2
Sejak dahulu sehingga sekarang, hanya kita yang berbicara dan berganding atas nama rakyat dan menjadi penyambung rasa, cita, lidah dan aspirasi rakyat Malaysia. Barisan Nasional sentiasa mendahulukan rakyat, mampu mengotakan apa yang dijanjikan, sekali gus mengangkat Negara ke tahap yang sungguh membanggakan. Apa yang jelas ialah orang lain hanya mampu memperdagangkan mimpi, mencanangkan angan-angan, mencetak khayalan, sedangkan parti kitalah yang sebenarnya menjadi barisan pejuang tulen rakyat, yang berpasak di bumi serta bersandarkan perancangan yang jitu dan perlaksanaan kerja yang tersusun. Antara nilai Barisan Nasional yang paling penting ialah ciri kebijaksanaan, keikhlasan dan kemampuan untuk memimpin berbekalkan wawasan dan kepentingan yang jauh lebih besar, iaitu mewujudkan sesebuah Negara yang aman, stabil dan maju. Ia ibarat pohon yang rending, semua orang boleh berlindung dan berteduh. Perhubungan kaum dan cara kerajaan menguruskannya di Malaysia adalah suatu yang amat membanggakan. Kerajaan menangani reality kemajmukan secara realistic dan berpegang kepada prinsip sejagat bahawa semua makhluk dicipta Tuhan dengan hak yang tidak dapat dinafikan. Sejarah menunjukan bahawa kita tidak pernah mengapi-apikan sentimen perkauman atau menjadikan rasisme sebagai teras pengurusan perhubungan kaum di Negara ini. Malah, Amerika Syarikat yang kononnya Negara contoh kepelbagian demokrasi, mengambil masa selama 87 tahun dari tarikh pengisytiharan kemerdekaannya untuk menyatakan ‘semua manusia diciptakan sama’ (all men are created equal) kepada emansipasi menghapuskan perhambaan. Amerika Syarikat juga mengambil masa selama 102 tahun lagi selepas itu untuk mengharamkan semua bentuk diskriminasi dalam pendaftaran pengundian. Di Malaysia, sejak merdeka kerajaan tidak pun menjadikan isu kaum dan warna kulit sebagai alasan untuk menghadkan hak kelayakan mendaftar mengundi apatah lagi menentukan tempat duduk di restoran dan kenderaan awam, serta mengasingkan penggunaan bilik air seperti yang berlaku di negara lain.

Hubungan Etnik

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Hubungan Etnik

Sejak dahulu sehingga sekarang, hanya kita yang berbicara dan berganding atas nama rakyat dan menjadi penyambung rasa, cita, lidah dan aspirasi rakyat Malaysia. Barisan Nasional sentiasa mendahulukan rakyat, mampu mengotakan apa yang dijanjikan, sekali gus mengangkat Negara ke tahap yang sungguh membanggakan.

Apa yang jelas ialah orang lain hanya mampu memperdagangkan mimpi, mencanangkan angan-angan, mencetak khayalan, sedangkan parti kitalah yang sebenarnya menjadi barisan pejuang tulen rakyat, yang berpasak di bumi serta bersandarkan perancangan yang jitu dan perlaksanaan kerja yang tersusun.

Antara nilai Barisan Nasional yang paling penting ialah ciri kebijaksanaan, keikhlasan dan kemampuan untuk memimpin berbekalkan wawasan dan kepentingan yang jauh lebih besar, iaitu mewujudkan sesebuah Negara yang aman, stabil dan maju. Ia ibarat pohon yang rending, semua orang boleh berlindung dan berteduh.

Perhubungan kaum dan cara kerajaan menguruskannya di Malaysia adalah suatu yang amat membanggakan. Kerajaan menangani reality kemajmukan secara realistic dan berpegang kepada prinsip sejagat bahawa semua makhluk dicipta Tuhan dengan hak yang tidak dapat dinafikan.

Sejarah menunjukan bahawa kita tidak pernah mengapi-apikan sentimen perkauman atau menjadikan rasisme sebagai teras pengurusan perhubungan kaum di Negara ini. Malah, Amerika Syarikat yang kononnya Negara contoh kepelbagian demokrasi, mengambil masa selama 87 tahun dari tarikh pengisytiharan kemerdekaannya untuk menyatakan ‘semua manusia diciptakan sama’ (all men are created equal) kepada emansipasi menghapuskan perhambaan. Amerika Syarikat juga mengambil masa selama 102 tahun lagi selepas itu untuk mengharamkan semua bentuk diskriminasi dalam pendaftaran pengundian.

Di Malaysia, sejak merdeka kerajaan tidak pun menjadikan isu kaum dan warna kulit sebagai alasan untuk menghadkan hak kelayakan mendaftar mengundi apatah lagi menentukan tempat duduk di restoran dan kenderaan awam, serta mengasingkan penggunaan bilik air seperti yang berlaku di negara lain.

Lataran itu, tiada sesiapa boleh menafikan peranan Barisan Nasional sebagai parti pelbagai kaum sebenar yang memperjuangkan kesejahteraan hidup antara kaum di Malaysia selama ini. Kita dianggotai oleh pelbagai jenis parti berasaskan kaum da nada yang bersifatkan pelbagai kaum.

Kerajaan bukan sahaja menguruskan sebuah Negara berbilang kaum dengan baik, malah Berjaya memajukan bidang sosioekonomi dan memastikan keselamatan serta ketenteraman nasional. Kerajaan mencipta kemakmuran melalui rancangan jangka panjang, reformasi tanah besar-besaran , perang terhadap kemiskinan, dasar ekonomi baru, dasar pembangunan nasional dan dasar pembangunan wawasan.

Hari ini kita menggariskan laluan besar seperti Program Transformasi Kerajaan (Government Transformation Programme) atau GTP, Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme) atau PTP. Antara contoh PTP terkini ialah perubahan bersejarah dalam kerajaan sejak ia ditubuhkan, iaitu berkaitan keahlian.

Page 2: Hubungan Etnik

Atas prinsip keterangkuman dan berjiwa besar, kita ingin menarik seberapa ramai rakyat, NGO, persatuan, penyokong dan generasi muda supaya dapat bersama dalam perjuangan ini, lantas kita bersetuju untuk mewujudkan