Upload
tranmien
View
233
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
HUBUNGAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH DENGAN AMALAN GURU
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
IZHAB ISMAIL1 & MUHAMAD ZAID ISMAIL
2
1Jemah Nazir dan Jaminan Kualiti Kelantan, Kementerian Pendidikan Malaysia 2Fakulti Kontempori Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin
[email protected] [email protected]
Abstrak: Artikel ini membincangkan hubungan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dengan amalan
guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ( PdP) Sejarah. Kepentingan penerapan KPS dalam
pengajaran adalah perkara penting bagi memastikan proses pendidikan yang dinyatakan dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang menegaskan mengenai kesepaduan unsur pengetahuan,
peningkatan daya intelek, pemupukan nilai-nilai murni dan perkembangan kemahiran belajar. Sejajar
dengan itu, pengajaran dan pembelajaran guru haruslah menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir
dan kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan murid-murid agar guru berupaya menjadikan sejarah itu
hidup dan dapat mempertingkatkan minat murid terhadap sejarah. Kajian ini adalah kajian kuantitatif
yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan melibatkan 283 sampel yang dipilih secara rawak
kelompok dalam kalangan guru mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah negeri Kelantan.
Amalan guru menerap KPS dalam mengajar sejarah dikaitkan dengan lima konstruk iaitu persediaan
procedural guru, pengetahuan pedagogi guru, pengetahuan penggunaan alat bantu mengajar, sikap guru
dan pengetahun pengurusan aktiviti pembelajaran. Persamaan regresi linear menunjukkan hubungan KPS
dengan amalan guru berlaku peningkatan sebanyak 3.74 peratus dalam menerapkan KPS dalam
pengajaran berdasarkan lima konstruk yang dikaji.
Kata kunci: Hubungan , kemahiran pemikiran sejarah, amalan terbaik guru, pendidkan sejarah,
pengajaran dan pembelajaran.
PENDAHULUAN
Di Malaysia Pendidikan Sejarah dilaksanakan dengan tujuan memupuk dan memperkukuhkan
semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia (Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah, 2000). Berdasarkan tujuan tersebut sejarah adalah mata
pelajaran teras dalam pelaksanaan kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang
wajib dipelajari oleh semua murid secara berterusan. Dalam konteks ini, peruntukan waktu
minimun seminggu di peringkat menengah rendah dan peringkat menengah atas adalah tiga
waktu dengan 40 minit bagi suatu waktu seperti yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996
(Akta 550) dan Peraturan-peraturan Terpilih (2003). Kepentingan pendidikan sejarah telah
merubah dasar pendidikan sejarah sedia ada agar lebih relevan dengan matlamat pendidikan
sejarah dalam konteks sistem pendidikan di Malaysia ke arah membangunkan generasi yang
mempunyai kemahiran abad ke-21.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengukuhkan pelaksanaan kurikulum Sejarah
dengan mensyaratkan pelajar mesti lulus subjek Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia 2013. Kronologi terhadap penetapan tersebut ada kaitan dengan jawapan lisan yang
diberikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia dalam
sidang Dewan Negara pada 16 Disember 2010 dengan menyatakan bahawa bermula tahun 2013,
mata pelajaran Sejarah dijadikan mata pelajaran wajib lulus sebagai syarat layak mendapat Sijil
Pelajaran Malaysia (Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan, 2011). Dalam konteks pendidikan
sejarah, kita tidak terlepas daripada isu yang menyentuh tentang persepsi guru sejarah dan
Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018 Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar,
Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah
eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
304 | MEDC 2018
pelajar yang beranggapan mata pelajaran sejarah tidak mempunyai pembaharuan, tiada nilai
komersial, ketinggalan dan sebagainya (Mohd Shamsudin & Shahizan Shaharudin, 2012). Isu
yang sama pernah diutarakan oleh Zaharah & Nurliah (2009), menurutnya mata pelajaran
sejarah adalah mata pelajaran yang membosankan yang perlu ditangkis stigma demikian dalam
kalangan pelajar. Justeru, amalan kesediaan guru berkait dengan perancangan perlu dilakukan
dengan teliti agar semua transformasi yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan berkesan
selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Masyuniza Yunos & Zamri Mahmood, 2013).
Jika diteliti kandungan objektif KBSM mendapati salah satu objektifnya ialah
mengembang dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan
kreatif (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). Bagi tujuan tersebut usaha memupuk dan
mengembang daya intelek pelajar memerlukan guru-guru mengaplikasi kaedah dan teknik PdP
yang berupaya mencetus, merangsang dan mengembangkan daya pemikiran pelajar (Zahara
Aziz & Nik Azleena, 2007). Apa yang berlaku sebelum ini menurut Khoo Kay Kim (2000),
amalan dalam pembelajaran sejarah hanya menekankan aspek hafalan fakta, tarikh serta
pergolakan dunia berlaku dalam tempoh beribu-ribu tahun dahulu menyebabkan pelajar
berpandangan terhad tentang proses dan perkembangan negara malah menganggap pelajaran
sejarah menjemukan dan kurang berupaya merangsang untuk berfikir. Mata pelajaran sejarah
sering dianggap mata pelajaran membosankan, ketinggalan dan tidak menarik kerana mengkaji
ilmu dan peristiwa lalu serta sukar untuk menghafal fakta-fakta sejarah (Ariegusrini Agus &
Mohamaed Johdi Salleh, 2009; Yong Shu Lan, 2013; Malar Muthiah, 2013).
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan melihat sejauh mana hubungan Kemahiran Pemikiran Sejarah dengan
amalan guru Sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Hubungan ini
diharap dapat menjadi pengukur kepada guru dalam usaha meningkatkan kualiti PdP agar
pelajar lebih meminati pembelajaran Sejarah.
OBJEKTIF KAJIAN
Mengkaji hubungan di antara amalan guru sejarah (pengetahuan prosedural pengetahuan
pedagogi, penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran, sikap guru dalam penerapan
KPS dan pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sejarah
terhadap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran sejarah.
SOALAN KAJIAN
Kajian ini mengkaji sejauh mana perhubungan di antara pengetahuan prosedural, kesediaan guru
dalam aspek pengetahuan pedagogi, pengetahuan guru terhadap penggunaan bahan bantu
mengajar dalam pengajaran, sikap guru dalam penerapan KPS dan pengurusan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sejarah terhadap keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran sejarah?
SOROTAN LITERATUR
Penekanan terhadap penerapan kemahiran berfikir menjadi dasar penting KPM. Meneliti
kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mendukung
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap
murid. Justeru, enam ciri utama yang dikenal pasti diperlukan oleh setiap murid agar mampu
bersaing di peringkat global. Salah satu ciri tersebut adalah kemahiran berfikir. Justeru setiap
murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka dengan
menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat bagi mereka
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
305 | MEDC 2018
menghubungkait pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu baharu. Bagi memenuhi tuntutan
tersebut setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuklah penaakulan dan
pemikiran serta pemikiran kritis, kreatif dan inovatif (PPPM, 2013).
Pengajaran sejarah tidak akan bermakna jika guru sejarah kurang memberi perhatian
terhadap pengembangan pemikiran pelajar-pelajar. Pengajaran sejarah yang memberi penekanan
kepada pelajar menghafal segala fakta tanpa melibatkan tindak balas pemikiran akan
menggagalkan tujuan pendidikan sejarah yang memerlukan pelajar mengembangkan daya
pemikiran mereka. Hal ini berdasarkan keperluan yang mana mata pelajaran Sejarah adalah
bersifat intelektual yang memerlukan guru mengembangkan cara berfikir dalam kalangan
pelajar (Abd.Rahim, 1999).
Penekanan kepada kemahiran berfikir amat dititik berat oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Berdasarkan dokumen PPPM 2013–2025, telah menetapkan enam ciri utama Aspirasi
Murid yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global (KPM,
2013). Salah satu daripada enam aspirasi tersebut ialah kemahiran berfikir yang bertujuan agar
setiap murid belajar cara untuk memproleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka
menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat untuk
membolehkan murid menghubungkan pelbagai disiplin ilmu seperti yang terkandung dalam
PPPM (KPM: 2012).
Sejajar dengan itu, setiap murid sewajarnya menguasai pelbagai kemahiran kognitif
termasuklah penyelesaian masalah penaakulan dan pemikiran kreatif dan inovatif. Dalam sistem
pendidikan, bidang ini kurang diberi perhatian menyebabkan murid kurang berupaya
mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kreatif di luar konteks akademik. Justeru
mata pelajaran sejarah dilihat sebagai mata pelajaran yang melibatkan penghafalan fakta untuk
tujuan lulus peperiksaan sahaja (Annamali, 2003). Sikap guru yang kerap menggunakan “teknik
kapur dan Tutor” serta “tanya dan jawab” turut menyebabkan pengajaran sejarah menjadi tidak
bermakna dan membosankan (Rahina dan Dhand, 2003).
Sidek Baba (2015:22), dalam artikel bertajuk Al-Quran dan tradisi pemikiran
menjelaskan bahawa Al-Quran memberi asas yang sangat jelas mengenai pengertian afala
ya’qilun, afala ya tafaqqarun, afala yatadabbarun – tidakkah kamu berakal, tidakah kamu
berfikir dan tidakkah kamu melakukan tadabbur (mengkaji dan menyelidik). Ungkapan Al-
Quran ini sangat penting ditelusuri kerana ia berkaitan dengan asas berfikir. Justeru berfikir dan
pemikiran adalah sesuatu yang penting dalam proses menjana ilmu yang mendorong berlakunya
proses memahami terjadi. Hujah demikian ada persamaan dengan unsur yang terkandung dalam
KPS sebagaimana yang dinyatakan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah
(2002), yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum untuk diterapkan oleh guru-guru
Sejarah kepada pelajar iaitu memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi,
membuat imaginasi dan membuat rasionalisas. Binaan unsur demikian adalah usaha untuk
mempertajamkan pemikiran kerana pemikiran berkait rapat dengan unsur intelek yang diberi
penekanan dalam KBSM (Kamarudin Haji Husin, 1994).
Pengertian konsep kemahiran berfikir mengikut Presseisen (1987) pemikiran sebagai
aktiviti mental yang mana pengetahuan diperoleh dan diolah melalui proses penaakulan.
Ruggerio (1988), sependapat dengan kenyataan di atas tetapi menambah bahawa proses
pemikiran mesti ada tujuan atau matlamat. Individu juga perlu mempunyai keupayaan untuk
mengawal proses berkenaan.Chaffee (1988) mendefinisikan pemikiran sebagai aktiviti mental
yang mempunyai tujuan yang tersusun serta melibatkan individu meneliti pemikiran sendiri dan
pemikiran orang lain. Swartz (1989), menekankan bahawa kebolehan berfikir dengan berkesan
dalam sesuatu bidang pengkhususan akan terhalang jika pengetahuan individu terhad. Pemikiran
memerlukan kebolehan mencari maklumat yang ada dalam ingatan dan menyepadukannya
dengan maklumat baru. Proses asimilasi dan akomodasi terlibat dalam keseimbangan
(EQUILIBRIUM) memperoleh pengetahuan (Piaget, 1952).
Marzano et all. (1998), pula menjelaskan mengenai pemikiran sejarah yang melibatkan
satu set operasi mental yang dikenali sebagai proses yang merangkumi pembentukan konsep,
pembentukan prinsip, kefahaman, penyelesaian masalah, membuat keputusan, penyiasatan dan
penggabungan yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Proses pemikiran di peringkat
awal adalah lebih kepada pemerolehan pengetahuan manakala pada peringkat akhir ianya lebih
kepada penghasilan dan aplikasi. Pengertian yang dikemukakan oleh sarjana ini ada persamaan
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
306 | MEDC 2018
dengan struktur disiplin sejarah yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran KBSM
(2000), iaitu bermula dengan inkuiri dalam sejarah dan berakhir dengan empati. Peranan
pemikiran penting buat seseorang pengkaji dan penyelidik sejarah dan bukannya pemikiran itu
sendiri sebagai gejala dalam sejarah. Oleh yang demikian sejarah itu disamakan dengan
pemikiran menurut Collingwood (1965), bahawa semua sejarah itu adalah sejarah pemikiran.
Selain itu, pernyataan bahawa sejarah tidak dapat ditulis secara saintifik kecuali sejarah itu
dapat menggambarkan kembali di dalam akalnya akan pengalaman orang-orang yang
tindakannya sedang dikaji oleh sejarawan berkenaan (Yusoff Ibrahim: 1985).
Furet (1983), menyatakan bahawa Sejarah adalah satu bidang ilmu yang boleh dibuat
pelbagai interpretasi dari semasa ke semasa. Guru tidak perlu menyediakan pelajar dengan
segala fakta dan disusuli dengan penjelasan sejarah kerana dalam kerangka pemikiran Sejarah
era ‘new history’ ia lebih kepada penumpuan untuk mengasah intelek pelajar secara kritikal dan
anlitikal (Jenkin, 1992). Berdasarkan kenyataan itu, pelajar perlu menguasai konsep pemikiran
sejarah agar mereka dapat dilatih menjadi sejarawan. Menurut Wineburg (2001), menyatakan
pemikiran sejarah ialah satu cara berfikir yang unik. Beliau berpendapat pemikiran sejarah
adalah bentuk yang paling mendalam dan merupakan proses yang asli disebabkan
perkembangan psikologi. Pandangan demikian diperkukuhkan dengan kenyataan : goes against
the grain of how we ordinally think...” Merujuk kepada pandangan-pandangan yang diutarakan
oleh beberapa sarjana maka pengertian mengenai kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai
proses mental yang bersandarkan pengetahuan, melibatkan pengolahan kemahiran mental
tertentu yang diaplikasikan dalam kehidupan bagi menyelesai masalah dan membentuk tingkah
laku positif.
Kemahiran Pemikiran Sejarah
Pendidikan Sejarah adalah mata pelajaran teras dalam KBSM. Kandungan kurikulum
Pendidikan Sejarah berbentuk rentetan peristiwa yang membincangkan tentang aspek kehidupan
masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dalam usaha melahirkan generasi
yang dapat memenuhi matlamat dan aspirasi negara, pendekatan PdP Sejarah perlu menjurus
kepada pemupukan kemahiran berfikir dan kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan pelajar
disamping nilai-nilai murni dan semangat patriotik (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002).
Bagi memahami secara jelas kedudukan KPS dalam kurikulum sejarah adalah perlu
diketahui tentang organisasi kurikulum sejarah. Organisasi tersebut merupakan kesepaduan
berbentuk ‘intra’ yang berlaku dalam mata pelajaran ini. Unsur-unsur yang terbina dalam
mendasari ilmu (kandungan), kemahiran (struktur disiplin pendidikan sejarah: kemahiran
pendidikan sejarah) dan penerapan nilai (patriotisme) bagi menyuburkan intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Ketiga-tiga unsur ini bersepadu dalam PdP secara berterusan ( Huraian Sukatan
Pelajaran, 2002).
Pendidikan Sejarah mempunyai teras struktur disiplin yang sistematik. Pemahaman
guru terhadap struktur ini akan mengembangkan proses PdP sejarah yang lebih menarik.
Menurut Wilson (1989), pengetahuan yang mendalam tentang sejarah bukan sekadar melibatkan
pengetahuan yang lebih banyak tetapi ianya memerlukan pemahaman yang lebih mendalam
tentang fenomena sejarah, aspek pensejarahan dan penghasilan sejarah. Justeru, binaan struktur
disiplin sejarah adalah melalui proses tersendiri meliputi; Inkuiri Dalam Sejarah, Pengumpulan
Sumber, Kemahiran pemikiran Sejarah, Penjelasan Sejarah, Pemahaman Sejarah dan Empati
(PPK, 2002). Berdasarkan struktur tersebut setelah melalui proses kemahiran pemikiran sejarah
akan membolehkan seseorang melalui proses seterusnya berlaku iaitu bagi menjelaskan sejarah,
memahami sejarah dan akhirnya melalui proses empati sejarah.
Pemahaman tentang kandungan Kemahiran Pemikiran Sejarah dijelaskan secara
menyeluruh berdasarkan apa yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran KBSM (2002).
KPS adalah proses kognitif yang murid-murid meneroka idea yang abstrak dan kompleks
dengan bimbingan guru. Bagi guru-guru yang komited dan menguasai kandungan kurikulum ini
akan menghasilkan pengajaran yang berkualiti iaitu mencapai objektif yang digarapkan dalam
kurikulum pendidikan sejarah.
Kemahiran pemikiran sejarah adalah lebih spesifik kepada disiplin itu sendiri.
Penguasaan KPS membolehkan murid memahami perekonstruksi peristiwa lalu dengan
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
307 | MEDC 2018
menggunakan sumber yang menjadi bukti untuk menentukan signifikan sesuatu takrif, tokoh,
peristiwa dan aktiviti manusia masa lalu. Justeru murd diajar memahami ciri-ciri sejarah supaya
mereka dapat meningkatkan pemikiran mereka dengan lebih kritis dan analits dengan
kemahiran-kemahiran seperti kemahiran kronologi, meneroka bukti, membuat inteprestasi,
membuat imaginasi dan membuat rasionalisasi (PPK, 2002). Mengikut Huraian Sukatan
Pelajaran Sejarah Sekolah menengah yang dikeluarkan oleh PPK (2002), menerangkan proses
penerapan KPS tersebut perlu diterapkan oleh guru sejarah kepada para pelajar berdasarkan
kepada lima proses asas iaitu;
i. Memahami kronologi bermakna melihat masa lalu, kini dan akan datang mengikut
urutan sesuatu peristiwa itu berlaku. Di samping itu murid dididik dengan kemahiran
memahami konsep masa mengikut kemajuan sesuatu tamadun dengan memahami
konversi masa iaitu melebelkan sesuatu peristiwa mengikut zaman seperti zaman
darurat, zaman meleset dan zaman penjajahan tanpa menyatakan tahunnya. Berdasarkan
pemahaman secara kronologi para pelajar dapat membuat perkaitan antara masa lalu
dengan masa kini.
ii. Meneroka bukti diterapkan dalam KPS adalah untuk mengenal pasti sumber pertama
dan sumber kedua dan membuat perbandingan antara kedua-dua sumber tersebut.
Perkara ini dapat merangsang pemikiran sejarah seseorang murid disamping memahami
masalah sejarah dan sifatnya yang interperatif.
iii. Membuat interpretasi bermaksud membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa sejarah
dengan memberi ulasan dan kupasan. Murid-murid disedarkan tentang perbezaan
tafsiran dan perspektif yang wujud dikalangan sejahrawan. Mereka dapat membezakan
antara fakta sejarah dengan taksiran sejarah dengan menyedari bahawa kedua-dua ini
adalah berkaitan antara satu sama lain. Kemahiran membuat interpretasi ini juga
bermakna masa lalu yang boleh difahami melalui pemerhatian dan interpretasi yang
sistematik dapat membantu kita hidup dengan lebih baik pada masa hadapan (Paul &
Elder, 2006).
iv. Membuat imaginasi Adalah sesuatu usaha melibatkan murid-murid sesuatu situasi
dalam peristiwa sejarah yang dikaji. Kemahiran imaginasi ini ialah imaginasi secara
visual dan empati.
v. Membuat Rasionalisasi adalah kemahiran menggunakan akal fikiran dan membuat
pertimbangan yang wajar dalam menyelesaikan sesuatu persoalan yang timbul daripada
peristiwa sejarah. Usaha ini memerlukan kemahiran murid mengumpul data, membuat
hipotesis, menentukan signifikan bukti dan membuat inferens daripada data yang
dikumpul. Kemahiran ini membolehkan kita memperoleh pengetahuan yang penting
hasil kajian masa lalu yang seterusnya membimbing ke arah membuat keputusan yang
lebih baik pada masa akan datang (Paul & Elder, 2006).
Secara literalnya kelima-lima kemahiran itu merupakan kemahiran yang melibatkan
proses sejarah atau kemahiran prosedural guru dan pelajar. Guru berperanan membimbing
pelajar membuat perkaitan antara masa lalu dan masa kini, menganalisis, menyelidik dan
memperoses bukti-bukti, membuat hipotesis, memahami dan memberi penerangan serta
membuat pertimbangan. Proses tersebut akan terlaksana apabila para guru melibatkan pelajar
secara aktif dalam proses PdP sejarah. Pendekatan demikian membolehkan kelima-lima
kemahiran yang dinyatakan itu diperoleh oleh pelajar (Zahara & Nik Azleena, 2007).
Menurut Peter Seixas (1996), terdapat enam elemen spesifik penting dalam disiplin
sejarah telah dikenal pasti bagi membentuk satu rangka konsep pemikiran sejarah yang perlu
diterapkan kepada pelajar iaitu;
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
308 | MEDC 2018
i. Kepentingan (Significance)
Mendasari unsur kepentingan sejarah, adalah perlu pelajar-pelajar menguasai kemahiran
membezakan antara peristiwa yang remeh dan penting. Kebergantungan pemilihan kepentingan
sejarah ditentukan oleh minat dan nilai yang terdapat dalam masyarakat tersebut. Pelajar-pelajar
perlu mengkaji sejarah berkenaan dengan masyarakat, kehidupan dan perkara- perkara yang
mempunyai kepentingan kepada mereka. Dalam hal ini Baron dan Levstik (2004) dan Yeager,
Foster dan Greer (2002) telah menjalankan kajian dan mendapati pelajar amat dipengaruhi oleh
identiti nasional mereka dalam membuat pemilihan tentang peristiwa yang penting. Lantaran
itu, guru perlu menguasai KPS secara praktis atau doing history bagi memantapkan proses
penerapan KPS dalam PdP (Zahara Aziz & Nik Azleena Nik Ismail, 2007).
ii. Epstimologi dan bukti (Epistemology and evidence)
Elemen ini melibatkan penguasaan pemahaman bagi mengetahui masa lampau. Skop persoalan
mengenai apakah bukti yang kita ada? Sejauh mana bukti tersebut boleh dipercayai? Bagaimana
boleh dijelaskan kewujudan tafsiran sejarah yang berbeza atau bertentangan? Ketiga-tiga
persoalan tersebut adalah rangkuman yang terdapat dalam epstimologi dan bukti dalam disiplin
sejarah.
iii. Kesinambungan dan Perubahan (Continuity and Change)
Elemen ini pula menekankan kepada pemahaman mengenai perubahan masa lalu yang dikenal
pasti sebagai pusat pemikiran sejarah. Umur adalah faktor bagi memahami situasi tersebut.
Seseorang yang berumur dikatakan lebih memahami perubahan yang berlaku pada masa lalu
misalnya perubahan dari segi teknologi dan nilai berbanding dengan mereka yang lebih muda.
Sungguhpun demikian ada pengkaji yang menyangkal pendapat ini dan menyatakan umur
bukan menjadi faktor utama untuk memahami perubahan masa lalu.
iv. Perkembangan dan kemorosotan (Progress and decline)
Merujuk kepada elemen ini pelajar harus memahami bahawa dalam kehidupan akan mengalami
peringkat perkembangan dan kemerosotan. Melalui peringkat perkembangan hidup sesorang
yang mengalami kejayaan dan kemerosotan. Mendasari konsep pemikiran sejarah mereka
sewajarnya dapat mengenal pasti atau membezakan kewujudan dua keadaan ini bagi memahami
proses yang berlaku dalam peristiwa sejarah.
v. Empati dan penilaian moral (Empathy and judgement)
Pemikiran sejarah memerlukan seseorang memiliki daya imaginasi dan empati bagi menjadikan
pelajar tidak merasa asing dan pelik mengenai peristiwa masa lalu. Menurut Christopher Portal
(1987) empati adalah satu cara pemikiran imaginatif yang memerlukan kemahiran kognitif bagi
melihat nilai-nilai kemanusiaan dalam peristiwa sejarah. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran
KBSM Sejarah (2002), unsur empati adalah struktur disiplin yang berada diakhir. Empati
menunjukkan suatu pencapaian pemikiran yang memahami sesuatu peristiwa masa lalu daripada
pelbagai perspektif. Murid yang dapat melihat sejarah secara empati berjaya membina corak
pemikiran yang terbuka, tolenrasi dan matang.
vi. Historical Agency
Bahagian ini adalah elemen terakhir pemikiran sejarah yang merujuk kepada bagaimana dan
mengapa sesuatu peristiwa berlaku. Dalam konteks ini pelajar ditekankan agar menghargai
sejarah dan memahami bahawa tindakan rakyat pada masa lampau memberi kesan kepada
rakyat pada masa kini seterusnya tindakan-tindakan yang dilakukan oleh mereka pula memberi
kesan kepada generasi pada masa akan datang.
Amalan Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah
Menerusi kajian ini, amalan guru melaksana penerapan KPS dalam PdP Sejarah dilihat melalui
lima konstruk bagi menilai dan mengenal pasti persediaan prosedural guru, pengetahuan
pedagogi guru, penggunaan alat bantu mengajar, sikap guru dan pengurusan aktiviti
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
309 | MEDC 2018
pembelajaran. Lima konstruk tersebut akan dihubungkan dengan kajian-kajian lalu bagi menilai
dan mengenal pasti sejauh mana ianya diberi perhatian dan tindakan oleh guru- guru sejarah.
Bagi menzahirkan objektif tersebut kemampuan seseorang guru dalam menyampaikan
pengajaran sangat bergantung kepada kreativiti yang dimilikinya. Melalui kreativiti guru
mempelbagaikan teknik pengajaran akan berupaya menarik minat murid untuk belajar
(Eriegusrini & Mohamad Johdi, 2009). Menurut Ahsaari (1999), sebagai peringkat pertama
sebelum pengajaran, guru perlu mempunyai kebolehan untuk mentafsir sukatan bagi mata
pelajaran yang hendak diajar. Keupayaan guru membuat tafsiran sukatan pelajaran akan
memudahkan mereka menentukan strategi, kaedah, teknik dan cara pendekatan yang terbaik.
Kebolehan guru membuat tafsiran terhadap sukatan pelajaran merupakan amalan terbaik ke arah
melengkapkan persediaan sebelum ke medan pengajaran. Menurut Mak Soon Seng (1993),
objektif pengajaran dan pembelajaran boleh dianggap sebagai hasil perlakuan pelajar setelah
mereka melalui proses PdP. Justeru, untuk menjadi seorang guru yang kreatif maka perlulah
membuat persediaan yang rapi bagi memastikan matlamat yang dirancang dapat dilaksanakan
dengan berkesan agar membuahkan hasil.
Menerusi kajian yang dijalankan oleh Wineburg & Wilson (1992), mendapati cara
untuk menerap KPS dalam kalangan pelajar ialah dengan guru melibatkan pelajar dalam
pengajaran serta menggunakan pelbagai teknik dan kaedah seperti debat, main peranan,
demontrasi dan lain-lain. Kaedah pengajaran aktif adalah berkesan kerana membolehkan murid
‘berkomunikasi’ dengan mata pelajaran sejarah dan secara tidak langsung menanam minat ingin
tahu pelajar. Bagi membolehkan aktiviti demikian berlaku, maka guru sejarah perlu membuat
refleksi diri sebelum, semasa dan selepas setiap sesi pengajaran. Sebelum sesi pengajaran guru
hendaklah membuat refleksi untuk merancang dan bersedia memulakan pengajaran. Semasa
proses pengajaran, guru harus bertindak untuk memaksimakan segala ilmu dan kaedah
penyampaian berkesan iaitu menguasaai emosi, suasana dan intraktif dua hala bersama murid.
Selepas pengajaran, guru perlu membuat refleksi apa yang telah dilakukannya, dituturkan dan
direncana di dalam bilik darjah (Kamarol Baharen & Johan@Eddy Luaran, 2011). Amalan
tersebut penting kerana sejarah adalah mata pelajaran yang mempunyai idea dan konsep yang
khusus. Keperluan terhadap pemahaman yang holistik penting untuk menjadikan pengetahuan
sejarah relevan dan bermanfaat dalam kehidupan seharian.
Menurut Slavin (1994) terdapat empat faktor yang mempengaruhi pengajaran berkesan
iaitu kualiti pengajaran (quality of instruction), kesesuian aras pengajaran (appropriate level of
instruction) , insentif (incentive) dan masa (time). Kualiti pengajaran bermaksud keupayaan
guru menyampaikan pengajaran atau konsep atau kemahiran yang mudah difahami oleh pelajar,
mudah diingat dan menyeronokkan pelajar. Oleh itu guru harus menyampaikan isi pelajaran
secara tersusun dan sistematik (Kallison, 1986). Guru perlu lebih proaktif dengan menjadikan
lebih kreatif dan inovatif untuk meneroka teknologi baharu (Renuka Ramakrisnan et.al., 2013).
Pendekatan gaya konvensional seperti “chalk and talk”, komunikasi satu hala dan sebagainya
dilihat kurang sesuai dengan keperluan pelajar abad ke-21 ini.
Menurut Anuar et.al, (2009), keberkesanan mata pelajaran sejarah bergantung kepada
perancangan dan kualiti guru sejarah. Guru sejarah yang baik akan menunjukkan kebolehan dan
keupayaan dari segi kualiti diri, sosial dan profesional. Murid akan mengagumi jika guru sejarah
memiliki pengetahuan yang mendalam terhadap kebenaran sesuatu fakta, maklumat dan
peristiwa sejarah yang hendak disampaikan kepada pelajar. Oleh itu, bagi mencapai tahap
demikian guru sejarah perlu sentiasa menambah dan meningkatkan pengetahuan isi kandungan
pelajaran (Aini Hassan & Siti Hawa Abdullah, 2008). Pushpalatha Sivamugan (2006),
menjelaskan bahawa pengajaran guru sejarah yang menekankan unsur Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi dapat membantu murid meningkatkan KPS. Selain itu, penekanan kepada proses PdP
berbentuk hand on seperti kerja projek dan lawatan ke muzium akan memberi impak yang besar
kepada pembelajaran murid (Mohamed Johdi Salleh & Ariegusrini Agus, 2009). Penyampaian
isi pelajaran secara kreatif, aktif dan komunikasi akan memberi makna dan membantu
meningkatkan prestasi pelajar (Munirah Husna et.al., 2015).
Mengikut Sanwar (2005), penggunaan peta konsep dalam pengajaran guru dapat
meningkatkan pemahaman pelajar. Alasan yang dikemukakan kerana peta konsep menggunakan
simbol visual akan cepat dan mudah dikenali dan penggunaan teks adalah minimun. Keadaan
ini menyebabkan idea mudah disampaikan dan persembahan dalam bentuk visual membantu
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
310 | MEDC 2018
berlakunya pemahaman secara holistik kerana penggunaan perkataan sahaja tidak mampu
menyampaikan sesuatu maksud dengan jelas. Oleh itu, keupayaan guru dalam mempraktik
kaedah dan teknik pengajaran yang baik boleh menyumbang kepada kualiti pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan (Allen, 1992). Malahan jika pengajaran guru mementingkan
penggunaan ICT untuk meneroka bukti dan mencari maklumat terutama dari sumber internet
yang begitu dekat dengan masyarakat abad ke-21 akan menjadikan pembelajaran murid lebih
bermakna (Lee Bih Ni, 2013).
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dijalankan di sekolah menengah negeri Kelantan. Kajian ini bagi mengkaji hubungan
KPS dengan amalan guru Sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah.
Responden kajian terdiri daripada guru Sejarah yang mengajar mata pelajaran Sejarah dengan
melibatkan 283 guru Sejarah. Kaedah tinjauan secara penyelidikan deskriptif dilakukan dalam
kajian ini.
Instrumen Kajian
Satu set instrumen kajian yang diubah suai daripada pengkaji terdahulu diguna pakai dalam
kajian ini. Instrumen kajian mengandungi enam bahagian dengan melibatkan sebanyak 73 item
yang dibahagikan kepada skala lima mata daripada “ sangat tidak setuju” kepada “sangat
setuju”. Bahagian A instrumen mengandungi 12 item, bahagian B-15 item, bahagian C-12 item,
bahagian D-12 item, bahagian E-10 item dan bahagian F-12 item. Kebolehpercayaan setiap
aspek item-item adalah mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi iaitu antara
Cronbach alpha .902 hingga .941dengan indek keboelhpercayaan keseluruhan adalah .960. Hal
ini adalah petunjuk yang baik tentang kebolehpercayaan instrumen tersebut dalam mengukur
item-item yang digunakan dalam kajian ini.
DAPATAN KAJIAN
Analisis Regresi Linier Berganda
Analisis regresi linier berganda bagi kajian ini melibatkan lima faktor yang mempengaruhi
penerapan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) dalam meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran sejarah di bilik darjah. Persamaan bagi
analisis regresi linear berganda dapat diungkapkan seperti berikut:
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
311 | MEDC 2018
Dengan menggunakan aturcara SPSS 22, output yang telah dijanakan adalah seperti dalam
lampiran dan menunjukkan bahawa vektor y dan matriks X boleh dirumuskan sebagai
Jadi, persamaan kaedah regresi linier berganda yang sesuai untuk penerapan kemahiran
pemikiran sejarah (KPS) dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) mata pelajaran sejarah di bilik darjah ialah:
Ujian-F (ANOVA) Untuk Analisis Regresi Linier Berganda
Ujian – F yang dilakukan tehadap penerapan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) dalam
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran sejarah
di bilik darjah oleh aturcara SPSS 22 yang ditunjukkan dapat dirumuskan seperti dalam Jadual 1
berikut :
Jadual 1: Jadual Analisis Varians bagi Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa model regresi yang dipadankan boleh diterima kerana
terdapat sekurang-kurangnya satu pembolehubah tak bersandar iaitu tahap pengetahuan
prosedural guru sejarah, tahap pengetahuan pedagogi guru sejarah, tahap kemahiran guru
sejarah menggunakan alat bantu mengajar (BBM), sikap guru sejarah dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dan tahap pengurusan aktiviti pembelajaran guru sejarah yang akan
mempengaruhi penerapan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) dalam membantu meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran sejarah di bilik darjah.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
312 | MEDC 2018
L
Jadual 2, menunjukkan bahawa nilai Pekali Penentu, R2= 0.636 dan nilai Pekali Terlaras, R2=
0.629. ini menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 63.6% penerapan kemahiran pemikiran
sejarah (KPS) dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
mata pelajaran sejarah di bilik darjah. Oleh sebab itu, Pekali Penentuan Terlaras ini mempunyai
nilai yang tinggi, maka hubungan di antara pembolehubah bersandar dengan pembolehubah tak
bersandar adalah kuat.
Statistik Ujian-t
Untuk mengetahui pembolehubah tak bersandar manakah yang akan mempengaruhi
pembolehubah bersandar, ujian-t telah dilakukan oleh aturcara SPSS 22. Dalam ujian ini,
pembolahubah bersandar adalah proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran
sejarah di bilik darjah dan pembolehubah tak bersandar adalah tahap pengetahuan prosedural
guru sejarah, tahap pengetahuan pedagogi guru sejarah, tahap kemahiran guru sejarah
menggunakan alat bantu mengajar (BBM), sikap guru sejarah dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dan tahap pengurusan aktiviti pembelajaran guru sejarah. Keputusan ujian -t
akan ditunjukkan seperti dalam Jadual 3 berikut :
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
313 | MEDC 2018
Peramalan
Dengan menggunakan persamaan regresi linier berganda yang diperolehi daripada hasil SPSS
22, tahap kesediaan guru-guru sejarah menerapkan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) dalam
membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran sejarah di
bilik darjah adalah:
Daripada pengiraan di atas, didapati bahawa nilai ramalan bagi kelima lima faktor yang
mempengaruhi penerapan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) dalam membantu meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran sejarah di bilik darjah adalah 3.74%.
Hal ini menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru-guru sejarah menerapkan kemahiran
pemikiran sejarah (KPS) akan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) mata pelajaran sejarah di bilik darjah iaitu sebanyak 3.74%.
Analisis Kolerasi Pearson
Korelasi Pearson digunakan melihat hubungan antara dua pembolehubah berbentuk selang atau
nisbah. Pekali korelasi perlu terkandung dalam julat antara -1 dan 1 iaitu (-1 ≤ r ≤ +1). Pekali
korelasi, r sama ada (+1) atau (-1) menunjukkan perhubungan linear yang sempurna dengan
arah yang bertentangan. Manakala r = 0 menunjukkan tiada perhubungan antara pembolehubah
yang linear (Harris, 1995).
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
314 | MEDC 2018
Rumus pekali korelasi adalah seperti di bawah (Koutsoyiannis, 1977):
Model Regresi Linier Berganda
Analisis regresi merupakan teknik statistik yang berguna untuk memeriksa dan memodelkan
hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah. Pembolehubah dibahagikan kepada dua iaitu
pembolehubah bersandar dan pembolehubah tak bersandar. Pembolehubah tak bersandar
dianggap sebagai parameter yang ditetapkan dan pembolehubah bersandar dianggap rawak dan
bersandar kepada parameter. Analisis regresi diterapkan dan dikaji secara meluas dalam bidang
ekonomi, ilmu-ilmu biologi, teknikal, ilmu-ilmu sosial dan ilmu-ilmu pertanian. Analisis regresi
juga boleh digunakan untuk ramalan, pengujian hipotesis dan membuat kesimpulan. Kini,
analisis regresi berguna dalam menentukan hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah
dalam pola dan model sesuatu kajian.
Analisis regresi digunakan untuk mendapatkan bentuk hubungan dua pembolehubah
atau lebih pembolehubah. Manakala, analisis korelasi digunakan untuk melihat keeratan
hubunagan di antara pembolehubah-pembolehubah. Model regresi menspesifikasi hubungan
antara pembolehubah bersandar dengan pembolehubah tak bersandar. Apabila model itu
mempunyai satu pembolehubah bersandar dan satu pembolehubah tidak bersandar, maka model
itu disebut univariate regression. Sedangkan apabila model itu mempunyai satu pembolehubah
bersandar dan lebih daripada satu pembolehubah tak bersandar, maka model itu disebut analisi
regersi berganda.
Persamaan model regresi linear berganda secara umumnya adalah seperti berikut:
Secara terperinci, terdapat lima faktor yang mempengaruhi penerapan kemahiran pemikiran
sejarah (KPS) dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada para pelajar.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
315 | MEDC 2018
Seterusnya, model regresi linear berganda yang boleh dibina bagi faktor yang mempengaruhi
penerapan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) adalah seperti berikut:
Pengujian Hipotesis
Salah satu matlamat dalam analisis regresi berganda adalah untuk menguji hipotesis tentang
nilai parameter model. Bagi menguji sama ada model regresi berganda yang digunakan akan
menghasilkan hubungan antara pembolehubah bersandar dengan pembolehubah- pembolehubah
tak bersandar diterima atau tidak, ujian-F (ANOVA) dan ujian-t dijalankan.
Anggapan dibuat bahawa:
Ujian-F (ANOVA)
Pecahan jumlah, Syy kepada reja, Smin dan regresi Sreg memberikan andaian kenormalan ralat
rawak, , dengan i = 1,2,...,n. Memberikan :
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
316 | MEDC 2018
Untuk melihat kekuatan hubungan pengaruh parameter-parameter yang tidak bersandar
ke atas penerapan KPS, nilai kolerasi penentuan (R2) dirujuk. Nilai R2 menerangkan peratusan
hubungan parameter-parameter yang tidak bersandar ke atas penerapan KPS. Nilai R2 yang
tidak mencapai 100% menunjukkan adanya parameter lain yang tidak dianalisis yang
mempengaruhi penerapan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) dalam membantu proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada para pelajar. Nilai R2 yang dapat diterima untuk
mewakili model yang diuji adalah paras 50% (0.5). Jika nilai R2 di bawah 50% mewakili
hubungan yang lemah.
Statistik Ujian-t
Seterusnya untuk membuktikan wujudnya hubungan antara parameter bersandaran dengan
parameter tidak bersandaran, ujian-t dibuat untuk menentukan keertiannya. Ujian-t dibuat bagi
memastikan hubungan yang didapati mewakili populasi dan membuktikan hipotesis. Hanya
nilai kerertian di bawah 0.05 (paras keyakinan 95%) dapat diterima sebagai bererti dan
menunjukkan terdapat pengaruh bagi setiap parameter yang tidak bersandaran. Diberi,
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
317 | MEDC 2018
KESIMPULAN
Secara umumnya, pemikiran sejarah boleh difahami sebagai satu proses berfikir secara analitis,
kritis dan kreatif yang bermatlamat agar pelajar memahami peritiwa masa lalu untuk
dihubungkaitkan dengan masa kini bagi persediaan untuk masa akan datang. Peranan guru
mencetuskan minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar dapat mendorong pelajar-
pelajar bergiat aktif dalam pembelajaran adalah kejayaan kepada tugas mengajar bagi seorang
guru. Apatah lagi dalam pengajaran pendidikan sejarah jika dikaitkan dengan kenyataan Carr
dalam (Evan,1997) yang mana beliau merumuskan sejarah sebagai “ an unending dialogue
between the present and the past” (1997:225) dan ini menunjukkan bahawa pentingnya
perkaitan antara masa lalu dan masa kini bagi membentuk pemikiran sejarah dalam kalangan
murid. Menurut (Zahara & Nurliah, 2009), sekiranya guru mementingkan pengajaran yang
memberi latihan kepada pelajar untuk berfikir maka mereka akan merasa lebih yakin dan
berinisiatif dalam menyelesaikan masalah dan berfikiran kritis dan kreatif. Justeru pemahaman
dan pengaplikasian KPS dalam kehidupan pelajar akan dapat melahirkan semangat setia negara
dan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Bagi merealisasikan hasrat tersebut guru seharusnya
mempersiapkan diri dengan memiliki pengetahuan yang tinggi dan mendalam terhadap isi
kandungan sejarah atau KPS bagi mengupaya mereka menerapkan KPS dalam kalangan pelajar.
Akhirnya apa yang disebut oleh John Dewey (1966), menyatakan pembelajaran adalah proses
bermakna (meaningful learning) yang bermaksud pembelajaran bermakna ialah learning by
doing yang berupaya membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman tentang sesuatu
permasalahan. Kenyataan ini amat tepat dengan konsep pemikiran sejarah yang menjurus
kepada elemen seperti meneroka bukti, membuat inferens, membuat imaginasi dan sebagainya.
Daripada pengiraan di atas, didapati bahawa nilai ramalan hubungan bagi tahap amalan guru-
guru sejarah menerapkan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) dalam membantu meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada para pelajar adalah 3.74%.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
318 | MEDC 2018
RUJUKAN
Abd.Rahim Abd.Rashid. 2000. Model dan pendekatan pengajaran Sejarah KBSM. Dewan
Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Aini Hassan & Siti Hawa Abdullah. 2008, Sejarah Perkembangan Kurikulum Sejarah di
Malaysia dalam Perjuangan Memperkasakan Pendidikan Malaysia: Pengalaman 50
Tahun Merdeka oleh Nik Azis Nik Pa dan Noraini Idris . Utusan Publication and
Distributors Sdn. Bhd.
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-peraturan Terpilih. 2003. Undang-undang
Malaysia: International Law Book Services, Kuala Lumpur.
Collingwood. R.G. 1965. The Idea of History. London: Oxford Paperback. Furet, F.. 1983,
Beyond the Annates. Journal of Modern History. Vol. 55.
Furet, F.. 1983, Beyond the Annates. Journal of Modern History. Vol. 55.
Jenkins, J.1991. Issues in the teaching history-towards a skill concept-led approach . Journal of
History Teaching . The Historical Association : Julai : 17-21.
Kallison, (1986). Effect of lesson organization achievement. Emerican Educational Research
Journal, 23, 337-347.
Kamarudin Haji Husin. 1994. KBSM strategi pengajaran Bahasa.Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM Tingkatan
3. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2000. Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM. Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025.
Khoo Kay Kim. (2000). Falsafah Sejarah: Ke arah mengembangkan unsur patriotisme dan
Kenegaraan. Seminar Kebangsaan Falsafah Pendidikan Ke Arah Pemantapan Gagasan
dan Wawasan Kenegaraan, 6-7 Julai. Universiti Malaya.
Kamarol Baharen Mohd Rom & Johan@Eddy Luaran. 2011. Peranan Kepimpinan Guru
Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah dalam Iklim Bilik
Darjah. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013. Universiti Malaysia Sabah,
Sabah.
Lee Bih Ni. 2013. ICT dan Pengajaran-Pembelajaran Sejarah di Sekolah. Seminar Pendidikan
Sejarah dan Geografi 2013, Universiti Malaysia Sabah, Sabah.
Mohamad Johdi bin Salleh & Ariegusrini bte Agus. 2009. Transformasi Pengajaran Sejarah
Berasaskan Multimedia. Dlm. Abdul Razaq & Isjoni. Transformasi Pengajaran dan
Pembelajaran Sejarah. Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi dan FKIP, Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. hlm.113-126.
Morzano, RJ.Brandt, et.al. 1998. Dimension of thinking: A framework for curriculum and
instruction. Virginia: Association for Supervision and curriculum development.
Munirah Husna Baharuddin, Abdul Razaq Ahmad & Noria Munirah Yakub. 2015. Pengajaran
dan Pembelajaran Sejarah Abad ke-21: isu dan Cabaran. Proceeding:7th International
Seminar on Regional Education, Volume 1.
Paul, R & Elder, L.2006. AnalyticThinking: The Thinker’s guide. The Foundation for Critical
Thinking.
Pushpalatha A/P Sivamugam. 2006. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Sukatan Pelajaran
Sejarah Tingkatan Empat. Tesis Sarjana, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Renuka Ramakrishnan, Norizan Esa & Siti Hawa Abdullah. 2013. Kesan Penggunaan Sumber
Digital Terhadap Amalan Pemikiran Sejarah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Sanwar. 2015, Effective Teaching Pedagogies for Undergraduates Computer Science.
Mathematics and Computer Education, 39 (3): 243-258.
Slavin, R. (1994). A theory of elementary school effect. Dalam R. Reynolds. (Ed.), School and
Classroom Organization. Hillsdale, NJ.Erlbaun.
Seixas, Peter. Conceptualizing the growth of historical understanding. The Handbook of
Education and Human Development. Olson ,D.R and Torrance, N.(eds.). Cambridge,
MA: Blackwell Publishers Ltd., 765-783.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
319 | MEDC 2018
Sidek Baba. 2015. Al-Quran dan tradisi pemikiran. Sinar Harian: Edisi Kelantan.
Wineburg, Sam. 2001. Historical Thinking and on the Unnatural Acts. Charting the future of
teaching the past. Philadepia: Temple University Press.
Zahara Aziz & Nik Azleena. 2007. Kajian tinjauan kesediaan guru-guru sejarah menerap
kemahiran pemikiran sejarah kepada pelajar. Jurnal Pendidikan. 32(2007), 199-137.
Zahara Aziz & Nurliah Jair. (2009). Penggunaan Peta Konsep untuk meningkatkan pencapaian
mata pelajaran Sejarah bagi tingkatan dua. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34 (1): 3-5.