28
AUEA1101 : PENGANTAR HUBUNGAN ANTARABANGSA NAMA : FAZATOL ELLISSA BINTI MEOR FIESAL NOMBOR MATRIK : AEU140004 NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. JATSWAN SINGH A/L HARNAM SINGH

hubungan anara

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: hubungan anara

AUEA1101 : PENGANTAR HUBUNGAN ANTARABANGSA

NAMA : FAZATOL ELLISSA BINTI MEOR FIESAL

NOMBOR MATRIK : AEU140004

NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. JATSWAN

SINGH A/L HARNAM SINGH

SOALAN : BINCANGKAN PERANAN PELAKU BUKAN

NEGARA DALAM HUNGUNGAN ANTARABANGSA.

Page 2: hubungan anara

1.0 PENGENALAN

Dalam dunia diplomasi, undang-undang antarabangsa, journalisme dan analisis akedemik,

hubungan antarabangsa dianggap mempunyai hubungan unit koheran yang dipanggil negara.

Terdapat dua jenis aktor iaitu negara dan pelaku bukan negara. Negara akan dikawal dan diselia

oleh sesebuah kerajaan dan negara memainkan peranan yang penting dalam hubungan

antarabangsa. Pelaku bukan negara pula merupakan mana-mana pelaku yang tidak mempunyai

kerajaan. 1Namun, pelaku bukan negara juga memainkan peranan yang penting sehingga boleh

membawa impak yang besar dalam sesebuah negara.

Politik, ekonomi dan pengaruh sosial merupakan peranan yang penting yang dipegang oleh

pelaku bukan negara dan membolehkan mereka memegang pengaruh di sesebuah negara dan

kadang kala sehingga ke peringkat antarabangsa walaupun mereka tidak bersekutu dengan mana-

mana institusi mahupun negara. Pelaku bukan negara tidak berhubung secara langsung dengan

sesebuah negara tetapi mempunyai tujuan dan boleh mempengaruh sesebuah negara.

Pelaku bukan negara termasuklah individu, pertubuhan dalam negeri, organisasi

antarabangsa bukan kerajaan (INGOs), syarikat multinasional (MNCs), organisasi antara

kerajaan (IGOs), organisasi pelaku jenayah transnasional (TCOs) dan organisasi pengganas.

Selain itu, pelaku bukan negara ini bukan sahaja mempunyai kuasa dan keupayaan untuk

mempengaruh, malah mereka mempunyai pangkalan atau ibu pejabat yang beroperasi di

sesetengah Negara dan beroperasi merentasi sempadan serta meluaskan pengaruhnya.

1 John Baylis dan Steve Smith(eds.), The Globalization of World Politics, Oxford : Oxford University Press, 2001, hlm. 358

Page 3: hubungan anara

2.0 JENIS PELAKU BUKAN NEGARA DAN PERANAN YANG DIBAWA.

Terdapat beberapa jenis pelaku bukan negara yang ada dalam dunia hubungan antarabangsa

ini. Setiap pelaku bukan negara ini membawa peranan yang berbeza-beza mengikut jenis

organisasi masing-masing.

2.1 Organisasi Antarabangsa Bukan Kerajaan (INGOs)

Organisasi ini merujuk kepada badan bukan kerajaan yang bergerak di peringkat

antarabangsa. Dalam era globalisasi ini, ramai yang berlumba-lumba untuk masuk pertubuhan ini

untuk mempunyai pengaruh dalam sistem global dan melobi supaya mendapat pengaruh dalam

organisasi antarabangsa. Sememangnya, bilangan organisasi ini telah berkembang dari semasa ke

semasa. Kesatuan Persatuan Antarabangsa telah mengenalpasti sekurang-kurangnya 25000

INGOs bukan berkeuntungan. Organisasi ini bukanlah dianggotai oleh negara-negara, tetapi

dianggotai oleh individu secara sukarela yang mempunyai populasi lebih dari dua buah negara.

Kebanyakan daripada INGOs ini berasas daripada peringkat tempatan.

Mereka telah membentuk organisasi ini untuk mencakupi keperluan bersama,

bekerjasama dalam mempengaruhi dasar-dasar kerajaan dan sebagainya. Banyak masalah yang

telah dikesan dengan adanya organisasi seperti ini apabila perbincangan yang teliti dilakukan.

Mereka mengambil satu kata sepakat secara kolektif dalam sesuatu membuat keputusan. Tujuan

penubuhan organisasi ini dilihat penting dari segi aspek kemanusiaan, perlindungan alam sekitar,

perjuangan hak asasi manusia dan sebagainya. INGOs membawa pelbagai peranan seperti

Page 4: hubungan anara

membawa menggalakkan perkembangan dalam pembangunan yang mampan dan menyokong

dasar yang tertentu dalam saluran alternatif penyertaan politik. Matlamat yang diperjuangkan

oleh organasasi ini sangat dihormati, disokong dan tidak menimbulkan sebarang kontroversi

yang boleh menggugat keselamatan negara.

Organisasi Antarabangsa Bukan Kerajaan (INGOs) ini juga boleh dibahagikan kepada

dua kumpulan iaitu :-

1. Kumpulan Advokasi.

Kumpulan ini lebih dikenali sebagai kumpulan tekanan kerana kumpulan ini akan

berbincang, bertindak dan memberi tekanan kepada orang ramai demi mencapai

matlamat yang diperjuangnya. Kumpulan advokasi inilah yang memperjuangkan hak

asasi manusia seperti yang telah berlaku di Cambodia. Negara Cambodia terkenal

dengan kegiatan periuk api yang telah banyak meragut banyak nyawa dan

memberikan kecacatan yang kekal kepada individu yang terlibat dari pelbagai

peringkat umur terutamanya di kawasan terpencil. Usaha kumpulan advokasi inilah

yang telah membawa kepada pengharaman penggunaan periuk api di dunia melalui

Perjanjian Ottawa 1997. Selain itu, Amnesty International telah melakukan kempen

melalui surat bertulis bagi pihak mangsa pencabulan hak asasi manusia. Human

Rights Watch juga telah menjadi pemerhati dalam menjaga norma-norma hak asasi

manusia dan memberi amaran agar tidak mencabul hak asasi manusia kepada China,

Amerika Latin dan sebagainya. World Church Service bersama-sama INGOs yang

lain berganding bahu dalam membantu mangsa kemarau di Sahel pada tahun 1970.2

2 Karen Mingst, Essentials of International Relations, United States of Amerika : 1999, hlm. 226-227

Page 5: hubungan anara

Mereka telah menganjurkan kerjasama menghasilkan makanan tempatan,

menyediakan biji benih dan kepakaran teknikal dalam membantu para wanita di sana

untuk menghasilkan sumber makanan dengan tanah yang sangat terhad dan

berkurangan.3

2. Berlandaskan projek.

Kumpulan ini lebih memfokuskan kepada projek-projek yang membawa

perkembangan pembangunan. Tujuan utamanya ialah untuk membasmi kemiskinan

yang berlaku di negara mahupun di peringkat dunia. Seperti mana yang telah

dilakukan oleh OXFAM dan World Catholic Relief, mereka telah memberikan

bantuan kepada mangsa bencana alam dan pelarian terutamanya mereka yang berada

di Somalia, Yugoslavia dan Rwanda. Greenpeace juga merupakan salah satu contoh

INGOs yang telah lantang menyuarakan dan menyelamatkan aktiviti penangkapan

ikan paus oleh pihak Jepun. Dengan menggunakan undang-undang antarabangsa,

mereka telah berjaya menghadkan aktiviti penangkapan ikan paus. Seterusnya,

Greenpeace juga telah mengkritik Setiausaha Am Program Alam Sekitar Negara

Bangsa Bersatu, Mostafa Tolba semasa pertemuan 1990 untuk menyemak semula

Protokol Montreal 1987 kerana beliau tidak menitik beratkan syarat dan peraturan

dalam memusnahkan bahan kimia yang mesra ozon. Mereka dan Majlis Pertahanan

Sumber Semula Jadi telah mengadakan siding akhbar, memberi risalah kepada orang

ramai dalam usaha mengkritik dan menyedarkan orang ramai tentang peraturan yang

lemah itu serta menyedakan tentang bahayanya keadaan itu terhadap alam sekitar. Di

3 Ibid, hlm. 192

Page 6: hubungan anara

samping itu, projek mengatasi masalah kebuluran di negara Afrika telah menjadi

salah satu projek yang dijalankan oleh mereka.

INGOs merupakan pelaku utama di peringkat asas dalam menggerakkan individu untuk

bertindak. Mereka mempunyai keistimewaan dalam menjalankan tadbir urus di peringkat global.

Lazimnya mereka bebas daripada mana-mana negara berdaulat dan keadaan ini membuatkan

mereka mudah untuk melaksanakan polisi antarabangsa dengan lebih cepat dan secara terus

tanpa perlu bimbang dengan risiko terhadap sensitiviti sesebuah negara berbanding IGOs.

Mereka boleh menyertai dalam pelbagai peringkat daripada pembentukan polisi sehinggalah

membuat keputusan untuk melakukan perlaksanaan. INGOs juga boleh mempengaruhi perilaku

sesebuah negara, menekan pihak berkuasa untuk mengenakan sekatan, membuat siasatan secara

bebas dan memberi sedikit tekanan dengan mengumpulkan isu-isu berkaitan agar pematuhan

dapat dilaksanakan. Keadaan ini membuatkan INGOs pelaku yang berkuasa, berpengaruh dan

serba boleh.4

4 Ibid, hlm. 257

Page 7: hubungan anara

2.2 Syarikat Multinasional (MNCs )

Selepas Perang Dunia Ke 2, kita dapat melihat peningkatan dalam bilangan MNCs di

dunia. MNCs merujuk kepada syarikat yang berpangkalan di sebuah negara dan beroperasi

secara aktif serta melabur di negara lain. Syarikat ini mempunyai cawangan atau syarikat induk

yang beroperasi di bawah satu nama syarikat. Situasi ini dikenali sebagai negara tuan rumah dan

negara penerima. Syarikat-syarikat ini penting kerana mereka memainkan peranan yang besar

dalam ekonomi sesebuah negara. Mereka juga merupakan enjin utama dalam perkembangan

pembangunan sesebuah negara.

Syarikat-syarikat MNCs ini mempunyai sifat kawalan yang agak tinggi di sesebuah

negara kerana mereka mempunyai kuasa berpengaruh dalam ekonomi. MNCs kebiasaannya

mengawal sumber-sumber yang besar dan beroperasi di peringkat antarabangsa dengan

kecekapan yang lebih tinggi dari negara-negara kecil. Keadaan ini disebut sebagai saling

kebergantungan yang berlaku di sesebuah negara.5 Syarikat MNCs ini berupaya untuk membawa

kepada perkembangan pembangunan dan peningkatan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup

rakyat kerana mereka mampu memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. MNCs

menyediakan negara miskin dengan sesuatu yang amat diperlukan oleh mereka iaitu pelaburan

dan hasil cukai. Sebagai balasan mereka beri pelindungan kepada MNCs dengan memberikan

pasaran yang baik dan politik negara yang stabil.6 Apabila MNCs bertindak dengan cara yang

bertentangan dengan kepentingan politik sesebuah negara, mereka boleh menjadi sangat bahaya

5 Joshua S. Goldstein dan Jon C. Pevehouse, International Relations, United States : Pearson, 2006, hlm. 136 Ibid, hlm. 13

Page 8: hubungan anara

kerana mereka boleh mengawal ekonomi sesebuah negara. Mereka merupakan pelaku ekonomi

yang penting dan harus dikawal tindak tanduknya. MNCs boleh mewujudkan ketidaksamaan dan

ketidakadilan dalam sistem ekonomi antarabangsa.

MNCs boleh berada dalam banyak bentuk seperti berada dalam syarikat tertentu dengan

menyertai hanya dalam aktiviti export dan import, membuat pelaburan yang besar dalam

sesebuah negara asing, melibatkan diri dalam kontrak industri pembuatan di mana penduduk

tempatan di sesebuah negara membuat produk mereka, membuka sendiri industri pembuatan atau

mengumpulkan operasi mereka di sesebuah negara7.

Selain itu, syarikat MNCs ini sangat diperlukan oleh negara-negara yang sedang

membangun. Kadang kala, aset atau kekayaan yang dimiliki oleh syarikat MNCs ini boleh

mengatasi kekayaan sesebuah negara seperti Iraq. MNCs membawa kepada perkembangan

pembangunan yang positif kerana mereka membuat keuntungan dalam pasaran yang cekap.

MNCs juga boleh dianggap sebagai tali kepada pusingan modal, idea dan pertumbuhan ekonomi

sesebuah negara dan disebabkan itu MNCs seharusnya bergerak secara bebas dalam sesebuah

negara.8

7 Ibid, hlm. 2238 Karen Mingst, Essentials of International Relations, New York: W.W. Norton & Company, 1999, hlm. 224

Page 9: hubungan anara

Terdapat beberapa bentuk pelaburan yang melibatkan syarikat MNCs dan boleh

diklasifikasikan. Antaranya ialah :-

Pelaburan Secara Langsung (FDI)

Pelaburan secara langsung kebanyakannya boleh didapati dalam bentuk kerjasama

perindustrian antara negara. Syarikat ini membuat barangan di kilang-kilang dan

menjualnya kepada pengguna di negara lain. Syarikat MNCs banyak boleh

didapati dalam sektor pembuatan seperti bidang automotif, minyak dan gas dan

industri elektronik. Antara contoh syarikatnya ialah, Toyota, Intel, Sony, Petronas

dan banyak lagi.

Port Folio

Syarikat MNCs ini melabur dan memegang port folio seperti pasaran saham,

pasaran kewangan asing, pasaran masa hadapan dan lain-lain lagi. Port folio

sangat penting kerana port folio melibatkan spekulasi yang boleh mempengaruh

keadaan ekonomi sesebuah negara itu. Spekulasi yang tidak baik akan

menyebabkan terjatuhnya ekonomi sesebuah negara.

Kesimpulannya, ekonomi antarabangsa boleh dikatakan dikawal oleh syarikat MNCs ini.

MNCs mempunyai kuasa yang meningkat sebagai pelaku yang tidak bergantung dengan mana-

mana kuasa atau negara. Mereka merupakan pelaku yang dominan dalam ekonomi politik

antarabangsa terutamanya dalam sistem ekonomi yang liberal.9

2.3 Organisasi Antara Kerajaan (IGOs)

9 Ibid, hlm. 225

Page 10: hubungan anara

Organisasi ini ditubuhkan antara negara dan merupakan organisasi yang diwujudkan atas

penyertaan dan kerjasama bersama negara-negara di dunia. Organisasi ini juga merupakan salah

satu organisasi antarabangsa. IGOs selalunya ditubuhkan dan mempunyai ahli yang lebih dari 3

buah negara. IGOs memerlukan lebih dari 3 buah negara supaya bentuk hungan mereka menjadi

multilateral iaitu hubungan pelbagai hala. Tujuan penubuhannya pula ialah, untuk menyelesaikan

masalah yang dihadapi oleh mereka dan membolehkan mereka mempunyai kuasa untuk

membuat keputusan secara kolektif. Selain itu, IGOs ditubuhkan untuk memenuhi keperluan

negara-negara dari segi politik, ekonomi, sosial dan keselamatan.10 Negara-negara dalam

organisasi ini akan mengadakankan pertemuan rasmi untuk membincangkan segala masalah, isu

dan segala minat yang ingin dikongsikan bersama seperti perkongsian dalam hubungan

perdagangan, teknologi, budaya dan sebagainya.

Di samping itu, organisasi ini boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat

serantau dan peringkat global. IGOs di peringkat global mempunyai keahlian yang universal atau

hampir universal. Negara Bersatu (UN) juga merupakan organisasi antara kerajaan (IGOs).

Pertubuhan IGOs seperti Liga Bangsa yang membentuk PBB secara tidak langsung telah

mengubah status pelaku negara yang dominan kepada status berkeutamaan sahaja. Namun, IGOs

tidak menghapuskan peranan negara sebaliknya hanya mampu mengubah status yang dimiliki

oleh negara sahaja. Antara contoh lain organisasi di peringkat global ialah, Tabung Kewangan

Antarabangsa (IMF), Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Pertubuhan Buruh Antarabangsa

10 Mohd Fo’ad Sakdan dan Muhammad Fuad Othman, Konflik Antarabangsa, UUM Sintok : UUM Press, 2012, hlm 30

Page 11: hubungan anara

(ILO) dan sebagainya. Di peringkat serantau pula terdapat petubuhan seperti ASEAN yang

ahlinya terdiri daripada negara ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) yang ahlinya terdiri daripada

negara-negara utama Eropah. Setiap IGOs ini mempunyai agenda dan peranan yang tersendiri

serta berbeza mengikut saiz organisasi dan keupayaannya.11

2.3 Organisasi Pelaku Jenayah Transnasional (TCOs)

TCOs merupakan organisasi yang beroperasi secara senyap atau boleh dipanggil sebagai

organisasi yang beroperasi secara senyap tanpa orang sedari. Organisasi ini berada di bawah satu

negara dan beroperasi merentas sempadan secara tidak sah. Mereka menjalankan kegiatan

ekonomi secara tidak sah di sisi undang-undang. Kebiasaannya, mereka ini sukar untuk dikesan

kerana mempunyai perancangan organisasi yang sangat rapi dan teliti. Di kalangan mereka juga

boleh terdiri daripada pelbagai peringkat umur termasuklah kanak-kanak dan warga tua. Mereka

juga boleh terdiri daripada semua lapisan masyarakat seperti pelajar, pekerja kerajaan dan

sebagainya.

Kebanyakan daripada mereka ini terdiri mempunyai kapasiti kewangan yang banyak

sehingga boleh menyebabkan mereka boleh mempengaruhi polisi sesebuah negara dan

sesetengah daripada mereka juga boleh mengancam keselamatan sesebuah negara. Antara

kegiatan yang dilakukan mereka ialah kegiatan mafia di Rusia. Terdapat lebih kurang 200

kumpulan mafia yang beroperasi di 60 buah negara di serata dunia. Mereka terlibat dengan

kegiatan penipuan, pengelakan membayar cukai, pemerdangan dadah, perjudian, pelacuran

11 Ibid, hlm 31

Page 12: hubungan anara

malahan pembunuhan. La Cosa Nostra dikenali sebagai Itali-Amerika mafia yang terlibat dengan

peminjaman wang secara haram, pengeboman, penipuan insurans kesihatan dan sebagainya.

Selain itu, terdapat kumpulan kongsi gelap yang berpangkalan di Hong Kong. Mereka mengawal

perjalanan bas di China secara senyap dan sering terlibat dengan pemerdagangan dadah dan

penipuan pinjaman wang.

Terdapat juga organisasi jenayah merentas sempadan yang lain seperti Fuk Ching yang

merupakan organisasi orang cina yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan terlibat dengan

gangsterisme, Heijin yang sering terlibat dengan jenayah kolar putih dan berprofil tinggi, Jao

Pho yang berpangkalan di Thailand yang melibatkan diri dengan politik serta perniagaan haram

dan sabagainya.

2.5 Kumpulan Bukan Politik Yang Sokong Keganasan (Pengganas)

Page 13: hubungan anara

Konsep keganasan tidak mempunyai istilah yang khas yang dipersetujui oleh definasi

antarabangsa. Sejak 1970an, pengganas antarabangsa yang ditaja oleh mana-mana negara atau

bilangan pelaku bukan negara ini semakin meningkat dan sering berniat untuk mengganggu

orang ramai supaya kepentingan mereka dapat dicapai. Keganasan dilakukan supaya perasaan

takut dipupuk dalam penduduk, negara, dan masyarakat antarabangsa.12 Kumpulan ini beroperasi

berhubung dengan pemimpin mahupun rakyat sesebuah negara itu secara tidak langsung.

Tujuannya ialah untuk memudahkan mereka untuk merangka perancangan dan pergerakan

mereka. Kuasa yang dimiliki oleh mereka mampu untuk menggugat hubungan antarabangsa

yang telah terjalin dengan baiknya dengan negara-negara lain.

Kumpukan pengganas ini boleh dibahagikan kepada 4 jenis mengikut kepentingan dan tujuan

masing-masing iaitu :-

1. Gerakan Anti Penjajah

Gerakan ini dilakukan untuk mementang penjajah yang berada di sesebuah negara

untuk merampas negara tersebut. Namun, gerakan ini tidak lagi wujud kerana tiada

lagi penjajahan yang berlaku selepas penjajahan menyalahi atau mencabuli

kedaulatan sesebuah negara.

2. Gerakan Revolusi

12 Trevor C. Salmon dan Mark F. Imber (eds.), Issues In International Relations, New York : Routledge, 2008, hlm. 108

Page 14: hubungan anara

Gerakan ini masih lagi aktif di serata dunia dan masih memperjuangkan matlamatnya

untuk mengubah keadaan yang sedia ada di sesebuah negara. Mereka masih bergerak

aktif untuk membawa kepada masyarakat yang mempunyai hak sama rata. Walau

bagaimanapun, gerakan revolusi ini sangat penting tetapi dalam cara yang berbeza

iaitu dengan membawa kepada perubahan yang positif atau baik kepada negara.

Antara contoh gerakan revolusi ialah, The Shining Part yang berlaku di Peru di mana

mereka menolak pemerintahan secara demokrasi dan menginginkan sesuatu yang

disebut sebagai ‘Demokrasi Baru’. Gerakan ini diketuai oleh Sandero Lumiroso dan

mereka menginginkan serta percaya dalam pemerintahan ditaktor. Selain itu, terdapat

juga gerakan revolusi yang lain iaitu Tupac Amaru yang pernah berlaku di Selatan

Amerika, gerakan revolusi di Quba dan lain-lain lagi.

3. Gerakan Pemisah

Gerakan pemisah ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu gerakan pemisah

secara aman dan gerakan pemisah secara tidak aman. Namun, gerakan pemisah ini

kebanyakannya akan membawa kepada keadaan yang tidak aman apabila mendapat

tentangan. Gerakan pemisah ini boleh berlaku apabila sekumpulan masyarakat mula

memikirkan identiti mereka. Keadaan ini akan menimbulkan masalah apabila mereka

mula mempersoalkan asal-usul mereka dan bertindak untuk melakukan gerakan yang

boleh mencetuskan kekecohan.

Nasionalisme yang berdasarkan perbezaan etnik atau budaya yang akan

membuatkan mereka terpisah. Pemisahan selalu berlaku disebabkan kekuasaan yang

ingin dimiliki oleh seseorang. Antara contoh gerakan pemisah secara aman ialah

Page 15: hubungan anara

gerakan pemisah di Quba. Gerakan Pemisah yang berlaku di Selatan Filipina

dilakukan oleh orang Moro yang mementang asimilasi Katolik Kristian. Masyarakat

muslim Filipina bimbang dengan politik, agama dan budaya mereka terhapus dengan

hadirnya asimilasi Katolik Kristian. Keadaan ini terjadi apabila kerajaan Filipina

ingin menjadikan Filipina sebagai sebuah negara bangsa iaitu melalui Pengisytiharaan

Persemakmuran Negara. Selain itu, terdapat Provisional Irish Republican Army

(PIRA) di Utara Ireland yang cuba untuk bersatu semula dengan Republik Ireland.13

Sememangnya, walaupun gerakan pemisah ini mendapat sokongan yang minoriti

dalam kalangan masyarakat, gerakan pemisah ini sangat sukar untuk dibasmi.

4. Gerakan Keganasan Pasca Moden

Gerakan ini mempunyai motovasi yang berbeza berbanding gerakan yang lain.

Mereka ini lebih maju daripada segala segi termasuklah cara pergerakan mereka yang

lebih cepat dan sukar dikesan, penggunaan senjata, cara pemberontakan, dan

penyusunan perancangan serta organisasi mereka berbeza. Mereka juga ingin

menukar keadaan semula jadi dalam sesebuah negara itu. Mereka mencabar norma-

norma masyarakat yang sedia ada di sesebuah negara dengan kerana sekularisasi yang

terbentuk daripada modenisasi dan rasionalisasi telah menyebabkan agama

kehilangan pengaruhnya di semua apek kehidupan terutamanya dari segi sosial dan

pemerintahan. 14

13 Ibid, hlm. 11014 Karen Mingst, Essentials of International Relations, New York: W. W. Norton & Company, 1999, hlm. 190

Page 16: hubungan anara

Motovasi utama kumpulan ini adalah aspek keagamaan. Mereka merupakan

golongan pelampau yang ingin menerapkan nilai-nilai keagamaan terutamanya agama

Islam dalam pemerintahan yang sedia ada dan yang berfungsi di sesebuah negara.

Mereka berada dalam bilangan yang sangat sedikit dan sukar untuk dikesan. Mereka

berada dalam kalangan orang ramai dan bertindak normal sehingga hari mereka ingin

melakukan operasi. Pengikut kumpulan pengganas ini sangat teliti dan setia serta

sangat taksub dalam mencapai matlamat mereka.

Contoh yang paling jelas ialah perjuangan Al-Qaeda di Iraq. Mereka beroperasi di

setiap lapisan masyarakat yang mempunyai tindak tanduk yang normal. Mereka

mempunyai pangkalan, idea serta platform dalam melakukan peperangan. Pada tahun

2005, mereka mula memberikan tumpuan dalam melaksanakan kes berprofil tinggi

dan melancarkan serangan berani mati terhadap pentadbir Iraq. Mereka telah

melancarkan pelbagai serangan yang telah banyak meragut nyawa penduduk seperti

pengeboman semasa pilihan raya dijalankan pada bulan Januari, bertanggungjawab

dalam penculikan duta Mesir ke Iraq iaitu Ihad Al-Sherif, pengeboman di beberapa

masjid dan sebagainya. Walaupun kebanyakan pengganas ini mempunyai matlamat

yang hamper serupa, namun Al-Qaeda tidak sama dengan ISIS. Perjuangan mereka

berbeza kerana Al-Qaeda menentang golongan Syiah manakala ISIS pula cuba untuk

memisahkan golongan Sunnah dan Syiah

Contoh yang lain pula ialah, Jemaah Islamiyah yang mempunyai kaitan dengan

Al-Qaeda. Mereka cuba untuk mengubah pentadbiran yang sedia ada di Asia

Page 17: hubungan anara

Tenggara dengan pentadbiran khalifah Islam serantau. Mereka juga

bertanggungjawab dengan pengeboman yang berlaku di Bali, Indonesia pada 12

October 2002.

Pada masa kini, target mereka untuk menyerang menjadi semakin besar dan

membahayakan orang awam yang lebih ramai. Mereka meletakkan target di tempat

awam seperti bas, bangunan besar seperti New York’s Trade Center dan tenemen

seperti di India dan German. Tanggungjawab terhadap pengganas yang melakukan

keganasan menjadi semakin sukar kerana kebanyakan daripada mereka mempunyai

rangkaian sokongan dalam populasi penduduk. Tekanan semakin tinggi kerana

masyarakat bimbang dengan ketidakseimbangan dalam keganasan yang berlaku

walaupun mereka membunuh dalam bilangan yang sedikit pada mulanya. Namun,

keadaan ini telah berubah dari semasa ke semasa apabila target mereka menjadi

semakin besar. Walaupun dengan adanya peralatan yang canggih untuk mengesan

sesetengan senjata yang merbahaya dan organisasi tertentu yang mempunyai

kepakaran dalam mengendali pengganas, individu yang komited atau kumpulan

pengganas ini sukar untuk dikesan.

Page 18: hubungan anara

3.0 KESIMPULAN

Walaupun negara kekal sebagai pelakon yang paling penting sistem global, namun pelaku

bukan negara juga telah menunjukkan bahawa mereka juga membawa peranan yang penting

dan pengaruh yang semakin meningkat dalam hubungan antarabangsa. Syarikat

Multinasional (MNCs) yang mempunyai pendapatan yang besar dan mampu mengatasi

pendapatan beberapa buah negara yang miskin sahaja telah cukup untuk membuktikan

bahawa mereka merupakan pengaruh yang semakin meningkat.

Pelaku bukan negara juga mempunyai peranan yang tersendiri dan penting dalam

hubungan antarabangsa. Peranan-peranan ini yang akan menyumbang dalam peningkatan

ekonomi, cara penyelesaian masalah yang baik, kerjasama antara negara, keselamatan setiap

negara dipertingkatkan dan sebagainya. Bersama-sama pelaku negara dan pelaku bukan

negara, mereka telah berjaya membentuk masyarakat global yang unik.

Page 19: hubungan anara

BIBLIOGRAFI

John Baylis dan Steve Smith (eds.). 2001. The Globalization of World Politics. New York: Oxford University Press.

Joshua S. Goldstein dan Jon C. Pevehouse. 2006. International Relations. New York: Pearson.

Mingst, Karen. 1999. Essentials of International Relations. New York: W. W. Norton & Company.

Mohd Fo'ad Sakdan dan Muhammad Fuad Othman. 2012. Konflik Antarabangsa. UUM Sintok: UUM Presss.

Trevor C. Salmon and Mark F. Imber (eds.). 2008. Issues In International Relations. New York: Routledge.