Upload
samuel-thong
View
22
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
edu
Citation preview
Isi
Kandungan
Perkara Muka
suratBiodata Diri I
Isi Kandungan II
Tugasan 1 – Penulisan Akademik
Sinopsis “The Freedom Writers”
Menganalisis dan membincangkan
konsep/model/teori pengurusan bilik darjah
yang digunakan oleh guru dalam cerita
“The Freedom Writers” bagi mengatasi
masalah tingkah laku murid-muridnya.
1
3
Rujukan 9
Sinopis
Freedom Writers merupakan film dari kisah nyata perjuangan seorang guru di
Amerika Serikat dalam membangkitkan kembali semangat pelajarnya untuk belajar.
Dikisahkan, Erin Gruwel, seorang wanita yang berpendidikan tinggi, datang ke Woodrow
Wilson High School sebagai guru Bahasa Inggris di kelas 203, di mana terdapat beragam
gank ras yang selalu mengelompok, seperti ras kamboja, kulit hitam, latin, dan kulit putih,
dan pada saat itu sedang hangat diperbincangkan tentang isu rasisme.
Pada awal kedatangan Erin, para pelajar sama sekali tidak tertarik dengan
kehadirannya kerana mereka tidak senang terhadap orang berkulit putih. Mereka
menganggap bahawa Erin tidak mengerti apapun tentang kehidupan mereka yang keras,
kehidupan yang selalu berada di bawah bayang-bayang perang dan kekerasan. Bagi
mereka, kehidupan adalah bagaimana caranya mereka selamat dari kekerasan.
Banyak cabaran yang harus dihadapi oleh Erin, baik dari pihak sekolah, hingga pihak
suami dan ayahnya. Diskriminasi yang dilakukan oleh pihak sekolah, seperti pemisahan
kelas, serta perbedaan fasilitas yang terlihat antara ras kulit putih dan kaum di luar itu
membuat Erin miris. Erin mencari cara untuk melakukan pendekatan dan metode
pengajaran yang tepat supaya diterima oleh pelajarnya. Namun, sejak Erin disibukkan
dengan pendekatan terhadap pelajarnya dan bekerja paruh waktu. Dan ini telah
menyebabkan dia diceraikan oleh suaminya.
Erin faham dengan kondisi pelajarnya yang selalu berkelompok dengan kaum
mereka masing-masing. Akhirnya, dia menemukan cara untuk “menjangkaui” kehidupan
mereka dengan memberikan mereka buku, dan meminta mereka mengisinya dengan jurnal
harian. Sejak membaca jurnal harian pelajarnya yang bercerita tentang kehidupan mereka
yang keras, Erin semakin bersemangat untuk mengubah kehidupan pelajarnya, serta
menghapus batas yang tidak dapat terlihat dengan cara-cara yang mengagumkan.
Untuk menambah motivasi belajar Erin mendatangkan Mrs. Miep Gies, seorang
wanita penolong Anne Frank, anak Yahudi yang hidup pada zaman Hitler dan holocaust-
nya. Ia mendatangkan Mrs. Miep Gies untuk berkongsi pengalaman kepada para pelajar
tentang sebuah tragedi yang berlaku kerana diskriminasi, serta usaha-usaha Erin lainnya
yang mendapat tentangan dari pihak sekolah.
Akhirnya, keteguhan Erin dalam mendidik mereka berbuah hasil. Para pelajar, yang
dari benci satu sama lain, akhirnya menjadi berteman dan menghapus sekat-sekat ras di
antara mereka. Jurnal harian yang telah mereka tulis, telah dikumpulkan dan menjadi satu
buku. Erin menamakan kumpulan buku harian pelajarnya dengan nama “The Freedom
Writers ”.
Esei
The
Free
dom
Writ
ers
Teori Motivasi Intrinsik & Ekstrinsik
Model Tingkah Laku B.F. Skinner
Model Disiplin Asertif Canter
Model Akibat Logika Dreikurs
Teori Motivasi Intrinsik & Motivasi Ekstrinsik
Seperti yang telah dipaparkan dalam film “The Freedom Writer”, semua pelajar Erin
merupakan pelajar yang dianggap sebagai pelajar yang bermasalah. Mereka berasal dari
latar belakang keluarga dan juga mempunyai pengalaman yang sangat keterlaluan dan
dididik dalam kehidupan yang masih menonjolkan bangsa masing-masing. Semua pelajar
Erin diajar supaya dapat mempertahankan hidup mereka dalam apa-apa keadaan dan juga
agar dapat mempertahankan kumpulan mereka di lingkungan yang penuh dengan
persaingan sejak kecil lagi. Ajaran sebegini dibawa sehingga mereka dewasa, sehingga
mereka harus hidup dalam dunia sosial seperti sekolah, dalam sekolah mereka
berkelompok-kelompok berdasarkan bangsa mereka, bangsa kulit putih, bangsa kulit hitam,
bangsa asia, kamboja, Vietnam dan lain sebagainya. Setiap kolompok ini selalu ingin
mempertahankan kewujudan mereka dan ingin menjadi bangsa yang paling unggul dengan
pelbagai cara telah mereka lakukan semua.
Oleh itu, pelajar-pelajar Erin tidak mempunyai apa-apa pun motivasi untuk belajar.
Mereka pergi ke sekolah hanya formaliti. Ini merupakan salah satu faktor kepada masalah
pelajar yang sentiasa ponteng ke sekolah. Motivasi dalam kehidupan mereka hanya untuk
mempertahankan kaum masing-masing dan selalu bersaing untuk menjadi kaum yang
terbaik. Inilah keadaan yang tidak dapat menimbulkan sebarang minat pelajar dalam belajar.
Motivasi merupakan suatu proses dalam diri manusia yang menyebabkan individu
tersebut bergerak ke arah tujuan yang diingini, atau bergerak menjauh dari situasi yang tidak
menyenangkan. Motivasi dalam diri manusia mempunyai pengaruh yang kuat terhadap
kejayaannya dalam mencapai suatu tujuan yang mereka inginkan. Namun, motivasi pada
setiap orang adalah berbeza dan ini bergantung kepada tujuan masing-masing individu.
Di samping itu, motivasi juga dipengaruhi oleh aspek-aspek lain seperti minat,
jangkaan, harapan dan nilai, pengiktirafan dan sebagainya. Minat merupakan sebuah
tanggapan bahawa suatu aktiviti yang menimbulkan rasa ingin tahu dan menarik biasanya
minat terlibat dengan kognitif dan afektif yang positif seperti kesenangan, kegembiraan, dan
kesukaan.
Sebagai contoh, Erin mencerita tentang gengster untuk menarik perhatian
pelajarnya. Setelah Erin mendapati salah satu pelajarnya, Jamal yang berasal dari afrika
menjadi ejekan di kelas. Jamal digambar oleh salah satu teman sekelas dengan bibir yang
besar. Erin mulai menerangkan mengenai gengster yahudi yang menggunakan cara
menggambar lawannya dengan meggambar wajah mereka dengan hidung besar untuk
menjatuhkan harga diri lawannya tersebut. Pelajar-pelajar Erin tertarik dan penasaran.
Selain itu, pelajar-pelajar Erin telah membuat satu persepsi dari awal lagi, iaitu
kehadiran mereka ke sekolah tidak akan menimbulkan sebarang dampak. Kejayaan mereka
hanyalah kaum mereka unggul dan diakui oleh kaum lain. Inilah harapan mereka. Dengan
harapan ini, maka sudah dapat diambil kesimpulan bahawa nilai yang mereka kembangkan
dalam diri mereka adalah bahawa sekolah bukanlah suatu hal yang penting bagi mereka.
Keadaan menjadi tambah buruk apabila guru-guru lain selain Erin mengatribusikan bahawa
mereka tidak akan mampu berkembang.
Aspek yang berpengaruh kepada seseorang individu adalah harapan dan nilai,
Harapan adalah kepercayaan mengenai kemungkinan meraih kejayaan dalam sebuah
aktiviti, berdasarkan tahap kemampuan saat ini dan keadaan lain yang boleh membantu
ataupun menghalang prestasi. Sedangkan nilai adalah kepercayaan mengenai sejauh mana
sebuah aktiviti mempunyai menfaat secara langsung ataupun tidak langsung. Harapan
pelajar-pelajar Erin adalah kaum mereka unggul dan diakui oleh kaum lain dan sekolah
bukanlah hal yang penting kepada mereka. Harapan dan nilai ini dipengaruhi oleh latar
belakang keluarga. Sebagai contoh, salah satu muridnya yang bernama Eva (bangsa kulit
hitam) menceritakan keluarganya merupakan keluarga yang disegani oleh kampungnya. Hal
ini kerana, ayahnya adalah ketua gengster di wilayahnya.
Guru-guru lain telah mendefinisikan bahawa pelajar-pelajar 203 merupakan pelajar
yang tidak dapat diajar dan tidak ada guna. Keadaan ini lagi menyebabkan pelajar-pelajar
203 tambah tidak bermotivasi untuk belajar. Hal ini kerana, pengiktirafan merupakan faktor
timbulnya motivasi terutama pengiktirafan guru terhadap pelajarnya kerana guru biasanya
mengambil kesimpulan terlalu awal terhadap para pelajar mereka dengan membentuk
pendapat tentang kekuatan, kelemahan, dan potensi masing-masing pelajar untuk mencapai
prestasi akademik.
Erin telah memberikan motivasi kepada pelajar-pelajarnya dengan membawa
mereka ke museum. Di museum tersebut mereka melihat cerita-cerita dan peninggalan
sejarah. Mereka juga dapat mendengar dan melihat saksi sejarah yang masih hidup.
Tindakan ini telah menjadikan mereka semakin dekat dengan satu sama lain. Mereka telah
menjadi produktif dan bersemangat.
Untuk menambah motivasi pada para pelajar, Erin mendatangkan Mrs. Miep Gies,
seorang wanita penolong Anne Frank, anak Yahudi yang hidup pada zaman Hitler dan
holocaust-nya. Ia mendatangkan Mrs. Miep Gies untuk berkongsikan pengalamannya
kepada para pelajar tentang sebuah tragedi yang berlaku kerana diskriminasi, serta usaha-
usaha Erin lainnya yang mendapat tentangan dari pihak sekolah.
Model Tingkah Laku B.F. Skinner
Dalam film “Freedom Writers”, Erin telah menggunakan model pengurusan bilik
darjah dari aliran behaviorisme iaitu model tingkah laku B.F. Skinner. Model ini berorientasi
pada hasil yang boleh diukur dan diperhatikan. Dengan latihan diberi secara pengulangan
digunakan supaya tingkah laku yang diingini dapat menjadi kebiasaan. Tingkah laku yang
diingini boleh dapati dengan pengukuhan positif dan tingkah laku yang kurang sesuai depat
dikurangkan melalui penghargaan negatif. Dalam teori ini, arahan yang ringkas diperlukan
untuk dicontohi, biarpun dilakukan sendiri ataupun melalui simulasi. Erin telah berusaha
untuk menyatukan mereka dengan berbagai-bagai cara. Usaha pertama yang telah
dilakukan oleh Erin ialah menukarkan tempat duduk. Erin menyuruh pelajarnya untuk
berpindah tempat supaya mereka boleh bersatu sama lain dan tidak ada lagi permusuhan
antara kaum. Cara pertama ini kurang berkesan untuk mencapai matlamat iaitu menyatukan
mereka. Namun Erin memberikan pengukuhan dengan kaedah lain.
Erin menggunakan cara yang seterusnya iaitu satu permainan. Permainan ini
menuntut pelajr Erin saling berhadapan satu sama lain dan Erin akan menanyakan soalan.
Jika keadaan itu pelajar-pelajar pernah mengalami, mereka diminta maju ke depan dan
berundur ke belakang untuk soalan yang seterusnya. Suasana menjadi huru-hara apabila
Erin menanyakan soalan “adakah teman anda yang pernah meninggal kerana kekerasan
gengster” . Erin meminta semua pelajar menyebutkan nama mereka semua dan berdoa
memberikan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal.
Jika seseorang individu ingin dihormati oleh orang lain, dia harus menghormati
dengan orang lain terlebih dahulu. Ini merupakan apa yang telah Erin melakukan. Beliau
mengarahkan pelajarnya untuk mengenali diri sendiri dahulu. Beliau memberi tugasan
kepada pelajar-pelajar dengan menulis jurnal setiap hari. Buku jurnal itu boleh diisi dengan
apa-apa sahaja tetapi berkaitan dengan mereka diri sendiri. Erin tidak memaksa pelajar-
pelajarnya supaya memberi buku jurnal tersebut kepada beliau membaca. Namun, pelajar-
pelajar sendiri yang mahu Erin untuk membaca. Dari sinilah, Erin berharap agar pelajar-
pelajarnya dapat mengenal diri sendiri.
Erin telah memberikan motivasi kepada pelajar-pelajarnya untuk berusaha belajar.
Pelbagai cara telah Erin mengambil untuk menambahkan motivasi para pelajarnya. Dengan
motivasi yang ada para pelajar Erin telah mengubah ke arah positif.
Isi penting pada model behaviorisme Skinner adalah Penghawa Operan. Penghawa
Operan adalah adalah sebentuk pembelajaran di mana akibat-akibat dari prilaku
menghasilkan perubahan dalam kebarangkalian prilaku itu akan diulangi. Unsur yang
terpenting dalam belajar adalah adanya pengukuhan (reinforcement) dan hukuman
(punishment).
Pengukuhan dan Hukuman. Pengukuhan (reinforcement) adalah akibat yang
meningkatkan kebarangkalian bahawa suatu perilaku yang akan terjadi. Sebaliknya,
hukuman (punishment) adalah akibat yang menurunkan kebarangkalian terjadinya suatu
perilaku.
Pengukuhan boleh jadi kompleks. Pengukuhan bererti memperkuatkan. Skinner
membahagikan pengukuhan ini menjadi dua bahagian iaitu pengukuhan positif dan
pengukuhan negatif. Pengukuhan positif adalah pengukuhan berdasarkan prinsip bahawa
kekerapan respons meningkat kerana diikuti dengan rangsangan yang menyokong
(rewarding). Bentuk-bentuk pengukuhan positif adalah secara memberi hadiah, perilaku
seperti senyum, menganggukkan kepala untuk meluluskan, bertepuk tangan,
mengacungkan ibu jari dan lain-lain, atau penghargaan. Dalam film ini, pengukuhan
positifnya adalah ketika pelajar-pelajar kelas 203 mahu bersekolah dan meneruskan
pendidikan, Erin selalu memberi motivasi kepada mereka. Pada awalnya mereka sangat
malas dan tidak mahu memberi perhatian semasa Erin mengajar, namun lama kelamaan
mereka pun memberi perhatian kerana tertarik dengan kaedah belajar yang diberikan oleh
Erin.
Pengukuhan negatif, adalah pengukuhan berdasarkan prinsip bahawa kekerapan
respons meningkat kerana diikuti dengan penghapusan rangsangan yang merugikan atau
tidak menyenangkan. Pelbagai bentuk pengukuhan negatif seperti menunda, tidak memberi
penghargaan, memberikan tugas tambahan atau menunjukkan perilaku tidak senang seperti
menggeleng, kening berkerut, muka kecewa dan lain-lain.
Erin mengaplikasikan model tingkah laku B.F.Skinner dengan meningkatkan tingkah
laku yang diingini. Erin selalu menggalakkan pelajar-pelajarnya untuk menjadi seorang
individu yang lebih baik daripada dulu yang sentiasa mabuk-mabukkan dan tidak bersopan-
santun. Namun, apa yang beliau telah melakukan adalah dengan menyuruh mereka untuk
menulis apa yang mereka lakukan sehari-hari.
Erin juga menggunakan dorongan (prompt) dan pembentukan (shaping). Perilaku
menulis yang Erin lakukan ini cukup efektif. Secara perlahan-lahan pelajar yang malas
mencurahkan hatinya kerana merasa tidak ada yang dapat memahami mereka. Buku jurnal
yang mereka tulis dikeluarkan oleh Erin sehingga mereka bersemangat untuk menulis dan
menjadikannya sebuah buku. Erin juga mengurangkan tingkah laku yang tidak dijangka.
Sebagai contoh, tindakan buruk yang pelajar-pelajarnya yang melakukan bersama dengan
geng-nya mulai dihapuskan secara perlahan-lahan dan mereka mula merasakan erti
bahawa perbezaan menimbulkan keindahan di dunia ini.
Teori belajar penghawa operan Skinner memberi banyak sumbangan kepada
amalan pengajaran. Kesan pengukuhan dan hukuman adalah sebahagian dari kehidupan
murid. Jika teori ini digunakan secara berkesan, akan mendapat membantu para guru dalam
pengurusan kelas. Demikian pula prinsip-prinsip dan hukum-hukum belajar yang terkandung
dalam teori ini akan membantu guru dalam menggunakan pendekatan pengajaran yang
sesuai untuk mencapai hasil belajar dan perubahan tingkah laku yang positif bagi anak didik.
Model Disiplin Asertif Canter
Erin juga telah mengaplikasikan model disiplin Asertif Canter semasa dia mengajar di
kelas 203. Model ini juga salah satu model yang amat berkesan semasa mengurus bilik
darjah. Model ini berasaskan peneguhan pada tingkah laku yang diingin dengan menerima
akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-murid. Model ini lebih
mementingkan perlaksanaan dan penguatkuasaan peraturan dan juga memastikan murid-
murid mematuhi peraturan tersebut.
Dalam model ini, guru hendaklah mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi
secara tenang, serius dan konsisten dengan murid. Canter pernah mengatakan bahawa
murid-murid berhak untuk mendapat suasana yang tenang dan teratur untuk belajar.
Manakala ini telah menjadi tanggungjawab kepada guru untuk memastikan murid-murid
dapat belajar dalam suasana yang tenang dan positif.
Erin berusaha untuk mewujudkan suatu suasana yang sesuai untuk mengajar
pelajar-pelajar kelas 203. Sebagai contoh, apabila seorang pelajarnya, Jamal membuat
kacau di dalam bilik darjah, Erin menghentikan tindakan Jamal dengan segera dan terus
menukar tempat duduk Jamal. Akibat yang dibawa oleh tindakan Erin ini ialah kelas
mewujud suatu suasana yang leibh tenang jika banding dengan suasana sebelum. Bukan itu
sahaja, selepas Jamal ditukar tempat duduk dia berdiam di tempat duduk baru. Hal ini
kerana, apabila seorang individu berada di suatu tempat yang bukan dia selalu pergi,
individu tersebut akan merasa kurang selesa dan tidaak biasa dengan keadaan itu.
Tindakan Erin yang menukarkan tempat duduk Jamal juga dapat mengeluarkan Jamal dari
kumpulan dia. Tindakan ini dapat mengurangkan rasisme dalam bilik darjah tersebut secara
tidak langsung.
Di samping itu, Erin juga bertindak asertif semasa menghadapi pelbagai masalah di
kelas 203. Model disiplin Asertif Canter menerangkan guru haruslah bersifat asertif. Guru
yang asertif akan tahu apa yang diingini oleh murid. Sebagai contoh, Erin memahami
bagaimana untuk menarik perhatian pelajar-pelajar di kelas dia, iaitu tentang gengster
ataupun tentang rasisme. Erin juga tidak membawa imej garang dan kasar ke dalam kelas.
Tindakan ini juga salah satu ciri-ciri guru yang bersifat asertif. Walaupun Erin dicerai oleh
suaminya, tetapi dia tidak membawa emosi yang negatif ke dalam kelas dengan membuat
kasar ataupun marah pelajar-pelajarnya.
Model Akibat Logikal Dreikurs
Salah satu model pengurusan bilik darjah yang telah digunakan oleh Erin dalam film
ialah model akibat logikal Dreikurs. Model ini memegangkan 4 prinsip iaitu manusia adalah
makhluk sosial dan motivasi asas mereka ingin dimiliki atau menjadi ahli sesuatu kelompok.
Kesemua tingkah laku adalah bersebab. Model ini mementingkan kepentingan guru
memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama
menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Guru juga perlu mengenalpasti punca murid bertindak
salah laku. Murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah.
Disiplin dapat dikesan melalui murid-murid yang mampu mengawal diri berdasarkan
kepentingan persekitaran. Murid-murid yang mampu mengawal diri sendiri akan
menunjukkan insiatif dan boleh mengambil keputusan yang sewajarnya dan boleh memikul
kewajipan yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain. Disiplin yang
berkualiti dapat dibentuk dengan mengamalkan demokrasi, iaitu guru dan murid bersama-
sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah.
Model ini berpendapat guru berperanan untuk membantu murid mengurangkan salah
laku dengan membantu mereka memahami motif tingkah laku mereka.
Semua tingkah laku pelajar-pelajar seperti tidak mahu menyiapkan kerja rumah, tidak
memberi perhatian dan lain-lain ada sebabnya. Selain itu, manusia adalah organisme yang
berupaya membuat keputusan dan realiti dipersepsikan oleh manusia. Tuntasnya, semua
tingkah laku pelajar-pelajar Erin dapat dijelaskan da Erin berusaha untuk mengatasinya.
Salah satu tingkah laku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Erin ialah enggan
mengambil perhatian semasa kuliah. Sebagai contoh, pada awalnya, Jamal menimbulkan
masalah dengan memprovokatif satu pelajar sekelasnya walaupun Erin sudah mula proses
pegajarannya. Keadaan ini berlaku kerana Jamal ingin menunjukkan bahawa dialah orang
yang berkuasa. Hal ini kerana, dia menganggap dengan cara ini dapat membuktikan
bahawa dia sangat penting. Pelajar-pelajar sebegini juga ada kemungkinan melakukan
tindakan seperti membuat marah, membuat penentangan, menipu, enggan
menyempurnakan tugas, sengaja meninggalkan buku dan lain-lain. Semua tingkah laku
individu ini adalah untuk membuktikan diri sendiri adalah penting kepada sesuatu.
Model akibat logikal Dreikurs telah menerangkan punca berlaku salah laku mencabar
kuasa, iaitu perebutan kuasa antara guru dengan pelajar. Hal ini kerana, tindakan guru yang
menyebabkan pelajar berasa tertekan dan juga dipinggirkan. Oleh itu, mereka bertindak
untuk mencabar kewibawaan guru. Sebelum Erin menjadi guru kelas 203, tindakan guru-
guru lain telah menyebabkan pelajar-pelajar 203 merasa dipinggirkan kerana mereka
dilabelkan sebagai pelajar yang tidak dapat membuat sumbangan kepada masyarakat.
Sebaliknya, menabahkan masalah pada masyarakat.
Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini Erin berusaha untuk mewujudkan suatu
persekitaran pembelajaran yang positf dalam kelas 203. Erin telah menukarkan tempat
duduk Jamal dan pelajar lain untuk mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang
kondusif.
Selain itu, motif atau tingkah laku yang dinyatakan dalam model akibat logikal
Dreikus ialah membalas dendam. Pelajar-pelajar sebegini melakukan apa-apa sahaja untuk
membalas dendam. Hal ini kerana, mereka berasa mereka tidak dilayani secara adil dan
tiada sesiapa yang gemar dengan mereka. Mereka beranggap cederakan orang lain barulah
dapat mencari kedudukan masyarakat mereka.
Sebagai contoh, kebanyakan tindakan pelajar-pelajar Erin bertindak untuk
mencederakan orang lain biarpun dari segi fizikal ataupun mental adalah kerana mereka
merasa mereka tidak dilayani dengan adil. Hal ini dapat dibukti dengan mereka sentiasa
berusaha dengan apa-apa cara untuk membuktikan kaum mereka merupakan kaum yang
paling unggul. Mereka masih berhidup dalam zaman rasisme. Untuk mengatasi masalah ini,
Erin juga berusaha untuk mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang positif
dengan cara mengalihkan fokus mereka ke tempat lain. Erin memberikan setiap pelajarnya
dengan sebuah buku jurnal. Pelajar-pelajar boleh menulis apa-apa sahaja yang hendak
ditulis. Mereka boleh menulis sajak, perasaan mereka dan lain-lain di buku tersebut.
Di samping itu, Erin juga membawa pelajar-pelajarnya pergi ke museum untuk
membuat lawatan. Di museum tersebut mereka dapat tahu pelbagai cerita dan peninggalan
sejarah. Mereka juga dapat mendengar dan melihat saksi sejarah yang masih hidup.
Tindakan ini telah menjadikan mereka semakin dekat dengan satu sama lain. Tuntasnya,
Erin telah berjaya menyedarkan mereka bahawa rasisme membawa banyak tragedi.
Erin telah berjaya membantu pelajarnya menyalurkan emosi negatif kepada tingkah
laku yang lebih positif. Erin telah berjaya menjadikan mereka saling memahami perasaan
rakan-rakan dan juga masyarakat yang sekeliling mereka.
Kesimpulannya, Erin merupakan seorang guru yang berjaya kerana dia telah berjaya
mengubah tingkah laku negatif yang ada pada pelajarnya ke tingkah laku yang positif. Erin
telah berjaya mewujudkan suatu alam belajar yang mampu merangsang minat belajar
pelajarnya dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku.
RUJUKAN
Choong Lean Keow (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
George Koizumi (2012). Analisis Film: Freedom Writers. Muat turun pada 24 Ogos 2015 dari
https://technurlogy.wordpress.com/
Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku .Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Max Thomas (2010). Sinopsis / analisis Film Freedom Writers. Muat turun pada 24 Ogos
2015 dari http://www.perkuliahan.com/sinopsis-film-freedom-writers/
Muhamad Ariff (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Muat turun pada 24
Ogos 2015 dari http://edu3104.webs.com/notakuliah.htm
Noriati A. Rashid dan rakanya (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.