Gamelan Melayu Terengganu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KENAL KEBUADAYAAN

Citation preview

Gamelan Melayu

Gamelan Melayu

( Terengganu )

Disediakan oleh :Nor Azman Hj. Mohd. Ramli

Gamelan Melayu.

Definisi konsep

Berasal dari bahasa Jawa gamel bermaksud pemukul dan bergamelan bermaksud memainkan peralatan muzik secara dipukul, dipalu atau ditabuh.

Di Malaysia gamelan di definisikan sebagai muzik joget yang merupakan persembahan tarian istana yang popular semasa zaman Kesultanan Riau Lingga khususnya ketika pemerintahan Sultan Abdul Rahman II.

Di Malaysia perkataan gamelan merujuk kepada satu jenis ensemble alat-alat muzik yang dipalu.

Terdapat 2 tradisi bergamelan di Malaysia iaitu Gamelan Terengganu dan Gamelan Johor.

Gamelan Terengganu dianggap sebagai gamelan tradisi Melayu mempunyai 7 alat utama manakala gamelan Johor mempunyai 9 alat dan genrenya hampir sama dengan Gamelan Jawa.

Gamelan Terengganu berskel pentatonic biasanya dimainkan mengiringi tarian manakala Gamelan Johor berskel slendro dimainkan dalam persembahan Wayang Kulit Jawa.

Sejarah Perkembangan Gamelan Melayu.

Bermula dari perkahwinan Tengku Husain putera Sultan Abdul Rahman Mahmud Shah III dari Kerajaan Riau Lingga dengan Wan Esah adinda kepada Bendahara Ali (Pahang) yang menjadikan perhubungan erat antara dua Kesultanan.

Pada tahun 1835 Yang mulia Dato Bendahara Seri Maharaja Pahang telah berangkat ke Lingga untuk menghadiri Pertabalan Sultan Mahmud Muzaffar Shah telah melihat persembahan Gamelan.

Kerana berminat dan tertarik hati, baginda telah membawa 1 set gamelan balik ke Negeri Pahang dan muzik gamelan mula berkembang pesat di Negeri Pahang sebagai hiburan Di Raja.

Perkembangan muzik gamelan berterusan sehingga ke Pemerintahan Sultan Ahmad namun apabila baginda mangkat pada tahun 1914, tiada seorang pun warisnya menyambung usaha memelihara permainan tersebut.

Permainan gamelan mula berkembang di Terengganu apabila Tengku Ampuan Mariam puteri Sultan Ahmad berkahwin dengan Sultan Terengganu iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah maka pada tahun 1915 set gamelan di Istana Pahang dipinjamkan ke Istana Terengganu.

Di Terengganu permainan gamelan mula berkembang pesat di bawah pimpinan Tengku Ampun Mariam dan Sultan Sulaiman telah menukarkan nama Joget Gamelan Pahang kepada Joget Gamelan Terengganu yang sehingga kini dikenali sebagai Gamelan Terengganu.

Pada tahun 1973 Sultan Abu Bakar (Pahang) telah mengambil kembali set gamelan Pahang yang berada di Istana Terengganu untuk disimpan di Istana Pahang dan kemudiannya di hadiahkan kepada Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang dan kekal sehingga kini.

Peralatan Gamelan Melayu.

Keromong atau Bonang. dari keluarga idiofon yang terdiri dari 10 buah bonang yang disusun dua baris dan diperbuat dari campuran tembaga. Merupakan alat utama dalam ensemble gamelan yang memainkan melodi serta melodi tambahan. Di ketuk dengan menggunakan dua pengetuk (penabuh) yang diperbuat dari kayu disaluti tali atau kain.

. . . . .

6 5 3 2 1

1 2 3 5 6

Gambang dari keluarga idiofon. Terdiri dari susunan bilah yang diperbuat dari kayu juga merupakan alat utama memainkan melodi dan melodi tambahan. Di ketuk dengan menggunakan 2 pengetuk (penabuh) yang diperbuat dari tanduk atau rotan serta kayu.

Demong dari keluarga idiofon. Terdiri dari 6 atau 7 bilah yang diperbuat dari campuran tembaga. Berfungsi sebagai memainkan melodi. Diketuk dengan satu pengetuk (penabuh) yang diperbuat dari kayu.

Saron Baron dari keluarga idiofon. Terdiri dari 6 atau 7 bilah yang diperbuat dari campuran tembaga. Berfungsi sebagai memainkan melodi. Diketuk dengan satu pengetuk yang diperbuat dari kayu.

Saron Peking dari keluarga idiofon. Terdiri dari 6 atau 7 bilah yang diperbuat dari campuran tembaga. Berfungsi sebagai memainkan melodi. Diketuk dengan satu pengetuk yang di perbuat dari tanduk dan kayu.

Kenong - dari keluarga idiofon. Terdiri dari 3 atau 5 bonang. Biasa di mainkan di akhir setiap bar dalam sesebuah lagu. Diperbuat dari campuran tembaga dan pengetuknya diperbuat dari kayu yang dibaluti kain atau getah.

1 2 3

5

6

Gong dari keluarga idiofon. Terdiri dari dua gong iaitu Gong Besar dan Gong Kecil. Biasa di mainkan di akhir frasa lagu. Diperbuat dari campuran tembaga dan pengetuknya diperbuat dari kayu yang dibaluti kain atau getah.

Gong Besar

Gong Kecil

Gendang dari keluarga membranofon. Terdiri dari sebuah baloh atau bingkai yang diperbuat dari kayu yang diregangkan kulit (belulang) pada bahagian kiri dan kanan. Dipukul dengan menggunakan tangan dan berfungsi sebagai memainkan rentak sesebuah lagu.

t d

Simbol-simbol yang terdapat dalam gamelan Melayu.

- Garis bar

- Rehat satu detik

- Pengulangan (berulang kali)

- Kenong

- Gong kecil

- Gong Besar

t

- tak ( bunyi gendang )

d

- dung ( bunyi gendang )

Lampiran 1

EMBED Word.Document.8 \s

PEMAIN

1

. . . . . .. .. .. .. ..

5 6 1 2 3 5 6 1 2 3 5 6 1 2 3 5 6 1 2 3 5 6

PEMAIN

.

5 6 1 2 3 5 6 1

PEMAIN

PEMAIN

.

5 6 1 2 3 5 6 1

PEMAIN

.

5 6 1 2 3 5 6 1

PEMAIN

PEMAIN

PEMAIN