Gambar Tempat Menarik Di Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

gambar tempat menarik

Citation preview

SK Seri Ampang
Tahun 5 Amir

Bahasa Malaysia
Cuti-Cuti Malaysia

Sila tonton video berikut dan nyatakan tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia.

Bina dua ayat berdasarkan gambar-gambar yang anda lihat sebentar tadi.

Anda diminta untuk menampal gambar-gambar yang diedarkan oleh guru pada 'Papan Cuti-Cuti Malaysia' mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Cameron Highlands, Pahang

Bukit Fraser, Pahang

Bukit Tinggi, Pahang

Lost World Of Tambun, Perak

Sunway Lagoon

Bukit Gambang Water Park, Pahang

Pulau Pangkor, Perak

Pulau Perhentian, Terengganu

Pulau Tioman, Pahang

Sila nyatakan lima kata adjektif berdasarkan gambar yang anda lihat.

Pantai Cenang, Langkawi

'Permainan teka di mana saya berada?'
Sila dengar dengan teliti petikan yang dibaca oleh guru. Sekiranya kumpulan anda mempunyai gambar yang berkaitan dengan isi petikan bacaan guru, sila angkat kad bergambar tersebut.

Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan yang terkenal di Malaysia. Merentasi sempadan negeri Pahang and Selangor, perjalanan mengambil masa kira-kira sejam dengan kereta dari Kuala Lumpur ataupun melalui kereta kabel bergerak yang terpantas di dunia.

Kemudahan-kemudahan lain dalam kawasan percutian ini termasuk taman tema, padang golf dan pusat beli-belah.

Genting Highlands, Pahang

Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri.

Gunung Kinabalu, Sabah

Ia terkenal dengan pemandangan semula jadi yang menakjubkan, tumbuhan dan hidupan liar. Bako mempunyai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan spesis tanaman, dan ini merupakan salah satu tarikan di sini. Hampir semua jenis tumbuhan yang terdapat di Borneo boleh ditemui di Bako.Bako juga didiami oleh hampir 275 monyet yang jarang ditemui, dan hanya terdapat di Borneo. Bako adalah tempat yang menarik untuk mengkaji burung, dengan hampir 150 spesis burung telah direkodkan di sini.

Taman Negara Bako, Sarawak

Terletak di Hulu Kelang 14 Km dari Kuala Lumpur. Zoo Negara menjadi salah satu pusat pelancongan utama negara. Dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Dipenuhi oleh pelbagai spesis binatang. Zoo yang dihuni kira-kira 5000 haiwan .

Zoo Negara

Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting.

Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.

Pulau Redang, Terengganu

Gua Kelam adalah merupakan salah satu gua yang paling menarik di Malaysia Gua Kelam terletak di Kaki Bukit yang jauh lebih kurang 36 km dari Bandar Kangar. Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Pelbagai jenis binatang seperti kelawar, ular, labah-labah, aneka serangga dan lain-lain boleh di dapati didalam gua ini.

Gua Kelam, Perlis

Terima kasih di atas perhatian anda, sehingga berjumpa lagi pada sesi P&P esok.