6
TAJUK: PORTAL RASMI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH URL: http//www.moe.gov.my/jpnsabah/v3/ PENGENALAN Kewujudan komputer dan internet telah menjadi mangkin perkembangan pesat teknologi maklumat di era ini. Manusia dengan mudah mengekses dan menyebar maklumat melalui internet. Kepelbagaian laman web yang wujud memberikan peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk memperolehi pengetahuan dari pelbagai sumber, pada bila-bila masa, di pelbagai lokasi dan melalui pelbagai mod persembahan termasuklah secara teks, grafik, video, audio dan animasi. Namun demikian, pengguna khususnya guru dan pelajar perlu menilai laman-laman web berkenaan sebelum ia digunakan dalam proses pembelajaran. Penilaian tersebut perlu mencakupi aspek-aspek isi kandungan, kredibiliti laman web, ketepatan maklumat, objektiviti, liputan, serta keterkinian maklumat yang dipaparkan. Di samping itu, aspek-aspek teknikal seperti isu aksesibiliti, interaktiviti, bantuan navigasi serta nilai-nilai estetika dan tarikan visual, juga perlu dinilai oleh pengguna. Oleh itu saya memilih menilai laman web Kementerin Pelajaran Sabah kerana laman telah saya gunakan sekian lama dan laman web telah banyak membantu dalam kerjaya saya sebagai seorang pendidik. Kegunaan dan kesesuian Sudah lama saya melayari laman web ni. Saya dapati ianya sentiasa dibangunkan untuk kesesuaian dan kecekapan laman ini sendiri. Banyak maklumat yang dapat saya perolehi daripada laman web ini. Ianya amat sesuai bagi saya yang bekerjaya sebagai seorang pendidik. Bukan sahaja guru atau warga Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, malahan pelajar, ibu bapa, orang ramai boleh melayari laman ini dan mendapat maklumat yang sesuai dan berkaitan untuk mereka. Antara ciri-ciri laman web yang baik ialah kandungan laman web haruslah fokus kepada objektif. Saya mendapati bahawa, kandungan laman web ini menepati objektif atau matlamat pembinaan laman web iaitu untuk memberi pengetahuan, menyebar maklumat dan membantu warga Jabatan Pendidikan Negeri Sabah serta orang ramai berhubung dengan hal-hal

Fundamentals of Instructional Tech

Embed Size (px)

DESCRIPTION

free

Citation preview

TAJUK:PORTAL RASMI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAHURL:http//www.moe.gov.my/jpnsabah/v3/

PENGENALANKewujudan komputer dan internet telah menjadi mangkin perkembangan pesat teknologi maklumat di era ini. Manusia dengan mudah mengekses dan menyebar maklumat melalui internet. Kepelbagaian laman web yang wujud memberikan peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk memperolehi pengetahuan dari pelbagai sumber, pada bila-bila masa, di pelbagai lokasi dan melalui pelbagai mod persembahan termasuklah secara teks, grafik, video, audio dan animasi. Namun demikian, pengguna khususnya guru dan pelajar perlu menilai laman-laman web berkenaan sebelum ia digunakan dalam proses pembelajaran. Penilaian tersebut perlu mencakupi aspek-aspek isi kandungan, kredibiliti laman web, ketepatan maklumat, objektiviti, liputan, serta keterkinian maklumat yang dipaparkan. Di samping itu, aspek-aspek teknikal seperti isu aksesibiliti, interaktiviti, bantuan navigasi serta nilai-nilai estetika dan tarikan visual, juga perlu dinilai oleh pengguna. Oleh itu saya memilih menilai laman web Kementerin Pelajaran Sabah kerana laman telah saya gunakan sekian lama dan laman web telah banyak membantu dalam kerjaya saya sebagai seorang pendidik.

Kegunaan dan kesesuianSudah lama saya melayari laman web ni. Saya dapati ianya sentiasa dibangunkan untuk kesesuaian dan kecekapan laman ini sendiri. Banyak maklumat yang dapat saya perolehi daripada laman web ini. Ianya amat sesuai bagi saya yang bekerjaya sebagai seorang pendidik. Bukan sahaja guru atau warga Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, malahan pelajar, ibu bapa, orang ramai boleh melayari laman ini dan mendapat maklumat yang sesuai dan berkaitan untuk mereka.Antara ciri-ciri laman web yang baik ialah kandungan laman web haruslah fokuskepada objektif. Saya mendapati bahawa, kandungan laman web ini menepati objektif atau matlamat pembinaan laman web iaitu untuk memberi pengetahuan, menyebar maklumat dan membantu warga Jabatan Pendidikan Negeri Sabah serta orang ramai berhubung dengan hal-hal yang berkaitan pendidikan. Contohnya Senarai Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran sehingga 31 Mei 2013, Urusan Pemangkuan Guru Besar dan seterusnya. Laman web ini juga menyenaraikan sebut harga atau tender yang dibuka untuk umum. Ianya turut memuatkan perkara-perkara yang penting dalam ruang Peringatan Penting.Kandungan laman web ini menyokong matlamat atau objektif pembinaan laman web. Ini adalah kerana pembina telah memasukkan banyak info menarik mengenai pendidikan, aktiviti kementerian Pelajaran khasnya di Sabah dengan menggunakan keseluruhan elemen multimedia iaitu teks dan animasi. Kesemua elemen teks ini adalah sesuai dengan tajuk laman web. Nama domain bagi laman web ini juga adalah mudah diingati bagi pengguna. Alamat laman web juga adalah membantu pengguna untuk meneka atau mengenal pasti kandungan laman tersebut.Terdapat berbagai jenis format untuk menghasilkan dokumen web ia juga termasuklah format fon tulisan, warna, saiz, bentuk-bentuk perenggan, bentuk- bentuk senarai, jadual dan sebagainya. Secara keseluruhannya format kandungan laman web ini sesuai dengan pengguna dan sistem komputer. Penggunaan saiz dan jenis fon adalah sesuai dan jelas. Jenis fon yang digunakan adalah Helvetica.

Kredibiliti Laman web ini adalah dalam versi Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam laman untuk mengelakkan bias dalam kalangan pengguna dan bertujuan untuk memudahkan pengguna membuat capaian selain daripada objektif kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Penggunaan teks yang mudah difahami tanpa gangguan atau kesilapan ejaan dan frasa merupakan ciri-ciri laman web yang baik.Selain itu, kandungan laman web ini juga mempunyai maklumat yang boleh dipercayai kerana maklumat tersebut dilindungi oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Oleh itu pengguna boleh menggunakan maklumat tersebut tanpa ragu-ragu kerana kesahan data telah dikenalpasti. Namun pertimbagan dari pengguna adalah perlu kerana semua maklumat yang dipaparkan dalam web ini, adalah berdasarkan aktivit, surat pekeliling yang dimuat turun oleh pihak JPN Sabah. Jadi keraguan atau ketidakpastian, bolehlah berhubung dengan pihak jabatan. Atau lebih jelas lagi, hitam putih masih lagi diperlukan. Saya maksudkan di sini bagi warga JPN Sabah. Laman web ini juga mempunyai pernyataan hakmilik iaitu hakmilik terpelihara oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

KekemaskinianKandungan laman web ini adalah menarik dan menyediakan pelbagai informasi yang dikehendaki pengguna. Ayat-ayat yang digunakan adalah ringkas dan tidak membebankan pengguna. Informasi yang lengkap secara langsung akan menarik pembaca untuk kembali berkunjung ke laman tersebut. Logo dan nama JPN Sabah juga dipaparkan dengan jelas untuk menunjukkan identiti sesebuh laman web. Malahan gambar Pengarah Pelajaran Sabah terpampang dengan jelas halaman utama web ini. Laman web yang baik sentiasa memberikan maklumat terkini kepada pengunjung. Oleh itu pada laman web ini diwujudkan satu mukasurat khas untuk menyenaraikan berita dan aktivit terbaru. Berita dan aktiviti tersebut sentiasa ditukar ganti dari semasa ke semasa. Tarikh akhir pengemaskinian dibuat juga disertakan.Laman web ini juga menyediakan kemudahan mekanisma pencari yang dapat membantu pengguna. Pengguna hanya perlu memasukkan perkataan yang dicari untuk mendapatkan senarai muka surat di dalam tapak web yang mengandungi perkataan tersebut.

KebolehpautanInilah ciri yang ketara dalam laman web ini. Saya mendapati ianya amat menarik dan sesuai dengan lama web ini. Oleh kerana laman web ini hak milik kejayaan Malaysia, pembina laman web ini telah berjaya membina pautan agensi-agensi JPN yang lain. Terdapat beberapa jenis pautan. Pautan Terus, yang meliputi eTakwim, webmail, direktori, maklumbalas dan infoblast. Pautan Pelajar, Pautan Agensi JPN, Pautan Utama yang terdiri dari perbankan, pendidikan dan akhbar harian. Pautan yang dipersembahan dengan baik dan jelas dengan ikon dan logo agensi JPN yang tertera di bawah laman web ini. Pengguna hanya mengklik sahaja pautan tersebut dan akan dibawah terus ke agensi yang dikehendaki. Dengan ciri ini, pengguna dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu ke enjin pencari seperti Google atau Yahoo.

Kejelasan organisasi Laman WebRekabentuk skrin laman web ini amat menarik perhatian saya. Rekabentuknya padat dan sesuai dengan kandungan dan pengguna. Pembina laman web tersebut telah mereka bentuk laman dengan memasukkan elemen rekabentuk berpusatkan pengguna iaitu dengan mengambilkira jenis pengguna sasaran. Antaramuka adalah penting kerana ia menentukan identiti laman web. Antaramuka bagi laman web selaras dengan objektif pembinaan laman web. Laman web ini bukan berbentuk perniagaan, jadi persembahan antaramuka tampak kemas dan dapat menarik keyakinan pengguna. Oleh itu, aspek antaramuka adalah sangat penting untuk mereka bentuk sesebuah laman web. Saya amat tertarik dengan pemilihan warna reka letak yang digunakan, tidak terlalu kontras dan sederhana mata pengguna. Warna yang dipilih menyerlahkan keprofesionalan Kementerian Pelajaran Sabah itu sendiri. Sesuai dengan status sebuah badan kerajaan. Setiap huruf mudah dibaca. Ini akan membuat pengguna senang untuk membaca apa yang tertulis di laman web tersebut. Pembina laman web ini telah menggunakan warna korporat yang sesuai dengan yang kehendak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Layout untuk latar belakang yang digunakan pada laman web ini melambangkan jenis perkhidmatan yang dijalankan. Pembina telah meletakkan layout latar belakang yang sesuai dan menarik supaya pengguna kagum dengan perkhidmatan yang ditawarkan.Kadar imbangan bagi laman web ini juga adalah seimbang. Penggunaan teks dan tersusun menjadikan laman web ini seimbang. Pembina laman web ini telah mengambilkira saiz nisbah skrin dan menyeimbangkan teks dan elemen multimedia yang lain dan ini menyenangkan mata pembaca. Penggunaan komposisi yang baik seperti aturan sepertiga dan sebagainya akan menyerlahkan lagi persembahan laman web tersebut. KesimpulanDari pengamatan saya, laman web ini bolehlah dianggap satu laman web yang baik. Namun demikian ada beberapa perkara yang perlu penambahbaikan bagi laman web ini. Bahagian paparan pengumuman, pengguna tidak dapat memberhentikan paparan tersebut. Agak sukar bagi pengguna untuk membacanya walau sepintas lalu kerana pergerakannya agak pantas. Sepatutnya, paparan tersebut dapat dihentikan seketika apabila di sentuh dan ini pasti memudahkan pengguna untuk membaca atau memahami berita yang ingin disampaikan. Tambahan pula, terdapat tiga paparan yang bergerak sekali gus, yang mana agak mengelirukan dan mengalihkan pandangan atau tumpuan pengguna pada sesuatu perkara dalam laman tersebut. Sesekali tumpuan saya terganggu dengan paparan-paparan begerak dalam laman web ini. Dua paparan yang bergerak saya rasa sudah cukup. Pergerakannya juga hendaklah tidak laju dan licin.Memang kita akui bahawa internet dan teknologi maklumat semakin berkembang dan penting dalam zaman ini. Namun sebagai individu yang bekerja dalam bidang pendidikan, pemilihan laman web yang sesuai adalah amat penting sebelum didedahkan kepada pelajar. Kita harus berwaspada dengan penyelewengan, sebaran maklumat palsu dan hasutan yang semakin menjadi-jadi dalam alam siber. Penerimaan pengguna secara membuta tuli akan menyebabkan wujudnya sikap prejudis yang seterusnya membawa kepada huru hara kepada negara kita, Oleh itu, masyarakat perlu membuka minda mereka dan memeriksa dahulu kesahihan sesuatu berita atau perkara yang dicapai dalam mana-mana laman web.

.