14
Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 1 Ulum hadith adalah disiplin ilmu yang mengandungi metodologi berkaitan sanad (rangkaian perawi) dan matan (teks hadith) untuk membolehkan muhaddithin mengumpulkan hadith pada umat Islam dan membentuk khazanah sumber rujukan Islam (al-Suyuti 1996) UNIT PELAJARAN 1 PENGANTAR ULUM HADITH HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat : 1. Menerangkan definisi al-hadith, al-sunnah, al-athar dalam konteks perbincangan Ulum Hadith. 2. Membincangkan kategori kajian ulum Hadith. 3. Mengenalpasti dalil-dalil aqli dan naqli mengenai kedudukan dan peranan al-sunnah di dalam syariat Islam selepas al-Qur’an. 4. Menganalisa kepentingan al-sunnah dalam konteks kehidupan muslim. PENDAHULUAN engajian Ulum hadith merupakan suatu pengajian yang sangat penting untuk membolehkan seseorang muslim merasa yakin dengan sesebuah hadith yang dipegang. Muhaddithin telah menggariskan methodologi yang sistematik untuk membolehkan setiap generasi menangani persoalan hadih semasa. Mari kita mulakan perbincangan dengan memahami terminologi Ulum Hadith ( ح يو علو) atau Mustalah al-Hadith ( لا حديومصوح) terlebih dahulu sebelum mendalami methodologi kajian-kajian berkaitan hadith secara lebih mendalam. Dari segi etimologinya, Perkataan "ulum" ialah ilmu dalam kata jamak bahasa Arab. Manakala "hadith" dari istilah ilmu boleh dirumuskan sebagai perkara yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W. samada perkataan, perbuatan, ketetapan (akuan), sifat dan tingkahlaku. ingkasnya, perbahasan Ulum hadith akan meneliti gagasan ilmu yang mengandungi prinsip-prinsip dan metodologi berkaitan sanad (rangkaian perawi) dan matan (teks hadith) tersebut (al-Suyuti 1996). Melalui methodologi ini seseorang dapat mengetahui martabat sesebuah hadith dengan mengkaji sifat-sifat perawi dan jumlah mereka serta kesahihan matan hadith yang diriwayatkan menjurus kepada kedudukan sesebuah riwayat sebagai dalil atau hujah dalam aqidah atau syariat. Melalui methodologi ini juga muhaddithin dapat mengumpulkan hadith- hadith yang berselerak dan bercampur aduk kategorinya pada umat Islam dan membentuk khazanah yang berharga untuk panduan dan sumber rujukan kedua di dalam Islam seperti karya Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sahih Ibn Hibban, Musnad Ahmad bin Hambal, Sunan al-Tarmizi, Sunan Abu Daud, al-Muwatta’ dan beberapa kitab hadith yang muktabar yang dikenali sebagai sunan sittah, atau sunan tis’ah. P R

Ilmu Hadis Modul UNIT PELAJARAN 1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ilmu Hadis Modul UNIT PELAJARAN 1

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 1

Ulum hadith adalah disiplin ilmu yang mengandungi metodologi berkaitan sanad (rangkaian perawi) dan matan (teks hadith)

untuk membolehkan muhaddithin mengumpulkan hadith pada umat Islam dan membentuk khazanah sumber rujukan Islam

(al-Suyuti 1996)

UNIT PELAJARAN 1

PENGANTAR ULUM HADITH

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda diharap dapat :

1. Menerangkan definisi al-hadith, al-sunnah, al-athar dalam konteks perbincangan Ulum Hadith.

2. Membincangkan kategori kajian ulum Hadith.

3. Mengenalpasti dalil-dalil aqli dan naqli mengenai kedudukan dan peranan al-sunnah di dalam

syariat Islam selepas al-Qur’an.

4. Menganalisa kepentingan al-sunnah dalam konteks kehidupan muslim.

PENDAHULUAN

engajian Ulum hadith merupakan suatu pengajian yang sangat penting untuk

membolehkan seseorang muslim merasa yakin dengan sesebuah hadith yang dipegang.

Muhaddithin telah menggariskan methodologi yang sistematik untuk membolehkan

setiap generasi menangani persoalan hadih semasa. Mari kita mulakan perbincangan dengan

memahami terminologi Ulum Hadith ( علوو حديوو) atau Mustalah al-Hadith ( مصووحلادحديوو) terlebih

dahulu sebelum mendalami methodologi kajian-kajian berkaitan hadith secara lebih mendalam.

Dari segi etimologinya, Perkataan "ulum" ialah ilmu dalam kata jamak bahasa Arab. Manakala

"hadith" dari istilah ilmu boleh dirumuskan sebagai perkara yang disandarkan kepada Rasulullah

S.A.W. samada perkataan, perbuatan, ketetapan (akuan), sifat dan tingkahlaku.

ingkasnya, perbahasan Ulum hadith akan meneliti gagasan ilmu yang mengandungi

prinsip-prinsip dan metodologi berkaitan sanad (rangkaian perawi) dan matan (teks

hadith) tersebut (al-Suyuti 1996). Melalui methodologi ini seseorang dapat mengetahui

martabat sesebuah hadith dengan mengkaji sifat-sifat perawi dan jumlah mereka serta

kesahihan matan hadith yang diriwayatkan menjurus kepada kedudukan sesebuah riwayat

sebagai dalil atau hujah dalam aqidah atau

syariat. Melalui methodologi ini juga

muhaddithin dapat mengumpulkan hadith-

hadith yang berselerak dan bercampur aduk

kategorinya pada umat Islam dan membentuk

khazanah yang berharga untuk panduan dan

sumber rujukan kedua di dalam Islam seperti

karya Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sahih

Ibn Hibban, Musnad Ahmad bin Hambal, Sunan al-Tarmizi, Sunan Abu Daud, al-Muwatta’ dan

beberapa kitab hadith yang muktabar yang dikenali sebagai sunan sittah, atau sunan tis’ah.

P

R

Page 2: Ilmu Hadis Modul UNIT PELAJARAN 1

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 2

ISI KANDUNGAN

1. Definisi al-Sunnah, al-Hadith al-Athar dalam Ulum Hadith.

2. Pembahagian dalam kajian Ulum Hadith

3. Al-Sunnah sebagai sumber kedua syariat Islam.

4. Kepentingan al-Sunnah dalam konteks kehidupan muslim.

5. Kaedah Berinteraksi Dengan Hadith Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi.

Definisi Al-Sunnah, Al-Hadith, Al-Athar dalam Ulum Hadith.

Perkataan al-Sunnah, al-Hadith dan al-Athar bukanlah sesuatu yang asing di dalam

masyarakat Islam. Namun setiap ungkapan tersebut memiliki pelbagai makna yang tersendiri dari segi

bahasa dan istilah berdasarkan kesesuaian tempat dan konteks penggunaannya. Perkataan al-Sunnah

pula berasal dari kalimah bahasa Arab yang membawa maksud perjalanan atau cara hidup sama ada baik

atau buruk (Muhammad, Ajjaj al-Khatib 1989M/1409H). Menurut Rohi Ba’labakiy (2000) pula bererti rubric

(petunjuk), peraturan (al-Isra’:77), practice (kebiasaan) atau mode of life (cara hidup) (al-Anfal:38).

anakala dari segi istilah syara’, al-Sunnah ialah setiap apa yang

diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W dan yang dilarang oleh

baginda atau yang digalakkannya sama ada melalui perkataan,

perbuatan atau perakuan baginda SAW (Muhammad, Ajjaj al-

Khatib,1989M/1409H). Imam al-Syatibi menyatakan seseorang itu dikatakan

mengikuti sunnah sekiranya dia melakukan amalan yang bertepatan dengan

amalan Rasulullah S.A.W., sahabat dan salafusolah.

adith pula secara harfiah bererti perkataan atau percakapan. Dalam

terminologi Islam perkataan tersebut adalah dari Rasulullah S.A.W

seperti Ibn Hajar berpendapat Hadith ialah apa-apa yang disandarkan

kepada Rasulullah S.A.W Namun sering kali ungkapan tersebut diperluaskan

makna sehingga disinonimkan dengan sunnah yang bererti segala perkataan (sabda), perbuatan, ketetapan

mahupun persetujuan dari Rasulullah S.A.W yang dijadikan ketetapan ataupun hukum dalam agama. Sebagai

contoh, Ayub bin Musa al-Husaini berpendapat, Hadith ialah suatu istilah bercerita yang disandarkan

penceritaan tersebut kepada Rasulullah S.A.W dari segi perkataan, perbuatan dan juga ikrar (Asmawi 2003).

Apakah wujud perbezaan di antara perkataan al-Sunnah, al-Hadith dan al-Athar dalam konteks

bahasa, istilah dan kesesuaian penggunaan?

M

H

“Hendaklah kamu berpegang

teguh pada sunnahku dan

sunnah Khulafa’ ar-Rasyidin

yang mendapat petunjuk.

Peganglah bersungguh-

sungguh (kacip gigi geraham)”

Riwayat Abu Dawud. (Ahmad

Fauzan, 2007).

Page 3: Ilmu Hadis Modul UNIT PELAJARAN 1

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 3

l-athar jika ditinjau dari sudut bahasa membawa makna kesan atau bekas. Dari sudut istilah pula ia

membawa maksud yang hampir sama dengan al-sunnah atau al- hadith. Namun muhaddithin

berbeza pendapat berkaitan penggunaan istilah ini sebagai contoh; Imam al-Nawawi menyatakan

athar ialah perkataan sahabat dan sesuatu yang diriwayatkan dari sahabat manakala al-Zarkashyi pula

berpendapat ia adalah digunakan untuk hadith marfu’ (perkataan dari Rasulullah S.A.W) dan hadith mawquf

(perkataan dari Sahabat). Walaupun istilah ini berbeza, namun dapat didefinisikan dengan satu makna

yang hampir sama iaitu sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W sama ada melalui

perkataan, perbuatan atau penetapan baginda S.A.W. Sebagai rumusan, walaupun pada zahirnya terdapat

perbezaan pendapat dalam pengertian dan penggunaan istilah al-Sunnah, al-Hadith dan al-Athar, namun

hakikatnya semuanya disandarkan kepada Rasulullah S.A.W. yang tidak menjelaskan kedudukan al-sunnah,

al-hadith dan al-athar ini sebagai sumber hukum Islam yang kedua selepas al-Qur'an.

Apakah perbezaan penggunaan istilah al-Sunnah, al-Hadith dan al-Athar menurut pendapat

Imam al-Nawawi ?

Adakah terdapat perbezaan diantara definisi al-hadith dan al-sunnah ini menurut al-Muhaddithin,

ulama’ usul fiqh dan al-Fuqaha’. Mari kita teruskan penelitian terhadap perbezaan tersebut. Istilah al-

Sunnah ditakrifkan dengan makna yang berbeza menerusi pandangan al-Muhaddithin, ulama’ usul fiqh dan

al-Fuqaha’. Al-Muhaddithin mendefinisikan al-Sunnah sebagai setiap apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah

SAW sama ada perkataan, atau perbuatan, atau penetapan, atau sifat baginda, atau perjalanan hidup

baginda sama ada sebelum dibangkitkan menjadi nabi atau selepasnya (Muhammad, Ajjaj al-Khatib,

1989M/1409H). Manakala menurut pandangan ulama’ usul fiqh, al-Sunnah ialah setiap sesuatu yang keluar

daripada nabi SAW selain daripada al-Qur’an, terdiri daripada perkataan, perbuatan atau penetapan baginda

dengan syarat bahawa ia boleh dijadikan dalil dan bukti syarie (Muhammad, Ajjaj al-Khatib, 1989M/1409H).

Seterusnya al-Fuqaha mendefinisikan al-Sunnah dengan setiap yang diperintahkan oleh nabi SAW

dengan ia merupakan ibadat yang tidak difardhukan atau diwajibkan (Mustafa Abdul Rahman, 2000).

Nyatakan secara jelas perbezaan di antara definisi al-hadith dan al-sunnah menurut

al-Muhaddithin, ulama’ usul fiqh dan al-Fuqaha?

Kategori Kajian Ulum Hadith

engajian ulum hadis ialah suatu disiplin ilmu yang sistematik yang amat penting untuk memahami

dan menilai sesuatu hadith sama ada diterima atau ditolak. Kebanyakkan muhaddithin

membahagikan perbincangan ulum hadith kepada dua kategori perbahasan yang utama iaitu;

A

P

Page 4: Ilmu Hadis Modul UNIT PELAJARAN 1

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 4

a. Ilmu Hadith Riwayah

Perkataan riwayah menurut bahasa membawa maksud cerita, khabar, kisah, kenyataan dan

makluman. Perbincangan hadith riwayah merangkumi ilmu berkaitan cara periwayatan, penulisan

perkataan, perbuatan, sifat, ketetapan dan hal ehwal Rasulullah SAW para Sahabat dan Tabi’in.

Perbahasan ilmu ini merangkumi memperkenalkan rangkaian perawi, menjaga lafaz serta segala

yang berkaitan dengan pemindahan dan pengambilan hadith yang sahih dan terjaga. Methodologi

kajian ilmu ini membolehkan muhaddithin membahaskan makna sesebuah matan (teks) hadith dan

menentukan darjat sanad-sanad hadith samada sahih, hasan ataupun dhaif.

Perbincangan Ilmu Hadith Riwayah ini dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu;

I. Riwayah dengan Lafaz

Pemindahan sesuatu hadith dengan menitikberatkan lafaz perawinya tanpa melakukan

sebarang pindaan atau gentian terhadap huruf dan perkataan asal Rasulullah SAW

II. Riwayah dengan Makna

Perawi mengemukakan hadith tanpa terikat dengan ungkapan perkataan yang didengari

dan mengubahsuai lafaz dan perkataan tersebut kepada perkataan lain yang

menunjukkan maksud yang sama dengan perkataan asal tanpa mengubah maksud asal

sabda Rasulullah SAW.

Bincangkan secara terperinci skop penyelidikan dan methodologi kajian Ilmu Hadith Riwayah dan

Ilmu Hadith Dirayah.

Sebagai lanjutan perbincangan ini, terdapat ulama’ muhaddithin yang menetapkan syarat untuk

membolehkan seseorang perawi meriwayatkan sesuatu hadith dengan makna tersebut iaitu;

I. Perawi mesti mahir dengan lafaz-lafaz hadith secara mendalam dan mengetahui

perbezaan antara perkataan tersebut dari aspek tata bahasa dan gaya bahasa Arab.

II. Riwayat tersebut mestilah jelas maknanya (tidak samar-samar dan tidak mengandungi

maksud-maksud yang tersirat).

III. Lafaz yang diganti mestilah

tepat tanpa sebarang

penambahbaikan dari segi

maksud yang tersurat dan

tersirat.

b. Ilmu Hadith Dirayah.

Menurut Ibn Akfani, Ilmu hadith dirayah

adalah ilmu yang membincangkan

kebenaran riwayat, syarat-syarat, jenis-jenis, implikasi hukum, kedudukan perawi, kategori riwayat dan

perkara yang berkaitan. Dengan perkataan lain, ilmu ini juga memperkenalkan segala methodologi yang

Page 5: Ilmu Hadis Modul UNIT PELAJARAN 1

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 5

berkaitan keadaan perawi, matan (teks), method penyampaian dan penerimaan hadith dan sifat rijal hadith.

Dalam konteks lain, sebahagian muhaddithin mengkategorikan perbincangan ilmu hadith dirayah ini

sebagai perbahasan ulum al-hadith, mustalah al-hadith dan Usul al-hadith. Skop perbincangan ilmu

tersebut adalah untuk menilai darjat hadith dan membincangkan bagaimana sebab-sebab yang menjadi

latarbelakang sesuatu hadith itu disampaikan oleh Rasulullah SAW atau asbab wurud al-hadith.

Skop Perbincangan hadith dirayah secara umumnya

adalah berkaitan dengan pengajian matan dan sanad.

Antara topik yang dibahaskan didalam pengajian ilmu

hadith dirayah ialah;

(i) Pengajian Matan (lafaz teks hadith)

a. Perbincangan tertumpu kepada sifat

perawi iaitu; Sahih, Hasan dan Da’if.

b. Jenis-jenis hadith dhaif yang disebabkan

kecacatan Matan (lafaz teks hadith)

seperti; syaz, mubham, mu’allaq, mudtarib dan sebagainya.

c. Hadith palsu (maudu’) dan pembahagiannya

(ii) Pengajian Sanad (rangkaian perawi hadith)

a. Riwayat hidup perawi

b. Ilmu menilai perawi (al-Jarh wa ta’dil)

c. Metod penerimaan riwayat hadith.

d. Kesinambungan sanad

ingkasnya walaupun definisi kedua-dua disiplin ilmu ini hampir sama namun perbezaan yang yang

ketara adalah dari akpek umum dan khusus. Ilmu hadith dirayah membicarakan methodologi hadith

secara umum manakala limu hadith riwayah pula membahaskan pelaksanaan kaedah-kaedah

umum tersebut kepada sesebuah hadith secara khusus. Di sini dilihat ilmu hadith riwayah dilihat secara

lebih khusus kerana merujuk kepada spesifik hadith yang tertentu. Ia boleh diperumpakan seperti

perbezaan ilmu fiqh dengan ilmu usul fiqh atau antara ilmu I’rab dengan ilmu al-Nahw. Secara

keseluhannya, isu dan disiplin yang dibincangkan dalam pengajian ulum hadith ini adalah berkisar dengan

sanad dan matan Hadith.

Nyatakan secara jelas perbezaan di antara Ilmu Hadith Riwayah dan Ilmu Hadith Dirayah dalam

konteks methodologi dan skop perbincangan ulum hadith.

R

Page 6: Ilmu Hadis Modul UNIT PELAJARAN 1

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 6

Al-Sunnah Sebagai Sumber Kedua Syariat Islam.

Adakah anda memahami maksud al-Sunnah sebagai sumber perundangan Islam

kedua selepas al-Qur’an? Al-Qur’an adalah sumber utama dalam perundangan Islam (al-

Isra’:17, Luqman: 2-3). Namun kandungan dan ajaran-ajaran yang terdapat di dalam al-Qur’an

ini tidak dapat difahami dan diamalkan dengan sempurna melainkan melalui penjelasan, huraian

dan contoh dari Rasulullah SAW yang termasuk di dalam pengertian al-Sunnah. Oleh itu, al-

Sunnah berperanan menyokong dan menguatkan hukum yang terdapat dalam al-Qur’an,

mentafsir dan menjelaskan maksud al-Qur’an yang mujmal, umum dan samar serta membawa

hukum baru atau menerangkan hukum yang tidak disebutkan secara zahir ayat di dalam al-

Qur’an. Dari segi etimologinya, kita telah memahami perkataan "al-Sunnah" bermakna

perjalanan. Manakala dari segi istilah ulama’ hadith "al-Sunnah" ialah perjalanan hidup

Rasulullah SAW yang merangkumi sifat akhlak, sifat kejadian, berita, perkataan, perbuatan,

pengakuan yang disandarkan sebagai sumber syariat Islam. Sedarkah anda bahawa peranan

serta kedudukan al-Sunnah di dalam Islam secara keseluruhannya tidak lagi dinafikan, namun timbul

banyak kekeliruan apabila membicarakan tentang al-Sunnah.

ujud beberapa golongan yang cuba mengingkari al-Sunnah berdasarkan hujah tersendiri,

selain ada yang menyatakan bahawa al-Sunnah tidak layak jika dibandingkan dengan kitab

al-Qur’an dalam mempersoalkan prinsip-prinsip utama dalam agama Islam dan

seumpamanya. Terdapat juga golongan yang membincangkan methodologi dalam berinteraksi atau

beramal dengan al-Sunnah yang dilihat seolah-olah tidak sesuai dan bertentangan dengan realiti

semasa kehidupan manusia. Menyedari hakikat ini, kefahaman umat Islam terhadap disiplin ilmu

hadith secara sistematik dan mendalam diperlukan untuk menyelesaikan kekeliruan berkaitan

sumber hadith ini dan kaedah berinteraksi dengan al-Sunnah di dalam realiti kehidupan masyarakat.

edudukan al-Sunnah dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat banyak

penegasan di dalam al-Quran tentang al-Sunnah dan al-Hadith. Tambahan pula terdapat dalam banyak

tempat al-Sunnah ini disebutkan selari dengan al-Kitab ataupun al-Quran itu sendiri. Sebagai contoh, di

dalam al Quran juga disebutkan dengan ketaatan terhadap Rasulullah SAW yang disebutkan bersama dengan

ketaataan kepada Allah SWT. Al-Qur’an adalah sumber utama dan terpenting bapi pelaksanaan syariat

Islam, mananakala al-Sunnah adalah sumber kedua yang berperanan menerang, menghurai, memperkuat

dan memperkukuh sesuatu hokum yang di sebut di dalam al-Qur’an. Persoalannya, apakah anda

memahami asas-asas hujjah aqli dan naqli dalam menjelaskan kedudukan al-Sunnah sebagai sumber

perundangan Islam kedua selepas al-Qur’an? Berikut adalah dalil-dalil kepada kehujahan al-Sunnah di

dalam pelaksanaan syariat Islam;

W

K

Page 7: Ilmu Hadis Modul UNIT PELAJARAN 1

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 7

1. Dalil kehujahan al-Sunnah daripada al-Qur’an

a) Maksudnya ; “Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman”

(surah al Anfāl : 1)

b) Maksudnya ; “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan

yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada

bagi mereka pilihan yang lain bagi urusan mereka” (surah al Ahzāb : 36)

c) Maksudnya ; “Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang

dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah” (surah al Hasyr :7)

d) ) Maksudnya : “wahai orang –orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah

kamu kepada Rasul dan para pemimpin dari kalangan kamu, sekiranya kamu berselisih

tentang sesuatu (agama) maka kembalilah merujuk kepada Allah ( al-Qur’an) dan rasul

(sunnahnya) iaitu bagi mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.” Allah SWT

berfirman (Surah al-Nisa’ :59

e) Maksudnya: “ Barangsiapa yang mentaati Rasul, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah

SWT.” Firman Allah SWT (Surah al-Nisa’ :80)

f) Maksudnya: “ dan apa – apa yang didatangkan oleh Rasulullah SAW itu maka kamu ambillah, dan

apa – apa yang dilarangnya kepada kamu maka kamu jauhilah ia.” Allah juga telah berfirman

( Surah al-Hasyr : 7)

Kedudukan al-Sunnah dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat

banyak penegasan di dalam al-Quran tentang al-Sunnah. Bincangkan peranan dan fungsi al-Sunnah sebagai

sumber epistomologi Islam.

2. Dalil Kehujahan al-Sunnah daripada al-Hadith al-Nabawiyyah .

Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “ telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, selama

mana kamu berpegang kepada keduanya, kamu tidak akan sesat buat selama – lamanya iaitu Kitab Allah (

al-Qur’an ) dan Sunnah RasulNya” ( hadith ditakhrijkan oleh Imam Malik, dalam al-Muwatta’, Juz.2 hadith

ke-3, hlm 899)

3. Dalil Kehujahan al-Sunnah daripada al-Ijma’ .

Tidak Terdapat seorang pun dari kalangan sahabat yang hanya beramal dengan al-Qur’an semata- mata.

Mungkin kita pernah mendengar riwayat yang menyatakan bahawa ada sebahagian daripada sahabat yang

menolak hadith yang diriwayatkan kepada mereka, tetapi ini tidaklah membawa maksud mereka menolak

hadith tersebut. Hal yang tersebut adalah disebabkan ketidakyakinan mereka dengan kesahihan hadith

atau terdapat hadith lain yang lebih kuat kedudukannya (Qurrotul Aien 2006).

Page 8: Ilmu Hadis Modul UNIT PELAJARAN 1

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 8

enegasan al-Quran di atas, jelaslah bahawa al-Sunnah tidak dapat dipisahkan penggunaannya di dalam

segala hal yang berkaitan dengan Islam selari dengan al-Qur’an. Ringkasnya, terdapat 5 fungsi utama

al-Sunnah atau al-Hadith yang di sepakati oleh al-Fuqaha dalam pelaksanaan syariat Islam iaitu;

a) Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al Quran. Contohnya, perkara

pengsyariatan sembahyang, puasa dan haji.

b) Penghurai dan pentafsir (mubayyin) bagi ayat-ayat al Quran yang umum. Contohnya, memperjelaskan

mengenai cara perlaksanaan sembahyang, kaedah jual beli, cara menunaikan zakat dan haji dan

sebagainya yang mana perkara-perkara tersebut hanya disebutkan secara umum oleh al Quran. Fungsi

penghurai dan pentafsir (mubayyin) ini boleh diteliti dalam tiga aspek:

i. Memperincikan nas-nas al-Qur’an yang bersifat mujmal (umum) seperti kaifiah pelaksanaan solat.

ii. Mengkhususkan nas-nas yang bersifat umum seperti mengkhususkan hukum umum berkaitan

harta pusaka.

iii. Membataskan nas-nas al-Qur’an yang mutlaq (taqyid al-mutlaq) seperti menghadkan hukuman

kepada pencuri (al-Maidah:38) potong tangan hingga kepada pergelangan tangan sahaja.

c) Menjadi keterangan tasyri’ iaitu menentukan sesuatu hukum yang tiada di dalam al Quran. Contohnya,

memakan haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih seperti anjing yang mana buruan tersebut

terdapat kesan dimakan oleh haiwan pemburu terlatih tadi dan kesan tersebut menunjukkan haiwan

pemburu tadi menangkap buruan untuk dirinya sendiri. di dalam al Quran hanya dibenarkan memakan

buruan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih. Maka dalam hal ini, hadith menerangkan bahawa

buruan yang mempunyai kesan dimakan oleh haiwan pemburu adalah haram dimakan.

d) Menasakhkan hukum yang terdapat di dalam al-Quran. Sesetengah ahl al Ra’y berpandangan bahawa

hadith yang dapat menasakhkan hukum al Quran itu mestilah sekurang-kurangnya bertaraf Mutawatir atau

Masyhur.

e) Menerangkan mengenai ayat yang telah dinasakh dan ayat mana yang telah dimansukhkan.

Dalam menentukan fungsi-fungsi bagi hadith ini, Imam Ahmad bin Hambal menyatakan “bahawa mencari

hukum di dalam al-Qur’an hendaklah melalui hadith. Mencari agama juga sedemikian. Satu- satunya jalan yang

dibentangkan untuk mempelajari fiqh islam dan syariatnya ialah hadith. Mereka yang mencukupi dengan al-

Qur’an sahaja sehingga tidak memerlukan hadith dalam memahami ayat al-Qur’an dan mengetahui syariatnya,

sesat perjalanannya dan tidak akan sampai kepada maksud yang dikehendakinya” (Mustafa Abdul Rahman,

2000).

ingkasnya, keadaan ini dapat membuktikan bahawa para sahabat amat menitiberatkan kesahihan

sesuatu hadith sehingga perpindahan hadith-hadith Rasulullah SAW kepada umat Islam hari ini tidak

boleh diragui lagi kerana ia didatangkan mengikut taraf hadith yang diklasifikasikan oleh ulama’

muhaddithin sama ada bertaraf sahih, hasan atau dhaif.

Al-Sunnah adalah selari dengan al-Qur’an dalam Islam. Bincangkan 5 fungsi utama al-Sunnah

atau al-Hadith yang di sepakati oleh al-Fuqaha dalam pelaksanaan syariat Islam.

P

R

Page 9: Ilmu Hadis Modul UNIT PELAJARAN 1

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 9

Kepentingan Hadith Dalam Konteks Kehidupan Muslim.

Setelah dikaji tentang kehujahan beramal dengan al-Sunnah dan menjadikannya sebagai sumber

kedua di dalam Islam, perlu kita teliti pula bagaimana peranan dan fungsi hadith dalam konteks realiti

kehidupan muslim. “apakah implikasi hadith dalam kontes realiti kehidupan?”. Untuk mengukuhkan kefahaman

terhadap peranan hadith dalam konteks kehidupan, mari kita menilai terlebih dahulu di dalam aspek ibadah.

Hadith secara jelas memainkan peranannya dalam menghuraikan maksud ayat-ayat al Quran mengenai

pengsyariatan sesuatu bentuk ibadah dengan lebih jelas. Tambahan pula, hadith juga memperincikan lagi

masalah-masalah yang berhubung dengan pelaksanaan sesuatu ibadat sama ada wajib, sunat, harus, makruh

atau haram.

idang hukum atau undang-undang, hadith memperincikan hukuman-hukuman dan undang-undang yang

terdapat di dalam al-Quran seperti hukuman terhadap penzina. Hadith juga berbicara meliputi soal-soal

yang berhubung dengan keadilan sosial, ekonomi dan politik. Hadith juga menerangkan mengenai hal-

hal mengenai masalah-masalah perseorangan dan kekeluargaan seperti soal nikah, cerai dan talak. Begitu juga

kita tidak menemui secara khusus tentang larangan al Quran terhadap amalan rasuah dan menyorok barang

dagangan dan perkara-perkara ini diterangkan di dalam hadith.

lmu pengetahuan pula, hadith telah memperjelaskan sejarah penciptaan alam (al-kaun), bangsa, ilmu nasab,

ilmu sosiologi, bahasa, sastera, budaya dan sebagainya. Tambahan pula, hadith juga turut menggalakkan

manusia agar berusaha menuntut ilmu dan memperbaiki diri. Manakala dalam soal pembentukan akhlak,

Rasulullah SAW telah mengemukakan model, contoh dan teladan kepada manusia dalam proses pembinaan

akhlak melalui periwayatan hadith. Ringkasnya. Walaupun sumber asasi hukum Islam ialah al-Qur’an dan al-

Sunnah, namun al-Qur’an tetap menjadi dasar utama dan al-Sunnah mendampinginya sebagai dasar kedua

(Mustafa Abdul Rahman, 2000). Apabila meneliti tentang matan sesuatu hadith, terdapat juga di antara hadith-

hadith sahih itu kandungannya adalah dilihat seolah-olah bertentangan dengan aspek realiti semasa. Dengan

kewujudan hadith-hadith tersebut telah menimbulkan suatu pemikiran yang menyatakan bahawa tidak perlu

beramal dan berinteraksi dengan hadith tersebut walaupun tarafnya sahih. Namun, sudah pasti pemikiran

tersebut dapat diselesaikan dengan kaedah dan prinsip-prinsip tertentu.

Sebenarnya, kita perlu teliti bagaimanakah cara yang terbaik untuk beramal dengan al-sunnah

atau al-hadith. “apakah dengan hanya ikut membuta tuli atau apakah terdapat prinsip-prinsip tertentu untuk

berinteraksi dengan al-Sunnah?”. Apabila penelitian dibuat tentang hadith berkaitan, ternyata kebanyakan

hadith yang dibicarakan ini adalah hadith yang termasuk dalam soal perubatan (al-tibb). Hadith–hadith tersebut

bertaraf sahih akan tetapi ia tidak menjadi suatu amalan yang dilakukan oleh umat Islam kerana ia dianggap

tidak munasabah dan tidak sesuai lagi dengan realiti semasa. Sebagai contoh interaksi al-sunnah (hadith)

dengan aspek realiti semasa.

B

I

Page 10: Ilmu Hadis Modul UNIT PELAJARAN 1

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 10

Antara hadith tersebut ialah ( Yusuf al-Qardhawi, Dr., 1998):

i. Hadith riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya : “sekiranya

telah jatuh seekor lalat ke dalam bekas minuman kamu, maka hendaklah kamu tenggelamkan

(benamkan), sesungguhnya pada salah satu

sayapnya itu terdapat penyakit dan pada yang

satu lagi terdapat penawarnya (ubat).”

Huraian dan penjelasan hadith :

Hadith pertama adalah tentang al-Zubab (lalat),

iaitu menyentuh soal perubatan. Hadith ini adalah

merupakan hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-

Bukhari dalam Jami’ al-Sahih. Akan tetapi ia tidak

menyatakan bahawa hadith tersebut terdiri

daripada hadith muttafaq a’laih menurut istilah

ulama’ hadith. Hadith muttafaq a’laih adalah hadith

yang diriwayatkan oleh al-Syaykhan (al-Bukhari dan Muslim) dalam sahih mereka. Sebaliknya hadith ini

merupakan hadith yang diriwayatkan secara berasingan oleh al-Bukhari dan tidak ditakhrijkan oleh

Muslim. Telah kita sedia maklum bahawa ulama’ seluruhnya menerima hadith riwayat al-Bukhari begitu

juga ulama’ salaf tidak sekali-kali cuba untuk mengkritik hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari. Hal

yang demikian disebabkan ketelitian Imam Bukhari dalam meriwayatkan sesebuah hadith dimana

beliau akan hanya menerima hadith sekiranya sanad yang dibawa itu adalah sahih. Jestru,

berdasarkan turuq hadith ini nyata jalan kesahihannya, tetapi ia tidak mudah diterima dan diamalkan

oleh umat Islam memandangkan ketidakyakinan dalam matan yang dibawa. Selain faktor kejahilan

manusia itu sendiri dan ketidakfahaman tentang matan hadith mendorong umat Islam menolak hadith

tersebut.

ii. Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saad bin Abi Waqqas bahawa Rasulullah SAW

bersabda, mafhumnya : “ barangsiapa yang bersarapan dengan tujuh biji tamar daripada tamar yang

segar maka pada sepanjang hari itu dia akan selamat daripada terkena racun ( penyakit dan terkena

sihir).”

Huraian dan penjelasan hadith :

Hadith yang kedua pula berkaitan al-Tamr (buah kurma/tamar) yang merupakan hadith yang

diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim serta Ahmad bin Hanbal yang diriwayatkan daripada Saad bin

Abi Waqqas. Hadith ini adalah hadith yang khusus sebenarnya ditujukan kepada ahli Madinah dan

sekelilingnya. Dr. Al-Siba’i (Yusuf al-Qaradhawi, Dr., 1998) menjelaskan bahawa:

a) Setengah ulama’ berpendapat bahawa, tamar yang dikehendaki di dalam hadith ini ialah tamar

Madinah. Hujahnya adalah berpandukan hadith yang diriwayatkan oleh Muslim iaitu “ siapa

yang makan tujuh biji tamar yang terdapat di antara dua kawasan di Madinah..” juga terdapat

di dalam riwayat lain disebutkan “sesungguhnya terdapat ubat pada tamar al-A’aliyah”. Al-

„Aaliyah yang disebutkan di dalam hadith ialah satu kawasan di Madinah. Adalah tidak

Page 11: Ilmu Hadis Modul UNIT PELAJARAN 1

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 11

mustahil jika Allah SWT memberikan sesuatu keistimewaan kepada sebuah negeri iaitu

Madinah yang tidak wujud keistimewaan tersebut di negeri yang lain. Tamar Madinah di

samping ada hubungan dengan tanah, udara dan lainnya, ia juga dengan berkat tangan

Rasulullah SAW kerana tamar itu adalah dari tumbuhan yang ditanam oleh baginda SAW.

b) Setengah ulama’ lain pula berpendapat bahawa tamar yang dimaksudkan oleh hadith ini

adalah umum iaitu sama ada tamar Madinah atau lainnya, kerana racun boleh membinasakan

seseorang disebabkan oleh kesejukan yang terdapat dalam racun tersebut. Tetapi apabila

seseorang melazimkan diri dengan makan tamar pada waktu pagi, kepanasan yang

disebabkan oleh tamar akan sebati dengan kepanasan yang terdapat di dalam badan. Kedua-

dua kepanasan itu dapat melawan kesejukan racun dan akhirnya racun itu tidak menimbulkan

sebarang kesan pada badan seseorang manusia.

ingkasnya, Menurut Ibn al-Qayyim, kebanyakan hadith yang berkaitan dengan perubatan ini atau

seumpamanya tidak boleh digunapakai dalam bentuk umum semata–mata. Ini kerana kebanyakannaya

hanya dikhususkan untuk tempat yang tertentu, atau zaman tertentu, atau keadaan atau suasana

tertentu. Oleh yang demikian, peggunaannya dilihat tidak begitu sesuai untuk zaman, tempat atau keadaan

suasana yang lain darinya ( Yusuf al-Qaradawi, Dr., 1998). Prinsip ini ditumpukan kepada apa yang diasaskan

oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi. Dalam hal ini, Dr. Yusuf al-Qaradawi (1994M / 1404H) telah menggariskan

beberapa prinsip dan kaedah utama untuk berkomunikasi, berinteraksi dan beramal dengan al-Sunnah secara

umum.

Kaedah Berinteraksi Dengan Hadith Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi.

ajian dan huraian terhadap dua hadith tersebut menimbulkan persoalan tentang apakah perlu beramal

dengan hadith tersebut ? atau bolehkah ia ditolak kerana ia dianggap tidak sesuai dengan realiti

semasa?. Berhubung soal ini, Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi telah menggariskan beberapa kaedah untuk

berdepan dengan hadith seumpama ini dan bagaimana cara untuk berinteraksi dengan hadith iaitu;

a) Mempastikan Kedudukan Hadith Tersebut Dengan Terperinci

Untuk berinteraksi dengan hadith seumpama hadith pertama yang berkaitan dengan al-Zubab (lalat) dan al-

Tamr (tamar), kita perlu mempastikan kedudukan dan martabat hadith tersebut sama ada bertaraf sahih, hasan

atau dhaif. Bagi hadith yang dibincangkan tadi, kedua–duanya adalah hadith sahih. Hadith yang pertama

tentang al-Zubab diriwayatkan oleh al-Bukhari, manakala hadith yang kedua pula tentang al-Tamr diriwayatkan

oleh al-Bukhari dan Muslim. Oleh yang demikian, kedua- dua hadith tadi jelas memegang taraf yang sahih yang

mana menurut kefahaman kita. apabila hadith bertaraf sahih maka kita tidak boleh mengingkarinya dan tidak

dapat tidak perlu diterima pakai. Namun, menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, dalam kategori hadith sahih itu sendiri

mempunyai tingkatan yang berbeza. Jadi usaha untuk mentakhrijkannya iaitu menunjukkan tempat hadith pada

sumbernya yang asli (Mahmud al-Tohhan, Dr., 1996M/1416H) perlu dilakukan bagi memastikan bahawa hadith

tersebut benar–benar sahih dan mencapai taraf hadith mutawatir. Dalam bab takhrij ini, Ibn. Hazm berpendapat

sekiranya telah menemui tiga orang sahabat yang meriwayatkan hadith ini adalah cukup untuk menyatakan

R

K

Page 12: Ilmu Hadis Modul UNIT PELAJARAN 1

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 12

bahawa hadith ini mencapai taraf mutawatir. Hadith mutawatir dapat diertikan sebagai hadith yang diriwayatkan

oleh perawi yang ramai pada setiap peringkat sahabat, tabi’in, tabi’ al-tabi’in di mana adalah mustahil mereka

sepakat untuk berdusta mencipta atau mengubah hadith tersebut ( Mahmud al-Tohhan, Dr., 1996)

b) Cenderung Melihat Tahap Hadith (Usul (Prinsip) Atau Juz’ie atau Furu’).

Selain kaedah yang pertama, Dr. Yusuf al-Qaradawi juga dalam menjelaskan tentang prinsip berinteraksi

dengan hadith sedemikian, beliau lebih cenderung untuk melihat tahap hadith tersebut. Maksud tahap hadith di

sini adalah melihat sama ada hadith tersebut perbahasannya berada pada tahap usul ( prinsip utama dalam

Islam) atau Juz’ie atau Furu’ (perkara cabang/ khilaf ). Melihat kepada hadith tersebut, ternyata hadith ini tidak

termasuk dalam tahap hadith yang menerangkan prinsip – prinsip utama dalam agama. Ia juga tidak termasuk

dalam perkara yang menjelaskan bab eskatologi iaitu ketuhanan atau kerasulan atau perkara – perkara

sam’iyyat. Tidak juga menjelaskan tentang ibadat fardhu yang zahir dan batin, ibadat secara individu atau

jemaah serta tidak membicarakan soal yang berkaitan dengan halal dan haram dalam kehidupan manusia.

Selain itu, hadith tersebut juga bukan menjelaskan tentang peraturan Islam yang tetap dalam kehidupan

berkeluarga, masyarakat , negara mahu pun hubungan antarabangsa serta tidak melibatkan soal-soal akhlak

dalam Islam. Oleh yang demikian, pada pandangan beliau sekiranya seseorang muslim sepanjang hidupnya

tidak mendengar hadith ini atau tidak beramal dengannya, tidaklah menjadi satu kekurangan dalam agamanya,

di samping tidak akan meninggalkan kesan terhadap akidah atau ibadatnya serta akhlak peribadinya. Dan

sekiranya hadith ini dihazafkan atau ditiadakan dalam Sahih al-Bukhari sekalipun,tidaklah mendatangkan

mudarat dalam agama. Secara ringkasnya, hadith yang berbentuk bukan usul ini sekiranya ditolak, ia tidak akan

menjejaskan keislaman seseorang manusia.

c) Mempastikan Bentuk Ilmu Yang Diperolehi Daripada Sesebuah Hadith (Ilmu Yakini atau Zanni).

Al-Hadith atau ilmu terbahagi kepada dua jenis iaitu ilmu yakini dan ilmu zanni. Hadith mutawatir mengandungi

ilmu yakini sebaliknya hadith Ahad mengandungi ilmu zanni. Ilmu Zanni pula dapat diklasifikasikan kepada tiga

iaitu sahih , hasan dan dhaif. Bagi hadith yang dibincangkan di atas, pendapat oleh sebahagian ulama’ al-

ummah menyatakan bahawa sekiranya hadith itu bertaraf sahih , ia merupakan hadith berbentuk Ahad dan

bukanlah daripada hadith mutawatir yang mendatangkan ilmu yakini. Hadith Ahad jika diriwayatkan oleh al-

Syaykhan ( al-Bukhari dan Muslim ) atau salah seorang daripada mereka, maka para ulama telah berselisih

pendapat iaitu pertama, apakah hadith tersebut mengandungi ilmu yakini atau mengandungi zann yang kuat?

Dan kedua, apakah ia mempunyai sebahagian ilmu yang berdasarkan syarat yang khusus?. Kekhilafan di

kalangan ulama’ menunjukkan bahawa barangsiapa yang menolak atau ingkar dengan hadith Ahad maka ia

tidak terkeluar daripada agamanya. Hal yang sedemikian disebutkan kerana perkara yang boleh mengeluarkan

seseorang daripada agamanya adalah mereka yang mengingkari perkara yang telah yakin dan tidak ada

pertentangan dengannya. Tetapi mereka boleh diisytiharkan terkeluar daripada agama secara jelas ialah

mereka yang mengambil debu sekitar hadith – hadith seumpama al-Zubab dan menggunakannya sebagai jalan

untuk mempermainkan agama. Hal berikut menunjukkan telah berlaku kafir yang jelas.

Page 13: Ilmu Hadis Modul UNIT PELAJARAN 1

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 13

ecara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa sememangnya hadith-hadith yang dianggap bertentangan

dengan aspek realiti semasa mempunyai kedudukan dan bertaraf sahih, tetapi ia tidak termasuk dalam

perkara –perkara yang membicarakan soal pokok atau prinsip utama tentang agama Islam. Bagi individu

Islam yang berpegang dengannya, ia harus dilihat menerusi beberapa kaedah yang telah dijelaskan sebelum

ini. Manakala bagi golongan yang tidak menjadikan kandungan hadith tadi sebagai suatu kelaziman dalam

kehidupan atau tidak beramal dengannya disebabkan tidak sesuai dengan realiti atau suasana semasa,

bukanlah menjadi suatu yang mudarat sehingga boleh meninggalkan kesan terhadap pegangan akidahnya.

Lebih jelas lagi dapat diperhatikan bahawa kebanyakan hadith yang membahaskan tentang persoalan

perubatan ini lebih cenderung kepada munasabah dan kesesuaiannya kepada sesuatu tempat, zaman dan

suasana tertentu. Namun adalah tidak dinafikan bahawa sebenarnya panduan dan petunjuk daripada hadith-

hadith Rasulullah SAW ini sesuai untuk diterima pakai pada setiap zaman, suasana dan keadaan.

Apakah terdapat prinsip tertentu untuk berinteraksi dengan al-Sunnah? Bagaimanakah cara yang

terbaik untuk beramal dengan al-hadith? Sila rujuk buku “Bagaimana berinteraksi dengan al-Sunnah”

karangan al-Sheikh Yusuf al-Qardawi berkaitan cara yang terbaik untuk beramal dengan al-Sunnah.

RUMUSAN

Beberapa rumusan penting dapat disimpulkan daripada perbincangan, antaranya :

i) Ulum hadith merupakan suatu pengajian yang sangat penting untuk membolehkan seseorang

muslim merasa yakin dengan sesebuah hadith yang dipegang.

ii) Muhaddithin telah menggariskan methodologi yang sistematik untuk membolehkan setiap

generasi menangani persoalan hadih semasa.

iii) Al-Sunnah dan al-hadith mempunyai taraf tersendiri bergantung kepada kualiti sanad dan matan

sesuatu hadith tersebut.

iv) Terdapat banyak dalil daripada al-Qur’an, al-Sunnah dan ijma’ sahabat yang menjelaskan tentang

kehujahan al-Sunnah sebagai sumber kedua dalam epistemologi Islam.

v) Pembahagian kategori hadith dapat dilihat dari sudut tahap perbincangan hadith sama ada pokok

perbincangannya adalah soal prinsip utama dalam agama (usul), juz’ie atau furu’ (perkara cabang/

khilaf ).

vi) Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, tiga prinsip atau kaedah telah digariskan untuk berinteraksi dengan

hadith yang dijelaskan iaitu pertama, mempastikan kedudukan hadith tersebut secara terperinci.

Kedua, cenderung melihat tahap hadith sama ada usul (prinsip) atau juz’ie atau furu’ dan ketiga,

mempastikan bentuk ilmu yang diperolehi daripada sesebuah hadith sama ada ilmu yakini atau zanni.

usteru, jelaslah bahawa pengajian Ulum hadith adalah merupakan bidang asas terpenting dalam

menentukan kesahihan al-sunnah atau al-hadith sebagai sumber epistmologi Islam. Selain itu, umat

Islam perlu memiliki keyakinan yang tinggi terhadap mothodologi dan disiplin yang ketat yang telah

digariskan oleh muhaddithin dalam memastikan kesahihan sesuatu hadith sehingga perpindahan hadith-

S

J

Page 14: Ilmu Hadis Modul UNIT PELAJARAN 1

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 14

hadith Rasulullah SAW kepada umat Islam hari ini tidak boleh diragui berdasarkan taraf hadith yang

diklasifikasikan oleh ulama’ muhaddithin sebagai bertaraf sahih, hasan atau dhaif.

KATA KUNCI

RUJUKAN

Ahmad Fauzan Abu Muadz alfauzani bin Yahaya, 2007. Mari mengenal Ilmu Hadith. Perniagaan

Jahabersa, Johor Bahru.

Al-Khatib, Muhammad al-Ajjaj (1963). a l-Sunnah Qabl al-Tadwin . Mesir: Maktabah Wahbah.

Al-Khatib, Muhammad al-Ajjaj (1971). Usul al-Hadith: Ulumuhu wa Mustalahuhu , Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Salih, Subhi (1977). Ulum al-Hadith wa Mustalahuhu , Beirut: Dar al-Ilm li al-Malayin.

Ariffin Omar dan Zaini Nasohah, 2005. Hadith daif ciri-ciri dan hukum. Utusan Publication & Distributors

Sdn Bhd.

Asmawi haji Ehsan, 2003. Ilmu Hadith, hadith sebagai sumber hukum Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Huda Mohsin (1995), Ulum al Hadith , Kuala Lumpur, DBP.

Yusuf al Qaradawi, (1994). Bagaimana Berinteraksi Dengan al Sunnah , terj. Huda Mohsin, Jawiah Dakir,

Petaling Jaya, ABIM.

1. Definisi Ulum Hadith 2. Kategori Ulum Hadith 3. Dalil Kehujahan Hadith 4. Hadith Dalam Epistmologi Islam 5. Berinteraksi dengan Sunnah dalam Realiti Kehidupan