Forum(Tutorial M5)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

isu

Citation preview

Pengerusi Din, Pegawai Jabatan Pendidikan Mili (Panel 1), Pakar Psikoanalyst- Wan (Panel 2), Pengerusi PIBG rainie(Panel 3)-------------------------------------------------------------------------------------------------------Pengerusi : Salam Kasih Sayang dan Salam1 Malaysia. Hadirin sekalian, Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menghadirkan diri dalam Forum Tingkah Laku Prososial Kanak-kanak Hari Ini. Hadirin yang dirahmati Alah sekalian, kita sedia maklum, dewasa ini, terdapat banyak laporan peristiwa yang membabitkan remaja dan juga kanak-kanak dalam kes salah laku. Masalah tingkah laku kanak-kanak dalam kalangan masyarakat boleh dikatakan berada dalam tahap yang agak membimbangkan semua pihak. Di antara kes-kes yang kita telah maklum ialah kes tikam oleh seorang pelajar sekolah rendah, kes bakar bangunan sekolah, kes tembak di Amerika Syarikat yang dilakukan oleh kanak-kanak prasekolah dan banyak lagi. (The Star 2000a, 2000b). Kejadian-kejadian seperti ini mencadangkan bahawa salah satu punca salah laku sosial ialah kekurangan penerapan tingkah laku prososial dalam perkembangan sosioemosi pelajar-pelajar tersebut. Justeru, masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan. Sesuai dengan tajuk forum kita pada kali ini Tingkah Laku Prososial Kanak-kanak Hari Ini dan cara menggalakkannya. Persoalan inilah kunci utama forum yang ingin kita gunakan sebagai salah satu langkah untuk membendung permasalahan ini.Sebelum mengupas tajuk forum hari ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana hadirin sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, adalah saudara/saudari Sharmili Nair yang merupakan Pegawai Jabatan Pendidikan. Apa khabar saudari?Panel Pertama : Aihat Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi macamana? Pengerusi : Sihat juga. Seterusnya ahli panel kedua, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari/ saudara Muhamad Ridhwan yang merupakan Pakar Psikoanalyst. Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, Cik Goh Hui Ping yang berbaju merah merupakan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa. Selamat datang juga buat saudari.Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya sebagai permulaan forum hari ini adalah apakah yang dimaksudkan dengan prososial dan apakah sebenarnya konsep tingkah laku prososial? Dipersilahkan Cik Sharmili untuk menerangkannya.Panel 1: Terima kasih Tuan Pengerusi. Salam sejahtera kepada para hadirin sekalian. Sebagaimana yang kita tahu dalam kehidupan bermasyarakat manusia, sifat tolong menolong adalah merupakan tingkah laku yang penting bagi menjamin kehidupan bermasyarakat yang selesa dan harmoni. Manusia bukan sahaja memberi pertolongan kepada orang-orang yang tidak dikenali tetapi juga kepada orang yang tidak dikenali. Tingkah laku ini dikenali sebagai tingkah laku menolong atau tingkah laku prososial. Untuk menjelaskan konsep tingkah laku prososial ini saya ingin mengungkapkan definisi daripada Brigham (1991), beliau menyatakan tingkah laku prososial meliputi: altruism, murah hati (charity), persahabatan (friendship), kerjasama (cooperation), menolong (helping), penyelamatan (rescuing), pertolongan darurat oleh orang yang terdekat (bystander) intervention), pengorbanan (sacrificing), berbagi/memberi (sharing). Tingkah laku prososial melibatkan pelbagai aktiviti seperti yang disebut tadi. Selalunya tingkah laku prososial dikelilingi dengan altruisme. Kedua-duanya adalah berlainan konsep. Tingkah laku prososial merujuk kepada bentuk-bentuk aktiviti manakala altruisme adalah motivasi untuk menolong orang lain dengan niat yang ikhlas dan memenuhi keperluan orang lain tanpa mengira bagaimana tindakan tersebut akan memberi faedah kepadanya. Contohnya altruisme yang biasa seperti seseorang individu yang memberi derma kepada individu, kumpulan ataupun individu tanpa mengharapkan penghargaan, politik atau peningkatan dari segi ekonomi. Ini menunjukkan aktiviti derma adalah tindakan prososial dan altruisme adalah motivasi untuk melakukan tindakan tersebut. Altruisme juga dirujuk sebagai tingkah laku yang tidak mementingkan diri sendiri. Dengan kata lain, tingkah laku ini terjadi akibat daripada sikap bertanggungjawab dan bermoral. Seseorang yang bertindak menolong tanpa mengharapkan ganjaran sosial, material dan psikologikal dianggap mempunyai sikap altruistik. Secara ringkasnya, untuk memudahkan pemahaman para hadirin, saya mengungkap definisi mengikut Eisenberg and Mussen 1989, Tingkah laku prososial merujuk kepada tindakan sukarela yang bertujuan untuk menolong ataupun memberi faedah kepada individu ataupun individu yang lain. Pengerusi: Terima kasih atas penjelasan daripada Cik Sharmili. Sekarang mari kita mendengar penjelasan daripada panel kedua kita. Panel Kedua: Terima kasih tuan pengerusi. Di sini saya ingin menyatakan beberapa pendapat daripada para ahli psikologi tentang tingkah laku prososial. Menurut Wispe (1981) Tingkah laku prososial adalah tingkah laku yang mempunyai konsekuensi sosial positif iaitu menambah keadaan fizik dan psikologi orang lain menjadi lebih baik. Manakala Sears dkk (1992) mendefenisikan bahawa tingkah laku prososial merupakan tingkah laku yang menguntungkan orang lain. Menurut sears, tingkah laku prososial meliputi segala bentuk tindakan yang dilakukan atau dirancangkan untuk menolong orang lain, tanpa memperhatikan motif si penolong. Mengikut Bar-Tal (1976), tingkah laku prososial merupakan tingkah laku yang dilakukan secara sukarela, menguntungkan orang lain tanpa mengharapkan balasan balik, dan tindakan prososial ini tidak dilakukan untuk dirinya sendiri. Dari beberapa pendapat di atas dapat kita membuat kesimpulan bahawa tingkah laku prososial adalah tingkah laku sosial positif yang menguntungkan, yang ditujukan bagi kesejahteraan orang lain sehingga menjadikan keadaan fizik dan psikologi orang lain menjadi lebih baik, selain itu tindakan prososial dilakukan atas dasar sukarela tanpa mengharapkan balasan baik daripada orang yang ditolong. Dalam psikologi perkembangan, dikatakan bahawa kemampuan seorang anak dalam berbagai hal akan meningkat bersesuaian dengan bertambahnya usia. Beberapa penelitian yang telah dilakukan menyatakan bahawa perkembangan tingkah laku prososial telah dimulai sejak masa anak-anak. Dengan bertambahnya usia seorang anak, maka empatinya terhadap orang lain juga akan semakin berkembang. Pengerusi: Terima kasih Encik Ridwan atas penjelasan tadi. Sekarang dipersilakan Cik Goh untuk menambahkan pandangan atau penjelasan yang lanjut tentang tingkah laku prososial.Panel Ketiga: Terima kasih tuan pengerusi, sebenarnya penjelasan daripada Cik Sharmili dan Encik Ridwan amat lengkap. Kita telah mengetahui bahawa tingkah laku Prososial (Prosocial behavior) adalah segala tindakan menolong yang menguntungkan orang lain, tanpa harus menyediakan suatu keuntungan langsung pada orang yang melakukannya ,dan mungkin membahayakan dirinya sendiri. Yang saya ingin tambahkan sini ialah sebenarnya variasi bagi tingkah laku prososial sangat luas. Pertolongan boleh mulai dari bentuk yang paling sederhana seperti sekadar memberi perhatian sehingga yang paling tinggi, misalnya, mengorbankan diri demi orang lain. Pertolongan yang sederhana yang dapat kita lakukan, mungkin hanya pertolongan biasa seperti memberi tempat duduk anda kepada seorang tua di dalam bas. Ia juga boleh berada dalam bentuk benar-benar dilakukan seperti menyelamatkan seorang budak yang tergelincir di dalam parit atau yang berbentuk dirancang terlebih dahulu seperti menjadi sukarelawan memungut wang derma untuk orang-orang yang kurang bernasib baik. Pertolongan yang berbentuk impulsif pula seperti tindakan seorang wira yang terus meredah ke dalam sebuah rumah terbakar untuk menyelamatkan kanak-kanak yang sedang menjerit kepanasan. Hal yang demikian, adalah jelas bahawa tingkah laku prososial mempunyai pelbagai peringkat, ada yang tinggi dan ada yang rendah.Pengerusi : Terima kasih kepada panel kita atas penjelasan tadi. Sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa tingkah laku prososial berkait rapat dengan kejujuran untuk menolong di mana sesuatu pertolongan itu dilakukan tanpa niat untuk mendapatkan balasan. Semangat seperti inilah yang perlu disemai dalam diri setiap individu khususnya dalam kalangan kanak-kanak dari kecil kerana bak pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Sebentar tadi Cik Goh ada menyatakan bahawa tingkah laku prososial boleh berada dalam pelbagai peringkat. Justeru, saya ingin menanyakan ahli panel kita yang kedua iaitu Encik Ridhwan secara lanjut mengenai jenis-jenis tingkah laku prososial kanak-kanak dari sudut psikologi.Panel 2: Terima kasih tuan pengerusi. Menurut ahli psikologi Sandra Anselmo, terdapat dua jenis tingkah laku prososial iaitu kerjasama dan pengorbanan. Kerjasama bermaksud berkerjasama untuk mencapai 1 matlamat. Bronfenbrenner (1970) telah menyatakan kerjasama menggalakkan pemikiran kita manakala Persaingan menggalakkan pemikiran saya. Bagi pengorbanan pula adalah tingkah laku yang menguntungkan orang lain dan tidak memanfaatkan atau memberi sebarang faedah kepada pihak yang melakukan tidakan tersebut. Perkembangan tingkah laku prososial melibatkan kompetensi kognitif, emosi dan kemahiran lain untuk memperkembangkan kemahiran prososial. Sebagai contoh, untuk melakukan tindakan prososial, kanak-kanak perlulah mempunyai kebolehan untuk berempati seperti menunjukkan perasaan prihatin terhadap mereka yang lemah dan cenderung untuk menunjukkan sikap membantu dan bekerjasama. Tingkah laku untuk bekerjasama dan keinginan untuk berkongsi boleh dipertingkatkan melalui teladan dan peneguhan. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting dalam memupuk tingkah laku sosial dalam kalangan murid.Pengerusi: Terima kasih atas penerangan panel 2 sebentar tadi. Forum diteruskan lagi kepada panel kita yang pertama dengan persoalan apa yang boleh dilakukan untuk menggalakkan tingkah laku prososial dalam kalangan kanak-kanak prasekolah? Cik Sharmili dipersilakan.Panel 1: Menurut kajian, perkaitan antara individu yang menolong dalam satu situasi adalah tidak begitu berkait dengan tahap prososial individu tersebut dalam situasi yang lain. Norma personaliti pada individu yang berasaskan perasaan akan mempengaruhi individu menolong orang lain. Contohnya individu yang menderma darah, tingkah laku ini dipengaruhi oleh norma personaliti seseorang individu itu. Bukan hanya personaliti yang mempengaruhi seseorang memberi pertolongan ia juga bergantung kepada situasi yang dilalui. Kebiasaannya manusia menunjukkan tingkah laku prososial terhadap sesuatu keadaan disetopikkan oleh pengaruh psikologi yang pernah dialami. Pengaruh psikologi banyak mempengaruhi cara manusia bertindak terhadap sesuatu keaadaan dan suasana yang melibatkan aktiviti sosial. Pengaruh psikologi ini terbahagi kepada 3 faktor iaitu faktor emosi atau perasaan, faktor keperibadian dan faktor situasi atau keadaan semasa. Ini jelas dilihat bahawa individu yang berbeza akan membantu dalam situasi yang berbeza.Hal yang demikian, untuk menggalakkan tingkah laku prososial dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, guru prasekolah perlulah menerapkan emosi positif dalam kalangan mereka dahulu. Kesan emosi akan mendorong manusia bertindak dalam keadaan di luar dugaan. Kesan emosi tersebut dapat dilihat dari aspek perasaan empati, perasaan bersalah dan simpati serta motivasi untuk menolong. Perasaan empati membolehkan seseorang meletakkan diri dalam keadaan orang lain dan bertindak sebagai pendorong seseorang itu untuk menolong orang lain. Manakala perasaan bersalah dan simpati membolehkan dan memudahkan seseorang membantu untuk meringankan tekanan yang dialami oleh orang lain. Motivasi untuk menolong pula biasanya berdasarkan motif atau matlamat yang tertentu yang mungkin dalam bentuk ganjaran, penghormatan dan pujian. Jika dicapai matlamat atau motif maka keinginan untuk menolong adalah tinggi dan begitulah sebaliknya.Pengerusi: Terima kasih Cik Sharmili. Jadi tadi panel kita telah menerangkan tngkah laku prososial dipengaruhi oleh 3 faktor utama iaitu aspek perasaan empati, perasaan bersalah dan simpati serta motivasi untuk menolong dan ia berkembang beransur-ansur melalui peredaran masa. Tidak dapat dinafikan personaliti merupakan penentu tingkah laku, oleh itu kita harus bertindak awal dengan memupuk tingkah laku prososial dalam kalangan murid prasekolah. Namun disebalik fenomena yang memperlihatkan tingkah laku manusia yang suka menolong ada pula ketikanya kita perhatikan tingkah laku manusia yang tidak mahu menolong misalnya kerap juga kita mendengar kisah-kisah manusia dipukul, dirompak, ditipu, disiksa malah dibunuh di khalayak ramai terus dibiarkan, orang-orang yang berada di situasi tersebut hanya memerhati dan tidak menolong. Mengapakah kadang-kadang manusia gagal menolong di dalam situasi yang benar-benar memerlukan bantuan seperti ini? Apa yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan sifat menolong? Saya ingin mengemukakan persoalan ini kepada Encik Ridhwan.Panel 2: Terima kasih tuan pengerusi atas persoalan tadi. Terutama sekali, saya amat bersetuju dengan Cik Sharmili bahawa perkaitan antara individu yang menolong dalam satu situasi adalah tidak begitu berkait dengan tahap prososial individu tersebut dalam situasi yang lain. Terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi sama ada seseorang itu melakukan tingkah laku prososial. Antara faktor situasi yang menentukan sama ada seseorang itu akan memberikan pertolongan atau pun tidak termasuk keadaan persekitaran, tekanan masa dam kehadiran orang lain serta galakan membantu. Kesemua faktor-faktor tersebut akan menjejas keinginan seseorang menolong. Jadi mengapa seseorang gagal menolong di dalam situasi yang benar-benar memerlukan bantuan? Satu persoalan yang baik. Latane dan Darley (1970)menamakan ini sebagai kesan bystander. Kesan Bystander boleh diterangkan dalam tiga aspek iaitu kesamaran dalam pentafsiran ke atas situasi, kebimbangan penilaian dan penyebaran tanggungjawab. Dalam proses pengambilan keputusan untuk melakukan tingkah laku prososial, seseorang itu harus mengetahui bahawa ada seseorang yang membutuhkan bantuan. Selanjutnya, penolong mungkin menentukan apakah akan dibantu atau tidak, dan bagaimana cara memberi bantuan tersebut. Keputusan tersebut juga bergantung pada dua pertimbangan. Pertama, penolong mungkin menunjukkan rasa tanggung jawab terhadap orang yang memerlukan bantuan, yang kedua, penolong menganalisis berapa besar reward yang diterima setelah memberikan pertolongan. Pada saya, pertimbangan tersebut adalah wajib namun kadang-kala ia boleh mempengaruhi bagaimana kita mendefinisikan situasi dan pentafsiran kita terhadap situasi akan mempengaruhi kita menolong atau tidak. Kadang-kala ada kemungkinan pentafsiran yang salah akan berlaku.Jadi apa yang boleh kita buat untuk meningkatkan tingkah laku prososial ini dalam kalangan masyarakat kita? Saya berasa ia berkait rapat dengan norma sosial. Menurut perspektif norma sosial terdapat beberapa norma sosial yang mempengaruhi tingkah laku prososial iaitu Norma timbal balik (Reciprocity), Norma tanggungjawab sosial, Norma kesamaan dan keadilan dalam pengagihan, Norma sosial dan norma peribadi. Norma sosial amat penting bagi individu atau kumpulan dalam memberi sebarang bantuan kepada sesiapa yang memerlukan. Sebagai contoh, Norma timbal balik (Reciprocity) dalam norma sosial ialah tingkah laku yang dilakukan oleh individu A menolong individu B disetopikkan individu B pernah menolong individu A. Norma sosial jenis ini adalah universal dan saling melengkapi antara satu sama lain dengan bahagian kod moral dan semua budaya. Oleh itu, kita sepatutnya menekankan norma sosial mengenai tanggungjawab sosial, bertindak menolong, dan seterusnya memberikan peneguhan pada tingkah laku kanak-kanak. Memandangkan sebahagian besar daripada peranan sosialisasi dan pengembangan aspek sosioemosi kanak-kanak adalah dimainkan oleh institusi-institusi pendidikan prasekolah. Maka guru prasekolah perlulah memainkan peranan untuk menanamkan tingkah laku prososial dalam kalangan murid prasekolah.Pengerusi: Terima kasih Encik Ridhwan, sekarang saya ingin melanjutkan persoalan kepada Cik Goh selaku pengerusi PIBG, apakah yang akan anda lakukan atau cadangkan untuk meningkatkan tingkah laku prososial dalam kalangan kanak-kanak prasekolah? Dipersilakan.Panel 3: Terima kasih tuan pengerusi. Sememangnya, dilihat secara objektif, penerapan tingkah laku prososial amat penting bukan sahaja bagi kanak-kanak berkenaan, tetapi juga untuk kesejahteraan jangka panjang keluarga dan masyarakat yang bakal dianggotai oleh kanak-kanak itu. Namun ketidak-seragaman pelaksanaan pelbagai aspek dalam program prasekolah yang sedia ada di negara ini tidak dapat memberi jaminan yang kanak-kanak disediakan dengan program yang akan mengambil kira perkembangan menyeluruh mereka, iaitu termasuk perkembangan tingkah laku prososial mereka. Kebanyakkan orang beranggapan bahawa tingkah laku prososial ini secara kebetulan sebagai hasil daripada proses kematangan dan perkembangan kanak-kanak. Namun mengikut Albert Bandura, kebanyakkan tingkah laku kanak-kanak dipelajari dengan cara memerhatikan tingkah laku orang lain. Melalui pemerhatian hubungan antara tingkah laku model dan hasil atau kesan daripada tingkah laku tersebut, kanak-kanak akan cuba mengaitkannya secara kognitif. Seterusnya kanak-kanak akan dapat menjangkakan bahawa sesuatu tingkah laku menolong seharusnya akan membawa kepada perasaan gembira dan juga ganjaran-ganjaran intrinsik yang lain. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh memperkenalkan anugerah tokoh pelajar pada setiap bulan. Anugerah ini diberi kepada pelajar-pelajar yang bersikap mulia dan banyak menghulurkan bantuan kepada guru-guru. Anugerah ini adalah merupakan ganjaran kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan sikap yang baik. Pendekatan ini juga ada dalam Teori Tingkahlaku iaitu dalam pembentukan sikap yang positif ia akan diperkuatkan dengan faktor ganjaran. Dengan memberi ganjaran kepada kanak-kanak adalah satu bentuk galakan yang boleh menanamkan sikap untuk menolong orang lain dalam kalangan mereka. Selain itu, guru juga boleh menanamkan tingkah laku prososial di kalangan murid melalui aktiviti yang bermakna. Antara aktiviti yang dapat membantu dalam pembentukan tingkah laku prososial adalah memainkan peranan atau berlakon sesuatu adegan pilihan yang mengandungi pengajaran positif. Sebagai contoh, membantu orang buta menyeberangi jalan, memberi tempat duduk kepada orang tua dan sebagainya. Selain itu, guru juga boleh merancangkan aktiviti yang memberi peluang kanak-kanak membina semangat dan sikap positif. Sebagai contoh, aktiviti membuat sandwich untuk dimakan dalam kumpulan. Aktiviti ini boleh memupuk ciri-ciri kesabaran , tekun dan bekerjasama dalam kalangan kanak-kanak. Guru prasekolah juga boleh merancang aktiviti yang memupuk perasaan empati kanak-kanak seperti bercerita satu situasi di mana mereka perlu melakukan tingkah laku prososial dan memberi peluang kanak-kanak memberi respon masing-masing terhadap situasi yang diceritakan. Akhir kata saya, kita masih boleh menyelamatkan generasi akan datang, jika kita ambil langkah dan tindakan yang wajar untuk membentuk di peringkat rebunglagi. Justeru itu, amat penting kita berikan tumpuan kepada program dan aktiviti yang mengambil kira aspek perkembangan sosioemosi kanak-kanak, agar mereka yang keluar dari program prasekolah tersebut akan memiliki tingkah laku prososial yang dapat memanfaatkan masyarakat kita. Sekian daripada saya.Pengerusi: Terima kasih atas penerangan daripada panel kita. Tidak dapat dinafikan bahawa zaman awal kanak-kanak ialah masa genting untuk pembentukan segala emosi yang positif khususnya tingkah laku prososial. Walau bagaimanapun, dalam usaha mendorong manusia untuk menolong, kita juga perlulah mempelajari teknik-teknik menolong agar pertolongan yang diberikan bersesuaian dengan keadaan, masa dan keperluan pada masa tersebut. Tidak semua keadaan dan tidak semua orang suka atau mahu menerima pertolongan lebih-lebih lagi jika pada masa tersebut pertolongan tidak dikehendaki. Pertolongan yang diberi mungkin akan disalah anggap dan boleh menimbulkan kemarahan. Oleh yang demikian dalam memberikan pertolongan setiap individu perlu berhati-hati agar pertolongan yang diberikan dapat diterima dan tidak disalah anggap. Sampailah ke hujung forum kita hari ini, terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi memberi penerangan tentang topik kita hari ini. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini.Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan.