Upload
buikhanh
View
225
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI DARUL
UKHUWAH, JOHOR BAHRU
CHE KU SHALIHAH BT CHE KU ABDUL SATAR
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
iii
DEDIKASI
Ayahanda tersayang, YM Che Ku Abdul Satar Bin Sulong…
Dorongan dan semangatmu menyuluh diri tatkala kealpaan…
“Tidak ada pemberian orang tua kepada anaknya yang lebih baik daripada
budi (pendidikan) yang baik”
Hadis Riwayat al-Tirmizi
Bonda tercinta, Puan Fatimah @ Rokiah Bt Muda…
Kasih dan sayangmu mewarnai hidupku…
“Tidaklah menimpa seseorang mukmin (lelaki mahupun perempuan) suatu
kesusahan atau suatu penyakit atau suatu kegelisahan, walaupun sebatang
duri yang menusuk kakinya, melainkan semuanya itu menjadi kifarat dari
dosa yang dilakukannya”
Hadis Riwayat Muslim
Mi & keluarga…
Pengorbananmu sentiasa terpahat di sanubari ini…
Kekanda dan adinda yang sentiasa di ingatan….
Di mana pun ku berdiri kau kan tetap kuingati
Kau selalu dekat dalam hati ini
Buat nana,anim,eli dan zu…
Terima kasih kerana setiakawanmu,
Kenangan bersamamu akan tetap di ingatan
Daku bertuah kerana memiliki rakan-rakan sepertimu
iv
PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam buat
Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat
Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, maka laporan Projek Sarjana Muda
(PSM) ini dapat disiapkan dengan sempurna.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia
projek yang dihormati, Ustaz Idris bin Ismail di atas segala nasihat, dorongan dan
bimbingan serta tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan laporan PSM ini.
Seterusnya, sekalung terima kasih buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian
Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
Johor, pihak Jabatan Agama Johor, tenaga pengajar dan saudara kita di Darul
Ukhuwah, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, pihak PERKIM Terengganu,
dan sahabat-sahabat seperjuangan tahun 4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam) yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam usaha
menyiapkan projek ini.
Akhir kata, buat semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak
langsung, terima kasih diucapkan. Semoga berkat kerjasama ini, Allah s.w.t akan
melipatgandakan pahala amalan kalian seterusnya mengurniakan kejayaan di dunia
dan akhirat.Aamin.
v
ABSTRAK
Golongan saudara kita menghadapi pelbagai polemik dan cabaran dalam
menghadapi dunia baru mereka sebagai seorang Muslim. Golongan ini hendaklah
dikasihi dan disayangi oleh masyarakat Islam memandangkan ia merupakan keluarga
baru kita dan sesetengah daripadanya sudah hilang tempat bergantung, bermanja dan
bermesra ekoran disingkir keluarga asal mereka. Kajian ini ditumpukan kepada
hubungan kekeluargaan saudara kita, yang mengkhususkan kepada reaksi ahli
keluarga terhadap keislaman mereka serta faktor-faktor penerimaan dan penolakan
keluarga terhadap keislaman. Seramai 41 orang saudara kita yang mengikuti kelas
pengajian di Darul Ukhuwah, Johor Bahru dipilih sebagai sampel kajian. Bagi
memenuhi objektif, borang soal selidik yang menggunakan Skala Likert telah
digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi
menambah maklumat. Data dianalisis secara statistik deskriptif dengan menumpukan
kepada kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian mendapati hampir 80 peratus
daripada responden tidak mendapat tentangan keluarga setelah mereka memeluk
Islam. Di akhir kajian, beberapa cadangan juga telah dikemukakan sebagai panduan
kepada pihak yang terlibat.
vi
ABSTRACT
The Muslim converts or “our new brothers in Islam” are facing variety of
challenges and polemics through their new life as a Muslim. Supposedly, they should
be showered with love and tender by Islamic society because they are part of our
society. Moreover, some of them are no longer accepted by their family. The
objective of this study is focused on their family relationship, especially family
members’ reaction to their convertion beside acceptance and decline factors of
family to convertion. The sample consist of 41 respondents at Darul Ukhuwah, Johor
Bahru. Quiestionnaires method using Likert Scale had been used to achieve the
objectives mentioned. Interviews had been conducted also in order to get more
information. The study utilizes the descriptive analysis in the form of frequent,
percentage and mean as the method to analyze the data. Result showed that almost 80
percent of the respondents are not facing any rejection from their family after their
convertion to Islam. At the end of this study, some suggestions have been made as a
guidance for those who involved.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL I
PENGAKUAN Ii
DEDIKASI Iii
PENGHARGAAN Iv
ABSTRAK V
ABSTRACT Vi
SENARAI KANDUNGAN Vii
SENARAI JADUAL Xiii
SENARAI RAJAH Xiv
SENARAI SINGKATAN Xv
SENARAI LAMPIRAN Xvi
BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
BAB I PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 7
viii
1.2 Pernyataan Masalah 10
1.3 Objektif Kajian 11
1.4 Persoalan Kajian 11
1.5 Kepentingan Kajian 12
1.6 Batasan Kajian 13
1.7 Definisi Istilah 13
1.8 Penutup 15
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pendahuluan 16
2.1 Institusi Keluarga 16
2.2 Definisi Keluarga 18
2.2.1 Hubungan Kekeluargaan Saudara Kita 19
2.2.2 Tanggungjawab Saudara Kita Terhadap
Keluarga Mereka 21
2.2.3 Kisah Pada Zaman Sahabat 23
2.2.4 Kes-Kes Mengenai Hubungan Kekeluargaan
Saudara Kita 26
2.3 Pusat Aktiviti Saudara Kita, Darul Ukhuwah 30
2.4 Saudara Kita Pada Pandangan Fiqh Islam 31
2.4.1 Zakat 31
2.4.2 Pewarisan 34
2.4.3 Pemilikan Harta Benda 34
2.4.4 Pengurusan Harta Benda 35
2.5 Sorotan Kajian-Kajian Lepas 36
2.6 Penutup 39
ix
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 40
3.1 Reka Bentuk Kajian 41
3.2 Lokasi Kajian 42
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 42
3.4 Instrumen Kajian 43
3.5 Prosedur Kajian 44
3.6 Kajian Rintis 45
3.7 Analisis Data 46
3.8 Penutup 46
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 47
4.2 Bahagiaan A: Latar Belakang Responden 48
4.3 Bahagian B : Reaksi Keluarga Terhadap Keislaman 57
4.3.1 Reaksi Ibu Terhadap Keislaman 59
4.3.2 Reaksi Ayah Terhadap Keislaman 60
4.3.3 Reaksi Adik Beradik Terhadap Keislaman 62
4.4 Bahagian C : Faktor Penerimaan Keluarga Terhadap Keislaman 65
4.5 Bahagian D : Faktor Penolakan Keluarga Terhadap Keislaman 69
x
4.6 Perincian Peratusan Item Bagi Responden Yang Bersetuju
Dengan Item 73
4.6.1 Reaksi Keluarga Terhadap Keislaman 74
4.6.1.1 Reaksi Ibu 74
4.6.1.2 Reaksi Ayah 75
4.6.1.3 Reaksi Adik Beradik 76
4.6.2 Faktor Penerimaan Keluarga Terhadap Keislaman 77
4.6.3 Faktor Penolakan Keluarga Terhadap Keislaman 78
4.6 Penutup 79
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
BAB V PERBINCANGAN KAJIAN
5.1 Pendahuluan 80
5.2 Perbincangan 81
5.2.1 Bahagian A 81
5.2.2 Bahagian B 86
5.2.3 Bahagian C 88
5.2.4 Bahagian D 90
5.3 Rumusan 96
5.4 Cadangan 97
5.4.1 Pertubuhan Kerajaan Dan Bukan Kerajaan 97
5.4.2 Keluarga Asal Saudara Kita 97
5.4.3 Masyarakat Islam 98
5.4.4 Saudara Kita 99
5.5. Cadangan Kajian Lanjutan 99
5.6. Penutup 100
xi
BAHAGIAN ENAM
SENARAI RUJUKAN
SENARAI RUJUKAN 101
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
LAMPIRAN 113
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Likert 43
4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 48
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 49
4.3 Taburan Responden Mengikut Status 49
4.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 49
4.5 Taburan Responden Mengikut Agama Asal 50
4.6 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan 50
4.7 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa 51
4.8 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 52
4.9 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 52
4.10 Taburan Responden Mengikut Pendidikan Bapa 53
4.11 Taburan Responden Mengikut Pendidikan Ibu 54
4.12 Taburan Responden Mengikut
Bilangan Adik Beradik 54
4.13 Taburan Responden Mengikut Anak Ke Berapa 55
4.14 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 56
4.15 Taburan Responden Mengikut
Tahun Memeluk Islam 56
4.16 Taburan Responden Mengikut Ahli Keluarga Islam 57
4.17 Taburan Item Yang Dijawab Oleh Responden 58
4.18 Taburan Skor Bagi Item (ITEM A) 59
4.19 Taburan Skor Bagi Item (ITEM B) 61
4.20 Taburan Skor Bagi Item (ITEM C) 62
4.21 Taburan Skor Bagi Item 1 65
4.22 Taburan Skor Bagi Item 2 65
4.23 Taburan Skor Bagi Item 3 66
xiii
4.24 Taburan Skor Bagi Item 4 66
4.25 Taburan Skor Bagi Item 5 67
4.26 Taburan Skor Bagi Item 6 67
4.27 Taburan Skor Bagi Item 7 68
4.28 Taburan Skor Bagi Item 8 68
4.29 Taburan Skor Bagi Item 1 69
4.30 Taburan Skor Bagi Item 2 70
4.31 Taburan Skor Bagi Item 3 70
4.32 Taburan Skor Bagi Item 4 71
4.33 Taburan Skor Bagi Item 5 71
4.34 Taburan Skor Bagi Item 6 72
4.35 Taburan Skor Bagi Item 7 72
Taburan Skor Bagi Item 8 73
5.1 Min Bagi Ketiga-Tiga Objektif Kajian 96
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Bilangan Saudara Kita Yang Memeluk Islam
Bagi Tahun 2000-2003 4
1.2 Bilangan Saudara Kita Yang Memeluk Islam
Mengikut Jantina Bagi Tahun 2000-2003 5
4.1 Bilangan Dan Peratus Responden Yang
Menjawab Item B 64
4.2 Peratusan Bagi Item Di Bahagian B (ITEM A)
Reaksi Ibu Terhadap Keislaman 74
4.3 Peratusan Bagi Item Di Bahagian B (ITEM B)
Reaksi Bapa Terhadap Keislaman 75
4.4 Peratusan Bagi Item Di Bahagian B (ITEM C)
Reaksi Adik Beradik Terhadap Keislaman 76
4.5 Peratusan Bagi Item Di Bahagian C
Faktor Penerimaan Keluarga Terhadap
Keislaman 77
4.6 Peratusan Bagi Item Di Bahagian C
Faktor Penerimaan Keluarga Terhadap Keislaman 78
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Set Soal Selidik 106
B Item Temu Bual 113
C Surat Perakuan Fakulti Untuk
Menjalankan Kajian 114
D Statistik Data Pengislaman Saudara Kita
Tahun 2000-2001 115
E Jadual Kelas Pengajian 118
SENARAI SINGKATAN
Saw Sallahualaihiwasalam
SRP Sijil Rendah Pelajaran
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
SWT Subhanahu Wa Taala
JAJ Jabatan Agama Johor
JHEAT Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
PERKIM Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
BAB I
PENGENALAN 1.1 Pendahuluan
Saudara baru merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada
orang-orang yang baru memeluk agama Islam. Istilah ini mula diguna pakai pada
tahun 1970-an.
Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, saudara baru sama ada Cina,
India atau masyarakat lain sering dirujuk dan diistilahkan sebagai ‘mualaf’ oleh
masyarakat Islam amnya dan masyarakat Melayu khasnya. Mualaf bermaksud orang-
orang yang dipujuk atau dijinakkan hatinya dengan harapan dapat menguatkan
pegangan mereka terhadap Islam atau orang-orang yang dipujuk supaya tertarik
untuk memeluk Islam (Amran Kasimin 1985 : 9). Penggunaan istilah ini adalah
untuk menyesuaikan dengan firman Allah dalam al-Quran :
2
Maksudnya :“ Sesungguhnya sedeqah-sedeqah (zakat) itu hanyalah untuk
orang-orang fakir miskin, amil-amil yang menguruskan zakat, orang-orang
yang dijinakkan hatinya (menerima Islam), hamba-hamba yang hendak
dibebaskan, orang-orang yang berhutang dan bagi dibelanjakan ke jalan
Allah dan orang-orang yang musafir, sebagai satu kewajipan yang
diwajibkan Allah, dan Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ”.
( Al Taubah : ayat 60 )
Al-Qurtubi dalam tafsirnya menjelaskan bahawa ayat di atas secara jelas dan
terang telah menyenaraikan senarai mereka yang berhak untuk menerima zakat
antaranya ialah golongan mualaf.
Sementara itu, al-Qaradawi dalam kitabnya Fiqh al-Zakat telah menyebut
bahawa mualaf ialah mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya atau
keyakinannya dapat bertambah terhadap Islam, atau sekurang-kurangnya akan
terhalang niat jahatnya untuk melakukan kejahatan terhadap muslimin, atau pun
dengan harapan akan adanya sebarang kemanfaatan mereka dalam membela dan
menolong kaum muslimin daripada sebarang ancaman musuh.
Manakala Imam Syafi’e, Imam Hassan dan al-Zuhri berpendapat, golongan
mualaf adalah merujuk kepada orang yang asalnya beragama selain Islam,
kemudiannya memeluk Islam. Kebanyakan mereka masih lemah imannya dan amat
memerlukan bimbingan dalam perkara-perkara keagamaan. Di samping itu, golongan
ini juga memerlukan bantuan dan sokongan dalam aspek-aspek lain seperti
kebajikan, kewangan dan sebagainya.
Perkataan mualaf merupakan satu istilah yang pernah dipopularkan sedikit
masa dahulu dengan merujuk kepada mereka yang baru memeluk agama Islam
daripada pelbagai etnik dan keturunan. Namun begitu, kebanyakan saudara baru
menganggap kalimah mualaf cukup janggal bagi mereka. Malah, penggunaan
kalimah itu menyebabkan mereka merasa tersisih dan tersinggung. Ada di kalangan
3
mereka yang tidak gemar dengan identiti mualaf kerana merasakan kehidupan
mereka agak asing dari segi interaksi mahupun komunikasi dalam masyarakat.
Selain itu, persepsi masyarakat terhadap konsep mualaf haruslah
diperbetulkan. Jika tidak, ia akan menambahkan jurang antara Melayu
Muslimdengan Muslimdari bangsa lain. Situasi ini sudah tentu tidak bertepatan
dengan semangat persaudaraan dalam Islam.
Justeru, ia ditukar kepada istilah lain, iaitu saudara baru. Mengenai
penggunaan kata saudara baru pula, para pengkaji mendapati bahawa istilah tersebut
bukanlah berasal daripada istilah Arab atau pun terjemahan daripadanya, tetapi
diambil daripada penyesuaian kata mualaf yang bermaksud orang yang dijinakkan
hatinya, yang hampir keseluruhan mereka masih lemah imannya dan memerlukan
bimbingan dan tarbiah.
Tarikh bermulanya saudara baru memeluk Islam di Malaysia tidak dapat
dipastikan dengan tepat. Mungkin sejarahnya sama dengan kedatangan Islam ke
Kepulauan Melayu. Dari segi kuantiti, jumlah mereka yang memeluk agama Islam
semakin bertambah dari masa ke masa. Secara keseluruhannya, jumlah teramai
saudara baru yang memeluk Islam di Malaysia adalah terdiri daripada etnik Cina
(Amran Kasimin : 1985 : 30). Keadaan ini berlaku mungkin secara kebetulan ianya
seiringan dengan jumlah orang Cina yang paling ramai di Malaysia selepas orang
Melayu, diikuti etnik Iban, India, orang Asli, Dayak, dan lain-lain.
Berdasarkan statistik Data PengIslaman Saudara Kita bagi Daerah Johor
Bahru, Negeri Johor Darul Takzim bagi tahun 2000-2002, seramai 355 orang
daripada kaum Cina memeluk Islam, diikuti 253 orang etnik Iban, 249 orang
daripada kaum India, 94 orang daripada kaum Kadazan, Bidayuh seramai 71 orang,
Orang Asli pula seramai 22 orang, warga asing sejumlah 103 orang dan bangsa-
bangsa lain seramai 63 orang.
4
Peratusan pemeluk Islam kian meningkat saban tahun di seluruh dunia.
Sekalipun dikekang dan dihambat, kekangan dan hambatan terus gagal. Ibarat air
yang deras membuak, semakin disekat, isipadu air semakin berkumpul kukuh.
Apabila saat dan ketikanya sampai, keupayaan bendungan menjadi goyah sedang
bendungan terdesak, retak, runtuh dan pecah. Air terus menghambur, membaur dan
mengalir pantas dengan membentuk cawangan-cawangan kecil bagi faedah seluruh
penghuni alam maya.
Begitulah perumpamaan yang dapat menggambarkan penganut-penganut
Islam daripada pelbagai bangsa dewasa ini. Meskipun menghadapi pelbagai dugaan,
cabaran dan ancaman, mereka tetap teguh dalam pegangan dan tidak memberi kesan
sama sekali kepada pertambahan jumlah pemeluk Islam meskipun terdapat pelbagai
cerita pahit manis, suka duka pemeluk-pemeluk Islam sebelumnya. Bagi tahun 2000
sahaja, sebanyak 348 orang memeluk agama Islam dengan pelbagai latar belakang
dan bangsa. Pada tahun 2001, seramai 406 orang memeluk Islam dan jumlah ini
dilihat bertambah pada tahun berikutnya, tahun 2002 seramai 456 orang. ( Rujuk
Rajah 1.1 dan 1.2).
Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 :Bilangan Saudara Kita Yang Memeluk Agama Islam
Rajah 1.1: Bilangan Saudara Kita Yang Memeluk Islam Bagi Tahun 2000
Hingga 2002
348406
456
0
100
200
300
400
500
2000 2001 2002
200020012002
Bi l a ngan
5
230
295 332
118 111 124
0 50
100 150 200 250 300 350
2000 2001 2002
Tahun
Bilangan
Lelaki Perempuan
Rajah 1.2 : Bilangan Saudara Kita Yang Memeluk Islam Mengikut Jantina
Dari Tahun 2000 Hingga 2002
Sumber : (Statistik Data PengIslaman Saudara Kita),
Jabatan Agama Johor.
Tatkala membicarakan persoalan saudara baru, timbul persoalan yang
terlintas di minda, apakah golongan ini patut digelar saudara baru semata-mata
kerana ia baru sahaja memeluk Islam? Jawapannya sudah tentu tidak. Sebaliknya,
penggunaan kata ini hanyalah sebagai landasan perbezaan antara seorang Muslim
secara keturunan dan mereka yang baru memeluk agama Islam. Pengkelasan ini
bertujuan untuk memudahkan pihak-pihak tertentu seperti badan-badan dakwah
untuk berinteraksi dan berkomunikasi serta menjalankan operasi dakwah ke atas
mereka.
Sebagai perbandingan makna dengan Kamus Dewan (2002 : 900), mualaf
diertikan sebagai orang yang baru memeluk agama Islam atau saudara baru.
‘Saudara baru’ adalah perkataan yang digunakan secara meluas dewasa ini.
Terdapat pelbagai reaksi masyarakat terhadap penggunaan perkataan ini. Segelintir
masyarakat tidak menyukai bahkan tidak bersetuju dengan pemakaian istilah tersebut
dengan berasaskan rasional bahawa ia hanya akan meletakkan golongan ini di lapisan
kedua dalam heirarki masyarakat Muslim. Namun begitu, kedapatan juga masyarakat
dan mereka yang baru memeluk Islam sendiri yang tidak bersetuju dengan
pemakaian istilah ini atas alasan dan sebab-sebab yang tertentu. Meskipun begitu,
Bi la ngan
6
realitinya golongan ini (saudara baru) adalah merupakan suatu aset yang amat
penting dan berharga dalam konteks dakwah di Malaysia amnya, dan dalam
masyarakat Muslim khasnya.
Nor Raudah Siren (2000) selaku Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan
Manusia, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, menjelaskan dalan Jurnal
Usuluddin, saudara baru merupakan masyarakat Islam yang dimuliakan di sisi Allah
yang memerlukan bimbingan dan keprihatinan bagi memantapkan lagi keimanan dan
keyakinan mereka terhadap agama baru yang mereka anuti. Mereka juga berharap
orang Islam sendiri menerima mereka sebagai saudara seagama tanpa sebarang
prejudis.
Menurut Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester (Majalah I : 2003), ada
yang menyarankan agar perkataan mualaf atau saudara baru digantikan dengan
perkataan lain yang lebih menampakkan kemesraan dan sama tarafnya dalam
masyarakat. Perkataan yang paling sesuai menurutnya ialah ‘saudara kita’ yang kini
kerap digunakan oleh jabatan agama Islam di seluruh negara.
Perkataan saudara kita dari sudut takrif sama sahaja dengan saudara baru,
iaitu merujuk kepada mereka yang baru memeluk Islam. Namun, penggunaan
kalimah ini sehingga kini lebih selesa, tepat dan diterima khususnya oleh kumpulan
itu sendiri. Secara global, perkataan ini dapat menghapuskan jurang perbezaan dan
sebarang diskriminasi antara orang baru dan orang lama dalam agama Islam.
Penulis sendiri merasakan lebih selesa dengan penggunaan istilah saudara
kita agar tidak menyinggung mana–mana pihak di samping menyahut reformasi
umum tentang kata panggilan ini kerana kata ini dirasakan lebih mesra dan
bersesuaian dengan konteks dunia globalisasi dewasa ini.
Meskipun terdapat kepelbagaian kata yang digunakan, sebarang prejudis dan
tanggapan negatif daripada anggota masyarakat akan terhakis sekiranya imej diri
mereka dibina berlandaskan garis panduan Islam serta menjadikan Islam sebagai
7
corak hidup mereka sehinggalah ianya sebati dengan diri mereka. Akhirnya, pihak
yang memandang enteng terhadap mereka selama ini akan terbuka mata mereka
dengan usaha dan kegigihan para mualaf. Al Khaliq, Allah sendiri telah memberi
peringatan-Nya dalam al-Kitab :
Maksudnya : “ Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari
seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-
bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali.
Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang
bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal ”.
( Al Hujurat : ayat 13 )
Ayat ini sekaligus menghapuskan dasar diskriminasi serta ketidakadilan,
termasuklah dalam persoalan baru atau pun lama seseorang itu memeluk agama
Islam. Kayu ukur kemuliaan seseorang di sisi Allah ialah aspek ketakwaan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Saudara kita merupakan golongan yang perlu dipelihara oleh semua pihak.
Mereka memerlukan khidmat nasihat dan sokongan yang padu daripada semua
pihak. Masyarakat umum mengetahui bahawa pelbagai polemik dan cabaran
dihadapi oleh mereka yang baru memeluk Islam. Namun begitu, berapa ramaikah
daripada masyarakat yang sedar tentang masalah dan hubungan kekeluargaan para
saudara kita setelah memeluk Islam. Ramai mengakui institusi keluarga memainkan
peranan penting dalam perkembangan mental dan fizikal seseorang. Tidak terkecuali
8
saudara-saudara kita, golongan ini lebih memerlukan sokongan dan pemahaman
keluarga mereka dalam melayari dunia baru dengan berpaksikan syahadah dan takrir
kepada Yang Esa.
Nor Raudah Siren (2000) ketika mengulas tentang saudara baru menyatakan :
“saudara baru merupakan masyarakat Islam yang dimuliakan di sisi Allah
yang memerlukan bimbingan dan keprihatinan bagi memantapkan lagi
keimanan dan keyakinan mereka terhadap agama baru yang mereka anuti.
Mereka juga berharap agar masyarakat Islam sendiri boleh menerima
mereka sebagai saudara seagama tanpa sebarang prejudis”.
Dalam menjalani kehidupan yang serba baru, golongan saudara baru tidak
terlepas dari pelbagai cabaran yang mampu menggugat keimanan mereka sekiranya
ia tidak benar-benar teguh. Pelbagai masalah terpaksa didepani sama ada dari segi
emosi, adat, budaya, kekeluargaan, ekonomi, kerjaya, birokrasi, perundangan dan
sebagainya. Masalah-masalah ini mampu merebak dan mengesani saudara baru
dengan lebih serius hingga ke peringkat kembali kepada agama asal (murtad)
sekiranya ia tidak ditangani dengan segera ( Lokman Ab. Rahman 1995 : 62 ).
Antara cabaran dan masalah besar yang sering membelenggu saudara kita
menyentuh hubungan kekeluargaan ialah penyingkiran oleh kaum keluarga dan
masyarakat asal (Anuar Puteh : 2000). Secara umumnya, masyarakat asal mereka
menganggap penukaran agama kepada agama Islam sebagai satu perbuatan yang
terkutuk dan amat dibenci kerana mereka beranggapan bahawa Islam adalah agama
orang Melayu sahaja. Ia adalah satu bentuk pengkhianatan dan penghinaan kepada
keturunan dan perjuangan bangsa. Bagi mereka juga, ia memutuskan ikatan
kekeluargaan dan keturunan yang dibina selama ini.
9
Lantaran itu, ada di kalangan saudara kita yang disingkir keluarga dan
masyarakat asal mereka. Masalah ini bukanlah satu fenomena yang baru bahkan
ianya seakan-akan telah menjadi satu tradisi yang wujud bersama-sama dengan
penerimaan saudara kita yang memeluk agama Islam. Namun begitu, sejak
kebelakangan ini masalah tersebut agak berkurangan. Situasi ini mungkin terjadi
ekoran kesedaran dan pengetahuan masyarakat bukan Islam itu sendiri, bahawa
agama Islam itu bukan membawa kepada permusuhan dan perseteruan.
Selain itu, terdapat juga situasi di mana sesetengah ahli keluarga boleh
menerima keislaman saudara kita, tetapi ditentang ketua keluarga atau pun ahli
keluarga yang lain. Berdasarkan temuramah yang dijalankan oleh penyelidik
bersama Encik Mohd Fahmi Bin Abdullah, terdapat ugutan yang dikeluarkan oleh
ketua keluarga untuk membunuh anaknya jika ia pulang ke rumah. Oleh itu, sudah
pastinya individu yang berhadapan dengan ugutan ini takut untuk balik ke rumah
atau kembali berhubungan seperti dahulu dengan ahli keluarganya.
Berdasarkan beberapa polemik yang telah diutarakan, jelaslah di sini keluarga
‘baru’ mereka setelah melafazkan syahadah, iaitu masyarakat Islam sendirilah
menjadi harapan untuk mereka yang bermasalah dengan keluarga asal mereka untuk
meneguhkan keyakinan dan memantapkan keimanan.
Menurut Datin Sabariah Tuan Ishak (2002), selaku Pengerusi PERKIM
Kelantan :
“nasib serta penderitaan saudara kita tetap dikongsi bersama”.
Jelaslah di sini bahawa saudara kita tidak keseorangan dalam menghadapi
masalah dan cabaran. Justeru, seluruh umat Islam bertanggungjawab untuk sama-
sama menghulurkan bantuan daripada pelbagai aspek, bagi meringankan beban yang
ditanggung saudara-saudara kita, agar akidah dan keimanan mereka terus padu dan
kukuh.
10
Memetik kata-kata Setiausaha Kehormat PERKIM Kelantan, Hj Ghazali Abd
Rahman (2003) :
‘Kita perlu membantu mereka dari segi kewangan, khidmat nasihat dan
membimbing mereka menghayati Islam sepenuhnya’.
Justeru, umat Islam seluruhnya hendaklah bersedia menghulurkan bantuan
dan sokongan serta dorongan yang mantap daripada pelbagai aspek kepada saudara
kita yang pastinya mengambil masa untuk memantapkan kedudukan mereka sebagai
seorang Muslim yang mengalami pelbagai polemik dan cabaran ekoran tekanan dan
spekulasi daripada pelbagai pihak.
Jelaslah di sini bahawa tanpa sokongan keluarga, amat payah untuk seseorang
melayari kehidupan apatah lagi apabila menganut agama yang baru. Pelbagai
masalah dan cabaran yang dihadapi saudara kita diketengahkan oleh ramai pengkaji
dan penulis, namun sukar dan mungkin tiada rekod khusus dicatatkan tentang
hubungan kekeluargaan saudara kita setelah memeluk Islam.
Menyedari kekosongan penemuan berkaitan tajuk ini, penyelidik merasa
terpanggil untuk memenuhi kekurangan tadinya dengan mengkaji tentang hubungan
kekeluargaan saudara kita setelah mereka memeluk Islam.
1.3 Pernyataan Masalah
Generalisasi tentang ‘masuk Islam, masuk Melayu’ telah menjadikan
sebahagian daripada saudara kita terbelenggu dengan tekanan dan penolakan
daripada keluarga asal mereka. Natijahnya, kehidupan mereka sebagai seorang
Muslim terpaksa diteruskan tanpa sokongan keluarga di samping terputus hubungan
kekeluargaannya dengan insan-insan yang disayanginya.
11
Bertitik tolak daripada permasalahan dan situasi di atas, kajian dibuat untuk
memastikan bahawa adakah benar penolakan dan reaksi negatif terhadap keislaman
responden masih berlaku pada masa kini. Jika ya, apakah faktor-faktor penolakan
keluarga terhadap keislaman saudara kita. Jika tidak, apakah faktor-faktor
penerimaan keluarga terhadap saudara kita. Segala persoalan akan cuba dikupas
dalam kajian ini.
1.4 Objektif Kajian
Objektif umum penyelidikan ini adalah untuk mengetahui penerimaan
keluarga terhadap para saudara kita. Antara objektif khususnya pula adalah seperti
berikut :
1.4.1 Mengetahui reaksi keluarga terhadap keislaman saudara kita.
1.4.2 Mengetahui faktor-faktor penerimaan keluarga terhadap saudara kita.
1.4.3 Mengetahui faktor-faktor penolakan keluarga terhadap saudara kita.
1.5 Persoalan Kajian
Bagi menjalankan penyelidikan ini, perkara tersebut telah difokuskan kepada
beberapa persoalan penting berdasarkan objektif yang telah digariskan. Persoalan
tersebut adalah :
1.5.1 Sejauh mana penerimaan keluarga terhadap keislaman saudara kita.
1.5.2 Adakah saudara kita menghadapi masalah kekeluargaan setelah mereka
memeluk Islam.
12
1.5.3 Apakah faktor penerimaan keluarga terhadap saudara kita selepas keislaman
mereka.
1.5.4 Apakah faktor penolakan keluarga terhadap saudara kita selepas keislaman
mereka.
1.6 Kepentingan Kajian
Diharapkan agar kajian ini dapat membantu mana-mana pertubuhan kerajaan
dan bukan kerajaan dalam rancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti dakwah
mereka terhadap saudara kita dan masyarakat Islam. Penulis juga berharap agar
pihak-pihak ini dapat mempertingkatkan bantuan seperti khidmat nasihat terhadap
mereka yang baru memeluk Islam. Selain itu, kajian ini juga penting buat masyarakat
Islam, agar mereka beroleh informasi tentang hubungan kekeluargaan saudara kita
setelah memeluk Islam. Kajian ini juga perlu untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat Islam umum tentang situasi saudara kita setelah memeluk Islam, agar
mereka sama-sama dapat membantu dalam meringankan beban dan masalah serta
penderitaan yang ditanggung oleh saudara kita. Di samping itu, kajian ini juga
penting bagi orang perseorangan serta individu-individu yang berminat untuk
mengkaji tentang hubungan kekeluargaan saudara kita dan ianya bermanfaat sebagai
perintis kajian yang seterusnya. Mana-mana pendakwah juga boleh memanfaatkan
kajian ini dalam usaha untuk menyebarkan dakwah Islamiah kepada golongan bukan
Islam atau pun masyarakat Muslim sendiri.
Secara umumnya, kajian ini juga bermanfaat bagi semua pihak dan dapatan
kajian ini juga boleh diaplikasikan untuk aktiviti dakwah dalam usaha untuk
mempertingkatkan dan memperluas syiar Islam.