Upload
lamliem
View
226
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
ii
PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) :
PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN KBSM
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN TIGA.
FATIM NOR MUHAMAD B NORDIN
TESIS INI DISAMPAIKAN SEBAGAI MEMENUHI
SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA
PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2007/2008
iv
“Saya akui ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ________________________
Nama Penulis : FATIM NOR MUHAMAD BIN NORDIN
Tarikh : 30 APRIL 2008
v
DEDIKASI
‹Ûa@�a@á�i¼áîy‹Ûa@å @
Wahai Zat Yang Maha Tinggi, Wahai Zat Yang Maha Agong,
Wahai Zat Yang Maha Penyantun, Wahai Zat Yang Maha Mengetahui,
Engkaulah Tuhanku, dan liputan pengetahuanMu itu cukuplah bagiku,
Oleh itu sebaik-baik Tuhan adalah Tuhanku, dan sebaik-baik kecukupan
adalah kecukupanku, Engkau menolong sesiapa yang Engkau kehendaki
dan hanya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Pengasih
’Bismillah’ pintu ku, ’Tabarakallah’ pagar ku, ’Yaasin’ atap ku,
’Bismillah’, aku ucapkan ke atas agamaku, jiwa ragaku,
dan ke atas anak-anak yang akan lahir nanti,
’Bismillah’, aku ucapkan ke atas harta benda ku,
dan ke atas ahli keluargaku,
’Bismillah’ ku ucapkan ke atas segala sesuatu
Yang dikurniakan Tuhanku kepadaku.
vi
PENGHARGAAN
‹Ûa@�a@á�i¼áîy‹Ûa@å @
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t yang telah
memberi ruang dan peluang kepada hambanya untuk menikmati anugerah besarNya
iaitu nikmat iman dan Islam. Walaubagaimanapun, segala nikmat tersebut bukanlah
untuk dirasai secara personal, tetapi ia lebih disukai oleh al-Khaliq kiranya dikongsi
dan dirasai bersama-sama insan yang lain.
Perasaan syukur juga dirafaqkan kepada al-Khaliq kerana dengan sifat al-
Rahman dan al-RahimNya, Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disempurnakan
dengan jayanya. Penghargaan tidak terhingga kepada Prof Madya Ajmian Bin Safar
selaku penyelia projek. Tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar dan teguran
sepanjang proses penulisan dan pembangunan. Semoga segala sumbangan ikhlas
tersebut diredhai Allah s.w.t dan ganjarannya adalah syurga.
Dikesempatan ini, ucapan terima kasih juga dilafazkan untuk semua pihak
yang terlibat sepanjang penulisan dan pemabangunan PSM ini. Antaranya tenaga-
tenaga pengajar Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) serta warga
Fakulti Pendidikan (FP) yang banyak menyalur maklumat dan nasihat. Segala
sumbangan tersebut akan dinilai oleh Allah sebagai mutiara-mutiara pahala yang
bersinar di medan mahsyar nanti.
Ingatan tulus ikhlas buat mak, ayah dan keluarga tercinta yang banyak
mendoakan kejayaan anakanda sepanjang empat tahun di Universiti Teknologi
Malaysia. Moga syurga menjadi perhentian terakhir kita, bertemu dan bermastautin
di sana.
vii
ABSTRAK
Kesan dari perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), telah
muncul suatu kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih
efektif dan interaktif, menggantikan kaedah tradisional ’chalk and talk’ yang dikenali
sebagai Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Seiring dengan itu, sebuah
perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) telah direkabentuk di bawah
tajuk Pengurusan Jenazah mengikut sukatan KBSM Pendidikan Islam Tingkatan
Tiga. Tujuan perisian ini dibangunkan adalah untuk membantu guru-guru Pendidikan
Islam meningkatkan kualiti P&P mereka, dan pada masa yang sama sebagai panduan
dan bahan untuk mengulang kaji pelajaran di sekolah atau di rumah oleh para pelajar.
Perisian ini dibina dengan menggunakan Bahasa Gubahan Macromedia Authorware
7.0 dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Adobe Photoshop 7.0, Adobe
Premiere Pro 1.5, Macromedia Flash MX dan Swish Max. Perisian ini
mengaplikasikan prinsip pembelajaran konstruktivisme dan perancangan
rekabentuknya berdasarkan model aliran kerja ADDIE. Bagi memastikan kualiti
perisian mengikut piawaian, ia telah dinilai oleh dua orang pakar multimedia.
viii
ABSTRACT
The effect of Information and Communication Technology (ICT) has lead to
a new teaching method that is more effective and interactive to replace the traditional
‘chalk and talk’ method, which is known as the Computer Based Learning (CBL).
For this reason, a CBL entitled Pengurusan Jenazah, according to KBSM Pendidikan
Islam Form Three had been designed. The aim of this courseware was to help
teachers of Pendidikan Islam to upgrade their teaching and learning quality and at the
same time as a students’ guide and source of revision while they are in school and at
home. This courseware was developed by using authoring language Macromedia
Authorware 7.0 and was supported by other software such as Adobe Photoshop 7.0,
Adobe Premiere Pro 1.5, Macromedia Flash MX and Swish Max. The courseware
applied the constructivism learning principle and the development plan was based on
ADDIE framework model. To assure courseware’s quality is up to the standard, it
had been evaluated by two multimedia experts
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN TESIS
PENGAKUAN PENYELIA
HALAMAN BERJUDUL
PENGAKUAN PELAJAR
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN/ SIMBOL/ ISTILAH
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
viii
ix
xiv
xv
xvii
xviii
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Pembangunan Perisian
1.4.1 Objektif Merekabentuk Perisian
1.4.2 Objektif Perisian
1
3
5
7
7
7
x
BAB 2
1.5 Skop Projek
1.6 Rasional Projek
1.7 Kepentingan Projek
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM)
1.8.2 Multimedia
1.8.3 Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK)
1.8.4 Interaktiviti
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Falsafah Pendidikan
2.3 Koridor Raya Multimedia (MSC)
2.4 Sekolah Menengah Bestari
2.5 Penggunaan Sistem Komputer Dalam
Pendidikan.
2.6 Pendekatan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK)
2.7 Klasifikasi Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK)
2.8 Jenis-Jenis Perisian Aplikasi Dalam
Pendidikan.
2.9 Kelebihan dan Kelemahan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PBK).
2.10 Proses Merekabentuk Pengajaran Bersistem
Dalam Perisian Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PBK).
2.11 Strategi Pengajaran Dalam Perisian
Pembelajaran Berbantukan Komputer.
8
8
9
10
11
11
11
12
13
13
14
15
16
16
17
19
20
21
xi
BAB 3
2.12 Teori-Teori Pembelajaran Dalam
Rekabentuk Perisian
2.13 Elemen-Elemen Multimedia.
2.14 Komponen Motivasi Dalam Rekabentuk
Perisian Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK)
2.15 Kajian-Kajian Lepas
REKABENTUK PERISIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Perancangan Rekabentuk
3.2.1 Fasa Analisis
3.2.2 Fasa Rekabentuk
3.2.3 Fasa Pembangunan
3.2.4 Fasa Pelaksanaan
3.2.5 Fasa Penilaian
3.3 Aplikasi Prinsip Teori Pembelajaran
Konstruktivisme Dalam Rekabentuk
Perisian PBK.
3.4 Aplikasi Komponen Motivasi Dalam
Rekabentuk Perisian
3.5 Elemen-Elemen Multimedia Yang
Diaplikasi Dalam Perisian
3.6 Pembinaan Carta Alir
3.7 Perkakasan dan Perisian Yang Digunakan
3.7.1 Perkakasan Yang Digunakan
3.7.2 Perisian Yang Digunakan
23
24
26
28
32
33
34
35
36
37
38
38
40
41
43
46
46
47
xii
BAB 4
BAB 5
HASIL REKABENTUK PERISIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Perbincangan Perisian
4.2.1 Video Set Induksi
4.2.2 Soalan Set Induksi
4.2.3 Pendaftaran Pengguna
4.2.4 Alu-aluan Selamat Datang
4.2.5 Tajuk Perisian ‘Pengurusan Jenazah’
4.2.6 Objektif Akhir Perisian
4.2.7 Menu Utama
4.2.8 Menu Pelajaran
4.2.8.1 Isi Pelajaran.
4.2.9 Menu Praktikal
4.2.9.1 Video Praktikal.
4.2.10 Uji Minda
4.2.10.1 Uji Minda 1 (Objektif)
4.2.10.2 Uji Minda 2 (Subjektif)
4.2.10.3 Uji Minda 3 (Padanan)
4.2.11 Galeri
4.2.12 Kredit
4.2.13 Keluar ke Windows
4.3 Pempakejan Perisian
4.4 Hasil Penilaian Pengguna
4.5 Hasil Penilaian Pakar
PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.2.1 Kekuatan Perisian
48
48
49
49
50
51
52
53
54
55
56
69
70
71
72
73
74
75
75
76
77
78
80
82
82
83
xiii
5.2.2 Cadangan
5.2.3 Kekangan Sepanjang Pembangunan.
5.3 Kesimpulan
85
86
88
Bibliografi 89
Lampiran 95
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
3.1
4.1
4.2
Simbol-Simbol Piawai Carta Alir
Hasil Skor Penilaian Pengguna
Hasil Skor Penilaian Pakar
44
79
81
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK
MUKA SURAT
3.1
3.2
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
4.14
4.15
4.16
4.17
4.18
Aliran Kerja Model ADDIE
Carta Alir Perisian PBK : Pengurusan
Jenazah Mengikut Sukatan KBSM
Pendidikan Islam Tingkatan Tiga
Paparan Video Set Induksi
Paparan Soalan
Paparan Pendaftaran Pengguna
Paparan Alu-aluan Selamat Datang
Paparan Tajuk Perisian ‘Pengurusan
Jenazah’
Paparan Objektif
Paparan Menu Utama
Paparan Menu Pelajaran
Paparan Isi Pelajaran
Kapur Barus
Sabun Mandi
Sarung Tangan Getah
Air Mawar
Kapas Telinga
Cendana dan Pacai
Minyak Wangi / Atar
Kain kapan
Kapas
33
45
49
50
51
52
53
54
55
56
57
59
59
60
60
60
62
62
62
62
xvi
4.19
4.20
4.21
4.22
4.23
4.24
4.25
4.26
4.27
4.28
4.29
Paparan Menu Praktikal
Paparan Video Praktikal
Paparan Menu Uji Minda
Paparan Uji Minda 1 (Objektif)
Paparan Uji Minda 2 (Subjektif)
Paparan Uji Minda 3 (Padanan)
Paparan Galeri (Video)
Paparan Kredit
Paparan Keluar
Pecahan (%) Hasil Penilaian Pengguna
Pecahan (%) Hasil Penilaian Pakar
69
70
71
72
73
74
75
76
77
80
81
xvii
SENARAI SINGKATAN / SIMBOL / ISTILAH
CD - Compact Disk
CD-ROM - Compact Disk Read Only Memory
DVD-ROM - Digital Versetile Disk Read Only Memory
FPN - Falsafah Pendidikan
ICT - Information Communication Technology
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekoah Menengah
MSC - Multimedia Super Coridor
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
PMR - Penilaian Menengah Rendah
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A
B
C
Borang Penilaian (Pakar) Perisian PBK.
Borang Penilaian (Pengguna) Perisian
PBK
Carta Gantt
95
96
97
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Ledakan teknologi maklumat dewasa ini amat pantas berlaku di mana-mana
tempat di serata dunia. Seiring dengan itu, penggunaan komputer semakin meluas
digunakan dan pada masa ini, ia bukanlah lagi suatu perkara yang dianggap luar
biasa. Komputer juga bukan lagi menjadi suatu barangan mewah atau eksklusif,
sebaliknya telah menjadi suatu keperluan dalam setiap aspek kehidupan manusia
masa kini. Ia digunakan dalam bidang pendidikan dan latihan, perniagaan,
pengiklanan, perbankkan, komunikasi, perundangan, hiburan, permainan,
ketenteraan dan sebagainya (Jamaluddin dan Zaidatun, 2005).
Bukan itu sahaja, Yong Jitt Weng (2001) menjelaskan teknologi maklumat
merupakan salah satu aspek teknologi yang banyak menyumbang kepada
pembangunan teknologi yang pesat di seluruh dunia pada masa kini. Maklumat dapat
disebarkan dengan begitu pantas sehingga terwujudnya frasa seperti Lebuh Raya
Maklumat (Information Super Highway)
Atas dasar itulah, pentingnya teknologi yang sedia ada kini diaplikasi secara
total bagi kemaslahatan pendidikan negara, ini kerana ia bukanlah suatu perkara yang
baru dalam sejarah perkembangan komputer. Sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu,
2
banyak kumpulan penyelidik telah berusaha untuk mengkaji serta memperkenalkan
cara-cara bagaimana komputer dapat diguna untuk memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah (Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir, 2005).
Malah penggunaan komputer di rumah kini bukan lagi suatu perkara yang
luar biasa. Hampir semua orang menggunakannya dan turut mampu memiliki sebuah
set yang lengkap di rumah. Bagi memastikan generasi kini tidak tertinggal di
belakang, pendidikan yang berunsur teknologi moden berkomputer telah diperkenal
oleh kerajaan Malaysia seperti Sekolah Bestari, yang menjadikan komputer sebagai
bahan bantu pengajaran utama (Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir, 2005).
Menurut Yusri Mohamad (1997), pengwujudan Sekolah Bestari (Smart
School, 1999) diletakkan antara tujuh aplikasi utama ’Multimedia Super Coridor’
(MSC), ini dengan sendirinya menjadikan teknologi pendidikan dan kurikulum di
sekolah semakin canggih dan mempunyai keupayaan dan keistimewaan tersendiri
untuk melahirkan pelajar dan masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan tinggi.
Sementara itu, Mohd Zaidi (2003) pernah mengatakan, bahawa usaha
memberi penekanan kepada pendekatan intergratif di dalam pendidikan oleh
kerajaan, merupakan satu langkah yang baik dan patut dipuji terutamanya yang
menyentuh pendidikan Islam. Namun demikian, untuk menjadikan Malaysia sebagai
Negara Hadhari, keunggulan Islam harus ditampilkan bersama-sama. Tidak mungkin
konteks Negara Islam Malaysia dalam pengertian Islam Hadhari akan wujud tanpa
ilmu-ilmu yang dibangunkan secara intergratif seiring dengan ilmu konversional.
Teknologi yang terus berkembang luas, penggunaan komputer yang
menyeluruh oleh masyarakat, kajian meluas tentang aplikasi komputer ke dalam
bidang pendidikan dan kemunculan Sekolah Bestari di Malaysia merupakan antara
ruang dan peluang yang perlu diberi perhatian secara menyeluruh oleh para pendidik
bagi menyumbang tenaga dan pengalaman yang ada di pasca moden ini.
3
Cadangan agar pembelajaran berbantukan komputer diperkembangkan, wajar
disambut baik dengan maksud bukan sahaja fokus kepada subjek-subjek tertentu
seperti sains, fizik dan matematik, malah diperluas kepada subjek-subjek lain seperti
Pendidikan Islam, moral dan sebagainya yang merangkumi semua peringkat :
rendah, menengah, tinggi, mahupun jabatan-jabatan kerajaan dan sebagainya.
Dikukuhkan lagi oleh Prof Emeritus Tan Sri Awang Had Salleh (2000) dalam kertas
kerjanya "IT in education : An Asset and a Liability", yang menekankan dan
menyeru para pendidik dan cendiakawan tempatan membangunkan perisian-perisian
yang berbentuk pembelajaran.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan menjadi wahana paling penting dalam memperdayakan
masyarakat Malaysia. Justeru Falsafah Pendidikan Negara (FPN) diperkenalkan
iaitu: Pendidikan merupakan satu usaha berterusan untuk mencapai pembangunan
potensi individu di dalam usaha yang menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
individu yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, spiritual, emosi dan fizikal
berdasarkan keyakinan yang tinggi kepada Tuhan.
Bagi merencana tindakan merealisasikan falsafah tersebut. Syed Mikail Rizal
Aidid (2006) menjelaskan, demi mencapai pengislahan negara mestilah sentiasa
banyak melabur dalam bidang pendidikan insan, laki-laki dan wanita, agar mereka
menjadi beradab, yakni manusia baik dan terpelajar serta mampu berperanan lagi
berjaya dalam masyarakat hadhari.
Oleh kerana beberapa perkara yang melanda masyarakat mengenai
pendidikan kini seperti legasi sekularisasi ilmu, pendidikan yang utilitarisme
(kebergunaan), buta huruf dan ketidakupayaan menghayati ilmu dengan berkesan,
maka reformasi pendidikan oleh pihak yang berwajib secara langsung mahupun tidak
langsung, harus dilaksanakan bagi menangani masalah fundamental (Syed Mikail
Rizal Aidid, 2006).
4
Kebimbangan dan cabaran pendidikan kini, dapat dilihat dari pelbagai aspek
sama ada guru, pelajar mahupun institusi itu sendiri. Walhal dalam pedagogi, kaedah
pengajaran dan pembelajaran, bahan bantuan mengajar, kelas dan bahan rujukan
turut menjadi tanda tanya. Hasil yang nampak kini, ialah lambakan generasi yang
bermasalah dalam memahami ilmu pengetahuan secara holistik. Lebih
mendukacitakan ialah tidak mampu kaitkan ilmu yang dipelajari dengan kehidupan
harian.
Okey (1985) berpendapat, terdapat beberapa sebab mengapa keciciran pelajar
dalam pembelajaran berlaku, antaranya ialah penggunaan bahan pengajaran yang
kurang berkesan, persekitaran pembelajaran yang kurang memberangsangkan dan
tiada kepelbagaian kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) yang diamalkan oleh guru.
Perkara tersebut dikukuh oleh kajian hipotesis yang menunjukkan pelajar
yang hilang minat terhadap pembelajaran adalah disebabkan oleh bahan
pembelajaran yang tidak menarik dan tidak menepati objektif pengajaran, organisasi
isi kandungan tidak sistematik, persekitaran pembelajaran kurang memuaskan dan
pendekatan pengajaran yang statik (Okey, 1985).
Malah, senario semasa mengambarkan pedagogi pengajaran dan
pembelajaran yang berbentuk traditional yang melibatkan dua entiti guru dan pelajar,
'chalk and talk', hafalan, dan kuliah yang statik kurang sesuai, bosan, tidak efektif
dan kurang interaktif bagi mendepani arus globalisasi yang sarat dengan teknologi
perkomputeran.
Jesteru, Yong Chee Kieng (2001) berpendapat, pendekatan pendidikan di
negara perlu mengalami sedikit perubahan bagi mendepani arus teknologi globalisasi
dengan memberi penekanan kepada unsur-unsur teknologi maklumat seperti
memperkenalkan program literasi komputer serta pendidikan sains dan teknologi di
sekolah.
5
Menghubung kaitkan teknologi terkini ke bidang pendidikan telah mendapat
perhatian Profesor Emeritus Tan Sri Had Salleh (2000) semasa membentang kertas
kerja 'IT in Education : An Asset and a Liability' yang menekankan kepentingan
pendidikan IT. Beliau mengatakan bahawa negara tidak akan bergerak maju tanpa
IT dan menyeru kepada para pendidik dan cendiakawan tempatan untuk
membangunkan perisian-perisian IT tempatan bagi kegunaan bidang pendidikan.
Saranan dan cadangan tersebut adalah suatu yang baik kerana menurut kajian
yang dibuat oleh Dr. Rio Sumarni (1996), bahawa pembangunan perisian berbentuk
PBK untuk sekolah-sekolah di Malaysia masih kurang. Ini berpunca dari penggunaan
komputer untuk tujuan P&P oleh guru dan bilangan perekabentuk perisian PBK pada
tahap yang rendah.
Oleh hal demikian, menjadi tanggungjawab para pendidik secara umum,
melakukan sedikit anjakan dan reformis dalam pendidikan, agar pedagogi, kaedah
dan pendekatan yang lebih menarik minat para pelajar untuk belajar berbagai ilmu
pengetahuan dapat dipertingkatkan, seperti memperkenalkan dan membangunkan
perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) yang berhubung kait dengan
KBSM mahupun KBSR di Malaysia.
Pujian positif harus diberi, apabila kerajaan menubuhkan unit komputer
dalam pendidikan di bahagian sekolah-sekolah dan pasukan projek COMIL untuk
membangunkan sistem perisian pengarangan bersepadu COMIL (Computer
Intergrated Learning).
1.3 Pernyataan Masalah
Cabaran di dalam melaksanakan pendidikan berbantukan komputer di dalam
negara ialah kurangnya individu serta pihak yang beranisiatif membangunkan
perisian tempatan untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kebanyakan yang
berkualiti dihasilkan di negara lain yang majoritinya kurang sesuai dengan bahasa,
6
sukatan, nilai, dan ciri budaya masyarakat Malaysia. Ini berdasarkan kajian Dr. Rio
Sumarni (1996) yang mendapati kebolehan membangunkan perisian untuk tujuan
pendidikan di sekolah adalah pada tahap yang rendah.
Kebanyakan guru kini memberi tumpuan kepada pembelajaran berpusatkan
guru sahaja dan kurang memberi penekanan kepada pendekatan 'student center'
dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengenalan kepada perisian multimedia dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah suatu peluang dan ruang kepada guru-guru bagi
menjadikan proses pendekatan mereka lebih variasi, menarik dan menyeronokkan,
pada masa yang sama para pelajar mudah faham pelajaran, tidak membosankan dan
para pelajar mampu belajar sendiri (kendiri).
Menurut kajian Weinraub (1998), peratusan pemahaman pembelajaran
pelajar dengan menggunakan perisian yang berunsurkan multimedia adalah lebih
tinggi dan hasilnya adalah lebih baik berbanding dengan kaedah pembelajaran
tradisional. Ini dikukuhkan lagi oleh ahli psikologi kognitif, yang telah
mengemukakan satu konsep pembelajaran yang menekankan kepada penemuan oleh
pelajar itu sendiri seperti perisian PBK. Ini bermakna pelajar diberi peluang untuk
mencari sesuatu konsep sendiri di mana pengajaran guru tidak memberi kesemua isi
pelajaran, pelajar sendiri perlu berusaha untuk mendapatkannya.
Justeru, bagi mendepani senario dan masalah yang dihadapi, penyelidik
berhasrat membantu menyumbangkan tenaga membina sebuah perisian pembelajaran
berbantukan komputer (PBK) yang sarat dengan kepelbagaian media bagi
membimbing para pelajar menimba ilmu pengetahuan secara kendiri. Perisian yang
akan dibina adalah berdasarkan sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam tingkatan tiga topik pengurusan
jenazah.
7
1.4 Objektif Pembangunan Perisian
Objektif pembangunan perisian PBK ini terbahagi kepada dua bahagian :
1.4.1 Objektif Merekabentuk Perisian
Pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) ini adalah
bertujuan untuk :
• Menerapkan penggunaan teknologi multimedia dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam khususnya dalam bab pengurusan jenazah bagi sukatan
pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
• Mempertajamkan kefahaman pelajar terhadap apa yang dipelajari pada bab
pengurusan jenazah dengan menyelesaikan soalan-soalan dalam perisian.
• Memudahkan suatu konsep yang sukar difahami, dijelaskan dengan baik
dengan bantuan klip video dan animasi.
1.4.2 Objektif Perisian
Di akhir perisian, diharap pengguna dapat :
• Menyatakan secara umum kewajipan terhadap jenazah dan tindakan awal
yang perlu dilakukan ketika berlaku sesuatu kematian.
• Mengenalpasti kaedah asas memandikan jenazah, mengkapankan jenazah,
sembahyang jenazah, dan mengebumikan jenazah dalam kehidupan harian
dengan baik dan betul.