Upload
noobzai99
View
2.294
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
Tajuk Kajian: Pengaruh Bentuk Muka Bumi Terhadap Aktiviti Penduduk di
Pekan Mengatal dan Kawasan Sekitarnya
Saya , Alexander Chin Jien Shien telah diarahkan oleh guru geografi untuk membuat
satu kajian geografi tempatan . Kajian dibuat supaya saya dapat mengaplikasikan
segala pengetahuan dan kemahiran geografi yang telah dipelajari dalam kehidupan
harian . Saya telah memilih tajuk “Pengaruh Bentuk Muka Bumi Terhadap Aktiviti
Penduduk di Pekan Menggatal dan kawasan sekitarnya.
Senarai Kandungan
Tajuk Muka Surat
Tajuk Kajian
Senarai Kandungan
Penghargaan
Pendahuluan
Objektif Kajian
Kawasan Kajian
Kaedah Kajian
Hasil Kajian
Rumusan
Lampiran
Rujukan
1
1
2
3
4
5
7
8
20
21
41
1
Penghargaan
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya atas sokongan
moral dan kewangan yang telah diberikan sehingga saya dapat menjalankan dan
menyempurnakan kajian ini. Tidak ketinggalan kepada guru geografi saya, Puan
Molly Dauni atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat
berguna. Saya juga ingin meyampaikan penghargaan kepada Tuan Pengetua sekolah
kerana telah memberikan keizinan kepada saya untuk menggunakan segala peralatan
dan kemudahan yang diperlukan dalam kajian ini. Begitu juga, ucapan terima kasih
saya tunjukan kepada beberapa orang yang telah saya temu ramah dan memberi
kerjasama kepada sama semasa menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada pihak-pihak pengurus kerana sudi membenarkan saya mengambil
gambar-gambar berkaitan dengan tajuk ini. Akhir sekali, kepada rakan-rakan sekelas
kerana sudi bertukar-tukar maklumat berkaitan dengan kajian ini.
2
Pendahuluan
Saya pelajar Tingkatan 1C2 di Sekolah Menengah Kebangasaan Lok Yuk, Likas, Kota
Kinabalu, Sabah. Saya menjalankan kajian tentang “Pengaruh Bentuk Muka Bumi
Terhadap Aktiviti Penduduk di Pekan Menggatal dan kawasan sekitarnya.
3
Objektif Kajian
Saya menjalankan Kajian Geografi Tempatan dengan tujuan untuk memenuhi objektif
berikut:
1. Mengenal pasti bentuk muka bumi di Pekan Menggatal dan kawasan
sekitarnya.
2. Mengetahui aktiviti penduduk yang dipengaruhi oleh bentuk muka bumi di
Pekan Menggatal dan kawasan sekitarnya.
4
Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya ialah Pekan Menggatal dan kawasan sekitarnya. Lokasi kawasan
ini ialah di sebelah barat negeri Sabah. Rujuk Peta 1.1 untuk melihat kedudukan
Pekan Menggatal dan kawasan sekitarnya di negeri Sabah.
.
Peta 1.1: Kedudukan Pekan Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.
5
Lokasi kawasan kajian saya ialah di sebelah barat laut Bandaraya Kota Kinabalu.
Jaraknya kira-kira 14 kilometer dari bandaraya tersebut, rujuk Peta 1.2 untuk melihat
lokasi kawasan kajian saya.
Peta 1.2: Kawasan kajian saya.
Keluasan kawasan kajian ini ialah kira-kira 6 kilometer persegi dan
berpusatkan Pekan Menggatal. Terdapat beberapa kampung dalam kawasan kajian,
iaitu Kampung Lokub, Kampung Gudon, . Umumnya kawasan kajian saya merupakan
kawasan pamah dan berbukit rendah. Terdapat sekurang-kurangnya dua batang sungai
mengalir di kawasan ini, iaitu Sungai Darau dan Suagai Miliwat.
Saya memilih kawasan daerah sebagai kawasan kajian kerana terdapat aktiviti
penduduk yang berkaitan dengan bentuk muka bumi. Kawasan juga berdekatan
dengan tempat tinggal saya.
6
Kaedah Kajian
Semasa menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk
mendapatkan maklumat.
1. Temu Bual
Saya telah menemu bual dua puluh orang responden yang menetap di sekitar
kawasan Menggatal.
2. Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian di seluruh kawasan kajian dan membuat catatan.
Perkara yang saya perhatikan ialah aktiviti penduduk yang ada kaitan dengan
bentuk muka bumi.
3. Rujukan
Saya merujuk buku dan risalah-risalah di perpustakaan sekolah dan perpustakaan
awam untuk mendapatkan maklumat tambahan.
7
Hasil Kajian
Pekan Menggatal merupakan sebuah kawasan tanah pamah dan dipinggiri oleh tanah
bukit rendah. Ketinggaian Pekan Menggatal lebih kurang 12 meter dari aras laut. Di
bahagian Timur kawasan ini terdapat kawasan tanah tinggi. Ketinggiannya di antara
15 hingga 70 meter dari aras laut. Di bahagian tengah kawasan ini merupakan kawasan
pamah dan kawasan bukit rendah. Sementara itu, di bahagian barat merupakan Laut
China Selatan.
Pekan Menggatal terletak di bawah bukit rendah. Bukit-bukit tersebut
ditumbuhi banyak pokok-pokok hijau. Semasa musim hujan, Pekan Menggatal
senanag dibanjiri oleh air dari bukit berdekatan. Keadaan sedemikian telah
mempengaruhi perjalanan perniagaan kedai-kedai di Pekan Menggatal. Foto 1.1
menunjukkan kedai-kedai di Pekan Menggtal yang terletak berhampiran dengan tanah
tinggi.
Foto
1.1:Pekan Menggatal yang terletak di bawah tanah tinggi.
8
Foto 1.2: Keadaan kedai-kedai di Pekan Menggatal semasa banjir.
Aktiviti penduduk yang dipengaruhi oleh bentuk muka bumi ialah kegiatan
perindustrian. Kawasan pamah yang luas telah memudahkan pembinaan kilang-kilang
perindustrian yang bersaiz besar. Kegiatan perindustrian seperti Kawasan
Perindustrian KKIP tersebut di atas telah menyediakan banyak peluang pekerjaan
untuk penduduk-penduduk di sekitar kawasan Menggatal.
9
Foto 1.3: Kilang-kilang Perindustrian besar yang berada di sekirar Menggatal
Selain daripada kilang-kilang perindustrian, terdapat juga kilang-kilang papan,
kilang-kilang perabot, kilang-kilang tail dan pasu, kilang pembuatan simen, kilang
pembotolan gas kimiam, tapak-tapak tanaman bunga dan bengkel-bengkel servis
kereta di bina disekitar kawasan Pekan Menggatal.
Foto 1.4: Kilang-kilang papan
10
Foto 1.5: Kilang-kilang Perabot
Foto 1.6: Kilang Penjual Tail dan Bengkel Servis Kereta
Foto 1.7: Kilang Pembuata Simen dan Pembotolan Gas
Foto 1.8: Tapak Penanman Pokok Bunga dan Pembekal Landskap
11
Jadual 1.1 menunjukkan jenis-jenis kilang yang terdapat di Pekan Menggatal
dan kawasn sekitarnya.
JENIS KILANG BILANGAN
Kilang papan
Kilang Perabot
Kilang Simen
Kilang Pembotolan Gas
Kilang Penjual Tail
Kilang Perindustrian
Bengkel Servis Kereta
5
6
2
1
2
25
20
Kilang P
apan
Kilang P
erabot
Kilang S
imen
Kilang P
embotolan
Gas
Kilang P
enjual
Tail
Kilang P
erindustr
ian
Bengk
el Se
rvis K
ereta
Tapak
Penan
aman
Pokok B
unga dan
Pembek
al Lan
dskap
0
5
10
15
20
25
30
Jenis-Jenis Kilang Di Pekan Menggatal Dan Kawasan Sekitarnya
Jenis-Jenis Kilang Di Pekan Menggatal Dan Kawasan Seki-tarnya
Rajah1.1: Jenis-Jenis Kilang di pecan Menggatal dan Sekitarnya
12
Sehubungan itu, kawasan tanah pamah telah memudahkan pembinaan
kawasan perumahan yang luas. Terdapat beberapa taman perumahan telah dibina di
sekitar kawasan Menggatal. Contohnya, Taman Indah Permai, Taman Kuala
Menggatal, Taman Bukit Setia, Perumahan Universiti Apartment, Taman Bandar
Sierra, Taman Fulliwa dan lain-lain lagi. Hampir kesemua kawasan taman perumahan
telah didirikan pelbagai jenis kedai. Kedai-kedai ini telah memberi kemudahan
pekerjaan kepada penduduk-penduduk dari perkampungan yang berdekatan.
Foto 1.9: Kedai-kedai di Taman Kuala Menggatal dan Taman Indah Permai
Tinjauan saya juga mendapati kawasan Menggatal yang mempunyai tanah
pamah merupakan pusat perniagaan yang sedang giat membangun. Terdapat kawasan-
kawasan komersial yang besar telah dibina di kawasan ini. Conthonya ialah 1Borneo
Hypermall dan kawasan komersial Alamesra. Jenis perniagaan yang dijalankan ada
berkaitan dengan kegiatan perlancongan dan perindustriuannya. Pembinaan hotel-hotel
dan resort serta restoran-restoran makanan laut telah menggalakan lagi kegiatan
perniagaan di Bandar ini.
13
Foto 1.20: Kedai-kedai di Alam Mesra dan Kompleks Membeli-belah 1 Borneo Hypermall
Jadual 1.2: Jenis-jenis perniagaan yang terdapat di Pekan Menggatal dan
Kawasan sekitarnya
Jenis Perniagaan Bilangan
Kedai Makan
Kedai Runcit
Kedai Pakaian dan Kasut
Kedai Basikal
Kedai Alat Elektrik
Kedai Buku dan Peralatan Tulis
Kedai Gambar
Kedai Roti/Kek
Kedai Gunting Rambut
Kedai Telefon Bimbit
Kedai Komputer dan Internet
Kedai Jual Kereta
Kedai Jual CD dan DVD
Klinik
Famasi
Kedai Servis Tiket Penerbangan
Kedai Sewa Kereta
110
150
50
10
21
15
18
12
30
60
52
4
15
30
10
2
8
14
Kedai Fotostat
Kedai Hardware
Supermarket
Kompleks Membeli-belah
Hotel
Pusat Tuisyen
20
10
2
1
2
2
0102030405060708090
100110120130140150160
Jenis-jenis Perniagaan di Pekan Menggatal dan Kawasan Sekitarnya
Jenis-jenis Perniagaan di Pekan Menggatal dan Kawasan Seki-tarnya
Selain itu, kawasan tanah pamah yang meluas dan bukit rendah telah
menyediakan lokasi yang sesuai untuk pembinaan institusi pendidikan. Di kawasan
Menggatal, terdapat pelbagai jenis institusi pendidikan daripada sekolah tadika
15
hinggalah universiti. Universiti Malaysia Sabah merupakan sebuah university yang
menawarkan pelbagai jenis pengkhususan untuk orang-orang tempatan dan luar
negara.
Foto 1.21: Universiti-Universiti dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi
Foto 1.22: Sekolah Rendah dan Tadika
16
Jadual 1.3 menunjukkan jenis-jenis institusi pendidikan yang terdapat di
sekitar kawasan Menggatal.
Jadual 13: Jenis Institusi Pendidikan di Kawasan Menggatal
Jenis Institusi Bilangan
Tadika Kerajaan
Tadika Swasta
Sekolah Kebangasaan SK
Sekolah Jenis Kebangsaan SJK(C)
Sekolah Menengah Kebangsaan SMK
Universiti
Institusi Latihan Perkhidmatan
5
15
10
2
2
3
3
Kawasan pinggir laut telah memudahkan pembinaan pelabuahan, resort
pelancongan dan restoran-restoran makanan laut. Baru-baru ini, Pelabuhan Kontena
yang sangat besar telah dibina di Seppangar Bay. Selain daripada itu, sebuah resort
yang terkenal dengan keindahan pantai, iaitu Nexus Resort, juga terletak di sekitar
pinggiran laut Menggatal. Selain itu, beberapa restoran makanan laut seperti Restoran
Gayang dan Restoran Salut adalah merupakan restoran makanan laut yang terkenal
bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan, malah juga pelancong-pelancong luar.
Foto 1.23: Nexus Resort di Karambunai
17
Foto 1.24: Restauran Makanan Laut Segar
Foto 1.25 Pelabuhan-pelahuhan dan Terminal di Sepangar Bay
18
Rumusan
Sebagai rumusan, saya dapati bentuk muka bumi dalam mempengaruhi kegiatan
penduduk di Pekan Menggatal dan sekitarnya. Kegiatan perniagaan, perindustrian,
pendidikan dan pelancongan banyak dijalankan di sini. Kawasan tanah pamah
memudahkan pembinaan institusi pendidikan kilang dan kedai-kedai
perniagaan.pembinaan 1Borneo Hypermall, hotel, resort, restoran-restoran telah
menggalakan lagi kegiatan pelancongan di Pekan Menggatal.
19
20