61
PENGENALAN Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah mencatatkan bahawa berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada, Kementerian Pendidikan Malaysia komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam Program Pendidikan Inklusif. Sehubungan dengan itu, satu piagam di bawah aspirasi ekuiti, “peningkatan enrolmen murid berkeperluan khas dalam Program Pendidikan Inklusif” telah dijadikan sebagai salah satu daripada 25 inisiatif utama dalam 1Agenda Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2013. Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Pada masa dahulu istilah "Program Percantuman’ atau ‘Integrated’ telah digunakan. Sistem Pendidikan di Malaysia telah pun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam, 1997). Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau program pendidikan inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia.

HBEF3505

Embed Size (px)

DESCRIPTION

:p

Citation preview

PENGENALAN Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah mencatatkan bahawa berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada, Kementerian Pendidikan Malaysia komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam Program Pendidikan Inklusif. Sehubungan dengan itu, satu piagam di bawah aspirasi ekuiti, peningkatan enrolmen murid berkeperluan khas dalam Program Pendidikan Inklusif telah dijadikan sebagai salah satu daripada 25 inisiatif utama dalam 1Agenda Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2013.Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Pada masa dahulu istilah "Program Percantuman atau Integrated telah digunakan. Sistem Pendidikan di Malaysia telah pun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam, 1997). Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau program pendidikan inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia.Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar untuk berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat- pusat biasa untuk memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas. Pendidikan Inklusif juga sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihakseperti pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi sebahagian daripada pendidikan arus perdana di negara kita.(Azad Athahiri Anuar, Norsayyidatina Che Rozubi, 2010).Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah untuk semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkepeluan khas adalah wajib di negara ini. Ibu bapa yang gagal mendaftar anak dalam umur persekolahan peringkat rendah boleh didakwa. Dasar ini diperkukuh lagi oleh Artikel, Perlembagaan Malaysia mengenai Disabled Person Act 2002 serta komitmen Malaysia dalam deklarasi-deklarasi antarabangsa iaitu Education For All (EFA) 2000 dan Biwako Millenium Framework 2002. Hal ini bermakna kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan bersesuaian mengikut keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk golongan yang mempunyai kecacatan/ketidakupayaan. Untuk memenuhi tanggungjawab tersebut maka KPM dan kementerian-kementerian lain yang dinyatakan di atas, memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas (Supiah Saad,2010).Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita.Ini kerana pendidikan seharusnya menjadi aset kepada setiap individu termasuklah golongan bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan bekeperluan khas.

1.0 MURID BERKEPERLUAN KHAS Perbezaan kognitif , sosial, emosi, fizikal dan rohani di kalangan kanak-kanak di dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Selain daripada pengaruh baka dan persekitaran, kanak-kanak berkembang pada tahap dan kadar yang berbeza. Oleh yang demikian di dalam sesebuah kelas akan terdapat murid yang cergas serta berkebolehan dan ada murid yang menghadapi kesukaran dalam mengikut pengajaran. Murid-murid mungkin berbeza daripada rakan-rakannya yang lain dari segi kemampuan mereka menyelesaikan masalah, kebolehan berbincang dan bergaul dengan rakan, mengawal perasaan atau menjalani kegiatan fizikal.1.1 INDIVIDU KEPERLUAN KHASDasar pendidikan khas di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas merujuk kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran termasuk sindrom down, autism ringan, attention deficit hyperactive disorder (ADHD), terencat akal minimum dan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia. Berikut adalah individu-individu yang boleh dikategorikan sebagai berkeperluan khas. i. Masalah kecacatan fizikalMasalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan perubatan atau peralatan khas seperti pendakap (brances) atau kerusi roda. Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak ( Mohd Sharani, 2006 ) serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot. Antara masalah yang dikategorikan sebagai kecacatan fizikal ialah seperti cerebral palsy, epilepsy, spina bifida, muscular dystrophy, limb deficiencies, asthma, diabetes dan leukemia.ii. Masalah penglihatan Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan mengganggu pembelajaran. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja.Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat menggunakan penglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak ini pada kebiasaan mempunyai kecerdasan yang normal seperti kanak-kanak lain dan boleh belajar seperti biasa jika kemudahan serta perkhidmatan sokongan disediakan untuk mereka. Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas daripada segi neuron tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad. Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh memberi kesan ke atas perkembangan personaliti.iii. Masalah pendengaranTerdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima pendidikan menggunakan teori lain seperti penglihatan. Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang dapat dikenal pasti apabila kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa tahun. Seseorang guru peka kepada petanda masalah ini menunjukkan simptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah disebut. Mereka juga menghadapi kesukaran untuk mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku. Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana mereka sering salah sebutan dan mempunyai nada suara yang lebih tinggi atau rendah dan memusingkan kepala untuk mendengar. Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu. Ketidakupayaan berkomunikasi ini memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi , bahasa dan kognitif individu tersebut.iv. Masalah pertuturanMasalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, masalah gagap, masalah suara, masalah bahasa. Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan, misalnya perkataan saya menjadi caya. Kanak-kanak pada kebiasanya akan melalui fasa ini dalam tempoh perkembangan mereka. Ia biasanya tidak dipandang serius namun jika masalah ini berlanjutan ia perlu diberi perhatian.Gagap merupakan gangguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang, memberhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan. Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat. Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau rendah atau nada yang sama dan tidak berubah.Masalah perkataan seperti masalah sebutan, gagap dan suara boleh menimbulkan rasa malu dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak selesa dalam situasi sosial. Ia mungkin tidak mengganggu pembelajaran seperti mana masalah bahasa. Masalah bahasa memberi kesan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.v. Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran boleh dianggap sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak memberi perhatian atau tidak berminat. Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa. Oleh kerana mereka menunjukkan cirri-ciri yang sama seperti kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenal pasti dan sering disalah tafsir. Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat. Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja ataupun mengira. Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran termasuk masalah pembelajaran akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor dan koordinasi, meta-kognitif, kurang memberi perhatian dan hiper aktiviti.vi. Masalah tingkah lakuMasalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak adalah perkara biasa. Namun, kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku kurang sesuai pada tahap serius dan berterusan akan mengakibatkan konflik sosial, tidak bahagia dan kegagalan di sekolah. Tingkah laku yang dikaitkan dengan masalah ini termasuk agresif, kesukaran membentuk perhubungan sosial, menunjukkan tingkah laku sosial yang tidak boleh diterima masyarakat, hiperaktif, menipu, mencuri, masalah pembelajaran dan kebimbangan. vii. Lembab ( slow learner)Perkembangan kanak-kanak lembab ini agak lambat sejak peringkat bayi, di mana bayi ini lambat senyum, lambat bertindak balas terhadap bunyi atau suara ataupun tidak balas menganga masih belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan. Kanak-kanak lembab ini biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan dan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.viii. Terencat akal ringanPersatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial yang amat terhad. Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan menunjukkan ciri-ciri seperti berikut: Kurang koordinasi motor. Sukar menumpukan perhatian. Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah serta berada pada tahap yang rendah dapada mereka yang sebaya. Sukar mengaplikasikan sesuatu yang dipelajari dalam situasi baru. Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan membuat kesimpulan. Kanak-kanak ini sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih aktiviti secara sendirian. Mereka juga menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan. Mereka mempelajari bahasa dan kemahiran dengan perlahan, tidak seperti kanak-kanak biasa. Paras rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa dan mereka biasanya dibenarkan masuk ke sekolah biasa.Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanak biasa dan merupakan cabaran bagi kanak-kanak dengan masalah terencat akal. Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di sekolah keranaIQ mereka yang rendah iaitu antara 55/60 dan 85/90. IQ kanak-kanak normal adalah 90 ke atas. Namun begitu, kebanyakan kanak-kanak bermasalah terencat akal ringan boleh ke sekolah dan boleh mempelajari pelbagai kemahiran akademik seperti kemahiran vokasional sosial untuk membantu menjadikan mereka sebagai individu yang produktif.ix. AutismeAutisme merupakan kecacatan mental seumur hidup yang terlalu sukar untuk dipulihkan. Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah komunikasi kerana mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air muka, gerak isyarat atau nada suara yang berlainan. Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkan tabiat yang tidak suka bertentang mata dan tidak menunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apa situasi. Mereka lebih minat kepada barang permainan daripada berinteraksi atau berhubung dengan orang di sekitarnyax. Pintar cerdasKanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan memerlukan sokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik darjah untuk membantu mereka merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka. Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan ciri-ciri berikut: Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan rakan sebaya. Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yang lebih jika dibandingkan dengan rakan sebaya. Menetapkan matlamat yang tinggi untuk pencapaiannya. Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasan yang mencabar. Kemahiran berbahasa, membaca dan perbendaharaan kata yang luas. Kebolehan untuk memimpin. Mengambil berat dan menunjukkan empati terhadap orang lain.xi. Sindrom DownSindrom Down berpunca daripada masalah yang disebabkan daripada masalah berlebihan kromosom. Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan dalam pasangan kromosom yang ke-21. Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800 kelahiran. Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah terencat akal, masalah ringan dan pertuturan dan perkembangan motor yang lambat. Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai tahap IQ yang rendah antara 30 hingga 80.Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal pasti antaranya: Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat. Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung untuk terjelir Mata sentiasa berair dan merah. Mata sepet dan bentuk muka yang kecil. Berbadan gempal dan pendek serta aan yang agak bongkok. Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik.Mereka juga selalunya mengalami masalah kataraks mata, masalah jantung dan kecacatan usus. Sebelum ini, penghidap Sindrom Down kerap meninggal dunia sebaik sahaja memasuki alam dewasa disebabkan oleh masalah-masalah yang dihadapi tetapi, kini dengan kemajuan perubatan mereka boleh menjalani kehidupan yang sihat seperti individu normal.Kanak-kanak Sindrom Down memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Disebabkan oleh keadaan fizikal muka mereka yang rata, mereka cenderung mengalami masalah penafasan dan sukar untuk makan. Mereka juga lemah dalam koordinasi mata dan otot dan kurang upaya meneroka persekitaran. Walau bagaimanapun dengan sokongan ibu bapa dan penjaga mereka boleh dibimbing dan diasuh untuk berdikari dan menguasai kemahiran.xii. Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHDKanak-kanak Attention Deficit / Hyperactivity disorder ADD/ADHD tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan. Kanak-kanak ini juga bersikap impulsif dan sering mengganggu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu tanpa berfikir. Sifat hiperaktif dan pergerakkan fizikal yang keterlaluan juga merupakan ciri-ciri kanak-kanak ADHD.Punca masalah ADHD ialah kekurangan neurotransmiter yang spesifik iaitu noreprinephrine dan dopa atau dopamine dalam sel litar otak. Pada hari ini, ADD/ADHD boleh dikawal dengan pengaruh dadah tetapi tahap tumpuan mereka masih tidak sama dengan kanak-kanak yang tidak mempunyai ADD/ADHD (Barbaresi & others, 2006: Tucha & others, 2006).Penggunaan dadah dalam mengubati individu ADD/ADHD adalah tidak berkesan dan kesan jangka panjang dadah ini masih tidak diketahui. David Nylund (Woolfolk A & Margetts K, 2007) mencadangkan satu bentuk terapi di mana kanak-kanak tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk mengawal masalah tersebut. Nylund cuba memberi perspektif baru kepada ADHD, bahawa kesukaran boleh dikawal dan semua sifat yang menghalang pembelajaran sebagai faktor yang boleh diasingkan daripada kanak-kanak tersebut. Beliau mencadangkan guru menggunakan masa yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberi perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku mereka. Tetapi bukan semua kanak-kanak hiperaktif atau kurang memeberi penumpuan ialah ADD/ADHD. Pengesahan masalah ini perlu dibuat oleh pakar. xiii. DisleksiaMerupakan masalah pembelajaran yang berkaitan dengan bahasa, membaca dan ia merangkumi mengeja, menulis dan menyebut. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini biasanya membaca dengan perlahan kurang tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta mencampur-aduk perkataan yang berbunyi sama. Mereka juga mempunyai kurang kesedaran dan minat terhadap buku.Menurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkin kelihatan pada beberapa anggota keluarga yang sama. Kajian juga menunjukkan masalah disleksia berlaku empat kali lebih kerap terdapat pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan ( Stoppard, 1997.)

1.2 MENGENAL PASTI MURID BERKEPERLUAN KHASPengesanan merupakan proses yang memerlukan teknik dan prosedur yang sesuai dan tepat. Proses pengesanan ini juga harus dilakukan dalam situasi sebenar seperti di bilik darjah ataupun di rumah supaya tingkah laku kanak-kanak ditunjukkan tanpa sebarang lakonan. Oleh itu, teknik yang bersesuaian harus dipilih oleh pemerhati dalam melakukan pengesanan ketidakupayaan dan keperluan kanak-kanak khas agar pengesanan yang dilakukan membuahkan hasil yang sepatutnya diperoleh.Oleh yang demikian, pengesanan atau diagnosis awal sangat penting dalam menjamin kemajuan dan perkembangan kanak-kanak yang dikenalpasti berkeperluan khas. Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menjalankan proses pengesanan ke atas kanak-kanak. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut dan mendalam tentang ketidakupayaan yang dimiliki oleh kanak-kanak, teknik yang betul dan bersesuaian haruslah dilaksanakan. Antara teknik yang boleh digunakan oleh pemerhati untuk mengesan ketidakupayaan dan keperluan kanak-kanak adalah catatan anekdot, catatan berterusan, catatan spesimen, mensampel masa, mensampel peristiwa dan senarai semak.i. Catatan anekdotCatatan anekdot merupakan catatan yang dibuat oleh penyelidik mengenai kelakuan-kelakuan yang luar biasa (Sutrisno Hadi, 1985). Catatan ini menggambarkan dan menjelaskan tentang naratif tingkah laku yang penting kepada pemerhati. Anekdot ini menghuraikan apa yang berlaku secara fakta dan objektif. Pemerhati tidak membuat andaian sendiri berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. Catatan ini juga menerangkan bagaimana tingkah laku berlaku, bila dan di mana ia berlaku, dan apa yang dikatakan dan dilakukan oleh kanak-kanak tersebut.Selain daripada itu, catatan anekdot bersifat selektif iaitu penyelidik memilih peristiwa yang bermakna dan mempunyai hubungan dengan perkembangan individu. Kebiasaannya, catatan anekdot ditulis selepas peristiwa tersebut berlaku dan ditulis oleh orang yang rapat dengan kanak-kanak tersebut. Rekod ini dapat menyediakan gambaran yang lengkap tentang kemajuan seseorang kanak-kanak apabila ditelitikan secara kumulatif. Catatan anekdot mengandungi perincian tentang ekspresi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak, intonasi suara dan pergerakan badan.ii. Catatan berterusan Antara yang kerap digunakan untuk melakukan pengesanan ketidakupayaan dan keperluan kanak-kanak khas ialah catatan berterusan.Catatan berterusan merupakan satu catatan naratif yang terperinci tentang tingkah laku kanak-kanak mengikut urutan ia berlaku. Catatan berterusan ini merupakan catatan yang lengkap tentang tingkah laku kanak-kanak kerana catatan ini melihat kesemua tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam masa yang telah ditetapkan.Catatan berterusan dilakukan sewaktu tingkah laku tersebut berlangsung. Kebiasaannya, pemerhati hanya menggunakan ayat-ayat yang ringkas dan pendek bagi menerangkan tingkah laku yang ditunjukkan supaya pengekalan penumpuan kepada perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut berjalan dengan baik. Data yang ditulis juga harus berbentuk fakta dan objektif. Pemerhati tidak dibenarkan menggunakan perkataan-perkataan atau frasa-frasa yang deskriptif dan bersifat menghakim.iii. Catatan spesimenCatatan spesimen merupakan catatan yang lebih panjang dan mengandungi maklumat tambahan seperti peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas tingkah laku yang ingin diperhatikan ditunjukkan oleh kanak-kanak. Melalui catatan spesimen, pemerhati menumpukan perhatian kepada tingkah laku yang ingin diperhatikan. Satu tingkah laku yang ingin diperhatikan dikenal pasti terlebih dahulu.Kanak-kanak dijadikan sebagai spesimen untuk menguji sesuatu tingkah laku yang telah dikenal pasti. Kanak-kanak diletakkan dalam sesuatu situasi seperti di dalam bilik darjah dengan peristiwa atau keadaan tertentu. Rekod akan dicatatkan jika kanak-kanak tersebut menunjukkan tingkah laku yang telah dikenal pasti untuk diperhatikan.

iv. Mensampel masaPemerhati perlu mencatatkan kekerapan berlakunya sesuatu tingkah laku yang dipamerkan dalam masa yang telah ditentukan. Satu sela masa akan ditetapkan dalam tempoh masa tersebut. Tingkah laku telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum pemerhatian dijalankan ke atas kanak-kanak tersebut. Di samping itu, tingkah laku yang direkod ialah tingkah laku overt iaitu yang dapat dilihat dengan jelas dan boleh dikira. Tingkah laku berjaya menyelesaikan masalah merupakan contoh tingkah laku yang tidak sesuai kerana tidak jelas untuk diperhatikan oleh pemerhati. Teknik ini efektif untuk dijalankan kerana ia bersifat lebih objektif dan terkawal kerana tingkah laku adalah terhad dan telah ditentukan terlebih dahulu.v. Mensampel peristiwaTeknik ini merupakan teknik yang memerlukan pemerhati menunggu dan merekod tingkah laku yang telah dipilih. Oleh sebab itu, pemerhati perlu menentukan tingkah laku yang ingin diperhatikan terlebih dahulu. Pemerhati juga perlu memastikan kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Perkara penting apabila pemerhati menggunakan teknik ini ialah pemerhati perlu mencatatkan perkara yang berlaku sebelum dan selepas tingkah laku itu ditunjukkan. Oleh itu, pemerhati perlu mengambil peluang terhadap sesuatu situasi yang berlaku kerana kanak-kanak mungkin menunjukkan tingkah laku tersebut pada masa itu. Maka pemerhati hanya perlu menunggu dan merekodkan tingkah laku tersebut. Menerusi peristiwa dan tingkah laku yang dipamerkan oleh kanak-kanak ini, guru dapat menghasilkan suatu rancangan bagi mengatasi masalah yang berlaku.vi. Senarai semakSenarai semak merupakan satu senarai yang mengandungi item-item spesifik berkenaan tingkah laku yang disusun secara teratur. Di samping itu, tingkah laku yang terkandung dalam senarai semak mestilah tingkah laku yang jelas dan senang diperhatikan. Senarai semak ini dijadikan alat untuk merekod tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.Teknik ini menjadi sangat bermanfaat apabila pemerhati ingin merekod banyak tingkah laku terhadap kanak-kanak. Guru hanya perlu menandakan pada atau tingkah laku atau kemahiran yang disenaraikan untuk memastikan sama ada kanak-kanak telah mempamerkan mahupun menguasai tingkah laku atau kemahiran berkenaan.Prosedur Pelaksanaan Proses PenilaianLangkah 1 Penapisan (Screening) Prosedur menguji/memeriksa sekumpulan pelajar sebagai usaha mengenal pasti mereka yang mempunyai risiko yang tinggi; mereka yang dikenal pasti dirujuk untuk pemeriksaan dan pengukuran yang lebih bersungguh dan intensif. Guru, orang yang pertama melakukan penapisan dengan menggunakan pemerhatian di bilik darjah dan standardized group assessment tool (con: senarai semak, borang berkadar/rating, alat pengukuran yang piawai, pemerhatian dalam bilik darjah) untuk mengesan pelajar berisiko tinggi.Langkah 2 Pencalonan (Referral) Individu atau pasukan (di sekolah) menerima pencalonan untuk melaksanakan Penilaian Pendidikan Khas. Tugas pertama ialah menulis kepada ibu bapa supaya mereka memberi kebenaran dan menerima penerangan tentang proses tersebut. Selepas itu pasukan ini akan membentuk Pelan Penilaian Individu untuk mengenal pasti aspek-aspek yang memerlukan perhatian khas dalam prosedur ujian.Langkah 3 Penilaian Ujian saringan-untuk tujuan mengklasifikasi, penempatan, dan penentuan program khas Memberi penilaian yang bersesuaian kepada pelajar dengan menggunakan penilaian formal dan informal untuk mengidentifikasikan corak pembelajaran pelajar (perhatian: tidak menggunakan satu alat ukur secara Khusus untuk menentukan tahap kefungsian aspek-aspek tertentu.).Langkah 4 Kelayakan Lepas proses penilaian (analisis dan penafsiran skor ujian) disempurnakan, pasukan ini harus mengadakan perjumpaan untuk menentukan kelayakan pelajar untuk menerima Pendidikan Khas.Langkah 5 melaksanakan ujian diagnostik dan Membentuk Program Pendidikan Individu /RPI (IEP)

1.3 KAEDAH DAN TEKNIK PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MURID BERKEPERLUAN KHASProses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khas memerlukan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat, minat serta latar belakang murid. Memandangkan murid mempunyai keupayaan yang berbeza, guru harus menyediakan aktiviti yang sesuai. Usaha ini dapat memastikan murid terlibat aktif, juga membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, bermakna dan menggembirakan.Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang serta dikendalikan dengan teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama, sama ada dilaksanakan secara kelas. Kumpulan mahupun secara individu. Berpandukan matlamat dan objektif dalam kurikulum ini, antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan adalah:i. PENDEKATAN ANALISIS TUGASANPendekatan Analisis Tugasan melibatkan proses pembahagian kemahiran kepada beberapa komponen atau langkah mudah yang dapat dikuasai dan dipelajari oleh seseorang murid. Kaedah analisis tugasan membantu guru menyusun atur kemahiran yang hendak diajar, memberi latihan yang konsisten dan nilai tahap pencapaian murid. Penyediaan analisis tugasan dapat dilaksanakan dengan langkah-langkah berikut: Memastikan kemahiran yang sesuai diajar pada murid mengikut tahap keupayaan Huraikan secara ringkas kemahiran yang terpilih Kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada langkah-langkah kecil Buat penyesuaian langkah-langkah pembelajaran mengikut kelemahan dan kebolehan murid Guru menjalankan analisis tugasan Guru membuat pemerhatian dan penilaian apabila murid telah menguasai kemahiaran yang diajar Membuat penambahan dan perubahan di mana perlu sehingga murid dapat menguasai kemahiran yang hendak diajar

ii. PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAINPendekatan Belajar Melalui Bermain ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas kerana bermain merupakan keperluan murid. Melalui aktiviti ini mereka melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan berdasarkan pengalaman dengan rasa gembira dan seronok. Selain menyeronokkan, pendekatan ini boleh meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi. Ciri-ciri pendekatan bermain sambil belajar yang ditekankan ialah: Aktiviti yang menyeronokkan Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran Permainan bebas dan terancang Keanjalan masa Percubaan idea sendiri Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian

iii. PENDEKATAN PENGAJARAN BERTEMAPendekatan Pengajaran Bertema digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas. Pemilihan topik atau tema mestilah yang bersesuaian dengan persekitaran murid. Pendekatan Pengajaran Bertema melibatkan perkara-perkara berikut: Penggunaan satu tajuk umum merentasi bidang pembelajaran Pemilihan tajuk berasaskan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu atau peristiwa semasa Saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru diperoleh secara tersusun dan sistematik Peluasan dan pengukuhan pengetahuan dan kemahiran Pemeringkatan daripada yang mudah kepada sukar dan umum kepada yang lebih khusus

iv. PENDEKATAN PEMBELAJARAN PENGALAMANPendekatan Pembelajaran Pengalaman adalah berdasarkan kesediaan dan keupayaan individu. Pendekatan ini meningkatkan arah kendiri individu di mana murid diberi peluang menilai keupayaan diri sendiri. Guru yang melaksanakan kaedah ini seharusnya menjalankan peranan berikut: Menentukan suasana yang positif untuk proses pembelajaran Menjelaskan peranan murid dalam tugasan Memastikan sumber untuk proses pembelajaran ada dan mudah diperoleh Menyusun sumber untuk proses pembelajaran Seimbangkan komponen intelek dan emosi dalam pembelajaran Berkongsi perasaan dan pemikiran dengan murid tanpa menguasai dan mengongkong mereka

v. PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERIPendekatan Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan masa yang panjang untuk menghasilkan pendidikan berkualiti. Keperluan-keperluan pelaksanaan Pendekatan pembelajaran Masteri ialah: Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza antara satu sama lain Murid memerlukan pendekatan pendidikan yang sesuai dan berkesan Murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkanCiri-ciri Pembelajaran Masteri Hasil pembelajaran perlu ditentukan Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakan, berkesan, menarik dan menggembirakan Bahan pengajaran dan pembelajaran mesti sesuai dengan tahap penguasaan murid dan berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari Murid mesti menguasai 80% aras masteri sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru Aktiviti pemulihan perlu dilaksanakan bagi murid yang belum menguasai aras masteri Aktiviti pengayaan perlu dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri

vi. PENDEKATAN KOLABORASI

a. LATIHAN KEMAHIRAN KERJALatihan Kemahiran Kerja perlu didedahkan kepada murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Matlamat utama latihan ini adalah untuk memberi kemahiran kendiri, komunikasi, sosialisasi dan kemahiran asas berkaitan pekerjaan dalam kehidupan. Latihan Kemahiran Kerja boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu: Latihan dalaman berbentuk kerja projek. Latihan kerja yang melibatkan luar atau kerja luar Latihan kerja sebenar

b. BENGKEL TERLINDUNGFungsi bengkel terlindung adalah untuk memberi pengalaman, latihan, penilaian dan pekerjaan kepada individu yang berkeperluan khas. Terdapat bengkel terlindung yang beroperasi sendiri (di bawah pengurusan sekolah) atau yang mempunyai perjanjian dengan agensi yang memberi perkhidmatan berkaitan dengan kerjaya. Bengkel terlindung tidak mementingkan hasil pengeluaran tetapi lebih mengutamakan pengalaman bekerja individu, menanam minat, memenuhi keperluan sosial dan memberi kemahiran inter-personal.c. PELBAGAI KAEDAH TERAPI Terapi PertuturanAntara aktiviti yang dijalankan adalah seperti latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air, mengetap bibir dan sebagainya. Terapi pertuturan dijalankan oleh pakar pertuturan atau individu yang terlatih. Terapi Fizikal ( Fisioterapi)Terapi fizikal memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid pendidikan khas. Ia bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah kawalan motor. Terapi fizikal yang dilaksanakan akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan. Terapi Cara kerjaTerapi cara kerja merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksimum yang mungkin. Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai Terapi MuzikTerapi muzik bertujuan menenteramkan murid supaya bersedia untuk belajar. Guru menggunakan muzik untuk merangsang minda dan menarik perhatian murid. Terapi muzik digunakan untuk mengawal emosi dan dijalankan oleh seorang terapis. Aktiviti yang dijalankan seperti pergerakan bebas mengikut irama muzik, memainkan alatan muzik mengikut rentak yang diperdengarkan serta menghayati irama. Murid melakukan gerakan menggunakan alatan untuk menghasilkan bunyi. Bunyi-bunyi ini apabila digabungkan akan melahirkan satu irama muzik yang tersusun.d. AKTIVITI LUAR BILIK DARJAHAktiviti ini dijalankan di luar waktu pembelajaran, bertujuan untuk Memberi peluang untuk murid memperoleh pengalaman sebenar Rekreasi Bersosialisasi dan berkomunikasi Aktiviti yang menggembirakan Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran Aktiviti bebas dan terancang

1.4 KEPERLUAN FIZIKAL DAN SOKONGAN INFRASTRUKTUR MURID BERKEPERLUAN KHASKhidmat sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara langsung sekurang-kurangnya antara dua interaksi kumpulan yang dipersetujui dalam membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang sama (Cook & Friend, 1991). Manakala menurut Sher dan Baur (1991) khidmat sokongan sepenuhmya merangkumi interaksi setiap anggota di sekolah yang melibatkan antara guru dengan ibu bapa murid-murid khas dan bukan hanya dapat membantu pihak sekolah malah menghargai kewujudan mereka sebagai daripada anggota sekolah. i. Model Sosial Model sosial merupakan model yang penting dalam menjaga kebajikan dan kepentingan berkeperluan khas.Tanggungjawab ini biasanya dipikul oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jabatan Kebajikan Masyarakat berperanan menganjurkan kempen Pendaftaran OKU untuk menggalakkan dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap perlunya OKU mendaftarkan diri mereka dengan jabatan tersebut. Perkara ini perlu diberi perhatian agar kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini.Hal ini sangat penting bagi pihak kerajaan kerana ianya dapat memudahkan pihak kerajaan membuat perancangan perkhidmatan, program pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan. Selain itu juga, perkara ini penting kepada kerajaan agar dapat merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.Selain itu juga, kerajaan telah pun melancarkan satu skim yang dapat membantu golongan OKU membina kerjaya mereka dan dalam masa yang sama memberikan peluang bersosial bersama masyarakat agar mereka merasakan mereka tidak dipinggirkan melalui Skim Bantuan Galakan Perniagaan. Program ini juga dilihat dapat membantu seramai mungkin OKU dalam mendapatkan pekerjaan dengan memberikan kesedaran kepada para majikan akan kebolehan OKU setanding dengan masyarakat sekeliling.Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti Pendaftaran dan Kad Kenal Diri, Bantuan alat otortik, Geran Pelancaran, Elaun Pekerja Cacat, Bengkel terlindung, Latihan Kemahiran Vokasional, Kemasukan ke Institusi Pemulihan (Taman Sinar Harapan), Pemulihan dalam Komuniti. Lain-lain kemudahan dan keistimewaan yang kerajaan sediakan pula adalah seperti KemudahanPendidikan, Kemudahan Pengankutan Awam, Kemudahan Perumahan, Kemudahan mendapatkan Latihan dan Pemulihan, Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan, Pelepasan cukai, Kemudahan Peluang Pekerjaan dan sebagainya.ii. Model Perubatan Model perubatan pula dapat dilihat secara praktikal di Malaysia. Malaysia mengamalkan model perubatan berbanding luar negara yang lebih menekankan kepada model pendidikan. Sejarah permulaan pendidikan khas berkait rapat dengan bidang perubatan dan ahli-ahli perubatan. Dalam awal abad ke 20 an, perkembangan Pendidikan Khas didorong oleh kemunculan dan kemajuan dalam bidang-bidang psikologi dan sosiologi.Justeru, pegawai perubatan perlu prihatin dan peka terhadap kelompok tersebut agar mereka dapat menyertai kelas yang sesuai mengikut kebolehan serta kadar kemampuan mereka untuk menikmati kejayaan. Mereka juga berhak untuk merasai kejayaan seperti masyarakat di sekeliling mereka.Tambahan, setiap negara harus bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan kesihatan kepada setiap warganegaranya. Oleh sebab itu, pada peringkat awal ibu mengandung yang telah didapati bakal melahirkan anak yang tidak sempurna tidak harus diabaikan sebaliknya perlu menerima bimbingan dan nasihat untuk menjaga kandungan agar dapat melahirkan bayi yang selamat.iii. Prasarana dan Peralatan Prasarana yang lengkap adalah penting dalam menentukan keberkesanan PPI di sekolah. Aspek fizikal dan peralatan perlu menepati keperluan dan menyokong pembelajaran MBK. a. Aspek fizikal kelasMurid berkeperluan khas menggunakan sepenuhnya prasarana kelas bersama-sama murid arus perdana. Walau bagaimanapun pengubahsuaian perlu dipertimbangkan mengikut keperluan murid, seperti: Penyediaan meja atau kerusi Kedudukan kelas di aras bawah bagi memberi kemudahan murid berkperlunan khas yang berkerusi roda.

b. Aspek fizikal sekolahPersekitaran sekolah yang mesra OKU dan selamat adalah penting bagi memudahkan pergerakan murid berkeperluan khas. Antara kemudahan mesra OKU yang perlu disediakan adalah : Susun landai (ramp) Susur tangan (railing) Tandas OKU Parkir OKU Longkang yang tertutup

c. Peralatan khususPihak sekolah perlu memastikan peralatan khusus mengikut keperluan murid berkeperluan khas disediakan bagi membantu pembelajaran. Antara contoh peralatan khusus yang diperlukan adalah seperti EMsin braille Kanta pembesar / CCTV Kerusi roda Doctor speech Duxbury Augmentative Alternative Communication (AAC)

2.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID BERKEPELUAN KHAS2.1 PENGENALPASTIAN MURID BERKEPERLUAN KHASPengesanan atau diagnosis awal kepada kanak-kanak berkeperluan khas merupakan satu perkara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan demi pendidikan mereka. Secara umumnya, individu yang berkeperluan khas perlu dikesan daripada awal menerusi proses pengesanan. Hal ini demikian kerana, melalui pengenalpastian pada peringkat awal dapat membantu pembelajaran kanak-kanak tersebut. Berikut adalah langkah pengenalpastian murid berkeperluan khas yang telah dilakukan di Sekolah Kebangsaan Ulu Dusun, Sandakan, Sabah.Langkah 1- Penapisan (Screening)Dalam langkah ini, saya selaku guru telah melakukan pemerhatian terhadap sekumpulan murid yang didapati lemah dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Sekumpulan murid ini terdiri daripada murid yang masih lagi dalam kategori LINUS iaitu tidak dapat menguasai sehingga konstruk 12 dalam bagi literasi Bahasa Malaysia. Kumpulan murid ini dipilih juga berdasarkan rekod pencapaian mereka dalam ujian akhir tahun yang masih lagi berada dalam tahap gagal iaitu memperoleh markah gagal di bawah 30. Namun, tumpuan diberikan terhadap seorang murid perempuan yang memperoleh markah dibawah 10 dalam ujian berkenaan. Sebagai seorang guru, pemerhatian lebih lanjut turut dilakukan terhadap murid berkenaan. Hal ini kerana murid berkenaan juga cenderung untuk menunjukkan tingkah laku berbeza daripada murid lain terutamanya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas. Murid berkenaan juga terlibat mengikuti program pemulihan di sekolah bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik. Rentetan daripada itu, suatu pemerhatian telah dilakukan terhadap murid berkenaan dicatat berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid ketika di dalam kelas. Guru melaksanakan satu catatan anekdot bagi mencatat kelakuan-kelakuan luar biasa yang ditunjukkan oleh murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Catatan yang dilakukan ini adalah secara selektif berdasarkan peristiwa dan tingkah laku penting yang dapat ditulis sebagai pemerhatian terhadap perkembangan murid. Catatan yang dilakukan ini juga dilakukan secara terperinci mengenai ekspresi yang ditunjukkan oleh murid termasuklah di pergaulan murid sosial murid bersama-sama rakan. Berikut adalah catatan anekdot yang telah dilakukan terhadap murid berkenaan.REKOD ANEKDOT MURIDNama: Halief Eqhval bin SarnoUmur: 10 TahunJantina:LelakiNama guru:En JamrienTarikh pemerhatian :18 Februari 2015Masa 9.00 PagiTempat : Kelas 4 BijakPerkara/peristiwa: Halief tidak dapat menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru. Murid ini kerap keluar daripada kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Tulisan yang dihasilkan murid susah untuk dibaca dan kebanyakannya terlalu rapat dan tidak tersusun. Murid jua kerap menconteng buku dengan bentuk-bentuk yang sukar difahami dan beberapa bentuk mudah. Murid juga selalu bergaduh dengan murid lain kerana sering mengganggu dia dengan mengejek kerana kelemahannya dalam pelajaran. Apabila bersoal jawab dengan murid, Halief tidak dapat memberikan eye contact sewaktu bercakap.

Ulasan :Halief sangat lambat untuk menyelesaikan latihan yang diberikan. Hal ini kerana murid tidak dapat mengenal pasti beberapa huruf. Murid menconteng buku apabila tidak dapat menyelesaikan soalan atau terlalu lama untuk menyalin kerja yang diberikan. Tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid berkenaan adalah sewaktu pengajaran Bahasa Malaysia.

Langkah 2 Pencalonan (Referral)Selaku guru yang terlibat dengan pembelajaran murid, pencalonan dilaksanakan ke atas murid berkenaan untuk penilaian murid berkeperluan khas. Halief akan dipilih untuk menjawab soalan saringan yang akan dilaksanakan pada waktu yang ditetapkan mengikut susunan waktu pembelajaran murid. Langkah 3 PenilaianUjian saringan akan dilakukan ke atas Halief untuk menilai berdasarkan tiga komponen utama penilaian melalui Instrumen Pengesanan Murid Berkeperluan Khas dan Instrumen Saringan Disleksia. Ujian yang dijalankan bertujuan untuk menguji dan menilai sama ada murid menghadapi masalah dan akan menjadi rujukan doktor perubatan bagi masalah yang dihadapi oleh murid berkenaan. Langkah 4 KelayakanKelayakan adalah berdasarkan ujian yang telah diikuti oleh Halief sama ada akan meneruskan pembelajaran di pendidikan khas atau mengikuti kelas inklusif bagi di sekolah kebangsaan biasa. Berikut adalah markah skor yang diperoleh oleh murid bagi Instrumen Pengesanan Murid Berkeperluan Khas. Skor Item Instrumen Pengesanan Murid Berkeperluan KhasNama : Halief Eqhval bin SarnoUmur : 9 TahunBILITEMSKOR

YATIDAK

1.Murid boleh bertindak balas terhadap bunyi01

2.Murid boleh mengajuk bunyi yang didengar01

3.Murid boleh menunjuk arah bunyi yang didengar01

4.Murid merapatkan buku ke muka ketika membaca 10

5.Bacaan Ujian Snellen E

i. Mata kiri 6/9 atau lebih10

ii. Mata kanan 6/9 atau lebih10

6.Murid mempunyai masalah dalam bertutur.10

7.Murid boleh menjawab secara lisan soalan kefahaman daripada bahan yang diperdengarkan dalam bahasa yang difahami.01

8.Murid mengalami masalah tingkah laku 10

9.Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat10

10.Murid boleh mengimbangi diri apabila berjalan di atas garisan lurus.10

11.Murid menghadapi masalah menggunting kertas.10

12.Murid boleh menyambung titik-titik.01

13.Murid perlu bantuan ketika makan.10

14.Murid boleh bercerita berpandukan gambar.01

15.Murid keliru dengan konsep arah.

i. Kanan atau kiri10

ii. Atas atau bawah10

iii. Depan atau belakang10

16.Murid menghadapi masalah dengan konsep turutan.10

17.Murid sering gopoh semasa bertindak.10

18.Murid cemerkap (clumsy) dalam pergerakan.10

19.Murid boleh menyesuaikan diri dalam pergaulan.01

20.Murid boleh menyambut bola besar dalam jarak satu meter.01

21.Murid boleh mewarna dalam ruang yang disediakan01

22.Murid boleh berinteraksi dengan rakan-rakan mengenai perkara-perkara semasa01

23.Murid mempunyai masalah rendah diri.10

24.Murid tidak mempunyai hubungan mata (eye contact) ketika berkomunikasi.10

25.Murid boleh mengikut arahan mudah.01

26.Murid boleh menamakan objek01

27.Kebolehan lisan dalam bahasa yang difahami murid setanding dengan rakan sebaya.01

28.Murid boleh memakai kasut dengan betul01

29.Murid sukar mengeja perkataan mudah.10

30.Murid sering mengeja perkataan yang tiada langsung kaitan makna dengan perkataan asal.10

31.Murid kerap melakukan kesalahan;

i. Menyusun abjad dalam perkataan10

ii. Menggabung suku kata secara terbalik10

32.Murid keliru membezakan bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata.10

33.Murid boleh membaca01

34.Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca berbanding rakan sebaya10

35.Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid semasa membaca ialah;

i. menggugurkan perkataan;10

ii. menambah perkataan pada bacaannya10

iii. melangkau baris10

iv. menggantikan perkataan10

36.Murid sukar menyalin maklumat dari papan tulis.10

37.Tulisan murid sukar dibaca10

38.Murid menulis lambat berbanding dengan rakan sebaya10

39Murid menulis secara terbalik;

i. abjad-abjad tertentu10

ii. perkataan10

40.Murid tidak boleh membezakan konsep banyak dan sedikit10

41.Murid tidak boleh membezakan saiz.10

42.Murid tidak mengenal angka 0 hingga 9.10

43Murid tidak boleh membilang dalam lingkungan 10 secara lisan.10

44Murid tidak boleh menulis angka 0 hingga 910

Langkah 5 Pelaksanaan ujian dan Program Pembelajaran Individu (RPI) Ujian diagnostik dilaksanakan untuk mengenal pasti daerah kelemahan murid dalam menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu. Ujian diagnostik dilaksanakan sebelum sesi pembelajaran individu dilaksanakan. Ujian yang dilaksanakan sebagai alat pengukuran yang membolehkan guru mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid. Berdasarkan ujian diagnostik ini juga, guru dapat merancang satu program pengajaran yang khusus pada murid berkenaan dengan lebih tepat dan sistematik. Rancangan Pengajaran Individu (RPI) dilaksanakan sebagai aktiviti pengajaran yang akan dilaksanakan kepada murid yang telah dikenal pasti berkeperluan khas atau mengikuti kelas insklusif sekolah.

2.2 LATAR BELAKANG MURID BERKEPERLUAN KHAS

i. Nama : Halief Eqhval bin Sarnoii. Umur : 10 Tahuniii. Tarikh Lahir : 15 Mac 2005iv. Tempat dilahirkan: Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabahv. Jantina : Lelakivi. Agama : Islamvii. Tarikh Masuk Sekolah: 2 Januari 2012viii. Alamat Rumah : Kampung Ulu Dusun, Batu 28 Sandakanix. Bandar/Luar Bandar : Luar Bandar Jauh dari sekolah : 200 M x. Cara ke sekolah : Penjaga hantar (Jalan Kaki)xi. Pekerjaan Bapa/Penjaga : Peladang ( Pengutip sawit)xii. Latar belakang Pendidikan : Sekolah Rendah(Sekolah Rendah, Menegah, Maktab, Universiti)xiii. Tinggal Dengan Siapa : Keluarga ( ibu dan ayah)xiv. Bahasa Ibunda : Melayuxv. Bahasa yang digunakan di rumah : Melayuxvi. Bilangan kanak-kanak di rumah : 6 orangxvii. Laki-laki : 3 Perempuan : 3xviii. Bilangan penghuni dalam rumah : 8 Orangxix. Kedudukan dalam keluarga : Keempat (Sulung, Tunggal, Bongsu dan sebagainya)xx. Bilangan anak ke sekolah dalam keluarga : 5 Orangxxi. Bantuan belajar di rumah : Buku dan alat tulisxxii. Pengalaman Prasekolah : 2 tahun (Tadika)xxiii. Sejarah Kelahiran : Kecederaan (luka di kepala semenjak kecil) (Pramatang, overdue, demam panas, songsang, kecederaan, lemas,penyakit kronik dll.) B.Makanan Di Rumahi. Sarapan:Ada / Tiadaii. Makan Tengahari:Ada / Tiadaiii. Makan Malam:Ada / Tiada

C.Penggunaan Masa Lapang Serta Pendidikan Umum Di RumahPermainan : 1)Luar Rumah : Bermain pasir Dalam Rumah : Kertas-kertas lama

i. TV: Ada/TiadaVideo: Ada/Tiadaii. Radio: Ada/TiadaPerakam: Ada/Tiadaiii. Komputer: Ada/TiadaAstro: Ada/Tiadaiv. Surat Khabar: Ada/TiadaBahasa : Melayuv. Majalah: Ada/TiadaBahasa : Tiadavi. Buku-buku: Ada/TiadaBahasa : Melayu

D.Rumah/Peraboti. Kuasa elektrik: Ada/Tiadaii. Bekalan air: Paip/Telaga/Tali air/Sungai/Lombongiii. Kerusi: Ada/Tiadaiv. Meja: Ada/Tiadav. Jumlah Bilik: 1 Bilik vi. Jenis Rumah: Papan

2.3 RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID BERKEPERLUAN KHASRancangan Pengajaran Individu (RPI) ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagaidisiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan muridpendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dandokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian danpenerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yangdisediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibu bapa dan pihak sekolahtentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluantersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibu bapa,dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmatsokongan lain.

Berikut adalah rancangan pengajaran individu (RPI) yang dilaksanakan ke ataa Halief Eqhval bin Sarno selaku murid yang mengikuti program pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas :

RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDUPROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (BERMASALAH PEMBELAJARAN)SK ULU DUSUN, SANDAKAN, SABAHNama: Halief Eqhval bin SarnoTarikh Lahir :15.5.2005Tarikh mula :

Tarikh semak :

Komponen :Bahasa MalaysiaUmur :10 Tahun12 Januari 201526 Februari 2015

Pengetahuan sedia adaMurid telah mengenal huruf a hingga zMurid mengecam vokal (a,e,i,o,u) dan konsonan

Matlamat jangka masa panjangMurid dapat membaca dan menulis suku kata KVKVKV

Kekuatan / minatBoleh memahami sesuatu arahan dan cerita lisan dengan baik dan minat pada aktiviti berunsur permainan

Kelemahan / masalahLambat menyalin sesuatu ayat atau perkataanMudah lupa apa yang telah dipelajari

Objektif jangka pendekPendekatan / strategi p&pPenilaian / tarikh / tanggungjawab

Murid dapat:Menggabungkan dan membunyikan huruf konsonan dan vokal.

Contoh: ba, ta, me1. Guru menyebut perkataan daripada suku kata KVKVKV secara berulang dan satu persatu agar murid dapat mengamati dan mendengar dengan jelas

2. Murid akan menggunakan kod ajaib yang memaparkan gabungan 2 suku katan KV yang mana murid akan membulatkan 3 suku kata KV

3. Murid mencantumkan semua suku kata KV yang ditandakan sehingga membentuk suku kata KVKVKV

4. Murid menulis suku kata KVKVKV yang telah dibulatkan

5. Murid diminta membaca suku kata KVKVKV yang ditulisTarikh penilaian :Skor :Tanggungjawab : 1. Kerjasama guru-guru lain serta Pembantu Pengurusan Murid

2. Kerjasama ibu bapa yang memantau murid membuat kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru.

Tandantangan Ibubapa/Penjaga :TarikhBersidang Awal: Tandatangan Ibubapa/Penjaga Tarik Bersidang Akhir:...()()

RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDUPROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (BERMASALAH PEMBELAJARAN)SK ULU DUSUN, SANDAKAN, SABAHNama: Halief Eqhval bin SarnoTarikh Lahir :15.5.2005Tarikh mula :

Tarikh semak :

Komponen :Bahasa MalaysiaUmur :10 Tahun12 Januari 201526 Februari 2015

Pengetahuan sedia adaMurid mengenal objek (bola)

Matlamat jangka masa panjangMurid boleh membanding kumpulan objek

Kekuatan / minatMurid mengenal objek

Kelemahan / masalahMurid tidak boleh membanding kumpulan objek

Objektif jangka pendekPendekatan / strategi p&pPenilaian / tarikh / tanggungjawab

1.1Membanding kumpulan objek

1..1.1 Diskriminasi besar kecil

1. Menunjukkan objek kecilcth : bola ping pong2. Menunjukkan objekcth : bola getah3. Menyentuh objek besar (bola getah) dan objek kecil (bola ping pong4. Mengasingkan objek mengikut saiz5. Memadankan objek mengikut saiz6. Mengumpul objek mengikut saiz7. Menamakan objek yang besar dan kecil6. Tarikh penilaian :Skor :MBM :-Bola getah-Bola ping pong-lembaran kerja-bahan maujud-gambar / kad imbasan

Penilaian :cth : senarai semak :ujian : pemerhatian :dll

Catatan:Murid boleh membandingkan kumpulan objek kecil dan besar

3.

Tandantangan Ibubapa/Penjaga :TarikhBersidang Awal: Tandatangan Ibubapa/Penjaga Tarik Bersidang Akhir:...()()

RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDUPROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (BERMASALAH PEMBELAJARAN)SK ULU DUSUN, SANDAKAN, SABAHNama: Halief Eqhval bin SarnoTarikh Lahir :15.5.2005Tarikh mula :

Tarikh semak :

Komponen :Bahasa MalaysiaUmur :10 Tahun12 Januari 201526 Februari 2015

Pengetahuan sedia adaMurid biasa berada di ruang dapur

Matlamat jangka masa panjangMurid mengetahui langkah keselamatan di dapur

Kekuatan / minatMurid suka makan dan minum

Kelemahan / masalahMurid tidak boleh mengetahui langkah keselamatan di dapur

Objektif jangka pendekPendekatan / strategi p&pPenilaian / tarikh / tanggungjawab

1.1 Mengetahui langkah keselamatan

1.1. Mengenal peraturan keselamatan di ruang kerja* Pendekatan Pengalaman7. 8. 1. Membawa murid ke dapur9. 2. Menerangkan peraturan keselamatan di dapur :10. a) persekitaran dapur11. cth : tidak boleh bermain / bergurau di dapur12. b) Alatan berbahaya 13. cth : pisau14. c) Tatacara kerja di dapurTarikh penilaian :Skor :MBM :-Dapur Gas-Alatan di dapur-gambar / kad imbasan-dll.

Penilaian :cth : senarai semak :ujian : pemerhatian :dll

Catatan:1. Murid masih perlukan bimbingan guru. Strategi dan aktiviti perlu diubah

Tandantangan Ibubapa/Penjaga :TarikhBersidang Awal: Tandatangan Ibubapa/Penjaga Tarik Bersidang Akhir:...()()

2.4 2.5 LANGKAH MENGATASI MASALAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID BERKEPERLUAN KHASi. Aspek pengurusan rutin bilik darjahTugas guru dalam pengurusan bilik darjah semakin kompleks apabila pendidikan semakin berkembang. Dalam masyarakat moden ini, kemajuan bidang pendidikan telah sampai ke tahap yang canggih sehingga tugas guru tidak terhad kepada mengajar sahaja tetapi ditambah dengan tugas-tugas yang lain. Tugas tersebut bukan sahaja dalam pengurusan rutin bilik darjah, malah penting untuk menjamin segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan di bawah keadaaan disiplin tanpa membazirkan masa. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi dalam pengurusan bilik darjah murid berkeperluan khas ini, guru akan memastikan pengurusan rutin bilik darjah berada dalam keadaan dan teratur sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Rutin bilik darjah merujuk kepada aktiviti bilik darjah yang hendak dilakukan pada hari persekolahan iaitu meliputi menanda jadual kedatangan, memantau prasarana bilik darjah, mengurus jadual kerja dan memastikan peraturan-peraturan bilik darjah dipatuhi. Perkara yang terlebih dahulu akan dilakukan ialah memastikan rutin bilik darjah perlu dilaksanakan oleh murid sendiri. Guru memperuntukkan masa maksimum sekurang-kurangnya lima minit untuk murid melakukan rutin mereka seperti membersihkan dan memastikan keadaan bilik darjah dalam keadaan bersih, ceria dan kondusif. Aktiviti ini termasuk mengemas bilik darjah, menyapu lantai, mengelap papan hijau, menyusun meja dan mengemas ruang atau sudut pembelajaran. Setelah keadaan kelas berada dalam keadaan yang ceria, bersih dan kondusif guru akan meminta murid berada di tempat duduk masing-masing dalam keadaan bersedia. Pada waktu ini, guru akan menulis sendiri kedatangan mereka dan hal ini secara tidak langsung melatih mereka untuk lebih berdikari. Apabila semua rutin dapat dilaksanakan, guru akan meneruskan kepada rutin pembelajaran. Bagi melaksanakan rutin ini, guru akan memastikan murid memberi fokus kepada pengajaran dan pembelajaran. Guru juga akan menentukan garis panduan dan tingkah laku serta interaksi yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran. ii. Aspek pengurusan disiplin bilik darjahDalam bilik darjah, murid yang berdisiplin penting untuk menghasilkan pencapaian objektif pelajaran yang berkesan. Disiplin bilik darjah yang baik bermakna suasana sosioemosi bilik darjah adalah kondusif dan harmonis. Aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, teratur dan licin. keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan dan segala tugas dapat diselesaikan mengikut jadual. Sikap tanggungjawab, tolong-menolong, toleransi, kerajinan, kerjasama dan kebersihan dapat dipupuk dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan. Bagi masalah disiplin bilik darjah yang dialami oleh guru, teori disiplin Model Kounin boleh diaplikasikan. Model ini merupakan teori disiplin dan pengurusan kumpulan. Matlamat teorinya ialah integrasi pengajaran dengan disiplin. Beliau berpendapat atribut yang diingini, contohnya kemesraan dan pemahaman tidak akan dapat mengurus bilik darjah dengan berkesan. Mengikut situasi yang telah dialami, murid terlalu bising kerana guru tidak dapat mengawal kelas. Menurut Model Kounin, masalah ini dapat di atasi dengan teknik wittiness iaitu salah satu daripada idea-idea asas Model Kounin. Melalui teknik ini, guru melakukan pemerhatian dan menyedari semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh kelas pada setiap masa. Dengan kata lain, guru mengawal keseluruhan kelas untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berlaku. Berpaksikan teori ini, guru hendaklah memastikan keadaan kelas terkawal sebelum guru keluar. Guru terlebih dahulu akan memberi arahan kepada ketua kelas supaya mengawal kelas dan berada dalam keadaan aman dan tidak bising. iii. Aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran Masalah seterusnya yang dialami oleh guru ialah masalah pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaran guru. Guru pernah terlupa beberapa bahan penting ketika hendak pelaksanaan pengajaran di dalam kelas. Hasil daripada pengajaran berlakunya perubahan relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang berlaku terhadap anak didik. Perancangan pengajaran hendaklah dilakukan terlebih dahulu sebelum melakukan satu-satu aktiviti pembelajaran. Perancangan perlulah dilakukan bertujuan untuk memenuhi masa yang diperuntukkan, menepati kehendak serta objektif yang ditetapkan, menarik perhatian murid dan memberikan pengajaran yang berkesan kepada murid-murid. Guru perlu melaksanakan persiapan yang amat rapi sebelum memulakan satu-satu proses pengajaran. Guru akan mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam, memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai, merancang pengajaran yang merangkumi aspek membuat set induksi yang menarik kepada minat murid serta memberikan kefahaman terhadap apa yang akan diajar, guru mengembangkan pengajaran dan pembelajaran serta membuat penutup dan kesimpulan serta refleksi terhadap sesi pengajaran. Bagi aktiviti pembelajaran, guru juga menggunakan modefikasi perilaku sering (B-mod) iaitu mengaplikasikan sistem token-ekonomi kepada murid yang dapat menyelesaikan bahan untuk aktiviti dan bagi yang tidak berjaya atau salah tidak akan mendapat token tersebut. Teknik ini adalah satu teknik terapi yang sederhana yang amat diperlukan dalam pembelajaran murid berkeperluan khas. Murid yang berjaya akan mendapat satu token. Teknik ini menghentikan perilaku yang tidak diingini dengan cara menghilangkan penguat dan menggantikannya dengan perilaku yang dikehendaki dengan penguatan. Dengan cara ini murid lebih semangat untuk menurut arahan kerana dengan mengumpul token-token tersebut, murid boleh menukar kepada hadiah-hadiah yang guru sediakan berdasarkan jadual token-ekonomi yang telah disediakan.

3.0 REFLEKSI AKTIVITIProgram Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berkeperluan khas dimulakan pada tahun 1987 di bawah Kementerian Pendidikan. Program ini digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara di bawah aspek pendidikan untuk semua peringkat. Program ini menitikberatkan suatu program kepentingan penguasaan pendidikan untuk semua jenis masyarakat. Program ini juga boleh dijalankan secara dua bentuk iaitu secara sepenuh masa atau pendidikan separa inklusif. Di Sekolah Kebangsaan Ulu Dusun, pelaksanaan program inklusif adalah bergantung pada jumlah bilangan murid berkeperluan khas semasa. Dari segi keperluannyanya pada tahun ini, SK Ulu Dusun sesuai untuk dijalankan program inklusif berikutan terdapat murid yang telah dikategorikan sebagai berkeperluan khas. Manakala dari segi aspek prasarana dan keperluan guru, pelaksanaan program inklusif hanyalah dibantu oleh guru pemulihan dan bukannya guru pendidikan khas yang sememangnya bersesuaian sebagai guru resos bagi program keperluan khas. Program inklusif yang dilaksanakan ketika ini adalah pendidikan secara sepenuh masa. Murid tersebut mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan dibantu oleh guru pemulihan kerana ketiadaan guru pendidikan khas dan jumlah murid berkeperluan khas yang tidak ramai dan tidak mencukupi kuota asas bagi menubuhkan kelas pendidikan khas. Namun begitu, pelaksanaan program inklusif di sekolah aliran perdana bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penglibatan semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Walaupun banyak isu berbangkit, namun implikasi pendidikan inklusif banyak memberikan faedah kepada murid berkeperluan khas. Menurut Jennifer Katz & Pat Mirenda (2002) menyatakan bahawa; Faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas, namun turut juga mempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukan akademik seperti kemahiran asas kehidupan seperti komunikasi, kemahiran motor dan kemahiran fungsi hidup.Berikutan itu juga, pihak kerajaan telah mengadakan polisi bagi menyokong pelaksanaan pendidikan inklusif ini. Hal ini sesungguhnya membantu sekolah-sekolah yang mengadakan program inklusif supaya lebih komited untuk melaksanakan di peringkat sekolah dan mencapai tujuan asal pelaksanaan. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 terkandung 25 inisiatif yang terdiri daripada 17 inisiatif utama dan 8 inisiatif tambahan. Salah satu inisiatif yang diletakkan dalam kategori 17 inisiatif utama adalah pendidikan inklusif iaiatu pada tangga ke-11 yang menyatakan peningkatan enrolmen dalam program pendidikan inklusif, termasuk infrastruktur supaya lebih mesra untuk murid berkeperluan khas. Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengenal pasti terdapatnya jurang dalam pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualitinya dapat dipertingkatkan lagi. Berikutan polisi kerajaan yang menyokong pendidikan khas termasuklah pendidikan inklusif ini, usaha untuk memberikan peluang pendidikan kepada murid-murid berkeperluan khas di aliran perdana telah mengalami perubahan positif. Hal ini selaras dengan konsep pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas seperti masalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik, down sindrom dan lain-lain. Program pendidikan inklusif ini telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka di SK Ulu Dusun ini. Seterusnya adalah berkenaan persediaan guru dengan meliputi perasaan minat dan keyakinan guru untuk terlibat sama sebagai tenaga pengajar bagi murid-murid berkeperluan khas. Kesungguhan dan ketekunan guru yang bersemangat kental dalam memikul tanggung jawab, lebih-lebih lagi sebagai seorang guru yang bertugas di guru pendidikan khas. Bukan semua guru yang mampu berkorban apa saja demi membantu anak bangsa. Kebanyakan guru mempunyai tanggung jawab sendiri, tetapi ini tidak sama sekali mematahkan semangat seorang guru di pendidikan khas. Guru ini ibarat satu dalam sejuta di mana tidak ramai yang ingin menawarkan diri untuk mengajar murid berkeperluan khas. Saya merasa banggadan teruja apabila melihat kesungguhan guru-guru di pendidikan khas mengajar walaupun terdapat banyak kekurangan dari segi kemudahan dan sebagainya. Kebanyakan guru-guru yang berada di pendidikan khas ini adalah terdiri daripada guru-guru lelaki. tetapi ada juga guru perempuan yang sanggup untuk berada bersama-sama untuk membantu dalam mengajar anak-anak di berkeperluan khas. Selain itu,guru-guru yang mengajar pendidikan khas juga menunjukkan kesungguhan, di mana murid ini perlu diberi perhatian yang lebih untuk mengajar mereka. Ketekalan dan kesabaran perlu ada pada seseorang guru yang mengajar pendidikan khas. Saya sedikit sebanyak dapat menjadikan guru-guru di pendidikan khas sebagai penyuntik semangat untuk bersama-sama dalam membantu dalam mengajar murid berkeperluan khas ini. sesungguhnya, tugas sebagai guru ini bukanlah mudah dan bukanlah susah. Perkara utama yang perlu ada ialah keikhlasan bagi mendidik mereka sama ada murid perdana ataupun berkeperluan khas ini. Membina insan ini bukanlah seperti membina sebuah rumah yang semestinya akan nampak bentuk hasilnya, berbeza dengan manusia yang tidak tahu lagi pengakhirannya dan guru bertindak sebagai penggerak utama bagi keberhasilan seseorang manusia itu.

4.0 PENUTUPPengesanan pada peringkat awal dapat membantu kanak-kanak berkeperluan khas untuk mendapat peluang pendidikan seperti kanak-kanak normal yang lain. Peluang dan ruang perlu diberikan kepada semua kanak-kanak istimewa ini agar mereka dapat berjaya dalam hidup. Oleh yang demikian, guru mahupun ibu bapa perlu mengambil berat tentang keperluan yang sepatutnya dimiliki oleh anak-anak ini. Teknik-teknik ini dapat digunakan bagi membantu dan memudahkansemua pihak untuk mengesan kekurangan yang dihadapi oleh kanak-kanak.Kanak-kanak istimewa tidak diminta untuk dilahirkan dengan memiliki ketidakupayaan. Kanak-kanak ini berbeza dan memiliki kelebihan yang tersendiri. Ramai masyarakat yang memandang golongan istimewa ini dengan pandangan yang penuh sinis. Mereka dapat mengertikan maksud pandangan yang dilemparkan oleh kita kepada mereka namun mereka tidak mampu menzahirkan ketidakpuasan hati mereka itu. Mereka punya hati dan perasaan. Mereka juga mempunyai naluri untuk disayangi dan dihargai. Mereka tidak mampu meminta tetapi kita sebagai manusia yang dilahirkan cukup sempurna perlu menyayangi kanak-kanak yang memiliki keperluan khas dengan sepenuh hati. Semua pihak perlu menolong kanak-kanak ini supaya mereka juga dapat berjaya dalam hidup kerana mereka juga adalah sebahagian daripada kita.

5.0 RUJUKANAbdul Halim bin Abdul Jalil.(1990),Masalah Perkembangan Dan Tingkahlaku Kanak-Kanak.Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.Abdul Rahim bin Talib (2006).Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran: Open University Malaysia(OUM). Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.Dale R. E.. (1969). Audio Visuals Methods in Teaching. Holt Richert & Wilson Publications. New York. USA.Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.K.A. Razhiyah (2006).Anak Istimewa: Panduan Bagi Ibubapa Membesarkan Anak Istimewa.Kuala Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd.Kamus Dewan, Edisi Baru (1991). Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Mok S. S. (1995). Asas Pendidikan I: Pedagogi sebagai Suatu Proses. Terbitan Kumpulan Budiman Bhd.Kuala Lumpur.Wong H. S dan Sandiyao Sebestian (2002), Pendidikan bagi Komuniti Orang Kurang Upaya. Issues in Education, Volume 25, Universiti Malaya.Zoraini Wati Abas. (1995). Going Global on the Internet: Whats in it for the Educator. Proceeding on the Educomp 94 Vision for Teaching and Learning. Kuala Lumpur: Malaysian Council for Computer in Education 2.