Upload
hoanglien
View
225
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 670
176 - Proceeding of the Global Summit on Education (GSE2013)
HUBUNGAN TINGKAH LAKU PENGAJARAN EFEKTIF DAN KUALITI ETIKA TERHADAP PROFESION KEGURUAN DALAM KALANGAN GURU
MATEMATIK DI DAERAH BELURAN, SABAH Nancy Ng Yut Kuan
Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah
ABSTRAK
Keseluruhan asas pengetahuan profesional mengajar terdiri daripada pengetahuan, proses, kemahiran, keyakinan, nilai dan sikap. Oleh itu, kajian Tingkah Laku Pengajaran Dan Kualiti Etika Dalam Kalangan Guru Matematik Di Daerah Beluran, Sabah ini untuk membantu peningkatan pencapaian pelajar dalam Matematik di daerah ini khasnya. Signifikan atau tujuan kajian ini adalah untuk meninjau unsur tingkah laku pengajaran yang efektif dan kualiti etika dalam kalangan guru Matematik di samping meninjau penggunaan pelbagai model pengajaran yang efektif dalam kalangan guru Matematik. Hubungan antara unsur tingkah laku pengajaran yang efektif dan kualiti etika dengan profesion keguruan dalam kalangan guru Matematik akan ditentukan. Kajian ini dilakukan melalui kaedah soal selidik terhadap seratus orang guru Matematik di sekolah-sekolah rendah dan menengah di sekitar Daerah Beluran. Sampel dipilih berdasarkan Persampelan Bertujuan iaitu dengan mengambil guru Matematik yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun. Keseluruhannya, kaedah kajian yang digunakan ialah tinjauan deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama. Ia mengandungi 3 konstruk iaitu aspek Pengajaran Efektif, Kualiti Etika dan Profesionalisme Keguruan. Prosedur penganalisisan data dibuat melalui SPSS 16.0. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wujudnya perhubungan antara Pengajaran Efektif dengan Profesionalisme Keguruan dalam kalangan guru Matematik. Walau bagaimanapun, dapatan menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Kualiti Etika dengan Profesionalisme Keguruan dalam kalangan guru Matematik. Implikasi kajian ini adalah sebagai panduan untuk dimanfaatkan serta membantu para pengkaji dan para pendidik Matematik yang lain dalam menambahbaikkan proses P&P supaya pelbagai model pengajaran yang sedia ada dapat dimantapkan sebagai pengantara P&P di antara guru Matematik dengan pelajar, menjadi alat dan bahan komunikasi utama dalam meningkatkan keberkesanan P&P, serta membantu pengkaji dan pendidik lain untuk mengamalkan tingkah laku pengajaran yang efektif dan kualiti etika agar dapat meningkatkan lagi profesionalisme keguruan serta menjelaskan bahawa keseimbangan kemahiran dan kaedah P&P yang berkesan dengan nilai-nilai murni seseorang guru Matematik akan meningkatkan tahap pencapaian pelajar.
Bidang Kajian: Tingkah laku pengajaran, kualiti etika, profesionalisme keguruan, guru Matematik
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 671
1. Latar Belakang Kajian / Tujuan Kajian
Dalam Matematik, dua amalan yang sangat penting amat ditekankan iaitu pengajaran efektif dan kualiti etika. Kajian tentang tingkah laku pengajaran yang efektif dan kualiti etika dalam kalangan guru Matematik ini penting dibuat untuk melihat masalah yang wujud dalam penyampaian pengajaran serta nilai etika atau nilai murni dalam kalangan guru Matematik yang mempengaruhi di dalam pencapaian akademik Matematik di sekolah khasnya dan daerah Beluran amnya. Signifikan atau tujuan kajian ini adalah untuk meninjau unsur tingkah laku pengajaran yang efektif dan kualiti etika dalam kalangan guru Matematik di samping meninjau penggunaan pelbagai model pengajaran yang efektif dalam kalangan guru Matematik. Hubungan antara unsur tingkah laku pengajaran yang efektif dan kualiti etika terhadap profesion keguruan dalam kalangan guru Matematik akan ditentukan. Kajian ini juga diharapkan dapat memanfaatkan sekolah-sekolah lain dalam usaha memperkasa bidang pendidikan Matematik. Apabila menyentuh tentang tingkah laku pengajaran guru dan kualiti etika guru Matematik, secara langsung ia berkait rapat dengan profesion keguruan di Malaysia.
2. Kajian
2.1 Pernyataan Masalah
Dalam pelaksanaan P&P Matematik, kelemahan-kelemahan yang berikut menjadi semakin ketara seperti strategi dan teknik penyampaian tingkah laku pengajaran berkesan yang digunakan oleh guru Matematik, cara memberi arahan dan menyoal agak sukar difahami serta amalan pengajaran yang berbentuk satu hala sahaja (pengajaran tradisional) kerap diaplikasikan. Di samping itu, menurut Wong Su Lan dan rakan-rakannya (2005), walaupun pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik memerlukan pengetahuan, kemahiran, teknik dan bahan sokongan tertentu, namun perbezaan jantina juga mempengaruhi keberkesanan P&P. Begitu juga dengan tempoh pengalaman mengajar bagi guru. Selain itu, Fullan (1998) menerangkan bahawa peredaran masa telah membawa banyak perubahan dan beban tanggungjawab kepada guru Matematik. Ini menyebabkan semakin banyak guru Matematik mengasingkan dirinya daripada tingkah laku pengajaran yang efektif dan kualiti etika juga semakin luntur akibat tekanan kepada komitmen serta tugas seharian seperti kerja perkeranian dan pengurusan di sekolah. Ini menyebabkan pencapaian akademik Matematik di sekolah khasnya dan daerah Beluran amnya kurang memuaskan. Semua ini akan mempengaruhi martabat profesion keguruan dalam kalangan guru Matematik di daerah Beluran.
2.2 Objektif
Berdasarkan tujuan kajian yang telah dinyatakan, beberapa objektif kajian telah diutarakan. Di antaranya adalah untuk :-
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 672
i. Mengenal pasti tahap tingkah laku pengajaran yang efektif dalam kalangan guru Matematik.
ii. Mengenal pasti tahap kualiti etika dalam kalangan guru Matematik.
iii. Mengenal pasti perbezaan dalam tingkah laku pengajaran yang efektif dan kualiti etika dalam kalangan guru Matematik mengikut jantina.
iv. Mengenal pasti perbezaan dalam tingkah laku pengajaran yang efektif dan kualiti etika dalam kalangan guru Matematik mengikut pengalaman mengajar.
v. Mengenal pasti hubungan antara tingkah laku pengajaran yang efektif terhadap profesionalisme keguruan seseorang guru Matematik.
vi. Mengenal pasti hubungan antara kualiti etika terhadap profesionalisme keguruan seseorang guru Matematik.
2.3 Soalan Kajian
Berdasarkan penyataan masalah yang telah disebutkan, beberapa soalan kajian timbul. Di antaranya adalah seperti yang berikut:-
i. Apakah min skor tingkah laku pengajaran yang efektif dalam kalangan guru Matematik?
ii. Apakah min skor kualiti etika dalam kalangan guru Matematik?
iii. Adakah terdapat perbezaan dalam tingkah laku pengajaran efektif guru Matematik mengikut jantina?
iv. Adakah terdapat perbezaan dalam kualiti etika guru Matematik mengikut jantina?
v. Adakah terdapat perbezaan dalam tingkah laku pengajaran efektif guru Matematik mengikut pengalaman mengajar?
vi. Adakah terdapat perbezaan dalam kualiti etika guru Matematik mengikut pengalaman mengajar?
vii. Adakah terdapat hubungan antara tingkah laku pengajaran yang efektif terhadap profesionalisme keguruan seseorang guru Matematik?
viii. Adakah terdapat hubungan antara kualiti etika terhadap profesionalisme keguruan seseorang guru Matematik?
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 673
2.4 Hipotesis Kajian
Kajian ini menguji beberapa hipotesis yang berkaitan di antara tingkah laku pengajaran yang efektif dan kualiti peribadi guru yang beretika dalam kalangan guru Matematik dengan profesionalisme keguruan. Enam hipotesis nol yang dikemukakan adalah seperti berikut:-
Ho 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tingkah laku pengajaran
efektif guru Matematik mengikut jantina.
Ho 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kualiti etika guru
Matematik mengikut jantina.
Ho 3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tingkah laku pengajaran
efektif guru Matematik mengikut pengalaman mengajar.
Ho 4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kualiti etika guru Matematik
mengikut pengalaman mengajar.
Ho 5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tingkah laku pengajaran
yang efektif terhadap profesionalisme keguruan seseorang guru Matematik.
Ho 6 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kualiti etika terhadap
profesionalisme keguruan seseorang guru Matematik.
3. Metodologi Kajian
3.1 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik terhadap unsur tingkah laku pengajaran efektif dan kualiti etika dalam kalangan guru Matematik di Daerah Beluran, Sabah. Kaedah tinjauan dipilih kerana beberapa kelebihannya seperti pengumpulan maklumat secara sekali gus, lebih ekonomi dari segi kos, cekap, menjana data numerikal, memberi maklumat yang deskriptif, inferensi dan terperinci, mengumpul maklumat yang seragam melalui penggunaan instrumen yang sama, memastikan korelasi serta mengumpul data melalui beraneka pilihan.
3.2 Sampel Kajian Dan Metod Persampelan
Populasi kajian ini ialah seramai 100 orang guru Matematik sama ada opsyen atau bukan opsyen tetapi mengajar Matematik bagi sebelas buah sekolah keseluruhannya, dengan lapan buah sekolah rendah dan tiga buah sekolah menengah di sekitar Daerah Beluran. Setiap sekolah rendah mempunyai lapan orang responden (8%) dan sekolah menengah
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 674
mempunyai dua belas orang responden (12%). Keseluruhannya, terdapat enam puluh empat orang responden di sekolah rendah dan tiga puluh enam orang responden di sekolah menengah. Oleh itu, populasi kajian adalah seramai seratus orang.
Sampel kajian ini adalah seramai lima puluh orang guru dengan setiap sekolah rendah terdiri daripada empat orang responden (8% daripada 50 orang sampel kajian) dan sekolah menengah terdiri daripada enam orang (12% daripada 50 orang sampel kajian). Oleh itu, terdapat tiga puluh dua orang sampel kajian di sekolah rendah dan lapan belas orang sampel kajian di sekolah menengah. Persampelan digunakan untuk memastikan responden telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun atau lebih dalam mengajar Matematik. Ini bermaksud, hanya maklum balas yang berkhidmat dalam tempoh satu tahun dan lebih daripada satu tahun akan dipilih. Selain itu, persampelan seramai lima puluh orang guru juga adalah untuk memastikan realibiliti dan kesahan kajian yang lebih tinggi. Guru Matematik dikehendaki menilai tingkah laku pengajaran yang efektif dan kualiti etika dalam kalangan guru Matematik mengikut perspektif masing-masing.
3.3 Instrumen
3.3.1 Borang Soal Selidik
Instrumen kajian ini adalah melalui borang soal selidik. Ianya terdiri daripada tiga bahagian (Lampiran A). Bahagian pertama mengandungi item-item untuk mendapatkan data demografi responden. Bahagian kedua terdiri daripada skala yang mengukur tingkah laku pengajaran efektif berasaskan perspektif guru Matematik. Bahagian ketiga pula terdiri daripada skala yang mengukur kualiti etika dalam kalangan guru Matematik.
i. Demografi Guru Matematik
Demografi responden dilihat dari tiga dimensi atau item utama iaitu jantina, pengalaman mengajar dan tempoh pengalaman mengikuti Kursus Peningkatan Kendiri / Kursus Dalaman Matematik seperti dalam Jadual 1 di bawah.
Jadual 1: Taburan Item Demografi Dalam Kalangan Guru Matematik
Dimensi Kategori Nombor Item
Bilangan Item
Jantina Lelaki Perempuan
A1 1
Pengalaman Mengajar
1 – 2 tahun 3 – 5 tahun 6 tahun dan ke atas
A2
1
Pengalaman Mengikuti Kursus Peningkatan Kendiri / Kursus Dalaman Matematik
Tidak Pernah…………………... Setiap Tahun Sekali…….……………… Dua Tahun Atau Lebih Sekali…………………….
A3
1
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 675
ii. Tingkah Laku Pengajaran Efektif Berasaskan Perspektif Guru Matematik
Tingkah laku pengajaran yang efektif berasaskan perspektif guru Matematik diukur melalui empat puluh satu item di mana lima belas item yang pertama adalah diubahsuaikan daripada soal selidik Pre-Treatment TCG (Teacher Collegiable Groups) Questionnaire; 1989-1990 oleh Keedy (1991) dan dua puluh enam item yang seterusnya adalah diubahsuai daripada soal selidik Teacher’s Competency In The Teaching Of Mathematics In English In Malaysian Secondary Schools oleh Hamidah Abd. Rahman dan rakan-rakannya (2005). Jadual 2 menunjukkan taburan item-item tersebut mengikut enam dimensi yang berbeza.
Jadual 2: Taburan Item Tingkah Laku Pengajaran Efektif Dalam Kalangan Guru Matematik
Dimensi Nombor Item Bilangan Item Perkembangan pengajaran dan pembelajaran, refleksi, analisis dan perkembangan guru.
B1, B2, B3, B4, B5, B6, B7, B8, B9, B10, B11
11
Penyemaian sifat positif seperti kerjasama, bantu-membantu, hormat-menghormati, saling menasihati atau tegur-menegur di antara guru Matematik.
B12, B13, B14, B15
4
Peningkatan P&P dan profesion guru Matematik.
B16, B17, B20, B21, B22, B23, B24, B25, B26, B27
10
Berkompetensi dalam memahami dan menguasai kemahiran Matematik.
B18, B19, B28 3
Berkompetensi menjelaskan dan membincangkan penyelesaian masalah Matematik.
B29, B30, B31 3
Penguasaan dan penambahbaikan pengajaran serta pembelajaran Matematik boleh meningkatkan keberkesanan tingkah laku pengajaran Matematik.
B32, B33, B34, B35, B36, B37, B38, B39, B40, B41
10
JUMLAH ITEM 41
iii. Kualiti Etika Dari Perspektif Guru Matematik
Kualiti etika berasaskan perspektif guru Matematik diukur melalui lima belas item dengan dua dimensi iaitu kualiti etika serta peningkatan kendiri dan sikap dalaman yang baik seperti dalam Jadual 3. Ia diubahsuai daripada gabungan soal selidik Dimensions Of
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 676
The Learning Organizational Questionnaire oleh Watkins dan Marsick (2007), A Scale To Assess Ethical Leadership Of Indian Private And Public Sector Managers oleh Khuntia dan Suar (2004), dan mengubah Cara Fasilitator oleh Hall, George dan Vanderberghe (1999).
Jadual 3: Taburan Item Kualiti Etika Dalam Kalangan Guru Matematik
Dimensi Nombor Item Bilangan Item Kualiti etika. C1, C2, C3, C4, C5,
C6, C7, C8, C9 9
Peningkatan kendiri dan sikap dalaman yang baik.
C10, C11, C12, C13, C12, C15
6
JUMLAH ITEM 15
Semua item dalam setiap dimensi bagi pembolehubah tingkah laku pengajaran yang efektif dan kualiti etika tersebut mempunyai respon tertutup yang menggunakan Skala Likert Empat Poin mengikut ketetapan 1 untuk “Sangat Tidak Setuju”, 2 untuk “Tidak Setuju”, 3 untuk “Setuju” dan 4 untuk “Sangat Setuju”. Untuk kajian ini, interpretasi skor min mengikut ketetapan berikut akan membawa maksud seperti yang dinyatakan dalam Jadual 4.
Jadual 4: Skor Min Untuk Tingkah Laku Pengajaran Efektif Dan Kualiti Etika Dalam Kalangan Guru Matematik
Min ( X ) Pengkelasan
X < 2.00 Lemah
2.00 X < 3.00 Sederhana
X 3.00 Baik
3.4 Prosedur Pengumpulan Data
Kajian dijalankan dengan memohon kebenaran daripada Pejabat Pelajaran Daerah Beluran serta pihak pengurusan sekolah-sekolah yang terlibat dalam sampel kajian di sekitar daerah Beluran tersebut. Soal selidik diedarkan kepada guru Matematik dan perjumpaan akan dibuat untuk memberi keterangan isi kandungan soal selidik serta perihal kepentingan kajian ini kepada semua warga didik berkaitan.
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 677
3.5 Prosedur Analisis Data
Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For The Social Science (SPSS) versi 16.0. Jadual 5 berikut menunjukkan alat analisis yang digunakan untuk setiap soalan kajian.
Jadual 5: Alat Analisis Data
BBil.
Soalan Kajian
Alat Analisis
11.
Apakah min skor tingkah laku pengajaran yang efektif dalam kalangan guru Matematik?
Min dan Sisihan Piawai
22.
Apakah min skor kualiti etika dalam kalangan guru Matematik?
Min dan Sisihan Piawai
33.
Adakah terdapat perbezaan dalam tingkah laku pengajaran efektif guru Matematik mengikut jantina?
Ujian-t Sampel Bebas
44.
Adakah terdapat perbezaan dalam kualiti etika guru Matematik mengikut jantina?
Ujian-t Sampel Bebas
55.
Adakah terdapat perbezaan dalam tingkah laku pengajaran efektif guru Matematik mengikut pengalaman mengajar?
ANOVA
66.
Adakah terdapat perbezaan dalam kualiti etika guru Matematik mengikut pengalaman mengajar?
ANOVA
77.
Adakah terdapat hubungan antara tingkah laku pengajaran yang efektif terhadap profesionalisme keguruan seseorang guru Matematik?
Korelasi Pearson
88.
Adakah terdapat hubungan antara kualiti etika terhadap profesionalisme keguruan seseorang guru Matematik?
Korelasi Pearson
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 678
4. Dapatan Kajian Dan Perbincangan
4.1 Demografi Sampel
Jadual 6 menunjukkan deskripsi sampel mengikut demografi.
Jadual 6: Bilangan Responden Mengikut Demografi
Bil. Perkara Bilangan (n) Peratus (%) 1. Jantina: i. Lelaki 23 46 ii. Perempuan 27 54 Jumlah 50 100 2. Pengalaman Mengajar Guru: i. 1-2 Tahun 11 22 ii. 3-5 Tahun 19 38 iii. 6 Tahun Dan Ke Atas 20 40 Jumlah 50 100 3. Pengalaman Mengikuti Kursus Peningkatan
Kendiri / Kursus Dalaman Matematik
Tidak Pernah…………………..................................... Setiap Tahun Sekali…….……………………………….. Dua Tahun Atau Lebih Sekali……………………………
5 17 28
10 34 56
Jumlah 50 100
Daripada Jadual 6 tersebut, didapati terdapat 23 orang responden lelaki (46%) dan 27 orang responden perempuan (54%). Taburan ini menunjukkan lebih ramai responden perempuan mengajar mata pelajaran Matematik berbanding responden lelaki. Terdapat 11 orang responden (22%) dengan pengalaman mengajar dari satu hingga dua tahun. Bilangan responden dengan pengalaman mengajar dari tiga hingga lima tahun terdiri daripada 19 orang (38%). Bilangan responden dengan pengalaman mengajar lebih daripada enam tahun adalah sebanyak 20 orang (40%). Ini menunjukkan lebih daripada separuh jumlah keseluruhan responden mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada tiga tahun. Sebanyak 5 orang responden (10%) yang tidak pernah mengikuti sebarang Kursus Peningkatan Kendiri atau Kursus Dalaman Matematik dan 17 orang responden (34%) pernah mengikuti kursus sedemikian dalam setahun sekali. Manakala 28 orang responden (56%) lagi pernah mengikuti kursus-kursus berkenaan dalam tempoh dua tahun atau lebih sekali. Hal ini menunjukkan bahawa lebih daripada separuh jumlah keseluruhan responden pernah mengikuti Kursus Peningkatan Kendiri atau Kursus Dalaman Matematik sekurang-kurangnya setahun sekali.
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 679
4.2 Perbezaan Antara Jantina Dengan Pengajaran Efektif Dan Kualiti Etika Dalam Kalangan Guru Matematik
Analisis ini dilakukan dengan menggunakan statistik inferensi iaitu Ujian-t Sampel Bebas dengan aras signifikan p<.05 sebagai penentu. Oleh itu, α=.05 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7 di bawah.
Jadual 7: Signifikan Pada Aras Keertian .05 Dan Keputusannya
Kriteria Keputusan Sig-r < α Tolak Hipotesis Nol Sig-r > α Gagal Menolak Hipotesis Nol
4.2.1 Perbezaan Dalam Tingkah Laku Pengajaran Efektif Guru Matematik Mengikut Jantina
Jadual 8: Ujian-t Sampel Bebas Bagi Perbezaan Antara Jantina Guru Dengan
Pengajaran Efektif dalam Kalangan Guru Matematik
JANTINA RESPONDEN
Signifikan N Min Sisihan Piawai
Piawai Ralat Min
PENGAJARAN EFEKTIF
Lelaki
0.852
23
125.3913
3.44752
.71886
Perempuan 27 126.5926 2.67839 .51546
Ujian Levene Untuk Kesamaan Varians
Ujian-t Untuk Kesamaan Min
F Sig. T df Sig. (2-
ekor)
Perbezaan Min
Perbezaan Ralat
Standard
95% Perbezaan Selang
Keyakinan Rendah Atas
PENGAJARAN EFEKTIF
Tanggapan Varians
Sama
.035 .852 -1.386
48 .172 -1.20129 .86687 -2.94426
.54168
Tanggapan Varians Tidak Sama
-1.358
41.219 .182 -1.20129 .88456 -2.98741
.58483
* Aras Signifikan Adalah Pada p> .05
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 680
Dalam Jadual 8, ia memaparkan maklumat deskriptif asas untuk setiap kumpulan guru lelaki dan perempuan. Responden guru lelaki (n=23) menunjukkan secara purata dalam tingkah laku pengajaran efektif guru Matematik ialah 125.39 (SD=3.45), manakala responden perempuan mencapai nilai min sebanyak 126.59 (SD=2.68). Dapatan kajian mendapati nilai p=0.85 > α=.05. Keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan secara signifikan antara jantina guru dengan Pengajaran Efektif dalam kalangan guru Matematik. Oleh yang demikian, hipotesis Ho1 adalah gagal ditolak.
Ujian-t sampel bebas yang dijalankan, Ujian Levene adalah tidak signifikan (p> .05). Ini menunjukkan keputusan ujian ini telah memenuhi andaian kehomogenan varians antara guru lelaki dan guru perempuan atau varians guru lelaki sama dengan varians guru perempuan. Oleh itu, andaian kehomogenan varians tidak dimungkiri (violated). Maka, keputusan ini boleh diterjemah dan membuat laporan ujian-t untuk Equal varians assumed (andaian terdapat persamaan atau homogeniti varians) daripada Jadual 4.3. Ini bermakna, hipotesis nol Ho1 gagal ditolak kerana tidak terdapat perbezaan antara tingkah laku pengajaran efektif guru Matematik lelaki dan perempuan terhadap jantina. Daripada Jadual 4.4 juga, didapati bahawa secara perbezaan min atau purata kumpulan guru perempuan ialah -1.20 (95% CI: -2.94 hingga .54) lebih tinggi daripada lelaki. Maka, boleh diyakini bahawa julat (-2.94 hingga 0.54) termasuk dalam perbezaan min sampel. Ujian-t sampel bebas untuk Equal varianss assumed (andaian terdapat kehomogenan varians) adalah tidak signifikan secara statistik pada α> .05 (sig= 0.85 ) dengan guru perempuan (M= 126.59, SD= 2.68) melaporkan amalan tingkah laku pengajaran efektif yang tinggi -1.20 (95% CI: -2.94 hingga 0.54) daripada guru lelaki (M=125.39, SD= 3.45). Dapatan kajian ini menunjukkan nilai adalah tidak signifikan secara statistik t 48 = -1.39. Oleh itu, hipotesis nol
Ho1 gagal ditolak. Keputusan ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan secara signifikan dalam Pengajaran Efektif antara jantina dalam kalangan guru Matematik.
4.2.2 Perbezaan Dalam Kualiti Etika Guru Matematik Mengikut Jantina
Jadual 9: Ujian-t Sampel Bebas Bagi Perbezaan Antara Jantina Guru Dengan Kualiti Etika
Dalam Kalangan Guru Matematik
JANTINA RESPONDEN
Signifikan N Min Sisihan Piawai
Piawai Ralat Min
KUALITI ETIKA
Lelaki
0.003
23
46.1304
1.68696
.35176
Perempuan 27 45.4444 0.75107 .14454
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 681
Ujian Levene Untuk Kesamaan Varians
Ujian-t Untuk Kesamaan Min
F Sig. T Df Sig. (2-
ekor)
Perbezaan Min
Perbezaan Ralat
Standard
95% Perbezaan Selang Keyakinan Rendah Atas
KUALITI ETIKA
Tanggapan Varians
Sama
9.770 .003 1.905 48 .063 .68599 .36003 -.03790
1.40988
Tanggapan Varians Tidak Sama
1.804 29.349 .082 .68599 .38030 -.09140
1.46338
* Aras Signifikan Adalah Pada p <.05
Jadual 9 menunjukkan responden guru lelaki (n=23) menunjukkan secara purata dalam Kualiti Etika guru Matematik ialah 46.13 (SD= 1.69), manakala responden perempuan mencapai nilai min sebanyak 45.44 (SD= 0.75). Dapatan kajian mendapati nilai p=0.003 < α=.05. Keputusan menunjukkan terdapat perbezaan secara signifikan antara jantina guru dengan Kualiti Etika dalam kalangan guru Matematik. Oleh yang demikian, hipotesis Ho2 adalah ditolak. Dapatan kajian yang berdasarkan Ujian-t sampel bebas (dengan melihat pada Equal varianss not assumed atau andaian bahawa tidak terdapat kehomogenan) adalah signifikan secara statistik (sig= .08.). Maka, keputusan ujian ini adalah t 35.29 =1.8. Oleh itu, hipotesis nol Ho1 ditolak. Keputusan ini menunjukkan terdapat
perbezaan secara signifikan dalam Kualiti Etika antara jantina dalam kalangan guru Matematik.
4.3 Perbezaan Dalam Pengajaran Efektif Dan Kualiti Etika Guru Matematik Mengikut Pengalaman Mengajar
4.3.1 Perbezaan Dalam Pengajaran Efektif Guru Matematik Mengikut Pengalaman Mengajar
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 682
Jadual 10: Ujian ANOVA Bagi Perbezaan Dalam Pengajaran Efektif Guru Matematik
Mengikut Pengalaman Mengajar
Jumlah Kuasa Dua
Df
Min Kuasa Dua
F
Sig.
PENGAJARAN EFEKTIF
Antara Kumpulan
2.054 2 1.027 .104 .901
Dalam Kumpulan
463.866 47 9.869
Jumlah 465.920 49 * Aras Signifikan Adalah Pada p > .05
Jadual 10 mengandungi output utama untuk ujian ANOVA. Jadual ini melaporkan kedua-dua varians Antara Kumpulan (kebolehubahan data yang berkaitan data tidak bersandar dan peluang faktor), dan varian Dalam Kumpulan (kebolehubahan data berkaitan peluang faktor sahaja). F dikenali nisbah-F, dan ia merupakan ujian penting untuk ANOVA. F(0.10) dan df(Antara Kumpulan)=2, df(Dalam Kumpulan)=47 dengan sig=0.90. Kajian dalam kes ini (sig > .05), maka tidak terdapat perbezaan statistik yang signifikan antara Pengajaran Efektif dengan pengalaman mengajar yang terdiri daripada tempoh yang berlainan (iaitu kurang 1 tahun, 1 - 2 tahun, 3 – 5 tahun, dan 6 tahun dan ke atas) sekurang-kurangnya antara dua kumpulan. Dengan (F(df)=F, p), keputusan ini dapat dinyatakan seperti berikut, [F(2,47) = 51.25, p>.05]. Keputusan kajian ini gagal menolak hipotesis nol, Ho3 dengan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara Pengajaran Efektif dengan pengalaman mengajar guru Matematik.
4.3.2 Perbezaan Dalam Kualiti Etika Guru Matematik Mengikut Pengalaman Mengajar
Jadual 11: Ujian ANOVA Bagi Perbezaan Dalam Kualiti Etika Guru Matematik
Mengikut Pengalaman Mengajar
Jumlah Kuasa Dua
Df
Min Kuasa Dua
F
Sig.
KUALITI ETIKA
Antara Kumpulan
1.972 2 .986 .571 .569
Dalam Kumpulan
81.148 47 1.727
Jumlah 83.120 49 * Aras Signifikan Adalah Pada p > .05
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 683
Jadual 11 di atas mengandungi output utama untuk ujian ANOVA. Jadual ini melaporkan kedua-dua varians Antara Kumpulan (kebolehubahan data yang berkaitan data tidak bersandar dan peluang faktor), dan varian Dalam Kumpulan (kebolehubahan data berkaitan peluang faktor sahaja). F dikenali nisbah-F, dan ia merupakan ujian penting untuk ANOVA. F(0.57) dan df(Antara Kumpulan)=2, df(Dalam Kumpulan)=47 dengan sig=0.57. Kajian dalam kes ini (sig > .05), maka tidak terdapat perbezaan statistik yang signifikan antara Kualiti Etika dengan pengalaman mengajar yang terdiri daripada tempoh yang berlainan (iaitu kurang 1 tahun, 1 - 2 tahun, 3 – 5 tahun, dan 6 tahun dan ke atas) sekurang-kurangnya antara dua kumpulan. Dengan (F(df)=F, p), keputusan ini dapat dinyatakan seperti berikut, [F(2,47) = 0.57, p>.05]. Keputusan kajian ini gagal menolak hipotesis nol, Ho4 dengan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara Kualiti Etika dengan pengalaman mengajar guru Matematik.
4.4 Hubungan Antara Pengajaran Efektif Dan Kualiti Etika Dengan Profesionalisme Keguruan Seseorang Guru Matematik
Menurut Garis Panduan Guilford (Van Der Werf, 1997), korelasi koefisien Pearson, r adalah pengukuran darjah yang menunjukkan kekuatan sesuatu hubungan linear antara dua pemboleh ubah seperti dalam Jadual 12 berikut.
Jadual 12: Korelasi Koefisien Pearson, r Dengan Pengukuran Darjah Hubungan Linear Antara Dua Pemboleh Ubah Dalam Garis Panduan Guilford
Korelasi Koefisien Pearson, r Kekuatan Hubungan < 0.20 Sangat Lemah
0.20 – 0.40 Lemah, Rendah, Jelas Tetapi Hubungan Yang Sedikit 0.40 – 0.70 Sederhana Dan Hubungan Yang Kuat 0.70 – 0.90 Tinggi, Kuat Dan Hubungan Yang Ketara
> 0.90 Sangat Tinggi Dan Hubungan Yang Dapat Dipercayai
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 684
4.4.1 Hubungan Tingkah Laku Pengajaran Efektif Dengan Profesionalisme Keguruan Seseorang Guru Matematik
Jadual 13: Hubungan Antara Tingkah Laku Pengajaran Efektif Dengan Profesionalisme Keguruan Seseorang Guru Matematik
KUALITI ETIKA
PROFESIONALISME
KEGURUAN PENGAJARAN
EFEKTIF Korelasi Pearson
1 .915 (**)
Sig. (2-ekor) . .000 N 50 50
PROFESIONALISME KEGURUAN
Korelasi Pearson
.915(**) 1
Sig. (2-ekor) .000 N 50 50
* * Korelasi Adalah Pada Tahap .01 (2-hujung)
Merujuk pada Jadual 13, pekali korelasi, r = 0.92. Ia menunjukkan terdapat perhubungan antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas dan mempunyai hubungan yang sangat kuat serta dapat dipercayai. Ini kerana, dapatan kajian mendapati nilai r ialah 0.92 dimana, ia lebih daripada 0.7 dan hampir dengan 1 (0.7≤ r ≤ 1) secara signifikan, p= .000. Maka, α< .05. Oleh yang demikian, hipotesis Ho5 adalah ditolak. Daripada jadual ini juga, korelasi Bivariate antara dua pembolehubah menunjukkan hubungan antara Pengajaran Efektif dan Profesionalisme Keguruan adalah positif dan sangat kuat. Keputusan boleh dibuat dengan r(df)= r, p dimana df=n-1-1. Maka, r(48)= 0.92, p < .01. Kesimpulannya, dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara Pengajaran Efektif dengan Profesionalisme Keguruan dalam kalangan guru Matematik.
4.4.2 Hubungan Kualiti Etika Dengan Profesionalisme Keguruan Seseorang Guru Matematik
Jadual 14: Hubungan Antara Kualiti Etika Terhadap Profesionalisme Keguruan Seseorang Guru Matematik
KUALITI ETIKA
PROFESIONALISME
KEGURUAN KUALITI ETIKA Korelasi
Pearson 1 .125
Sig. (2-ekor) . .388
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 685
N 50 50 PROFESIONALISME
KEGURUAN Korelasi Pearson
.125 1
Sig. (2-ekor) .388 N 50 50
Pekali korelasi, r=0.13 dalam Jadual 14 di atas menunjukkan terdapat perhubungan antara dua pembolehubah tetapi perhubungan yang sangat lemah. Ini kerana, nilai r ialah 0.13 dimana, ia kurang daripada 0.2 (Jadual 12) secara signifikan, p= 0.39. Maka, α> .05. Oleh yang demikian, hipotesis Ho6 adalah gagal ditolak. Daripada jadual ini juga, korelasi Bivariate antara dua pembolehubah menunjukkan hubungan antara Kualiti Etika dan Profesionalisme Keguruan adalah positif tetapi sangat lemah. Keputusan boleh dibuat dengan r(df)= r, p dimana df=n-1-1. Maka, r(48)= 0.13, p > .01. Kesimpulannya, dapatan menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Kualiti Etika dengan Profesionalisme Keguruan dalam kalangan guru Matematik. Dengan output daripada Jadual 13 dan 14 tadi, Jadual 15 berikut dapat dibina.
Jadual 15: Hubungan Antara Pengajaran Efektif Dan Kualiti Etika Terhadap Profesionalisme Keguruan Dalam Kalangan Guru Matematik
Profesionalisme Keguruan
Signifikan Pearson, r
Pengajaran Efektif
0.000* 0.915(**)
Kualiti Etika 0.388 0.125
Kesimpulannya, keputusan analisis yang diperolehi melalui SPSS 16.0 for Windows telah menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan antara jantina guru dengan amalan Pengajaran Efektif dalam kalangan guru Matematik. Begitu juga halnya antara pengalaman mengajar guru dengan amalan Pengajaran Efektif dan Kualiti Etika dalam kalangan guru Matematik yang mana, kedua-duanya menunjukkan tidak terdapatnya perbezaan. Oleh yang demikian, hipotesis Ho1, Ho3 dan Ho4 adalah gagal ditolak. Sebaliknya, keputusan menunjukkan terdapat perbezaan antara jantina dengan Kualiti Etika dalam kalangan guru Matematik. Oleh yang demikian, hipotesis Ho2 adalah ditolak. Keputusan analisis juga menunjukkan bahawa wujudnya perhubungan antara Pengajaran Efektif dengan Profesionalisme Keguruan dalam kalangan guru Matematik. Oleh yang demikian, hipotesis Ho5 adalah ditolak. Walau bagaimanapun, dapatan menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Kualiti Etika dengan Profesionalisme Keguruan dalam kalangan guru Matematik. Oleh itu, hipotesis Ho6 adalah gagal ditolak.
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 686
4.5 Perbincangan
Kajian ini meninjau perbezaan antara jantina guru dengan pengajaran efektif dalam kalangan guru Matematik mengikut perspektif guru Matematik. Pengajaran efektif ditinjau dari segi perkembangan guru, refleksi, analisis, perkembangan diri dan penyemaian sifat positif seperti perpaduan, kerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara jantina guru dengan pengajaran efektif dalam kalangan guru Matematik. Walaupun jantina dijadikan angkubah sosio-ekonomi yang sering digunakan untuk menganalisis peranan, tanggungjawab, halangan dan peluang dalam kalangan lelaki serta perempuan, namun kajian ini telah membuktikan kebenaran ke atas kajian Wong Su Lan dan rakan-rakannya (2005) di mana, tidak wujud perbezaan signifikan terhadap kompetensi seperti pengajaran efektif antara jantina dalam kalangan guru Matematik.
Di samping itu, kajian ini juga meninjau perbezaan antara jantina guru dengan kualiti etika dalam kalangan guru Matematik mengikut perspektif guru Matematik. Kualiti etika ditinjau dari segi tanggungjawab, semangat kekitaan, bimbingan kendiri serta budi pekerti seperti kejujuran dan integriti. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan antara jantina guru dengan kualiti etika dalam kalangan guru Matematik. Semua guru Matematik sama ada guru lelaki atau perempuan yang mengikuti kursus-kursus dalaman di peringkat sekolah adalah untuk meningkatkan kompetensi mengajar Matematik. Usaha untuk membaiki diri melalui pelbagai kursus atau program adalah untuk memastikan guru ini sentiasa berkeyakinan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, bekalan modul dan bahan P&P seperti Modul Pembelajaran Kendiri (SAL), peralatan ICT, bahan ICT, kursus Matematik dan program perkembangan guru Matematik seperti Sistem Bimbingan Taulan (SBT) dan Program Bimbingan Perguruan Profesional dalam TMK (BPPT) turut diberikan. Nilai-nilai etika juga membantu guru dalam menguruskan kepelbagaian seperti perbezaan budaya, nilai-nilai hidup dan perspektif (Institut Integriti Malaysia, 2005).
Hasil dapatan kajian ini, menyokong hujah daripada Abu Bakar Hj.Yeop (2004), dimana kompetensi bererti kekuasaan untuk menentukan dan memutuskan sesuatu hal, kemampuan atau kecekapan. Ia merupakan gambaran kualitatif dari perilaku guru Matematik sama ada guru lelaki atau guru perempuan. Menurut Bush (2003), guru lelaki secara semula jadinya mempunyai kuasa kerana pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang mereka miliki. Para profesional mempunyai hak untuk menunjukkan kompetensi kualiti peribadi dan berkongsi ilmu maupun kemahiran kerana ia lebih baik dan mampu dilaksanakan dengan efektif di samping memanfaatkan sokongan serta kemahiran rakan sekerja.
Menurut KPM (2001), pelbagai usaha telah dibuat untuk melahirkan guru Matematik yang berkualiti dalam sistem pendidikan negara dan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka seperti memantapkan latihan dan kursus perguruan, menambah baik sistem P&P, membekalkan pelbagai bahan dan peralatan Matematik serta pelbagai program peningkatan penguasaan kemahiran serta inovasi. Hasil kajian ini juga mendapati hampir semua guru Matematik khususnya guru perempuan yang bersetuju bahawa guru yang berkualiti perlu mempunyai sikap peribadi yang positif seperti rajin, cekap,
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 687
penyayang, sabar, adil, berdisiplin, bertanggungjawab, bekerjasama, menghormati, berkomunikasi dan semangat berpasukan. Bagi guru lelaki pula, mereka berpendapat bahawa dalam persekitaran bekerja yang baik, kepercayaan dan motivasi diri adalah penting.
Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan antara pengalaman mengajar guru dengan pengajaran efektif dalam kalangan guru Matematik. Sejajar dengan huraian model pengajaran efektif, setiap ahli organisasi adalah dianggap berkongsi satu set nilai yang sama. Set nilai tersebut akan dijadikan panduan kepada semua hal yang berkaitan dengan pengurusan dan objektif pendidikan yang sama Berdasarkan kajian Arbaugh (2003) terhadap sekumpulan pengajar Matematik yang terdiri darpada tujuh orang di sekolah menengah untuk sesi persekolahan 1999-2000 bagi tujuan perkembangan profesional guru Matematik, guru yang terlibat mempunyai tempoh pengalaman mengajar yang berbeza-beza, dengan minimum selama tiga tahun mengajar dan yang paling maksima sebanyak 32 tahun, namun masing-masing berjaya menunjukkan kecemerlangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di kelas.
Seterusnya, kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara pengalaman mengajar guru dengan kualiti etika dalam kalangan guru Matematik. Guru yang mempunyai pengalaman mengajar selama enam tahun dan ke atas tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan pengalaman mengajar yang kurang daripada enam tahun. Dapatan kajian ini turut membuktikan bahawa guru harus sentiasa belajar kerana dengan pembelajaran sepanjang hayat sahaja mereka mampu mengharungi gelombang perubahan persekitaran yang berterusan serta memperbaiki kualiti peribadi guru dan bukannya pengalaman mengajar yang akan menentukannya. Kemahiran guru juga adalah tertakluk kepada pendidikan guru dan perkembangan staf yang berterusan di sepanjang kerjaya mereka. Penambahbaikan berterusan memerlukan guru bekerjasama sesama sendiri iaitu melalui pengajaran yang efektif dan kualiti etika guru (Fullan, 1998).
Di samping itu, kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan pengajaran efektif dengan profesionalisme keguruan yang signifikan dalam kalangan guru Matematik. Berdasarkan kajian Arbaugh (2003) terhadap sekumpulan pengajar Matematik di sekolah menengah untuk sesi persekolahan 1999-2000 bagi tujuan perkembangan profesional guru Matematik, kajian ini menunjukkan bahawa amalan pengajaran efektif yang diamalkan bukanlah untuk mengubah cara mengajar guru Matematik tetapi memberi mereka peluang untuk belajar dan membuat refleksi tentang pembelajaran serta amalan pengajaran masing-masing. Pengajaran efektif dalam Matematik akan berfokus kepada perkembangan guru, refleksi, analisis dan perkembangan diri serta penyemaian sifat positif seperti perpaduan, kerjasama, saling membantu dan menghormati antara satu sama lain.
Akhir sekali, kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan kualiti etika dengan profesionalisme keguruan yang signifikan dalam kalangan guru Matematik. Kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan kualiti etika dengan profesionalisme keguruan yang signifikan dalam kalangan guru Matematik. Seperti kajian Khuntia dan Suar (2004), amalan kepimpinan beretika dalam kalangan guru Matematik di peringkat sekolah menengah dan rendah adalah dikaji. Melalui strategi pengajaran efektif iaitu latihan, bimbingan, penyertaan, kepercayaan, tanggungjawab, penghargaan dan pencapaian visi
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 688
Matematik, guru dapat meningkatkan keyakinan dan kepercayaan diri mereka. Justeru itu, kualiti etika dan kompetensi guru dapat ditingkatkan. Namun hasil daripada kajian ini, didapati kualiti etika guru tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan profesionalisme keguruan. Mengikut teori kualiti etika dalam pendidikan, amalan kualiti etika dalam kerja mendidik merupakan satu tugas yang melibatkan nilai-nilai kemanusiaan di samping satu perkhidmatan awam demi kebaikan masyarakat. Maka, setiap pendidik, seperti yang dinyatakan oleh Starratt (2005), perlu melayan setiap warga sekolah sebagai seorang insan, melatih mereka untuk beretika dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Atas hak kemanusiaan inilah, maka setiap guru Matematik akan menghasilkan satu anjakan paradigma dalam pendidikan Matematik, pencapaian pembelajaran yang diyakini serta memberangsangkan semua pihak serta menjadi satu sejarah Matematik yang unggul.
4.6 Cadangan Kajian Lanjutan
Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah di sekitar Daerah Beluran sahaja. Sampel kajian ini hanya terhad kepada 10 buah sekolah iaitu 8 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah menengah yang terdiri daripada guru Matematik yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun dalam mengajar Sains atau Matematik di bawah Panitia Sains dan Matematik. Maka, kajian lanjutan perlu dilakukan khas untuk sekolah rendah atau sekolah menengah sahaja. Perbandingan dapatan antara sekolah rendah dengan sekolah menengah juga akan memberi maklumat tentang tahap sumbangan amalan pengajaran efektif dan kualiti etika dalam meningkatkan profesionalisme keguruan. Sehubungan dengan itu, kajian di kawasan luar bandar juga boleh dijalankan dan perbandingan dapatan antara sekolah rendah luar bandar dengan sekolah menengah luar bandar turut boleh dibuat. Selain itu, perbandingan dapatan antara sekolah-sekolah luar bandar dengan kawasan bandar juga boleh dijalankan.
Antara aspek lain yang patut diambil kira dalam kajian yang selanjutnya adalah kesan amalan pengajaran efektif dan kualiti etika guru ke atas pelajar. Kajian harus ambil kira hasil pembelajaran di bilik darjah sebagai pengukuran dan bukannya keputusan peperiksaan atau ujian bulanan. Hal ini sedemikian rupa kerana budaya pelajar yang lebih suka mendapatkan bimbingan belajar secara peribadi dari luar mungkin boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan atau ujian bulanan tersebut. Oleh itu, kaedah eksperimen dengan menggunakan persampelan rawak adalah disyorkan.
Di dalam kajian ini, hanya soal selidik dengan Skala Likert Empat Poin yang digunakan. Maka, kajian selanjutnya perlu dijalankan dengan menggunakan soal selidik dan maklum balas secara terbuka. Maklum balas bertulis membolehkan responden memberi pandangan yang positif dan negatif. Dengan itu, hubungan pengajaran efektif dan kualiti etika dengan profesionalisme keguruan dapat diukur serta dibuktikan secara kualitatif. Kajian yang sedemikian boleh memanfaatkan guru di sekolah.
5.0 Kesimpulan
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 689
Tingkah laku pengajaran yang efektif dan kualiti etika guru Matematik yang cemerlang merupakan satu perubahan yang besar dalam sistem pendidikan negara dengan pelbagai cabaran khususnya kepada guru dan pelajar. Ini kerana ia perlu melibatkan perubahan amalan serta memerlukan penguasaan pengetahuan dan kemahiran baru oleh pelaksana khususnya untuk pentadbir, guru dan pelajar. Semua ini adalah berkesan untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dalam jangka masa yang panjang.
Rujukan
Abu Bakar Hj. Yeop. (2004). Panduan kerjaya guru bestari. Kuala Lumpur: Penerbitan Seribu Dinar.
Arbaugh, F. (2003). Study group as a form of porfessional development for secondary Mathematics teachers. Journal Of Mathematics Teacher Education, 6(2), 139-163.
Bush, T. (2003). Theories of educational leadership and management (3rd ed.). London: Sage Publications.
Fullan, M. (1998). Change forces – Probing the depths of educational reform. London: Falmer Press.
Hall, G. E., George, A. A., & Vanderberghe, C. (1999). The impact of principal change facilitator style on school and classroom culture. School climate: Measuring, improving and sustaining healthy learning environments. London: Falmer Press.
Hamidah Abd. Rahman, Aziz Nordin, Muhketa Isa, Fatimah Puteh, Faruk Muhammad, Norazman Abd. Majid, Aminah Ahmad Khalid, Siti Fatimah Bahari, Hj. Shufaat Tumin & Zurihanmi Zakariya. (2005). Teachers’ competency in the teaching of Mathematics in English in Malaysian schools: Reform, Revolution and Paradigm Shifts in Mathematics Education. Anjuran The Mathematics Education Into The 21st. Century Project. (25th Nov.-1st Dis.2005). Johor Bahru.
Institut Integriti Malaysia. (2005). Etika dan integriti di Malaysia: Isu dan cabaran. Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia.
Jemaah Nazir Sekolah. (2006). Info-Matematik. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Keedy, J. L. (1991). Teacher collegial groups as a teacher self-improvement strategy: Implications for instructional supervisions. Paper presented at the Annual Meeting of the American Educational Research Association. 3rd – 7th April 1991. Chicago.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kuala Lumpur: AG Grafik Sdn. Bhd.
Khuntia, R., & Suar, D. (2004). A scale to assess ethical leadership of Indian private and public sector managers. Journal of Business Ethics, 49(1), 13-26.
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 690
Starratt, R. J. (2005). Ethical leadership: The essentials of school leadership. London: Paul Chapman Publishing & Corwin Press.
Van Der Werf, G. (1997). School Effectiveness: Research, policy and practise. Belanda: Continuum International Publishing Group.
Watkins, K. E., & Marsick, V. J. (2008). Dimensions of the learning organization questionnaire. Dlm. http://www.partnersforlearning.com/questions2.asp. Diakses pada pada 12 Oktober 2010.
Wong Su Lan, Sidek Abd. Sidek, Aida Suraya Mohd. Yunus, Zakaria Sidek, Kamariah Abu Bakar & Hamidah Meseran. (2005). Gender differences in information and communication technology competencies. Kuala Terengganu: Konvensyen Teknologi Pendidikan.