18
PANDUAN PEMIMPIN HARI KESELAMATAN 2018 TERHAD 1 HARI KESELAMATAN 2018 MEMBAWA PERBUALAN LEBIH MENDALAM

HARI KESELAMATAN 2018 · Dalam tempoh dua belas bulan yang PERKARAlepas, ramai di antara anda telah meneruskan perbualan yang bermula pada Hari Keselamatan 2017. Bagi anda, Hari Keselamatan

  • Upload
    others

  • View
    5

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: HARI KESELAMATAN 2018 · Dalam tempoh dua belas bulan yang PERKARAlepas, ramai di antara anda telah meneruskan perbualan yang bermula pada Hari Keselamatan 2017. Bagi anda, Hari Keselamatan

PANDUAN PEMIMPIN HARI KESELAMATAN 2018 TERHAD 1

HARI KESELAMATAN 2018

MEMBAWA PERBUALAN LEBIH MENDALAM

Page 2: HARI KESELAMATAN 2018 · Dalam tempoh dua belas bulan yang PERKARAlepas, ramai di antara anda telah meneruskan perbualan yang bermula pada Hari Keselamatan 2017. Bagi anda, Hari Keselamatan

PANDUAN PEMIMPIN HARI KESELAMATAN 2018 TERHAD 2

ISI KANDUNGAN

APAKAH YANG BERBEZA PADA TAHUN INI? Bahagian yang bernombor MERAH mengandungi maklumat yang baharu bagi Hari Keselamatan 2018. Sila pastikan anda luangkan sedikit masa untuk meneliti bahagian-bahagian ini.

1. Cara menggunakan panduan 2018 anda

PERKARA BAHARU 2. Kita semua Manusia – cara berbeza untuk melihat pada kesilapan dan

bagaimana ia berkait dengan PENORMALAN RISIKO, DILEMA & PRIHATIN 3. Melihat menerusi ketiga-tiga kanta

A. Mengapa kita perlu melihat melalui ketiga-tiga kanta iaitu PENORMALAN RISIKO, DILEMA & PRIHATIN ketika perbualan

B. Menggunakan cerita untuk menjadikannya realistik. 4. Perbualan yang lebih mendalam – apakah maksudnya

MEREALISASIKANNYA 5. Cara merancang perbualan 2018 anda 6. Mengendalikan perbualan anda – ‘panduan’ 7. Menggunakan cerita – untuk membantu menyerlahkan kepentingan dan

pengaruh PENORMALAN RISIKO, DILEMA, PRIHATIN dan menggalakkan anda untuk berfikir tentang bagaimana menjadi insan mungkin memberi kesan. (Terdapat peringatan di bahagian ini berkenaan apa yang dimaksudkan dengan PENORMALAN RISIKO, DILEMA & PRIHATIN)

MEMASTIKAN IA BERTERUSAN 8. Memastikan perbualan berterusan – termasuk beberapa pautan dan sumber tambahan yang berguna

MAKLUMAT LAIN YANG BERGUNA i. Peringatan – Sedikit ringkasan dari tahun 2017 berkenaan mengapa kita fokus

kepada PENORMALAN RISIKO, DILEMA & PRIHATIN ii. Lagi cerita contoh

Page 3: HARI KESELAMATAN 2018 · Dalam tempoh dua belas bulan yang PERKARAlepas, ramai di antara anda telah meneruskan perbualan yang bermula pada Hari Keselamatan 2017. Bagi anda, Hari Keselamatan

PANDUAN PEMIMPIN HARI KESELAMATAN 2018 TERHAD 3

1. CARA MENGGUNAKAN PANDUAN 2018 ANDA

Dalam tempoh dua belas bulan yang lepas, ramai di antara anda telah meneruskan perbualan yang bermula pada Hari Keselamatan 2017. Bagi anda, Hari Keselamatan 2018 akan menjadi peluang untuk bukan hanya menyemak perbezaan perbualan antara satu sama lain; tetapi juga untuk pergi lebih mendalam dengan perbualan anda - Bagaimana kita boleh melakukan dengan lebih baik?

Jikalau anda tidak meneruskan perbualan itu, ini adalah peluang ideal untuk berhubung semula dengan pasukan anda tentang bagaimana bercakap tentang PENORMALAN RISIKO, DILEMA dan PRIHATIN dapat membantu anda mencapai dan mengekalkan Matlamat Sifar, dan bersetuju bagaimana untuk menjadikan perbualan itu lebih mendalam sepanjang tahun.

KEPERLUAN PANDUAN Sesetengah daripada anda mungkin berasa selesa duduk bersama dengan pasukan anda dan berbual hanya berbekalkan kertas dan pen untuk mengambil nota. Akan tetapi yang lain mungkin berasa lebih gugup, dan ia adalah normal. Matlamat panduan ini adalah untuk membantu anda bersedia dan meneruskan perbualan.

PERANAN ANDA PADA HARI KESELAMATAN 2018 Sebagai ketua pasukan, pengurus atau penyelia, peranan anda adalah untuk menyatukan pasukan anda dan membantu mereka mengadakan perbualan ini.

Panduan ini akan membantu anda untuk melakukannya.

Tahun lepas, kami telah menyediakan maklumat mengenai setiap tema iaitu PENORMALAN RISIKO, DILEMA dan PRIHATIN. Kami telah meminta anda untuk berbual tentang ketiga-tiga tema, serta menyatakan bagaimana anda akan menggunakannya secara berterusan.

Tahun ini kami masih mahu anda bercakap mengenai ketiga-tiga tema tersebut, tetapi fokus kepada dua konsep:

Kita semua manusia dan ini boleh memberi kesan kepada keupayaan kita untuk kekal selamat. Kita berbincang tentang ‘Prestasi Manusia’ dalam panduan ini, dan mengakui bahawa kita semua ada berbuat silap.

Bagaimana PENORMALAN RISIKO, DILEMA dan PRIHATIN saling berkait (panduan ini akan membantu anda memikirkannya).

Walaupun contoh dalam pek panduan ini mungkin telah diilhamkan daripada peristiwa sebenar, ia adalah rekaan dan tidak menggambarkan orang atau peristiwa sebenar. Apa-apa persamaan dengan orang atau peristiwa sebenar adalah kebetulan semata-mata. Syarikat-syarikat di mana Royal Dutch Shell plc secara langsung dan tidak langsung memiliki pelaburan adalah entiti yang berasingan. Dalam pek ini, ungkapan “Shell” kadang-kadang digunakan untuk memudahkan di mana ia merujuk kepada entiti tersebut secara individu atau secara kolektif. Begitu juga dengan perkataan “kami” dan “kita” juga digunakan untuk merujuk kepada syarikat Shell secara umum atau kepada mereka yang bekerja untuk syarikat itu. Ungkapan ini juga digunakan di mana tiada tujuan yang berguna dicapai dengan mengenal pasti syarikat tertentu.

PERKARA YANG AKAN ANDA TEMUI DALAM PANDUAN INI

Sesetengah maklumat sudah anda ketahui dari tahun lepas tetapi terdapat banyak maklumat baharu. Jadi, pastikan anda meneliti panduan ini untuk memastikan anda tidak terlepas apa-apa yang baharu.

MAKLUMAT TERSEBUT TERMASUKLAH: Apa yang perlu dilakukan sebagai persediaan untuk

sessi perbualan. Cadangan bagaimana untuk mengadakan sessi

perbualan. Apa yang dimaksudkan dengan perbincangan‘lebih

mendalam’ Mengapa penting untuk diingat bahawa kita semua

manusia dan melakukan kesilapan, dan bagaimana hal ini berkaitan dengan PENORMALAN RISIKO, DILEMA dan PRIHATIN

Pentingnya melihat melalui ketiga-tiga tema dalam perbualan dan menggunakan contoh anda sendiri yang sesuai dengan pasukan anda

Contoh* bagaimana menggunakan cerita untuk membantu mencetus perbualan sekitar ketiga-tiga tema dan menjadi manusia.

Dan petua serta tip berguna yang lain. Jadi, Sama ada anda membaca panduan ini dari kulit ke kulit atau hanya sepintas lalu, gunakan ia sebanyak atau sesedikit yang anda perlu sebagai persediaan untuk mengadakan perbualan yang terbuka, jujur dan baik dengan pasukan anda.

Dalam panduan ini, anda akan dapati beberapa contoh cerita* tentang situasi yang akan menyerlahkan kepentingan dan pengaruh PENORMALAN RISIKO, DILEMA, PRIHATIN, dan menggalakkan anda untuk berfikir tentang bagaimana menjadi insan mungkin memberi impak.

Kami mengesyorkan anda menggunakan contoh cerita anda sendiri agar benar-benar sesuai dan memberi makna kepada pasukan anda.

TITIK MUHASABAH Dalam panduan ini anda akan temui

bahagian-bahagian yang disebut “titik muhasabah”. Ini adalah beberapa siri soalan untuk anda tanyakan kepada diri anda sendiri, dan pasukan anda jika anda mahu, yang akan membantu untuk mendedahkan maklumat penting semasa perbualan. Matlamatnya adalah untuk membantu anda dan pasukan anda, bersama-sama, melakukan perubahan yang akan membantu anda mencapai dan/atau mengekalkan Matlamat Sifar.

Page 4: HARI KESELAMATAN 2018 · Dalam tempoh dua belas bulan yang PERKARAlepas, ramai di antara anda telah meneruskan perbualan yang bermula pada Hari Keselamatan 2017. Bagi anda, Hari Keselamatan

PANDUAN PEMIMPIN HARI KESELAMATAN 2018 TERHAD 4

2. KITA SEMUA MANUSIA Kita mempunyai banyak program, piawaian, peraturan dan prosedur hebat yang telah membantu kita menghampiri Matlamat Sifar- contohnya Hati dan Minda (Hearts and Minds), Peraturan Menyelamatkan Nyawa (Life Saving Rules) dan Dasar Keselamatan Proses (Process Safety Fundamentals).

Tapi anda pasti pernah mendengar ungkapan berikut. “Manusia tidak sunyi daripada kesilapan” “Setiap orang pernah berbuat silap”.

Semua orang boleh membuat kesilapan, walaupun mereka sangat terlatih dan bermotivasi. Kesilapan timbul secara langsung daripada cara akal mengendalikan maklumat. Otak kita akan mengambil jalan pintas, yang bermakna kita boleh menjadi terlalu yakin dan sering terlalu cepat membuat penilaian. Ia tidak ada kaitan dengan kecerdasan – ia adalah lumrah manusia.

Kesilapan1 secara definisi adalah sesuatu yang tidak disengajakan dan tidak berlaku akibat perbuatan niat jahat. Ia biasanya berasal daripada niat yang baik untuk menyudahkan pekerjaan yang dilakukan, tetapi kadangkala reaksi awal apabila ia terjadi adalah mencari seseorang untuk dipersalahkan.

Perbuatan ini tidak menunjukkan sikap prihatin atau menyelesaikan punca dasar lantas orang lain mungkin akan membuat kesalahan yang sama.

Satu lagi aspek tingkah laku manusia yang biasa berlaku apabila kita menjadi sebahagian daripada pasukan atau kumpulan. Kita secara sedar sering membuat pilihan untuk tidak bersuara kerana "ketakutan sosial" - rasa takut dipinggirkan oleh masyarakat atau dinilai secara negatif. Kita mungkin tidak mahu kelihatan bodoh di hadapan sesuatu kumpulan atau kita mungkin tidak mahu kelihatan menonjol. Wujud juga keinginan untuk mengekalkan keharmonian dan kesesuaian dalam kumpulan yang membawa kepada penormalan risiko dan kurangnya membuat keputusan kreatif untuk menangani dilema.

Ada juga yang mungkin tidak mahu bercakap mengenai kesilapan lalu atas alasan yang sama, lantas menghalang peluang pembelajaran yang berharga.

Dalam sesetengah budaya, mengajukan pertanyaan atau mencabar seseorang yang berkuasa dianggap biadab atau tidak hormat. Tetapi semua pemimpin kita komited terhadap isu keselamatan melebihi segalanya, jadi campur tangan dengan maksud untuk memastikan agar rakan kerja, pelanggan, pembekal dan persekitaran kita selamat diharapkan daripada semua orang dan merupakan tindakan yang berani, prihatin dan perlu.

Memahami jenis-jenis sikap individu sebegini dapat membantu kita mempertimbangkan PENORMALAN RISIKO, DILEMA dan PRIHATIN dengan cara yang lebih mendalam dan berwawasan.

Sebagai contoh, satu aspek Prestasi Manusia adalah faktor manusia, yang berkaitan dengan memahami hubungan yang wujud antara individu, perkakas dan kelengkapan yang mereka gunakan di tempat kerja dan persekitaran di mana mereka bekerja, dengan tujuan untuk melihat bagaimana tempat kerja boleh direka dan diatur untuk meminimumkan kemungkinan kesilapan berlaku.

Jika terjadi kesilapan, kita tidak boleh hanya melihat kepada apa yang nampak di permukaan sahaja, sebaliknya perlu melihat kepada punca dasar yang lebih mendalam. Kesilapan atau ketidakpatuhan bukanlah punca tetapi adalah hasil, dan berkemungkinan adalah simptom kepada sesuatu yang lebih mendalam dalam sesebuah organisasi.

Faktor-faktor yang memungkinkan kesilapan berlaku mungkin tidak akan begitu jelas. Kadang-kadang ia hanya akan kelihatan selepas kesilapan telah berlaku, inilah peluang untuk mengenal pasti kegagalan yang berkaitan dengan keseluruhan sistem tempat kerja.

Kesilapan manusia jarang berlaku disebabkan oleh faktor tunggal, dan kebiasaannya insiden-insiden yang berlaku menunjukkan pelbagai faktor sistemik adalah penyumbang kepada prestasi buruk manusia.

Pertimbangkan bagaimana seseorang melaksanakan tugasan mereka dan tanya diri anda apakah masalah yang boleh berlaku dan apakah yang memungkinkan kesilapan berlaku?”

Kesimpulannya, adalah lebih baik bercakap mengenai sesuatu kesilapan sebelum ia berpotensi menyebabkan sesuatu insiden berlaku.

TITIK MUHASABAH Jika terjadi kesilapan, apakah soalan-soalan yang

kita tanya untuk mencari punca dasarnya? Apakah faktor-faktor yang mendorong lebih atau kurangnya kesilapan berlaku dalam persekitaran kita dan apa yang boleh kita lakukan? Bagaimana saya/kita boleh menggalakkan orang ramai datang kepada kita untuk menyuarakan kebimbangan mereka atau untuk membincangkan sesuatu kesilapan?

Adakah kita melaporkan dan belajar daripada kesilapan yang kita lakukan? Bagaimanakah kita boleh menggalakkan budaya terbuka dan percaya dalam pasukan, di mana orang akan berasa selesa untuk bercakap mengenai kesilapan mereka?

1PENJELASAN PANTAS: Tujuannya adalah untuk mencetuskan perbualan, agar orang memahami bahawa kita semua membuat kesilapan; ia adalah lumrah manusia. Konsep mengakui kesilapan adalah perbuatan yang baik kerana ia akan menyediakan maklumat penting berkaitan keselamatan dan ia perlu disebarkan. Walaubagaimanapun, akan ada keadaan yang harus dan perlu untuk diambil tindakan selanjutnya. Perbincangan Hari Keselamatan ini bukanlah berkenaan mengambil keputusan mengenai situasi tertentu atau menentukan satu definisi tertentu untuk tingkah laku yang tidak dapat diterima – perbincangan ini adalah untuk memastikan perbualan berjalan lancar, mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang ada di fikiran semua orang. Sekiranya anda memerlukan panduan lanjut mengenai cara menangani kes tertentu, anda harus berunding dengan HR dan HSE sepertimana biasa.

Page 5: HARI KESELAMATAN 2018 · Dalam tempoh dua belas bulan yang PERKARAlepas, ramai di antara anda telah meneruskan perbualan yang bermula pada Hari Keselamatan 2017. Bagi anda, Hari Keselamatan

PANDUAN PEMIMPIN HARI KESELAMATAN 2018 TERHAD 5

3. MELIHAT MENERUSI KETIGA-TIGA KANTA

MENGAPA PERKARA INI PENTING Langkah yang seterusnya - dan mungkin yang terakhir - dalam perjalanan kita adalah tingkah laku. Kita tidak boleh mengatur jalan ke Matlamat Sifar: kita perlu bertindak untuk menuju ke Matlamat Sifar. Jawapannya terletak pada cara menangani penormalan risiko, mengetahui bagaimana menghadapi dilema dan cara menunjukkan keprihatinan.

Walaupun tidak mustahil untuk membicarakan setiap tiga tema tersebut secara berasingan, perubahan tingkah laku yang paling hebat akan berlaku apabila kita menyedari hubungan antara ketiga-tiganya dan bagaimana sikap seorang insan akan mempengaruhinya.

Apabila melihat situasi dengan cara ini, kita berpeluang untuk membuat perubahan langkah yang lebih besar dan lebih tahan lama dalam mencapai Matlamat Sifar.

Sebagai contoh...

Jika anda melihat seseorang dalam pasukan menormalkan risiko atau membuat kesilapan, ini mungkin menyebabkan anda berada dalam dilema sama ada perlu atau tidak anda menyuarakan pendapat. Tetapi jika anda menggunakan kanta prihatin, di mana anda benar-benar ingin membantu ahli pasukan itu, dan seluruh pasukan anda supaya selamat, anda akan terdorong mengambil keputusan untuk bersuara dan akan mempunyai keberanian untuk campur tangan. Apabila menegur sesuatu, anda boleh menggunakan kanta prihatin sekali lagi dalam cara anda mengutarakan topik, dengan memberikan perhatian dan timbang rasa pada kata-kata yang anda gunakan. Kemudian, dengan berpandukan aspek Prestasi Manusia, anda boleh bertanya soalan yang mungkin membantu mendedahkan punca dasar yang kemudiannya akan dapat ditangani. Mungkin ahli pasukan itu tidak mendapat tidur secukupnya, yang menjejaskan persepsi risiko mereka. Atau anda mungkin mendapati bahawa reka bentuk sistem atau proses itu salah dan mendorong kita, sebagai manusia, untuk membuat kesilapan.

Betapa hebatnya!

Juga, jika kita benar-benar prihatin maka kita akan ingin membantu orang-orang yang dalam dilema dan kesannya, jika kita berasa dipedulikan, kita cenderung berasa selesa untuk mengutarakan dilema. Dengan menggunakan kanta PRIHATIN, kita boleh mengubah dilema yang timbul

menjadi satu perkara yang positif - “Terima kasih kerana bertanya soalan itu, sekarang mari kita lihat apa yang boleh kita lakukan mengenainya...”. “Bukan mudah untuk bertanya soalan sebegitu, oleh itu terima kasih kerana membangkitkannya. Ayuh kita selesaikan bersama-sama...”

Kita perlu mempunyai keberanian untuk meminta pertolongan dan perwatakan untuk memberikan bantuan. Kita perlu mempunyai keberanian untuk campur tangan dan untuk mengatakan “terima kasih”.

MENGGUNAKAN CERITA UNTUK MENJADIKANNYA REALISTIK. Berkongsi contoh melalui kaedah bercerita membantu memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang PENORMALAN RISIKO, DILEMA dan PRIHATIN dan membantu mereka memahami bagaimana menggunakannya untuk melihat tempat kerja, persekitaran dan rakan sekerja dengan cara yang berbeza. Kami telah menyertakan beberapa contoh cerita untuk menunjukkan bagaimana ia dapat digunakan dalam perbualan dengan pasukan anda, dan bagaimana, menerapkan lensa PENORMALAN RISIKO, DILEMA dan PRIHATIN kepada sesuatu situasi, dan mempertimbangkan aspek Prestasi Manusia, dapat membantu merungkai isu-isu yang lebih mendalam, serta apakah kesannya terhadap hasil tersebut.

Semasa anda bercerita dan sampai kepada topik yang relevan untuk membincangkan salah satu daripada tema, anda boleh menanyakan beberapa soalan yang telah dimasukkan sebagai topik perbincangan dalam cerita contoh daripada panduan ini, atau menanyakan soalan anda sendiri yang berkaitan. Anda juga boleh bertanya kepada mereka apakah DILEMA yang mereka dapat lihat, apakah RISIKO yang telah dinormalisasikan, bagaimana PRIHATIN dapat ditunjukkan oleh individu, pasukan dan organisasi, dan bagaimana manusia dapat memberikan kesan terhadap situasi tersebut.

Macam mana sekalipun, matlamatnya adalah untuk menggalakkan perbualan. Untuk menggalakkan orang bercakap, galakkan mereka untuk berfikir dan terlibat.

Perhatian: Kami mengesyorkan supaya, untuk Hari Keselamatan, anda cari situasi tempatan yang boleh anda gunakan sebagai cerita yang pasukan anda boleh cam, dan yang sesuai dengan mereka. (Anda boleh mencari idea untuk mencari cerita anda sendiri di halaman 8 - Cara merancang perbualan 2018 anda).

Page 6: HARI KESELAMATAN 2018 · Dalam tempoh dua belas bulan yang PERKARAlepas, ramai di antara anda telah meneruskan perbualan yang bermula pada Hari Keselamatan 2017. Bagi anda, Hari Keselamatan

PANDUAN PEMIMPIN HARI KESELAMATAN 2018 TERHAD 6

4. APAKAH MAKSUD PERBUALAN YANG LEBIH MENDALAM? Tahun lepas kami menyediakan maklumat tentang mengapa perbualan peribadi sangat penting dan kesannya terhadap penglibatan pekerja dan, seterusnya, prestasi keselamatan. Tahun ini anda diminta untuk membawa perbualan itu jauh lebih mendalam dengan pasukan anda. Sebelum kita meneroka maksudnya, lihat sekali imbas dua senario berikut:

A B

Satu kumpulan besar orang dipanggil ke dalam sebuah bilik dan menghadap skrin plasma. Mereka kemudian mendengar

seorang pengurus membaca slaid PowerPoint yang dipancarkan ke skrin di hadapan mereka. Ada banyak grafik yang menunjukkan prestasi keselamatan, ada metrik tentang TRCF, TROIF, SMVI, RAM4 dan LOPC, dan ada slaid yang penuh dengan teks kecil, dengan bahasa kompleks yang tidak dapat dibaca atau difahami oleh kebanyakan orang, tentang keputusan audit keselamatan terakhir. Slaid terakhir mengandungi empat perkataan. KITA MESTI LAKUKAN LEBIH BAIK. Pengurus kemudian membuka sesi soal jawab, yang bermula agak perlahan namun selepas soalan pertama ditanya barulah lebih banyak soalan-soalan lain menyusul. Akhir sekali, pengurus berterima kasih kepada semua yang hadir, meminta mereka untuk kekal fokus dan menghantar semua orang kembali bekerja dengan peringatan akhir - KITA MESTI LAKUKAN LEBIH BAIK.

Sebuah pasukan kecil berkumpul di sebuah bilik mesyuarat dan setiap ahli mengambil sebuah kerusi antara yang berserakan, sesetengah daripada mereka kelihatan sedikit keliru kerana tidak ada meja, hanya ada satu skrin. Penyelia mereka datang menyusul dan mengambil sebuah kerusi yang kosong. “Tidakkah kita perlukan meja supaya dapat mengambil nota?” tanya salah seorang daripada mereka. “Tidak untuk hari ini”, jawab penyelia tersebut. “Hari ini kita hanya akan berbual. Tetapi sebelum itu, mari kita lihat video ini bersama-sama” Apabila sudah selesai, penyelia mula bertanya soalan kepada pasukan itu tentang apa yang mereka lihat, bagaimana ia berkaitan dengan kerja mereka, bagaimana mereka menjalankan tugas mereka, apa yang berfungsi dan apa yang tidak berfungsi dengan baik. Ia tidak mengambil masa yang lama sebelum ahli pasukan mula berkongsi cerita termasuklah ahli-ahli yang paling senyap. Penyelia mengajukan lebih banyak pertanyaan tentang sama ada mereka mungkin tidak sedar akan beberapa risiko, apa petanda kecil yang mereka sedari, dilema apa yang mereka hadapi, apa yang membuat mereka merasa dipedulikan. Tiba-tiba pintu diketuk. “Nampaknya masa telah tamat,” kata penyelia itu. “Mari kita terus bercakap tentang perkara ini pada mesyuarat pasukan yang akan datang dan semak tindakan yang telah kita persetujui hari ini.”

Senario mana yang akan menghasilkan perbualan yang lebih peribadi dan insani?

APA MAKSUD ‘LEBIH MENDALAM’

Hari Keselamatan 2018 bertujuan untuk membina apa yang bermula pada tahun lepas dan berbual dengan lebih mendalam dalam pasukan mengenai PENORMALAN RISIKO, DILEMA dan PRIHATIN. Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan perbualan ‘LEBIH MENDALAM’? Ini bermakna kita perlu benar-benar tahu tentang apakah yang telah berubah, atau tidak berubah dan mengapa? Kita perlu kenal lebih rapat merapati. Ada kalanya kita perlu untuk berasa tidak selesa dan bertekad untuk menangani perbualan-perbualan yang sukar dan kurang menyenangkan itu. Adakah kita lebih baik dalam mengatasi dilema? Lebih baik dalam menimbang semula persepsi risiko kita? Lebih baik dalam menunjukkan kita prihatin dengan membantu orang lain mengenal pasti risiko atau bertanya tentang dilema mereka? Menggalakkan orang untuk menceritakan kisah-kisah tentang masalah yang mereka hadapi dalam pekerjaan sehari-hari mereka. Tanya: BAGAIMANA keadaan boleh menjadi lebih baik? Apa yang boleh kita lakukan?

Page 7: HARI KESELAMATAN 2018 · Dalam tempoh dua belas bulan yang PERKARAlepas, ramai di antara anda telah meneruskan perbualan yang bermula pada Hari Keselamatan 2017. Bagi anda, Hari Keselamatan

PANDUAN PEMIMPIN HARI KESELAMATAN 2018 TERHAD 7

Kita perlu mewujudkan sebuah organisasi di mana tiada masalah untuk seseorang berkata, “Saya tidak tahu”; untuk berkata “Bolehkah anda membantu saya di sini?” Di mana tiada masalah bagi seseorang untuk campur tangan dan berkata, “Saya lihat anda menghadapi kesukaran dengan perkara ini, boleh saya bantu?” atau “Mungkin jika saya berbuat sedemikian, saya dapat menghapuskan dilema ini daripada anda.” Di mana tiada masalah untuk mengakui kesilapan dan mereka yang mengakui kesilapan diiktiraf oleh pasukan atas keberanian mereka untuk bersuara. Inilah bentuk organisasi yang perlu kita capai, tetapi kita tidak menghasilkannya melalui mandat. Kita hasilkannya dengan mempunyai kesedaran dan menangani secara manusiawi - dengan berbincang tentang sesuatu perkara. Ya, kadang-kadang ia mungkin sukar dan berserabut tetapi kita semua manusia.

Sepanjang sejarah manusia, orang ramai telah berkongsi pengalaman hidup mereka yang paling berharga dengan bercerita. Bercerita adalah alat yang berkuasa dalam menghubungkan orang ramai antara satu sama lain dan cerita membolehkan kita untuk meletakkan diri kita di tempat orang lain, meningkatkan rasa empati terhadap orang lain. Bersikap jujurlah tentang masalah anda sendiri ketika berbicara dengan kakitangan/pasukan .

Kesudahannya, ia berbaloi. Kita tidak boleh meremehkan kuasa dan kepentingan perbualan yang baik kerana perbualan itu berpotensi membuka kunci dan mendedahkan pengetahuan dan keupayaan orang-orang hebat yang berada dalam organisasi kita.

Page 8: HARI KESELAMATAN 2018 · Dalam tempoh dua belas bulan yang PERKARAlepas, ramai di antara anda telah meneruskan perbualan yang bermula pada Hari Keselamatan 2017. Bagi anda, Hari Keselamatan

PANDUAN PEMIMPIN HARI KESELAMATAN 2018 TERHAD 8

5. CARA MERANCANG PERBUALAN 2018 ANDA Menjelang Hari Keselamatan 2018, ada beberapa cara boleh dilakukan untuk persediaan perbualan anda. Ini termasuk keluar menghabiskan waktu bersama orang-orang anda untuk mencari contoh situasi tempatan yang sedang mereka hadapi. Anda boleh menggunakan situasi ini untuk membantu mencetus perbualan sekitar ketiga-tiga tema dan menjadi insan.

1. APAKAH HASILNYA NANTI? Objektif keseluruhan adalah untuk berbincang dengan pasukan anda tentang bagaimana mereka dapat menjaga keselamatan diri dan orang lain di tempat kerja. Ambil sedikit masa untuk berfikir tentang bagaimana anda ingin tinggalkan bilik itu sebaik sahaja perbualan Hari Keselamatan selesai. Bergantung kepada bagaimana perbualan itu berlangsung, sesetengah ahli pasukan mungkin diminta untuk membuat susulan mengenai topik tertentu, atau

anda mungkin membuat komitmen untuk mengetahui lebih lanjut mengenai xyz. Adakah anda akan bertanya kepada pasukan anda bagaimana untuk memastikan perbualan berjalan sepanjang tahun? Fikirkan tentang ini sebelum anda memulakan perbualan pada 3 Mei.

2. CARI CONTOH TEMPATAN Contoh dan cerita tentang situasi sebenar di mana orang-orang anda menghadapi kesukaran akan membantu menghidupkan ketiga-tiga tema sewaktu perbualan anda. Contoh tempatan yang relevan dengan pasukan anda mempunyai kesan yang lebih bagi membantu mereka memahami ketiga-tiga tema ini dan bagaimana ia boleh digunapakai.

Bagaimana untuk mengumpulkan contoh anda sendiri Tinggalkan komputer anda dalam mod tidur, simpan telefon anda di dalam laci dan pergilah bercakap dengan orang

dan ambil tahu apa yang berlaku. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di barisan hadapan.

Perbualan secara individu dengan ahli pasukan anda adalah peluang yang terbaik untuk mendengar tentang apa yang sedang berlaku dan apa yang ada dalam fikiran mereka. Dengan mendengar kebimbangan dan idea mereka, anda juga akan melahirkan dan mengukuhkan hubungan anda dengan mereka.

Gunakan kaedah 'Pergi & Lihat' dan luangkan sedikit masa di tempat kerja dengan ahli pasukan anda dan lihat mereka beraksi. Lakukan satu atau dua tugas rutin bersama untuk mengetahui bagaimana mereka melaksanakan peranan mereka dan mengapa mereka melakukan apa yang mereka lakukan. Perhatikan setiap langkah bagi tugas tetap yang didokumenkan dan kemudian bincang sebarang potensi risiko. Galakkan mereka untuk berfikir tentang 'cara saya melakukannya' berbanding prosedur dan ‘penyelesaian sementara’ (workarounds). Gunakan soalan seperti: Apakah standard untuk tugas itu? Adakah ia/boleh diikuti? Apakah penambahbaikan yang boleh dibuat kepada tugas ini? Bolehkah anda membantu pekerja barisan hadapan untuk menyelesaikan masalah dan memperbaiki tugas?

Kaji semula Kemalangan yang Hampir Berlaku atau kejadian berpotensi RAM4 + terdahulu untuk memberi anda idea.

3. TEMPAH BILIK ANDA Cari bilik atau kawasan yang akan membolehkan anda mengadakan perbualan yang tidak formal dan santai. Semakin tidak formal aturannya, ahli pasukan akan semakin santai dan semakin besar kemungkinan mereka

akan menyertai perbualan (tetapi ingat bahawa anda perlu kelengkapan untuk memasang video). Cuba pastikan semua orang dapat melihat satu sama lain supaya semua orang dapat merasakan

mereka sebahagian daripada perbualan. Kami tahu bahawa di banyak tempat, bilik mesyuarat adalah sukar untuk didapati, terutama pada hari seperti Hari Keselamatan, jadi jangan terlalu memikirkan untuk mencari bilik yang 'sempurna'. Perkara utama ialah anda dan pasukan anda dapat berkumpul bersama.

4. PASUKAN MAYA Pasukan maya boleh memutuskan untuk menyertai pasukan lain yang berhampiran dengan mereka jika ia lebih

praktikal tetapi anda mungkin merasa bahawa lebih bernilai jika keseluruhan pasukan terlibat dalam satu sesi perbualan.

Pasukan maya masih boleh mengadakan perbualan, tetapi anda perlu mempertimbangkan lebih sedikit untuk memastikan mereka di lokasi yang berbeza berasa diterima masuk dan dapat mengambil bahagian.

Gunakan kamera web jika boleh supaya anda boleh melihat satu sama lain. Ekspresi muka adalah petunjuk visual yang baik sama ada seseorang itu keliru, tidak berminat atau ingin mengatakan sesuatu.

Jangan lupa untuk memberi mereka peluang untuk bersuara dan menyumbang kepada perbualan.

Page 9: HARI KESELAMATAN 2018 · Dalam tempoh dua belas bulan yang PERKARAlepas, ramai di antara anda telah meneruskan perbualan yang bermula pada Hari Keselamatan 2017. Bagi anda, Hari Keselamatan

PANDUAN PEMIMPIN HARI KESELAMATAN 2018 TERHAD 9

6. MENGENDALIKAN PERBUALAN

Apabila anda berbual dengan rakan sekerja di sekitar mesin kopi, anda tidak mempunyai agenda khusus. Anda hanya bercakap. Anda bercakap mengenai perkara-perkara yang bermain di fikiran, perkara-perkara yang sedang berlaku, perkara-perkara yang mungkin membimbangkan anda atau perkara-perkara yang telah berjalan dengan lancar. Sebenarnya, ia tidak berbeza dengan perbualan Hari Keselamatan.

Anda tidak perlu memiliki agenda. Namun begitu, untuk memanfaatkan waktu yang anda miliki, adalah berguna untuk mengetahui apa yang ingin anda sampaikan. Walau bagaimanapun, ingatlah bahawa tidak ada cara yang betul atau salah untuk mengendalikan sesi anda. Biarkan perbualan berlangsung.

CONTOH PELAN RANGKA: 1. Selamat datang Sudah tentu mulakan dengan penerangan ringkas keselamatan kemudian maklumkan mengapa semua orang berada di situ dan sepakati beberapa 'peraturan dasar' seperti sentiasa berfikiran terbuka, meraikan semua pendapat, menyertai perbualan, menghormati satu sama lain.

2. Video Hari Keselamatan Ini ialah sumber yang berguna untuk membantu anda mengatur perbualan dan memberikan beberapa hala tuju. Kami mengesyorkan supaya anda memainkan video pada permulaan perbualan. Tonton video itu terlebih dahulu dan rangka apakah soalan-soalan yang boleh anda tanya kepada pasukan anda. Video ini akan bertindak sebagai pengenalan kepada perbualan yang anda dan pasukan anda akan mulakan. Ia akan membantu memastikan semua orang berada di landasan yang betul dan membantu anda memulakan perbualan.

3. Berceritalah Gunakan situasi yang anda temui sebelum Hari Keselamatan untuk memulakan cerita. Gunakan soalan terbuka untuk menggalakkan orang ramai menyumbang fikiran, pandangan dan idea mereka.

4. Melihat sesuatu dari sudut yang berbeza Contoh yang anda gunakan mungkin menghasilkan beberapa tindakan nyata dan konkrit yang boleh diambil untuk membantu meningkatkan dan mengekalkan Matlamat Sifar dalam pasukan anda. Anda juga dapat memberi kesempatan kepada orang ramai untuk mengemukakan kebimbangan, dilema, atau masalah lain yang mungkin mereka hadapi. Gunakan kanta tiga tema dan kemanusiaan untuk berbincang, iaitu dengan cara yang sama seperti yang anda lakukan dengan contoh anda. Ketika berbual jangan lupa untuk mempertimbangkan, “Adakah kita menunjukkan rasa hormat dan prihatin kepada semua orang?”

Sebahagian besar masa perlu digunakan sepenuhnya hanya untuk berbicara. Biarkan perbualan berlangsung, tapi jika perbincangan kelihatan tersasar, ajukan pertanyaan terbuka lagi untuk memusatkan semula perhatian.

5. Apakah kelainan yang boleh kita lakukan? Semasa perbualan, kenal pasti tindakan yang boleh diambil oleh individu, pasukan, anda atau cadangan untuk disampaikan kepada pengurus. Bagaimanakah anda mengukur kemajuan? Bilakah anda/orang lain akan melaporkan semula? Bagaimana anda boleh memasukkan tindakan ke dalam pekerjaan sehari-hari? Semasa perbualan jangan lupa untuk mempertimbangkan, “Adakah kita mendengar, terlibat, dan bersedia untuk mengambil tindakan peribadi?

6. Memastikan ia berterusan Apabila anda sampai ke akhir sesi, itu tidak bermakna bahawa perbualan anda telah berakhir. Salah satu tujuan Hari Keselamatan 2018 adalah mencari jalan untuk perbualan berlangsung setiap hari sepanjang tahun.

Dapatkan idea daripada pasukan anda bagaimana anda semua boleh dan akan menggunakan kanta tiga tema dan kemanusiaan dalam pekerjaan sehari-hari dan bagaimana untuk berinteraksi agar perbualan tetap berlangsung selepas Hari Keselamatan.

APA YANG ANDA TIDAK PERLUKAN UNTUK MELANCARKAN PERBUALAN

Agenda yang tegar Slaid PowerPoint yang banyak Kain rentang di dalam bilik Sesi Soal Jawab - keseluruhan sesi

sepatutnya tentang saling bercakap dan mendengar

APA YANG ANDA PERLUKAN UNTUK MENGADAKAN PERBUALAN ANDA

Pelan kasar yang fleksibel mengenai perkara yang ingin dirangkumi

Cara untuk memainkan video Hari Keselamatan

Contoh/kisah tempatan berkenaan situasi yang anda temui sebelum Hari Keselamatan

Senarai soalan terbuka yang boleh anda rujuk & gunakan jika perbualan tersekat

Fikiran yang terbuka

Jangan lupa untuk peka pada masa supaya anda boleh membimbing perbualan

Page 10: HARI KESELAMATAN 2018 · Dalam tempoh dua belas bulan yang PERKARAlepas, ramai di antara anda telah meneruskan perbualan yang bermula pada Hari Keselamatan 2017. Bagi anda, Hari Keselamatan

PANDUAN PEMIMPIN HARI KESELAMATAN 2018 TERHAD 10

7. MENGGUNAKAN CERITA & BEBERAPA PERINGATAN RINGKAS

KISAH JOHN John bekerja hingga lewat lagi. Dia berada bawah tekanan yang hebat untuk menyiapkan kerja yang sukar. Sewaktu mengucapkan selamat jalan kepada rakan-rakan sepejabat yang beredar pulang, dia mengambil keputusan untuk menggunakan suasana yang tenang di pejabat ketika itu untuk menyelesaikan kerja.

Sebaik sahaja dia berhenti melakukan kerja-kerjanya, dia baru tersedar bahawa waktu sudah terlalu lewat dan dia masih perlu menempuh perjalanan yang panjang untuk pulang ke rumah. John telah mempertimbangkan untuk pulang lebih awal, tetapi projeknya agak lewat berbanding jadual asal dan dia perlu segera menyiapkan apa yang tertinggal.

Sewaktu dia duduk di dalam kereta, John baru menyedari betapa penatnya dia. Projek itu memerlukan pasukannya bekerja dalam jangka masa yang panjang dan ia sudah memakan masa berminggu-minggu. Tetapi dengan kehadiran bayi baharu di rumah dan masa rehat yang tidak mencukupi, ia benar-benar mula memakan diri.

Semuanya akan baik-baik sahaja, dia hanya perlu memandu satu jam untuk pulang, selepas itu dia boleh baring di katil yang empuk dan selesa lantas dapat beristirahat. John meninggalkan pejabat, segera masuk ke dalam kereta dan memandu pulang ke rumah...

Isi perbincangan John pernah berkali-kali memandu pulang

dalam keadaan letih sebelum ini dan semuanya baik-baik sahaja...

Tekanan yang dirasakan oleh John dan pasukannya adalah sesuatu yang tidak asing dalam iklim ekonomi dan perniagaan pada masa kini...

Semua orang akan kepenatan – ia sesuatu yang biasa, selepas bangun daripada tidur semuanya akan baik semula, bukan?

John merasakan bahawa cabaran di rumah, seperti bayi baharu, tidak relevan apabila mempertimbangkan risiko di tempat kerja. Kurang tidur bukan berpunca daripada kerja, jadi sebarang kesulitan tidak sepatutnya berlaku...

John memandu setiap hari, kenderaannya selalu berkeadaan baik dan tidak pernah ada sebarang kerosakan setiap kali diperiksa, jadi tidak mengapalah jika ia tidak diperiksa setiap masa...

PERINGATAN - Apa yang dimaksudkan dengan PENORMALAN RISIKO

Penormalan Risiko ialah satu proses mental yang membenarkan anda menyalakan dapur gas tanpa ada rasa takut bahawa rumah anda akan meletup atau anda akan ditimpa kemalangan. Adalah normal dan lumrah manusia untuk menormalkan risiko. Kita lakukannya setiap masa.

Penormalan risiko mendatangkan masalah di tempat kerja apabila kita menjadi begitu biasa, dan selesa dengan, risiko yang kita tidak sepatutnya selesa dengannya. Walau bagaimanapun, mungkin sukar untuk mengenal pasti risiko utama di tempat kerja anda.

Maklumat tentang Penormalan Risiko Ada beberapa faktor yang mempengaruhi kemungkinan penormalan risiko: Kawalan - Jika anda rasa anda mempunyai kawalan terhadap hasil, anda mungkin akan memandang

rendah risiko Kebiasaan - Jika anda kerap berhadapan dengan risiko tanpa berlaku apa-apa insiden, anda lebih

cenderung untuk menganggap risiko itu adalah rendah. Tabiat - Jika anda mempunyai rutin dan tabiat tertentu dalam kerja anda di mana anda kurang

berfikir tentang tugas yang terdahulu, maka anda akan menormalkan risiko dan lebih berkemungkinan membuat kesilapan. Sebagai contoh, jika perbincangan prakerja adalah berbentuk 'tandakan rait dalam kotak', ia mungkin membosankan dan ia akan mengukuhkan penormalan risiko.

TITIK MUHASABAH Adakah pasukan anda mengenalpasti faktor-faktor ini atau mempunyai contoh lain?

Bagaimanakah kita dapat menangani Penormalan Risiko? Contoh-contoh yang baik tentang bagaimana untuk menangani Penormalan Risiko adalah Dasar Keselamatan Proses & Peraturan Menyelamatkan Nyawa. Peraturan-peraturan ini membantu kita memberikan tumpuan kepada apa yang paling kritikal. Ia membantu untuk mencegah penormalan risiko situasi berbahaya. Senarai semak juga boleh membantu menangani penormalan risiko kerana dengan mengikut langkah kritikal, seperti yang dilakukan oleh juruterbang, mencegah kita daripada beralih kepada cara lain dalam melakukan tugas.

Cubalah melihat perkara dengan Ketegangan Kronik. Apa yang anda bau, lihat dan dengar di lokasi kerja anda? Ini akan membantu anda menyusun semula persepsi risiko anda dan mewujudkan kesedaran situasi. Cara lain adalah dengan mengganggu aktiviti rutin supaya orang berfikir lebih lanjut mengenai apa yang mereka lakukan. Ingat - menjadikan aktiviti menyeronokkan dan menarik membantu menangani penormalan risiko.

TITIK MUHASABAH Bagaimana cara anda menangani penormalan risiko di lokasi kerja anda? Jika kelihatan salah, mungkinkah ia memang salah? Apakah risiko yang telah anda temui dan kini telah menjadi sebahagian daripada proses standard?

Page 11: HARI KESELAMATAN 2018 · Dalam tempoh dua belas bulan yang PERKARAlepas, ramai di antara anda telah meneruskan perbualan yang bermula pada Hari Keselamatan 2017. Bagi anda, Hari Keselamatan

PANDUAN PEMIMPIN HARI KESELAMATAN 2018 TERHAD 11

Isi perbincangan Bekerja sehingga lewat atau tidak? Memandu pulang ke rumah atau tidak? Mengutamakan kerja atau diri dan keluarga? Mengaku kepada pengurus bahawa pasukannya memerlukan lebih

banyak sokongan atau terus bekerja dalam keadaan tertekan? Berhenti di stesen servis terakhir atau terus memandu – apa perkara

paling buruk yang boleh berlaku dalam masa pemanduan selama 20 minit?

PERINGATAN – Apakah yang dimaksudkan dengan DILEMA

Dilema ialah masalah. Tetapi tidak seperti kebanyakan masalah, untuk masalah ini terdapat dua penyelesaian yang mungkin (Di-Lemma) dan antara keduanya tidak ada penyelesaian yang jelas dapat diterima atau lebih baik. Ungkapan "Terjerat antara Batu dengan Tempat Keras" sering terlintas dalam fikiran saat menghadapi Dilema.

Di Shell kami menyelesaikan masalah sepanjang masa tetapi Dilema adalah lebih mencabar. Cara penyelesaian masalah yang biasa tidak boleh digunakan untuk menangani Dilema. Kita dilatih dan dibimbing bahawa setiap masalah mempunyai penyelesaian. Dilema juga sama. Namun penyelesaiannya adalah sama ada sama baik atau sama buruk, mungkin bukan dengan cara yang sama.

Memilih penyelesaian kepada Dilema tidak boleh berdasarkan fakta semata-mata tetapi mengambil kira pendapat, perasaan atau prasangka. Kita mungkin berhadapan dengan keutamaan yang bercanggah atau tidak jelas, kita mungkin cenderung mengambil sikap berdiam diri tentang sesuatu kerana bimbangkan perasaan malu. Ketika berhadapan dengan Dilema, mempunyai data yang lebih banyak tidak selalunya membantu. Untuk menangani Dilema, kita memerlukan pemikiran yang betul. Adakah pilihan yang ada itu selaras dengan Matlamat Sifar? Sudahkah kita berunding dengan orang yang mungkin mempunyai pandangan atau pengetahuan yang berbeza mengenai isu itu dan penyelesaiannya? Adakah kita bersikap objektif atau adakah kita mempunyai suatu kecenderungan yang menghalang kita daripada memilih penyelesaian? Adakah kita malu atau takut mengakui bahawa kita tidak dapat memberikan jawapan dengan segera?

TITIK MUHASABAH Apakah yang menahan kita daripada terlibat dengan rakan sekerja saat kita

menghadapi Dilema? Apakah pendorong dan penghalangnya? Bagaimana untuk kita tahu rakan sekerja memerlukan bantuan dalam menangani Dilema? Bagaimanakah anda boleh menjadi penyebab dilema bagi orang lain? Bagaimanakah anda dapat membantu orang melakukan perkara yang betul apabila berhadapan dengan dilema?

KISAH JOHN (SAMBUNGAN) Perjalanan itu bermula dengan baik, John tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah, jalan raya sangat tenang dan dia tahu keluarganya menghadapi kesukaran kerana tempoh bekerjanya yang panjang. Isterinya bimbang akan dia yang memandu dalam keletihan.

Dia menggunakan masa ini untuk berfikir tentang projeknya. Dia tahu pasukannya kurang tenaga pekerja, tetapi dia pasti imejnya akan tercalar jika dia meminta sokongan tambahan. Tambahan pula, dia yang mendakwa mereka boleh menyelesaikan projek itu dengan pasukan yang sedia ada. Dalam waktu ekonomi yang sukar ini, tiada siapa dapat menjangka apa yang akan berlaku. Tidak, lebih baik teruskan sahaja, walaupun ia memenatkan dalam jangka pendek.

Sebuah trak dengan laju memintas di laluan laju, mengejutkan John, dan dia tersedar bahawa dia telah memikirkan kerja dan tidak kepada pemanduannya untuk sementara waktu. Di manakah dia sekarang?

John sekarang hanya 20 minit dari rumah – sudah hampir sampai. Terdapat stesen servis 24 jam di hadapan, dan dia boleh berhenti rehat, tetapi itu hanya akan melewatkannya lagi - lebih baik untuk teruskan, hanya 20 minit lagi ...

Page 12: HARI KESELAMATAN 2018 · Dalam tempoh dua belas bulan yang PERKARAlepas, ramai di antara anda telah meneruskan perbualan yang bermula pada Hari Keselamatan 2017. Bagi anda, Hari Keselamatan

PANDUAN PEMIMPIN HARI KESELAMATAN 2018 TERHAD 12

Isi perbincangan John keletihan dan mungkin dalam keadaan tertekan

– adakah John menjaga kebajikan dirinya sendiri? Adakah John menjaga kebajikan keluarganya?

Siapa yang akan menjaga kebajikan mereka jika sesuatu berlaku terhadap John?

Adakah John menjaga kebajikan rakan sekerja dan ahli pasukannya - mereka juga kepenatan dan mengurus beban kerja yang (terlalu?) besar?

Adakah pengurus John bersikap prihatin? Adakah mereka tahu tentang tekanan yang ditanggung oleh pasukan itu? − Jika tidak, mengapa? − Jika ya, mengapa mereka tidak berbuat sesuatu tentang

situasi itu? Adakah mereka bekerja di pejabat tempatan atau mengurus

dari jauh? Adakah John perlu berada di pejabat untuk bekerja? Jika

tempoh bekerja yang panjang diperlukan, adakah bekerja dari rumah itu satu pilihan?

Memastikan kenderaan anda dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan adalah penting untuk keselamatan diri anda, dan pengguna jalan raya yang lain - adakah John melakukan ini?

PERINGATAN – Apakah yang dimaksudkan dengan PRIHATIN Prihatin membawa maksud yang berbeza bagi setiap orang. Ia boleh bermaksud dari cara memenuhi keperluan asas individu; untuk keselesaan, keselamatan dan perlindungan, hinggalah kepada memastikan mereka berasa puas hati dan terlibat di tempat kerja. Ia juga boleh memberi makna yang berbeza pada masa yang berlainan. Kita boleh berfikir tentang PRIHATIN dalam tiga cara:

1. Prihatin sebagai seorang individu Ini adalah tentang memenuhi keperluan dan keinginan peribadi anda sendiri; kesihatan, keselamatan, perlindungan, rasa bernilai dan menikmati keseimbangan kerja dan hidup.

Contohnya - ini boleh berkisar tentang memastikan bahawa alatan IT individu membolehkan mereka bekerja dengan cara yang cekap dan produktif hinggalah kepada memastikan bahawa sokongan yang tepat tersedia dan dapat diperolehi ketika mengalami tekanan peribadi. Ia juga mengenai individu yang menyedari bahawa keperluan peribadi dan kehendak mereka adalah penting. Jika seseorang itu mengalami tekanan di tempat kerja, mereka harus berasa mampu untuk mengutamakan kesihatan mereka.

TITIK MUHASABAH Bagaimana saya boleh menjaga diri saya sendiri? Bagaimana saya menunjukkan bahawa saya ialah seorang pemimpin yang prihatin?

2. Prihatin dalam Pasukan Ini adalah mengenai bekerja bersama-sama dalam persekitaran yang menyokong, berasa selamat & selesa untuk menyuarakan apa yang ada dalam fikiran anda, dan mengenal pasti apabila ahli pasukan memerlukan sokongan tambahan dan mengambil tindakan untuk menangani perkara ini.

Sebagai contoh - Ini boleh berkisar daripada satu pasukan yang bersama-sama memberikan maklum balas kepada pengurus apabila kerja atau beban kerja menjadi tidak terurus untuk individu atau kumpulan atau apabila berlaku keadaan atau tingkah laku lain yang tidak diingini; hinggalah kepada bertindak bersama-sama dengan pengurus apabila ada ahli pasukan yang menunjukkan tanda-tanda terlalu banyak kerja atau dalam kesulitan, ataupun menyedari sekiranya rakan sekerja nampak letih atau sedikit ‘berlainan’ dan bertanya jika ada apa-apa yang anda boleh lakukan untuk membantu mereka.

TITIK MUHASABAH Sejauh manakah kita saling menjaga satu sama lain? / Sejauh manakah anda menjaga rakan sepasukan anda? Jika anda fikir ada rakan sepasukan yang memandang rendah risiko, adakah anda selesa untuk bercakap kepada mereka tentang perkara itu?

3. Prihatin dalam Syarikat Ini adalah tentang bagaimana syarikat memastikan bahawa persekitaran, peranan, prosedur dan amalan kerja menyokong penglibatan, kepelbagaian & penyertaan pekerja serta pemerkasaan individu.

Sebagai contoh –apabila merancang projek, memastikan keperluan dan kehendak mereka yang terlibat dipertimbangkan; memastikan pejabat bersih dan diselenggara dengan baik; melibatkan pekerja dalam reka bentuk tugas dan prosedur; semasa merancang sistem dan peralatan, memikirkan bagaimana kesilapan manusia boleh 'dielakkan’.

TITIK MUHASABAH Bagaimanakah saya dianggap prihatin terhadap individu dalam semua yang saya lakukan dalam kerja saya? Bagaimanakah saya dapat mengutamakan keprihatinan terhadap individu dalam semua yang saya lakukan?

Bahasa apa yang saya gunakan semasa melaporkan atau bercakap tentang insiden? Sekiranya anda mengambil kira semua perkara di atas sebagai INPUT maka apa yang terhasil daripadanya adalah BUDAYA PRIHATIN.

SAMBUNGAN KISAH JOHN ...Jadi bagaimanakah kisah John berakhir...?

A. John pulang ke rumah dengan selamat dan dapat tidur dengan nyenyak dan pada waktu pagi terus menghubungi pengurusnya untuk meminta sokongan tambahan untuk projek itu... Pengurusnya bersetuju dan berbual dengan John mengenai beban kerja pasukannya. Kata sepakat dicapai berkenaan cara kerja yang dapat menyokong pasukan sehinggalah sumber tenaga kerja tambahan tiba atau

B. Ada paku di tayar yang tidak disedari oleh John kerana dia sudah lama tidak membuat pemeriksaan kereta, akhirnya mengoyakkan tayar dan menyebabkannya pecah. Dia tergelincir dari jalan raya dan tidak cedera, tetapi dia harus menunggu di tepi jalan selama lebih daripada sejam kerana dia juga tidak menyedari bahawa tayar ganti keretanya pancit, melewatkan lagi kepulangannya ke rumah... atau

C. Pada jarak hanya 10 minit dari rumahnya, John akhirnya terlelap ketika memandu dan keretanya memasuki laluan bertentangan...

Page 13: HARI KESELAMATAN 2018 · Dalam tempoh dua belas bulan yang PERKARAlepas, ramai di antara anda telah meneruskan perbualan yang bermula pada Hari Keselamatan 2017. Bagi anda, Hari Keselamatan

PANDUAN PEMIMPIN HARI KESELAMATAN 2018 TERHAD 13

8. MEMASTIKAN PERBUALAN BERTERUSAN

Perbualan tidak bermula dan berakhir pada Hari Keselamatan. Salah satu tujuan Hari Keselamatan adalah untuk mencari cara untuk memastikan perbualan tentang PENORMALAN RISIKO, DILEMA dan PRIHATIN berlangsung setiap hari sepanjang tahun. Pasukan anda akan mempunyai idea bagaimana

ini boleh dilakukan, oleh itu libatkan mereka dalam menyetujui apakah perubahan yang anda dan mereka akan lakukan, hari ke hari, untuk melihat situasi, tugas dan kerja melalui tiga kanta iaitu PENORMALAN RISIKO, DILEMA dan PRIHATIN, sambil mengambil kira bahawa kita semua ialah manusia.

Apakah tindakan yang telah dicadangkan dan

dipersetujui sebagai hasil daripada perbualan itu? Apakah perubahan yang akan mereka buat? Pastikan semua orang jelas dengan peranan masing-masing.

Jika anda boleh mengaksesnya, gunakan Yammer

dan bukannya blog atau artikel My News untuk menghantar komen, komitmen dan hasil. Berikan respon kepada siaran orang lain dan kongsi pendapat anda. Galakkan pasukan anda melakukan perkara yang sama.

Apabila anda bercakap dengan pasukan anda

tentang insiden atau kemajuan ke arah Matlamat Sifar, apakah jenis bahasa yang anda gunakan? Adakah anda bercakap mengenai klasifikasi dan kekerapan insiden dan bukannya seberapa parah kecederaan seseorang dan memastikan mereka mendapat rawatan yang terbaik? Adakah fokus kepada orang yang terluka atau mungkin terluka atau berfikir “Fuh, saya lega kerana ia tidak perlu dimasukkan ke dalam rekod”?

Bagaimanakah bahasa yang anda gunakan menunjukkan PRIHATIN?

SUMBER DAN MAKLUMAT TAMBAHAN Di samping panduan ini, terdapat banyak maklumat berguna di luar sana yang dapat membantu anda. Kadangkala sukar untuk mengetahui di mana untuk bermula, walaupun dengan laman web Keselamatan & Persekitaran yang baharu dan lebih baik ini. 1. Apa sahaja yang berkaitan dengan PENORMALAN

RISIKO, DILEMA dan PRIHATIN, anda hanya perlu rujuk di satu tempat sahaja untuk mencari segala yang anda perlukan selepas Hari Keselamatan – SharePoint PENORMALAN RISIKO, DILEMA dan PRIHATIN, di mana anda akan temui maklumat, panduan dialog dan pautan yang berkaitan dengan LFI serta kajian kes.

2. Anda masih boleh mengakses contoh ilustrasi pendek

yang kami berikan pada tahun lepas, yang menekankan apa yang kami maksudkan dengan PENORMALAN RISIKO, DILEMA dan PRIHATIN.

Anda boleh mencari salinan contoh ini di SharePoint PENORMALAN RISIKO, DILEMA dan PRIHATIN. Ini termasuk contoh-contoh khusus berkaitan dengan Dasar Keselamatan Proses. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang Dasar Keselamatan Proses di PSF SharePoint. Jika anda seorang kontraktor dan tidak dapat mengakses pautan yang terdapat dalam panduan ini, sila hubungi pemegang kontrak anda.

Page 14: HARI KESELAMATAN 2018 · Dalam tempoh dua belas bulan yang PERKARAlepas, ramai di antara anda telah meneruskan perbualan yang bermula pada Hari Keselamatan 2017. Bagi anda, Hari Keselamatan

PANDUAN PEMIMPIN HARI KESELAMATAN 2018 TERHAD 14

Kita semua melakukan kesilapan. Kadang-kadang kita tidak lagi melihat risiko; kadang-kadang kita fikir ia akan baik-baik sahaja, kerana tiada apa yang berlaku sebelum ini. Kesilapan sebegini sering berpunca dari keadaan tersembunyi (terpendam), hal-hal yang telah menjadi kebiasaan dan kita cenderung untuk tidak 'melihatnya' lagi. Apabila kita menormalkan risiko, kita mengabaikan isyarat kecil yang sepatutnya kita ambil perhatian. Kita memandang rendah risiko yang telah menjadi suatu kebiasaan. Kita juga mentafsir maklumat dengan cara yang mengesahkan prasangka kita (ini disebut bias pengesahan).

Kita perlu kenal pasti bilakah kita mula menjadi begitu biasa dan selesa dengan risiko yang kita tidak sepatutnya selesa dengannya. Sebagai contoh, menormalkan titisan hidrokarbon yang boleh bertakung, atau peralatan di tempat tinggi yang boleh jatuh dan mencederakan seseorang. Sebab itulah kita perlukan bantuan untuk mengenalpasti saat kita telah menormalkan risiko. Persepsi risiko kita dapat dibetulkan semula apabila kita merenung dan membincangkan sesuatu aktiviti atau apabila orang lain campur tangan.

Kita semua memerlukan keberanian untuk campur tangan apabila ada sesuatu yang tidak kena dan bertanya jika kita tidak pasti. Kita juga perlu mempunyai sikap boleh menerima campur tangan. Dengan cara itu, kita boleh menghalang insiden daripada berlaku

MENGAPA FOKUS PADA PENORMALAN RISIKO?

Dalam organisasi kita, setiap hari kita terpaksa berhadapan dengan dilema. Kita semua menghadapi DILEMA pada suatu ketika dalam hidup kita dan ia perlu dikenal pasti sebelum dapat diselesaikan. Sering kali orang bergelut dengan dilema yang melumpuhkan organisasi, sedangkan apabila dilema itu dikongsi ia dapat membantu mencari cara yang lebih baik untuk diselesaikan. Dilema bagi seseorang mungkin bukan dilema bagi orang lain. Mengendalikan dilema secara berkesan akan membantu meningkatkan keselamatan dan prestasi perniagaan kita.

MENGAPA FOKUS PADA DILEMA?

Prihatin adalah amat peribadi dan cara kita menunjukkannya berbeza-beza, namun ia adalah sesuatu yang kita semua boleh kenal. Ia adalah tentang mempunyai hubungan emosi yang erat terhadap satu sama lain dan memahami apakah tujuan kita melakukan sesuatu. Ia adalah suatu nilai dan terhasil daripada amalan yang mempamerkan keprihatinan kita. Prihatin juga merupakan penawar bagi penormalan risiko dan dilema - kita boleh membuat perubahan yang nyata jika kita saling menjaga satu sama lain dan masuk campur. Kita semua mempunyai peranan masing-masing, kerana apabila anda dapat mengenali Dilema dan Penormalan Risiko anda boleh campur tangan, anda boleh Prihatin dengan diri anda dan kesejahteraan anda dan Prihatin terhadap rakan sekerja dengan tidak membenarkan situasi tersebut dibiarkan di tempat kerja. Orang yang merasa dipedulikan mampu melakukan yang terbaik

MENGAPA FOKUS PADA KEPRIHATINAN?

MAKLUMAT LAIN YANG BERGUNA i. PERINGATAN – MENGAPA ADA FOKUS INI Sejak Hari Keselamatan yang pertama, kami telah melihat peningkatan yang ketara dalam aspek keselamatan. Kita mempunyai sistem keselamatan, proses, prosedur dan peraturan keselamatan yang terbaik dalam industri yang sangat membantu kita hampir mencapai Matlamat Sifar, tetapi prestasi keselamatan kita mendatar. Kami percaya jawapannya terletak pada kita semua, menangani PENORMALAN RISIKO, mengetahui cara menangani DILEMA dan bersikap PRIHATIN. Ketiga-tiga tema ini boleh digunakan sebagai ‘kanta’ untuk bercakap tentang apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan. Ia membolehkan kita mengadakan fokus perbualan yang relevan kepada situasi dan ianya seragam di seluruh syarikat. Sebagai ketua pasukan, pengurus atau penyelia, peranan anda adalah untuk menyatukan pasukan anda dan membantu mereka mengadakan perbualan ini.

Page 15: HARI KESELAMATAN 2018 · Dalam tempoh dua belas bulan yang PERKARAlepas, ramai di antara anda telah meneruskan perbualan yang bermula pada Hari Keselamatan 2017. Bagi anda, Hari Keselamatan

PANDUAN PEMIMPIN HARI KESELAMATAN 2018 TERHAD 15

ii. LAGI CERITA CONTOH

KISAH STAN, KIM DAN HUSSAIN Stan, Kim dan Hussain adalah dari pasukan Sokongan Teknikal Unit X. Pasukan itu dibentuk sebagai sebahagian daripada Inisiatif Peningkatan Pengeluaran dan ia merupakan satu perubahan besar bagi mereka semua. Pekerjaan itu memerlukan setiap mereka untuk belajar cara kerja yang baharu, dan mereka masih mencari jalan agar diri dan pasukan mereka dapat menyesuaikan diri dengan organisasi itu. Sewaktu Stan, selaku Jurutera Proses, belajar selok-belok proses, dia menemui sedikit maklumat yang meresahkan. Dia membawa pulang maklumat itu kepada pasukannya. Operasi proses memerlukan satu saluran kecil untuk penyingkiran hidrokarbon berat (likat) dengan

mengalirkannya ke dram tangkapan yang dipasang pada sebuah pam yang kemudian akan memindahkan bahan tersebut ke tangki untuk pembuangan atau pemprosesan semula.

Semasa pengendalian normal, peralatan akan berfungsi seperti yang dirancang tetapi pengendali akan menggunakan salur penyingkiran ini sebagai "injap keselamatan" untuk mengeluarkan lebihan produk agar ia terus beroperasi dengan tetap, mengurangkan gangguan dan meningkatkan kualiti produk. Apabila ini berlaku, produk yang lebih ringan akan dihalakan ke dram tangkapan dan pam.

Ini menimbulkan rasa ingin tahu dan tidak senang kepada Kim, sebagai seorang Jurutera Mekanikal. Kim memutuskan untuk menghadiri mesyuarat pasukan syif seterusnya dan juga perbincangan sebelum kerja yang diadakan oleh pasukan operasi Unit. Mesyuarat itu terasa seperti tugasan 'tandakan rait dalam kotak' dengan sedikit interaksi dan kebanyakan orang berdiam diri. Apabila dia tidak mendengar apa-apa tentang apa yang Stan terangkan, dia meminta kebenaran penyelia Unit supaya kedua-dua mereka boleh mengadakan sesi “Pergi & Lihat”. Semasa sesi “Pergi & Lihat” ini Kim mengetahui bahawa: Pam itu sebenarnya tidak sesuai untuk kegunaan produk yang lebih ringan, pam akan mempunyai

ruang kosong (berhenti mengepam) menyebabkan bahan yang lebih ringan akan mengisi dram tangkapan. Apabila dram diisi dengan hidrokarbon, hidrokarbon itu akan mengalir balik ke dalam peralatan lain termasuk sistem pembakaran. Oleh kerana dram tangkapan dan pam ini berada di bahagian lain loji itu, tidak ada satu pasukan pengendali pun yang menyedari kesan penggunaan injap penyingkiran itu. Jika tidak diperbetulkan, ia akan menyebabkan keadaan operasi yang tidak stabil di bahagian-bahagian lain loji dan memberikan kesan terhadap keupayaan sistem pembakaran untuk berfungsi dengan betul. Ini pernah berlaku pada masa lalu dan menyebabkan penutupan loji sepenuhnya, proses pembersihan yang panjang dan kerugian yang ketara. Oleh kerana ia pernah terjadi sebelum ini wujud sensitiviti yang tinggi untuk setiap kejadian berulang.

Apabila dram tangkapan terisi, ia memberi tekanan hebat kepada penutup pam. Tekanan ini boleh membawa kepada kegagalan penutup, di mana mungkin terdapat pelepasan cecair dan gas yang mudah terbakar yang boleh mengakibatkan kebakaran dan kemungkinan letupan. Sudah terdapat beberapa kes kebocoran yang kecil.

Page 16: HARI KESELAMATAN 2018 · Dalam tempoh dua belas bulan yang PERKARAlepas, ramai di antara anda telah meneruskan perbualan yang bermula pada Hari Keselamatan 2017. Bagi anda, Hari Keselamatan

PANDUAN PEMIMPIN HARI KESELAMATAN 2018 TERHAD 16

ISI PERBINCANGAN Penormalan Risiko: Apakah yang membuatkan pasukan operasi menganggap ini

sebagai perkara biasa? Siapakah yang menormalkan risiko di loji dan di pejabat? Menurut anda, bagaimanakah pucuk pimpinan memberikan

impak kepada Penormalan Risiko? Mengapa Penyelia tidak nampak isu ini semasa sesi “Pergi-

Lihat”? Dilema: Apakah yang membuatkan masalah ini suatu dilema? Apakah yang membuatkan pelbagai penyelesaian yang ada

itu sukar untuk dipilih? Apakah yang boleh dilakukan untuk mengatasi dilema? Bagaimanakah penyelia dan pucuk pimpinan mereka dapat

memberikan sokongan? Prihatin: Dalam senario ini di manakah kita boleh menunjukkan

keprihatinan? Siapakah yang terkena impak daripada senario ini? Bagaimanakah kita boleh mempamerkan keprihatinan kepada

mereka dalam senario ini? Apakah tingkah laku dan sikap yang boleh/telah pemimpin

tunjukkan yang menunjukkan bahawa mereka prihatin atau tidak?

SAMBUNGAN KISAH STAN, KIM DAN HUSSAIN

Berikutan daripada sesi "Pergi dan Lihat" beliau dengan Penyelia Unit, Kim bercakap dengan Hussain daripada Operations Excellence Focal Point mengenai isu itu. Hussain ingin mengetahui lebih lanjut daripada barisan hadapan tentang apa yang sedang berlaku di lapangan, oleh itu dia duduk berbincang dengan beberapa orang Operator untuk mengetahui lebih lanjut: Operator yang bertanggungjawab terhadap dram dan pam tahu bila bekas akan mula diisi dan akan menghantar

beberapa orang untuk memastikan pam itu berfungsi dengan baik. Wujud kebimbangan berdasarkan pengalaman terdahulu bahawa terdapat potensi berlaku kebakaran yang lebih besar yang boleh membawa kepada kerosakan aset dan kecederaan bahkan kematian jika orang bekerja di kawasan itu.

Operator tidak mahu peralatan itu gagal dan mematikan unit itu, oleh sebab itu beberapa orang dihantar untuk membetulkan masalah itu. Operator terpaksa menghabiskan beberapa jam di lapangan kerana peralatan itu sukar untuk dimulakan semula dan beberapa langkah perlu diambil agar pam berjalan seperti biasa. Ini telah menjadi sebahagian daripada rejim operasi yang diterima dan dianggap perkara biasa. Operator merasakan bahawa adalah menjadi tugas mereka untuk memastikan pam itu terus beroperasi. Operator baharu telah dilatih tentang bagaimana untuk bertindak balas terhadap situasi itu sebagai sebahagian daripada tugas mereka.

Apabila Hussain selesai dengan penyelidikan dan perbincangannya dengan Barisan Hadapan, dia sangat tidak selesa dan timbul konflik dalam dirinya. Semasa mesyuarat pasukan berikutnya semua orang berkongsi apa yang mereka pelajari. Stan tahu bahawa penggunaan saluran penyingkiran itu memberikan kesan kepada kestabilan pam dan kebolehkendalian unit itu. Hussain menyedari bahawa falsafah operasi saat ini menempatkan orang-orang dalam bahaya, tapi jika tidak melakukan apapun juga dapat mengakibatkan insiden yang lebih besar jika ada kebocoran yang besar. Pasukan mengkaji semula data dan menyedari bahawa terdapat beberapa pilihan: • Mereka boleh mengesyorkan penggantian pam kepada yang mampu menangani berbagai bahan dan menghindari

pam daripada mempunyai ruang kosong. Perbincangan dengan vendor yang membuat peralatan jenis ini mendapati bahawa, pam sebegitu perlu direka semula dengan kebolehkendalian dan kebolehpercayaan yang tidak diketahui. Penyelesaian ini mungkin dapat atau tidak dapat menyelesaikan masalah ini. Apabila Kim mengesyorkan penyelesaian ini, Pengurus Pembelian menjelaskan bahawa vendor yang dihubunginya tidak termasuk dalam senarai pembekal yang diluluskan dan persetujuan VP diperlukan untuk memasukkannya ke dalam senarai.

• Pasukan ini boleh juga menyokong operasi diteruskan seperti biasa, kerana ia telah bekerja dengan baik setakat ini dan tiada siapa yang peduli. Pasukan ini menemui masalah ini secara kebetulan, sudah tentu orang lain juga sudah mengetahui tentangnya namun mereka tiada masalah dengannya. Tetapi Hussain tidak dapat menolak gerak hati bahawa meletakkan para operator dalam keadaan bahaya bila kebocoran berlaku adalah penyelesaian yang buruk. Terdapat kemungkinan bahawa semua operator yang bekerja di pam boleh cedera parah.

• Membina semula unit itu untuk menangani isu saluran penyingkiran itu. Pasukan itu tahu bahawa walaupun ia dapat dilaksanakan, projek itu perlu membuat perubahan asas kepada unit di mana ia akan menelan sejumlah besar wang yang boleh memberikan kesan negatif terhadap daya maju perniagaan. Pasukan itu tahu bahawa pilihan ini tidak akan disenangi oleh pucuk pimpinan di loji dan mereka rasa membawa isu ini ke hadapan mungkin akan menjejaskan kerjaya mereka.

Pasukan itu percaya ada pilihan lain untuk melengkapkan tiga pilihan yang mereka sudah ada tetapi mereka tidak dapat memikirkan apakah pilihan itu...

Page 17: HARI KESELAMATAN 2018 · Dalam tempoh dua belas bulan yang PERKARAlepas, ramai di antara anda telah meneruskan perbualan yang bermula pada Hari Keselamatan 2017. Bagi anda, Hari Keselamatan

PANDUAN PEMIMPIN HARI KESELAMATAN 2018 TERHAD 17

ISI PERBINCANGAN Penormalan Risiko Para pekerja itu sudah terbiasa melakukan pekerjaan mereka

dengan terburu-buru. Mereka tidak fikir untuk memberitahu penyelia mereka bahawa mereka memerlukan lebih banyak masa.

Dilema Jose ragu-ragu sama ada dia perlu campur tangan atau

tidak. Oleh sebab masih baharu di tempat itu, dia ragu-ragu sama ada mereka dapat menerimanya.

Pekerja-pekerja itu mahu menyelesaikan kerja secepat mungkin, supaya kerja yang berikutnya tidak tertangguh.

Prihatin Adakah penyelia tahu bahawa pekerja-pekerja itu bekerja di

bawah tekanan? Adakah pasukan itu telah mengadakan ceramah

keselamatan sebagaimana sepatutnya, dan adakah mereka telah mempertimbangkan kesemua risiko apabila bekerja di tempat tinggi?

Adakah Jose telah bersikap prihatin?

KISAH JOSE Jose, seorang kontraktor, sedang melawat tapak berhampiran syarikatnya dalam satu lawatan kerja. Dia ingin mengetahui lebih lanjut tentang tapak-tapak berlainan dan juga ingin mempraktikkan kemahiran yang dia pelajari semasa latihan ‘Pergi & Lihat’ baru-baru ini, jadi dia telah meminta untuk dibawa melawat sekeliling. Semasa ‘Pergi & Lihat’, dia melihat beberapa pekerja di atas perancah. Mereka bekerja pada ketinggian kira-kira 10 meter di atas paras tanah. Jose berhenti untuk melihat mereka, tertanya-tanya bagaimana mereka akan melaksanakan pekerjaan mereka. Pada awalnya Jose tidak menyedari sesuatu yang spesifik; mereka hanya melakukan tugas mereka. Tetapi apabila dia mahu meneruskan lawatan itu dan dia semakin dekat dengan mereka, dia mendengar pekerja-pekerja itu bercakap dengan kuat. Mereka kelihatan sedikit terburu-buru dan sesuatu tidak berjalan seperti yang mereka rancangkan. Dia kemudian menyedari bahawa pekerjaan itu sudah terlewat dan memerlukan lebih banyak waktu daripada yang dirancang. Mereka perlu segera menyelesaikannya; jika tidak, tugas lain juga akan tertangguh. Salah seorang pekerja itu memerlukan bantuan dan terus meletakkan tukulnya di atas pelantar. Jose tiba-tiba menyedari bahawa pekerja itu tidak menggunakan lanyard. Jose yakin bahawa ia bukan amalan biasa di situ. Sesuatu seperti ini tidak sepatutnya berlaku, kerana alat pada ketinggian itu boleh jatuh, dan mungkin mencederakan seseorang atau bahkan lebih buruk... Dia tahu dia harus berkata sesuatu, tetapi untuk seketika dia ragu-ragu. Jika dia campur tangan, apa yang akan mereka kata dan anggap tentang dirinya nanti? Mempraktikkan sesuatu yang telah dipelajari adalah jauh lebih sukar daripada jangkaan awalnya. Ketika Jose memikirkan apa yang harus dia lakukan, pekerja-pekerja itu meneruskan pekerjaan mereka. Mereka sudah hampir selesai, tiba-tiba rakan sekerja mereka berundur ke belakang... … bagaimanakah kisah ini berakhir? A. Rakan sekerja menyedari tukul itu tepat pada waktunya lantas mengambil & mengembalikannya kepada

rakan sekerja, seterusnya berjaya menyelamatkan alat itu daripada terjatuh. B. Ketika berundur ke belakang, rakan sekerja secara tidak sengaja telah menolak tukul pada perancah itu.

Nasib baik tiada orang berada dalam lingkungan ancaman bahaya. Tukul itu mendarat di zon jatuhan yang terhalang, hanya beberapa meter dari kedudukan Jose.

C. Ketika berundur ke belakang, rakan sekerja secara tidak sengaja telah menolak tukul pada perancah itu. Tukul itu tidak mengikut laluan yang dijangka, sebaliknya jatuh ke atas perancah, di luar zon jatuhan dan...

Page 18: HARI KESELAMATAN 2018 · Dalam tempoh dua belas bulan yang PERKARAlepas, ramai di antara anda telah meneruskan perbualan yang bermula pada Hari Keselamatan 2017. Bagi anda, Hari Keselamatan

PANDUAN PEMIMPIN HARI KESELAMATAN 2018 TERHAD 18

ISI PERBINCANGAN: Penormalan Risiko Sasha masih agak baharu dengan pasukan itu, tetapi dia melihat orang

lain bekerja sehingga lewat secara rutin, jadi dia percaya dia juga harus berbuat begitu.

Dilema Terdapat jangkaan untuk bekerja lebih masa yang menjejaskan

keseimbangan kerja/kehidupan – patutkah Sasha menolak jemputan tanpa menghiraukan tekanan?

Prihatin Adakah pengurus baharunya memeriksa adakah Sasha berasa selesa

ketika menerima jemputan mengejut itu? Adakah Shasha menjaga kebajikan dirinya sendiri? Penormalan Risiko Anggapan Sasha bahawa risiko berjalan di bandar yang asing adalah

sama dengan risiko berada di bandarnya sendiri. Sasha tidak menyedari bagaimana barang peribadi berharga atau

komputer ribanya boleh menarik perhatian; dia sememangnya tidak peka terhadap persekitarannya dan berasa tidak ada apa yang salah dengan tingkah lakunya yang tidak ambil peduli itu.

Dilema Apakah risiko ketidakpatuhan (pemandu teksi dengan tali pinggang

keledar) berbanding keselamatan peribadi? Prihatin Sekiranya terjadi kecemasan atau insiden yang serius, Shell akan

bertindak demi keselamatan pekerjanya, tetapi adakah Shasha ada memasukkan butiran hubungan dan kecemasannya dalam HR online dan mengemas kini profil perjalanannya?

KISAH SASHA Sasha bekerja dalam sebuah pasukan global dan pengurus baharunya (yang berada di negara lain) pada saat-saat akhir telah memintanya menghadiri mesyuarat luar tapak pada lewat hari itu ‘selepas waktu kerja normal’. Ia telah berlaku beberapa kali kebelakangan ini. Keadaan sangat sibuk sejak beberapa bulan lalu dan dia sering melihat orang lain dalam pasukannya bekerja sehingga lewat, tetapi Sasha mula merasakan tekanan untuk menghadiri mesyuarat mengejut sebegitu. Dia mula berasa sedikit letih dan 'lesu'. Sasha biasanya berjalan kaki ke pejabat dan jarang menggunakan pengangkutan awam. Oleh sebab perubahan rancangan yang berlaku pada saat-saat akhir, dia tidak dapat merancang pengangkutan pulangnya terlebih dahulu. Oleh sebab terdapat banyak tekanan mengenai penglibatan Sasha, dia merasakan dia tidak boleh mengatakan 'tidak'. Akibatnya, dia kini mesti menentukan cara paling selamat untuk sampai ke tempat mesyuarat dan kemudian pulang ke rumah. ...bagaimanakah kisah ini berakhir? A. Sasha memilih pengangkutan awam supaya dia boleh membuat persiapan untuk mesyuarat

sewaktu dalam perjalanan. Walau bagaimanapun, pilihan ini memerlukan dia untuk berjalan kaki ke tempat mesyuarat di kawasan bandar yang asing baginya. Bagaimana jika dia fokus pada peta di telefon bimbitnya untuk mencari lokasi mesyuarat sehingga tidak peka dengan persekitarannya? Bagaimana jika gangguan ini meletakkannya dalam risiko dirompak ketika berjalan serta barang berharga dan komputer ribanya dicuri (maklumat perniagaan juga turut hilang)? Paling teruk, bagaimana jika Sasha tercedera semasa rompakan itu dan dia harus dimasukkan ke hospital?

B. Sasha “mengambil” teksi untuk pergi ke mesyuarat itu, namun pemandu teksi enggan memakai tali pinggang keledar meskipun dia berusaha meyakinkan sebaliknya. Adakah dia meminta pemandu teksi untuk berhenti dan keluar serta cuba untuk mendapatkan teksi lain (kemungkinan lebih berisiko) atau adakah dia kekal dengan pemandu teksi yang tidak memakai tali pinggang keledar itu?

C. Sasha memilih untuk cuba menyewa kereta pada saat-saat akhir (tetapi dia kurang arif dengan dasar Shell berkaitan menyewa kereta). Oleh sebab dia baru mula belajar tentang ‘peraturan’, adakah menyewa kereta untuk mesyuarat seperti itu dibenarkan? Haruskah dia mengambil risiko untuk berbelanja dan berkemungkinan untuk dikenakan tindakan disiplin?