homeostasis

Embed Size (px)

Citation preview

HomeostasisDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, gelintar

Imej terma tentang tarantula berdarah sejuk pada tangan manusia berdarah panas Homeostasis dirujuk sebagai pengekalan atau mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman (badan organisma) yang malar. Homeostasis merupakan salah satu konsep yang paling penting dalam biologi. Bidang fisiologi boleh mengklasifkasikan mekanisma homeostasis kawalatur dalaman organisma. Gerak balas homeostasis berlaku pada setiap organisma. Terdapat 2 jenis pemalar atau keadaan mantap dalam homeostasis iaitu 1. Sistem tertutup - Keseimbangan statik Dimana keadaan dalam yang tidak berubah seperti botol tertutup. 2. Sistem terbuka - Keseimbangan dinamik Dimana keadaan dalam yang malar walaupun sistem ini terus berubah contohnya seperti sebuah kolam di dasar air terjun. Organisma mempunyai 2 persekitaran iaitu: 1. Persekitaran luar iaitu persekitaran yang mengelilingi organisma secara keseluruhan. Organisma akan hidup secara berkongsi dengan organisma-organisma(biosis) dan objekobjek yang bukan hidupan(abiosis). 2. Persekitaran dalam iaitu persekitaran dinamik dalam badan manusia yang terdiri daripada bendalir yang mengelilingi komuniti sel-sel yang membentuk badan. Biosis ialah komponen hidupan iaitu meliputi semua organisma hidupan.Contoh komponen biosis ialah: Manusia Tumbuhan Haiwan Abiosis ialah komponen bukan hidupan seperti: Suhu Nilai pH

Keamatan cahaya Kelembapan Topografi Iklim

Isi kandungan[sorok] 1 Perubahan persekitaran 2 Faktor yang perlu dikawal 3 Kepentingan Homeostasis 4 Mekanisme Homeostasis 5 Proses Pengosmokawal aturan dalam Badan Manusia 5.1 Air kencing 6 Kawalan Suhu Badan Manusia 6.1 Pengawa lan suhu dengan kaedah fizikal 6.2 Pengawa lan suhu dengan kaedah metaboli k 7 Kawalan Aras Gula Ringkas dalam Darah 8 Rujukan

[sunting] Perubahan persekitaranPerubahan kecil dalam persekitaran dinamik dalam badan bolehmenyebabkan sel-sel mati.Contoh-contoh yang akan menyebabkan sel-sel mati walaupun dalam julat kecil ialah seperti:

Dehidrasi - Kurang air Zat makanan yang kurang

Sisa toksik dikumpul dalam badan Suhu berubah dengan mendadak

[sunting] Faktor yang perlu dikawalSetiap faktor-faktor mempunyai julat-julat tertentu yang boleh mempengaruhi persekitaran dinamik. Contoh beberapa faktor dalam bendalir yang perlu dikawal atur julatnya: pH - 7.3pH - 7.4pH, berbeza dengan salur alimentari julat pH adalah berbeza-beza pada tempat tertentu. Suhu - 37oC - 39oC Glukosa - 4.4 - 5.5 mmol/dm3 Urea - 3.3 - 6.6 mmol/dm3

[sunting] Kepentingan HomeostasisAkibat daripada perubahan kecil julat ini, hal ini akan menimbulkan masalah kepada organisma yang sentiasa berada dalam persekitaran luar yang tidak tentu dan cara hidup yang kurang sihat. Maka , untuk mengadaptasi kepada perubahan ini, organ-organ tertentu dalam badan organisma berfungsi untuk mengimbangi, mengawal, mengstabilkan, menyesuaikan, dan mengekalkan persekitaran dalam supaya berada dalam keadaan yang stabil untuk sel-sel terus hidup dan berfungsi secara optimum. Antara kepentingannya ialah: Memboleh organisma mengadaptasi kepada persekitaran luar yang mempunyai julat dan habitat yang lebih luas. Menyediakan keadaan dalaman (persekitaran dinamik dalam badan organisma) yang stabil supaya sel-sel dapat menjalankan hidup dengan cekap. Membolehkan kadar metabolisma dikawal dengan cekap pada bila-bila masa. Boleh enzim-enzim menjalan fungsinya dengan optimum.

[sunting] Mekanisme HomeostasisMekanisme ini dikawal oleh otak terutama hipotalamus. Hipotalamus terangsang akan merangsang koordinasi badan.Proses ini akan berterusan sehingga persekitaran dinamik dalam badan akan berada pada julat yang normal. 2 koordinasi badan yang terlibat ialah: 1. Kordinasi Kimia - Seperti Hormon 2. Kordinasi Saraf - Seperti Impuls saraf Antara proses-proses yang terlibat ialah: 1. Suap balik positif - Contoh deman, badan akan bertambah panas untuk membunuh bakteria dan virus. 2. Suap balik negatif - Contoh keadaan panas, badan akan dikawalatur untuk mengurangkan haba daripada badan. Contoh homeostasis yang ringkas ialah Apabila cuaca panas, sistem kulit akan bertindak balas dengan mengeluarkan peluh melalui kelenjar peluh pada epidermis kulit untuk mencegah suhu darah daripada meningkat. Salur darah pula akan mengembang untuk mengeluarkan haba ke persekitaran dan hal ini kadang

kala menyebabkan kulit berwarna merah. Apabila aras glukosa dalam darah telah habis atau berkurangan daripada julat tertentu, hati akan dirangsang oleh insulin untuk menukarkan glikogen kepada glukosa supaya dapat digunakan sebagai tenaga untuk tindakan otot. Antara organ-organ yang terlibat dalam kawalatur homeostasis ialah: Hati Ginjal Kulit

[sunting] Proses Pengosmokawalaturan dalam Badan ManusiaGinjal adalah organ yang terlibat dalam proses pengosmokawalaturan. Dalam penghasilan air kencing, jumlah air yang diserap semula di liku Henle menimbulkan dua kemungkinan iaitu: 1. Apabila lebih garam dalam badan dan kurang air 2. Apabila kurang garam dalam badan dan lebih air Apabila aras garam lebih dari julat normal, darah menjadi pekat, atau dalam kata lainnya, kurang air dalam badan. Hal ini membawa kepada peningkatan tekanan osmosis darah dan osmoreseptor pada hipotalamus akan terangsang. Seterusnya kelenjar pituitari akan dirangsang lebih aktif untuk merembeskan hormon ADH (antidiuresis) untuk meningkatkan ketelapan tubul ginjal terhadap air manakala kelenjar [[adrenal](hormon aldosteron) akan kurang dirangsang. Maka lebih banyak air diserap dan kurang ion natrium dan ion kalsium diserap semula masuk dalam badan sehingga tekanan osmosis darah akan turun. Proses ini akan berulang sehingga tekanan osmosis darah turun pada julat normal. Apabila aras garam rendah dari julat normal dalam badan dan banyak air dalam badan, tekanan osmosis darah akan menurun. Osmoreseptor pada hipotalamus akan terangsang dan menghantar impuls kepada kelenjar pituitari. Kelenjar ini menjadi kurang dirangsang untuk merembeskan hormon ADH (antidiuresis) untuk mengurangkan ketelapan tubul ginjal terhadap air manakala kelenjar adrenal(hormon aldosteron) akan dirangsang dengan lebih aktif sehingga kurang air diserap dan kurang natrium dan kalsium diserap semula masuk dalam badan. Tekanan osmosis darah akan naik dan proses ini akan berulang sehingga tekanan osmosis darah meningkat pada julat normal. Fungsi hormon antidiuresis ialah: Merangsang penyerapan semula air pada tubul ginjal - Menambah ketelapan tubul ginjal terhadap air. Fungsi hormon aldosteron ialah: Mengekalkan keseimbangan ion natrium dan ion kalsium dalam darah - Penyerapan ion kalsium dan ion natrium pada tubul ginjal. Memelihara keseimbangan air dan garam dalam darah Air yang tidak diserap masuk semula dalam badan akan keluar sebagai air kencing.

[sunting] Air kencingProses pembentukan air kencing terdiri daripada 3 proses iaitu: 1. Proses Ultraturasan 2. Proses Penyerapan Semula 3. Proses Pembuangan Air Kencing

Diantara bahan beracun yang disalur keluar ialah: Urea Asid urik Ammonia Dadah - Contoh steroid Air Urea Asid Urik Ammonia Natrium Klorida Fosfat

Diantara kandungan air kencing ialah:

[sunting] Kawalan Suhu Badan ManusiaTerdapat 2 kaedah pengawal suhu badan iaitu: 1. kaedah fizikal 2. Kaedah metabolik Semua kaedah untuk mengawal suhu badan adalah dengan bantuan koordinasi badan.

[sunting] Pengawalan suhu dengan kaedah fizikalKaedah ini dikenali sebagai kaedah fizikal kerana kawalaturan lebih kepada penggunaan otot-otot badan dan secara fizikal. Diantara kemungkinan yang akan berlaku ialah: 1. Suhu badan tinggi melebihi julat yang normal 2. Suhu badan rendah melebihi julat yang normal Apabila suhu badan tinggi, termoreseptor akan mengesan suhu pada kulit lalu menghantar impuls kepada otak iaitu hipotalamus yang berfungsi sebagai termostat mengesan suhu darah yang melaluinya. Mekanisme pembetulan akan diarah atau dirangsang oleh hipotalamus dengan menggunakan koordinasi badan. Mekanisme pembetulan apabila suhu badan tinggi ialah: 1. Pemvasodilatan - Salur darah mengembang untuk berdekatan dengan kulit (iaitu persekitaran luar) yang membolehkan haba dibebaskan keluar. 2. Bulu kulit dicondongkan - Mengurangkan udara daripada terperangkap pada kulit supaya haba mudah dibebaskan kerana udara adalah penebat haba yang baik.Bulu kulit dikawal oleh otot erektor. 3. Lebih darah pada kulit (Kulit kelihatan merah) - Memudahkan haba daripada darah terbebas keluar melalui proses sinaran. 4. Berpeluh - Air peluh yang dirembes oleh kelenjar peluh mempunyai haba pendam tentu yang tinggi dapat menyerap haba yang tinggi dan terbebas ke persekitran apabila air peluh mengewap. Haiwan seperti anjing dan kucing tidak mempunyai kelenjar peluh kecuali di tapak kaki mereka. Oleh itu, anjing akan menjelirkan lidahnya manakala kucing akan menjilat bulunya supaya suhu badan mereka berkurangan. Apabila suhu badan rendah, perkara yang sama berlaku, di mana termoreseptor menghantar impuls

kepada hipotalamus. Perbezaannya adalah bagaimana hipotalamus bertindak untuk meningkatkan suhu badan ke julat yang normal. Mekanisme pembetulan apabila suhu badan rendah ialah: 1. Pemvasocerutan - Salur darah mengecut untuk menjauhi kulit. Dengan ini haba kurang dibebaskan ke persekitaran. 2. Bulu kulit ditegakkan - Udara akan terperangkap dicelah-celah bulu roma dan bertindak sebagai 'selimut' supaya haba sukar dibebaskan kerana udara adalah penebat haba yang baik. 3. Kurang darah pada kulit (Kulit kurang kelihatan kemerahanan atau pucat) - Kurang mengalami proses sinaran untuk mengurangkan haba daripada terbebas keluar ke persekitaran. 4. Kurang berpeluh - Apabila kurang air peluh dirembeskan oleh kelenjar peluh maka haba kurang dibebaskan melalui pengewapan air peluh.

[sunting] Pengawalan suhu dengan kaedah metabolikKaedah ini dikenali sebagai kaedah metabolik kerana kawalaturan lebih kepada penggunaan kimia badan daripada secara fizikal walaupun terdapat kawalaturan yang melibatkan otot-otot. Kawalan ini melibat peranan: Otot rangka Kelenjar adrenal Kelenjar tiroid Dalam keadaan sejuk, hipotalamus akan mengawal otot rangka untuk mengecut dan mengendur secara aktif. Hal ini akan menyebabkan seseorang mengigil dan meningkatkan suhu badan. Dalam masa yang sama, kelenjar adrenal akan merembeskan hormon adrenalina dan noradrenalina manakala kelenjar tiroid akan merembeskan hormon tiroksina, semua hormon ini bertujuan untuk meningkatkan suhu badan dengan cara meningkatkan metabolisme badan. Dalam keadaan panas, aktiviti otot rangka akan berkurangan, begitu juga dengan perembesan hormon-hormon tertentu oleh kelenjar adrenal dan kelenjar tiroid akan berkurangan. Hormon adrenalina dan noradrenalina bertindak dengan: 1. 2. 3. 4. Meningkatkan kadar denyutan jantung dan kadar pernafasan. Meningkatkan tekanan darah Meningkatkan metabolisme badan Meningkatkan aras gula darah dengan merangsang penukaran glikogen kepada glukosa.

[sunting] Kawalan Aras Gula Ringkas dalam DarahJika ginjal terlibat dalam pembentukan air kencing, pankreas adalah organ yang terlibat dalam pengawalaturan glukosa dalam darah. Pankreas terletak dibawah perut dan organ ini menerima bekalan darah yang banyak untuk memastikan organ ini berfungsi dengan baik. Pankreas mengandungi sel-sel Langerhans. Satu sel Langerhans terbahagi kepada dua bahagian, iaitu sel (sel alfa) dan sel (sel beta). Kepekatan gula dalam darah yang normal adalah 90 mg untuk setiap 100 cm3. Dalam badan, glukosa akan ditukarkan kepada karbon dioksida, air dan tenaga (respirasi) terutama di tisu-tisu otot. Namun apabila aras glukosa terlampau banyak iaitu lebih daripada julat normal, sel-sel Langerhans beta akan merembeskan lebih banyak hormon insulin manakala sel-sel alfa akan menghentikan pengeluaran hormon glukagon. Aras glukosa dalam darah akan turun dan proses ini akan berterusan sehingga aras glukosa dalam darah berada pada julat yang normal. Fungsi hormon insulin ialah:

Merangsang penukaran glukosa kepada glikogen untuk disimpan dalam hati. Merangsang pengoksidaan glukosa untuk tujuan respirasi dalam sel. Apabila aras glukosa terlampau rendah iaitu kurang daripada julat normal, sel-sel Langerhans alfa akan merembeskan lebih banyak hormon glukagon dan sel-sel beta akan berhenti merembeskan hormon insulin. Glukagon akan menukarkan glikogen kepada glukosa dan aras glukosa dalam darah akan naik. Proses ini akan berterusan sehingga aras glukosa dalam darah berada pada julat yang normal. Fungsi hormon glukagon ialah: Merangsang penukaran glikogen kepada glukosa dalam darah.III. KAWALAN PENGHASILAN HORMON (rujuk m.s. 918 Campbell; m.s. 769 Audesirk & Audesirk) Sel sasaran sangat peka terhadap hormon. Oleh itu, aras hormon di persekitaran dalam mesti dikawalatur supaya tidak berlebihan atau berkurangan. Mekanisme kawalan kepekatan hormon di dalam darah: A.Suap balik negatif. Kepekatan sesuatu hormon di persekitaran dalam mempengaruhi penghasilannya. Beberapa kelenjar hormon menghasilkan hormon hanya apabila hormon berkenaan di dalam darah kurang daripada aras normal. Sebaliknya, apabila aras hormon berkenaan melebihi aras normal, penghasilannya terhenti. Contoh: kebanyakan hormon yang dihasilkan oleh pituitari (misalnya TSH dan FSH) merangsang kelenjar lain untuk menghasilkan hormon. Sekiranya hormon yang dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar ini berlebihan,penghasilan hormon dari pituitari akan berkurangan dan ini akan mengurangkan penghasilan hormon-hormon dari kelenjar-kelenjar tersebut.

B. Suap balik positif. Beberapa jenis hormon merangsang kelenjar yang menghasilkannya supaya menambahkan kadar rembesan hormon berkenaan. Aras hormon yang tinggi di dalam darah menambahkan penghasilan hormon tersebut. Lazimnya, fenomena sebegini akan menggugat proses homeostasis, tetapi dalam beberapa keadaan tertentu, kawalan penghasilan hormon sebegini amat perlu. Misalnya,penghasilan oksitosin bagi proses melahirkan anak.

C. Parameter yang dikawal oleh hormon. Penghasilan beberapa hormon dikawal oleh faktor yang dikawalnya. Contoh 1: PTH mengawal kepekatan kalsium. Kalsium yang berkurangan di dalam darah merangsang penghasilan PTH, manakala kalsium yang berlebihan merencat penghasilan PTH. Contoh 2: Hormon-hormon yang dihasilkan oleh pankreas (insulin, glukagon) dipengaruhi oleh parameter yang dikawal (glukosa).

D. Neuron autonomi. Penghasilan beberapa hormon dikawal oleh neuron autonomi setelah dirangsang oleh rangsangan tertentu. Misalnya, dalam keadaan tertekan atau takut, saraf simpati terangsang, dan ini mempengaruhi penghasilan hormon adrenalina dari kelenjar adrenal. adrenalina menyediakan haiwan untuk melawan atau lari. Rembesan sistem saraf mempengaruhi kelenjar medula adrenal, pituitari posterior dan pineal.

E. Pendeaktifan atau penyingkiran. Hormon tidak selama-lamanya berada di dalam darah. Kebanyakannya dikumuh melalui ginjal. Ada yang dideaktifkan oleh enzim atau ditukarkan menjadi sebatian lain. Oleh itu hormon perlu sentiasa dihasilkan mengikut keperluan.