Double Bubble Map atau Peta Buih Berganda

digunakan dalam memantapkan ingatan para pelajar terhadap perbezaan antara dua

subjek melalui penentuan ciri yang dibezakan.

2. JUSTIFIKASI INOVASI

Sepanjang pengamatan dan pemerhatian yang dilakukan terhadap pengajaran dan

pembelajaran yang lalu, pada kebiasaannya pengajaran sub-topik perbezaan atau

perbandingan adalah dengan menggunakan kaedah jadual. Berdasarkan pemerhatian guru

melalui pengajaran yang lalu, murid tidak memberi perhatian terhadap pengajaran guru

kerana tidak mampu memberi focus terhadap ciri yang dibezakan serta cara linear yang

membosankan kerana seringkali digunakan tanpa sebarang pembaharuan. Maka satu

inovasi perlu dilakukan sebagai medium untuk menyampaikan pengajaran secara

berkesan kepada murid yang dapat menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

7

LAPORAN INOVASI 1AZRIN BIN ZAKARIA

DB110527

serta dapat melatih pengupayaan otak murid untuk merakan dengan mudah sesuatu grafik

yang berbentuk organic berbanding bentuk linear sebelum ini.

3. FOKUS INOVASI

Kajian ini memfokuskan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah untuk mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1 Elektif Kemahiran Teknikal.

3.1. Perniagaan dan Keusahawanan

3.1.1. Perkembangan Perniagaan dan Masa Depannya

3.1.1.1. Perbezaan Perniagaan Masa Dahulu dengan Perniagaan Masa Kini.

4. OBJEKTIF INOVASI

Inovasi ini dijalankan berobjektif untuk:

4.1. Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kaedah membuat perbezaan dengan

berkesan.

4.2. Menguji keberkesanan kaedah pengajaran menggunakan medium ‘i-think map’:

Double Bubble Map atau Peta Buih Berganda.

4.3. Mengenalpasti tahap penerimaan murid terhadap kaedah pengajaran

menggunakan medium ‘i-think map’: Double Bubble Map atau Peta Buih

Berganda.

7

LAPORAN INOVASI 1AZRIN BIN ZAKARIA

DB110527

5. ANALISIS SWOT

6. KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI

Dalam perlaksanaan inovasi ini, pada mulanya murid diajar mengikut silibus berdasarkan

isi dalam buku teks tajuk ‘Perkembangan Perniagaan dan Masa Depannya’. Selepas

selesai penyampaian isi pelajaran, guru akan memaparkan peta ‘i-think’ buih beganda

Guru telah menguasai penjanaan peta

‘i-think’.

Murid pernah didedahkan dengan

penggunaan peta ‘i-think’.

Terdapat kemudahan LCD Projektor

di bengkel.

Murid jarang menggunakan peta ‘i-

think’ untuk membuat perbezaan.

Murid lemah untuk mengeluarkan ciri

yang dibezakan antara dua subjek.

Guru pembimbing memberi ruang

untuk perlaksanaan pengajaran

menggunakan peta “i-think’.

Pihak sekolah menggalakkan kreativiti

guru dalam penyampaian pengajaran

di sekolah ini.

Ketiadaan bekalan elektrik sewaktu

pengajaran dilaksanakan.

7

LAPORAN INOVASI 1AZRIN BIN ZAKARIA

DB110527

yang telah dibina untuk diisi jawapan yang relevan. Peta yang dibina oleh guru adalah

seperti berikut:

Setiap orang murid dipilih secara rawak untuk menulis satu jawapan yang mereka

fikirkan relevan untuk diisi pada ruang yang tersedia. Pada masa yang sama guru

membimbing jawapan murid supaya pasangan jawapan yang dibezakan adalah melalui

satu ciri yang dipilih.

7

LAPORAN INOVASI 1AZRIN BIN ZAKARIA

DB110527

Setelah semua murid menulis jawapan mereka pada ruang yang disediakan, guru

mengaitkan setiap jawapan murid dengan ciri yang dibezakan sambil pada masa yang

sama membincangkan dan memurnikan jawapan yang diberikan oleh murid seperti

berikut:

Selepas itu, setiap murid diberi kertas soalan untuk dijawab bagi menilai tahap

keberkesanan pengajaran menggunakan peta ‘i-think tersebut.

7

LAPORAN INOVASI 1AZRIN BIN ZAKARIA

DB110527

7. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi perlaksanaan inovasi ini adalah 10 orang murid Tingkatan 1 Intan

1 yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan Kemahiran

Teknikal yang diajar oleh pelatih sepanjang tempoh latihan mengajar.

8. KEKUATAN DAN KELEBIHAN INOVASI

Antara kekuatan dan kelebihan yang terdapat pada perlaksanaan pengajaran

menggunakan peta ‘i-think’ ini adalah:

Menepati saranan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan 2013-20125 untuk melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi dalam kurikulum.

Peta ‘i-think’dibentuk berdasarkan otak manusia memproses maklumat. 

Penyelidikan menunjukkan bahawa otak manusia memproses dan merakamkan

maklumat berbeza dengan komputar 

Otak manusia memproses maklumat dengan cara linear, membuat pengelolaan yang

menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis dan sebagainya 

Dalam peta ‘i-think’, maklumat penting adalah disusun dengan cara keseluruhan

supaya menghasilkan struktur pola yang kreatif 

Ia selaras dengan cara otak memproses dan merakamkan maklumat 

7

LAPORAN INOVASI 1AZRIN BIN ZAKARIA

DB110527

Penyelidikan-Otak menggunakan pengelolaan keseluruhan untuk menghubungkaitkan

idea penting 

Maklumat yang disusun mengikut struktur organik otak adalah lebih mudah

dirakamkan dalam ingatan jangka panjang daripada maklumat yang disusun secara

linear.

Peta ‘i-think’ dapat menyampaikan persembahan maklumat dengan berkesan. 

Ringkas dan sesuai untuk mengambil nota semasa ceramah, kuliah, seminar dan

sebagainya. 

Daya ingatan individu mampu meningkat 50%.

Boleh menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak kanan 

Tingkatkan daya ingatan 

Idea lebih fleksibel, kreatif dan menarik, idea mudah dikembangkan

Hubungan idea dalam peta ‘i-think’ mudah dikenalpasti kerana dilengkapkan dengan

simbol, rajah, bongkah dan warna menarik

Penyelidikan- Semua idea atau maklumat yang telah dialami adalah dirakamkan

dalam ingatan, peta ‘i-think’ sebagai kunci membuka pintu ingatan 

Boleh meningkatkan daya pemerhatian dan pemusatan fikiran-semua anggota

bersedia dan terlibat 

Sangat penting semasa membuat ulangkaji pelajaran atau bahan bacaan- ia ringkas,

memberi makna yang nyata dan tersirat

7

LAPORAN INOVASI 1AZRIN BIN ZAKARIA

DB110527

9. HASIL AKHIR

Setelah dilaksanakan dalam pengajaran, didapati 10/10 atau 100% murid Tingkatan 1

Intan 1 dapat membuat perbezaan di samping menentukan ciri yang dibezakan bagi

memastikan ianya tepat dan betul. Pencapaian tersebut menunjukkan murid dapat

menguasai dengan sangat baik pengajaran menggunakan peta ‘i-think’. Selain pencapaian

murid, pengajaran menggunakan kaedah ini dapat memberi ruang yang seluas-luasnya

kepada murid untuk menjana dan menyampaikan idea-idea bernas murid dan seterusnya

merealisasikan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan 2013-20125 untuk melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi dalam kurikulum.

10. PENUTUP

Inovasi yang dilakukan ini telah berupaya menyuntik keyakinan terhadap diri guru

pelatih untuk menggunakan kaedah alternatif dalam penyampaian pengajaran bagi

mempelbagaikannya. Lantaran itu, suasana yang membosankan dapat diatasi dan

membolehkan pengajaran berpusatkan murid dengan guru sebagai pemudahcara dapat

dilaksanakan secara berkesan. Kaedah ini boleh dilaksanakan pada masa akan dating

untuk sub topik lain yang bersesuaian.

7

LAPORAN INOVASI 1AZRIN BIN ZAKARIA

DB110527

11. RUJUKAN

11.1. Nursafarina Jaafar, Wan Zanariah Wan Ishak, 2010. Aplikasi Strategi dan Teori

Pembelajaran Untuk Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam,

Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

11.2. Ee Ah Meng. 2003. Keberkesanan Teori Pembelajaran Untuk P&P. Tanjong

Malim, Perak. Penerbit UPSI.

11.3. Mok Soon Sang, 2008. Pengurusan Kurikulum. Puchong, Selangor. Penerbitan

Multimedia Sdn Bhd

7

LAPORAN INOVASI 1AZRIN BIN ZAKARIA

DB110527

LAMPIRAN

7

LAPORAN INOVASI 1AZRIN BIN ZAKARIA

DB110527