2
GURU YANG SAYA SAYANGI Contoh Jawapan Bahagian B (Tahun 5 - OTI 1)  Soalan 2 Tuliskan sebuah karangan bertajuk, “Guru yang saya sayangi”.  Semua orang mempunyai guru. Guru merupakan ibu bapa kedua bagi kita. Saya mempunyai seorang guru yang saya sayangi. Nama guru berkenaan ialah Cikgu Zuhdi bin Ariffin. Beliau mengajar di Sekolah Kebangsaan Renek, Jerteh, Terengganu.  Cikgu Zuhdi mengajar di kelas 4 Bestari dan 4 Pintar. Mata pelajaran yang diajar oleh Cikgu Zuhdi adalah Bahasa Melayu dan Kajian Tempatan. Cikgu Zuhdi sudah lima tahun mengajar di Sekolah Kebangsaan Renek. Sebelum ini beliau bertugas di Sekolah Kebangsaan Bintang, Setiu, Terengganu. Beliau tinggal di Kampung Tok Dor, iaitu kira- kira 3 kilometer dari sekolah tempat beliau mengajar. Di sekolah, Cikgu Zuhdi memegang beberapa jawatan penting. Cikgu Zuhdi seorang guru disiplin. Semua murid akan diam apabila Cikgu Zuhdi melalui kelasnya. Beliau seorang yang tegas. Pernah suatu ketika beliau mendenda murid sampai murid berkenaan menginsafi kesalahannya. Walau pun tegas, Cikgu Zuhdi baik h ati. Selain itu, Cikgu Zuhdi juga bergiat aktif dalam sukan. Sukan yang digemari oleh beliau adalah badminton. Beliau merupakan jurulatih negeri dalam sukan badminton. Di sekolah saya, ramai jaguh badminton yang dilahirkan oleh Cikgu Zuhdi. Ada antaranya berjaya ke peringkat negeri dan kebangsaan. Salah seorang jaguh badminton yang dilatih oleh Cikgu Zuh di adalah Muhammad Danial Hashim yang menjuarai p eringkat negeri bawah 12 tahun pada tahun lepas. Cikgu Zuhdi seorang guru yang rajin. Apabila mengajar, beliau tidak suka murid-muridnya bermain-main. Beliau memberi penuh komitmen semasa mengajar. Ramai muridnya berjaya dengan cemerlang dalam mata pelajaran yang diajarnya. Saya dan rakan-rakan yang lain amat suka belajar bersama Cikgu Zuhdi. Kami juga amat mudah memahami apa yang diajar oleh Cikgu Zuhdi. Beliau juga amat prihatin dengan kebajikan murid di sekolah ini. Pernah suatu ketika Cikgu Zuhdi membelikan pakaian seragam sekolah kepada seorang murid miskin yang tidak mampu membeli pakaian sekolah. Saya amat kagum dengan Cikgu Zuhdi. Oleh sebab itu, saya menyayangi Cikgu Zuhdi.  Karangan Qistina Sarah Tajuk : Guru Yang Saya Sayangi Saya sayang kepada semua guru yang pernah mengajar saya. Mereka juga telah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan bagus. Tetapi, saya lebih menyayangi Cikgu Haizrin. Mungkin disebabkan hubungan kami semakin erat, saya lebih selesa bersamanya. Beliau juga merupakan ibu angkat saya dan bagi saya penampilannya sangat mencuit hati saya. Saya ingin membuatnya gembira akan tetapi saya sering melepaskan peluang itu. Beliau banyak memberi sokongan kepada saya ketika saya bertanding di dalam pertandingan bercerita. Beliau juga selaku guru Bahasa Inggeris Tahun 6 Bestari. Ketika pertandingan bercerita itu bermula, saya berasa amat gementar tetapi Cikgu Haizrin memberi sokongan kepada saya yang tiada hadnya, walaupun dia sedang sarat meng andung. Saya banyak membuat beliau kecewa dengan kegagalan saya mahupun sikap saya. Ketiadaannya amat dirasai oleh semua murid Tahun 6 Bestari. Cikgu Haizrin juga merupakan guru yang garang apabila berdepan dengan murid Tahun 6 Bestari. Beliau tidak pernah mengenal erti penat dan lelah ketika mengajar dan mendidik saya menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Justeru, saya amat berharap Ujian Penilaian Sekolah Rendah itu adalah satu lagi peluang untuk membuat beliau bangga. Saya ingin menghadiahkan kejayaan itu kepada ibu bapa dan Cikgu Haizrin.Beliau sentiasa berada di sisi kami ketika kami menghadapi saat-saat yang sukar. Saya amat berharap yang murid-murid Tahun 6 Bestari tidak pernah melupakan jasa-jasa beliau seperti “Kacang yang lupakan kulit”.  

Guru Yang Saya Sayangi

Embed Size (px)

Citation preview

GURU YANG SAYA SAYANGIContoh Jawapan Bahagian B (Tahun 5 - OTI 1)

Soalan 2Tuliskan sebuah karangan bertajuk, Guru yang saya sayangi.Semua orang mempunyai guru. Guru merupakan ibu bapa kedua bagi kita. Saya mempunyai seorang guru yang saya sayangi. Nama guru berkenaan ialah Cikgu Zuhdi bin Ariffin. Beliau mengajar di Sekolah Kebangsaan Renek, Jerteh, Terengganu.

Cikgu Zuhdi mengajar di kelas 4 Bestari dan 4 Pintar. Mata pelajaran yang diajar oleh Cikgu Zuhdi adalah Bahasa Melayu dan Kajian Tempatan. Cikgu Zuhdi sudah lima tahun mengajar di Sekolah Kebangsaan Renek. Sebelum ini beliau bertugas di Sekolah Kebangsaan Bintang, Setiu, Terengganu. Beliau tinggal di Kampung Tok Dor, iaitu kira-kira 3 kilometer dari sekolah tempat beliau mengajar.

Di sekolah, Cikgu Zuhdi memegang beberapa jawatan penting. Cikgu Zuhdi seorang guru disiplin. Semua murid akan diam apabila Cikgu Zuhdi melalui kelasnya. Beliau seorang yang tegas. Pernah suatu ketika beliau mendenda murid sampai murid berkenaan menginsafi kesalahannya. Walau pun tegas, Cikgu Zuhdi baik hati.

Selain itu, Cikgu Zuhdi juga bergiat aktif dalam sukan. Sukan yang digemari oleh beliau adalah badminton. Beliau merupakan jurulatih negeri dalam sukan badminton. Di sekolah saya, ramai jaguh badminton yang dilahirkan oleh Cikgu Zuhdi. Ada antaranya berjaya ke peringkat negeri dan kebangsaan. Salah seorang jaguh badminton yang dilatih oleh Cikgu Zuhdi adalah Muhammad Danial Hashim yang menjuarai peringkat negeri bawah 12 tahun pada tahun lepas.

Cikgu Zuhdi seorang guru yang rajin. Apabila mengajar, beliau tidak suka murid-muridnya bermain-main. Beliau memberi penuh komitmen semasa mengajar. Ramai muridnya berjaya dengan cemerlang dalam mata pelajaran yang diajarnya. Saya dan rakan-rakan yang lain amat suka belajar bersama Cikgu Zuhdi. Kami juga amat mudah memahami apa yang diajar oleh Cikgu Zuhdi.

Beliau juga amat prihatin dengan kebajikan murid di sekolah ini. Pernah suatu ketika Cikgu Zuhdi membelikan pakaian seragam sekolah kepada seorang murid miskin yang tidak mampu membeli pakaian sekolah. Saya amat kagum dengan Cikgu Zuhdi. Oleh sebab itu, saya menyayangi Cikgu Zuhdi.

Karangan Qistina SarahTajuk :Guru Yang Saya Sayangi

Saya sayang kepada semua guru yang pernah mengajar saya. Mereka juga telah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan bagus. Tetapi, saya lebih menyayangiCikgu Haizrin. Mungkin disebabkan hubungan kami semakin erat, saya lebih selesa bersamanya. Beliau juga merupakan ibu angkat saya dan bagi saya penampilannya sangat mencuit hati saya. Saya ingin membuatnya gembira akan tetapi saya sering melepaskan peluang itu. Beliau banyak memberi sokongan kepada saya ketika saya bertanding di dalam pertandingan bercerita. Beliau juga selaku guru Bahasa Inggeris Tahun 6 Bestari.Ketika pertandingan bercerita itu bermula, saya berasa amat gementar tetapiCikgu Haizrinmemberi sokongan kepada saya yang tiada hadnya, walaupun dia sedang sarat mengandung. Saya banyak membuat beliau kecewa dengan kegagalan saya mahupun sikap saya. Ketiadaannya amat dirasai oleh semua murid Tahun 6 Bestari.Cikgu Haizrinjuga merupakan guru yang garang apabila berdepan dengan murid Tahun 6 Bestari. Beliau tidak pernah mengenal erti penat dan lelah ketika mengajar dan mendidik saya menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Justeru, saya amat berharap Ujian Penilaian Sekolah Rendah itu adalah satu lagi peluang untuk membuat beliau bangga. Saya ingin menghadiahkan kejayaan itu kepada ibu bapa danCikgu Haizrin.Beliau sentiasa berada di sisi kami ketika kami menghadapi saat-saat yang sukar. Saya amat berharap yang murid-murid Tahun 6 Bestari tidak pernah melupakan jasa-jasa beliau seperti Kacang yang lupakan kulit.

Setiap orang mempunyai guru yang paling mereka sanjungi. Saya juga mempunyai guru yang paling saya sanjungi.Nama guru yang saya sayangi dan sanjungi itu ialah Cikgu How. Beliau berumur 37 tahun. Beliau merupakan guru lepasan Universiti Pengurusan Sultan Idris, Perak. Beliau berasal dari negeri Perlis dan belum berumah tangga. Cikgu How sudah tiga tahun mengajar di sekolah saya.Beliau mengajar mata pelajaran Matematik dan Pendidikan Seni dalam kelas saya. Beliau juga merupakan guru kelas saya. Cikgu How merupakan seorang guru yang begitu mengambil berat tentang pelajaran murid-muridnya. Cikgu How pandai mengambil hati murid-muridnya. Semua murid tidak jemu semasa beliau mengajar.Beliau berharap murid-muridnya dapat berjaya dalam bidang pelajaran dan kokurikulum. Beliau akan menjadikan murid-murid yang cemerlang sebagai contoh kepada murid-murid yang lain. Beliau sentiasa menasihati kami agar rajin belajar dan menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.Sikap penyayang Cikgu How amat disenangi oleh murid-muridnya. Beliau akan mengajar murid-murid yang tidak memahami mata pelajaran Matematik sehingga faham. Beliau juga mengadakan kelas tambahan kepada murid-murid yang lemah. Sepanjang beliau mengajar di sini, keputusan UPSR dalam mata pelajaran Matematik bertambah baik pada setiap tahun.Saya berharap Cikgu How akan terus mengajar di sekolah saya. Saya juga berdoa supaya Cikgu How sentiasa hidup bahagia.Biografi-Guru Yang Paling DikagumiDi sekolahku terdapat seorang guru yang saya kagumi. Nama beliau Cikgu Zabri Zabidi. Beliau berumur 34 tahun dan sudah pun berumah tangga dan mempunyai dua orang anak.

Beliau berpengalaman mengajar selama 12 tahun. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains. Cikgu zabri merupakan guru kelas Tahun 6 Amanah dan juga mengajar di Tahun 5 Dedikasi.

Cikgu Zabri begitu disenangi oleh guru-guru dan murid-murid yang lain. Hal ini kerana sikapnya yang penyayang, mudah mesra dan baik hati. Beliau selalu mengambil berat tentang masalah murid-muridnya sama ada berkaitan pelajaran atau pun kebajikan mereka.

Selama berkhidmat di sekolah ini banyak jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh beliau. Antaranya setiap kali peperiksaan UPSR ramai anak muridnya yang berjaya mendapat 5A dan seterusnya mendapat pelajaran di sekolah sekolah dan terbukti berjaya apabila menjadi johan daerah selama 3 tahun berturut-turut.

Cikgu Zabri mempunyai hobi yang mendalam terhadap bidang komputer. Beliau sering menggunakan komputer ribanya apabila ada waktu terluang. Cikgu Zabri juga mempunyai kegemaran melukis. Banyak mural di sekolah yang telah dilukis oleh beliau.

Aku berhadap Cikgu Zabri akan terus mendidik anak bangsanya tanpa jemu. Aku juga berdoa beliau akan dalam hidupnya turut menyimpan hasrat untuk mengikut jejak langkah beliau pada suatu hari nanti.