4
Gimnastik dalam pendidikan Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia.. Terima kasih di atas pandangan yang telah anda berikan. Penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti gimnastik atau kelas gimnastik sememangnya memberikan mereka pelbagai faedah yang merangkumi aspek- aspek fizikal, kognitif dan fisiologi. Faedah ini akan memberikan impak kepada kehidupan mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Aktiviti gimnastik membantu kanak-kanak mempertingkatkan kemahiran fizikal mereka. Hal ini akan memudahkan mereka menguasai pelbagai permainan lain dengan lebih baik contohnya bola keranjang, bola sepak dan lain-lain. Disamping itu, gimnastik turut membantu mengurangkan kecederaan otot kerana menitikberatkan kelenturan tubuh. Kekuatan otot Mempertingkatkan kekuatan otot melalui aktiviti tumbling, melompat, melentur, dan menampung berat badan dengan menggunakan salah satu daripada anggota tubuh mereka dalam pelbagai posisi membantu kanak- kanak membina tubuh yang kuat dan bertenaga. Otot-otot tubuh mereka terbina dengan baik semasa latihan. Ahli-ahli gimnastik lebih kuat, membantu membuna daging tubuh yang pejal, menyekatakan otot, meningkatkan keseimbangan dan juga memperbaiki postur tubuh. Tulang sihat Gimnastik yang melibatkan kemampuan menahan atau menampung berat badan membolehkan kanak-kanak atau ahli-ahli gimnastik membina tulang-tulang yang kuat dan sihat. Aktiviti ini memerlukan kanak- kanak bekerja melawan gravity, bermaksud seseorang kanak-kanak perlu menggunakan sebelah tangan, kaki, atau sebelah kaki untuk menahan ataupun menampung berat badan mereka sendiri. Kelenturan tubuh Sekain itu, gimnastik turut membantu kanak-kanak memiliki kelenturan tubuh yang lebih baik. Secara ringkas, aspek ini melibatkan kemampuan otot-otot mereka denga had maksimum. Hal ini demikian kerana gimnastik mementingkan kemampuan untuk menguasai pelbagai posisi persembahan bagi setiap peralatan. Dalam kehidupan seharian

Gimnastik dalam pendidikan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

cth

Citation preview

Gimnastik dalam pendidikan Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia..

Terima kasih di atas pandangan yang telah anda berikan. Penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti gimnastik atau kelas gimnastik sememangnya memberikan mereka pelbagai faedah yang merangkumi aspek-aspek fizikal, kognitif dan fisiologi. Faedah ini akan memberikan impak kepada kehidupan mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Aktiviti gimnastik membantu kanak-kanak mempertingkatkan kemahiran fizikal mereka. Hal ini akan memudahkan mereka menguasai pelbagai permainan lain dengan lebih baik contohnya bola keranjang, bola sepak dan lain-lain. Disamping itu, gimnastik turut membantu mengurangkan kecederaan otot kerana menitikberatkan kelenturan tubuh.

Kekuatan otot

Mempertingkatkan kekuatan otot melalui aktiviti tumbling, melompat, melentur, dan menampung berat badan dengan menggunakan salah satu daripada anggota tubuh mereka dalam pelbagai posisi membantu kanak-kanak membina tubuh yang kuat dan bertenaga. Otot-otot tubuh mereka terbina dengan baik semasa latihan. Ahli-ahli gimnastik lebih kuat, membantu membuna daging tubuh yang pejal, menyekatakan otot, meningkatkan keseimbangan dan juga memperbaiki postur tubuh.

Tulang sihatGimnastik yang melibatkan kemampuan menahan atau menampung berat badan membolehkan kanak-kanak atau ahli-ahli gimnastik membina tulang-tulang yang kuat dan sihat. Aktiviti ini memerlukan kanak-kanak bekerja melawan gravity, bermaksud seseorang kanak-kanak perlu menggunakan sebelah tangan, kaki, atau sebelah kaki untuk menahan ataupun menampung berat badan mereka sendiri.

Kelenturan tubuh

Sekain itu, gimnastik turut membantu kanak-kanak memiliki kelenturan tubuh yang lebih baik. Secara ringkas, aspek ini melibatkan kemampuan otot-otot mereka denga had maksimum. Hal ini demikian kerana gimnastik mementingkan kemampuan untuk menguasai pelbagai posisi persembahan bagi setiap peralatan. Dalam kehidupan seharian pula, gimnastik dapat mengurangkan tekanan, membantu meningkatkan koordinasi, meningkatkan kesedaran tubuh.

Assalammualaikum dan Salam 1MalaysiaLazimnya, saiz kelas untuk prasekolah hanya dalam kuantiti yang kecil sahaja iaitu kira-kira 25 orang murid sahaja. Dengan bilangan yang kecil, memudahkan guru dalam memantau setiap perkembangan murid baik dari segi kognitif, psikomotor dan juga afektif. Bagi memastikan keadaan dalam terkawal, saiz kelas memainkan peranan yang penting lebih-lebih lagi kanak-kanak prasekolah terkenal dengan pelbagai ragam.Salam 1MalaysiaAntara peralatan yang digunakan bagi menjalankan aktiviti gimnastik termasuklah tilam/ carpet, gelung, bola, dan reben/tali. Peralatan yang digunakan hendaklah selamat untuk digunakan iaitu bukan terdiri daripada benda yang boleh membahayakan kanak-kanak itu sendiri semasa menggunakannya. Contohnya, peralatan yang runcing atau tajam.

POSTED BY GROUPBLOGSEM3AT7:15 AM0 COMMENTS6.4.3 Aspek KeselamatanDalam menjalankan aktiviti, aspek yang penting diberi perhatian adalah aspek keselamatan. Terdapat beberapa elemen yang perlu dititikberatkan antaranya termasuklah dengan mengenalpasti tahap kemampuan dan kecergasan seseorang murid, kemudahan peralatan yang sesuai mengikut peringkat umur, persekitaran iaitu kesesuaian persekitaran dengan aktiviti yang akan dijalankan. Selain itu, guru juga hendaklah peka dengan melakukan penyeliaan terhadap murid-murid dengan memberi arahan dan bimbingan dengan sebaik mungkin.

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia

Gimnastik dalam pendidikan pada hari ini sememangnya mampu menyumbangkan pelbagai manfaat kepada kanak-kanak jika didedahkan sukan ini kepada mereka sejak awal usia lagi. Sukan ini sememangnya mampu untuk membantu memperkembangkan pertumbuhan kanak-kanak yang lebih baik dari segi kognitif dan fizikal. Pembelajarannya juga dapat membantu mengembangkan lokomotor dan teknik keseimbangan dan juga kesedaran ruang. Melaluinya kanak-kanak dapat belajar mengimbangi tubuh badan mereka dengan menggunakan ruangan yang ada di persekitaran mereka untuk bergerak. Selain itu, gimnastik juga dapat membantu kanak-kanak meningkatkan lagi pengurusan tubuh badan, kawalan tubuh badan di samping meningkatkan keupayaan teknik lokomotif dan manipulatif mereka. Kesihatan dan kecergasan kanak-kanak juga mampu disumbangkan melalui gimnastik ini dengan latihan daya kelenturan, daya kekuatan, daya fleksibiliti, daya ketangkasan dan daya koordinasi. Keupayaan kognitif, kebolehan-kebolehan yang afektif dari segi penyelesaian masalah, pergerakan mekanikal tubuh badan dan estetika kanak-kanak juga dapat ditingkatkan. Kanak-kanak juga akan menambah pengalaman pembelajaran yang berbeza sekaligus membantu dalam mengembangkan bakat kanak-kanak itu sendiri.Antara cabaran yang dapat saya lihat sekiranya pendidikan gimnastik ini di adakan ialah ianya memerlukan satu ruang yang luas dan ini mungkin agak mustahil bagi sekolah-sekolah yang berada di luar bandar yang tidak mempunyai bilik atau ruang yang mencukupi untuk mengadakan latihan gimnastik ini. Selain itu peralatan yang akan digunakan mungkin kurang mencukupi dan sentiasa perlu dipastikan ianya tidak akan mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. Dari segi aspek keselamatan pula, terdapat beberapa eleman yang perlu dititikberatkan seperti mengenalpasti tahap kemampuan dan kecergasan seorang murid. Ini beerti guru yang terbabit yang ingin mengajar latihan gimnastik ini perlu mempunyai latihan dan ilmu yang mencukupi supaya tidak berlaku sebarang konflik yang tidak diingini.