HPD 112 KELDAI DADAH

Embed Size (px)

Citation preview

HPD 112 : PENGUCAPAN AWAM PROGRAM : BM 112 TAJUK : KELDAI DADAH

NAMA : ALIA HAZIRA BINTI MOHD YUNUS NO ID : 2011639468 / ITM 110711270 SEKSYEN : 12. 2. 21 NAMA PENSYARAH : PN. NORIZA BT IBRAHIM TARIKH HANTAR : 3 FEBRUARI 2012

ISI KANDUNGANBIL TAJUK HALAMAN1-2 3-4 5-7 8 10 11 12 1.0 PENGENALAN 2.0 STATISTIK KES KELDAI DADAH 2.1 TAKTIK PENYELUDUPAN DADAH 2.2 MANGSA KELDAI DADAH 2.3 PUNCA BERLAKUNYA KEGIATAN INI 2.4 CARA MENGELAKKAN DIRI MENJADI MANGSA KELDAI DADAH 2.5 USAHA MEMBANTERAS MASALAH INI 2.6 KESAN DAN RISIKO MENJADI KELDAI DADAH 3.0 KESIMPULAN BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

13 14 15 16 17 18 - 19

1.0 PENGENALANKes rakyat Malaysia ditipu, diperdaya dan dijadikan sebagai keldai dadah terus meningkat dan mula mencetuskan kebimbangan. Masyarakat mula risau, jika suami, isteri ataupun anak menjadi mangsa seterusnya walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat baik dalam media massa mahupun melalui media cetak berkaitan kes keldai dadah yang melibatkan rakyat Malaysia yang ditipu, diperdaya, ditangkap dan meringkuk dalam penjara di luar negara. Walau bagaimanapun, situasi ini masih belum mencukupi untuk menyedarkan dan menginsafkan rakyat kita.

Keldai dadah merujuk seseorang yang secara rela ataupun diperdaya untuk menjadi pembawa dadah ataupun pelbagai barang seludup yang lain secara haram dan tersembunyi ke negara lain. Kebiasaannya, kegiatan ini melibatkan sindiket antarabangsa yang mempunyai rangkaian perhubungan yang luas dalam merekrut mangsa untuk dijadikan keldai dadah. Sindiket yang bijak merancang dan mengambil peluang terhadap mangsa yang naif, menggunakan taktik ini kerana mampu mengurangkan risiko pengedar atau penyeludup dadah terbabit tertangkap.

Antara lokasi rakyat Malaysia pernah ditahan termasuklah di Itali, Sepanyol, Peru dan Jepun. Pihak Kementerian Luar baru-baru ini mendedahkan bahawa seramai 72 rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa China kerana cuba membawa masuk dadah, dengan kes paling banyak berlaku di Ghuangzou, iaitu sebanyak 33 kes. Yang lebih malang dan mendukacitakan kita ialah apabila sebahagian besar daripada mangsa yang ditahan itu mendakwa mereka tidak mengetahui dadah yang dirampas berada dalam simpanan mereka ketika ditahan di lapangan terbang.

Keldai dadah ini juga terbahagi kepada beberapa kategori iaitu orang yang terdesak dan mengetahui mereka dijadikan pengangkut dadah, manakala sekelompok lagi pula menjadi keldai tanpa sengaja atau mereka tidak tahu mereka dipergunakan atau diperangkap untuk membawa dadah.

Dalam kebanyakan kes penyeludupan dadah menggunakan penerbangan antarabangsa, suspek mengakui mereka tidak mengetahui membawa dadah kerana mendakwa mereka memenangi peraduan atau pakej percutian malah ada yang mendakwa mereka dihantar ke luar negara oleh majikan tempat mereka bertugas. Namun, dalam kebanyakan kes dipercayai keldai dadah ini biasanya mengetahui mereka membawa dadah kerana bayaran yang diterima lebih tinggi lebih-lebih lagi tugas itu berisiko tinggi ditangkap malah di sesetengah negara hukuman membawa dadah ini boleh dihukum mandatori mati.

2.0 STATISTIK KES KELDAI DADAHSepanjang tahun 2010 seramai 35 rakyat tempatan termasuk 12 wanita ditahan di luar negara kerana menjadi keldai dadah, jumlah itu berkurangan berbanding tiga tahun sebelumnya, iaitu 54 orang pada 2009, 66 orang (2008) dan 84 orang (2007). Kebanyakan mereka berumur 40 tahun ke bawah dan ditahan di beberapa negara antaranya Taiwan, Peru, Brazil dan Thailand.

Pada tahun 2011 pula kira-kira 1,900 rakyat Malaysia meringkuk dalam penjara di luar negara akibat dijadikan keldai dadah.

Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 270 mangsa ditahan di Thailand dan 200 mangsa (Singapura).

Menurutnya, hampir 25 peratus daripada mereka yang terpedaya dalam sindiket itu adalah golongan wanita.

"Perkara ini cukup merisaukan kita kerana kebanyakan mereka yang menjadi mangsa adalah daripada kalangan terpelajar dan tidak kurang juga graduan dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA)," katanya.

Tambah Kohilan, berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri mendapati sebahagian besar mangsa yang dijadikan keldai dadah itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Ini bermakna sindiket yang berkaitan bergerak secara profesional dan bijak bagi mengelakkan pergerakan mereka dihidu oleh pihak penguat kuasa," ujarnya.

Mereka yang menjadi mangsa pula, katanya, adalah dalam kategori usia antara 20 hingga 35 tahun. Kebanyakan mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap atau berpendapatan rendah.

Beliau juga menyatakan kebimbangan kerana dengan adanya rangkaian laman sosial Facebook pergerakan sindiket itu menjadi lebih rancak kerana Malaysia mempunyai antara jumlah pengguna Internet yang tertinggi.

2.1 TAKTIK PENYELUDUPAN DADAH1. Taktik sembunyi dalam perut. - Tiada cara lain dadah (dadah berpeket) boleh masuk ke dalam perut melainkan melalui mulut. Jadi keldai atau mangsa ini akan menelannya untuk disimpan dalam perut untuk beberapa hari sehingga sampai ke lokasi yang ditetapkan. Paket dadah dalam ketulan kecil yang diikat ini akan diambil semula ketika "melepaskan hajat". Jika paket dadah dalam plastik kecil yang ditelan tidak pecah, keldai ini akan selamat. Jika pecah, boleh ucap selamat tinggal jika terpaksa dimasukkan ke wad ICU.

2. Taktik sembunyi dalam kasut. -Dalam kasut pun boleh sorok dadah. Geliga betul otak keldai ini. Jika pecah, organ dalam tubuh tetap selamat. Tak terjejas apa-apa. Tak macam sembunyi dalam perut. Mungkin keldai ini fikir masakan pegawai kastam boleh jangka dalam kasut dia ada bahan terlarang. Paling tidak pun, keldai ini berfikir dia pasti selamat jika pegawai kastam ini bimbang mengambil risiko memeriksa kasutnya. Takut tumbang terhidu aroma stokin.

3. Taktik upah nelayan tradisional -Nelayan ini mungkin rasa selamat. Sebab kegiatan haram dia tak perlu buat pemeriksaan kastam dan imigresen. Dadah ini akan disorok dalam tong ikan bersama longgokan ais. Diorang fikir genius jugak otak diorang. Kiranya sambil menyelam sambil minum air. Sambil bawa ikan, sambil sumbat sekali dengan dadah. Daripada jual ikan kembong, ikan lolong, ikan tongkol entah bila nak kaya. Lagi baiklah bawa dadah. Ini cara keldai nelayan berfikir barangkali.

4. Taktik "Lost & Found" -Taktik ini tidak guna keldai sepanjang penerbangan. Penghantar selamat. Mereka cuma perlu poskan beg pakaian berisi dadah ke mana-mana lokasi. Bila sampai di lokasi tersebut, di lapangan terbang biasanya, bagasi ini tidak dituntut segera. Seolah-olah bagasi ini hilang dari tangan pemilik. Esoknya, baru ada keldai sebenar yang akan tuntut bagasi ini. Dia akan dakwa beg dia hilang. Bila diperiksa, kantoi terdapat dadah dalam beg tu.

5. Taktik add saya di Facebook. -Hati-hatilah kalau ada mat negro nak berkawan rapat dengan kita. Kalau dia minta kita add dia, jangan dilayan. Walaupun rupanya tidak kita kenal, tapi lubang hidungnya tetap menjadi pujaan bila kita dah jatuh cinta dan kemaruk tergila-gilakannya. Masa inilah, diaorang akan ambil kesempatan dengan mempergunakan kita untuk menyeludup dadah keluar.

6. Taktik pakai bengkung. -Selepas seludup dadah guna bagasi asyik kantoi, keldai dadah ini tukar pula dengan cara sorok dalam bengkung yang dipakainya di perut. Apa kes lelaki pakai bengkong? Bukannya lepas beranak. Bila diselak perut, ada bengkung, kalau tak kerana buang tabiat, ini mesti ada simpang "barang baik". Macam mana nak selamat kalau pihak imigresen syak bukan-bukan. Akhirnya, pihak imigresen tahu juga.

7. Taktik tampal logo. -Sekali buat lepaslah. Dua tiga kali buat tentu kantoi. Sindiket ini akan tampal macam-macam logo di kenderaan untuk mengelak disoal siasat semasa melalui sekatan jalan raya. Bila tampal logo polis, askar, pihak berkuasa lain dan ahli politik, biasanya orang tersebut boleh lepas mudah dalam mana-mana sekatan jalan raya oleh pihak polis. Tapi polis pun cerdik.

Cara penjenayah jawab soalan itupun polis dah tahu logo itu palsu atau betul. Jika palsu, sudah tentu ada yang tak kena dalam kenderaan tu. Apatahlagi orangnya.

8. Taktik seludup dalam kuantiti yang kecil. -Jika kuantitinya banyak, pihak berkuasa senang kesan. Nak sorok pun susah. Keldai dadah dari Iran tukar pula taktik kepada membawanya dalam kuantiti yang kecil antara 1 kilogram hingga 3 kilogram. Prinsip mereka, biar sedikit asal banyak. (Jangan pening. Maksudnya biar sedikit dadah tapi banyak wang)

9. Taktik rendam dengan cecair dadah. -Ini juga taktik yang popular. Suspek akan merendam apa saja pakaian termasuk tuala dan sapu tangan ke dalam cecair dadah. Tuala yang direndam dalam cecair dadah itu kemudiannya dibalut dengan plastik lutsinar sebelum disorokkan dalam bagasi yang dibawa. Dari segi luarannya memang tiada kelihatan bungkusan apa-apa jenis dadah tapi cecair dari resapan tuala itulah akan digunakan balik untuk memproses dadah.

10. Taktik guna burung merpati. -Ini kisah di Colombia. Dekat Malaysia belum ada lagi. Burung merpati dilatih untuk terbang ke satu-satu tempat. Penjara misalnya. Bila merpati tu dah lulus ujian, giliran dia buat kerja dengan mengangkut dadah tu untuk dihantar ke penjara. Paket dadah akan diikat ke badan merpati sebelum diarah terbang untuk diberikan kepada orang-orang tertentu.

2.2 MANGSA KELDAI DADAHGolongan wanita, orang tua, remaja serta golongan terdesak seperti penagih dadah dan orang yang berhutang dengan mereka dijadikan keldai dadah. Mengikut media Amerika Syarikat, upah keldai dadah adalah AS$3,000 (RM9,361) biarpun ganjaran diterima sindiket itu lebih 100 kali lebih tinggi! Kenapa wanita menjadi sasaran? Jawapannya mudah kerana bentuk fizikal wanita membolehkan penyamaran dilakukan, seterusnya mengelak daripada dihidu pihak berkuasa. Boleh dilihat baik dengan mengenakan pakaian sopan, termasuk bertudung dan berjubah. Juga boleh berpura-pura kelihatan gemuk atau hamil dengan menyembunyikan dadah pada bahagian payu dara dan dililit disekeliling pinggang atau menyorokkan dadah dalam kemaluan, menjadikan wanita objek paling laris dalam operasi pengedaran dadah antarabangsa.

Sejak 2007 hingga September 2010 seramai 114 wanita dijadikan keldai berbanding 109 lelaki. Lebih membimbangkan, `keldai dadah ini sengaja dipilih dalam kalangan wanita yang tidak mempunyai rekod jenayah dan diperdaya dengan MO, diberi ganjaran selepas selesai tugasan diberikan.

Bahan yang disorok ke dalam anggota badan, sukar dihidu, melainkan menerusi kebijaksanaan seperti maklumat atau intipan.

Beberapa kes penyeludupan dadah ke Malaysia dalam kalangan wanita Iran yang dikatakan semakin kerap kini, katanya, kemungkinan berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya kelonggaran pemeriksaan di pintu masuk negara berkenaan.

Apabila penyeludup dadah dari negara luar datang ke Malaysia contohnya, terlepas dari pintu lapangan terbangnya, maka ia akan dibawa ke Malaysia dan apabila sampai di Malaysia, kita memeriksa wanita khususnya yang menutup aurat tidaklah sampai suruh buka pakaian, sebaliknya kita lebih beradab. Tetapi itulah yang menyebabkan mereka mungkin terlepas.

Oleh itu, di sinilah pentingnya bagi kita, meningkatkan pemeriksaan dan usaha sama antara negara luar membantu membanteras penyeludupan dadah.

Sementara itu, Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Luar, Dzulkefly Abdullah, berkata sejak 2007, kes penyeludupan dadah membabitkan wanita semakin ketara dengan seramai sembilan orang wanita Malaysia menerima hukuman gantung kerana kesalahan dadah di luar negara.

Seramai 24 wanita pernah ditahan di Thailand, 18 di Australia dan 16 di China kerana kesalahan dadah. Latar belakang wanita yang pernah ditahan, termasuklah 41 peratus berusia antara 20 tahun dan 30 tahun. Rekod paling muda berusia 19 tahun dan paling tua, 55 tahun. Wanita ini datang dari pelbagai latar belakang dengan sebahagian besarnya tiada rekod jenayah.

Rakyat Malaysia dijadikan proksi dengan MO digunakan antaranya menghantar wanita bertugas ke luar negara atau mendapat hadiah percutian dengan semua kos ditanggung. Sebahagian besarnya ditahan di lapangan terbang, mendakwa ditipu, katanya.

Hari ini semakin ramai penuntut sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) terbabit dengan dadah yang mana ia tidak sepatutnya berlaku. Sebanyak 90 peratus pelajar sekolah menyatakan mereka mengambil dadah atas alasan tekanan serta desakan ibu bapa untuk belajar, desakan hidup, selain pengaruh teman lelaki, katanya yang turut menyentuh bahawa Akta Dadah Berbahaya (Pelucutan Harta) 1988 antara lain merampas harta milik individu atau keluarga yang terbabit dengan perniagaan dadah sebagai salah satu cara mengekang masalah dadah.

2.3 PUNCA BERLAKUNYA KEGIATAN INIYang menjadi persoalan di sini ialah apakah punca utama yang menyumbang kepada kejadian yang semakin meningkat dan membimbangkan ini? Kenapa rakyat kita, baik wanita mahupun lelaki begitu mudah terpedaya dan tertipu dengan sindiket seperti ini? Jika kita mengkaji dan meneliti latar belakang setiap individu rakyat kita yang terlibat dalam gejala ini ternyata majoritinya ialah golongan belia dan kaum wanita. Hal ini menunjukkan bahawa antara punca utama kepada kejadian ini ialah tahap pemikiran dan kematangan mereka yang masih lemah dan mudah tertipu atau diperdaya. Golongan ini begitu mudah terpengaruh dengan sogokan kata-kata manis dan kekayaan yang dijanjikan melalui keuntungan jangka pendek yang mudah tanpa memikirkan soal kesan dan implikasi kepada diri sendiri dan juga keluarga jika tertangkap kelak. Mereka mudah percaya kepada orang luar atau asing yang baru dikenali yang menjanjikan kekayaan dan pendapatan luar biasa.

Wanita Malaysia terlalu mudah termakan pujuk rayu lelaki hidung belang yang bijak memancing dan menggoda dengan kata-kata sayang dan cinta di samping menjanjikan pulangan kekayaan yang lumayan. Bagi rakyat kita yang membuat kerja ini dalam keadaan sedar, sikap tamak untuk menjadi kaya dengan cepat, segala nasihat dan pendedahan mengenai kes ini tidak dipedulikan dan diambil kisah. Yang lebih merisaukan ialah golongan yang diperdaya ataupun ditipu untuk membuat kerja ini kerana masih banyak mangsa yang terjerat, mengadu mereka langsung tidak sedar dipergunakan ataupun diperdaya menjadi keldai dadah. Mereka hanya sedar apabila mereka ditahan dan ditangkap di lapangan terbang ataupun di negara luar oleh pihak berkuasa tempatan.

2.4 CARA MENGELAKKAN DIRI MENJADI MANGSA KELDAI DADAHWisma Putra telah menggariskan beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengelak terpedaya dengan pelbagai tawaran menarik dan menjadi mangsa sindiket jenayah antarabangsa berkenaan iaitu:

* Menentukan status dan memeriksa latar belakang majikan; * Berwaspada dengan tawaran wang mudah yang tidak diminta;

* Berwaspada apabila disuruh membawa barangan yang tidak diketahui;

* Berhati-hati dengan jalinan hubungan yang cepat berkembang bersama kenalan baru yang menawarkan pelbagai janji dan manfaat; dan

* Melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai sesuatu tawaran kerja yang disyaki kesahihannya.

* Berhati-hati dan tidak melayan sebarang e-mel atau rakan sosial yang diragui terutama dalam kalangan warga Afrika.

* Hubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 sekiranya anda tahu ada sebarang aktiviti mencurigakan.

* Jangan berbaik hati menawarkan khidmat pertolongan membawa bungkusan atau beg di mana-mana lokasi sama ada kaunter kastam dan sebagainya kerana ia mungkin satu perangkap. Anda perlu sentiasa beringat pepatah `perangkap tidak pernah mengenal mangsa dan ia mungkin boleh berlaku kepada sesiapa saja.

2.5 USAHA MEMBANTERAS MASALAH INITerdapat beberapa uasaha untuk membanteras masalah ini antaranya :

Meningkatkan pemeriksaan dan usaha sama antara negara luar membantu membanteras penyeludupan dadah. Kerajaan turut bekerjasama dengan agensi lain untuk meletakkan anjing pengesan. Meningkatkan teknologi alat pengesan di lapangan terbang berikutan alat sekarang tidak mampu mengesan dadah yang dibawa atau seludup menggunakan anggota badan. Kementerian juga meminta semua agensi pelancongan dan syarikat penerbangan supaya bekerjasama menasihatkan pelanggan dan penumpang mengenai kewujudan sindiket itu dengan menyebarkan notis peringatan ketika pelanggan membeli tiket penerbangan atau mendaftar masuk di lapangan terbang. Kementerian juga berharap orang awam, pihak media, entiti korporat serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama membantu mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia terhadap kegiatan sindiket itu.

2.6 KESAN DAN RISIKO MENJADI KELDAI DADAHTerdapat banyak kesan dan risiko apabila menjadi keldai dadah ini dari segi diri, keluarga, masyarakat mahupun negara. Antaranya ialah:

ditahan dan ditangkap di lapangan terbang ataupun di negara luar oleh pihak berkuasa tempatan. berhadapan dengan hukuman yang berat termasuklah hukuman gantung dan penjara dalam masa yang lama. memalukan dan mengaibkan keluarga. menjejaskan nama baik negara. menyukarkan rakyat negara ini yang mahu membuat perjalanan atas pelbagai urusan ke luar negara.

3.0 KESIMPULANKesimpulan daripada masalah keldai dadah ini ialah sudah menjadi tanggungjawab semua pihak terutamanya anggota keluarga dan ahli masyarakat memainkan peranan yang lebih aktif untuk membendung gejala ini daripada terus berleluasa. Hal ini penting kerana pihak berkuasa, baik polis mahupun kementerian yang berkaitan, seperti Kementerian Luar dan juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah dan sedang memainkan peranan mereka dengan aktif dalam usaha mendidik dan menyedarkan rakyat kita daripada terjerumus ke kancah seperti ini. Malah, mereka jugalah yang bersusah payah untuk membebaskan rakyat kita yang ditangkap di luar negara selama ini. Maka, apa-apa yang diperlukan sekarang ialah komitmen anggota keluarga dan ahli masyarakat dalam aspek mendidik, menjaga dan menyedarkan baik suami, isteri mahupun anak mereka supaya tidak mudah terpedaya. Hal ini dikatakan demikian kerana kelompok inilah yang paling rapat dengan mangsa dan paling berpeluang untuk mempengaruhi segala tindak tanduk mereka terutamanya dalam menjejak segala aktiviti yang mereka lakukan sepanjang masa. Semoga komitmen dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat ini dapat mengurangkan dan seterusnya mengatasi secara keseluruhan gejala yang kurang sihat seperti ini.

Seperti mana Allah berfirman, Allah s.w.t. berfirman dalam Surah at-Taubah, ayat 119 Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar. Asas untuk seseorang manusia yang beriman adalah bertaqwa kepada Allah, kemudian berada bersama-sama orang-orang yang bersifat benar, ringkasnya orang-orang yang juga bertaqwa, tahu tujuan hidup berlandaskan Islam, serta membudayakan nasihat-menasihati, amar makruf dan nahi mungkar. Andaikan generasi kita yang seagama dan saeakidah ini sentiasa mencari-cari teman-teman yang baik untuk didampingi, nescaya amat sukar bagi dirinya untuk terjerumus dalam gejala-gejala negatif, apatah lagi terperdaya untuk mencari keldai dadah.

BIBLIOGRAFI INTERNET

1. file:///E:/14 Mei - Elak Jadi Keldai Dadah.htm

2. file:///E:/Dewan Masyarakat Keldai Dadah Perlu Ditangani Secara Berhemah.htm

3. file:///E:/Keldai Dadah,1900 Rakyat Malaysia Dijel - v12gether blog.htm

4. file:///E:/Keldai dadah - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.htm

5. file:///E:/Berita Harian Online Sorok dadah.htm

6. file:///E:/Remaja kita keldai dadah PEMBINA Perak.htm

LAMPIRAN

ANTARA CONTOH BERITA MENGENAI KELDAI DADAH SHAH ALAM 10 Mei Meskipun sudah diberi peringatan berkali-kali, masih ada gadis di negara ini yang terus termakan pujuk rayu teman lelaki warga asing sehingga dijadikan keldai dadah. Mangsa terbaru ialah dua pelajar wanita sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Walaupun baru kenal sebulan tapi pelajar ini mudah terpengaruh dengan ganjaran tawaran percutian menarik ke China oleh dua lelaki warga Nigeria dan seorang wanita tempatan. Kedua-dua pelajar berusia 21 tahun itu hanya sedar mereka diperalatkan apabila dipaksa menelan enam biji kapsul dadah heroin gred tinggi sebelum menaiki penerbangan ke China yang sepatutnya berlepas pada 7 Mei lalu. (Utusan Online, 11 Mei 2011)

KUALA LUMPUR: Seramai 365 wanita rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana terbabit menjadi keldai dadah sejak hampir 20 tahun lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, berkata jumlah itu adalah lebih separuh daripada 729 rakyat Malaysia yang ditahan atas kesalahan dadah di luar negara. (BH Online, 12 April 2010)

KUALA LUMPUR: Salah seorang gadis Melayu yang sarat mengandung dan menjadi mangsa keldai dadah oleh sindiket dadah antarabangsa akhirnya melahirkan bayi lelaki di dalam sel penjara baru-baru ini selepas dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Sydney, Australia terhadap jenayah dilakukan. Agak mengejutkan apabila suspek sebelum ini ditahan pihak berkuasa Australia selepas didapati menelan 25 ketulan plastik dadah heroin di dalam perutnya tanpa langsung memikirkan keselamatan dan nyawa bayinya yang terancam sekiranya bungkusan kecil heroin terbabit pecah atau bocor di dalam perut. Suspek wanita terbabit mengaku bahawa dia bersetuju untuk membantu rakannya menyeludup dadah heroin berkenaan yang disangka pil penahan sakit.Rakan mangsa berjaya memperdaya mangsa kononnya pil terbabit diseludup masuk ke Australia bagi mengelakkan ia dikenakan bayaran cukai tinggi. (Bernama, 11 Februari 2010)