11
Muka surat 1 / 11 NO. DOKUMEN : JKKP DP 127/379/2/4-40 GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA PINDAAN : 01/2013 KANDUNGAN Muka Surat 1.0 Pengenalan 2 2.0 Tujuan 3 3.0 Takrif 3 4.0 Pendaftaran penyelia keselamatan tapak bina 4 4.1 Kelayakan pendaftaran 4 4.2 Dokumen permohonan 4 4.3 Permohonan pendaftaran 5 4.4 Perakuan pendaftaran 6 4.5 Tempoh pendaftaran 6 4.6 Pembatalan pendaftaran 6 4.7 Pembaharuan pendaftaran 7 Borang A – Pendaftaran penyelia keselamatan tapak bina 8 Borang B – Pemeriksaan perubatan 9

GarisPSSS

  • Upload
    mys85

  • View
    45

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: GarisPSSS

Muka surat 1 / 11

NO. DOKUMEN :

JKKP DP 127/379/2/4-40

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN

PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA

PINDAAN :

01/2013

KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Tujuan 3

3.0 Takrif 3

4.0 Pendaftaran penyelia keselamatan tapak bina 4

4.1 Kelayakan pendaftaran 4

4.2 Dokumen permohonan 4

4.3 Permohonan pendaftaran 5

4.4 Perakuan pendaftaran 6

4.5 Tempoh pendaftaran 6

4.6 Pembatalan pendaftaran 6

4.7 Pembaharuan pendaftaran 7

Borang A – Pendaftaran penyelia keselamatan tapak bina 8

Borang B – Pemeriksaan perubatan 9

Page 2: GarisPSSS

Muka surat 2 / 11

NO. DOKUMEN :

JKKP DP 127/379/2/4-40

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN

PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA

PINDAAN :

01/2013

1.0 PENGENALAN Di bawah Peraturan 25(1), Peraturan-Peraturan Kilang Dan Jentera (Kendalian

Bangunan Dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986 [BOWEC],

kontraktor utama hendaklah melantik penyelia keselamatan tapak bina bagi

menjalankan penyeliaan keselamatan keatas aktiviti pembinaan yang dijalankan di

tapak bina. Antara tugas penyelia keselamatan tapak bina adalah -

a) memeriksa dan memperbaiki mana-mana keadaan tidak selamat di tapak

bina;

b) membetulkan mana-mana amalan tidak selamat;

c) memeriksa kerja-kerja sub-kontraktor untuk memastikan bahawa Akta

dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya dipatuhi; dan

d) berhubung terus dengan penyelia keselamatan kontraktor berkenaan

dengan keselamatan bekerja yang dijalankan oleh sub-kontraktor.

Di bawah Peraturan 25(2) Peraturan BOWEC telah menetapkan bahawa penyelia

keselamatan tapak bina hendaklah seorang yang kompeten untuk melaksanakan

tugas-tugas yang ditetapkan dalam subperaturan (3) dan (4), dan mempunyai

kelayakan yang diluluskan oleh Ketua Pemeriksa dan berpengalaman sekurang-

kurangnya selama dua tahun sebagai formen tapak bina. Ketua Pemeriksa ialah

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Sehubungan dengan itu, bagi menetapkan kompetensi penyelia keselamatan tapak

bina, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah memutuskan

bahawa penyelia keselamatan tapak bina hendaklah seseorang yang telah berjaya

menamatkan kursus penyelia keselamatan tapak bina yang dijalankan oleh pusat

pengajar yang berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan yang dijalankan

Page 3: GarisPSSS

Muka surat 3 / 11

NO. DOKUMEN :

JKKP DP 127/379/2/4-40

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN

PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA

PINDAAN :

01/2013

oleh Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) atau institusi

yang diiktiraf oleh JKKP, dan berdaftar dengan JKKP.

2.0 TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai prosedur dan

syarat pendaftaran dengan JKKP sebagai penyelia keselamatan tapak bina.

3.0 TAKRIF

Penyelia keselamatan tapak bina

Penyelia keselamatan tapak bina adalah penyelia keselamatan tapak bina yang

berdaftar dengan JKKP. Pusat pengajar

Syarikat atau organisasi yang mengendalikan kursus kompetensi untuk penyelia

keselamatan tapak bina yang berdaftar dengan JKKP.

Tapak bina Tapak bina adalah kendalian bangunan dan/atau kerja-kerja binaan kejuruteraan.

Page 4: GarisPSSS

Muka surat 4 / 11

NO. DOKUMEN :

JKKP DP 127/379/2/4-40

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN

PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA

PINDAAN :

01/2013

4.0 PENDAFTARAN PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA

4.1 Kelayakan pendaftaran

Seseorang yang ingin mendaftar sebagai penyelia keselamatan tapak bina

hendaklah -

a) warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam

bidang kejuruteraan atau arkitek atau bidang berkaitan pembinaan, dan telah

menghadiri kursus penyelia keselamatan tapak bina di pusat pengajar yang

berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan

tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh

JKKP; atau

b) warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun

pengalaman sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina, dan telah

menghadiri kursus penyelia keselamatan tapak bina di pusat pengajar yang

berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan

tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh

JKKP;

c) warganegara Malaysia yang telah mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh

tahun pengalaman sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina; dan

telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikendalikan

oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP;

d) seseorang yang telah lulus peperiksaan pegawai keselamatan dan kesihatan

(SHO), dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua belas (12)

bulan dalam bidang pembinaan; atau menghadiri bagi modul 6 (occupational

safety) bagi kursus SSS; atau menghadiri kursus penyelia tapak bina (site

supervisor) yang dijalankan oleh CIDB;

Page 5: GarisPSSS

Muka surat 5 / 11

NO. DOKUMEN :

JKKP DP 127/379/2/4-40

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN

PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA

PINDAAN :

01/2013

e) seseorang yang mempunyai sekurang-kurangnnya diploma keselamatan

dan kesihatan pekerjaan atau yang setaraf dengannya dari mana-mana

badan professional atau institusi yang diluluskan oleh Jabatan, dan

mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya enam (6) bulan dalam bidang

pembinaan; atau menghadiri bagi modul 6 (construction safety) bagi kursus

SSS.

f) warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan lain yang diiktiraf oleh

Jabatan.

4.2 Dokumen permohonan

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan maklumat seperti berikut -

a) borang pendaftaran yang lengkap (Borang A);

b) salinan sijil hadir kursus penyelia keselamatan tapak bina daripada pusat

pengajar yang berdaftar dengan JKKP;

c) salinan sijil lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina daripada

NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP;

d) salinan diploma beserta transkrip;

e) dua keping gambar terkini berwarna berukuran passport;

f) salinan kad pengenalan;

g) surat pengesahan pemeriksaan kesihatan(Borang B); dan

h) surat pengesahan pengalaman kerja dan senarai tugas sebagai penyelia

tapak bina atau formen tapak bina daripada majikan.

Page 6: GarisPSSS

Muka surat 6 / 11

NO. DOKUMEN :

JKKP DP 127/379/2/4-40

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN

PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA

PINDAAN :

01/2013

Nota: Surat pengesahan jawatan daripada semua majikan sama ada bekas

majikan atau majikan sekarang juga perlu disertakan sebagai bukti

pengalaman tersebut. Salinan sijil berkaitan hendaklah disahkan oleh

pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan profesional, atau kemukakan

sijil asal beserta dengan salinan kepada JKKP untuk pengesahan.

4.3 Permohonan pendaftaran

Pendaftaran penyelia keselamatan tapak bina diproses oleh Bahagian

Keselamatan Industri. Setiap permohonan pendaftaran hendaklah dikemukakan

kepada Pengarah Bahagian Keselamatan Industri.

4.4 Perakuan pendaftaran

Perakuan pendaftaran sebagai penyelia keselamatan tapak bina akan dikeluarkan

oleh Pengarah Bahagian Keselamatan Industri kepada setiap pemohon yang telah

memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

4.5 Tempoh pendaftaran

Pendaftaran sebagai penyelia keselamatan tapak bina adalah sah bagi tempoh

selama tiga (3) tahun dari tarikh pendaftaran, melainkan jika ia dibatalkan terlebih

dahulu di bawah perkara 4.6.

Page 7: GarisPSSS

Muka surat 7 / 11

NO. DOKUMEN :

JKKP DP 127/379/2/4-40

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN

PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA

PINDAAN :

01/2013

4.6 Pembatalan pendaftaran

Ketua Pengarah JKKP boleh menggantung atau membatalkan pendaftaran

seseorang penyelia keselamatan tapak bina jika dia mendapati bahawa penyelia

keselamatan tapak bina itu -

a) telah disabitkan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta Kilang dan

Jentera 1967 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan

peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya; atau

b) telah dilantik oleh majikan sebagai penyelia keselamatan tapak bina tetapi

didapati telah gagal menjalankan tanggungjawab dan kewajipan sebagai

penyelia keselamatan tapak bina; atau

4.7 Pembaharuan pendaftaran

Permohonan untuk pembaharuan pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada

Bahagian Keselamatan Industri sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum tamat

tempoh dengan mengemukakan butiran seperti berikut -

a) perakuan pendaftaran;

b) bukti-bukti menjalankan tanggungjawab / kewajipan yang disahkan oleh

pihak majikan;

c) surat pengesahan pemeriksaan kesihatan (Borang B); dan

d) surat pengesahan ”masih bekerja sebagai penyelia keselamatan tapak bina”

daripada pihak majikan terkini.

Page 8: GarisPSSS

Muka surat 8 / 11

BORANG A

PENDAFTARAN PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA

1.0 BUTIR-BUTIR PERIBADI:

1.1 Nama (huruf besar):

……………………………………………………………….

1.2 Tarikh lahir: ……………………………..……...

1.3 Jantina: ……………………………………………………………….

1.4 Nombor kad pengenalan: …………………………….. (Sertakan salinan depan dan belakang)

1.5 Tempat lahir: ………………………………………………………………

1.6 Nama dan alamat majikan: .……………………………………..…………...……………………….…………………………….………………………………………………………………………………………..

1.7 Tel.No.(pejabat):………………………………..

1.8 Alamat rumah: ………………………………………………………………. .…………………………………….……………………………………..……………………………………………………

1.9 Tel. No. (rumah/): ……………………………… Tel. No. Bimbit: ………………………………… E-mail :…………………………………………..

2.0 PENDIDIKAN:

2.1 Nama Sekolah / kolej / Universiti: ………………………………...…………………………………………...……………………………………………..

Tahun: ………………hingga…………………………………hingga…………………

Tahap kelayakan: ……………………………………. ……………………………………. …………………………………….

2.2 Pengalaman bekerja sebagai site foreman atau penyelia tapak bina:

Pengalaman kerja :

……………………………………...……………………………………...……

Tempoh Khidmat Dari: Hingga: ………………………………….….……………………………………....……

Nama dan alamat majikan: ………………..…………………. ……………………………………

3.0

KURSUS DAN KELAYAKAN

4.0

………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………… PENGAKUAN

Saya dengan ini mengaku bahawa butir-butir di atas adalah benar sepanjang pengetahuan saya. Tandatangan : ………………………………… Tandatangan :……………………………….. (Majikan terkini) Nama pemohon :…………………………………. Nama wakil :……………………………….. majikan No. K.P :………………………………..

Gambar

berukuran lesen

memandu

Page 9: GarisPSSS

Muka surat 9 / 11

BORANG B

PEMERIKSAAN PERUBATAN

(UNTUK DIPENUH OLEH PENGAMAL PERUBATAN)

BAHAGIAN I

No. Pendaftaran pemohonan di klinik: ................................................... Tarikh pendaftaran: …………………………

Keadaan Umum: ....................................................................................

Berat: ... ....................................................... ... kg. Ketinggian: …………………… cm.

Pemeriksaan air kencing untuk albumin dan gula (Jika positif siasat selanjutnya).

Tekanan darah: Sistolik: .................................... Diastolik: ...........................................

Kajituan penglihatan mengikut Carta Snellen (dalam meter)

Tanpa kacamata min. 6/60 Kanan: .................... Kiri: ……………

Dengan kacamata min. 6/12 Kanan: .................... Kiri: ……………

*Untuk mereka yang memakai kacamata perlu dinyatakan pada lesen.

JAWAPAN

Sila tandakan X dalam ruang yang bersesuaian ‘Ya’ dan ‘Tidak’ Bil Perihal Ya Tidak Catatan 1 Ada kecacatan dalam penglihatan warna (carta istihara) 2 Ada kecacatan dalam penglihatan lapangan ( eld vision) 3 Ada bukti kecacatan sistem sarat 4 Ada bukti-bukti penyakit psikiatrik (psvcniatric) 5 Adakah pemohon menunjukkan tanda-tanda peminum arak

danpenyalahgunaandadah

6 Ada ketidaksempurnaan dari/atau kecacatan fizikal 7 Ada bukti kelainan sistem kardiovaskular 8 Adakah pemohon mempunyai tekanan darah tinggi yang tidak

terkawal

9 Adakah pemohon mengidap penyakit kencing manis yang tidak dikawal dengan sempurna

10 Ada kecacatan pendengaran 11 Ada bukti kelainan sistem respiration 12 Siasatan lanjut yang dijalankan dan keputusannya:

a: …………………………………………. b: …………………………………………. c: ………………………………………….

13 Pandangan-pandangan lain oleh pengamal perubatan: ……………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………

Catatan : Kelewatan boleh berlaku kerana diperlukan siasatan lanjut.

Page 10: GarisPSSS

Muka surat 10 / 11

BAHAGIAN II

Sila jawab soalan-soalan berikut berhubung dengan sejarah kesihatan anda. Tandakan X dalam kotak ruangan yang sesuai ‘Ya” atau ‘Tidak’. Jika ‘Ya’ jelasan dalam ruangan catatan. Adakah anda mempunyai sejarah atau sedang mengalami penyakit berikut: Bil Perihal Ya Tidak Catatan 1 Masalah

- Katarak - Pandangan ‘monocular’ - Lain-lain yang menyebabkan halangan pandangan

2 Tidak dapat mengenalpasti warna-warna asas (primer) [merah, hijau, kuning (amber)]

3 Sukar melihat dalam gelap 4 Apa-apa jenis sawan atau kekejangan 5 Kecederaan berat di kepala 6 Serangan pening atau pening 7 Sakit kepala yang berat atau ‘migrane’ 8 Pembedahan otak yang ‘major’ 9 ‘Stroke’ (dengan kecacatan ‘residual’) 10 Kencing manis dalam rawatan insulin 11 Penyakit mental 12 Penyalahgunaan arak dalam masa 5 tahun yang lalu 13 Penyalahgunaan dadah dalam masa 5 tahun yang lalu 14 Kecacatan tulang belakang 15 Ketidaksempurnaan atau kecacatan anggota

- Pergerakan sendi yang terhad - Kecacatan anggota yang berat - ‘amputation’ yang berat

16 Penyakit jantung, tekanan darah tinggi 17 Sesak nafas/muntah darah/batuk kronik 18 Pekak - Pekak tuli

19 Penyakit buah pinggang yang kronik 20 Apa-apa rawatan yang berulang 21 Apa-apa penyakit atau kesedaran yang tidak dinyatakan di

atas

Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa saya telah dengan teliti mengambilkira kenyataan yang dibuat di atas dan saya

percaya ianya lengkap dan tepat. Saya seterusnya mengisytiharkan bahawa saya tidak menyembunyikan apa-apa

maklumat atau membuat apa-apa kenyataan palsu. Saya memberi izin kepada pengamal perubatan yang memeriksa

untuk berkomunikasi dengan mana-mana pengamal perubatan yang memeriksa saya dan JKKP, dalam hal-hal yang

boleh memberikan kesan ke atas kesesuaian berkaitan dengan permohonan saya sebagai Penyelia Keselamatan Tapak

Bina.

Tandatangan pemohon: …………………………………………………………………………

Tarikh diperiksa:………………………………

Nama (dalam huruf besar): …………………………………………………………………………

No. Kad Pengenalan:…………………………

Disaksikan oleh (Dr):……………………………………………………………………………

Tempat diperiksa:…………………………….

Cop nama dan jawatan:……………………………………………………………………….. Tarikh:………………….Masa :……………….

Page 11: GarisPSSS

Muka surat 11 / 11

* Keadaan berikut adalah diambilkira sebagai sepenuhnya tidak layak sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina

BAHAGIAN 3

KEPUTUSAN PEMERIKSAAN PERUBATAN Saya sahkan bahawa saya pada hari ini telah memeriksa pemohon ……………………………………no. kad pengenalan………………………………….. . Jawapan kepada soalan-soalan di atas adalah benar setakat yang saya ketahui dan percaya. Daripada pemerhatian dan pemeriksaan perubatan, saya dapati pemohon dari segi fizikal dan mental.

LAYAK / TIDAK LAYAK Tandatangan pengamal perubatan: …………………………………………………………

Nama dan kelayakan pengamal perubatan: ……………………………………………… Pendaftaran MMC :………………………

Alamat: ………………………………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………………………………

No. Pendaftaran klinik :…………………

Tarikh:……………………………………… Bayaran yang dikenakan: RM……………...

No. resit :…………………………………

UNTUK KEGUNAAN JKKP