Upload
hafizah90
View
4.508
Download
7
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Pendidikan Islam
Citation preview
TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK
IBADAH
Konsep ibadah: Khusus dan Umum
WAN NUR HAFIZAH BT WAN HUSSAIN
NURUS SYIFAK BT SHUHAIMI
PPSIMP AMBILAN JULAI 2008 SN/BI/BM
Muqaddimah PENGERTIAN Asas-asas
Ciri-ciri Jenis-jenis STATUS
SALAH FAHAM HIKMAH Penutup
Isi kandungan
Muqaddimah
Tujuan hidup manusia:
“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.” (Adz-Dzaariyaat : 56)
“Wahai hambaKu, Aku tidak menjadikan kamu agar Aku terhibur dari kesepian, atau untuk membanyakkan bilangan kamu dari kekurangan, atau meminta pertolongan kamu dalam perkara yang Aku lemah, begitu juga bukan dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat atau menolak kemudharatan. Hanyasanya Aku menjadikan kamu untuk beribadat kepadaKu dan berzikir serta bertasbih kepadaKu setiap pagi dan petang." Hadis Qudsi.
PENGERTIAN IBADAH
Bahasa
Merendah diri, tunduk, patuh dan taat
Istilah
Tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah. Jelasnya ibadah ialah pengabdian
sepenuhnya kepada Allah
Asas-asas ibadah
Ketundukan - menurut, mengikut dan mendekatkan diri dengan segala perintah yang disyariatkan Allah. Ketundukan ini berasaskan kepada perasaan sedar terhadap keesaan Allah dan kekuasaanNya ai atas segala sesuatu dibandingkan dengan kedaifan dan kekerdilan diri sendiri.
Kecintaan - kepatuhan ini hendaklah juga lahir dari rasa cinta kepada Allah. Ia berdasarkan kesedaran manusia terhadap limpah kurnia Allah, nikmat-nikmat dan rahmatNya. Kesedaran ini juga lahir daripada rasa kagum terhadap kemuliaan dan kesempurnaan Allah.
“Katakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Ali Imran : 31“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.” Al-Baqarah : 165
1. Perhubungan manusia dengan Tuhan adalah secara terus - tidak memerlukan perantaraan sebagaimana ajaran Kristian. Allah sahaja hukum, tempat mengadu dan meminta ampun.
2. Peribadatan tidak terkongkong di tempat-tempat tertentu.
3. Ruang ibadah di dalam Islam sangat luas - meliputi setiap aktiviti kehidupan manusia. Setiap apa yang dilakukan adalah ibadah sekiranya cukup syarat.
Ciri-ciri ibadah
Ibadah khusus
Merupakan perintah-perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung dalam rukun Islam seperti solat, puasa, zakat, haji dan beberapa amalan khusus seperti tilawah Al-Quran, zikir dan sebagainya.
Ibadah umum
Segala perkara dan amal selain daripada kumpulan ibadah khusus di atas yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Ini termasuklah seluruh perbuatan manusia dalam kehidupan sehariannya.
SYARAT AMAL MENDAPAT STATUS IBADAH
Bersesuaian dengan hukum Islam dan tidak bercanggah dengan hukum
Niat yang baik dan kerana Allah
Dibuat dengan seelok-eloknya
“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu membuat sesuatu daripada kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya” (muslim)
Tidak mencuaikan ibadah-ibadah khusus
SALAH FAHAM TERHADAP PENGERTIAN IBADAH
Bukan perbuatan mengasingkan diri
Tidak terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja
Dilakukan melalui perantaraan orang-orang tertentu
HIKMAH DAN FALSAFAH IBADAH
SolatIbadah lisan, ibadah badan, ibadah hati, ibadah
akal
Zakat• Kesucian dan kebersihan
• Melenyapkan sifat mementingkan diri sendiri
PuasaMatlamat utama berpuasa ialah supaya kita menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah
HajiKesama rataan makhluk, tawaduk, rendah
diri, buang rasa bongkak dan riak
“Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji nescaya mereka akan
datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengendarai unta yang kurus yang datang
dan segenap penjuru yang jauh” (Al-Haj 22:27)
Penutup
Kita seharusnya menyedari betapa pentingnya untuk kita mengetahui serta membezakan konsep ibadah yang ditentukan olah Islam dan bukan Islam. Ibadah merupakan pengabdian diri yang berterusan kepada Allah, mengamal serta mengikuti kehidupan sebagaimana yang ditentukan olehNya sepanjang masa.
Tidak cukup bagi kita dengan hanya mengerjakan ibadah khusus semata-mata dan meninggalkan ibadah yang lebih umum. Pun begitu tidak harus ibadah umum melalaikan kita dari ibadah khusus.Keimanan menuntut kita merealisasikannya di dalam kehidupan:
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan : ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): ‘Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan gembirakanlah mereka dengan (memperolehi) syurga yang telah dijanjikan olah Allah kepadamu.” Fussilat : 30