4
3.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Frasa sendi nama boleh hadir sebagai predikat dalam pola ayat dasar Bahasa Melayu dan sebagai unsur keterangan dalam ayat-ayat yang lain. 3.2.1 Predikat Frasa Sendi Nama Predikat frasa sendi nama ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai susunan yang biasa. Contohnya : 35. Pelajar merupakan elemen atau aset penting untuk dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan 3.2.2 Frasa Sendi Nama Sebagai Keterangan Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa nama. (i) Frasa sendi nama keterangan frasa kerja. Frasa sendi nama jenis ini boleh mendukung beberapa makna, antaranya keterangan masa, tempat, bandingan, tujuan, hal, penyertaan, dan alat. Contohnya : 36. Tiada seorang individu pun yang mempunyai semua ciri-ciri kesihatan mental yang baik pada setiap masa. (masa) 37. Kesihatan mental adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntukan hidup. (hal) (ii) Frasa sendi nama keterangan frasa adjektif Frasa ini mendukung makna lain, seperti makna keterangan, bandingan, hal, masa, dan tujuan. Contohnya : 38. Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh masalah keluarga seseorang pelajar itu sendiri. (keterangan) 39. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. (hal) (iii) Frasa sendi nama keterangan frasa nama

FSN b

  • Upload
    pink

  • View
    239

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

fsn

Citation preview

3.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam AyatFrasa sendi nama boleh hadir sebagai predikat dalam pola ayat dasar Bahasa Melayu dan sebagai unsur keterangan dalam ayat-ayat yang lain.3.2.1 Predikat Frasa Sendi NamaPredikat frasa sendi nama ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai susunan yang biasa. Contohnya :

35.Pelajar merupakan elemen atau aset penting untuk dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan

3.2.2 Frasa Sendi Nama Sebagai Keterangan Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa nama.(i) Frasa sendi nama keterangan frasa kerja.Frasa sendi nama jenis ini boleh mendukung beberapa makna, antaranya keterangan masa, tempat, bandingan, tujuan, hal, penyertaan, dan alat. Contohnya :36. Tiada seorang individu pun yang mempunyai semua ciri-ciri kesihatan mental yang baik pada setiap masa. (masa)37.Kesihatan mental adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntukan hidup. (hal)

(ii) Frasa sendi nama keterangan frasa adjektifFrasa ini mendukung makna lain, seperti makna keterangan, bandingan, hal, masa, dan tujuan. Contohnya :38.Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh masalah keluarga seseorang pelajar itu sendiri. (keterangan)39.Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. (hal)

(iii) Frasa sendi nama keterangan frasa namaFrasa sendi nama yang menjadi unsur keterangan bagi frasa nama dapat, antara lain, mendukung makna keterangan, tempat, pembuat, sumber, masa, asal, dan tujuan. Contohnya:40.Masalah disiplin di sekolah kini telah menjadi lebih kompleks dengan kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali Black Metal. (tempat)

3.3 Penggunaan Kata Sendi Nama Secara UmumDalam penggunaan sesuatu frasa sendi nama dalam ayat, dua kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi. Namun, dalam penggabungan frasa sendi nama yang menggunakan kata hubung tetapi, kata nafi bukan harus digunakan sebelum kata sendi nama yang pertama.

43.Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat Binaan frasa sendi nama yang menggunakan frasa nama dengan bentuk se- mempunyai peraturan seperti yang berikut. Binaan yang sedemikian yang menggunakan kata sendi nama dari dan ke tidak membenarkan pengguguran bentuk se- secara berasingan. Sekiranya pengguguran se- dilakukan pada satu bahagian frasa sendi nama, maka pengguguran bentuk yang sama hendaklah dilakukan juga pada frasa nama yang kedua untuk keseimbangan. Contohnya :

49.(a) Penyakit mental telah menjadi semakin bertambah dan terdapat peningkatan dari tahun ke tahun.

(b) *Penyakit mental telah menjadi semakin bertambah dan terdapat peningkatan dari tahun ke setahun.