35
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN LANDSKAP DAN NURSERI TINGKATAN EMPAT DAN LIMA PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 2002

Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hsp

Citation preview

Page 1: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

LANDSKAP DAN NURSERI

TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR2002

Page 2: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

i

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:-

KEPERCAYAAN KEPA DA TUHAN

KESETIAAN KEPA DA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDA NG-UNDANG

KESOPANAN DA N KESUSILAAN

Page 3: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

ii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjaw ab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Page 4: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

1

Page 5: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

1

Landskap dan Nurseri adalah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah akademik. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah.

Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktivit i negara dengan membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang landskap dan nurseri.

Penaw aran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan untuk memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah akademik. Persediaan aw al ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga pekerja mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang industri yang semakin meningkat seperti pembinaan bangunan, automotif, elektrik elektronik, perabot, komputer dan multimedia, penghasilan makanan, perkhidmatan hospitalit i, perikanan dan haiw an, pelandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman, dan perkhidmatan penjagaan.

Dalam kurikulum Landskap dan Nurseri tumpuan diberi kepada kemahiran asas dan kreativiti dalam merancang, menghasil, membina dan menyenggara projek landskap dan nurseri. Kemahiran ini membolehkan murid meneruskan kehidupan sebagai pengusaha industri landskap secara produktif, yakin diri serta berdikari.

Murid digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inovatif. Penerapan nilai murni, sikap posit if dan budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini.

Matlamat mata pelajaran Landskap dan Nurseri adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran dan kreatif dalam merancang, menghasilkan, membina dan menyelenggara projek landskap dan nurseri dengan mengamalkan budaya ker ja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja dalam industri landskap.

Apakah Mata

Pelajaran Landskap

danNurseri

Matlamat Mata

Pelajaran Landskap

danNurseri

PENDAHULUAN

MATLAMAT

Page 6: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

2

Kurikulum Landskap dan Nurseri adalah untuk membolehkan mur id :

1. Mengenal pasti jenis nurseri dan struktur dalam nurseri serta menubuhkan nurseri

2. Mengenal pasti dan memilih tumbuhan hiasan yang digunakan dalam industri landskap

3. Menghasilkan bahan tanaman tumbuhan hiasan 4. Memilih dan menyediakan bekas dan medium

tanaman 5. Mengurus dan menyenggara nurseri dan kaw asan

landskap 6. Mereka bentuk dan menghasilkan pelan landskap 7. Membina landskap lembut dan kejur 8. Menguruskan kerja dengan baik dan

berkomunikasi dengan berkesan 9. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah.

Mata pelajaran ini terbahagi kepada t iga bidang pembelajaran yang diolah mengikut rangka konsep seperti berikut:

Rangka Konsep

OBJEKTIF

ORGANISASI KANDUNGAN

Objektif Mata

Pelajaran Landskap

dan

NURSERI

LANDSKAPLANDSKAP

KEUSAHAW ANANdalam Landskap dan Nurseri

PENGENALANTUMBUHAN LANDSKAP

PEMBIAKAN TANAMAN

PENANAMAN danPENYENGGARAANTANAMAN

BEKAS DAN MEDIUMTANAMAN

PENUBUHAN NURSERI

JENIS

MEREKA BENTUKLANDSKAP

PENYENGGARAANLANDSKAP

PEMILIHAN TUMBUHAN

PELAKSANAANLANDSKAP

KOMUNIKASI

KEUSAHAW ANAN

PENGURUSANDI TEMPAT KERJA

RANGKA KONSEP

NURSERI

Page 7: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

3

Deskripsi t iga bidang pembelajaran bagi Landskap dan Nurseri adalah berikut:

1. Nurseri

Perusahaan nurseri atau semaian tumbuhan hortikultur hiasan member i tumpuan kepada pengeluaran bahan tanaman untuk melaksanakan projek landskap.

Dalam bidang ini murid mengenal pasti jenis nurseri, struktur dalam nurseri, pengelasan tumbuh-tumbuhan hortikultur hiasan dan landskap, pembiakan tanaman, bekas dan medium tanaman. Murid melakukan penanaman dan penyenggaraan tanaman serta mempelajari perkara yang perlu dalam penubuhan sesebuah nurseri.

2. Landskap

Dalam bidang ini tumpuan diberi terhadap pelandskapan sesuatu kaw asan. Usaha ini melibatkan pemilihan elemen landskap seperti tumbuhan, air dan struktur. Elemen ini disususn atur dalam satu reka bentuk yang sesuai dan menarik.

Murid mengenal pasti jenis landskap dan membuat pemilihan tumbuhan. Murid juga mereka bentuk, membina dan membuat kerja penyenggaraan landskap.

3. Pengurusan dan Keusahaw anan

Murid mengurus kerja dengan sempurna, mengamalkan etika dan budaya kerja yang baik, berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan. Murid merancang perniagaan yang mudah dan mengenal pasti peluang kerjaya dalam industri landskap.

Landskap dan Nurseri adalah mata pelajaran yang memberi tumpuan terhadap menguasai kemahiran melalui pembelajaran yang dikendalikan secara amali. Bahagian teorinya digabung jalinkan semasa kerja amali yang kebanyakannya dilakukan di tapak nurseri dan kaw asan pelandskapan. Pengetahuan dan kemahiran dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti perbincangan, sumbangsaran, tunjuk cara dan simulasi. Pembelajaran bidang pengurusan dan keusahaw anan perlu digabungjalinkan untuk membolehkan murid berdikari dan berkeyakinan menceburi industri landskap atau menjalankan perniagaan sendir i.

Kemahiran melalui Latihan

Amali

PENDEKATAN DAN PENEKANAN

Page 8: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

4

Kemahiran yang diperolehi oleh murid perlulah seiring dengan apa yang dikehendaki di dalam industri pelandskapan dan relevan dengan bidang pekerjaan yang sebenar. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila murid dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan bidang ker jaya masa depan.

Nilai murni dan sikap posit if serta budaya kerja yang baik harus merentasi aktiviti yang dikendalikan. Tumpuan diberi ke arah murid yang berusaha mencapai kecemerlangan, bersungguh menghasilkan produk yang berkualiti dan ingin memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik. Keutamaan juga diberi mengenai kebijaksanaan menggunakan sumber dalam pengendalian dan urusan kerja serta pemeliharaan alam sekitar. Murid harus berfikiran terbuka, menepati masa semasa menyiapkan kerja, berkeyakinan dalam membuat keputusan, bekerjasama, bertanggungjaw ab dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan persekitaran. Guru harus memastikan murid dapat menunjukkan dan mengamalkan nilai tersebut semasa menjalankan kerja amali.

Daya kreativiti murid per lu digalakkan dalam kerja mereka bentuk landskap. Unsur penting kajian masa depan juga boleh diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk merangsang daya intelek murid dalam menghasilkan produk yang boleh memberi

sumbangan ke arah hala tuju bidang pelandskapan. Sebagai contoh, dalam proses mereka bentuk projek landskap, murid mengkaji jenis produk pelandskapan yang popular, mencari alternatif , membuat pilihan dan akhirnya menghasilkan produk yang bersaingan. Di samping itu murid boleh menjangka dan meramalkan kesan atau impak produk barunya dalam bidang landskap dan nurseri.

Selain daripada membuat rujukan buku dan majalah profesional, murid digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mendapat maklumat terkini mengenai industri landskap dan nurseri. Rujukan seperti ini boleh membantu murid menjana idea baru. Kemahiran ICT murid juga diperkembangkan seperti melayari internet dan berkomunikasi secara elektronik.

Peraturan dan langkah keselamatan hendaklah sentiasa dipatuhi dan diamalkan sama ada di kaw asan nurseri atau tapak landskap. Sebarang penggunaan jentera, mesin dan bahan kimia beracun perlu diselia oleh guru untuk mengelakkan kemalangan. Organisasi tempat kerja dan pengurusan kerja yang mudah boleh dilakukan oleh murid secara bergilir bagi menambahkan pengalaman, semangat bekerjasama dan bertanggungjaw ab serta mempertingkatkan lagi tahap disiplin murid.

Nilai Murni

Keselamatan dan

Pengendalian Bengkel

Teknologi Maklumat

danKomunikasi

Kemahiran yang

Relevan

Kreativiti dan Kaedah

Kajian Masa Depan

Page 9: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

5

Guru perlu membuat tunjuk cara pada bahagian yang sesuai sebelum murid menjalankan kerja amali.

Modul Pembelajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 disediakan untuk membantu murid menguasai tahap kemahiran dalam setiap unit pembelajaran. Pendekatan dalam modul ini lebih kepada kemahiran praktis di samping maklumat rujukan sebagai pengetahuan teori. Setiap modul mengandungi panduan ker ja, maklumat rujukan dan penilaian.

Susunan kandungan dalam sukatan pelajaran Landskap dan Nurseri untuk tingkatan 4 dan t ingkatan 5 adalah seperti dalam Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran. Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan rancangan pengajaran.

Masa pengajaran Landskap dan Nurseri mata pelajaran ialah dua belas w aktu seminggu yang mana setiap w aktu ialah empat puluh minit.

Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran Landskap dan Nurseri

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu)

1. Nurseri (35 ) 1.1 Pengenalan 2

a. Jenis nurseri b. Struktur dalam nurseri

c. Faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan

1.2 Tumbuhan l andskap 2

a. Pokok naungan b. Pokok renek

c. Tanaman penutup bumi dan rumput turf

d. Pokok pal ma

e. Tanaman hiasan dalaman

f. Tanaman semusi m g. Orkid

h. Tumbuhan memanjat dan menjalar

i. Pokok kaktus dan tumbuhan lendair

j. Tumbuh-tumbuhan l ain

1.3 Pembiakan tumbuhan a. Pembiakan seks 3

b. Pembiakan aseks 8

1.4 Bekas tanaman dan medium penanaman

2

a. Bekas tanaman b. Medium

1.5 Penanaman dan penyenggaraan tanaman

8

a. Pr osedur menanam

b. Penyenggaraan tanaman 1.6 Penubuhan nurseri 10

Pemetaan Kandungan Tingkatan 4

danTingkatan 5

Tunjuk Cara

Modul Pembelajaran

Bilangan Waktu

Seminggu

PEMETAAN KANDUNGAN

Page 10: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

6

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu)

a. Pembinaan nurseri

b. Penyenggaraan nurseri

2. Landskap ( 33 ) 2.1 Jenis landskap 3

2.2 Pemilihan tumbuhan landskap 2 a. Faktor pemilihan tumbuhan

landskap b. Fungsi tumbuhan dalam

landskap 2.3 Proses mereka bentuk landskap a. Inventori tapak 1

b. Analisis tapak 2

c. Pel an reka bentuk l andskap 8 2.4 Pelaksanaan l andskap

a. Pembinaan landskap lembut 6 b. Pembinaan landskap kejur 6

2.5 Penyenggaraan kawasan landskap a. Penyenggaraan kawasan

landskap lembut 3

b. Penyenggaraan kawasan landskap kejur

2

3. Pengurusan d an Keusahawanan ( 2 ) 3.1 Pengurusan di tempat kerja

a. Pengurusan yang bai k b. Etika dan budaya kerja

c. Per aturan dan undang-undang kerja

d. Pemelihar aan alam sekitar dalam industri landskap

3.2 Keusahawanan a. Kemahiran ber komunikasi

b. Kemahiran membuat keputusan

c. Rancangan perniagaan

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu)

d. Agensi yang membantu usahawan

e. Pemasar an f. Peluang kerjaya dal am bidang

landskap dan nurseri

JUMLAH ( 35 minggu ) ( 35 minggu )

Page 11: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

7

Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajur iaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran; Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran.

Dalam lajur pertama bidang pembelajaran, unit pembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan. Dalam lajur ini juga cadangan peruntukkan masa pembelajaran dinyatakan bagi membantu guru.

Dalam lajur dua iaitu Hasil Pembelajaran, keluasan dan kedalaman skop setiap unit pembelajaran dihuraikan dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur.

Lajur ketiga iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaran bertujuan membantu guru merancang dan membekalkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan bermakna kepada murid. Guru boleh mengubahsuai cadangan ini dan mereka bentuk aktiviti tambahan yang bersesuaian dengan kebolehan murid dan keadaan sekeliling mereka.

Huraian untuk t ingkatan empat dan tingkatan lima diperincikan seperti berikut:

FORMAT HURAIAN

Tiga lajur

Bidang, Unit dan Tajuk

Pembelajara

Hasil Pembelajara

Cadangan Aktiviti

Pembelajaran

Page 12: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

1

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

LANDSKAP DAN NURSERI

TINGKATAN EMPAT

Page 13: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

2

BIDANG PEMBELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1. Nurseri

1.1 Pengenalan ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu) a. Jenis nurseri

b. Struktur dalam nurseri

c. Faktor penting dalam pembinaan rumah

tumbuhan

Menyatakan jenis perusahaan nurseri

Menyenaraikan struktur dalam nurseri

Menyenaraikan faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan

Jenis perusahaan nurseri atau semaian ialah:

nurseri runcit nurseri borong nurseri landskap.

Struktur dalam nurseri ialah: rumah tumbuhan, pejabat tempat jualan, stor, potting shed, tempat pembiakan, tempat pengerasan.

Faktor penting dalam pembinaan nurseri ialah or ientasi, peratus dan bahan teduhan, bahan binaan, sistem penyiraman dan susunan tumbuhan-tumbuhan.

Page 14: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

3

BIDANG PEMBELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.2 Tumbuhan landskap ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu) a. Pokok naungan b. Pokok renek c. Tanaman penutup bumi dan

rumput turf d. Pokok palma e. Tanaman hiasan dalaman f. Tanaman semusim g. Orkid h. Tumbuhan memanjat dan

menjalar i. Pokok kaktus dan

tumbuhan lendair j. Tumbuh-tumbuhan lain

Menyatakan pengelasan tumbuhan hiasan dan landskap.

Menyenarai beberapa contoh tumbuhan landskap.

Menyatakan ciri beberapa kumpulan tumbuhan landskap

Menyatakan fungsi tumbuhan landskap

Pengelasan tumbuhan hiasan dan landskap mengikut kegunaan, bentuk dan ciri pertumbuhan.

Tumbuhan hiasan dikenalpasti dengan menggunakan Sistem Tatanama Binomial yang dinyatakan dalam dua nama iaitu nama genus dan nama spesies.

Di antara kriter ia pemilihan tumbuhan landskap ialah: - mudah ditanam dalam semua jenis

kaw asan - mudah dikenal pasti mengikut jenis - mudah dipangkas - banyak pilihan - sesuai ditanam di batas dan di dalam

bekas - mudah dijaga - mudah mendapat bekalan - mudah dibiakkan dengan banyak.

Membuat buku skrap mengenai tumbuh-tumbuhan Hiasan dan Landskap.

Law atan ke tapak nurseri yang berhampiran.

Page 15: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

4

BIDANG PEMBELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.3 Pembiakan tumbuhan

a. Pembiakan seks ( Cadangan peruntukan masa ialah 3 minggu)

i. Pengenalan

ii. Raw atan dan penyimpanan biji benih

iii. Menguji kebernasan biji benih

Menerangkan maksud pembiakan seks

Menyatakan kelebihan dan kekurangan pembiakan seks

Menyatakan faktor pemilihan biji benih

Mengenal pasti bahan kimia yang digunakan untuk raw atan dan penyimpanan biji benih

Menggunakan bahan kimia berkenaan untuk tujuan raw atan dan penyimpanan biji benih

Melakukan penyimpanan biji benih

Menyatakan teknik menguji kebernasan biji benih

Menguji peratus percambahan biji benih

Mempamerkan beberapa sampel benih tumbuhan hiasan dalam bekas yang berlabel.

Mempamerkan beberapa contoh bahan kimia untuk raw atan biji benih. Memberi penekanan terhadap ciri keselamatan semasa penggunaan kimia beracun dan tempat penyimpanan. Murid melakukan raw atan dan penyimpanan biji benih.

Tunjuk cara menguji kebernasan biji benih. Disyorkan menggunakan biji benih tanaman semusim. Tunjuk cara mengira peratus percambahan.

Page 16: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

5

BIDANG PEMBELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

iv. Menyemai dan mencambahkan biji benih

v. Pemindahan anak benih

Melakukan penyemaian dan pencambahan biji benih halus dan besar mengikut prosedur

Menyediakan media dan bekas semaian

Menyatakan tujuan pemindahan anak benih di lakukan

Melakukan pemindahan anak benih

Murid melakukan penyemaian dan mencambahkan biji benih halus secara individu. Murid melakukan penjagaan selepas penyemaian. Murid melakukan penyemaian dan mencambahkan biji benih besar.

Murid melakukan pemindahan anak benih dari bekas semaian ke bekas lain seperti beg politena / pasu secara individu.

b. Pembiakan aseks ( Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu)

Menerangkan maksud pembiakan aseks

Menyatakan kelebihan dan kekurangan pembiakan aseks

Menyenaraikan beberapa contoh tanaman yang sesuai dibiak secara pembiakan aseks

Melakukan beberapa kaedah pembiakan aseks

Law atan dan pemerhatian ke nurseri.

Murid membuat pembiakan: - keratan batang - secara keratan daun - tut - cantuman baji dan sandingan - cantuman mata tunas

- pembahagian organ.

Page 17: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

6

BIDANG PEMBELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.4 Bekas tanaman dan medium penanaman

( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu)

a. Bekas tanaman

b. Medium

Menyenaraikan faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih bekas tanaman

Memilih bekas tanaman mengikut kegunaan

Menyenaraikan beberapa jenis medium penanaman

Menyatakan fungsi setiap jenis medium

Menyediakan medium penanaman Membuat campuran medium

penanaman

Perkara penting yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan bekas tanaman ialah bekas:

mempunyai lubang tahan dan tidak mudah pecah ringan mudah dibersihkan kemas dan menarik mudah didapati harga berpatutan.

Mempamerkan beberapa jenis dan saiz bekas tanaman seperti pasu tanah liat, pasu plastik dan beg politena.

Fungsi medium penanaman bagi tumbuhan ialah : Memberi sokongan kepada akar pokok Membekalkan unsur nutrien Membekalkan air dan udara.

Campuran medium pemasuan yang digunakan ialah John Innes (JIP) seperti berikut :

7 bahagian isipadu tanah atas 3 bahagian isipadu bahan organik 2 bahagian isipadu pasir.

Bagi setiap 1 meter padu campuran tambahkan 4.2 kg baja Malameal atau Gromeal dan 2.7 kg batu kapur magnesium.

Page 18: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

7

BIDANG PEMBELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.5 Penanaman dan penyenggaraan tanaman ( Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu)

a. Prosedur menanam i. Menanam dalam beg politena ii. Menanam dalam pasu iii. Menanam dalam bekas lain

iv. Mengatur dan melabel

Melakukan penanaman dalam beg politena

Melakukan penanaman dalam pasu Melakukan penanaman dalam bekas-

bekas lain Melakukan pemindahan tanaman

daripada bekas kecil ke dalam bekas besar

Menyusun atur tanaman di nurseri Melabel tanaman

b. Penyenggaraan tanaman

i. Penyiraman Menyatakan cara penyiraman di nurseri

Memasang, menguji dan memastikan sistem pengairan di nurseri berfungsi

Beberapa teknik penyiraman di nurseri seperti cara manual, sistem renjisan air, melalui permukaan dan melalui kapilari.

Keperluan air untuk tumbuhan bergantung kepada suhu, kelembapan, cahaya, saiz dan spesies tumbuhan serta saiz bekas dan jenis medium.

Murid melakukan ker ja pengoperasian sistem pengairan di nurseri.

Page 19: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

8

BIDANG PEMBELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

ii. Pengaw alan cahaya Menyatakan bahan dan peralatan untuk mengaw al cahaya di nurseri

Mempamerkan bahan yang digunakan untuk membuat teduhan seperti pelbagai jenis Tildenet.Murid memasang bahan dan peralatan teduhan di nurseri.

iii. Merumput Menyatakan tujuan merumput di nurseri

Menyatakan teknik merumput

Tunjuk cara merumput di nurseri.

iv. Pembajaan Menyatakan baja yang digunakan untuk tanaman hiasan

Menyatakan teknik dan kadar pembajaan yang sesuai

Membaja mengikut keperluan tumbuhan

Jenis baja yang sesuai digunakan di nurseri :

baja sebatian seperti nitrophoskabaja larutan pelahan seperti osmocote dan apex

v. Pemangkasan Menyatakan tujuan pemangkasan tumbuhan dalam bekas

Mengenalpasti alatan dan teknik pemangkasan

Memangkas tumbuhan di nurseri

Tunjuk cara teknik pemangkasan pelbagai jenis tumbuhan di nurseri.

Page 20: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

9

BIDANG PEMBELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

vi. Pengaw alan perosak dan penyakit

Mengenal pasti tanda serangan perosak dan simptom penyakit tumbuhan

Mengaw al perosak dan penyakit di nurseri

Memeriksa tumbuhan di nurseri. Tunjuk cara membancuh racun dan membuat semburan. Mematuhi langkah keselamatan semasa menggunakan racun kimia.

vii. Pemasuan semula Mengenal pasti tumbuhan yang perlu dibuat pemasuan semula

Memasu semula tumbuhan mengikut prosedur

Tunjuk cara pemasuan semula di nurseri.

viii. Penyimpanan rekod nurseri Menyimpan rekod nurseri secara sistematik

Tunjuk cara menyimpan rekod nurseri.

1.6. Penubuhan nurseri ( Cadangan peruntukan masa ialah 10 minggu)

a. Pembinaan nurseri

i. Pemilihan tapak

Menyenaraikan faktor yang perlu dipertimbangkan semasa pemilihan tapak nurseri

Faktor penting dalam pemilihan tapak untuk nurseri ialah:

keadaan muka bumi sumber air lindungan daripada angin kencang jauh dari pencemaran kemudahan asas dan lokasi.

Page 21: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

10

BIDANG PEMBELAJARAN / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

ii. Susun atur struktur Menyatakan struktur asas yang perlu ada dalam sesebuah nurseri

Menyatakan ciri dan fungsi struktur asas

Struktur atau keperluan asas yang perlu ada di sesebuah nurseri :

a) Pejabat, setor dan tempat jualan b) Tempat penyediaan medium dan

pemasuan c) Rumah pembiakan dan rumah

tumbuhan.

b. Penyenggaraan nurseri Menyatakan aktivit i penyelenggaraan di nurseri

Menyenaraikan peralatan untuk kerja penyenggaraan

Menyenggara kaw asan nurseri

Di antara aktiviti penyenggaraan di nurseri ialah

a) Merumput, menggembur dan membaja b) Pembersihan kaw asan.

Murid melakukan ker ja penyenggaraan di kaw asan nurseri.

Page 22: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

11

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

LANDSKAP DAN NURSERI TINGKATAN LIMA

Page 23: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

12

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2. Landskap

2.1 Jenis landskap ( Cadangan peruntukan masa ialah 3 minggu )

Menyatakan hubungan antara landskap dan alam sekitar

Menyatakan beberapa istilah penting dalam landskap

Menerangkan tujuan pelandskapan

Menyenaraikan beberapa elemen atau unsur dalam landskap lembut dan kejur

Mengenal pasti landskap lembut dan landskap kejur

Membuat rujukan beberapa istilah penting yang sering digunakan dalam bidang landskap:

landskap pelandskapan reka bentuk landskap pereka bentuk landskap arkitek landskap kontraktor landskap.

Law atan dan pemerhatian ke kaw asan landskap.

Elemen atau unsur dalam reka bentuk landskap ialah tumbuhan, air dan struktur binaan.

Page 24: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

13

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2.2 Pemilihan tumbuhan landskap ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu )

a. Faktor pemilihan tumbuhan landskap

Menyenaraikan faktor pemilihan tumbuhan hiasan landskap

Memilih tumbuhan untuk pelandskapan

Faktor pemilihan tumbuhan dalam landskap:

rupa bentuk saiz tumbuhan dew asa kepadatan daun dan dahan kadar tumbesaran warna dan tekstur daun warna dan bauan bunga.

b. Fungsi tumbuhan dalam landskap

Menyatakan fungsi f izikal tumbuhan dalam landskap

Menyatakan fungsi estetika tumbuhan dalam landskap

Fungsi f izikal tumbuhan dalam landskap: mengaw al pandangan menghalang pergerakan mengaw al iklim .

Fungsi estetika tumbuhan dalam landskap:

melembutkan bentuk mencantikkan kaw asan selesa dan harmoni.

Page 25: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

14

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2.3 Proses mereka bentuk landskap

a. Inventori tapak ( Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu )

b. Analisis tapak ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu )

Menyatakan maksud reka bentuk landskap

Mengenal pasti tapak atau kaw asan yang hendak dibina landskap

Menyenaraikan ciri f izikal dan elemen yang sedia ada di tapak

Merekod hasil pemerhatian dan inventori tapak atau kaw asan

Menilai keadaan persekitaran kaw asan

Proses reka bentuk landskap merangkumi:

penerimaan projek/tugasan law atan tapak analisis tapak pelan reka bentuk lukisan tender/binaan pelaksanaan pengaw asan penyenggaraan.

Murid merekod inventori dan elemen yang sedia ada di tapak dan membuat laporan hasil dapatan secara kumpulan.

Page 26: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

15

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

c. Pelan reka bentuk landskap ( Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu )

Menyatakan prinsip yang digunakan dalam menghasilkan reka bentuk landskap

Mengenal pasti alatan melukis pelan Melukis simbol grafik landskap mengikut saiz dan skala

Melukis idea aw al (konsep) pelandskapan dalam bentuk gambarajah bulat

Melukis pelan induk landskap Membuat model berdasarkan pelan

Prinsip dalam mereka bentuk landskap: ringkas dan mudah difahami keanekaan keseimbangan penumpuan turutan

skala.

Pelan reka bentuk merangkumi: gambarajah bulat (bubble diagram)pelan konsep (concept plan)pelan induk (master plan).

Proses reka bentuk seterusnya seperti penghasilan lukisan binaan oleh ahli profesional seperti arkitek landskap.

Lukisan landskap kejur merangkumi struktur seperti:

pergola, w akaf, gazebo, arca, kerusi/bangku taman, batu-batan, jalan dan tempat letak kereta.

Page 27: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

16

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2.4 Pelaksanaan landskap

a. Pembinaan landskap lembut ( Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu )

Menyatakan proses penyediaan tapak penanaman

Menyediakan lubang dan batas penanaman

Menyediakan tanah campuran Menanam tumbuhan di tapak landskap

Membuat sungkupan dan sokongan kepada tanaman baru

Murid menyediakan tapak penanaman seperti:

pembersihan kaw asan, menanda tempat penanaman dan persediaan lubang penanaman.

Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.

b. Pembinaan landskap kejur ( Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu )

Mengenal pasti alatan dan bahan pembinaan landskap kejur

Menghasilkan beberapa lakaran projek simen ferro

Menghasilkan projek simen ferro mengikut lakaran

Tunjuk cara teknik membuat simen ferro.

Murid membuat beberapa lakaran projek.

Murid membina struktur simen ferro secara kumpulan seperti kerusi, meja, cendaw an, batu, tong sampah dan kolam mini.

Page 28: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

17

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2.5 Penyenggaraan kawasan landskap

a. Penyenggaraan kaw asan landskap lembut ( Cadangan peruntukan masa ialah 3 minggu )

i. Penyiraman

Menyatakan kerja-kerja penyenggaraan di kaw asan landskap

Mengenal pasti beberapa sistem pengairan

Memilih sistem pengairan yang sesuai dengan tapak landskap

Mengenal pasti komponen dalam sistem pengairan

Menyusun atur sistem pengairan di tapak landskap

Memasang dan menguji sistem pengairan supaya berfungsi Menyiram mengikut kadar dan masa yang sesuai

Kerja-kerja penyenggaraan tumbuhan di kaw asan landskap merangkumi: penyiraman, merumput, sungkupan, pembajaan dan pemangkasan.

Mempamerkan peralatan dan komponen sistem pengairan seperti sistem pengairan titis dan sprinkler.

ii. Pembajaan Mengenal pasti teknik pembajaan di kaw asan landskap

Membaja tanaman landskap

Tunjuk cara teknik membaja seperti tabur terus, poket dan semburan.

Page 29: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

18

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

iii. Pemangkasan Menerangkan tujuan pemangkasan tumbuhan landskap

Mengenal pasti peralatan untuk pemangkasan

Menyatakan jenis pemangkasan mengikut tujuan

Memangkas dengan cara teratur seperti yang dikehendaki dengan tujuan yang tertentu

Meraw at luka dan dahan yang tinggal disebabkan oleh pemangkasan

Di antara jenis pemangkasan : pemangkasan membentuk pemangkasan rutin pemangkasan meraw at atau memperbaiki.

Tunjuk cara beberapa jenis pemangkasan mengikut tujuan.

Murid memangkas di kaw asan landskap seperti pokok pagaran dan topiari.

iv. Pengaw alan perosak dan penyakit

v. Kerja penyenggaraan lain

Mengenal pasti tanda serangan perosak dan simpton penyakit tumbuhan di kaw asan landskap

Memilih dan menggunakan racun perosak dan penyakit

Membersih dan mengemas kaw asan landskap

Menyulam apabila pokok yang ditanam mati

Memeriksa tumbuhan yang ada di kaw asan landskap. Membuat pengaw alan penyakit dan perosak. Aspek keselamatan hendaklah diberi penekanan semasa menggunakan kimia beracun.

Murid membersihkan kaw asan landskap seperti memotong rumput, membuang sampah dengan menggunakan peralatan seperti pengaut dan kereta sorong.

Page 30: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

19

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

b. Penyenggaraan kaw asan landskap kejur ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu )

Mengenal pasti kerosakkan pada struktur landskap

Membaik pulih kerosakan

Memeriksa kerosakan landskap kejur di kaw asan landskap atau persekitaran sekolah. Membaik pulih kerosakan struktur landskap seperti mengecat semula, mengganti kerosakan dan melepa. Aktiviti penyenggaraan lain adalah amalan berterusan.

3. Pengurusan dan Keusahaw anan ( Cadangan peruntukan masa ialah

2 minggu ) 3.1 Pengurusan di tempat

kerja a. Pengurusan yang baik

Merancang dan menyediakan jadual kerja

Membuat jadual kerja dan menyiapkan kerja mengikut jangka masa yang di tetapkan untuk sesuatu projek. Contoh : Jadual kerja menghasilkan tumbuh-tumbuhan hiasan landskap.

Mengurus perolehan stok Berbincang dalam kumpulan mengenai perolehan stok untuk projek yang akan dilaksanakan seperti bahan dan kuantiti yang perlu dibeli, pembekal dan perbelanjaan.

Cara menyimpan stok bagi bahan tahan lama, bahan mudah rosak dan racun.

Page 31: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

20

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Merekod stok Memperkenalkan buku inventori atau

stok dan cara menyimpan rekod bahan dan kuantiti yang dibeli.

Latihan merekod stok.

b. Etika dan budaya kerja Menerangkan sebab perlunya mengamalkan etika kerja

Mengamal etika dan budaya kerja untuk menghasilkan kerja dan produk yang berkualit i

Sumbangsaran sebab perlunya mengamalkan etika kerja.

Etika kerja bermaksud disiplin dan sikap terhadap kerja seperti menepati w aktu, amanah, produktif , akauntabilit i, patuh pada peraturan dan undang-undang yang menjadi pegangan semasa menjalankan kerja.

Budaya kerja bermaksud cara peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sesebuah organisasi.

Menilai amalan etika dan budaya kerja rakan semasa melaksanakan projek seperti kuat bekerja, bertanggungjaw ab dan setia kepada organisasi, komited dan sedia berubah ke arah posit if .

Menganalisis ciri pekerja berdasarkan cerita yang ditonton untuk mengenal pasti ciri seorang pekerja yang ber jaya.

Page 32: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

21

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

c. Peraturan dan undang-undang

kerja a. Menyenaraikan peraturan yang perlu

dipatuhi semasa melakasanakan sesuatu kerja atau projek

Mengadakan perbincangan mengenai peraturan yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan projek landskap dan nurseri.

Menyatakan akta dan undang-undang yang berkaitan dengan pekerja

Perbincangan mengenai akta dan undang-undang dalam bidang pengeluaran tanaman makanan. Contoh Akta Pekerjaan 1955, Akta Kumpulan Simpanan Pekerja 1991 dan Akta Keselamatan Sosial Peker ja 1969.

Menyatakan kesan mengabaikan peraturan dan undang-undang dalam mengurus kerja

Mengumpul maklumat dari pelbagai sumber mengenai kesan pengabaian peraturan kerja. Contoh peraturan keselamatan di tempat kerja yang diabaikan boleh mengakibatkan kemalangan dan kerugian.

d. Pemeliharaan alam sekitar dalam industri landskap

Menyatakan akta yang melindungi alam sekitar

Menyenaraikan peranan industri landskap dalam melindungi alam sekitar

Ceramah atau perbincangan mengenai akta yang melindungi alam sekitar dan peranan industri landskap dalam melindungi alam sekitar.

Page 33: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

22

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Menyatakan kesan mengabaikan pemeliharaan alam sekitar

Mengumpulkan maklumat dari akhbar, majalah atau internet mengenai kesan mengabaikan pemeliharaan alam sekitar dan peranan setiap pekerja menjaga alam sekitar.

3.2 Keusahawanan

a. Kemahiran berkomunikasi Menyatakan maksud komunikasi

Mengamalkan komunikasi yang jelas, tepat dan bertatasusila semasa berurusan dengan pelanggan

Komunikasi ialah perhubungan yang berlaku antara dua pihak dalam menyampaikan maklumat mengenai sesuatu perkara.

Contoh aktiviti seperti simulasi, main peranan dan menonton video mengenai cara berkomunikasi yang berkesan dalam konteks perniagaan landskap dan nurseri.

Simulasi cara berkomunikasi yang berkesan dalam perbincangan dengan pelanggan mengenai cita rasa pelanggan dari segi harga dan skim bayaran, kualit i, estetika, saiz, reka bentuk, w arna, trend terkini, tempoh serahan dan perkhidmatan selepas jualan.

Page 34: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

23

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Menerangkan kepentingan menjalin

perhubungan dengan orang lain Perbincangan kepentingan membentuk jaringan hubungan (networking) dalam konteks perniagaan landskap dan nurseri.

Menjalin perhubungan antara rakan untuk melaksanakan stu projek usahasama.

a. Kemahiran membuat keputusan

Mempraktikkan langkah membuat keputusan dalam projek landskap dan nurseri

Langkah membuat keputusan ialah mengenal pasti masalah, mencari alternatif , memilih penyelesaian yang baik, bertindak dan menilai semula.

Aktiviti sumbangsaran, main peranan dan perbincangan.

Sumbangsaran kesan daripada keputusan yang telah dibuat dan kepentingannya membuat keputusan yang sesuai.

c. Rancangan perniagaan Mengenal pasti tujuan menyediakan rancangan perniagaan

Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah

Sumbang saran untuk mengenal pasti tujuan menyediakan rancangan perniagaan.

Membuat rancangan perniagaan mudah berkaitan projek yang akan dilaksanakan.

Page 35: Huraian Sukatan Pelajaran Landskap Dan Nurseri

24

BIDANG PEM BELAJARAN / UNIT PEM BELAJARAN

HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

d. Agensi yang membantu usahaw an

Mengenal pasti agensi yang terlibat dalam membantu usahaw an

Menyatakan fungsi dan peranan agensi yang berkaitan

Membuat rujukan mengenai agensi yang berkenaan seperti bank dan jabatan kerajaan yang berkaitan.

e. Pemasaran Memasarkan produk yang dihasilkan Memasarkan produk yang dihasilkan dalam projek. Tumpuan diberi kepada menggred, membungkus, menetapkan harga, promosi dan pengurusan jualan.

f. Peluang kerjaya di bidang landskap dan nurseri

Mengenal pasti peluang ker jaya di bidang landskap dan nurseri

Ceramah kerjaya oleh kaunselor sekolah.

Merujuk daftar kerjaya dalam ‘Piaw aian Pengelasan Pekerjaan Malaysia’, terbitan Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia Malaysia, 1998.

Murid menyenaraikan ker jaya yang terdapat di sekeliling tempat t inggal mereka dalam skop landskap dan nurseri.