Upload
rozu-ros
View
167
Download
10
Embed Size (px)
DESCRIPTION
pengukuran dalam geodesi
Citation preview
PENGENALAN
Ukur aras jitu digunakan untuk mendapatkan aras tinggi muktamad, ‘monitoring’ struktur
kejuruteraan, penentuan perbezaan Aras Purata Laut diantara Stesen Tolok Air Pasang Surut
(STAPS ) dan penentuan datum pugak kebangsaan JUPEM . Pada dasarnya kaedah aras jitu ini
sama seperti ukur aras kejuruteraan cumanya ianya melibatkan jarak yang jauh, kejituan yang
lebih tinggi dan alatan yang lebih sensitif. Prosedur cerapan tertentu digunakan untuk
mengelakkan pengumpulan selisih.
Kami ditugaskan untuk menjalankan kerja ukur aras jitu bermula dari makmal ukur
sehingga ke pintu utama Politeknik Merlimau Melaka.Tempoh yang diberikan untuk
menyelesaikan kerja tersebut ialah selama dua minggu.
Pengukuran aras jitu adalah merupakan satu latihan amali yang telahdiberi tugas oleh
pensyarah kami bagi memenuhi syarat bagi penilaian berterusan yang akan kami jalankan bagi
semester ini.
Dengan menjalankan pengukuran ini, apa yang kami harapkan pelajar-pelajar bukan
sahaja dapat memahami teori secara jelas mengenai pengukuranyang dijalankan tetapi dapat
mempraktikkan segala yang dipelajari di padang
PERALATAN
ALATAN NAMA
PL1S Precise Tilting level
tripod
Setaf invar
KRITERIA – KRITERIA ALAT ARAS JITU YANG DIGUNAKAN :
Daripada jenis jongket yang mempunyai skru jongkit yang diapasangkan kepada
micrometer jitu.
Teropongnya mempunyai kuasa pembesaran yang tinggi iaitu lebih kurang 40x dengan
bahan logam diperbuat daripada campuran logam yang angkali pengembangannya sama
seperti kaca.
Tiub gelembong sensitive dan mempunyai kelengkungan yang seragam.
Alat dilengkapi dengan pelit selari agar alat mampu membaca dengan tepat kepada
bahagian sengatan pada setaf.
PROSEDUR CERAPAN ARAS JITU
Prosedur cerapan dibuat meliputi perkara-perkara berikut :
i. Jarak maksima garis cerapan ialah 100m,walaupun demikian selalunya jarak ini tidak
digunakan.
ii. Semasa cerapan perbezaan jarak antara alat aras dengan setaf hadapan dan alat aras
dengan setaf belakang hendaklah tidak melebihi 1 m yang ditentukan dengan pita ukur
dan disemak dengan bacaan stadia.
iii. Garis cerapan jangan terlalu hampir dengan permukaan bumi iaitu tidak kurang ¾ meter.
iv. Alat aras perlu dilindungi dari sinaran matahari semasa cerapan atau ketika alat
dipindahkan.
v. Kestabilan setaf perlu diawasi dengan menggunakan pelit setaf.
vi. Alat didirisiapkan dengan kukuh dan jauh dari kawasan tidak stabil.
vii. Jika pengukuran terpaksa diberhentikan sebelum sampai pada batu aras tetap, cerapan
mestilah dibuat pada sekurang-kurangnya dua batu aras sementara yang stabil. Bila
menyambung semula kerja,batu aras sementara ini perlulah disemak.
viii. Untuk mengelakkan selisih bacaan setaf yang sama perlu digunakan,manakala untuk elak
selisih sifar pula setaf yang sama hendaklah digunakan apabila cerapan dibuat pada setiap
batu aras yang tetap.
ix. Langkah kerja cerapan dan catatan serta maklumat perlulah sistematik.
PROSEDUR KERJA LUAR UKUR ARAS JITU :
1) Bacaan dibuat apabila gelembung U berada dalam keadaan aras.
2) Aturcara membaca setaf adalah seperti yang diamalkan oleh Bahagian Ukur Topografi,
JUPEM seperti berikut :
a) Bacaan untuk setaf dikedudukan ganjil ( belakang ) – skil kiri
- Stadia atas
- Stadia bawah
- Stadia tengah
b) Bacaan untuk setaf dikedudukan genap ( hadapan ) – skil kiri
- Stadia tengah
- Stadia atas
- Stadia bawah
c) Bacaan untuk setaf dikedudukan genap ( hadapan ) –skil kiri
- Stadia tengah
d) Bacaan untuk setaf dikedudukan ganjil – skil kanan
- Stadia tengah
3) Jangkamasa antara bacaan-bacaan stadia tengah antara setaf dikedudukanngenap dan
ganjil bagi skil kiri hendaklah seberapa singkat yang dapat bagi skil kanan.
4) Skru kaki digunakan untuk melaras alat pada permulaan dirisiap sahaja.Bilamana proses
pencerapan telah dimulakan,penggunaan skru kaki dilarang sama sekali dan untuk
melaraskan kali kedua jika berlaku ketidakarasan,skru gradimeter digunakan untuk
melaraskan gelembung U.
5) Setaf yang sama digunakan pada setiap kali bacaan ke batu aras.
6) Bacaan hendaklah kepada 0.0001 meter dengan membuat anggaran pada
micrometer.Pembacaan semula perlu dibuat jika :
a) Jumlah bacaan stadia berbeza dengan jumlah dua bacaan aras pada setaf yang sama
melebihi 0.005 meter.
b) Beza ketinggian di antara setaf hadapan dan belakang yang didapati dari skil kiri dan
kanan melebihi 0.0006 meter.
7) Kedudukan setaf dan alat mestilah ditentukan dengan baik supaya bacaan aras mestilah
lebih 0.3 meter dari permukaan tanah.
8) Jarak pandangan biasa adalah dalam lingkungan 40-50 meter’walaubagaimanapun
bergantung kepada keadaan topografi bumi.
9) Titik pindah dimana setaf hendak didirikan mestilah disediakan sekurang kurangnya
setengah jam sebelum cerapan dilakukan.
10) Kerja pengukuran hendaklah ditutup pada Batu Aras atau tanda-tanda yang kekal dan
stabil untuk disambung pada hari berikutnya.
11) Setiap bahagian hendaklah diukur melalui dua hala pergi balik yang berbeza waktunya
iaitu pagi pergi dan petang balik.
12) Sela waktu antara cerapan pandangan hadapan dan belakang hendaklah diminimakan
untuk elakkan selisih biasan.
13) Setelah sampai pada batu aras tetap,jumlah jarak stadia pandangan hadapan hendaklah
disemak dengan jumlah jarak stadia pandangan belakang ( disemak bila jaringan diikat
pada batu aras ).
PENGUKURAN ARAS JITU MENGGUNAKAN ALAT
ARAS DIGITAL :
ALATAN NAMA
Topcon Electronic Digital Level DL-101C/102C
tripod
Setaf invar
PROSEDUR UKUR ARAS JITU :
( ALAT ARAS DIGITAL )
1. Kerja ukur aras bermula dan berakhir di stesen pada batu aras yang telah ditentukan.
2. Semua garisan diukur secara bebas dengan menggunakan kaedah cerapan
arah ke hadapan dan cerapan belakang iaitu dalam dua hala.
3. Batu aras yang sedia ada dihubungkan dengan pengukuran aras jitu yang dijalankan.
Biasanya terdapat dua batu aras yang tetap iaitu batu aras asas dalam jarak 40-60 km
yang terletak dikawasan stabil dan batu aras piawai dalam anggaran jarak lebih kurang 2
km.
4. Jarak yang sesuai dalam pengukuran adalah kurang daripada 30m untuk kejituan data
yang dicerap.
Prosedur cerapan dibuat meliputi perkara-perkara
berikut:
I. Jarak maksima garis cerapan ialah 30 m.
II. Semasa cerapan, semakan perbezaan jarak antara alat aras dengan setaf hadapan dan alat
aras dengan setaf belakang hendaklah tidak melebihi 1m yang ditentukan dengan pita
ukur dan disemak dengan bacaan stadia.
III. Garis cerapan jangan terlalu hampir dengan permukaan bumi iaitu tidak kurang ¾ m.
IV. Alat aras perlu dilindungi dari sinaran matahari semasa cerapan atau ketika alat
dipindahkan
V. Kestabilan setaf perlu diawasi dengan menggunakan pelit setaf.
VI. Alat didirisiapkan dengan kukuh dan jauh dari kawasan tak stabil.
VII. Jika pengukuran terpaksa diberhentikan sebelum sampai pada batu aras tetap.cerapan
mestilah buat pada sekurang-kurangnya dua batu aras sementara yang stabil. Bila
menyambung semula kerja, batu arassementara ini perlulah disemak.
VIII. Untuk mengelakkan selisih bacaan setaf yang sama perlu digunakan,manakala untuk
selisih sifar pula setaf yang sama hendaklah digunakan apabila cerapan dibuat pada setiap
batu aras yang tetap.
IX. Langkah kerja cerapan dan catatan serta maklumat perlulah sistematik
MASALAH YANG DIHADAPI :
1. Alat terlalu sensitif cuaca menyebabkan akan mengambil masa yang lama untuk
menyiapkan kerja luar.
2. Keadaan muka bumi yang tidak rata menyebabkan alat sentiasa berubah tempat
seterusnya melambatkan kerja pengukuran.
3. Kestabilan staf yang sentiasa perlu diawasi.
4. Tiub gelembung yang sensitif.
5. Peralatan alat aras yang tidak mencukupi menyebabkan kami terpaksa
berkongsi alat menyebabkan kerja-kerja mengambil masa yang lama
LAMPIRAN UKUR ARAS JITU :
Menggunakan alat aras digital ( Topcon Electronic Digital Level DL-101C/102C )
Menggunakan alat aras jongkit ( PL1S Precise Tilting level )