Upload
others
View
34
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
FUNGSI UTAMA (UMUM)
FUNGSI 7:
URUSAN PERUNDANGAN JANM
SENARAI SUB-FUNGSI
BIL SUB-FUNGSI
7.1 Memberikan Nasihat Perundangan Kepada Semua Bahagian Di Jabatan
Akauntan Negara
7.2 Penggubalan Dan Penyemakan Draf Perundangan Subsidiari Di Jabatan
Akauntan Negara
7.3 Penggubalan Dan Penyemakan Dokumen Perjanjian Dan Kontrak
7.4 Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965
7.5 Penggubalan Dan Penyemakan Draf Rang Undang-Undang Di Bawah
Bidang Kuasa Jabatan Akauntan Negara
SUB-FUNGSI 7.1:
Pengurusan Kualiti.
SENARAI AKTIVITI
BIL AKTIVITI
7.1.1 Memberi Nasihat Perundangan Secara Bertulis
AKTIVITI 7.1.1:
Memberi Nasihat Perundangan Secara
Bertulis
PROSES KERJA
AKTIVITI 7.1.1 : Memberi nasihat perundangan secara bertulis
JAWATAN PROSES KERJA
Penolong Pegawai
Undang-Undang JANM
1. Daftar/Rekod memo/surat Bahagian JANM yang
telah diminitkan oleh Peguam Cara
Perbendaharaan (PCP) kepada Pegawai
Undang-Undang JANM.
Pegawai Undang-
Undang JANM
2. Terima arahan tugasan dan pastikan sama ada
isu perundangan/nasihat pernah diberikan atas
masalah/isu yang sama oleh Bahagian ini atau
Jabatan Peguam Negara dengan merujuk
kepada fail di Bahagian Undang-Undang dan di
Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara.
Pegawai Undang-
Undang JANM
3. Rujuk Perlembagaan Persekutuan, Akta-Akta,
Pekeliling Perbendaharaan, atau apa dokumen
lain yang berkaitan dengan masalah/isu yang
dibangkitkan dan membuat kajian lanjut
berhubung perkara tersebut.
Pegawai Undang-
Undang JANM
4. Rujuk Bahagian JANM berkaitan sekiranya perlu
untuk mendapatkan penjelasan lanjut (mesyuarat
diadakan sekiranya perlu).
Pegawai Undang-
Undang JANM
5. Sediakan draf pandangan undang-undang bagi
masalah/isu yang dibangkitkan dan
mendapatkan pertimbangan dan kelulusan
daripada Peguam Cara Perbendaharaan.
JAWATAN PROSES KERJA
Pegawai Undang-
Undang JANM
6. Sekiranya pandangan undang-undang bagi
masalah/isu yang dibangkitkan perlu
mendapatkan kelulusan daripada Bahagian
Penasihat atau Bahagian Hal-Ehwal
Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara, satu
draf bagi tujuan pengemukaan pandangan
undang-undang tersebut perlu diluluskan oleh
Peguam Cara Perbendaharaan/Bahagian
Penasihat, Jabatan Peguam Negara kepada
pegawai undang-undang JANM.
Pegawai Undang-
undang JANM
7. Kemukakan memo/surat maklumbalas yang
mengandungi pandangan undang-undang ke
Bahagian JANM.
Penolong Pegawai
Undang-Undang JANM
8. Rekod memo/surat maklumbalas yang
mengandungi pandangan undang-undang ke
dalam fail yang berkaitan.
CARTA ALIRAN KERJA
Aktiviti 7.1.1:
Memberi Nasihat Perundangan Secara
Bertulis
CARTA ALIRAN KERJA
Aktiviti 7.1.1: Memberi Nasihat Perundangan Secara Bertulis
Daftar/Rekod memo/surat yang telah diminitkan oleh PCP
Terima arahan tugasan dan pastikan isu perundangan/nasihat
Rujuk Akta yang berkaitan
PENJELASAN LANJUT
YA Buat mesyuarat
TIDAK
Sediakan draf pandangan undang-undang dan dapatkan pertimbangan dan kelulusan daripada PCP
ISU BERBANGKIT BAGI KELULUSAN
JABATAN PEGUAM NEGARA
YA Draf disediakan untuk kelulusan
TIDAK
Kemukakan memo/surat maklum balas ke Bahagian JANM
Rekod memo/surat maklum balas
SENARAI BORANG
Aktiviti 7.1.1:
Memberi Nasihat Perundangan Secara
Bertulis
BORANG
AKTIVITI 7.1.1 : Memberi Nasihat Perundangan Secara Bertulis
BIL. SENARAI BORANG
1. Tiada
SUB-FUNGSI 7.2:
Penggubalan dan Penyemakan Draf
Perundangan Subsidiari Di Jabatan
Akauntan Negara
SENARAI AKTIVITI
BIL AKTIVITI
7.2.1 Menggubal dan menyemak draf perundangan subsidiari di bawah
bidang kuasa Jabatan Akauntan Negara.
AKTIVITI 7.2.1:
Menggubal dan Menyemak Draf
Perundangan Subsidiari di bawah Bidang
Kuasa Jabatan Akauntan Negara
PROSES KERJA
AKTIVITI 7.2.1 : Menggubal dan Menyemak Draf Perundangan
Subsidiari di bawah Bidang Kuasa Jabatan
Akauntan Negara
JAWATAN PROSES KERJA
Penolong Pegawai
Undang-Undang JANM
1. Terima dan rekod memo/surat yang diminitkan
oleh Peguam Cara Perbendaharaan kepada
Pegawai Undang-Undang JANM yang
mengandungi arahan tugasan dan kenal pasti
objektif dan dasar bagi penggubalan/pindaan draf
perundangan subsidiari tersebut di Bahagian
JANM.
Pegawai Undang-
Undang JANM
2. Rujuk Perlembagaan Persekutuan, Akta-Akta,
Pekeliling Perbendaharaan, Surat Pekeliling atau
apa dokumen lain yang berkaitan dan buat kajian
lanjut berhubung dengan perkara tersebut.
Pegawai Undang-
Undang JANM
3 Bincang dengan Bahagian JANM bagi tujuan
mendapatkan penjelasan lanjut.
Pegawai Undang-
Undang JANM
4. Gubal/semak draf perundangan subsidiari.
Pegawai Undang-
Undang JANM
5. Kemukakan draf perundangan subsidiari yang
telah disemak/digubal semula ke Bahagian
Gubalan, Jabatan Peguam Negara untuk
kelulusan.
Pegawai Undang-
Undang JANM
6. Buat pindaan sewajarnya ke atas draf
perundangan subsidiari yang telah diluluskan oleh
JAWATAN PROSES KERJA
Peguam Cara Perbendaharaan/Bahagian
Gubalan, Jabatan Peguam Negara dan
kemukakan kepada Bahagian JANM untuk
mendapatkan tandatangan Menteri.
Bahagian JANM 7. Dapatkan tandatangan Menteri dan kembalikan
perundangan subsidiari yang telah ditandatangani
kepada Unit Undang-Undang JANM.
Pegawai Undang-
Undang JANM
8. Sediakan surat dan kemukakan perundangan
subsidiari yang telah ditandatangani oleh Menteri
kepada Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam
Negara untuk tujuan pewartaan.
Penolong Pegawai
Undang-Undang JANM
9. Rekod surat yang mengandungi perundangan
subsidiari yang telah ditandatangani ke dalam fail
yang berkaitan.
CARTA ALIRAN KERJA
AKTIVITI 7.2.1:
Menggubal dan Menyemak Draf
Perundangan Subsidiari di bawah Bidang
Kuasa Jabatan Akauntan Negara
CARTA ALIRAN KERJA
AKTIVITI 7.2.1 : Menggubal dan Menyemak Draf Perundangan
Subsidiari di bawah Bidang Kuasa Jabatan Akauntan
Negara
Terima dan rekod memo/surat yang diminitkan oleh PCP dan kenal pasti objektif dan dasar
Rujuk Akta yang berkaitan dan buat kajian lanjut
Bincang dengan Bahagian JANM
Kemukakan draf yang telah digubal/disemak semula ke Jabatan Peguam Negara untuk kelulusan
Buat pindaan sewajarnya ke atas draf yang telah diluluskan dan kemukakan ke Bahagian JANM untuk mendapatkan tandatangan Menteri
Dapatkan tandatangan Menteri dan kembalikan draf tersebut kepada Unit Undang-Undang JANM
Sediakan surat dan kemukakan draf kepada Jabatan Peguam Negara untuk tujuan pewartaan
Gubal/semak draf
Rekod surat ke dalam fail yang berkaitan
SENARAI BORANG
Aktiviti 7.2.1:
Menggubal dan Menyemak Draf
Perundangan Subsidiari di bawah Bidang
Kuasa Jabatan Akauntan Negara
BORANG
AKTIVITI 7.2.1 : Menggubal dan Menyemak Draf Perundangan
Subsidiari di bawah Bidang Kuasa Jabatan
Akauntan Negara
BIL. SENARAI BORANG
1. Tiada
SUB-FUNGSI 7.3:
Penggubalan dan Penyemakan Dokumen
Perjanjian dan Kontrak
SENARAI AKTIVITI
BIL AKTIVITI
7.3.1 Menggubal dan Menyemak Dokumen Perjanjian dan Kontrak
AKTIVITI 7.3.1:
Menggubal dan Menyemak Dokumen
Perjanjian dan Kontrak
PROSES KERJA
AKTIVITI 7.3.1 : Menggubal dan Menyemak Dokumen Perjanjian
dan Kontrak
JAWATAN PROSES KERJA
Penolong Pegawai
Undang-Undang JANM
1. Rekod memo/surat Bahagian JANM yang
telah diminitkan oleh Peguam Cara
Perbendaharaan kepada Pegawai Undang-
Undang JANM.
Pegawai Undang-
Undang JANM
2. Kaji draf perjanjian yang dikemukakan dan
kenal pasti kehendak dan maksud perjanjian
yang ingin dimasuki antara pihak-pihak.
Pegawai Undang-
Undang JANM
3. Jalankan kajian dengan merujuk fail dan
contoh-contoh perjanjian yang berkaitan.
Pegawai Undang-
Undang JANM
4. Adakan mesyuarat/perbincangan dengan
Bahagian JANM yang berkaitan sekiranya
terdapat perkara-perkara yang memerlukan
penjelasan lanjut. (Contohnya: perkara
dasar/perkara teknikal)
Pegawai Undang-
Undang JANM
5. Semak dan buat pindaan sewajarnya ke atas
draf perjanjian atau menggubal semula draf
perjanjian dengan mengambil kira syarat dan
terma yang telah dipersetujui antara pihak-
pihak dan pastikan klausa standard
sebagaimana yang terdapat dalam Garis
Panduan Perjanjian Kerajaan dimasukkan
dengan pindaan mengikut kesesuaian.
JAWATAN PROSES KERJA
Pegawai Undang-
Undang JANM
6. Kemukakan draf perjanjian yang telah
disemak kepada Peguam Cara
Perbendaharaan untuk pandangan dan
kelulusan selanjutnya.
Pegawai Undang-
Undang JANM
7. Kemukakan memo/surat maklumbalas yang
mengandungi draf perjanjian yang telah
disemak dan diluluskan ke Bahagian JANM
untuk tindakan selanjutnya.
Penolong Pegawai
Undang-Undang JANM
8. Rekod memo/surat maklumbalas yang
mengandungi draf perjanjian tersebut ke
dalam fail yang berkaitan.
CARTA ALIRAN KERJA
AKTIVITI 7.3.1:
Menggubal dan Menyemak Dokumen
Perjanjian dan Kontrak
CARTA ALIRAN KERJA
AKTIVITI 7.3.1: Menggubal dan Menyemak Dokumen Perjanjian dan
Kontrak
Rekod memo/surat yang telah diminitkan oleh PCP
Kaji draf perjanjiandan kenal pasti kehendak dan maksud perjanjian
Jalankan kajian
PENJELASAN LANJUT
YA Buat mesyuarat/ perbincangan
TIDAK
Semak dan buat pindaan sewajarnya/gubal semula draf
Kemukakan draf perjanjian yang telah disemak untuk pandangan dan kelulusan selanjutnya
Kemukakan memo/surat maklum balas ke Bahagian JANM untuk tindakan selanjutnya
Rekod memo/surat maklum balas ke dalam fail yang berkaitan
SENARAI BORANG
AKTIVITI 7.3.1:
Menggubal dan Menyemak Dokumen
Perjanjian dan Kontrak
BORANG
AKTIVITI 7.3.1 : Menggubal Dan Menyemak Dokumen
Perjanjian Dan Kontrak
BIL. SENARAI BORANG
1. Tiada
SUB-FUNGSI 7.4:
Menguatkuasakan Akta Wang Tak
Dituntut 1965
SENARAI AKTIVITI
BIL AKTIVITI
7.4.1 Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965
AKTIVITI 7.4.1:
Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut
1965
PROSES KERJA
AKTIVITI 7.4.1 : Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965
JAWATAN PROSES KERJA
Penolong Pegawai
Undang-Undang JANM
1. Terima dan daftar memo/surat dari Bahagian
Wang Tak Dituntut.
Pegawai Undang-
Undang JANM
2. Teliti dan analisa isu yang berkaitan.
Pegawai Undang-
Undang JANM
3. Rujuk Perlembagaan Persekutuan, Akta-Akta,
Pekeliling, Surat Pekeliling atau apa-apa
dokumen lain yang berkaitan dengan
masalah/isu yang dibangkitkan dan membuat
kajian lanjut berhubung perkara tersebut.
Pegawai Undang-
Undang JANM
4. Rujuk Bahagian berkaitan sekiranya perlu
mendapatkan penjelasan lanjut (mesyuarat
diadakan sekiranya perlu)
Pegawai Undang-
Undang JANM
5. Sediakan draf pandangan undang-undang
berkaitan dengan isu yang dibangkitkan dan
dapatkan pertimbangan dan kelulusan daripada
Peguam Cara Perbendaharaan/Timbalan
Peguam Cara Perbendaharaan.
Pegawai Undang-
Undang JANM
6. Dapatkan draf surat yang mengandungi
pandangan undang-undang yang telah
dimuktamadkan oleh Peguam Cara
Perbendaharaan/Timbalan Peguam Cara
Perbendaharaan.
Pegawai Undang- 7. Kemukakan memo/surat maklumbalas yang
JAWATAN PROSES KERJA
Undang JANM mengandungi pandangan ke Bahagian Wang
Tak Dituntut untuk tindakan selanjutnya.
Penolong Pegawai
Undang-Undang JANM
8. Rekod memo/surat maklum balas yang
mengandungi pandangan undang-undang ke
dalam fail yang berkaitan.
CARTA ALIRAN KERJA
AKTIVITI 7.4.1:
Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut
1965
CARTA ALIRAN KERJA
AKTIVITI 7.4.1 : Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965
Terima dan daftar memo/surat dari Bahagian Wang Tak Dituntut
Teliti dan analisa isu yang berkaitan
Rujuk AKya yang berkaitan dan bua kajian lanjut
PENJELASAN LANJUT
YA Buat mesyuarat
TIDAK
Sediakan draf pandangan undang-undang dan dapatkan pertimbangan dan kelulusan
Dapatkan draf surat yang telah dimuktamadkan
Kemukakan memo/surat maklum balas ke Bahagian Wang Tak Dituntut untuk tindakan selanjutnya
Rekod memo/surat maklum balas ke dalam fail yang berkaitan
SENARAI BORANG
AKTIVITI 7.4.1:
Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut
1965
BORANG
AKTIVITI 7.4.1 : Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut
1965
BIL. SENARAI BORANG
1. Tiada
(Berdasarkan aktiviti yang disenaraikan bagi fungsi
yang berkenaan)
SUB-FUNGSI 7.5:
Penggubalan Dan Penyemakan Draf
Rang Undang-Undang Di Bawah Bidang
Kuasa Jabatan Akauntan Negara
SENARAI AKTIVITI
BIL AKTIVITI
7.5.1 Menggubal dan menyemak draf rang undang-undang di bawah bidang
kuasa Jabatan Akauntan Negara.
AKTIVITI 7.5.1:
Menggubal Dan Menyemak Draf Rang
Undang-Undang Di Bawah Bidang Kuasa
Jabatan Akauntan Negara
PROSES KERJA
AKTIVITI 7.5.1 : Menggubal dan menyemak draf rang undang-
undang di bawah bidang kuasa Jabatan
Akauntan Negara
JAWATAN PROSES KERJA
Penolong Pegawai
Undang-Undang JANM
1. Rekod memo/surat Bahagian JANM yang telah
diminitkan oleh Peguam Cara Perbendaharaan
kepada Pegawai Undang-Undang JANM.
Pegawai Undang-
Undang JANM
2. Terima memo/surat yang mengandungi arahan
tugasan dan kenalpasti objektif dan dasar bagi
mewujudkan atau meminda undang-undang
tersebut.
Pegawai Undang-
Undang JANM
3. Adakan perbincangan dengan wakil Bahagian
JANM bagi tujuan mendapatkan penjelasan
lanjut berhubung dengan draf rang Undang-
undang tersebut.
Pegawai Undang-
Undang JANM
4. Gubal/semak draf rang undang-undang
tersebut.
Pegawai Undang-
Undang JANM
5. Kemukakan draf rang undang-undang yang
telah disemak/digubal kepada Penggubal
Undang-Undang Parlimen, Jabatan Peguam
Negara untuk tujuan semakan dan kelulusan.
Pegawai Undang-
Undang JANM
6. Terima draf Rang Undang-undang yang telah
diluluskan oleh Penggubal Undang-Undang
Parlimen daripada Peguam Cara
Perbendaharaan.
JAWATAN PROSES KERJA
Pegawai Undang-
Undang JANM
7. Kemukakan draf rang undang-undang yang
telah diluluskan kepada Bahagian JANM
berkaitan untuk menyediakan kertas
Memorandum Jemaah Menteri (MJM)
berhubung cadangan rang undang-undang dan
edarkan kertas MJM tersebut untuk
mendapatkan ulasan Jabatan Peguam
Negara/Kementerian.
Pegawai Undang-
Undang JANM
8. Hadiri persidangan Parlimen.
CARTA ALIRAN KERJA
AKTIVITI 7.5.1:
Menggubal Dan Menyemak Draf Rang
Undang-Undang Di Bawah Bidang Kuasa
Jabatan Akauntan Negara
CARTA ALIRAN KERJA
AKTIVITI 7.5.1: Menggubal dan menyemak draf rang undang-undang
di bawah bidang kuasa Jabatan Akauntan Negara
Rekod memo/surat yang telah diminitkan oleh PCP
Terima memo/surat yang mengandungi arahan tugasan dan kenal pasti objektif dan dasar
Adakan perbincangan dengan wakil Bahagian JANM bagi tujuan mendapatkan penjelasan lanjut
Kemukakan draf rang undang-undang yang telah digubal/disemak semula ke Jabatan Peguam Negara untuk tujuan semakan dan kelulusan
Terima draf rang undang-undang yang telah diluluskan
Bahagian JANM yang berkaitan menyediakan kertas MJM dan edarkan untuk mendapatkan ulasan Jabatan Peguam Negara/Kementerian
Hadiri persidangan Parlimen
Gubal/semak draf rang undang-undang tersebut
SENARAI BORANG
AKTIVITI 7.5.1:
Menggubal Dan Menyemak Draf Rang
Undang-Undang Di Bawah Bidang Kuasa
Jabatan Akauntan Negara
BORANG
AKTIVITI 7.5.1: Menggubal dan menyemak draf rang undang-undang
di bawah bidang kuasa Jabatan Akauntan Negara
BIL. SENARAI BORANG
1. Tiada