16
HIJRAH untuk semua FOKUS DUN ms 6/7 SELANGOR KINI SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA www.selangorkini.my Edisi KHAS No.2 10 - 16 APRIL 2018 I 23 - 29 Rejab1439 I PERCUMA Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangor selangortv.my www.selangorkini.my www BANTUAN TAK TERHAD SATU KAUM Team Lejang Khas hero tak didendang PEDULI RAKYAT ms 10/11 KECURIAN MOTOSIKAL DI SHAH ALAM Amal kaedah sentiasa ada untuk rakyat HIJRAH Selangor ms 12/13 DUA PENGGAL GALAS TANGGUNGJAWAB Dewan Negeri Selangor BUBAR Imbas kod QR ini untuk muat turun aplikasi tehTARIq

I www Dewan Negeri Selangor BUBAR · sebagai Kerajaan Persekutuan. Katanya, hal itu kerana persiapan kempen PRU14 adalah terbaik sepanjang 19 tahun KEADILAN diwujudkan. “BN gerun

  • Upload
    vuthu

  • View
    242

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

HIJRAH untuksemua

FOKUS DUN ms 6/7

SELANGOR KINI

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA www.selangorkini.my

EdisiKHAS No.2

10 - 16 APRIL 2018 I 23 - 29 Rejab1439 I PERCUMAMedia_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

BANTUAN TAK TERHAD SATU KAUM

Team Lejang Khas hero tak didendangPEDULI RAKYAT ms 10/11

KECURIAN MOTOSIKAL DI SHAH ALAM

Amal kaedahsentiasa adauntuk rakyat

HIJRAH Selangor ms 12/13

DUA PENGGAL GALASTANGGUNGJAWAB

Dewan Negeri Selangor BUBAR

Imbas kod QR ini untuk muat turun aplikasi tehTARIq

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

2 UTAMAPERCUMA 10 - 16 April 2018

23 -29 Rejab1439PEDULI

__KUALA SELANGOR

__SUNGAI BULUH

__SUNGAI BULUH

__SUNGAI BULUH

“MEREKA (BN) kata, kita tidak mampu menguruskan ekonomi dan tidak mempunyai sebarang kemahiran mentadbir negeri. “Tetapi sudah terbukti, KEADILAN mampu menguruskan Selangor lebih baik berbanding BN mahupun Umno,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) KEADILAN di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, di sini, pada 8 April lalu.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin

Ahli Dewan Negeri Paya Jaras sertai KEADILANTIMBALAN PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, mengumumkan Ahli Dewan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, menyertai parti itu.

“Maka, pada malam ini dengan penuh rasa gembira dan bersyukur, saya ingin mengumumkan sahabat saya Yang Berhormat Mohd Khairuddin Othman membuat keputusan untuk bersama perjuangan kita,” katanya.

Pengumuman itu dilakukan Mohamed Azmin ketika menyampaikan ucapannya pada Ceramah Perdana Pakatan Harapan di tapak pasar malam Paya Jaras Tengah, di sini, pada 8 April lalu.

Serentak dengan pengumuman itu, perkataan reformasi turut dilaungkan oleh kira-kira hampir

PIMPINAN KEADILAN BERTAMBAH KUAT

‘Jentera perang’ menuju Putrajaya

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, barisan pimpinan KEADILAN bertambah kuat walaupun rakyat dimomokkan dengan pelbagai mitos palsu daripada Barisan Nasional (BN). OLEH NADIAH ZAMLUS [email protected]

2,000 hadirin, di tapak ceramah terbabit.

Mohd Khairuddin kemudiannya naik ke pentas sebelum dipeluk Mohamed Azmin untuk menyerahkan borang keahlian KEADILAN.

Bagaimanapun, sambutan orang ramai

terhadap pengumuman Mohamed Azmin itu tidak berakhir, di situ.

Ketika Mohd Khairuddin mengiringi Mohamed Azmin ke kenderaan untuk pulang, mereka berdua sekali lagi diserbu orang ramai yang ingin bersalaman dan mengucapkan tahniah kepada dua individu yang menjadi tumpuan utama itu.

Mohd Khairuddin turut dijulang oleh masyarakat tempatan yang menyambut baik keputusan beliau.

OLEH NAZLI IBRAHIM [email protected]

OLEH NAZLI IBRAHIM [email protected]

OLEH NAZLI IBRAHIM [email protected]

Nasution Ismail, optimis PRU14 adalah pilihan raya terakhir buat Umno-BN sebagai Kerajaan Persekutuan.

Katanya, hal itu kerana persiapan kempen PRU14 adalah terbaik sepanjang 19 tahun KEADILAN diwujudkan.

“BN gerun selepas melihat PAKATAN bersatu menggunakan logo KEADILAN untuk menghadapi PRU14.

“Mereka gentar, tidak dinafikan BN boleh gunakan kuasa Jabatan Pendaftar

Pertubuhan (ROS) dan menteri untuk menggugat kedudukan KEADILAN mahupun PAKATAN, tapi mereka sesekali tidak akan dapat menghapuskan semangat KEADILAN yang wujud dalam diri kami,” katanya.

Turut hadir dalam pelancaran itu adalah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Dr Afif Bahardin serta pimpinan lain.

KEADILAN yakin Pakatan Harapan (PAKATAN) mampu berdepan cabaran pertarungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu ekoran parti berkenaan pernah berdepan pertarungan 15 penjuru ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Selambau, pada 2009.

“Saya merayu sungguh-sungguh dan yakin Selangor akan kekal di

PENIPUAN pilihan raya boleh diatasi jika peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mencapai 90 peratus.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, antara penipuan yang sedang dijalankan adalah mengadakan persempadanan semula bagi memberi kelebihan kepada Umno-Barisan Nasional (BN).

“Saya betul-betul merayu kerana sempadan baru ini bertujuan merampas Selangor, justeru negeri ini antara yang terkesan. BN ingin rampas, jadi kita perlu kerja kuat.

“Jika keluar undi mencapai 90 peratus, penipuan akan tenggelam tetapi jika keluar mengundi hanya 50 hingga 60 peratus, maka penipuan itu akan memainkan peranan penting,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, rakyat Selangor perlu menjalankan peranan masing-masing dengan mengajak ahli keluarga dan kenalan untuk mengundi, pada

KEADILAN yakin hadapi tiga penjuru

tangan PAKATAN walaupun tiga penjuru. Tak apalah tiga atau empat penjuru.

“KEADILAN pernah berdepan 15 penjuru di Bukit Selambau. Bukan PRU tetapi PRK, lagi susah.

“Kertas undi cukup panjang tetapi orang Bukit Selambau pilih KEADILAN,” katanya pada Ceramah Pakatan Paya Jaras di sini, pada 8 April lalu.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri

Besar berkata, masyarakat di Paya Jaras perlu bekerja kuat bagi membantu kemenangan PAKATAN.

Pada PRK Bukit Selambau, calon KEADILAN, S Manikumar berjaya menewaskan calon popular Barisan Nasional, Datuk S Ganesan dan 13 calon bebas lain dengan majoriti 1,804 undi. Manikumar berjaya memperoleh 12,632 undi, berbanding Ganesan 10,828 undi serta calon lain hilang deposit.

Hapus penipuan jika ramai keluar mengundi

Jika keluar undi mencapai 90 peratus, penipuan akan tenggelam tetapi jika keluar mengundi hanya 50 hingga 60 peratus, maka penipuan itu akan memainkan peranan penting,” katanya.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALIDATO’ MENTERI BESAR

PRU14. Katanya, PRU kali ini juga amat penting kerana ia akan menentukan masa depan negara.

“Saya berharap orang Selangor keluar (undi) beramai-ramai kerana inilah penentunya untuk mencipta sejarah. Tuan-tuanlah pencipta sejarah menjatuhkan Umno-BN,” katanya.

PERCUMA10 - 16 April 2018 23 -29 Rejab1439

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

3UTAMA

__SHAH ALAM

__KU

ALA

LUM

PUR

OLEH AFIX REDZUAN [email protected]

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Razak, tidak menghor-mati proses undang-undang apa-bila menjanjikan bantuan kepada rakyat melalui Manifesto Barisan Nasional (BN), selepas Parlimen dibubarkan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali berkata, Najib tidak boleh melakukan tindakan sedemikian kerana ia tidak melalui proses kelulusan

Najib tak hormat Parlimenbetul sebagai ketua sebuah kerajaan sementara.

“Saya kesal kerana Najib melakukan satu kesalahan jenayah kewangan den-gan meluluskan jumlah bantuan besar untuk memancing undi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Ini membuktikan, beliau amat ter-desak untuk menang dalam PRU nanti tetapi saya yakin rakyat Malaysia sudah bersedia membuat satu perubahan,”

katanya kepada media selepas majlis perasmian pasar MPAJ Kampung Am-pang, di sini, pada 8 April lalu.

Beliau berkata, pengumuman dibuat Najib itu adalah sesuatu yang tidak ber-tanggungjawab untuk sebuah kerajaan sementara.

Katanya, tindakan dibuat selepas Parlimen dibubarkan adalah satu tin-dakan yang menunjukkan perdana menteri sendiri tidak menghormati

undang-undang dan proses kewangan bertanggungjawab.

“Ini bahaya kerana ia menyogok pe- ngundi dengan pengumuman berben-tuk wang tunai seperti BR1M yang tidak diluluskan dalam Belanjawan 2018 dan jemaah menteri kabinet.

“Siapa akan bertanggungjawab da-lam perkara ini Walaupun Ummo-BN menang, ia melanggar satu proses kelulusan.

“Sebagai kerajaan sementara, ia tidak boleh meluluskan apa-apa dan hanya boleh meneruskan kerajaan sedia ada sehingga sebuah kerajaan baharu ter-bentuk,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, tindakan sebegitu hanya boleh dilakukan jika berlaku sesuatu keadaan tidak mampu dielakkan seperti bencana alam atau perkara lain.

__AMPANG

OLEH NAZLI IBRAHIM [email protected]

SOKONGAN dan kerjasama diberikan rakyat Selangor kepada dasar serta pembangunan disifatkan sebagai aset terpenting yang membawa kejayaan negeri termaju itu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada sokongan

Terima kasih rakyat Selangorpadu yang diberikan kepada Kerajaan Negeri selama ini.

“Sokongan diberikan rakyat terhadap pembangunan dijalankan Kerajaan Negeri amat baik. Saya beri jaminan Kerajaan Negeri yang ada hari ini akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan jujur, amanah serta bertanggungjawab,

demi rakyat Selangor.“Untuk maksud itu, saya

merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Selangor khususnya dalam Parlimen Pandan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka juga Teratai di dalam Parlimen Ampang yang secara langsung dan sudah bertahun memberikan sokongan

kuat serta padu untuk bersama membangunkan Selangor yang kita cintai ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Stadium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di Stadium MPAJ, di sini, pada 8 April lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan

pembangunan di negeri itu bagi memastikan rakyatnya dapat hidup sejahtera dan selesa.

Mohamed Azmin berkata, hal itu boleh dilihat apabila beliau memperuntukkan belanja pembangunan lebih tinggi berbanding pengurusan dalam belanjawan tahunan yang dibentangnya, sebelum ini.

OLEH ERMIZI MUHAMAD [email protected]

DULI YANG MAHA MULIA Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, perkenan membubarkan Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi memberi laluan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Istiadat pembubaran diadakan di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah, Klang, di sini, pada 9 April lalu.

Proklamasi pembubaran DNS sebagai simbolik perkenan pembubaran juga ditandatangani baginda.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, mengadap Sultan

Sultan Sharafuddin perkenan bubar Dewan Negeri Selangor

Sharafuddin bagi memohon perkenan baginda untuk lanjutan proses pembubaran DNS, tepat jam 10 pagi.

Istiadat pembubaran DNS dijalankan selaras ketetapan Perkara LV Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Pembubaran Dewan Rakyat pula diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 7 April lalu.

Pengumuman berkenaan, sekali gus menetapkan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Dewan Rakyat dilakukan sebelum kerajaan baru dibentuk.

DATO’ MENTERI BESAR, Dato’ Seri Azmin Ali, berkata pihaknya akan berfungsi sebagai kerajaan sementara (caretaker government) dan akan mematuhi peruntukan serta garis panduan dibenarkan dalam tempoh itu sehingga kerajaan baru dibentuk.

“Kami sudah membuat keputusan tiada lagi sebarang mesyuarat Exco, tiada keputusan akan dibuat sehingga kerajaan baru ditubuhkan dan tiada kelulusan untuk sebarang projek.

“Semua ini terkandung dalam garis panduan pekeliling yang sudah ditetapkan Setiausaha Kerajaan Negeri. Kita akan

mematuhinya selaras dengan peruntukan ditetapkan,” katanya pada sidang media pembubaran Dewan Negeri Selangor, di Foyer SUK, di sini, pada 9 April lalu.

Beliau berkata, perkara itu termaktub dalam Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri yang menggariskan situasi, fungsi dan limitasi sebagai kerajaan sementara.

“Ini adalah sebahagian daripada prinsip tatakelola baik bagi menjamin kuasa tidak disalahgunakan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Selangor yang memberi mandat dan keyakinan untuk memegang tampuk kepimpinan bagi memastikan pembangunan negeri seiring kesejahteraan rakyat.

“Kini, kuasa di tangan rakyat untuk memilih yang terbaik. Saya yakin kematangan rakyat Selangor yang mahukan kerajaan stabil, kuat, berwawasan, berwibawa dan peduli,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri secara rasmi memulangkan kenderaan rasmi kerajaan selepas Dewan Negeri Selangor (DNS) dibubarkan secara rasmi, serentak tarikh pembubaran DNS.

Majlis penyerahan kepada Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya, berlangsung, di Dataran SUK.

PATUHI PERUNTUKAN DAN GARIS PANDUAN DIBENARKAN

Caretaker government hingga tubuh kerajaan baru

__KLANG

PEDULI

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

PEDULI RAKYAT

4 ISU PERCUMA 10-16 April 2018

23-29 Rejab1439PEDULI

P E D U L IEDITORIAL Penasihat Lembaga Editorial CCSB Ketua Pengarang Cecelia Alphonsus Pengarang Nurul Farina Nazlan Penolong Pengarang Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

Wartawan Hafizan Taib [email protected] Nazli Ibrahim [email protected] Afix Redzuan [email protected] Norhayati Umor [email protected] Ermizi Muhamad [email protected] Sabirah Aziz [email protected] Sheeda Fathil [email protected] Nadiah Zamlus [email protected]

Haziq Ismail [email protected] Layout & Design Unit Grafik CCSB Jurugambar Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman, Fikri Yusof SALES & MARKETING Advertising Executive Nadrah (011-1130 0244) Shafiq (017-790 6759)

Communication Corporation Sdn. Bhd. (847095-A) Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No. 1, Persiaran Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

Sidang Redaksi

PILIHAN RAYA UMUM KE-14

Yakin menang kecuali ditipu

__SHAH ALAM

__SUNGAI BULOH

OLEH NADIAH ZAMLUS [email protected]

__KLANG

OLEH NADIAH ZAMLUS [email protected]

__SHAH ALAM OLEH SHEEDA FATHIL [email protected]

PAKATAN HARAPAN (PAKATAN) optimis memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) melainkan hanya ditipu. Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, melalui kajian dijalankan Merdeka Centre dan Invoke membuktikan pentadbiran PAKATAN berjaya menawan hati pengundi termasuk beberapa negeri lain.

“PAKATAN juga sudah dilihat kuat melalui teraju parti iaitu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Menyoroti sejarah, PAKATAN bermula dengan Barisan Alternatif pada 1999 dan ia dilihat semakin kuat serta

Pastikan Selangor kekal dipimpin PAKATAN

KERAJAAN NEGERI diterajui Pakatan Harapan (PAKATAN) akan memastikan negeri itu kekal di bawah gagasan itu serta tidak membiarkan jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, Kerajaan Negeri yakin seluruh rakyat Selangor akan mempertahankan kerajaan sedia ada.

“Pada masa sama, kita mahukan rakyat bersatu hati jatuhkan kerajaan BN dan beri peluang PAKATAN mentadbir Putrajaya.

“Kita akan meletakkan pemimpin terbaik yang boleh mentadbir negara ini sebaik mungkin,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Dr Daroyah yang juga Ahli Dewan Negeri Sementa berkata, segala dasar berkonsepkan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang sudah dilaksanakan Kerajaan Negeri kepada rakyat Selangor bakal diperluaskan di seluruh negara jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kita sudah laksanakan pelbagai program IPR, maka ia tak menjadi halangan untuk dilaksanakan di Putrajaya kelak dan tiada apa yang perlu dirisaukan.

“Kita akan pulangkan kepada rakyat apa yang sudah kerajaan BN ambil daripada mereka sebelum ini, malahan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) juga bakal dihapuskan,” katanya.

Cukuplah guna sentimen perkauman

SEKOLAH ALIRAN Cina dan kaum lain diberi jaminan terus kekal jika Pakatan Harapan (PAKATAN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tidak wajar apabila ada pihak sengaja cuba menyelaraskan semua sekolah vernakular menjadi sekolah kebangsaan sahaja.

“Cukuplah gunakan sentimen perkauman. Kita ada Melayu, Cina dan India, jadi apa sahaja yang dicakapkan perlu mewakili seluruh bangsa.

digeruni lawan. Tidak dinafikan, Barisan Nasional (BN) pula semakin terkebelakang,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Tze Tzin berkata, pengundi juga akan tertumpu kepada PAKATAN memandangkan Selangor dan Pulau Pinang yang diterajui Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng lebih menonjol berbanding negeri lain.

“Selangor dan Pulau Pinang berjaya membawa pelabur besar serta kemajuan seiring kehendak rakyat.

“Sudah pasti, kali ini pengundi mahu perubahan lebih besar dan mereka yakin dengan pemimpin dilahirkan PAKATAN,” katanya.

Umno-BN tiru manifesto

PAKATAN juga sudah dilihat kuat melalui teraju parti iaitu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

SIM TZE TZINPENGARAH STRATEGI KEADILAN

UMNO-BARISAN NASIONAL (BN) semakin ketandusan idea sehingga menciplak beberapa idea Pakatan Harapan (PAKATAN) dalam manifesto mereka.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Radzlan Jalaluddin berkata, BN turut memperlekehkan manifesto PAKATAN.

“Kerajaan Selangor berjaya membuktikan bahawa kita berjaya memerintah lebih baik daripada Umno-BN,” katanya pada program Ceramah Perdana di tapak pasar malam Paya Jaras Tengah, di sini, pada 8 April lalu.

Beliau berkata, rakyat Selangor bernasib baik apabila PAKATAN berjaya merampas pentadbiran Kerajaan Negeri, pada 2008.

Katanya, rakyat Selangor kemudiannya memberi mandat lebih besar kepada PAKATAN pada Pilihan Raya Umum ke-13.

“Jika BN menang pada masa itu,

“Orang Cina ada hak untuk meneruskan bahasa ibunda mereka dan tidak perlu bimbang.

“Kerajaan Selangor tidak pernah lupa menghulurkan bantuan kepada sekolah Cina di negeri ini dan terbaru menyerahkan sumbangan fasiliti sekolah sebanyak RM6 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Makan Malam DAP Klang Utara di Restoran Taman Rahsna yang turut dihadiri Naib Pengerusi DAP Selangor, Dato’ Teng Chang Khim, pada 8 April lalu.

Mohamed Azmin menggesa rakyat terus memberikan sokongan kepada PAKATAN untuk menewaskan Barisan Nasional (BN), pada PRU14.

“Kita berterima kasih kepada DAP kerana bersetuju menggunakan logo KEADILAN pada pilihan raya kali ini walaupun mereka adalah parti lama, namun tetap mendokong usaha bersama demi matlamat ke Putrajaya.

“Sudah cukup rakyat derita dan dimomokkan janji kosong, perjuangan kita pada PRU14 akan mengecap kejayaan manis,” katanya.

OLEH NAZLI IBRAHIM [email protected]

Kerajaan Selangor berjaya membuktikan bahawa kita berjaya memerintah lebih baik daripada Umno-BN

RADZLAN JALALUDDINPENYELARASDUNI KOTA DAMANSARA

sudah pasti tarif air akan naik seperti kontrak dipersetujui BN sebelum itu,” katanya.

PERCUMA10-16 April 2018 23-29 Rejab1439

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

5ISU

__PASIR GUDANG __PETALING JAYAOLEH AFIX REDZUAN [email protected]

OLEH NAZLI IBRAHIM [email protected]

HANYA SATU

PAKATAN guna logo KEADILANPAKATAN HARAPAN (PAKATAN) secara rasmi mengumumkan penggunaan satu logo dan simbol, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengumuman itu dibuat Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada siri kemuncak Jelajah Pakatan Harapan yang berlangsung, di Taman Bukit Dahlia, di sini, pada 6 April lalu.

Beliau berkata, pihaknya sudah

menjangkakan sebarang bentuk halangan yang akan dihadapi sejak tiga bulan lalu, namun sudah bersedia dengan pelan gantian.

“Tak boleh guna simbol PAKATAN, tapi tak boleh halang kita guna satu simbol untuk empat parti.

“Bukan mudah nak suruh ahli dalam PAKATAN menggugurkan simbol mereka. DAP sudah menggunakan simbol roket, sejak berpuluh tahun.

“Kita bersetuju keempat parti hanya menggunakan satu simbol. Dengan

segala sukacita, bahawa keempat parti kami akan guna satu simbol iaitu Parti Keadilan Rakyat dalam PRU14,” katanya yang disambut dengan laungan ‘Pakatan Harapan’.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong dan mengajak untuk memilih logo KEADILAN, dalam PRU14.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menyatakan keputusan untuk tidak menggunakan logo roket dalam pertempuran pilihan raya bukan

keputusan mudah bagi parti itu tetapi ia adalah pengorbanan.

Ini kali pertama DAP akan bertanding tanpa menggunakan lambang roket.

Terdahulu, Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) turut mengumumkan pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Dalam majlis sama, turut dilancarkan ‘Tawaran Pakatan Harapan Negeri Johor’ dengan tema ‘Harapan Baru Bangsa Johor’ jika PAKATAN berjaya menawan negeri itu, pada PRU14.

Muafakat dan pengorbanan luar biasa

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) merakamkan ucapan terima kasih atas pengorbanan seluruh parti komponen Pakatan Harapan (PAKATAN) yang bersetuju untuk menggunakan satu logo iaitu KEADILAN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, muafakat yang dipamerkan seluruh anggota PAKATAN berjaya melakar satu lagi sejarah dalam lanskap politik negara.

“Sesuatu yang tak pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air Malaysia malam ini berlaku dengan semua parti pembangkang mengambil ketetapan untuk menggunakan satu logo demi menjatuhkan Barisan Nasional dan menyelamatkan negara.

“Khususnya pengorbanan besar yang dilakukan DAP sebagai parti lama yang bertapak

__PASIR GUDANG OLEH AFIX REDZUAN [email protected]

Tampil tokoh muda cemerlang

Parti Keadilan Nasional (KEADILAN) bakal menampilkan beberapa lagi tokoh muda dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai sebuah parti yang dinamik.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tokoh muda yang bakal terpilih adalah individu profesional, berwibawa dan mempunyai rekod yang cemerlang.

“Kita sebagai sebuah parti dinamik dan reformasi, maka sudah tentu kita menunjukkan tokoh muda bertenaga serta profesional yang mempunyai trek rekod baik juga berwibawa untuk mewakili kawasan berkenaan.

“Kita mempunyai ramai

pemimpin muda yang boleh ditonjolkan dan saya melihat proses ini dapat kita selesaikan secara bermuafakat,” kata Dato’ Menteri Besar itu kepada SelangorKini selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini, pada 7 April lalu.

Ketika ditanya berhubung perpindahan calon antara peringkat Dewan Negeri dan Persekutuan, Mohamed Azmin berkata, perkara itu juga ada dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, pembahagian kerusi bagi calon KEADILAN masih berjalan dan dijangka akan dimuktamadkan, dalam masa terdekat.

dan sudah membentuk kerajaan tetapi sanggup berkorban demi negara serta rakyat Malaysia. Ini satu pengorbanan luar biasa.

“Saya bagi pihak KEADILAN amat bersyukur kerana parti pembangkang bersetuju untuk menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat dalam pilihan raya

akan datang,” katanya kepada SelangorKini.

Penggunaan satu logo itu antara pelan gantian yang dirangka lebih awal memandangkan PAKATAN sudah menjangka pelbagai bentuk halangan bakal dihadapi, menjelang PRU14.

PEDULI

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

6 FOKUS DUNPERCUMA 10 -16 April 2018

23 - 29 Rejab1439PEDULI

M

Ahli Dewan Negeri Sri Muda itu berkata, ia bagi memastikan rak-yat berpuas hati terha-

dap pilihan dibuat dengan memilih pemimpin yang mampu memberi khidmat terbaik.

Katanya, walaupun sesuatu isu itu mungkin dianggap remeh, namun ia bukan alasan untuk tidak meluangkan masa bersama rakyat, di kawasannya.

“Rakyat tidak melihat atau me-nilai apa dibuat di dalam pejabat, mereka tidak nampak kerja kita yang membebankan, justeru bila ada

DUA PENGGAL GALAS TANGGUNGJAWAB

Amal kaedah sentiasa ada untuk rakyatBerada bersama rakyat tidak kira dalam keadaan sukar mahupun senang menjadi pegangan Shuhaimi Shafiei sejak dari awal dipilih sebagai wakil rakyat, di kawasannya. OLEH AFEEQA AFEERA/Penolong Pengarang [email protected]

kesempatan, saya akan tetap berada di lokasi walaupun untuk seketika.

“Ia bagi memastikan rakyat tahu wakil rakyat mereka ada ber-sama dalam keadaan sukar, sekali gus membantu kita mendekati ma- syarakat dengan lebih baik,” kata- nya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, Shuhaimi ber-kata, antara isu yang memerlukan perhatian segera adalah berkenaan air, kegagalan mengutip sampah, perkara membabitkan Pihak Berkuasa Tempatan juga kawasan kemalangan maut.

Katanya, perkara yang memer-

lukan penelitian akan dibuat bersa-ma jabatan teknikal bagi memasti-kan ia selesai mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Sebagai wakil rakyat, kita me-lihat apakah dengan musibah berla-ku, pihak berkuasa ambil tindakan sewajarnya kerana jika mereka ga-gal, maka kita berhak menyuarakan rasa tidak puas hati.

“Kita tidak boleh sewenang- wenangnya mengabaikan aduan kerana kita dipilih untuk menge-palai kawasan itu, justeru apabila rakyat memerlukan, maka kita mesti ada,” katanya. Bijak bahagi masa

engakui berdepan ke-sukaran pada peringkat awal, namun akan me-mastikan beliau berkun-

jung ke Pusat Khidmat DUN, setiap Selasa dan Jumaat.

Beliau berkata, rutin itu dilak-sanakan sejak tiga tahun lalu bagi bertemu rakyat dan menyelesaikan isu setempat.

“Saya akan kembali di pusat khid-mat seminggu dua kali iaitu pada Se-lasa (pagi atau petang) dan Jumaat (petang) jika tiada program bersama Dato’ Menteri Besar.

“Namun, jika kes itu memerlu-kan perhatian segera, maka saya akan bawa ke tingkat 21,” katanya.

Pada masa sama, Shuhaimi ber-kata, beliau bertuah kerana memi-

Kesibukan sebagai Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar tidak dijadikan alasan untuk Shuhaimi meluangkan masa, di kawasannya.

liki pasukan mantap yang boleh membantunya mengetengah dan menyelesaikan perkara berbang-kit.

Katanya, kepercayaan tinggi kepada pasukan untuk menyele-saikan sesuatu isu membolehkan gerak kerja di DUN dilaksanakan secara berkesan, teratur dan siste-matik.

“Saya mewakilkan tugasan itu ke-pada Ahli Majlis yang mewakili DUN saya untuk menyelesaikan persoalan berbangkit, di zon masing-masing.

“Kita memiliki pasukan yang melengkapi antara satu sama lain dan saya beri kepercayaan kepada pasukan kerana tidak mampu me-nyelesaikannya seorang diri,” ka-tanya.

Rakyat tidak melihat atau

menilai apa dibuat di dalam pejabat, mereka tidak nampak kerja kita yang membebankan, justeru bila ada kesempatan, saya akan tetap berada di lokasi walaupun untuk seketika."SHUHAIMI SHAFIEI,Ahli Dewan Negeri Sri Muda

SHUHAIMI SHAFIEIUmur : 50 tahun

DUN : N50 Sri MudaAlamat Pusat Khidmat DUN : No. 6/2, Jalan Anggerik Vanilla,

R31/R, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor

Blog : http://srimuda.blogspot.com/

Kawasan pengundian

l2004-2016Shah Alam S27, Shah Alam S28, Sri Muda 1, Sri Muda 2 Utara, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Johan Setia, Batu 4 Jalan Kebun, Bandar Puteri Klang, Kampung Baru Hicom, Putra Height, Sri Muda 2 Selatan, Seri Gambut, Kota Kemuning, Bukit Rimau, Kampung Bukit Naga, Haji Husin Jalan Kebun, Shah Alam S27 B

l2016 - sekarang Shah Alam S27 A, Shah Alam S28, Sri Muda 1, Sri Muda 2 Utara, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Johan Setia, Batu 4 Jalan Kebun, Bandar Puteri Klang, Kampung Baru Hicom, Putra Height, Sri Muda 2 Selatan, Seri Gambut, Kota Kemuning Jalan 31/1 - 31/80, Bukit Rimau, Kampung Bukit Naga, Haji Husin Jalan Kebun, Shah Alam S27 B, Pangsapuri S28, Taman Berjaya, Kota Kemuning Jalan 31/81 - 31/170

PERCUMA10 -16 April 2018 23 - 29 Rejab1439

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

FOKUS DUN 7

Dicaci dan dihalau penduduk setempatSetiap wakil rakyat pasti berdepan pelbagai cabaran dan karenah dalam melaksanakan tanggungjawab, di kawasan masing-masing.

IDAK terkecuali, Shuhaimi, yang pernah berdepan

pengalaman dihalau penduduk setempat ketika mengadakan lawatan ke kawasan banjir, di Johan Setia, suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, katanya, situasi itu diterima dengan tenang bagi mengelakkan kekecohan daripada terus berlaku.

“Kita sukar untuk beri penjelasan kepada penduduk kampung yang ditimpa musibah, jadi pada waktu itu kita tidak perlu bercakap atau menegakkan sesuatu walaupun hujah kita betul.

“Sebaliknya diam, senyum, terima dan ucap terima kasih serta maklumkan kita berada di situ untuk membantu. Jika

mereka mahu maki, terima sahaja dan barulah beri penjelasan selepas keadaan lebih tenang,” katanya.

Shuhaimi berkata, pengalamannya sebagai Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar memberi kelebihan kepadanya untuk berdepan pelbagai isu saban hari.

Beliau berkata, setiap isu perlu diselesaikan secara berhemah dan mengelakkan provokasi melampau.

“Saya gunakan pengalaman sebagai Setiausaha Politik untuk dibawa ke DUN dan begitu juga sebaliknya.

“Kita berikan apa mereka mahu dan ulas tanpa sebarang provokasi,” katanya.

Saya akan kembali di pusat khidmat seminggu dua

kali iaitu pada Selasa (pagi atau petang) dan Jumaat (petang) jika tiada program bersama Dato’ Menteri Besar. Namun, jika kes itu memerlukan perhatian segera, maka saya akan bawa ke tingkat 21.”

SHUHAIMI SHAFIEI,Ahli Dewan Negeri Seri Muda

SHAH ALAM - Syor kajian persem- padanan semula negeri dilihat se-bagai taktik terakhir Umno-Barisan Nasional (BN) menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.

Shuhaimi berkata, hal itu kerana persempadanan sedia ada memberi laluan sukar kepada gabungan itu mengambil alih pentadbiran negeri daripada PAKATAN.

Beliau turut percaya isu itu akan dibawa ke Dewan Rakyat untuk mendapat sokongan majoriti sebe-lum ia dikuatkuasakan.

“Itu adalah salah satu cara me- ngalihkan pengundi, justeru mereka menggunakan tipu helah dan musli-hat melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengambil alih Sela- ngor,” katanya.

Mengulas kesan persempadanan semula terhadap kawasannya, Shu-

Persempadanan semula

Taktik terakhir pihak lawanhaimi berkata, DUN Sri Muda tidak terjejas teruk, namun ia bakal mem-beri kesan kepada kawasan lain, di sekitarnya.

Katanya, antara terjejas teruk adalah DUN Seri Andalas dengan dominasi kaum Melayu sebanyak 76 peratus yang dilihat bakal memberi kelebihan kepada Umno-BN.

“Boleh dikatakan Sri Muda tidak terjejas tetapi saya tidak mahu menang dalam keadaan sebagai pembangkang, maka sebab itu saya bantah walaupun ia memberi kelebi-han kepada saya.

“Semangat perjuangan kita ber-kumpulan, justeru kita mahu pasu-kan kuat untuk kekal, di Selangor.

“Inilah kerja SPR yang meneri- ma arahan pemimpin Umno kera-na hanya melalui penipuan ini sa-haja mereka mungkin berpeluang menang,” katanya.

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PAKATAN) bertekad untuk terus mempertahankan Kerajaan Negeri dalam Pilihan Raya Umum (PRU)akan datang.

Tidak menolak kemungkinan berlaku pertandingan tiga pen-juru, Shuhaimi bagaimanapun berkata, perkara itu boleh disel-esaikan menerusi perbincangan bersama.

“Di Selangor, kita adakan pertemuan dengan semua parti

Misi pertahan Selangorsebelum bagi membincangkan kerusi yang akan ditandingi me- nerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri,” katanya.

Terdahulu, pada PRU12, PA-KATAN berjaya menawan Sela- ngor dengan menguasai 35 kerusi keseluruhannya.

Jumlah itu kemudiannya ber-tambah kepada 44 kerusi pada PRU13 menjadikan PAKATAN kekal mentadbir Kerajaan Negeri, sehingga kini.

SHAH ALAM - Sepanjang dua penggal menjadi wakil rakyat di DUN Sri Muda, beberapa masjid berjaya dibina dan dinaik taraf dengan wajah baru, di kawasan itu.

Shuhaimi berkata, masjid masing-masing berusia lebih 20 tahun itu ialah Masjid Taman Sri Muda, Masjid Al-Falah, Masjid Kota Raja dan Masjid Johan Setia.

Katanya, semua masjid itu dinaik taraf ekoran keadaannya yang uzur dan tidak lagi mampu

Berjaya selesai pembinaan rumah ibadatmenampung bilangan jemaah yang ramai, di kawasan terbabit.

“Permohonan membina dan menaik taraf masjid dibuat lebih 20 tahun lalu, namun ditolak dan sebaik sahaja dipilih sebagai ADN pada 2008, maka saya usulkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk pertimbangan.

“Selain itu, kita juga menaik taraf surau kepada masjid iaitu Masjid Jalan Kebun dan Masjid Bukit Naga,” katanya.

Shuhaimi berkata, keperluan umat bukan Islam turut diberi perhatian antaranya pembinaan sekolah jenis kebangsaan Cina yang siap, pada 2016.

Katanya, empat ekar tanah berjaya diwartakan dengan kos RM7 juta yang dibiayai lembaga pengelola sekolah.

“Bagi kaum India, rumah ibadat yang dibina di atas tapak banglo berjaya ditukar statusnya dengan kadar cukai nominal,” katanya.

T

PEDULI

INFOGRAFIK

PERATUSAN MENGUNDI (sebelum persempadanan)

Kaum Jumlah (%)

Melayu 53

Cina 26

India 23

PERATUSAN MENGUNDI (selepas persempadanan)

Kaum Jumlah (%)

Melayu 43

Cina 37

India 24

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

8 KLIK! MINGGUAN PERCUMA 10 - 16 April 2018

23 -29 Rejab1439PEDULI

Majlis Pecah Tanah Projek

Maahad Intergrasi Tahfiz Selangor (MITS) Pandan

Indah

Sidang Media

Pembubaran DUN dan

Penyerahan Kunci Kenderaan

Rasmi Kerajaan

Perasmian Stadium Majlis Perbandaran

Ampang Jaya (MPAJ)

Foto

: Jur

ufot

o Se

lang

or K

ini

PERCUMA10 - 16 April 2018 23 -29 Rejab1439

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

9KLIK! MINGGUAN

Foto

: Jur

ufot

o Se

lang

or K

ini

Konvensyen Intergriti

Pengurusan Masjid dan

Surau Negeri Selangor

2018

Istiadat Pembubaran DUN di Balai Dewan Diraja

Istana Alam Shah

Klang

Perasmian Pasar

MPAJ baharu, Kuala

Ampang

PEDULI

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

10 PEDULI RAKYATPERCUMA 10-16 April 2018

23-29 Rejab1439PEDULI

etua Polis Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata, daerah Shah

Alam merekodkan kes kecurian motosikal pada kadar 25.2 peratus memaksa pasukannya melancarkan 'perang' bagi mengekang kes itu berleluasa dengan dua lokasi panas di Seksyen 7 dan Seksyen 25, Sri Muda, bermula 1 Januari sehingga 31 Januari lalu.

"Sejak mula melaporkan diri pada 1 Februari lalu, saya lihat indeks jenayah kecurian motosikal agak tinggi. Keadaan ini jika tidak ditangani segera, maka ia akan memberikan kesan kepada masyarakat khususnya pemilik motosikal.

"Saya mengambil tindakan segera dengan menubuhkan Team Lejang Khas bagi memerangi jenayah ini.

"Lebih tiga minggu ditubuhkan, corak penurunan kadar jenayah hingga paras 10 peratus dan itu sesuatu yang membanggakan hasil kerja keras seluruh jabatan selain gerak kerja di bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) membabitkan Unit MPV dan Unit Ronda Bermotosikal (URB)," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata, dalam tempoh tiga minggu, Operasi Lejang berjaya melumpuhkan lima kumpulan curi motosikal dengan 20 siri tangkapan dilakukan termasuk suspek yang bergerak secara individu, sekali gus menyelesaikan 50 kes kecurian sebelum ini.

Hasil tangkapan menyaksikan 32 motosikal dan 18 rangka berjaya ditemui semula selain beberapa komponen yang dijual secara berasingan kepada orang awam.

Katanya, modus operandi kumpulan ini kebiasaannya melakukan jenayah sekitar tengah malam hingga awal pagi dengan mensasarkan motosikal jenis kapcai model Honda EX5 dan Yamaha LC.

Keadaan itu memaksa semua elemen balai digerakkan bagi melakukan sekatan jalan raya yang dibahagikan kepada dua sesi, bermula jam 8 malam.

Baharudin menyifatkan, elemen JPJKK sangat penting sementara Unit MPV dan URB adalah front liner bagi membendung jenayah, di Shah Alam.

"Untuk tahun ini, saya mengarahkan unit kenderaan

supaya menyalakan beacon light supaya kehadiran kami disedari masyarakat sekitar dan potensi untuk berlakunya jenayah dapat dikurangkan.

"Bagi kawasan pangsapuri di Seksyen 7, kita menempatkan converging point'supaya anggota bertugas dapat merekod waktu rondaan mereka," katanya.

Di samping itu, Program Kepolisan Komuniti Malaysia (Community Policing) yang dilancarkan sejak tahun 2010 turut menyumbang kepada kawalan

berlakunya jenayah setempat selain meletakkan setiap anggota di rumah ibadat supaya setiap perkembangan dapat dimaklumkan bagi tindakan selanjutnya.

Selain itu, konsep bandar selamat dengan menempatkan kamera litar tertutup (CCTV) juga banyak membantu polis mengesan penjenayah lebih cepat.

"Setakat ini, saya berpuas hati terutama dengan komitmen yang dipamerkan anggota kita bagi mengurangkan kadar jenayah. Saya sendiri mengambil pendekatan turun padang bagi mengeratkan

Dalam tempoh tiga minggu,

Operasi Lejang berjaya melumpuhkan lima kumpulan curi motosikal dengan 20 siri tangkapan dilakukan termasuk suspek yang bergerak secara individu, sekali gus menyelesaikan 50 kes kecurian sebelum ini.

ACP BAHARUDIN MAT TAIB,KETUA POLIS SHAH ALAM

Untuk tahun ini, saya

mengarahkan unit kenderaan supaya menyalakan beacon light supaya kehadiran kami disedari masyarakat sekitar dan potensi untuk berlakunya jenayah dapat dikurangkan.

ACP BAHARUDIN MAT TAIB,KETUA POLIS SHAH ALAM

Kali terakhir saya parkir motosikal

dalam kawasan pagar rumah. Saya perasan kejadian itu selepas dihubungi rakan serumah yang bertanya sama ada mengubah kedudukan motosikal. Saya kata tiada dan memang sah motosikal hilang ketika itu.

Mohammad Afiq, 28

Penubuhan 'Team Lejang Khas' oleh Polis Daerah Shah Alam berjaya memberikan impak positif bagi menangani jenayah kecurian motosikal yang kian bermaharajalela dengan penurunan indeks jenayah sehingga 10 peratus pada bulan pertama ditubuhkan. OLEH AFIX REDZUAN [email protected]

KECURIAN MOTOSIKAL DI SHAH ALAM

Team Lejang Khas hero tak didendang

K Kadar Jenayah

Turun

10%

Kenali Ketua Polis Daerah Shah Alam { }

ACP Baharudin Mat Taib Berkhidmat selama 30 tahun

bersama PDRM

Feb 1988 Menyertai anggota polis

1989 - 1990 Jenayah Ipd PJ1990 - 2003

Cawangan Khas Bkt Aman2003 - 2014 Narkotik KL

2014 Timbalan KPD Dang Wangi

2014 - 2016 Ketua Jabatan

Ketenteraman Awam / Trafik Johor2017

Timbalan KPD Sepang1 Feb 2018

KPD Shah Alam

25.2%

Seksyen 25Seksyen 17

PERCUMA10-16 April 2018 23-29 Rejab1439

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

11PEDULI RAKYATPEDULI

hubungan antara polis dan komuniti termasuk, di kawasan sekolah.

"Kita akan meningkatkan pergerakan pasukan risikan untuk mendapatkan lebih maklumat terutama modus operandi aktiviti jenayah supaya ia dapat dibenteras lebih awal. Kekerapan unit rondaan dengan kerjasama bahagian trafik juga akan dilakukan, dari semasa ke semasa.

"Jika kita berjaya mengurangkan indeks kadar jenayah sekitar lima peratus sebulan, maka saya anggap ia satu pencapaian yang baik dan ia menjadi cabaran buat semua anggota bagi memastikan bandar Shah Alam selamat," katanya.

Peritnya 'patah kaki' angkara perbuatan durjana Pengalaman kehilangan motosikal bukan sesuatu yang indah, bahkan memeritkan tambahan kenderaan beroda dua itu mempunyai nilai sentimental, sejak bertahun bersama.

Itulah yang dirasai, Zulkefli Sham, 31, yang menjadi mangsa penjenayah apabila motosikal Honda EX5 tahun 2004 yang dihadiahkan bapanya sejak lebih 10 tahun lalu lesap sekelip mata.

"Motosikal dilihat hari terakhir pada 19 Januari lalu lebih kurang jam 11.30 mlm, saya kerja balik malam. Motosikal buat pergi kerja, Sabtu dan Ahad jarang guna. Kadang-kadang bawak anak ronda-ronda di hujung minggu.

"Setiap pagi saya akan hantar anak menaiki motosikal. Pada pagi kejadian 22 Januari lalu iaitu sekitar jam 8.30 pagi, saya perasan motosikal tiada di parkir.

"Saya pusing kawasan sekeliling pangsapuri bagi mencari motosikal dan menyangka salah letak Akhirnya saya sedar rupanya ia sudah hilang dicuri.

"Saya terus buat laporan polis dan motosikal itu disenarai hitam dalam sistem polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Motosikal itu penuh sentimental value kerana ia hadiah daripada bapa selepas saya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi memudahkan urusan mencari kerja dan menyambung pelajaran," katanya.

Kejadian yang berlaku di kediamannya di Seksyen 20 itu mengakibatkan beliau mengalami kerugian sekitar RM3,000 dan patah kaki selama dua hari sebelum membuat keputusan mencari motosikal baru.

Lain kisahnya buat Mohammad Afiq yang kehilangan motosikal sekitar lima tahun lalu ketika pulang berhari raya, di Seksyen 25, Taman Sri Muda.

Kata pemuda berusia 28 tahun itu, kehilangan motosikal model Yamaha LC135 itu disedari rakan serumah yang menghubunginya, selepas pulang bercuti.

"Kali terakhir saya parkir motosikal dalam kawasan pagar rumah. Saya perasan kejadian itu selepas dihubungi rakan serumah yang bertanya sama ada mengubah kedudukan motosikal. Saya kata tiada dan memang sah motosikal hilang ketika itu.

"Jika ikut rancangan asal memang nak simpan dalam rumah, tapi dengan keadaan rumah ketika itu dan kawan pula cakap dia akan bercuti sekejap, maka saya ambil keputusan letak, di luar sahaja," katanya.

Beliau berkata, walaupun motosikal rakan serumahnya selamat tetapi terdapat kesan umpilan yang turut disasarkan penjenayah.

Kesan daripada kejadian itu memaksa beliau menggunakan kereta untuk berulang ke tempat kerja di Seksyen 15, selama tujuh bulan.

Sementara itu, bagi Mohamad Nurul Akma Hamzah, 27, kejadian hampir menjadi mangsa kecurian motosikal membuatkan dirinya lebih berhati-hati, di samping mengelakkan penduduk setempat menjadi sasaran penjenayah.

Kejadian pada Januari lalu masih segar dalam ingatannya yang ketika itu sedang berehat di rumah di Seksyen 7 walaupun beliau meletakkan kunci pendua di motosikalnya.

"Seingat saya ketika kejadian sekitar jam 2 pagi pada mulanya terdengar bunyi orang parkir motosikal, di tepi jalan. Kebiasaannya, orang akan tunggu sekitar lima hingga 10 minit tetapi masa itu lebih 15 minit masih ada motosikal yang sama, di tepi jalan.

"Apabila saya rasa pelik, terus segera turun ke bawah untuk melihat motosikal. Sekurang-kurangnya, penjenayah tidak berjaya membawa lari motosikal penduduk sekitar pangsapuri," katanya.

DUN Sri Muda manfaat peruntukan, laksana program bandar selamatDewan Undangan Negeri (DUN) Sri Muda akan memanfaatkan

peruntukan RM670,000 bagi melaksanakan program bandar selamat sebagai usaha mengekang kejadian jenayah di kawasan setempat khususnya, di sekitar Taman Sri Muda.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sri Muda, Shuhaimi Shafei berkata, peruntukan itu akan disalurkan melalui Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) oleh pihak pusat dalam masa terdekat dan beliau akan menyokong sebarang perancangan sesuai supaya program itu memberi manfaat pada masyarakat.

"Kita cadangkan program itu di buat di Pekan Sri Muda lama kerana di sana black spot. Selain itu, saya akan bersama penguatkuasa dan agensi setempat supaya boleh bekerjasama menjaga keselamatan penduduk, di sini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya ada diberi maklum situasi setempat oleh Ketua Balai Sri Muda, ASP Norzamri Shamsuri, berhubung perkembangan kadar jenayah di kawasannya, sekitar tiga bulan lalu.

Dalam maklum balas itu, Shuhaimi dimaklumkan berhubung kadar jenayah di Sri Muda menurun secara keseluruhan.

"Kita memang sentiasa mengadakan kerjasama dengan semua pihak walaupun ia bukan tanggungjawab ADN semata-mata. Saya turut berterima kasih kepada ASP Norzamri dan Balai Polis Sri Muda yang sangat membantu dalam usaha menangani masalah jenayah termasuk kes kecurian motosikal," katanya.

Katanya, beliau turut mengutarakan beberapa permasalah lain termasuk kewujudan beberapa pusat hiburan aktiviti berat dan mengharapkan tindakan segera daripada pihak polis dalam perbincangan itu.

Ingkar nasihat mengundang padahSementara itu, bagi ADN Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari berkata, beliau sentiasa mengingatkan penduduk di kawasannya termasuk di Seksyen 7 supaya mengunci kenderaan masing-masing bagi mengelakkan kecurian.

Namun, katanya, hanya segelintir masyarakat mematuhi nasihat berkenaan tambahan kawasan Seksyen 7 kebanyakannya terdiri daripada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menyewa, di kawasan sekitar.

"Kawasan Seksyen 7 ramai

pelajar menyewa rumah. Kebanyakan motosikal diletakkan di bawah pangsapuri atau di luar kawasan kondominium.

"Saya minta mereka memasang kunci ketiga tapi ramai yang enggan mematuhinya," katanya.

Dana terhad sukar pergerakan JMB lakukan rondaanKekurangan dana buat Badan Pengurusan Bersama (JMB) menyukarkan rondaan pada waktu malam dilakukan walaupun terdapat penduduk setempat yang secara sukarela mahu bersama mereka berbuat demikian.

Pengerusi JMB Blok 1-7, Pangsapuri PKNS, Seksyen 7, Kamarul Ariffin ketika ditemui berkata, dana yang diperoleh JMB hasil kutipan duit penyelenggaraan bulanan daripada penduduk hanya cukup untuk mereka membaiki bangunan dan kawasan sekitar kediaman jika berlaku kerosakan.

"Kebanyakan penduduk tidak berani melakukan rondaan kerana ketiadaan insurans keselamatan. Kita hanya ada insurans bangunan, namun penduduk sendiri tidak berani untuk melakukan rondaan apabila tiada jaminan.

"Setiap kali berlaku kejadian jenayah di sini, kita akan meminta kerjasama terus dari Balai Polis Seksyen 7 untuk mereka lakukan rondaan secara kerap. Balai Polis Seksyen 7 juga meminta kerjasama balai Seksyen 6 dan 11 untuk melakukan rondaan bersama," katanya.

Katanya, suspek yang melakukan kecurian motosikal itu bukan daripada penduduk sekitar pangsapuri tetapi dari kawasan luar berdasarkan makluman polis.

Sepanjang Januari lalu, JMB Pangsapuri Blok 1-7 sudah menerima enam laporan kes mmbabitkan Blok 2 (1), Blok 3 (2) dan Blok 5 (3).

"Jika ikut laporan yang kita peroleh daripada polis, kehilangan berpunca daripada kecuaian pemilik motosikal sendiri. Kita tak nafikan pemilik sudah membuat langkah sepatutnya tetapi kepakaran yang ada pada pencuri turut mengakibatkan kenderaan mereka hilang," katanya.

Beliau berkata, antara model motosikal yang menjadi sasaran adalah Yamaha Y150 dan Lagenda 115. Bagi kawasan Sri Muda, Ahli Majlis Zon 9, S Ruthira berkata,

Kejadian pada Januari lalu

masih segar dalam ingatan saya yang ketika itu sedang berehat di rumah di Seksyen 7 walaupun beliau meletakkan kunci pendua di motosikalnya.

Mohamad Nurul Akma Hamzah, 27

Peruntukan RM670,000 bagi

melaksanakan program bandar selamat sebagai usaha mengekang kejadian jenayah di kawasan setempat khususnya, di sekitar Taman Sri Muda.

Shuhaimi ShafeiAhli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Muda

Setiap kali berlaku kejadian

jenayah di sini, kita akan meminta kerjasama terus dari Balai Polis Seksyen 7 untuk mereka lakukan rondaan secara kerap." KAMARUL ARIFFIN,Pengerusi JMB Blok 1-7, Pangsapuri PKNS, Seksyen 7

1Kunci brek hadapan

(disc lock)2

Kunci menggunakan rantai3

Sistem Penggera4

Parkir di tempat sesuai5

Letak motosikal di hadapan kereta6

Berdoa & bertawakal

Tips elak kecurian motosikal

Kadar Jenayah

Turun

kini berpagar bagi mengelakkan berlakunya kes kecurian.

Katanya, terdapat tiga rukun tetangga yang aktif antaranya di Zon A 25/43, Zon B 25/83 dan Zon C 25/98-114.

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

12 HIJRAH SelangorPERCUMA 10 - 16 April 2018

23 -29 Rejab1439PEDULI

Usahawan HIJRAH Selangor, Chong Soo Heong, 50, pemilik Soo Heong Enterprise yang

mengusahakan perniagaan secara runcit mengakui inisiatif dasar berkebajikan yang dilaksanakan Kerajaan Negeri mampu menjana pendapatan usahawan tempatan.

Beliau berkata, skim itu mampu meningkatkan jurang pendapatan ekonomi masyarakat berbilang bangsa untuk terus berdaya saing dan memperlebar jaringan perniagaan rakyat.

“Kebanyakan pinjaman selalunya terhad untuk bumiputera sahaja, namun HIJRAH Selangor terbuka kepada semua warganegara Malaysia tidak kira bangsa dan agama.

“Kelebihan ini menjadikan HIJRAH Selangor antara peminjam terbaik selain proses permohonan yang mudah.

“Orang ramai seharusnya mengambil kesempatan ini untuk mengembangkan perniagaan atau berani memulakannya bagi menambah pendapatan hidup, di samping keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

Terdahulu, Skim HIJRAH Selangor sudah membantu hampir 52,000 rakyat negeri ini dalam memajukan perniagaann bagi meningkatkan golongan kelas menengah.

Laporan statistik HIJRAH Selangor sehingga Februari lalu melaporkan seramai 710 masyarakt Cina sudah menerima manfaat skim itu dan kini masih terbuka bagi menerima lebih ramai lagi rakyat Selangor.

Skim HIJRAH bantu pertambahan modal

Hasil pelaksanaan HIJRAH Selangor, Soo Heong berkata, beliau mengambil peluang membuat pinjaman RM10,000 sebagai modal tambahan untuk melancarkan perniagaan runcitnya.

Katanya, HIJRAH Selangor adalah inisiatif terbaik untuk peniaga kecil yang ingin mengembangkan perniagaan berbanding membuat pinjaman di bank dengan kadar faedah tinggi.

“Pinjaman yang saya buat dengan HIJRAH Selangor adalah sebagai modal tambahan untuk membeli stok barangan runcit

memandangkan ketika itu musim perayaan Tahun Baharu Cina.

“Kini, perniagaan saya lebih maju dengan stok yang banyak selain boleh membuka gerai di tapak pasar malam sebagai inisiatif menambahkan lagi pendapatan,” katanya.

Soo Heong berkata, perniagaan itu diwarisi melalui keluarganya

BANTUAN TAK TERHAD SATU KAUM

HIJRAH untuk semuaManfaat pelaksanaan inisiatif HIJRAH Selangor tidak terhad kepada golongan bumiputera sahaja, namun keberkesanan positif dasar itu turut dinikmati kaum lain. OLEH SYAZWANI SUFIAN [email protected]

sejak lima tahun lalu dan kini diusahakan beliau bersama suami.

Pinjaman HIJRAH mudah dan tak membebankan

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pembiayaan kewangan HIJRAH Selangor lebih terbuka tanpa wujudnya sebarang kadar faedah berlipat kali ganda.

Katanya, pelaksanaan itu menjadikan pengusaha kecil tidak terbeban dengan kadar faedah tinggi seperti di bank lain.

“Kelebihan HIJRAH berbanding institusi lain adalah ia menawarkan tiga perkhidmatan dalam satu urusniaga iaitu pinjaman, tabungan dan pelaburan.

“Kaedah pembayaran secara mingguan juga tidak membebankan kami dan bayaran balik dapat dilangsaikan dengan cepat.

Selain itu, katanya, HIJRAH juga memberi khidmat runding pengurusan perniagaan supaya urusan kewangan dan perjalanan perniagaan dapat dibuat dengan baik.

“Selepas selesai bayaran balik kepada HIJRAH bagi tempoh lagi lima bulan, saya akan

Kebanyakan pinjaman selalunya terhad untuk bumiputera sahaja, namun HIJRAH Selangor terbuka kepada semua warganegara Malaysia tidak kira bangsa dan agama.

CHONG SOO HEONG50, SOO HEONG ENTERPRISE

Kerajaan Negeri melaksanakan

dengan jayanya skim mikrokredit HIJRAH dengan modal pusingan RM100 juta untuk mengupayakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana keluar daripada cengkaman kemiskinan yang mereka alami selama puluhan tahun.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI,DATO’ MENTERI BESAR

PERCUMA10 - 16 April 2018 23 -29 Rejab1439

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

13HIJRAH Selangor

Kelebihan HIJRAH

berbanding institusi lain adalah ia menawarkan tiga perkhidmatan dalam satu urusniaga iaitu pinjaman, tabungan dan pelaburan.

CHONG SOO HEONG50, SOO HEONG ENTERPRISE

membuat pinjaman selanjutnya untuk terus mengembangkan lagi perniagaan. Kerana urusan pinjaman yang mudah, cepat serta tidak membebankan menjadikan HIJRAH sebagai pilihan saya,” katanya.

Realiti itu turut diakui Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, yang mendedahkan skim pembiayaan kewangan itu dijayakan secara komprehansif bagi meringankan beban usahawan negeri.

“Kerajaan Negeri melaksanakan dengan jayanya skim mikrokredit HIJRAH dengan modal pusingan RM100 juta untuk mengupayakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana keluar daripada cengkaman kemiskinan yang mereka alami selama puluhan tahun.

“Ia bukan sahaja menyalurkan pinjaman tetapi turut menyediakan pusat perkhidmatan profesional bagi tujuan memberi latihan kemahiran dan pemasaran supaya peserta menjadi usahawan berwibawa yang mampu berada di pasaran serta bersaing dengan usahawan lain,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, dengan keadaan ekonomi negara semakin mencabar ketika ini dan sebagai kerajaan peduli, maka Kerajaan Negeri mengambil beberapa langkah proaktif dengan memberi penekanan kepada usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi lebih rancak serta mampan sebagai jaminan masa depan lebih cemerlang.

Selain itu, usahawan juga perlu lebih kreatif dan berinovasi memenuhi citarasa pengguna kerana trend masa kini terhadap produk serta perkhidmatan semakin canggih kerana mereka memerlukan perkhidmatan lebih efesien juga pantas.

Infografik

Pengenalan lProgram Mikrokredit Bersepadu gagasan Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang dilaksanakan bagi menggabungkan skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA yang diperkenalkan Kerajaan PAKATAN, pada 2010. lProgram ini dilancarkan dengan rasminya oleh Dato’ Menteri Besar, pada 24 Mac 2015. lIa adalah Projek Penyelidikan Tindakan (Action Research Project) dengan tujuan utamanya untuk melebarkan golongan kelas menengah, di Selangor.lIa juga sebagai mengangkat visi oleh Dato’ Menteri Besar dalam ucapan belanjawan beliau, pada 24 November 2014. lHasrat ini diharapkan boleh tercapai melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga kecil, di Selangor.lPihak Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (YAQS) ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja juga peniaga kecil yang didapati sering menghadapi masalah kekurangan modal serta peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor. lManakala, Kerajaan Negeri bertindak sebagai penganjur program dan memberi modal pusingan pelaksanaan program sejumlah RM100 juta.

Falsafah pembangunan konsep HIJRAH SELANGOR

lFalsafah Program HIJRAH berteraskan konsep ‘Pinjaman Asas Simpanan’. Maksudnya, pinjaman yang diberikan digunakan sebagai modal tambahan dalam urusan perniagaan. Sebagai usahawan yang berdaya maju, adalah diharapkan dapat menghasilkan pulangan yang lebih tinggi. lLebihan pulangan ini, akan ditabungkan dalam Tabung HIJRAH SELANGOR untuk manfaat penjaja dan peniaga kecil secara individu juga kelompok.lPihak pengurusan program bertindak meneroka peluang perniagaan susulan bagi kepentingan dan manfaat usahawan HIJRAH SELANGOR melalui penubuhan Koperasi HIJRAH SELANGOR.

Konsep ‘Pinjaman Asas Simpanan’ Modal Tambahan > Pulangan > Tabung Hijrah Selangor > Koperasi Hijrah Selangor

Objektif Inisiatif

lBagi merangka kaedah pengurusan dan pelaksanaan skim HIJRAH SELANGOR, objektif berikut dikenal pasti sebagai matlamat program:lMembantu usahawan negeri untuk terus mengangkat jaringan ekonomi masing-masinglMemperlebar pendapatan melalui aktiviti keusahawanan dan perniagaaanlGalakan kepada golongan muda untuk terus berdaya saing menerusi aspek pembangunan perniagaan ekonomi

Kelebihan SkimSatu-satunya institusi yang menawarkan TIGA PERKHIDMATAN dalam SATU urusniaga (Pinjaman + Tabungan + Pelaburan)1. Khidmat kaunseling anak cemerlang2. Khidmat runding pengurusan perniagaan3. Urusan insuran takaful pinjaman4. Tawaran Skim HIJRAH SELANGOR jangka panjang

Syarat Kelayakan Peminjam

Penjaja dan peniaga kecil yang memenuhi syarat kelayakan berikut berhak menyertai HIJRAH SELANGOR:1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 60 tahun2. Memiliki premis perniagaan yang khusus3. Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah4. Tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan5. Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu-satu masa6. Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu-satu isi rumah7. Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian8. Terlibat secara langsung di dalam perniagaan

Kelayakan untuk aktiviti perniagaan HIJRAH SELANGOR adalah untuk penjaja dan peniaga kecil sahaja. Jenis perniagaan tertentu sahaja dikenalpasti sebagai layak untuk menyertai program ini.

Proses Permohonan Taklimat > Isi borang permohonan > Siasatan > Jawatankuasa Kelulusan >Tawaran Pembiayaan > Bayaran Takaful > Penyerahan Cek > Amanat Hijrah > Ikrar > Bayaran mingguan > Kursus Professional

PerkhidmatanProgram HIJRAH SELANGOR menawarkan dua skim kepada usahawan HIJRAH SELANGOR sebagai fasa permulaanSkim 1 RM1,000 hingga RM5,000 Skim 2 RM6,000 hingga RM10,000Rekod bayaran balik pinjaman semasa adalah asas utama pengukuran kedudukan seseorang peminjam. Bagi usahawan yang menunjukkan ’Disiplin Kredit’ memuaskan pada fasa permulaan, mereka akan ditawarkan skim HIJRAH SELANGOR jangka panjang. Skim HIJRAH SELANGOR jangka panjang menawarkan pinjaman seperti berikut:Skim 3 RM15,000 dan RM20,000 Skim 4 RM30,000 hingga RM50,000

Simpanan dan PelaburanlBerteraskan Pinjaman Asas Simpanan, setiap Usahawan HIJRAH SELANGOR yang membuat pinjaman diwajibkan menabung setiap minggu ke dalam skim ini.lWang Simpanan mingguan ini akan disimpan dalam Akaun Al-Mudharabah. Akaun ini adalah satu konsep pelaburan am di bawah Sistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF). Simpanan ini kemudiannya akan dilaburkan ke dalam Koperasi Hijrah.lBayaran simpanan adalah 0.25% seminggu. (Jumlah kadar ini sudah dimasukkan ke dalam jumlah kutipan mingguan) Jumlah simpanan bersama keuntungan pelaburan boleh dikeluarkan setelah berhenti menjadi usahawan HIJRAH SELANGOR.

Kaedah bayaran baliklKutipan bayaran balik pinjaman bersama dengan simpanan dijalankan secara mingguan oleh Pegawai HIJRAH SELANGOR. di tempat perniagaan.

Bayaran perkhidmatanlBayaran perkhidmatan 8% setahun atas jumlah pinjaman dikenakan bagi membiayai kos pengurusan pelaksanaan program dan perkhidmatan profesional (jumlah kadar ini sudah dimasukkan ke dalam jumlah kutipan mingguan).

Insuran takafullBayaran perlindungan pinjaman melalui Pelan Takaful Pinjaman akan dikenakan sebaik saja wang pinjaman dikeluarkan. Bayaran ini perlu dibayar oleh peminjam sebelum penyerahan baucer pinjaman.

PEDULI

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

14

PERCUMA 10 - 16 April 2018 23 -29 Rejab1439

PEDULI

11. Muzium Padi 12. Nisah Agro Farm 13. La Familia Orchad

MENARIK DI SELANGOR

KE MANA KITA MINGGU INI?

Lokasi unik di Sungai Besar

Sungai Besar terkenal dengan pusat pengeluaran padi tertinggi di Selangor. Dengan hamparan sawah padi menghijau, pasti ramai

terbayangkan suasana kampung yang mendamaikan.

6

1 2 3Muzium Padi

Lokasi: Jalan Air 5, Ban 2, 45400 SekinchanWaktu Operasi: Isnin hingga AhadMasa: 9 pagi - 5 petang Masuk: RM5

Setibanya di sini, pengunjung akan dibawa untuk melihat tayangan video aktiviti pesawah dari zaman dahulu sehingga sekarang yang sudah menongkah arus perubahan dan lebih moden.

Menariknya, di kilang ini juga terdapat muzium padi yang memaparkan beberapa peralatan dan replika mesin yang pernah digunakan oleh pesawah pada zaman dahulu seperti orang-orang, penampi padi serta lesung padi.

Selain itu, pengunjung dibenarkan untuk melawat kilang utamanya iaitu PLS Marketing (M) Sdn Bhd yang menjadi pusat pemprosesan padi. Mereka turut menghasilkan pelbagai jenis beras antaranya beras wangi (pearl fragrant rice), beras perang (pearl brown rice) dan beras perang sihat (healthy brown rice). Jadi, pengunjung boleh datang sendiri ke sini untuk mendapatkan beras terbaik.

Nisah AgroFarm

Lokasi: Kampung Sungai Haji Durani, 45300 Sungai Besar, SelangorWaktu Operasi: Isnin hingga AhadMasa: 9 pagi - 5 petangMasuk: Percuma

Di samping melihat proses penanaman padi, pengunjung berpeluang melihat sendiri proses penanaman cendawan tiram putih, di sini. Difahamkan, pemilik ladang mengusahakan projek cendawan tiram putih dengan menggunakan media jerami bahan asas yang sudah dikeringkan.

Melalui penggunaan jerami, proses penghasilan cendawan menjadi lebih cepat, mudah dan tahan daripada serangan kulat.

Perusahaan cendawan ini hanya terdapat di Malaysia sahaja.

Taman Kelip-kelip Sungai Pakeh

Lokasi : Rancangan Tanah Belia 1, Sungai PanjangWaktu Operasi: Isnin hingga Ahad (setiap hari)Masa: 7.30 malam - 10.30 malamBayaran Perkhidmatan Sampan: RM53/sampan (maksimum 4 orang)Tel: +6019-2513731 (Yusof) +6013-3222115 (Syam)

Buat pengunjung yang gemarkan suasana alam semula jadi dengan kehadiran jutaan kelip-kelip, jadi eloklah datang ke sini, pada waktu malam.

Ia terletak di kawasan Pedalaman Sungai Panjang dan boleh dilihat tiga kilometer, sepanjang sungai itu. Maka, bagi memudahkan pengunjung untuk melihat kelip-kelip, mereka akan dibawa menaiki sampan dengan menyusuri tebing sungai dalam keadaan gelap sambil menikmati suasana malam bercahayakan kelip-kelip.

Bukan sahaja terkenal dengan Taman Kelip-kelip yang menjadi tarikan orang ramai, malahan ia juga menjadi tempat persinggahan Burung Enggang yang dikatakan jarang ditemui.

Perkhidmatan menaiki sampan untuk melihat kelip-kelip akan digunakan atas permintaan pengunjung dan panggilan telefon.

Terdapat perkampungan nelayan yang memperlihatkan kebergantungan

masyarakatnya terhadap sumber laut. Oleh itu, kedai makanan laut di sini menjanjikan juadah enak dan lazat.

Dengan suasana kampung nyaman dan permai, ia sememangnya sesuai buat mereka yang ingin membebaskan diri daripada hiruk-pikuk kesibukan kota dan hutan konkrit terutama pada hujung minggu.

Lokasinya terletak di utara Selangor dengan anggaran jarak

perjalanan dari Kuala Lumpur sejauh 92 kilometer.

Pengunjung boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) atau Kuala Lumpur-Kuala Selangor Expressway (LATAR) dengan masa perjalanan 1 jam 15 minit sahaja.

Selain tarikan sawah padi, terdapat banyak aktiviti boleh dilakukan. Maka, tidak hairanlah ia menjadi tumpuan pelancong asing kerana banyak lokasi unik dan menarik ditawarkan.

Mari kita lihat enam tempat menarik yang menjadi tarikan, di Sungai Besar:

2

1

SG. BESAR

11 12

10 - 16 April 2018 23 -29 Rejab1439

PERCUMA

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

15MENARIK DI SELANGOR

1. Nisha Agro Farm 2. Klip-klip Sg. Pakeh3. Klip-klip Sg. Pakeh4. La Familia Orchard5. La Familia Orchard6. La Familia Orchard7. Sekinchan Padi Field8. Ah Ma's House9. Ah Ma's House10. Homestay Sg. Haji Dorani

Homestay Sungai Haji Dorani

Lokasi: No. 3, Pekan Selasa Lama, Sungai Haji Dorani, 45300 Sungai Besar, SelangorWaktu Operasi: Isnin hingga AhadMasa: 9 pagi-8.30 malamTel: +6013-6077025

Ia salah satu homestay yang terkenal di Malaysia. Homestay Sungai Hj Dorani tidak pernah putus menerima kunjungan orang ramai yang bukan sahaja dari dalam negara juga luar negara.

Tambahan pula, homestay ini selalu menerima kunjungan dari Jepun, Singapura, Afrika Selatan, Palestin dan Amerika Syarikat.

Tujuan ia ditubuhkan adalah untuk memperkenalkan destinasi agro pelancongan dan eko pelancongan yang memaparkan kebudayaan dan adat resam orang Melayu secara semula jadi selain menggalakkan budaya melancong ke destinasi balik kampung atau Back to Nature’

Pengunjung juga dapat melakukan banyak aktiviti menarik di Homestay Sungai Haji Dorani termasuk mencanting batik, membuat bahulu dan menggagau ikan.

Antara Pakej Homestay Sungai Haji Dorani:

4 5 6La Familia Orchard

Lokasi: Jalan Parit 6, 45400 Sekinchan, SelangorWaktu Operasi: Sabtu, Ahad & cuti umum Masa: 9 pagi - 5 petangTel: +6012-663 2961 +6012-268 1068Masuk: Percuma

Sebuah kebun buah yang memberi peluang buat pengunjung membeli buah-buahan segar dari ladang dengan harga yang sangat murah. Bagaimanapun, pengunjung tidak dibenarkan masuk ke kebun terbabit atas sebab tertentu.

Penanaman buah utama di sini ialah jambu air dan limau nipis (lime) tetapi terdapat juga buah-buahan lain seperti limau gedang (grapefruit), ciku dan mangga.

Anda boleh merancang untuk membawa anak-anak melihat kebun buah yang popular ini, pada cuti hujung minggu atau cuti umum.

Ah Ma's house

Lokasi: Lot 10376, Jalan Tali air 5, Kampong Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor.Waktu Operasi: Isnin-AhadMasa: 9 pagi - 5 petangMasuk: PercumaTel: +6019-3783300

Ah Ma’s House bermaksud rumah nenek iaitu galeri yang bercirikan tradisional masyarakat Cina. Memasuki ruang kedai lama ini bagai membawa pengunjung kembali ke zaman kanak-kanak.

Tarikan utamanya kerana dipenuhi barang nostalgia yang kini jarang dilihat anak. Susun atur dalamannya juga dihias kemas bagi menghidupkan suasana.

Ini termasuk telefon lama, radio, mesin taip, peti televisyen lama, perkakasan memasak lama lengkap dengan perabot seperti sofa rotan yang diletakkan, di sudut rumah.

Ah Ma House sebenarnya kedai roti yang menjual biskut tradisional dan kek. Antara yang dijual di sini adalah kuih tart nenas, kuih bangkit dan kuih kapit. Menariknya, ia turut menjual pelbagai barangan antik.

Selain dijadikan pameran, sesetengah barangan seperti mangkuk tingkat lama turut dijual kepada orang ramai yang berkunjung ke sini.

4 6

3 5

8

9

7

10

13

Dengan suasana kampung nyaman dan permai, ia

sememangnya sesuai buat mereka yang ingin membebaskan diri daripada hiruk-pikuk kesibukan kota dan hutan konkrit terutama pada hujung minggu.

1. Pakej lawatan sehari A (RM70/seorang, minimum 40 orang)-Bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.-Melawat ke bengkel membuat kuih melayu tradisional dan kilang nata de coco.-Makan tengahari menu Kampong Pusat Aktiviti Homestay.- Aktiviti mewarna batik canting, menumbuk padi, bermain layang-layang dan menggagau ikan di sawah padi- Tamat aktiviti selepas minum petang.

2. Pakej lawatan sehari B (RM70/seorang, minimum 40 orang)-Bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.-Melawat ke bengkel membuat kueh melayu tradisional dan kilang nata de coco.-Makan tengahari menu Kampong Pusat Aktiviti Homestay.-Aktiviti menebar roti canai, melawat galeri padi -Minum petang di kebun jagung.

PEDULI

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

16 KEJAYAAN IPR SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

PERCUMA 10-16 April 2018 23-29 Rejab1439

PEDULI

A

SELANGORKINIPEDULI diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Orien Group Sdn. Bhd., 15, Jalan 6/118C, Desa Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur. Tel : 03-9173 1434 Faks : 03-9173 1412

hli Dewan Negeri (ADN) Sementa, Dr Daroyah Alwi berkata, sambutan

diterima amat memberangsangkan sejak program KISS dilaksanakan dan dapat membantu golongan wanita, malahan ia akan diteruskan pada masa hadapan.

Katanya, ramai dalam kalangan penduduk di negeri lain sudah mula mencemburui rakyat Selangor kerana menerima pelbagai keistimewaan.

“Betapa bertuahnya duduk di Selangor apabila mempunyai Kerajaan Negeri yang amat prihatin dan peduli dengan nasib rakyatnya.

“Lihat sahaja sekarang, dengan kenaikan harga barang, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), turun naik harga minyak dan masalah penggangguran semakin meningkat membuatkan rakyat berasa terbeban,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian pada

Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) diperkenalkan Kerajaan Negeri akan diteruskan jika Selangor masih berada di bawah pantadbiranPakatan Harapan (PAKATAN). OLEH SHEEDA FATHIL [email protected]

Majlis Penyerahan kad KISS fasa kedua, di Dewan Taman Seri Kerayong, di sini, baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan, Dr Daroyah turut menyerahkan 438 kad KISS fasa kedua kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa.

Dr Daroyah yang juga selaku Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga berkata, KISS bukan sahaja membantu golongan wanita, namun turut meringankan beban seluruh ahli keluarga terutama suami.

Harap dapat bantu seluruh rakyat MalaysiaBerdasarkan kajian United Nations Children’s Fund (UNICEF) berhubung tahap kesihatan wanita dan kanak-kanak di Malaysia iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kuala Lumpur mendedahkan beberapa aspek dilihat berada pada tahap membimbangkan.

Dr Daroyah berkata, kajian itu menunjukkan 22 peratus kanak-kanak yang tinggal di PPR

terbantut tumbesaran apabila 20 peratus kurus kering akibat kekurangan zat dan 23 peratus mengalami obesiti kerana tidak mendapat makanan berkhasiat.

“Malah, statistik itu turut menunjukkan 51 peratus daripada kanak-kanak tidak dapat pergi ke sekolah tadika kerana ibu bapanya kurang berkemampuan.

“Betapa daifnya kehidupan anak di PPR, namun di negeri ini

kami menyedari hakikat itu dan pelaksanaan KISS diyakini mampu membawa sinar baru kepada golongan wanita, di Selangor.

“Kerajaan Negeri berusaha sedaya upaya untuk membantu rakyat dengan memberikan pelbagai jenis sumbangan supaya mereka dapat hidup selesa, tiada bebanan dan tekanan,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Daroyah berkata, Kerajaan Negeri sebolehnya mahu membantu golongan ibu dan kanak-kanak di PPR juga seluruh Malaysia, namun akibat perbezaan politik menghalang mereka untuk berbuat demikian.

“Kerajaan Negeri yang prihatin ini amat berharap supaya dapat membantu lebih ramai masyarakat di Malaysia pada masa hadapan dan semoga rakyat boleh menilai sebaik-baiknya,” katanya.

KISS hadiah Kerajaan Negeri kepada rakyatPelaksanaan KISS adalah hadiah terbesar Kerajaan Negeri kepada rakyat Selangor terutama untuk golongan wanita mahupun ibu tunggal.

Dengan peruntukan RM72 juta daripada Kerajaan Negeri, KISS mula dilancarkan, pada 22 Januari lalu. Ia bertujuan untuk membantu meningkatkan martabat wanita dan golongan ibu, di negeri itu.

Melalui program KISS, Kerajaan Negeri mengiktiraf setiap ibu yang layak akan menerima bantuan RM2,400 setahun atau RM200 setiap bulan.

Penerima kad KISS boleh membeli barangan keperluan seperti beras, minyak masak dan tepung serta peralatan dan pakaian sekolah untuk anakdi lebih 500 buah pasar raya juga kedai runcit berdaftar seperti Giant Hypermarket, 99 Speedmart dan Pusat Pakaian Hari-Hari.

Antara syarat utama kelayakan untuk menerima kad KISS adalah wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak atau tanggungan di bawah umur 21 tahun dan pendapatan isi rumah bawah RM2,000 sebulan.

Selain itu, antara syarat lain adalah warganegara Malaysia, lahir di Selangor atau sudah bermastautin di negeri itu lebih 10 tahun. Malah, mereka yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian di www.kiss.com.my atau hadir ke pejabat DUN masing-masing.

Saya berasa amat gembira apabila

Kerajaan Negeri menyediakan inisiatif kad KISS ini. Ia sedikit sebanyak membantu saya seorang ibu tunggal yang baru sahaja kematian suami untuk menyara tiga anak masih bersekolah”

A MARIYAMMAL AZHAKESAN, 38, PENGAWAL KESELAMATAN

Kad KISS membantu saya meringan-kan beban

suami memandangkan dia hanya bekerja sebagai pemandu. Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri, semoga program ini diteruskan pada masa akan datang” TAN BEE HONG, 39, SURI RUMAH

Saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada

rakyat Selangor dan berasa beruntung apa-bila Kerajaan Negeri peduli dengan nasib golongan seperti kami. Pelaksanaan KISS mendatangkan pelbagai manfaat dan pada masa sama dapat meringan-kan beban suami” NOOR NADIAH MOHD KAMSAH, 28, SURI RUMAH

Kerajaan Negeri berusaha sedaya

upaya untuk membantu rakyat dengan memberikan pelbagai jenis sumbangan supaya mereka dapat hidup selesa, tiada bebanan dan tekanan,”

DR DAROYAH ALWI,AHLI DEWAN NEGERI (ADN) SEMENTA

KISS KURANGKAN BEBAN EKONOMI

Bertuahnya ibu di Selangor