HBMT3203_V2 (Teaching of Elementary Mathematics Part IV- Sept 2014

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/10/2019 HBMT3203_V2 (Teaching of Elementary Mathematics Part IV- Sept 2014

    1/13

    1

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEPTEMBER / 2014

    HBMT3203_V2

    TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS PART IV

    NO. MATRIKULASI : 730717015408001

    NO. KAD PENGENALAN : 730717015408

    NO. TELEFON : 013-7605102

    E-MEL : [email protected]

    NAMA : ROSNANI BINTI JONO

    PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR BAHRU

  • 8/10/2019 HBMT3203_V2 (Teaching of Elementary Mathematics Part IV- Sept 2014

    2/13

    2

    ISI KANDUNGAN

    MUKA SURAT

    1.0

    PENGENALAN ................... 3

    2.0 CABARAN YANG DIHADAPI OLEH .................. 4

    GURU MELALUI PENGGUNAAN TEKNOLOGI

    DALAM PENDIDIKAN

    3.0 PEMILIHAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ...... 6

    4.0

    AKTIVITI YANG DICADANGKAN .................... 7

    5.0 KEBERKESANAN DAN KESIMPULAN ............... 11

    6.0 BIBLIOGRAFI .................................................. 13

  • 8/10/2019 HBMT3203_V2 (Teaching of Elementary Mathematics Part IV- Sept 2014

    3/13

    3

    1.0 PENGENALAN

    Dunia kini sudah mencecah alaf 21. Sistem pendidikan di sekolah juga sedang

    mengalami perubahan yang sangat bergantung pada teknologi terkini. Tidak dinafikan

    penggunaan ICT memang diperlukan dalam kehidupan seharian tidak kira untuk tujuan

    perniagaan, perusahaan, pengurusan dan juga bidang pendidikan.

    Menurut kamus Dewan, teknologi merupakan aktiviti atau kajian yang

    menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan,

    perniagaa dan lain-lain. Teknologi juga membawa maksud kaedah atau proses menangani

    suatu masalah teknikal.

    Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pula bermaksud menggunakan

    ICT secara terancang dan sesuai bagi meningkatkan kecekapan proses pembelajaran dan

    pengajaran di dalam kelas. Terdapat pelbagai jenis teknologi yang boleh digunakan dalam

    aktiviti pengajaran dan pembelajaran, antaranya ialah pelbagai jenis media elektronik seperti

    komputer, telefon pintar, perisian pendidikan, laman web di internet, pakej pembelajaran dan

    lain-lain.

    Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Dasar ICT Dalam Pendidikan pada 12

    Oktober 2011. Antara asas yang diperkenalkan ialah pembangunan modal insan secara

    berterusan, Penggunaan teknologi ICT yang bersesuaian dalam pendidikan dan transformasi

    proses pendidikan melalui penggunaan teknologi. Beliau mengatakan Dasar Teknologi

    Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan akan menjadikan teknologi maklumat dan

    komunikasi (ICT) sebagai pemangkin utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Langkah ini perlu bagi memastikan kualiti pendidikan terus meningkat seterusnya melahirkan

    generasi yang mampu menyumbangkan sesuatu ke arah pembangunan negara.

    Berdasarkan kajian, pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi

    dikatakan amat memberi kesan berbanding kaedah tradisional ( Bagui 1998: Flecther 2002).

    Kajian dalam dan luar negara juga menyatakan penggunaan multimedia seperti perisian

    pengajaran dapat meningkatkan minat dan tumpuan murid dalam pembelajarannya

    (Jamalludin dan Zaidatun 2003) . Macaulay 2002: Al-Mikhlafi 2006 pula telah berjaya

    mengkaji dan menyimpulkan bahawa penggunaan multimedia dalam pengajaran dan

    pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian murid dalam akademik.

  • 8/10/2019 HBMT3203_V2 (Teaching of Elementary Mathematics Part IV- Sept 2014

    4/13

    4

    Penggunaan teknologi dalam pendidikan sebenarnya banyak memberi faedah kepada

    guru-guru. Ini kerana, melalui penggunaan teknologi guru dapat meluaskan lagi konsep

    pembelajaran. Guru boleh menyediakan suatu situasi pendidikan yang mencabar minda

    murid terutamanya yang berkebolehan tinggi dengan aktiviti pengayaan. Penggunaan

    teknologi juga berupaya meningkatkan keupayaan dan kefahaman murid terhadap pelajaran.

    Murid mudah dibimbing melalui pelbagai teknologi masa kini.

    Teknologi pendidikan juga telah memberi peluang pembelajaran yang sama kepada

    semua murid yang mempunyai pelbagai kebolehan di samping meningkatkan motivasi diri

    untuk belajar. Selain itu, murid didedahkan cara belajar bersendirian ( individualise

    learning). Murid juga berupaya mengakses maklumat yang sukar diperolehi.

    Menurut Kricher & Selinger (2003), penggunaan komputer dalam aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kualiti dan keberkesanan murid belajar

    serta membantu meningkatkan profesionalisme guru. Penggunaan komputer juga dijadikan

    alternatif dalam perubahan pedagogi dari bentuk tradisional kepada yang lebih baik.

    2.0 CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU

    Tidak dinafikan, banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam melaksanakan

    penggunaan teknologi dalam pendidikan. Salah satunya ialah penerimaan guru-guru veteran

    terhadap teknologi ICT itu sendiri. Seperti yang kita tahu, ramai di kalangan guru yang tidak

    terdedah kepada dunia teknologi dalam sejarah persekolahannya. Oleh itu, gologan guru-

    guru ini merasa sedikit canggung untuk memasukkan elemen ICT dalam pengajaran mereka.

    Ramai guru yang merasa kurang yakin, tidak minat serta kurang pengetahuan dalam

    mengendalikan ICT dalam kelas.

    Pernyataan ini seperti yang dikemukakan oleh Harison Bakar (2008) dalam tinjauan

    yang dijalankan pada bulan MacMei 2007, didapati ramai guru tidak mengaplikasikan alat

    teknologi yang diberi oleh kerajaan mulai 2003 untuk pembelajaran Sains dan Matematik

    secara optimum. Oleh itu, sepatutnya guru diberi kemahiran ICT supaya dapat melakukan

    inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Dari segi pembangunan kurikulum pula, didapati bahan pembelajaran dan

    pengajaran yang efektif sangat kurang. Modul dan kandungan bahan yang ada kurang

    menarik, informatif dan statik. Oleh itu, guru perlu memiliki kemahiran dalam membinasendiri persembahan dan mengintergrasi multimedia sekurang-kurangnya dalam program

  • 8/10/2019 HBMT3203_V2 (Teaching of Elementary Mathematics Part IV- Sept 2014

    5/13

    5

    powerpoint dengan input-input seperti video, gambar bergerak, suara dan lain-lain.

    Penyediaan persembahan ini memerlukan masa yang panjang dan memerlukan kemahiran.

    Isu logistik dan maklumat juga tidak terkini serta tiada knowledge repositiry menyebabkan

    kandungan pendidikan tidak terkumpul dan bertindan. Hal ini menyebabkan guru sukar

    memperoleh bahan pengajaran yang sesuai seterusnya mengambil jalan mudah untuk tidak

    menggunakan teknologi dalam pendidikan.

    Selain daripada itu, kos pembangunan perisian juga sangat tinggi. Ketidakselarasan

    maklumat antara bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia menyebabkan kekeliruan

    perangkaan pendidikan. Sistem pentaksiran berasaskan ICT juga perlu ditambahbaik.

    Kerajaan sepatutnya menyediakan pengkalan data bersepadu bagi perkongsian maklumat

    secara meluas.

    Penyediaan prasarana ICT dalam pendidikan juga sangat kurang kerana melibatkan

    kos yang tinggi. Sistem bekalan komputer juga tidak seimbang antara sekolah kawasan

    bandar dengan luar bandar. Lebih menyedihkan lagi ialah peralatan ICT yang mempunyai

    jangka hayat yang tidak panjang (EOL) dan usang masih digunakan di sekolah-sekolah. Hal

    ini menyebabkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi kurang

    berkesan. Bahan habis guna dan peralatan yang rosak tidak dapat diganti kerana isu

    peruntukan.

    Masalah sistem rangkaian (LAN) dan jalur lebar kurang meluas di semua sekolah

    serta tidak menepati piawaian menyebabkan capaian internet sukar diperolehi. Jika ada pun,

    rangkaian jalur lebar yang tidak stabil dan tidak pada kelajuan minimum. Selain itu,

    penyelenggaraan bagi alatan teknologi yang rosak memerlukan kos. Kerajaan juga gagal

    menyediakan sistem pangkalan, maklumat berpusat dan pengurusan maklumat yang baik

    untuk diguna pakai oleh golongan pendidik. Oleh itu, kerjasama dan perhatian daripada

    pihak Kementerian untuk menilai balik segala kekurangan ini.

    Penggunaan teknologi dalam pendidikan juga perlu menitik beratkan nilai dan etika

    dalam penggunaan ICT. Semua pengguna perlu menghayati etika siber iaitu menghargai hak

    harta intelek bagi meningkatkan profesionalisme guru. Guru perlu menghindari penyalah

    gunaan maklumat untuk kepentingan diri sendiri. Selain itu, hindari juga dari melayari laman

    web berunsur negatif dan bertentangan dengan nilai moral dan agama. Hal ini perlu diterap

    dalam diri murid-murid agar tidak menerima kesan negatif hasil penggunaan teknologidalam pendidikan.

  • 8/10/2019 HBMT3203_V2 (Teaching of Elementary Mathematics Part IV- Sept 2014

    6/13

    6

    Guru juga tidak terkecuali daripada ancaman dan serangan siber yang dilakukan oleh

    individu yang tidak bertanggungjawab yang dikenali sebagai penggodam. Ancaman ini

    termasuklah dari segi virus komputer, phishing, penipuan internet, malware, cyberstalking

    dan sebagainya. Oleh itu sikap berwaspada dan sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran

    diri masing-masing perlu diamalkan bagi menggelakkan golongan guru menjadi mangsa.

    3.0 PEMILIHAN BAHAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

    Bahan teknologi yang dipilih ialah berkaitan topik bentuk dan ruang untuk murid

    tahun 2 di sekolah rendah. Bahan ini boleh didapati dalam laman web

    http://www.youtube.com/watch?v=QBFNNVt-NJo

    Bahan pembelajaran ini boleh digunakan untuk mengajar murid tahun 2 tentang

    bentuk-bentuk 3dimensi. Seperti yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan

    Pentaksiran Matematik tahun 2, Standard kandungan yang ingin dicapai ialah 13.1 mengenal

    pasti bentuk tiga dimensi. Standard pembelajaran pula ialah 13.1 (i) mengenal pasti bentuk

    tiga dimensi berdasarkan huraian dan 13.1 (ii) mengenal pasti bentuk asas bagi bentuk tiga

    dimensi.

    Bahan ini menampilkan teknik pengajaran secara didik hibur iaitu segala isi pelajaran

    dinyatakan dalam bentuk nyanyian. Contoh paparan awal yang terdapat dalam skrin

    komputer ialah seperti di bawah.

    Paparan ini mempamerkan semua bentuk 3 dimensi yang perlu dipelajari oleh murid

    tahun 2. Seterusnya, setiap gambar bentuk 3 dimensi atau bongkah dipaparkan satu persatu

    http://www.youtube.com/watch?v=QBFNNVt-NJohttp://www.youtube.com/watch?v=QBFNNVt-NJohttp://www.youtube.com/watch?v=QBFNNVt-NJo
  • 8/10/2019 HBMT3203_V2 (Teaching of Elementary Mathematics Part IV- Sept 2014

    7/13

    7

    dengan diiringi oleh ciri-ciri yang terdapat pada bentuk tersebut. Contohnya seperti di

    bawah.

    Semua bentuk 3 dimensi ditayangkan satu persatu dengan diiringi lirik lagu yang

    mudah difahami. Lirik lagu yang dinyanyikan pula merupakan ciri-ciri bentuk 3 dimensi

    tersebut. Objek atau rajah dipersembahkan dengan pergerakan, berwarna-warni serta tulisan

    yang mudah dibaca. Hal ini sangat membantu murid mengetahui nama dan ciri-ciri bentuk 3

    dimensi tersebut.

    Paparan ini juga boleh diberhentikan seketika untuk memberi fokus kepada nama danciri-ciri bentuk 3 dimensi tertentu. Selain itu, ciri-ciri 3 dimensi ini dipersembahkan melalui

    didik hibur iaitu nyanyian ala boria. Pemilihan bahan teknologi pendidikan ini dibuat kerana

    bahan ini dapat menarik minat murid untuk belajar dan sangat sesuai untuk murid yang

    mempunyai pelbagai kebolehan dalam kelas.

    4.0 AKTIVITI YANG DICADANGKAN

    Berdasarkan bahan teknologi yang dipilih, sesi pengajaran dan pembelajaran

    dijalankan dengan menggabungkan teknologi ini dengan aktiviti yang dirancang. Pengajaran

    dan pembelajaran ini dijalankan pada murid tahun 2 sekolah rendah.

    Tajuk : Bentuk-bentuk 3 dimensi

    Kelas : 2 Cemerlang

    Masa : 7:508:50 pagi ( 1 jam)

  • 8/10/2019 HBMT3203_V2 (Teaching of Elementary Mathematics Part IV- Sept 2014

    8/13

    8

    Bilangan murid : 35 orang

    Standard kandungan : 13.1 Mengenal pasti bentuk 3 dimensi

    Standard Pembelajaran : 13.1 (i) mengenal pasti bentuk 3 dimensi berdasarkan huraian

    (ii) mengenal pasti bentuk asas 3 dimensi

    Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :

    i)

    menyatakan nama bentuk 3 dimensi berdasarkan ciri-ciri yang disebut.

    ii) Menamakan bentuk asas 3 dimensi.

    Bahan bantu belajar : kad bergambar, model bentuk 3 dimensi, papan putih kecil, marker

    pen dan perisian komputer ( bahan teknologi yang dipilih).

    Aktiviti :

    1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada 6 dan 5 orang murid

    pelbagai kebolehan. Perkara ini penting supaya murid dapat membimbing rakan

    sebaya mereka jika perlu.

    2. Setiap kumpulan diberikan satu kad gambar yang mengandungi salah satu gambar

    seperti kotak tisu, bola, botol air, ais krim kon, nasi lemak yang dibungkus seperti

    piramid dan buah dadu. Gambar yang diberi bersaiz besar dan berwarna untuk

    menarik minat murid untuk belajar. Berikut adalah beberapa contoh gambar objek

    yang diberi kepada murid-murid.

  • 8/10/2019 HBMT3203_V2 (Teaching of Elementary Mathematics Part IV- Sept 2014

    9/13

    9

    3. Guru mengarahkan murid menyebut nama objek yang terdapat dalam gambar tersebut

    secara bergilir-gilir dan menulisnya di papan putih kecil menggunakan pen marker.

    Gambar yang mereka perolehi sangat sinonim dalam hidup murid-murid kerana

    mereka sudah biasa melihat objek ini dalam kehidupan seharian. Setiap wakil

    kumpulan perlu mempamerkan jawapan dan menyebut nama objek tersebut.

    4.

    Selepas itu, guru akan mempamerkan semua objek berbentuk 3 dimensi seperti kon,

    silinder, kubus, kuboid, piramid dan sfera di hadapan kelas. Guru mengarahkan ketua

    kumpulan berbincang dan mengambil salah satu objek bentuk 3 dimensi yang sama

    bentuk dengan gambar objek yang kumpulan mereka ada.

    Objek 3 dimensi yang dipamerkan di hadapan kelas

    5. Setiap ahli dalam kumpulan akan berbincang tentang ciri-ciri bentuk 3 dimensi yang

    mereka ada. Mereka akan menentukan bilangan bucu, bilangan tepi, bilangan

    permukaan rata dan bilangan permukaan melengkung. Guru akan memantau

    perbincangan murid dan sedia membimbing murid jika perlu. Selepas itu wakil dari

    kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka. Pada ketika ini,

    perbincangan hanya tertumpu pada ciri-ciri bentuk 3 dimensi sahaja. Mungkin ada

    kumpulan murid yang tidak mengetahui apakah nama bentuk 3 dimensi ini. Guru

    memberi tugasan kepada setiap ahli dalam kumpulan untuk mencari maklumat iaitu

    menamakan bentuk 3 dimensi yang mereka ada melalui paparan skrin komputer yang

    akan ditayangkan. Contoh hasil perbincangan adalah seperti di bawah.

  • 8/10/2019 HBMT3203_V2 (Teaching of Elementary Mathematics Part IV- Sept 2014

    10/13

  • 8/10/2019 HBMT3203_V2 (Teaching of Elementary Mathematics Part IV- Sept 2014

    11/13

    11

    tayangan. Ini untuk memberi peluang murid membaca dan memahami apa yang

    ditulis pada skrin. Guru juga membimbing murid menamakan bentuk 3 dimensi yang

    dipaparkan. Aktiviti diulang sehingga keenam-enam bentuk selesai dipaparkan.

    7.

    Selepas itu, guru mengarahkan murid membina teka-teki berkaitan dengan bentuk 3

    dimensi dengan menyatakan ciri-ciri bentuk 3 dimensi. Contohnya,

    8.

    Murid boleh mengemukakan teka-teki ini kepada kumpulan lain. Sementara

    kumpulan lawan akan cuba menjawab. Jika jawapan betul, mereka akan diberi 10

    markah. Pemenang dikira bagi kumpulan yang berjaya memungut markah tertinggi.

    9.

    Sebelum mengakhiri sesi pengajaran dan pembelajaran, guru akan memaparkan skrin

    komputer sekali lagi. Murid menyanyikan lagu bentuk 3 dimensi bersama-sama

    dengan bimbingan guru jika perlu. Sesi soal jawab secara lisan boleh digunakan

    untuk memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai.

    10.

    Akhir sekali, guru mengedarkan lembaran kerja kepada semua murid sebagai aktivitipengukuhan.

    5.0 KEBERKESANAN DAN KESIMPULAN

    Melalui pemantauan dan hasil pengajaran dan pembelajaran, penggunaan bahan

    teknologi dalam pendidikan dapat meningkatkan pencapaian murid dalam topik yang diajar.

    Ini kerana teknik belajar cara didik hibur boleh menarik minat murid untuk menumpukan

    perhatian kepada isi pelajaran.

    Teknik pembelajaran yang seronok dan santai tetapi berfokus membolehkan murid

    menguasai isi pelajaran tanpa disedari. Nyanyian dan muzik, serta gambar animasi yang

    bergerak-gerak membuatkan murid teruja untuk mengetahui apa yang akan dipaparkan oleh

    skrin komputer seterusnya. Secara tidak langsung, murid terangsang untuk mengikuti isi

    pelajaran dari awal hingga akhir.

    Saya ada 6 permukaan rata yang sama

    semua sisi dan 12 sisi yang sama

    panjang. Cuba teka siapa saya?

  • 8/10/2019 HBMT3203_V2 (Teaching of Elementary Mathematics Part IV- Sept 2014

    12/13

    12

    Penggunaan bahan teknologi ini juga merangsang dan melatih murid untuk mencari

    seberapa banyak maklumat yang terdapat dalam paparan tersebut. Murid belajar untuk

    mencari maklumat sendiri tanpa mengharapkan input daripada guru sahaja. Sikap kerjasama,

    toleransi serta saling membantu dapat diterapkan dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran

    ini.

    Pembelajaran berpusatkan murid iaitu murid meneroka sendiri maklumat yang

    diperlukan akan dapat memanjangkan tempoh ingatan mereka. Ini kerana mereka lebih

    faham melalui aktiviti yang dilakukan. Berlakunya komunikasi dua hala antara guru dan

    murid memberi peluang murid untuk menjadi lebih berpengetahuan dan matang. Sifat

    kepimpinan bercorak demokratik juga dapat dipupuk melalui aktiviti pembelajaran

    menggunakan teknologi pendidikan ini. Selain daripada itu, teknik pembelajaran ini

    menjadikan murid lebih kreatif melalui penciptaan soalan yang ditujukan kepada murid lain.

    Sifat-sifat sosial yang positif juga dapat dipupuk seperti bekerjasama, tolong-menolong,

    selain yakin pada kebolehan sendiri dan ahli kumpulan yang lain.

    Harapan negara untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi

    memenuhi pasaran pada masa depan boleh dicapai salah satunya melalui pembelajaran

    menggunakan teknologi maklumat (ICT). Namun sistem ini perlu dikemas kini dari masa ke

    semasa selari dengan perkembangan teknologi masa kini.

    Perlu diingat juga, sebagai warganegara dan pendidik yang baik, elakkan

    penyalahgunaan kemudahan teknologi maklumat ini. Ini kerana kerajaan telah

    membelanjakan beribu ringgit setiap tahun untuk memastikan sistem teknologi pendidikan

    terus berkembang seiring dengan zaman moden ini.

    Kesimpulannya, proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan

    dan strategi baharu agar semua murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dalam

    abad kedua puluh satu. Empat tonggak utama untuk memenuhi Dasar ICT dalam pendidikan

    ialah modal insan, sumber pembelajaran digital, infrastruktur dan belanjawan. Keempat-

    empat dasar ini perlu menunjukkan hasil iaitu melalui pengukuran hasil pencapaian murid di

    sekolah. Keakuran guru untuk menggunakan teknologi pendidikan dalam aktiviti

    pembelajaran dan pengajaran sangat diharapkan agar dapat memberi kesan positif terhadap

    pencapaian murid di sekolah.

    [ 2 380 patah perkataan]

  • 8/10/2019 HBMT3203_V2 (Teaching of Elementary Mathematics Part IV- Sept 2014

    13/13

    13

    Bibliography

    (t.t). Didapatkan dari www.youtobe.com/watch?V=QBFNNVt-NJo

    (2012, Mei 19). Didapatkan November 2, 2014, daripada www.slideshare.net/isuict 12/isuict-

    presentation-kumpulan-12-129899339

    Berita Harian. (t.t). Didapatkan November 2, 2014, daripada

    pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/7550-dasar-baru-jadikan-ict-peneraju-

    pendidikan.html

    Luaran, J. @. (2013, Februari). Retrieved November 15, 2014, from

    ilearn.uitm.edu.my/v2/wp-content/uploads/2003/02/perkembangan- cabaran-dan-

    aplikasi-teknologi-maklumat-dalam-perkembangan di Malayisa.

    Suhaili hanafi. (t.t). Didapatkan November 5, 2014, daripada

    www.slidesharaner/suhailihanafi/cabaran-dan- isu-penggunaan-ict-dalam-pendidikan

    Zakaria, O. (2006). Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Dalam Teknologi

    Maklumat Dalam Pendidikan(hlm. 207-225). Selangor: Meteor Doc. Sdn Bhd.