24
HGM3063 GEOGRAFI MALAYSIA TAJUK: KESAN PEMBANGUNAN TERHADAP ALAM SEKITAR NAMA : WEENIE SUKSAI A/P EH LEM NO. MATRIK : D 201210 59078 KUMPULAN : A 1

Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Impak pembangunan terhadap alam sekitar

Citation preview

HGM3063

GEOGRAFI MALAYSIA

TAJUK:

KESAN PEMBANGUNAN TERHADAP ALAM SEKITAR

NAMA : WEENIE SUKSAI A/P EH LEM

NO. MATRIK : D 201210 59078

KUMPULAN : A

FAKULTI : FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA

DENGAN PENDIDIKAN

SEMESTER : 5

PENSYARAH : PUAN NOR KALSUM MOHD ISA

IMPAK PEMBANGUNAN TERHADAP ALAM SEKITAR

WEENIE SUKSAI

[email protected]

Abstrak

Pembangunan menjanjikan kehidupan yang lebih baik dan selesa kepada mereka yang menjadi sasarannya. Lantaran itu manusia sentiasa memburu dan mengharapkan supaya pembangunan itu datang ke dalam kehidupan kita dengan harapan kehidupan kita akan menjadi lebih bermakna. Walau bagaimanapun, bukan sahaja faedah-faedah yang kita dapati lantaran pembangunan akan tetapi terdapat juga kesan-kesan negatif yang datang tanpa diundang. Pembangunan secara tidak terancang selalunya menuntut pengorbanan yang amat berat terhadap manusia dan juga alam sekitar. Oleh itu, pembangunan lestari adalah sangat diperlukan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar daripada dimusnah dan para pelaksana serta perangcang dapat memanfaatkan sumber-sumber alam sekitar sepenuhnya dengan menggunakan cara yang betul. Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan secara berterusan dan bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang. Pembangunan lestari adalah sangat penting bagi generasi akan datang supaya mereka dapat menikmati sumber-sumber alam sekitar. 1.0 Pengenalan

Pembangunan meninggalkan kesan baik mahupun buruk terhadap manusia serta alam sekitar. Manusia pada era globalisasi ini semakin peka dengan perancangan pembangunan secara lestari untuk memastikan keperluan masa kini dapat dipenuhi tanpa menjejaskan ketercapaian generasi akan datang terhadap alam sekitar. Konsep pembangunan lestari muncul berikutan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam sekitar. Isu pembangunan telah dibincangkan secara serius dalam Sidang Kemuncak bumi yang diadakan di Rio De Janerio pada tahun 1992 yang merintis pada wujudnya Agenda 21. Agenda 21 ini merupakan pelan tindakan yang mengandungi satu set prinsip-prinsip yang menyeluruh untuk membantu pihak kerajaan dan institusi dalam melaksanakan dasar-dasardan program-program pembangunanlestari di negara masing-masing. Pada 26 Ogos hingga 4 September 2002 di Johannesburg, isu pembangunan lestari juga telah dibincangkan. Di Malaysia, pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan mahupun oraganisasi bukan kerajaan dalam konsep pembangunan lestari, khususnya sumber air, telah dinyatakan secara terperinci dalam mengawasi dan merancang pembangunan negara secara keseluruhan. Kerajaan telah menubuhkan Kementerian Teknologi, Penyelidikan, dan Kerajaan Tempatan seawal tahun 1973 bagi menggalakkan pemahaman dan kesedaran terhadap Sains dan Teknologi. Kini, kementerian ini dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) yang mempunyai misi mewujudkan sebuah persekitaran yang berdaya saing untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dengan maksud menjana pengetahuan kemewahan dan meningkatkan kualiti hidup melalui pembangunan lestari. Pada bulan November 2002, Dasar Alam Sekitar Negara (NPE) telah dilancarkan supaya pengurusan lestari alam sekitar dan sumber asli terserlah. RMKe-8 meliputi jangka masa 2000-2005, dalam konteks pembangunan secara lestari, ia amat menekankan dan memberikan perhatian terhadap isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar dan sumber-sumber asli scara bersepadu untuk mencapai pembangunan lestari dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. Selain itu, isu pembangunan lestari juga diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sebagaimana yang terangkum dalam teras keempat, iaitu meningkatkan tahap dan kualiti hidup. Sehubungan dengan itu, banyak polisi dan inisiatif baru dirangka untuk dilaksanakan dalam RMK-9 bagi memastikan alam sekitar berada pada tahap yang lebih lestari dan berkualiti.

2.0 Isu dan Permasalahan

Pembangunan mampu membawa perubahan kepada kehidupan manusia dan alam sekitar sama ada dari segi kebaikan dan keburukan. Pembangunan boleh dimanfaatkan secara maksima sekiranya pelaksanaannya berada di landasan yang betul dengan pengurusan secara lestari. Walau bagaimanapun, perancang dan pelaksana gagal untuk menguruskan pembangunan lestari secara keseluruhan dek kerana segelintir masalah yang tidak dapat dielakkan seperti kekurangan dana, ketidakcapaian tahap teknologi dalam pembangunan lestari, teknologi baru yang diperkenalkan tidak mendapat keyakinan dari pihak perancangan dan pelaksana, dan masalah-masalah lain yang menyebabkan pembangunan lestari gagal dilaksanakan.

Antara pembangunan yang menjejaskan persekitaran ialah pembangunan tanah. Pembangunan Malaysia secara pesat menyebabkan banyak hutan dan kawasan pedalaman dibersihkan untuk dijadikan kawasan perindutrian atau petempatan baru manusia bagi menampung keperluan pada masa kini. Pembangunan pesat menyebabkan pengunaan tanah yang sangat kompetitif dan amalan penggunaan tanah yang buruk. Sebagai contoh, kawasan yang paling subur tidak digunakan untuk pengeluaran amakan sebaliknya digunakan untuk mendirikan perumahan, pembinaan kawasan perindustrian dan pembangunan kawasan rekreasi. Perluasan kawasan bandar & pembangunan industri secara langsung menyebabkan perubahan besar terhadap pengubahsuaian ekosistem alam jika dibandingkan dengan perhutanan, perlombongan atau pembangunan pertanian.

Isu-isu persekitaran berkaitan dengan pembangunan bandar dan industri ialah pembuangan sisa, pencemaran air dan udara, masalah urban heat dan pemuliharaan bandar hijau. Pembangunan industri menyebabkan masalah pembuangan sisa toksik dan sisa berbahaya lebih serius yang memberi kesan kepada kesihatan manusia. Peningkatan kadar pembangunan bandar pula mempengaruhi aras total suspended particulates (TSP) di udara. Punca utama TSP adalah pembakaran terbuka, dan perkembangan pertanian. Dari segi perkembangan di peringkat global, sektor pertanian sebenarnya telah mengalami pelbagai perubahan dan permodenan yang drastik namun perkara ini sering kali dikritik kerana sektor pertanian adalah tidak mesra alam, khususnya menerusi aktiviti pertanian secara kecil-kecilan.

Aktiviti pertanian yang dikatakan tidak mesra alam mudah difahami dengan mencerakinkan perkara ini kepada tiga aspek iaitu yang pertama, penggunaan baja dan racun serangga perosak yang berlebihan. Perkara ini boleh memudaratkan manusia dan alam sekitar. Penggunaan baja secra berlebihan menyebabkan limpahan sisa baja sehingga menyebabkan pencemaran sungai dan tasik. Sementara racun serangga perosak pula boleh meningkatkan risiko penyakit kanser. Oleh itu, pertanian secara lestari amat diperlukan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta menjaga persekitaran demi kepentingan generasi akan datang. Kedua, sektor pertanian juga banyak menyumbang kepada penghasilan bahan cemar khususnya dalam kalangan petani kecil. Pada mulanya, bahan-bahan cemar seperti sisa tumbuhan dan najis binatang boleh diguna semula dengan mudah. Namun begitu, apabila saiz aktiviti meningkat, maka bahan-bahan cemar selalunya dibuang ke dalam parit atau sungai, khususnya penternak ayam, lembu dan khinzir. Faktor ini merupakan salah satu punca berlakunya pencemaran sungai di hulu kawasan tadahan hujan di Malaysia. Hal ini lebih serius jika dikaji dari segi masalah pencemaran bau. Isu pencemaran yang berlaku kesan daripada aktiviti pertanian ini menjadi semakin teruk kerana petani kecil dari segi perundangan tidak tertakluk kepada pelbagai akta dan peraturan alam sekitar yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar atau Majlis Kerajaan Tempatan. Yang ketiga ialah sektor pertanian merupakan aktiviti guna tanah intensif yang menjejaskan kualiti tanah dan persekitaran. Penggunaan baja tidak terancang secara berterusan menyebabkan tanah tersebut tidak lagi produktif dan mungkin terjadi tanah kontang dan pengurunan. Apabila tananh menjadi kontang dan pengurunan, petani akan meneroka kawasan tanah baru untuk aktiviti pertanian dan sekiranya perkara ini belaku secara berterusan maka bilangan tanah produktif untuk menjalankan pertanian akan berkurangan. Bukan begitu sahaja, pembangunan tanah tinggi juga memberi kesan kepada manusia dan alam sekitar. Pembangunan tanah tinggi telah menjadi fokus penting dalam pembangunan negara. Hal ini kerana kawasan tanah tinggi adalah sangat sesuai untuk dimajukan sebagai kawasan pelancongan tambahan pula sektor pelancongan merupakan salah satu penyumbang utama dalam ekonomi negara. Kawasan tanah tinggi telah diusahakan sebagai tempat peranginan dan resort bukit telah berkembang sejak tahun 1980-an lagi. Pembukaan kawasan tanah tinggi seperti Genting Highlands, Cameron Highlands dan Bukit Fraser, dan penerokaan kawasan itu secara berterusan yang bergiat sebagai pusat peranginan telah membawa kepada bencana alam serta membawa masalah kepada manusia dan alam sekitar. Persekitaran alam sekitar akan menjadi rosak dan tercemar, air akan menjadi sumber daya terhad pada masa akan datang dan seterusnya membawa kepada masalah El-Nino, perubahan iklim, pemanasan global dan sebagainya.

Sebenarnya kawasan tanah tinggi merupakan kawasan sensitif yang memerlukan pengurusan lestari secara rapi supaya pembangunan di kawasan ini tidak mendatangkan kesan serius pada linkungan sekitar dan masyarakat setempat. Pembangunan di kawasan tanah tinggi akan menyebabkan berlakunya tanah runtuh, gelonsoran tanah, banjir kilat, banjir lumpur dan sebagainya. Dalam kaitan pembangunan tanah tinggi dengan sumber air bersih, kesan sisa deforestasi mempercepat hakisan tanah, tanah runtuh, kerosakan daerah tangkapan air, pencemaran sumber air dan berlakunya banjir kilat. Semua kesan ini akhirnya akan mengarah kepada pembangunan yang tidak mampan. Akhir-akhir ini, satu kejadian banjir kilat telah berlaku di tanah tinggi Cameron pada 5 November 2014 yang menyebabkan 5 mangsa terkorban dan 5 lagi mangsa cedera manakala seramai 203 orang penduduk terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Orang Ramai Ringlet untuk mendapatkan perlindungan dan kawasan penginapan. Berikutan isu ini, Pensyarah geologi Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Tajul Anuar Jamaludin telah menjelaskan bahawa banjir kilat yang berlaku adalah kesan daripada kerakusan peneroka menorah bukit untk membangunkan ladang sayuran baru dan perkara ini akan mengakibatkan berlaku mendapan yang berisiko menyebabkan tanah runtuh. Tambahan pula Cameron Highlands mempunyai tanah jenis granit yang bersifat gembur dan mudah terhakis. Oleh itu, adalah sangat sensitif dan bahaya sekiranya kawasan ini diancami pemotongan mahupun penggunaan bahan kimia yang berlebihan.

Selain itu, pembangunan juga merosakkan kawasan resapan air. Penghapusan hutan telah secara automatik menghapuskan kawasan resapan air. Apabila pembukaan tanah berlaku kerana projek pembangunan, permukaan yang semulajadi itu telah bertukar kepada permukaan yang tidak serap air seperti simen, tar, konkrit dan sebagainya. Perubahan muka bumi kepada permukaan yang tidak dapat menyerap air menyebabkan air hujan tidak dapat diserap lalu air hujan akan mengambil masa yang singkat untuk masuk ke dalam sistem saliran. Air yang banyak itu akan memenuhi sistem saliran dalam masa yang singkat dan sistem tidak mampu menampung kuantiti air yang begitu banyak menyebabkan air mengalir keluar. Perkara ini telah menyebabkan banjir kilat berlaku selepas tidak lama hujan menurun. Pemusnahan terhadap kawasan resapan air dilakukan secara berterusan sama ada oleh pihak kerajaan atau swasta dan isu ini tidak dapat dibendung kerana adanya undang-undang yang longgar berhubung dengan perlindungan resapan air yang menyulitkan usaha melindungi sumber air. 3.0 Sorotan Literatur

Pembangunan fizikal adalah satu tuntutan semasa negara. Perkara ini sangat penting pada masa kini untuk menampung keperluan semasa sepeti pertambahan jumlah bilangan penduduk yang meningkat dari masa ke masa. Pelbagai projek besar-besaran sama ada untuk membina kawasan perumahan, prasana, kawasan pelancongan atau kawasan perindustrian adalah sangat memerlukan. Walau bagaimanapun, pembangunan ini memerlukan perancangan rapi yang tidak mendatangkan kesan serius terhadap manusia dan alam sekitar. Oleh itu, pembangunan lestari telah diperkenalkan. Konsep ini muncul ekoran daripada kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Mengikut UNESCO (2002), pembangunan lestari didefinisikan sebagai balancing the fulfillment of human needs with the protection of the natural environment so that these needs can be met not only in the present, but in the indefinite future. Dengan kata lain, pembangunan lestari adalah pembangunan yang dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan dan memastikan kerosakan minimum ke atas alam semula jadi supaya sumber semuala jadi dapat dikekalkan sehingga generasi akan datang. Konsep ini memberi penekanan kepada keseimbangan antara memenuhi keperluan manusia dengan keupayaan sistem semulajadi untuk membekalkan produk dan perkhidmatan tanpa degradasi.

Bidang pembangunan berkembang secara pesat di Malaysia pada masa kini. Aktiviti tidak terhenti dengan adanya permintaan dari segi rumah mahupun pejabat atau kedai. Hutan ditebang untuk memberi ruang kepada aktiviti-aktiviti pembangunan ini. Pembangunan fizikal secara mendadak menjadi satu kebanggaan negara kerana menunjukkan negara tersebut telah membangun dari segi ekonomi dan kewangan. Akan tetapi perkara yang sebenarnya yang sedang berlaku ialah alam sekitar sedang dimusnahkan dan berkemungkinan memberi kesan serius terhadap rakyat negara itu pada bila-bila masa sahaja. Bencana alam seperti banjir kilat, banjir lumpur dan sebagainya adalah akibat daripada pemusnahan alam sekitar secara tidak terkawal. Oleh itu, pihak perancang dan pelaksana wajib mematuhi undang-undang dalam menjalankan sebarang pembangunan mengikit garis panduan dan konsep pembangunan lestari supaya keselamatan baik manusia atau alam semula jadi terjamin.

4.0 Kajian KesCameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang telah dibangunkan sebagai satu kawasan peranginan bercuaca sejuk terkenal bagi pelancong tempatan mahupun pelancong luar negara. Pembangunan di kawasan tanah tinggi ini telah mengganggu ekosistem di kawasan tersebut sekali gus memberi impak negatif kepada masyarakat tempatan dan alam semula jadi di sekelilingnya. Kestabilan cerun telah terganggu akibat daripada pembinaan jalan raya sepanjang 178.3km yang menghubungkan Simpang Pulai - Pos Slim - Kampung Raja Lojing Gua Musang. Jalan raya tersebut merupakan jalan perhubungan antara Timur Barat Ketiga. Pembinaan jalan raya ini mendorong kepada kehakisan permukaan, tanah runtuh dan secara tidak langsung ia telah mengotorkan sistem saliran. Sungai-sungai yang berada di kawasan berdekatan seperti Sungai Terla, Sungai Telom, Sungai Burung dan Sungai Ikan dijangka menerima kesan daripada pembinaan jalan raya ini. Tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan jalan raya adalah amat diperlukan bagi memberi keselesaan kepada masyarakat tempatan serta membuka peluang interaksi ekonomi Cameron Highlands dengan kawasan luar.

Cameron Highlands merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di Semenanjung Malaysia. Tanah tinggi ini telah menjadi destinasi pelancongan utama bagi sesiapa sahaja yang ingin merasai suhu dingin dan menikmati kecantikan flora dan fauna di pusat peranginan ini. Tiap tahun terdapat bilangan pelancong yang banyak mengunjungi pusat peranginan ini. Jadi, pembinaan kawasan kediaman dan hotel telah dipergiat untuk menyokong industri pelancongan yang makin pesat membangun di tanah tinggi tersebut. Pertumbuhan sektor ini berkembang pada kadar 3.2 peratus bagi satu tahun. Bukit sekitar Tanah Rata, Ringlet dan Brinchang merupakan antara kawasan tumpuan utama untuk membina hotel atau chalet. Pembinaan hotel dan chalet secara tidak terkawal telah menyebabkan kejadian tanah runtuh dan hakisan disebabkan penebangan bukit dan pembersihan hutan yang telah dilaksanakan bagi membuka ruang kepada pembinaan hotel dan chalet. Pada tahun 1998, kejadian tanah runtuh kesan daripada projek pembinaan telah menyebabkan jalan perhubungan antara pekan Brinchang terputus dengan Kampung Raja, Terla dan Teringkap. Perkara ini telah menyebabkan hasil pertanian tidak dapat dibawa ke kawasan luar selama beberapa minggu terus merugikan golongan usahawan. Selain itu, pembinaan sekolah rendah di Ringlet, sekolah menengah di Tanah Rata dan Brinchnag dijangkakan akan memberi impak kepada persekitaran kerana kedudukannya di atas bukit yang telah diteres. Sistem saliran juga menerima kesan daripada projek-projek pembinaan ini, sebagai contoh, aliran Sungai Bertam telah tersekat akibat daripada runtuhan tanah di kawasan berhampiran berpunca daripada pembinaan perumahan kakitangan Majlis Daerah di Tanah Rata yang terletak di betul-betul kawasan atas bukit Puncak Arabella. Bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang, pihak Jabatan Alam Sekitar terpaksa mengorek semula dan membuat benteng simen di kawasan sungai yang mungkin menerima kesan tanah runtuh.

Selain daripada menjadi pusat peranginan, Cameron Highlands juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang berkualiti tinggi dan jarang didapati di kawasan lain. Sektor pertanian merupakan sektor yang paling penting di Cameron Highlands walaupun kawasan pertanian terhad. Sektor ini menyumbangkan jana paling banyak kepada eknomi Cameron Highlands. Dianggarkan sebanyak 51% kawasan pertanian dibuka untuk penanaman sayur, 39% untuk penanaman teh, dan 9% untuk tanaman bunga. Kawasan yang dibuka untuk menjalankan aktiviti pertanian ini ditolak tanahnya ke bawah cerun yang kemudiannya memasuki sistem saliran menyebabkan pencemaran air. Aktiviti pertanian terus digiatkan secara aktif walaupun pembukaan tanah baru untuk pertanian membawa kesan kepada alam sekitar. Sektor ini amat penting kerana penanaman sayur-sayuran sebanyak 25 jenis seperti kobis, kobis cina, kobis bunga, tomato, kacang manis, lobak putih dan kini daylyly (kamcam) telah memberi pendapatan sebanyak RM 43 juta setahun dengan jumlah pengeluaran sebanyak 82,000 tan setahun. Penanaman bunga juga menyumbangkan satu amaun yang besar iaitu RM 35 juta per tahun bagi pasaran ke Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Jepun. Kesan daripada permintaan dan pendapatan yang tinggi, pembukaan tanah telah ditambahkan dari satu tahun ke satu tahun. Menurut angka statistik, pembukaan tanah telah meningkat daripada 2,343 hektar pada tahun 1991 kepada 4,000 hektar pada tahun 1993. Pada hakikatnya, tanah yang wajar diusahakan pada 1993 untuk menghasilkan impak tahap minima adalah sebanyak 3,292 hektar sahaja.

Pengusaha berlumba-lumba membuka kawasan pertanian atas faktor permintaan hasil pertanian yang sangat tinggi dari luar negara seperti Singapura, Jepun dan Taiwan. Keadaan ini mendorong mereka untuk membuka kawasan pertanian baru berhampiran dengan ladang asal tanpa mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa. Nisbah tanah yang diusahakan secara sah dan haram dianggarkan satu kepada tiga, iaitu bagi setiap satu kawasan ladang yang sah terdapat tiga ladang yang dijalankan secara haram. Pembukaan tanah secara haram telah menghapuskan banyak kawasan spesis hutan gunung sedangkan kawasan itu merupakan kawasan hutan simpanan kekal negeri Pahang. Keadaan ini juga menyebabkan kehakisan permukaan kerana para petani ini tidak menyediakan sistem perparitan yang sempurna. Aktiviti pertanian juga banyak menyumbang kepada kemerosotan sumber bekalan air, merendahkan kualiti air untuk kegunaan domestik serta sumber air tercemar dengan bahan-bahan kimia disebabkan penggunaan racun perosak di sekitar Kuala Terla, Lembah Bertam dan Brinchang. Kawasan ladang teh mampu manghalang kejadian hakisan permukaan kerana tanaman teh bertindak sebagai tumbuhan tutup bumi, namun begitu penanaman teh boleh membawa kepada keterdedahan permukaan tanah yang akan mendorong kepada hakisan apabila kawasan ladang ditolak untuk dijadikan kawasan tanaman sayur setelah tanaman teh tidak lagi produktif dan tidak lagi boleh dikomersialkan. Tambahan lagi, penyemburan racun bagi tanam teh dari udara menggunakan helikopter boleh membahayakan kesihatan manusia.

Empangan Sultan Abu Bakar di Habu yang menjana kuasa hidro elektrik di Cameron Highlands menghadapi masalah kekurangan kapasiti dan menjadi semakin cetek kesan daripada kelodak dan lumpur yang dibawa oleh aliran Sungai Bertam dan bahagian hulu sehingga menyebabkan takungan air menjadi semakin cetek. Pembinaan empangan baru yang disokong dana sepenuhnya oleh kerajaan Jepun di Lembangan Manson dijangka akan menenggelamkan kampung-kampung orang asli berhampiran iaitu Kampung Laryar, Penggen, Kampung Kuala Boh, Pos Menson, Kampung Sungai Relong, dan lima perkampungan kecil berhampiran kawasan itu. Kita harus sedar yang projek-projek pembangunan yang telah dilaksanakan ini telah menyebabkan golongan minoriti pribumi terpaksa mengorbankan hak mereka demi keselesaan masyarakat lain dan kemajuan negara. 5.0 Perbincangan dan cadangan Seperti mana yang dinyatakan dalam dapatan kajian di atas, Cameron Highlands menghadapi kemusnahan alam sekitar yang serius seiring dengan perkembangan fizikal dan pertanian bagi menampung keperluan manusia. Kemusnahan alam sekitar ini perlu dibendung untuk menjaga keunikan dan keindahan kawasan tanah tinggi sebagai satu pusat peranginan dan pengeluar hasil pertanian terpenting Malaysia. Secara keseluruhannya, min suhu tahunan Cameron Highlands meningkat dari setahun ke setahun. Perkara ini mempunyai kaitan rapat dengan aktiviti penebagan hutan untuk dijadikan kawasan pertanian di Lembah Bertam. Peranan pokok sebagai agen penyerdehanaan suhu telah berkurangan disamping keupayaan hutan untuk menampung air juga berkurangan. Hal ini kerana satu batang pokok dianggarkan dapat manampung 400 liter air pada satu-satu masa. Ekoran daripada ancaman alam sekitar yang makin berleluasa di Cameron Highlands, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mambuka satu cawangan di kawasan itu. Terdapat dua orang pegawai kawalan telah ditempatkan di kawasan ini untuk mengawal dan memantau kesan-kesan alam sekitar yang berlaku. Pegawai-pegawai ini bertugas sebagi pemantau segala aspek pembangunan yang dijalankan oleh pengusaha-pengusaha dan memastikan segala aktiviti pembangunan adalah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar (AKAS) 1974. Pihak Jabatan Alam Sekitar juga berkerjasama dengan pihak polis bagi memantau individu yang menceroboh kawasan tanah tinggi sesuka hati. Penubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga memainkan peranan dalam memantau individu yang menceroboh kawasan tanah tinggi. Penyertaan NGO terutamanya penubuhan Reach yang dianggotai oleh beberapa individu di Cameron Highlands pada tahun 2000 telah banyak membantu dari segi pemantauan dan melakukan aduan kepada pihak-pihak berwajib terhadap aktiviti-aktiviti yang menjejaskan kualiti alam sekitar.

Kualiti air di Cameron Highlands didapati mula tercemar kesan daripada aktiviti pembangunan. Sungai-sungai yang menerima kesan serius termasuk Sungai Telom, Sungai Bertam, Sungai Ikan dan Tasik Habu. Perkara ini terjadi ekoran pembangunan infastruktur, penggunaan bahan kimia, racun dan baja daripada pertanian yang tidak terkawal dan berleluasa. Pembukaan tanah pertanian secara tidak sistematik telah menyebabkan kelodakan air yang tinggi sehingga menyebabkan pemendapan. Jelasnya, kualiti air tasik Habu telah terjejas dengan nilai pepejal terampai sehingga 202mg per liter. Nilai ini adalah lapan kali ganda standard yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar iaitu pada tahap 25mg per liter bagi air kelas satu. Sebagai usaha mengatasi masalah kemerosotan sumber air di Cameron Highlands, beberapa program telah dilakukan. Antaranya ialah pembinaan loji rawatan baru di Sungai Ulong dan Habu untuk meningkatkan kapasiti tambahan sebanyak dua juta gelen sehari untuk bekalan di Ringlet. Program yang kedua adalah menaik taraf loji di Sungai Terla bagi menyediakan kapasiti tambahan 4 juta gelen sehari ke kawasan Tanah Rata dan Ulu Telom. Program yang seterusnya ialah penambahan beberapa intake reservoir dan stesen booster di beberapa kawasan yang dikenal pasti bagi mengatasi masalah jangka pendek. Program-program yang telah disarankan oleh Kerajaan Pahang ini menyasarkan kapasiti bekalan air di Cameron Highlands dapat ditingkatkan dari 1.5 juta gelen sehari kepada 7.7 juta gelen sehari selepas usaha-usaha yang disarankan ini dilaksanakan.

Perkembangan pembangunan secara rancak di Cameron Highlands telah merubah kawasan persekitaran termasuk mengganggu kehidupan manusia khususnya kehidupan orang asli di sekitar itu. Pembangunan yang melibatkan penarahan bukit dan pembersihan hutan telah menghapuskan elemen-elemen dalm persekitaran sekali gus memusnahkan alam semula jadi. Ekosistem telah diganggu dan perkara ini turut menjejaskan kehidupan orang asli yang bergantung kepada hasil semula jadi daripada hutan sebagai sumber pendapatan. Orang asli yang sebelum ini mencari rotan beberapa kali setahun terpaksa mencari rotan setahun sekali sahaja kerana sumber semula jadi ini telah dimusnahkan. Bukan begitu sahaja, sungai-sungai juga menjadi cetek dan tercemar dengan kelodak dan racun perosak yang menyebabkan spesis akuatik semakin berkurangan. Penduduk di Lembah Manson menafikan yang sungai-sungai di kawasan ini menjadi semakin cetek berbanding 10 tahun yang lepas yang mempunyai kedalaman sungai sehingga 6 kaki namun kini kedalaman sungai hanya mencatatkan kedalam sedalam 1 kaki sahaja. Memandangkan pembangunan di Cameron Highlands seperti pembukaan tanah untuk pertanian dan pembinaan infastruktur dijalankan secara tidak terancang tanpa mengambil kira kesan yang akan berlaku, maka kerajaan Pahang dan kabinet telah mengeluarkan arahan untuk menamatkan projek-projek pembangunan yang berisiki tinggi. Aktiviti-aktiviti seperti pembukaan tanah haram untuk pertanian, penebangan hutan dan pemotongan bukit merupakan projek berisiko tinggi yang perlu dihentikan segera. Perkara ini demikian kerana aktiviti-aktiviti ini mampu mendatangkan kesan serius terhadap masyarakat setempat dan alam sekitar. Pada masa kini, pihak berkuasa telah mengambil langkah-langkah seperti berikut bagi mengurangkan masalah alam sekitar iaitu mengenal pasti punca-punca pencemaran pada peringkat sumber dan seterusnya mencegah keadaan tersebut daripada berleluasa. Langkah yang seterusnya ialah melakukan pemonitoran terhadap aktiviti-aktiviti yang dijangka boleh menjejaskan alam sekitar yang terakhir ialah penguatkuasaan undang-undang secara menyeluruh kepada individu atau syarikat untuk mereka mengikiut peraturan-peraturan alam sekitar semasa menjalankan aktiviti pembangunan. Unit Kawalan juga patut ditubuhkan untuk mengadakan kerjasama antara agensi-agensi yang diwujudkan dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Unit Kawalan ini ditubuhkan bertujuan untuk memantau segala aspek perancangan dan pembangunan di Cameron Highlands yamg meliputi unit kawalan hakisan, unit kawalan pelupusan sisa pepejal, unit penerokaan tanah tinggi, dan unit perancangan pembangunan bandar. Pusat pelupusan sampah di Cameron Highlands terletak di Batu 34, 1400 meter dari arasa laut. Kedudukan ini amat tidak strategik kerana ia berada di kawasan tanah tinggi serta berhampiran dengan anak Sungai Bertam, iaitu Sungai Batu Pipih. Kajian juga mendapati bahawa proses pelupusan sampah tidak sitematik dan akan menimbulkan kesan buruk terhadap alam sekitar.Pelupusan sampah secara terbuka akan mengundang masalah seperti pencemaran udara iaitu bau, pencemaran tanah, pencemaran air dan menggalakkan pembiakan vector penyakit. Tambahan pula kawan pelupusan sampah ini terletak di jalan seumpama pintu utama Cameron Highlands yang mana pengujung perlu melalui kawasan ini untuk memasuki Cameron Highlands. Pengunjung terpaksa menghidu bau sampah ini dahulu sebelum memasuki Camaron Highlands. Perkara ini diterukkan lagi apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan mudah menolak sampah sarap ke bawah cerun di kawasan sungai dan akhirnya menyebabkan pencemaran air menyekat aliran sungai. Keadaan sungai bertambah teruk dan kotor apabila sampah sarap dibawa air larian sungai semasa hujan turun.

Masalah alam sekitar yang berlaku akibat daripada pusat pelupusan yang tidak strategik dapat diatasi dengan penswastaan bahagian kutipan sampah. Bagi meningkatkan mutu pembersihan dan pengutipan sampah, perkhidmatan ini telah diswastakan kepada Alam Flora Sdn. Bhd. sejak tahun 1999. Alam Flora Sdn. Bhd. diberi kontrak bagi menguruskan perkhidmatan pelupusan sisa pepejal dan sampah sarap tetapi syarikat ini tidak mempunyai kuasa sepenuhnya. Kuasake atas segala bentuk pelupusan di tapak pelupusan sampah masih di bawak kuasa Majlis Daerah sehingga akhir bulan September 2001. Sisrem pengutipan sampah lebih tersusn dan sistematik dengan penswastaan perkhidmatan ini. Alam Flora Sdn. Bhd. menjalankan kerja pengutipan sampah dua kali seminggu iaititu setiap hari Isnin dan Selasa di setiap kawasan manakala perkhidmata pengutipan sampah di kawasan penumpuan masyarakat seperti pasar dan pekan dijalankan setiap hari. Pihak syarikat juga membuat perjanjian dengan pihak sekolah berkenaan pemberian komputer kepada pihak sekolah setiap kali bilangan akhbar dan tin dijual dengan harga menyamai harga sebuah komputer. Syarikat ini turut melaksanakan peraturan-peraturan yang diarahkan oleh Majlis Daerah dari semasa ke semasa untuk memastikan kebersihan dan keceriaan Cameron Highlands sentiasa dijaga.

Kesan alam sekitar yang sering kali berlaku ialah hakisan dan tanah runtuh. Data yang diperoleh menunjukkan 10 hingga 34 peratus kawasan Tadahan Telom dan 28 hingga 36 petarus kawasan Tadahan bertam telah diusahakan dengan kegiatan pertanian antara tahun 1950 hingga tahun 1990. Aktiviti pertanian menyebabkan kesan mendapan meningkat secara mendadak dari 93 m3.km2.tahun kepada 1092 m3.km2.tahun pada tahun 1990. Pemendapan ini telah menyebabkan Tasik Habu kehilangan keupayaan untuk menampuang air sebanyak 31 peratus. Luahan dan hasil endapan ini akan menjadi lagi teruk apabila hujan turun. Berdasarkan kadar hakisan antara musim hujan dan musin kering menunjukkan peningkatan antara 5 hingga 15 kali manakala peningkatan keterhakisan daripada kawasan hutan ke kawasan terdedah pula adalah antara 1 hingga 1.5 kali. Kadar hakisan tanah di Cameron Highlands adalah 13 kali ganda melebihi had kawalan bagi kawasan Tropika iaitu 250 hingga 1,250 tan.km2.hari (Lal, 1984). Sebagai usaha mengurangkan kadar hakisan tanah, Jabatan Perhutanan telah mewartakan beberapa kawasan baru sebagai kawasan hutan simpan bagi memastikan tidak ada gangguan terhadap spesis yang bernilai ini. Spesis-spesis tumbuhan yang terdapat di Cameron Highlands merupakan jenis spesis hutan tanah tinggi iaitu 1,000 meter atas paras laut. Antara spesis yang bernilai ialah Geruk, Bintangor, Nyatoh, Mahang, Mata Ulat dan banyak lagi. Pokok Raksamala yang benihnya dibawa dari India juga ditanam di kawasan Hutan Simpan Mentigi bagi percubaan mewujudkan kawasan hutan yang baru. Kawasan hutan simpan ditambah dari semasa ke semasa bagi memastikan spesis-spesis hutan yang istimewa ini tidak dimusnahkan dek kerana sikap mementingkan diri manusia. Disamping itu, para petani juga perlu menjalankan aktiviti pertanian mengikut garis panduan bagi mengelakkan kesan buruk seperti hakisan dan tanah runtuh. Antara garis panduan yang perlu dipatuhi petani ialah menanam tanaman penutup bumi seperti kekacang abgi tujuan mencegah hakisan tanah pada musim hujan terutama di kawasan yang baru diteroka. Yang seterusnya ialah menanam rumput di tebing-tebing yang curam bagi tujuan mengcengkam tanah dan petani dilarang sama sekali menolak tanah ke lereng bukit serta melakukan sistem saliran yang sempurna bagi mengelakkan hakisan tanah.6.0 KesimpulanSecara keseluruhan, tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan perlu dilakukan demi kepentingan ekonomi negara dan keperluan manusia. Pembangunan fizikal merupakan petunjuk ekonomi sesebuah negara. Pembangunan infastruktur, perumahan, kilang-kilang serta petempatan baru merupakan kebanggaan negara kerana ia menunjukkan kemajuan negara dari segi ekonomi mahupun kewangan. Walaupun begitu, kisah sebenar disebalik pembangunan yang sangat kita banggakan ini adalah pemusnahan alam sekitar yang akhirnya akan memberi kesan negatif kepada manusia sendiri. Oleh itu, konsep pembangunan lestari adalah perlu dalam mengekalkan kekayaan sumber alam semula jadi bagi generasi akan datang. Perancang dan pelaksana yang bertanggungjawab dalam sektor pembangunan haruslah berfikiran jauh dan selalu memaksikan konsep pembangunan lestari supaya alam sekitar dapat dipelihara dan dipulihara. Mereka yang berkaitan secara langsung dalm pembangunan tidak boleh bersikap pentingkan diri dan mementingkan keuntungan semata-mata sehingga tidak mengambil kira impak pembangunan secara tidak terancangan terhadap alam sekitar dan akhirnya merugikan diri sendiri serta manusia sejagat. Pelbagai dasar dan undang-undang yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan tetapi masalah alam sekitar juga tidak dapat dibendung sepenuhnya.Rujukan Eric Goh. Pembangunan Lestari Mineral dan Alam Sekitar Bertaraf Dunia. (2008). Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia

Hasan Matnor, Shaharudin Idrus, Sarah Aziz Abdul Ghani Aziz. Manusia, Alam Sekitar dan Pembangunan : Bicara Pengalaman Komuniti Orang Asli (2001). Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia

Penerokaan Berterusan Cameron Highlands Sebabkan Banjir Kilat. Diambil apada 10 November 2014 daripada http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/11/09/penerokaan-berterusan-cameron-highlands-sebabkan-banjir-kilat/Zaini Ujang. Minda Lestari : Pembanguna Negara dan Pemuliharaan Alam Sekitar. (2009). Johor : Universiti Teknologi Malaysia15