28
Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam PENGURUSAN KURIKULUM TASAWWUR ISLAM 1. LATAR BELAKANG 1.1 Tasawwur Islam(TI) adalah salah satu mata pelajaran elektif Pengajian Islam yang ditawarkan kepada semua pelajar sekolah menengah peringkat SPM sama ada Islam atau bukan Islam. 1.2 Mata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. 1.3 Sukatan Pelajaran Tasawwur Islam ini belum disemak sejak ianya mula diperkenalkan sehinggalah pada semakan ini. 1.4 Semakan ini dibuat atas arahan Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 27 Januari 1999. Semakan bertujuan mempertingkatkan keberkesanan PI serta memberi penekanan kepada pembinaan tamadun, kemajuan dan pembangunan Islam secara menyeluruh. 1.5 Hasil daripada mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan perbincangan dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, semakan Sukatan Pelajaran Tasawwur Islam telah dibuat pada tahun 1999. 7

Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

  • Upload
    lengoc

  • View
    251

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam

PENGURUSAN KURIKULUM TASAWWUR ISLAM

1. LATAR BELAKANG1.1 Tasawwur Islam(TI) adalah salah satu mata pelajaran

elektif Pengajian Islam yang ditawarkan kepada semua pelajar sekolah menengah peringkat SPM sama ada Islam atau bukan Islam.

1.2 Mata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993.

1.3 Sukatan Pelajaran Tasawwur Islam ini belum disemak sejak ianya mula diperkenalkan sehinggalah pada semakan ini.

1.4 Semakan ini dibuat atas arahan Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 27 Januari 1999. Semakan bertujuan mempertingkatkan keberkesanan PI serta memberi penekanan kepada pembinaan tamadun, kemajuan dan pembangunan Islam secara menyeluruh.

1.5 Hasil daripada mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan perbincangan dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, semakan Sukatan Pelajaran Tasawwur Islam telah dibuat pada tahun 1999.

1.6 Pada tahun 2002 pihak Jawatankuasa Kurikulum Pusat meluluskan Sukatan Pelajaran semakan semula dan memutuskan perlaksanaannya mulai tahun 2003.

1.7 Kandungan mata pelajaran ini lebih tertumpu kepada memahami konsep Tasawwur Islam, tidak menumpukan aspek peribadahan dalam Islam. Tumpuan ini sesuai dengan kedudukan Malaysia sebagai negara yang terdiri

7

Page 2: Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam

daripada berbilang kaum, agama dan kebudayaan serta selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. STATUS2.1 Perlembagaan Malaysia :

Perkara 3. (1) agama Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara 12. (3) tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.

2.2 Akta Pendidikan 1996 :Seksyen 50. (1) jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.Seksyen 51. (b) tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapanya.

2.3 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 :Perkara 3 (2) Kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi mata pelajaran yang berikut :Jadual 9 : Mata Pelajaran Elektif Peringkat Menengah

Atas Kumpulan IV ( Pengajian Islam )(a) Tasawwur Islam;(b) Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah; dan

8

Page 3: Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam

(c) Pendidikan Syariah Islamiah.Jadual 14 : Peruntukan Waktu Minimum Seminggu Peringkat Tasawwur Islam : 4

3. ORGANISASI SUKATAN PELAJARAN 3.1 Matlamat

Matlamat mata pelajaran Tasawwur Islam adalah untuk memperluas dan memperkukuh kefahaman pelajar tentang pandangan hidup Islam serta memantapkan pegangan mereka terhadap nilai-nilai hidup Islam agar mereka menjadi manusia yang berilmu dan berakhlak mulia.

3.2 ObjektifObjektif mata pelajaran Tasawwur Islam supaya pelajar dapat:3.2.1 Memahami pandangan hidup Islam yang benar,

lengkap dan menyeluruh.3.2.2 Memahami peraturan dan perundangan Islam

yang telah ditetapkan.3.2.3 Memahami bagaimana menyelesaikan masalah

kehidupan dengan rasional dan bijaksana.3.2.4 Memahami bahawa cara hidup Islam boleh

diamalkan dan dihayati3.2.5 Menjadi seorang insan yang bertanggungjawab

dan sedia berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

3.3 Organisasi KandunganPemikiran Islam adalah berasaskan kepada wahyu dan akal. Sumber wahyu yang terangkum di dalam al-Quran al-Karim dan al-Sunnah Rasullullah s.a.w. menjadi asas mencorak pemikiran dan pegangan hidup setiap muslim.

9

Page 4: Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam

Di samping itu, akal fikiran boleh digunakan selagi tidak bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.Pandangan hidup Islam merangkumi unsur-unsur Ketuhanan (Rabbaniyyah), Lengkap (Syumuliyyah), Benar dan Nyata (Waqi’iyyah), Sarwajagat (‘Alamiyyah) dan Luwes (Murunah).Konsep dan asas-asas pemikiran yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah, dapat mewujudkan sistem dan bentuk pemerintahan, pentadbiran, kehakiman, ekonomi dan sosial yang menjamin kesejahteraan hidup individu dan masyarakat.Kefahaman yang lengkap tentang Islam dan kesungguhan melaksanakannya, menjadikan setiap individu bersedia untuk menerima dan menjayakan ajaran Islam. Pengetahuan dan penjelasan yang sahih membolehkan setiap individu memahami fadhilat dan hikmat setiap peraturan yang terkandung di dalam perundangan Islam. Mata pelajaran ini disusun secara berperingkat dengan menumpukan perhatian kepada asas pemikiran dan pandangan hidup Islam. Diikuti dengan sistem hidup Islam yang ditumpukan kepada institusi-institusi asas yang bercorak siasah dan sosio-ekonomi. Akhirnya dikemukakan cara-cara untuk menyelesaikan masalah berpandukan kaedah dan pendekatan Islam.

3.4 Kandungan Sukatan Pelajaran 3.4.1 Asas Pemikiran Islam

3.4.1.1 Ketuhanan, Kerasulan, Insan dan Alam.

a. Konsep ketuhanan.b. Konsep kerasulan.c. Konsep kejadian insan.

10

Page 5: Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam

d. Konsep alam.e. Tanggungjawab memelihara dan

memulihara alam.3.4.1.2 Kedudukan Wahyu dan Akal.

a. Islam berteraskan wahyu.b. Islam adalah lengkap dan meliputi

semua aspek kehidupan.c. Tiada keraguan dalam Islam.d. Wahyu adalah sumber ilmu Islam yang

bersifat azali.e. Kedudukan dan peranan akal serta

hubungannya dengan wahyu. 3.4.1.3 Bimbingan al-Quran kepada Akal.

a. Akal berfungsi di bawah naungan wahyu.

b. Tindak tanduk akal boleh diterima sekiranya tidak bercanggah dengan tuntutan wahyu.

3.4.1.4 Bimbingan Hadis kepada Akal.a. Peranan dan kedudukan Hadis sebagai

panduan dan ikutan.b. Hadis sebagai sumber perundangan.

3.4.1.5 Pengaruh yang merosakkan pemikiran muslim.

a. Pengaruh luar dan dalam yang bertentangan dengan ajaran Islam.

b. Ketidakupayaan segolongan umat Islam membezakan unsur-unsur budaya asing yang tidak bercanggah dan yang

bercanggah dengan ajaran Islam.c. Ajaran sesat yang lahir dari kejahilan

umat Islam sendiri.

11

Page 6: Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam

3.4.2 Pandangan Hidup Islam3.4.2.1 Rabbaniyyah ( Ketuhanan )

a. Islam adalah agama Allah yang diturunkan kepada Nabi Adam a.s. sehingga kepada Nabi Muhammad s.a.w.

b. Kitab suci al-Quran adalah pedoman dan panduan sepanjang masa.

c. Sifat al-Quran yang azali dan terpelihara , tetap kekal dan tidak berubah.

3.4.2.2 Syumuliyyah ( Lengkap )a. Islam agama Rabbani yang bersifat

syumul, sesuai di setiap tempat, masa dan keadaan.

3.4.2.3 Waqi’iyyah ( Benar dan Nyata )a. Islam agama Allah yang praktikal.b. Ajaran Islam mampu dilaksanakan oleh

semua golongan masyarakat.3.4.2.4 Alamiyyah ( Sarwajagat )

a. Islam sesuai untuk semua individu, masyarakat dan bangsa di seluruh dunia.

3.4.2.5 Murunah ( Luwes )a. Islam agama yang mudah dan tidak

menyusahkan.b. Islam mengharuskan sesuatu perkara

selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.

3.4.3 Institusi Islam3.4.3.1 Sistem Pemerintahan Islam.

a. Matlamat, ciri dan pembentukan pemerintahan Islam.

b. Tanggungjawab pemimpin dan rakyat dalam negara Islam

12

Page 7: Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam

3.4.3.2 Sistem Kehakiman Menurut Islama. Kehakiman berlandaskan al-Quran dan al-

Hadis.b. Kepentingan sistem kehakiman dalam

Islam.3.4.3.3 Sistem Sosial Menurut Islam

a. Hubungan manusia dengan Allah.b. Hubungan sesama manusia dan makhluk.

3.4.4 Ekonomi Islam 3.4.4.1 Islam dan Harta

a. Harta adalah amanah Allah.b. Memperolehi dan membelanjakan

harta.3.4.4.2 Islam dan Hak milik

a. Islam mengiktiraf hak milik.b. Larangan menceroboh harta orang lain.

3.4.4.3 Islam dan Pekerjaana. Galakan bekerja.b. Bekerja kerana Allah.

3.4.4.4 Falsafah dan Sistem Muamalah Islama. Pengertian muamalah menurut Islam.b. Kepentingan muamalah.c. Jenis-jenis muamalah.

3.4.5 Falsafah Perundangan Islam3.4.5.1 Perundangan Islam

a. Makna perundangan Islam dan falsafah.

b. Pengertian qada`,fiqah, ijtihad dan fatwa.

c. Matlamat perundangan Islam.d. Pengertian hukum, wajib, haram, sunat,

makruh dan harus.

13

Page 8: Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam

e. Hikmat kefarduan sesuatu hukum.3.4.5.2 Falsafah Ibadah Dalam Islam

a. Pengertian ibadah.b. Konsep dan falsafah ibadah.c. Munakahat dan jinayat.

3.4.6 Penyelesaian Masalah3.4.6.1 Asas dan pertimbangan penyelesaian masalah

menurut Islam. 3.4.6.2 Cara penyelesaian masalah.

3.4.6.3 Isu dan masalah serta cara penyelesaian menurut Islam.

3.3.6.4 Kelebihan menyelesaikan masalah menurut Islam.

4. ORGANISASI HURAIAN SUKATAN PELAJARANHuraian Sukatan Pelajaran (HSP) Tasawwur Islam disediakan sebagai bahan panduan untuk perancangan guru, penggubal ujian, penulis buku teks dan sebagainya.4.1 HSP Tasawwur Islam mengandungi:

a. Bidang Pelajaran (BP): BP mengandungi tajuk-tajuk seperti dalam kandungan sukatan pelajaran. Ia diletakkan dilajur pertama seperti di dalam jadual .

b. Hasil Pembelajaran (HP): Kenyataan atau keterangan mengenai kesan atau hasil dari proses pembelajaran yang dialami oleh murid sama ada kesan berbentuk implisit (dalaman) atau eksplisit

(luaran). Ia dapat dinyatakan dalam bentuk umum berdasarkan :i. Bidang

a. Kognit i f tentang pencapaian pengetahuan dan perkembangan hasi l intelek.

b. Afekt i f tentang perkembangan perlakuan dalam minat, s ikap, ni lai , rohani dan emosi.

14

Page 9: Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islamc. Psikomotoror

kebolehan amali dan perkembangan jasmani.

i i . Aras a. Satu Aras yang paling asas / minimum dan perlu dikuasai oleh semua murid.

b. Dua aras yang lebih mencabar daripada aras 1 dan akan dikuasai oleh murid berpencapaian baik.

c. Tiga aras yang lebih mencabar daripada aras 2 dan akan dikuasai oleh murid berpencapaian cemerlang.

c. Cadangan Pengalaman Pembelajaran (CPP) ialah cadangan aktiviti yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk mencapai HP. Ia hendaklah digunakan sebagai panduan untuk pengembangan pelajaran oleh guru dan pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh mengubahsuai atau memilih teknik atau aktiviti lain yang sesuai dengan kebolehan murid. Ia diletakkan di lajur ketiga seperti dalam Jadual di bawah ( peserta dan penceramah merujuk Huraian Sukatan Pelajaran).

BIDANG PELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN HASIL PEMBELAJARAN

1.Asas Pemikiran Islam

1.1 Ketuhanan, kerasulan insan, alam dan tanggungjawab memelihara dan memulihara alam.

Aras 1Murid dapat:

1. Menyatakan pengertian Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma Wa Sifat.

2. Mengetahui bahawa Allah mempunyai 99 nama.

3. Mengetahui hikmah

1. Memerhatikan kejadian alam dan makhluk ciptaan Tuhan.

2. Perbincangan /soal jawab :i takrif

konsep ketuhanan

ii bukti kekuasaan Allah.

iii kepentingan

15

Page 10: Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

Pengurusan Kurikulum Tasawwur IslamBIDANG PELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN HASIL PEMBELAJARAN

1.2 Konsep ketuhanan.

disebalik 99 nama Allah.

4. Memahami bahawa beragama fitrah manusia.

5. Mengetahui dalil aqli dan naqli tentang kewujudan dan kekuasaan Allah.

6. Menghormati agama-agama dan kepercayaan lain.

Aras 2 Murid dapat :1. Menghuraikan

sifat Rububiyyah , Uluhiyyah dan Asma Wa Sifat.

2. Menerangkan bukti-bukti beragama fitrah manusia.

3. Mensyukuri nikmat beragama .

Aras 3 Murid dapat:1. Membezakan

antara sifat Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma Wa Sifat.

2. Menjelaskan kelebihan orang yang beragama dengan tidak beragama.

3. Menjelaskan peranan agama dalam pembangunan tamadun

beragama

3. Mempamerkan Asma al Husna

4. Kajian perpustakaan :i.definisi fitrahii. membuktikan

beragama adalah fitrah manusia

5. Lawatan ke Pusat Sains Negara

6. Tayangan video dan slaid bertajuk “ National Geographic”

7. Mengalunkan nasyid Asma’ ul Husna

8. Bercerita tentang kisah nabi Ibrahim berdasarkan ayat 75 – 79 Surah al-An’am

9. Pelajar menyediakan teks ucapan,forum, seminar dan kuiz tentang peranan agama dalam kehidupan manusia.

10. Peta minda perbezaan ciri / sifat ciptaan Allah S.W.T dengan ciptaan manusia

16

Page 11: Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

Pengurusan Kurikulum Tasawwur IslamBIDANG PELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN HASIL PEMBELAJARAN

manusia.

5. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPengajaran dan Pembelajaran Tasawur Islam perlulah menjurus kepada butiran seperti berikut:5.1. Isi sukatan Tasawwur Islam mestilah dijelaskan,

dikembangkan dan dikaitkan dengan kes-kes dan isu-isu terkini.

5.2. Menekankan konsep, falsafah dan hikmah dalam setiap tajuk berasaskan dalil naqli dan ‘akli.

5.3. Guru sebagai pemudah cara, kaunselor, pencetus idea dan tempat rujukan dalam rutin kehidupan pelajar.

5.4. Pelajar mesti memberikan tumpuan kepada setiap tajuk dan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti

yang dijalankan.5.1Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

i. Penerangan.ii. Perbincangan dan pembentangan.iii. Sumbangsaran.iv. KBKK.v. Mengimbas kembali.vi. Simulasi.vii. Mengumpul bahan ( kajian perpustakaan ).viii. Menulis esei (rencana).ix. Lawatan.x. Menulis buku skrap.xi. Tunjuk cara ( Demonstrasi).xii. Perbahasan.xiii. Inkuiri / Penemuan.xiv. Kaji selidik.xv. Latih tubi.

17

Page 12: Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam

xvi. Bermain.xvii. Pertandingan.xviii. Projek.

5.2Cadangan Bahan Bantu Mengajar.a. Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) bermaksud alat

bantu atau ransangan yang digunakan guru semasa sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat menerima pembelajaran dengan cepat dan membantu mereka membuat sesuatu konsep, kesimpulan atau hukum dengan tepat.

b. Apabila guru memilih sesuatu BBM, mereka mestilah mengetahui jenis BBM, cara penggunaannya yang paling berkesan dan faedah yang akan diperolehi pelajar. Selain daripada itu, mereka perlu menentukan penggunaan BBM bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran dengan teliti supaya ia tidak mencacatkan proses pengajaran.

Antara BBM yang disarankan serta dicadangkan di dalam penulisan buku teks ialahi. Videoii. Radio Kasetiii. OHPiv. Filem Slaidv. Multimediavi. Keratan akhbar/ majalahvii. Kad imbasanviii. LCDix. Komputer.

6. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN6.1 Matlamat peperiksaan untuk menilai sejauh mana

penguasaan pencapaian objektif mata pelajaran dan

18

Page 13: Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam

mentafsir pengetahuan serta kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

6.2 Penilaian Tasawwur Islam di peringkat sekolah dilaksanakan mengikut format Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) manakala peperiksaan awam mengikut format Sijil Pelajaran Malaysia yang diuruskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Antara lain PKSM mempunyai ciri-ciri seperti berikut:a. Bersifat formatif.b. Pengesanan perkembangan individu secara

komprehensif ( jasmani, emosi, rohani dan intelek)c. Berterusan dan bersistem.d. Pelbagai kaedahe. Berasaskan rujukan kriteria.f. Dikendalikan oleh guru.g. Membuat tindakan susulan.

6.3 Format Pentaksiran Mata Pelajaran Tasawwur Islam 6.4.1. Pengenalan

Tasawwur Islam merupakan salah satu mata pelajaran elektif Pengajian Islam yang ditawarkan kepada semua pelajar sekolah menengah peringkat SPM samada Islam atau bukan Islam.Penyemakan semula sukatan pelajaran bagi mata pelajatran Tasawwur Islam sekolah menengah tersebut telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kurikulum Pusat pada tahun 2002 dan akan dilaksanakan pada tahun 2003. Perekaan instrumen pentaksiran berdasarkan Sukatan Pelajaran yang disemak semula telah diadakan oleh Lembaga Peperiksaan mulai mei 2002.Pembinaan instrumen tersebut berdasarkan piawaian jadual spesifikasi ujian yang bertujuan

19

Page 14: Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam

menjamin mutu,kesetaraan,kesahan dan kebolehpercayaan skor ujian.

6.4.2. Asas-Asas PertimbanganAntara aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses perekaan bentuk format pentaksiran ialah:6.4.3. Kesahan

Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) direalisasikan berdasarkan objektif mata pelajaran Tasawwur Islam 2002. Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran,aras kesukaran,konteks dan situasi. Kandungan instrumen pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam mata pelajaran berkenaan seperti yang dihasratkan oleh kurikulum.

6.4.4. KebolehpercayaanKebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan. Satu spesifikasi ujian direkabentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian yang diikuti dalam pembinaan instrumen. Ini bertujuan supaya instrumen pentaksiran yang dihasilkan itu tepat,setara dan tekal.

20

Page 15: Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam

6.4.5. KebolehlaksanaanFormat pentaksiran ini telah mengambil kira aspek-aspek yang memastikan pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan.

6.4.6. Penjaminan kualitiBeberapa keperluan pentaksiran diambilkira dalam perekaan format pentaksiran bagi menepati tahap kualitiyang dihasratkan

6.4.7. Keserasian dengan kehendak kurikulumFormat pentaksiran dan jenis item yang dicadangkan berpaksi kepada pengetahuan dan kemahiran yang ingin diperkembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Tasawwur Islam.

6.4.8. KelulusanLembaga Peperiksaan, Kementerian pendidikan Malaysia telah menyediakan format pentaksiran bagi mata pelajaran Tasawwur Islam mulai februari 2003. Format tersebut telah diluluskan dalam Mesyuarat Kurikulum Pusat, Kementerian Pendidikan Malaysia,.

6.4.9. OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) MATA PELAJARAN TASAWWUR ISLAMOP 1: Pengetahuan dan kefahaman tentang

pandangan hidup Islam.OP 2: Pengetahuan dan kefahaman tentang

perundangan Islam.OP 3: Pengetahuan dan kefahaman tentang

kaedah penyelesaian masalah dalam Islam.

21

Page 16: Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam

OP 4: Pengetahuan dan kefahaman tentang cara hidup Islam.

OP 5: Penghayatan tentang cara hidup Islam.OP 6: Mempunyai sikap bertanggungjawab

kepada agama,bangsa dan negara.OP 7: Mempunyai sikap sedia berkorban untuk

agama,bangsa dan negara. 6.4.10. ARAS KESUKARAN ITEM

Item-item yang dikemukakan mempunyai tiga aras iaitu:a. Aras R: Item yang mempunyai aras

kesukaran rendah.b. Aras S: Item yang mempunyai aras

kesukaran sederhana.c. Aras T: Item yang mempunyai aras

kesukaran yang tinggi.6.4.11. FORMAT PENTAKSIRAN

Pentaksiran Tasawwur Islam SPM 2004 menggunakan dua instrumena. Kertas 1 (5226/1)

Kertas satu berbentuk ujian objektifb. Kertas 2 (5226/2)

Kertas 2 berbentuk ujuan subjektif Perincian Format Instrumen Pentaksiran sila lihat Lampiran 1

6.4.12. KERTAS SOALAN CONTOHKertas soalan contoh bagi 5226/1 dan 5226/2

disertakan.Penerangan di akhir setiap item adalah merujuk kepada perkara-perkara berikut: i Konstruk - Perkara yang ditaksirii Konteks - Kandungan/Topik di dalam

22

Page 17: Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam

sukatan pelajaraniii

Aras - Aras kesukaran Item iaitu R (Aras Rendah), S (Aras Sederhana), atau T(Aras Tinggi)

Penerangan tersebut adalah bagi tujuan makluman dan tidak akan diterakan dalam kertas soalan sebenar. i. Contoh yang dibekalkan bertujuan memberi

idea kepada pengguna tentang kepelbagaian konstruk, konteks dan aras yang ditaburkan

pada keseluruhan kertas soalan berdasarkan piawaian spesifikasi ujian.

ii. Pembinaan instrumen setiap tahun adalah mengikut satu dokumen spesifikasi ujian piawai. Wajaran konstruk dan aras kesukaran adalah

mengikut spesifikasi ujian tersebut tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza.

iii. Kertas Soalan Contoh bagi 5226/1 adalah seperti dalam Lampiran 2

iv. Kertas Soalan Contoh bagi 5226/2 adalah seperti dalam Lampiran 2

7. PENGURUSAN PANITIA

Pengurusan Panitia Tasawwur Islam di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan Panitia Tasawwur Islam merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan.

7.1. Objekt i f

23

Page 18: Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam

7.1.1. Mempertingkatkan pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia Tasawwur Islam di sekolah.

7.1.2. Mempertingkatkan kerjasama dan muafakat guru-guru Tasawwur Islam untuk merancang, melaksanakan, menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan.

7.1.3. Menggembleng tenaga guru Tasawwur Islam dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti panitia.

7.1.4. Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah, kekangan dan hambatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.

7.1.5 Berusaha untuk mempertingkatkan pendokumentasian data / maklumat berkaitan dengan Tasawwur Islam di sekolah.

7.1.6 Carta Organisasi Jawatakuasa Panitia lihat lampiran

7.2. Peranan Panitia Mata Pelajaran.7.2.1 Memperoleh sukatan dan huraian sukatan pelajaran

terkini7.2.2 Menyediakan dan menyelaras rancangan pelajaran7.2.3 Memilih dan mengadakan buku teks dan buku kerja jika

perlu kepada pihak jawatankuasa kurikulum.7.2.4 Memilih dan mencadangkan buku bacaan tambahan

untuk kegunaan panitia mata pelajaran dan pusat sumber sekolah.

7.2.5 Mengadakan mesyuarat panitia mata pelajaran.

24

Page 19: Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam

7.2.6 Merancang dan melaksanakan program peningkatan prestasi akademik.

7.2.7 Menyelaras soalan ujian dan peperiksaan, menganalisa keputusan peperiksaan dan menyusun strategi mengatasi kelemahan murid.

7.2.8 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli panitia mata pelajaran yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

7.2.9 Menyedia dan memperoleh bahan bantu mengajar.7.2.10Memastikan bilik khas berada dalam keadaan kondusif

untuk pengajaran dan pembelajaran.7.2.11Mengurus perolehan mengikut tatacara kewangan.7.2.12Mengurus dan menyemak buku stok.7.2.13Memastikan fail-fail panitia berada dalam keadaan

kemaskini.7.3. Peranan Jawatakuasa Panitia

Peranan utama berkaitan Tasawwur Islam adalah seperti berikut:7.3.1 Pengerusi ( Ketua Panitia Tasawwur Islam)

a. Merancangkan aktiviti Tasawwur Islamb. Mempergerusikan setiap mesyuarat perjumpaan

dan taklimat.c. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.d. Membuat penilaian aktiviti untuk pelaporan.

7.3.2 Naib Pengerusia.Menjalankan tugas-tugas pengerusi semasa

ketiadaannya.b.Membantu pengerusi dalam melaksanakan tugas-

tugasnya.7.3.3 Setiausaha

a. Membuat surat panggilan mesyuarat dan lain-lain urusan surat menyurat.

25

Page 20: Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam

b. Mencatat dan menyediakan minit mesyuaratc. Menyediakan laporan dan dokumentasid. Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi

dan ajk.e. Menerima arahan daripada pengerusi dari masa ke

semasa.7.3.4 Penolong Setiausaha.

Membantu tugas-tugas setiausaha dan lain-lain tugas yang disahkan oleh pengerusi dari masa ke semasa.

7.3.5 Bendaharia. Mengurus hal ehwal kewangan PCG dan

menyediakan laporan penyata laporan kewangan.b. Mengurus hal ehwal kewangan persatuan dan

menyediakan laporan penyata laporan kewangan.c. Memikirkan usaha-usaha untuk mengisi tabung

persatuan bersama-sama ajk yang lain.7.3.6 Ahli Jawatankuasa

a. Melantik pengerusi dalam setiap aktiviti.b. Bekerjasama dengan guru penasihat an ajk induk

dalam aktiviti yang melibatkan kependidikan seperti Program Kem Literasi al-Quran, Kem Juara dan lain-lain lagi.

c. Melaksananakan arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa.

d. Menyediakan peralatan yang sesuai seperti kerusi, meja penceramah dan peserta, persiapan pentas dan lain-lain.

e. Mengurus dan membuat tempahan tempat untuk melaksanakan aktiviti sesuai denan keputusan mesyuarat.

f. Mengemas dan membersih semua peralatan yang digunakan.

26

Page 21: Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam

g. Mengendalikan aktiviti luar.7.4. Pengurusan Panitia

Panduan Kandungan Fail Panitia Tasawwur Islam adalah seperti berikut:

7.4.1. Fail utama Stuktur Organisasi Biodata rumusan maklumat guru Jadual waktu peribadi guru Minit Mesyuarat Head count Program peningkatan akademik Peperiksaan awam Peperiksaan dalaman Senarai buku teks Senarai buku rujukan Jadual pencerapan Persatuan akademik Anggaran perbelanjaan AJK Panitia Daerah Pemantauan sukatan pelajaran Pekeliling / surat masuk / surat keluar

7.4.2. Fail sokongan Sukatan Pelajaran Huraian Sukatan Pelajaran Rancangan Pengajaran Tahunan Soalan tahun semasa dan skema pemarkahan

7.4.3 Fail arkib Bahan-bahan tahun kebelakangan yang tidak

perlu ada dalam fail utama dan sokongan (5 tahun ke belakang)

7.4.4 Lokasi fail hendaklah diletakkan secara berpusat dan mudah diakses.

27

Page 22: Format Kertas Dasar - Status : Cadangan · Web viewMata pelajaran TI mula diajar kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 1992 dan diikuti oleh pelajar tingkatan 5 1993. Sukatan Pelajaran

Pengurusan Kurikulum Tasawwur Islam

7.4.5. Pergerakan fail dari lokasi hendaklah dengan kebenaran pengetua.

7.5. PenutupMata pelajaran Tasawwur Islam yang telah disemak semula diharapkan dapat memenuhi aspirasi negara dalam menyediakan generasi yang mampu mengisi agenda ke arah negara Islam yang maju dan bertamadun. Penglibatan semua pihak, terutama guru-guru Pendidikan Islam amat penting dalam memahami dan melaksanakan kehendak-kehendak semakan kurikulum bagi menjayakan objektif dan matlamat Kementerian Pelajaran.

28