28
For healthcare professionals only PP 16530/05/2013 (032400) www.pharmaniaga.com A Quarterly Publication of Pharmaniaga Berhad Vol. 24 Jom Kenali Palsi Serebrum (CP)

For healthcare professionals only - Pharmaniaga

  • Upload
    others

  • View
    3

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

For healthcare professionals only

PP 16530/05/2013 (032400)www.pharmaniaga.comA Quarterly Publication of Pharmaniaga Berhad

Vol. 24

Jom KenaliPalsiSerebrum (CP)

Page 2: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

TM

Do you have questions or concerns on medication and

health-related matters? Get the answers from our pharmacists

and stand a chance to win mystery gifts.

Submit your questions to [email protected]

Ask the Pharmacist

TM

198301016096

Page 3: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

TM

Do you have questions or concerns on medication and

health-related matters? Get the answers from our pharmacists

and stand a chance to win mystery gifts.

Submit your questions to [email protected]

Ask the Pharmacist

TM

3 Editor’s note Cover Story 4-7 Jom Kenali Palsi Serebrum (CP)

Feature 8-9 Examining the stigma of

mental illness

Internal Buzz 16-17 Program ‘Speaking Nation’

PAK21

18-19 Aktiviti KSRBR

20 Aktiviti Skuad Operasi Sihat

22 Packaging Material Recycling Programme

23 Resipi SweetRoyale

Heart & Soul 24-25 Rasulullah Ikon Unggul:

Kehidupan Berkeluarga

2020 • Volume 24

pg 08

pg 04

pg 14-15

Way to Wellness 10-11 9 Cara Mudah Untuk

Mencegah GERD

12 Stretches after prolonged smartphone use

13 Cegah Covid-19 & Crisis Preparedness & Response Centre (CPRC) Kebangsaan

Nutrition 14-15 Salt 101

pg 24-25

Page 4: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

Edito

rial T

eam

Advisor Dato’ Farshila Emran

Editorial Committee Yang Fairuz Abdul Aziz ([email protected]) Dato’ Zuhri Iskandar Kamarzaman ([email protected]) Syarina Hj Mohd Idris ([email protected]) Nadhirah Naaim ([email protected]) Khairun Nizam Hosen ([email protected])

Designer Fandee Rosni ([email protected])

Publisher Pharmaniaga Berhad 467709-M

CorporateCommunicationsDepartment No. 7, Lorong Keluli 1B Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Tel : +603 3342 9999 Fax: +603 3342 6629 Email: [email protected] www.pharmaniaga.com

Printer ASP OFFSET SDN. BHD. No. 1, Jalan 9/152 Taman Perindustrian OUG Bt 6½, Jalan Puchong 58200 Kuala Lumpur

All rights reserved, ©2020 by Pharmaniaga Berhad. No portion of this publication covered by the copyright herein may be reproduced in any form without the written consent of the publisher. Opinions expressed in CURE by contributors are not necessarily endorsed by the publisher.

EditorialTeam

Page 5: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

The start of the new year is the perfect time to reflect on our many blessings. There are many people out there who are less fortunate. Have we, even for a second put ourselves in their shoes?

So, this time around, why don’t we put ourselves in the shoes of Pn Anita Mat Tahir from Kau Yang Teristimewa (KYT) as she shares her experience in caring for her child with Cerebral Palsy. Find out more about this disorder in this exclusive interview “Jom Kenali Palsi Serebrum (CP).’ Other attention-grabbing articles in this edition include ‘What is AIDS and its statistics in Malaysia (2018)’, ‘Examining the stigma of mental illness’, ‘10 Cara Mudah Untuk Mencegah GERD’, ‘Salt 101’ and a recap of our journey with Pak Nil at the ‘Speaking Nation’ PAK21 programme. Lastly, we hope you enjoy reading this edition. Remember to always be grateful for what we have and stay focused on our goals. ■ CURE

Dato’ Zuhri Iskandar Kamarzaman

The Editor

Reflect on our many blessings

please drop us an email at [email protected] become a volunteer

Page 6: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

Palsi SerebrumPernahkan anda mengenal pasti atau mendengar tentang Palsi Serebrum? Palsi Serebrum juga selalunya disebut sebagai Cerebral Palsy atau ringkasnya CP bukanlah suatu isu yang popular dalam kalangan kita seperti Sindrom Down, Autisme dan Disleksia. Mungkin isu CP ini pernah diketengahkan di arus media namun segelintir masyarakat masih canggung atau belum mengenalinya dengan lebih lanjut. Jadi, jom

Pasangan Anita dan Hasnizam bersama anaknya Fatin

P a l s iS e r e b r u m

Kenali

4 CURE ■ Volume 24, 2020

Co

ver

Stor

y

FAKTA! CP terjadi pada 1-2 daripada 1,000 bayi, tetapi lebih 10 kali kerap melibatkan bayi pramatang dan juga sering terjadi pada bayi yang tidak cukup berat badan semasa lahir. Sumber daripada Portal MyHealth KKM

kenali CP!

CP bukanlah satu penyakit dan ianya tidak berjangkit. Menurut sumber daripada Portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), CP merujuk kepada gangguan kebolehan mengawal pergerakan otot badan disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang.

Jadi, mereka yang menghadapi CP mempunyai kesukaran untuk mengawal postur, pergerakan dan mengimbangkan diri. Secara ringkasnya, kanak-kanak CP mempunyai peluang yang sangat terhad untuk bermain, meneroka persekitaran serta menjalani hidup normal.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan CP. Namun, ia kebiasaannya disebabkan oleh kecederaan otak yang terjadi semasa bayi masih berada dalam kandungan, proses bersalin berlangsung, bayi baru lahir dan juga anak

berumur kurang dari 5 tahun.

Tetapi kebanyakan penyebabnya tidak dapat dikenal pasti. KKM menyatakan 10-15% penyebab CP terjadi adalah akibat daripada cedera lahir dan kekurangan aliran darah ke otak sebelum, semasa dan setelah bayi lahir.

Words by K

hairu

n N

izam H

osen

Page 7: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

Penyebab CP

Kelahiran bayi pramatang juga adalah paling berisiko tinggi untuk mendapat CP. Ini adalah kemungkinan kerana saluran darah ke otak belum berkembang secara sempurna dan mudah mengalami pendarahan atau kerana tidak dapat mengalirkan oksigen dalam jumlah yang memadai ke otak.

Mereka yang mengalami CP ini tidak akan sembuh sepanjang hayat. Namun, kerosakan otak yang dihadapi tidak akan bertambah teruk. Walaubagaimanapun, mereka yang mengalami CP ini mempunyai keadaan serta keupayaan fizikal yang berbeza-beza dengan individu CP yang lain.

Laporan akhbar tempatan turut menyatakan tahap ketidakupayaan mereka juga boleh dikategorikan daripada sangat minimum hingga ke tahap yang teruk. Bagi yang mengalami CP tahap minimum, biasanya mereka boleh menjalani kehidupan harian seperti biasa tanpa bantuan orang lain, manakala individu CP tahap teruk memerlukan bantuan serta penjagaan sepanjang hari.

Fatin anak istimewaSecara jujurnya, sebelum ini penulis sendiri tidak mengetahui apa-apa mengenai CP. Namun, perasaan ingin kenal dengan mereka yang mengalami CP tercetus setelah berjumpa dengan pengasas pertubuhan Kau Yang Teristimewa, Anita Mat Tahir, 43, juga seorang ibu yang mempunyai anak CP. Fatin Nurfatehah Hasnizam, kanak-kanak berusia tujuh tahun menghidapi palsi serebrum kuadriplegia (kedua-dua tangan dan kaki tidak dapat digerakkan) sejak lahir lagi.

Anak istimewa yang disapa Fatin dalam keluarganya ini merupakan cahaya mata ketiga pasangan kepada Anita dan Hasnizam, satu-satunya “bunga” yang sentiasa mengukir senyuman di wajah keluarganya. Kisah Fatin yang dikongsi oleh Anita kepada penulis kedengaran sedikit kompleks. Mungkin hanya mereka yang melaluinya benar-benar mengerti dengan situasi yang agak sukar ini.

Namun, satu perkara yang penulis belajar daripada pasangan Anita dan Hasnizam ialah mereka sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik buat Fatin meskipun banyak kekangan yang terpaksa dilalui.

Fatin dilahirkan secara pembedahan pada 6 November 2013 di atas nasihat dan saranan daripada doktor kerana kandungan Anita pada ketika itu menghadapi komplikasi. Menurut Anita, ketika mengandung, setiap kali membuat pemeriksaan kesihatan kandungan secara bulanan, keputusan imbasan kandungan menunjukkan Fatin dalam keadaan normal daripada segala aspek.

Volume 24, 2020 ■ CURE 5

Co

ver

Sto

ry

Page 8: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

“Ketika saya mengandungkan Fatin, keadaan saya normal. Malah ketika membuat pemeriksaan kandungan bulanan, kesemuanya berjalan seperti biasa. Kandungan kali ini juga paling mudah kerana saya tiada alahan yang teruk seperti pengalaman mengandung anak yang sebelum ini.”

Namun, sehingga tibanya waktu kelahiran Fatin yang terpaksa dilakukan secara pembedahan, Hasnizam dan Anita masih belum mengetahui jantina bayi mereka kerana imbasan tidak dapat mengesannya.

Selepas pembedahan, beberapa doktor pakar datang memeriksa keadaan Anita dan menyatakan terdapat beberapa perkara yang mereka mahu maklumkan. Namun, Anita hanya mahu mengetahui jatina anak yang baru sahaja dilahirkannya.

“Maaf puan, kami tidak boleh beritahu jantina anak puan. Mungkin hayat anak puan tidak lama. Kami serahkan kepada suami puan untuk maklumkan perkara ini”, kata doktor yang datang memeriksa keadaan Anita ketika itu.

Mendengar apa yang dimaklumkan oleh doktor, hati Anita tersentak. Dia seolah-olah sukar untuk menerima khabar yang diterimanya itu. Setelah selesai urusan pemeriksaan, Hasnizam datang melihat keadaan isterinya dan memberitahu perkara yang ingin diketahui oleh Anita, jantina anak mereka.

“Mama, anak kita perempuan. Nanti kita jaga anak kita sama-sama... sebab anak kita akan jadi anak istimewa”, kata Hasnizam kepada Anita sambil menahan sebak.

Tanpa berfikir panjang Anita membalas kata-kata suaminya, “dah memang ini rezeki kita akan dapat anak istimewa, kita jaga sama-sama ya abang”.

Anita hanya mampu menguatkan diri dan berdoa kepada yang Esa setelah mendengar berita itu daripada suaminya. Dia masih tidak dapat melihat

keadaan Fatin yang menerima rawatan di unit rawatan cemas (ICU) kerana masalah serius yang dihadapi Fatin.

Motivasi diri dan kuatkan mentalSelepas tiga hari berada di hospital, barulah Anita dapat melihat wajah dan keadaan Fatin di ICU. Anita hanya mampu menyalahkan diri sendiri ketika melihat keadaan tubuh Fatin yang koma dan tidak memberi reaksi seperti bayi normal yang lain. Namun, keadaannya itu ditenangkan oleh Hasnizam. Ketika itu juga, pasangan suami isteri ini dimaklumkan bahawa anak mereka menghidapi CP. Doktor memaklumkan bahawa Fatin memerlukan jagaan yang rapi kerana keadaanya masih belum stabil dan mungkin ada beberapa komplikasi yang lain.

Alhamdulillah, masuk minggu ketiga di ICU, Fatin kini dapat membuka matanya. Perkembangan ini sedikit sebanyak membuatkan pasangan Anita dan Hasnizam merasa gembira. Dengan perkembangan Fatin ini jugalah, Anita bermuhasabah diri dan mendapat kekuatan untuk bangkit.

Menurut Anita, dia rasa bersyukur meskipun Fatin dilahirkan dalam keadaan istimewa, sekurang-kurangnya dia masih boleh melihat Fatin bernafas. Hasnizam juga memainkan peranan penting dalam membantu memberikan sokongan moral kepada Anita supaya isterinya itu sentiasa kuat dalam apa jua keadaan sekalipun.

Belajar untuk merawat anak CPHampir dua bulan Fatin menetap di hospital dek kerana memerlukan rawatan yang rapi, Anita

Jenis-jenis penyakit Palsi Serebrum ialah Spastik, Athetosis & Ataxia

6 CURE ■ Volume 24, 2020

Co

ver

Stor

y

Page 9: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

nekad meminta izin kepada doktor untuk belajar menguruskan Fatin sendiri supaya boleh merawatnya di rumah.

Setelah berjaya mempelajari bagaimana untuk merawat Fatin, dia akhirnya dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah. Namun, bukan mudah untuk Anita dan Hasnizam merawat Fatin sendiri tanpa pengawasan doktor dan juga jururawat apabila situasi di mana Fatin kerap muntah dan mengalami alahan yang lain.

Semangat untuk terus memberikan yang terbaik buat Fatin tidak pernah luntur. Anita dan Hasnizam terus menggagahkan diri dan sentiasa belajar untuk menangani keadaan genting yang berlaku.

Jelas wanita ini, dia tidak mahu berhenti untuk terus mencuba segala rawatan dan terapi. Jika diberi kesempatan, Anita mahu berikhtiar sepuas-puasnya.

“Sekarang Fatin perlu menjalani rawatan mingguan di hospital. Di rumah juga kami sentiasa mengurut Fatin setiap malam untuk merangsang otot Fatin supaya sentiasa aktif dan bergerak. Alhamdulillah kos rawatan Fatin setakat ini adalah percuma kerana

mendapat bantuan daripada NGO dan juga beberapa bantuan lain. Selain itu, pihak syarikat Abang Nizam juga kerap membantu kami dalam hal ini.

“Namun, sebenarnya kos untuk merawat anak CP bukanlah murah. Kosnya tinggi terutamanya kerusi roda untuk mereka bergerak. Kerusi roda mereka bukanlah kerusi roda yang biasa kita lihat. Kerusi roda mereka selalunya kerusi roda khas yang dibuat mengikut keadaan fizikal mereka kerana fizikal anak-anak CP adalah berbeza-beza. Kerusi roda Fatin sahaja kos dalam RM12 ribu ringgit.

“Abang Nizam sahaja yang bekerja sepenuh masa buat masa ini manakala saya mengambil upah

mengurut tradisional dan Fatin merupakan pembantu saya kerana dia akan mengikut kemana jua destinasi yang saya pergi”, kata Anita berjenaka.

Melakar impianKata Hasnizam, dia dan isterinya tidak pernah menyesali akan kehadiran Fatin dalam hidup mereka kerana Fatin banyak mengajar erti kehidupan yang sebenar.

“Dia kami anggap satu cabaran dalam hidup kami kerana kami perlu mencari jalan untuk mengatasi ujian yang telah diberikan. Dia ajar saya bagaimana untuk kawal diri dari segi emosi, kewangan dan bagaimana untuk menguruskan keluarga.

“Selain itu, penting untuk ada kumpulan sokongan. Peranan kumpulan sokongan ini adalah untuk berkongsi segalah perihal mereka yang mengalami situasi yang sama di mana orang luar yang mungkin

tidak faham dengan situasi yang kita hadapi, kumpulan sokongan ini memahaminya.

“Saya harap lebih ramai masyarakat dan orang sekeliling memahami apa itu CP. Ia bukan penyakit berjangkit, jadi tidak perlulah berasa jijik atau memandang serong kepada mereka yang menghidap CP.

“Mereka adalah manusia biasa seperti kita yang normal, punya hati dan perasaan. Mereka perlu disayangi dan merasa kasih sayang orang sekeliling,” katanya. ■ CURE

Pihak Pharmaniaga bersama kanak-kanak istimewa Palsi Serebrum

Volume 24, 2020 ■ CURE 15

Co

ver

Sto

ry

Page 10: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

Examining the stigma of mental illness

These are all misconceptions that surround mental health in our society, despite mental health problems being common in Malaysia.

According to the 2015 National Health and Morbidity Survey (NHMS), the prevalence of mental health problems among adults in Malaysia showed an increasing trend; from 10.7% in 1996 to 29.2% in 2015.

People with mental illness face multiple challenges.

Firstly, in managing the symptoms and difficulties associated with their condition, and secondly, in dealing with the consequences of the above-mentioned misconceptions.

Mental health stigma involves people holding negative stereotypes towards those with mental health problems.

This in turn can result in discrimination where people with mental illness are treated differently, e.g. when looking for a job or housing, or getting treatment.

Stigma and discrimination also affect a person’s self-esteem and may cause them to experience shame, embarrassment and hopelessness.

All this put together often leads to reluctance in asking for help, as well as a delay in seeking treatment.

Despite awarenessThese days, we are seeing more mental health awareness initiatives.

For example, people are sharing useful information from the right sources; a number of people with mental illness are disclosing their challenges; there is more participation in mental health awareness programmes; and some concerned employers have taken efforts to improve the

work environment to promote positive well-being.Despite all these initiatives, stigma still exists. Why is that?

Social learning theory suggests that learning is achieved not only through direct experience, but also through observation.

Mass media such as television and social accounts, have become a source for people to obtain information about behaviours, and may reinforce their beliefs on how to treat people with mental illness.

Mass media plays a big role in shaping people’s expectations on society and our way of life, which then reflect public attitudes towards certain issues.

Cinematic stereotypes and media images of mental illness often identify people with mental illness as homicidal maniacs who need to be feared; weak characters who need to be held accountable; or someone with a child-like perception of the world who should be marvelled at.You may also have noticed that films with mentally-ill characters tend to focus on the person with mental illness, rather than showing mental illness as a societal issue.These characters could be portrayed as being weak and helpless or disruptive, who deserve to be kept isolated from society.

Or, on the opposite end of the spectrum, they are portrayed as heroes.

Vicious CycleThe fact is, most people with mental health issues have no desire to hurt others.

They can be successful people, who only lack effective coping skills or social interaction skills.

Stigmatisation of a vulnerable group of people can affect

Featur

e

8 CURE ■ Volume 24, 2020

This article is sourced from the internet

https://www.star2.com

/health/2019/10/17/stigma-of-m

ental-illness/#5h4ZXBdRkjTTAtYi.99

Mental illness only happens to certain kind of people.”“People with mental illness are violent and unpredictable.”“Mental illness is caused by a personal weakness.”“Mental illness is incurable and lifelong.”“Children do not experience mental health problems.”

Page 11: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

not just that population, but also society in general.Stigma can cause people to be prejudiced, fearful and mistrustful towards the vulnerable group.

In extreme cases, they may even be violent towards this stigmatised group of people.

Stigma on those with mental health issues can be especially debilitating.

Many will endure discrimination, and even self-stigmatise, where they internalise the negative stereotypes and perception of society.

This will affect their sense of self-worth, self-esteem and their dignity, as well as reduce their quality of life.

The most serious impact is that they will not seek the help or treatment that they need, which will lead to more severe symptoms and affect their daily functioning, possibly resulting in more stigmatisation.

This is a vicious cycle that must be stopped.

Coping TipsWhile there isn’t a simple solution to stopping the stigma, there are some ways to cope with it.

These are some useful ways that can be applied by individuals who struggle with mental health issues:

• Focus on your positive aspects – you are not your illness.

• Do not keep to yourself and isolate yourself – talk to friends and family, and join a support group.

• Use humour

• Talk about the stigma that you have experienced or are experiencing – this can help you to work through those difficult emotions.

• Know that there will be people who are not ok with you and that’s ok – do not waste your energy on them and walk away if you must.

• Be in the know – get information from the right sources.

• Take things you see or read with a pinch of salt, not all may appear as it is.

• Get treatment – do not let fear stop you from getting the help you need.

On an individual level, we have to work harder to be more empathetic and kind to one another.

Let’s support people with mental illness instead of judging them, because a healthy mind does not speak ill of others.

As former US First Lady Michelle Obama said: “At the root of this dilemma is the way we view mental health. Whether an illness affects your heart, your leg or your brain, it’s still an illness, and there should be no distinction.” ■ CURE

Feat

ur

e

Volume 24, 2020 ■ CURE 9

Page 12: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

Penduduk di Malaysia sangat menyukai makanan pedas, berlemak, berasid dan berangin. Namun, ia memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh badan setiap individu tambah-tambah lagi apabila anda baru sahaja selesai makan. Tidak ramai yang menyedari bahawa mereka menghidap GERD sehinggalah badan memberi tindak balas yang kurang memuaskan setiap kali lepas makan atau beberapa jam selepas makan. Adakah anda pernah berasa pedih di bahagian tekak atau lebih spesifik, saluran esofagus seakan-akan hendak muntah dan berasa sangat pedih seperti ada sesuatu di tekak anda? Anda mungkin mempunyai refluks Gastroesophageal (GERD). Kami akan berkongsi dengan anda tentang penyakit ini.

Tidak seperti banyak keadaan, penyakit refluks gastroesophageal (GERD) hampir dapat dicegah. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mencegah refluks asid perut ke dalam esofagus melalui spinkter esofagus yang lebih rendah (LES), yang boleh merosakkan lapisan esophageal dan boleh membawa kepada pelbagai penyakit, termasuk kanser tekak. Walau bagaimanapun, apa yang akan membantu seseorang mengelakkan diri dari menderita GERD, tidak semestinya membantu orang lain dengan cara yang sama. Ia bergantung kepada sistem badan seseorang. Tetapi sebelum kami kongsikan bagaimana untuk mencegah, adalah lebih baik anda tahu serba sedikit tentang refluks GERD ini.

Sesiapa sahaja, termasuk bayi dan kanak-kanak, boleh mempunyai GERD. Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius. Dalam sesetengah kes, anda mungkin memerlukan ubat atau pembedahan. Walau bagaimanapun, ramai orang boleh memperbaiki gejala mereka dengan mengamalkan beberapa cara. Berikut adalah 9 petua yang anda boleh cuba untuk mencegah GERD:

Anda perlu makan dengan lebih kerap untuk memastikan asid tidak terbentuk di perut apabila membiarkan perut kosong dalam tempoh yang lama.

Makan dengan kuantiti yanglebih kecil dan lebih kerap3

Way T

o W

ellness

10 CURE ■ Volume 24, 2020

9Cara mudahuntuk mencegah

Cara Untuk Mencegah GERD

Sekiranya anda berisiko untuk menghidap GERD, elakkan senarai makanan seperti berikut:

• Makanan berlemak• Makanan pedas• Mint• Coklat• Bawang• Buah mangga• Kopi atau sebarang minuman berkafein & berkarbonat• Makanan berasid, seperti tomato dan buah-buahan sitrus

Obesiti adalah punca utama GERD. Lemak tambahan di perut memberi tekanan pada perut anda, mendorong jus atau asid gastrik mengalir atau naik semula ke dalam esofagus anda. Namun, jika anda mempunyai berat badan yang normal, bermaksud berat badan bukanlah punca anda menghidap GERD.

Tunggu sekurang-kurangnya tiga jam sebelum anda berbaring selepas makan.

Kurangkan berat badan

Jangan berbaringsebaik sahaja selepas makan

Elakkan makanan yangdiketahui menyebabkan refluks

1

2

4

This article is sourced from the internet

https://blog.policystreet.com/10-cara-m

udah-untuk-mencegah-gerd/

Page 13: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

Dikenali sebagai Gastroesophageal reflux disease (GERD), berlaku apabila injap otot pada hujung esofagus anda tidak ditutup dengan betul. Esophagus anda adalah tiub yang membawa makanan dari mulut ke perut anda. Ini membolehkan kandungan perut kembali semula, atau refluks, ke kerongkong dan membuatkan penghidap merasa pedih. Anda mungkin merasakan pembakaran di dada atau tekak yang dinamakan sebagai pedih ulu hati. Kadang-kadang, anda boleh merasakan bendalir perut di bahagian belakang mulut. Jika anda mempunyai simptom ini lebih daripada dua kali seminggu, anda mungkin mempunyai GERD. Anda juga boleh mempunyai GERD tanpa pedih ulu hati. Gejala anda boleh termasuk batuk kering, gejala asma, atau masalah menelan.

Jika selepas mencuba petua di atas, anda masih mengalami GERD, segeralah berjumpa dengan doktor anda. Terdapat ubat-ubatan yang boleh diambil untuk meredakan gejala GERD. Namun, ada beberapa cara yang mungkin dilakukan oleh dokor anda seperti endoskopi. Ini bagi melihat gambaran di dalam saluran esofagus dan untuk menilai tahap penyakit GERD yang anda sedang alami. Bermula dari situ, doktor anda akan memberi beberapa jenis ubat yang bersesuaian dan beberapa nasihat. Anda juga perlu mengubah corak pemakanan dan gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Namun, itu semua bergantung kepada anda sendiri. ■ CURE

Way

To

Wel

lnes

s

Volume 24, 2020 ■ CURE 11

Apa itu GERD?

Konklusi

Sesetengah kajian mendapati bahawa nikotin boleh melegakan otot-otot LES dan juga boleh mengganggu keupayaan air liur anda untuk membersihkan asid daripada esofagus. Seperti merokok, alkohol boleh menyebabkan LES anda berehat. Alkohol juga boleh menyebabkan otot esofagus menjadi kejang. Oleh itu, sama juga seperti rokok, adalah lebih baik anda berhenti minum minuman beralkohol.

Tinggikan kepada anda semasa tidur untuk mengelakkan asid naik ke esofagus.

Jangan memakai pakaian yang ketat atau tali pinggang yang boleh menyekat perut anda. Bagi ruang untuk perut anda mengembang. Pakaian yang terlalu ketat juga boleh mencetuskan refluks.

Terdapat beberapa ubat yang dapat meningkatkan risiko GERD. Ubat-ubat ini termasuklah seperti berikut:

• Ubat antiradang bukan steroid• Penyekat saluran kalsium (sering digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi)• Ubat-ubatan asma tertentu, termasuk beta-agonis seperti albuterol• Anticholinergics, ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat keadaan seperti alahan bermusim dan glaukoma• Bisphosphonates, digunakan untuk meningkatkan ketumpatan tulang• Sedatif dan ubat penahan sakit• Beberapa antibiotik• Potasium

Jika anda mengambil ubat-ubatan ini, berbincanglah dengan doktor anda terlebih dahulu.

Sekurang-kurangnya satu kajian telah mendapati bahawa gluten, protein yang terdapat dalam bijirin seperti barli, dan gandum, boleh menyebabkan atau memburukkan lagi gejala GERD. Cuba keluarkan gluten dari diet anda dan lihat jika ia membuahkan hasil dan anda dapat melihat perbezaannya.

SEMAK UBAT ANDA

Kurangkan atau berhenti merokokdan pengambilan alkohol

Pakai pakaian longgar

Tinggikan kepala anda semasa tidur

Cuba diet bebas gluten

5

8

9

7

6

Page 14: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

STRETCH IT OUT

WRIST EXTENSOR STRETCH• Keep elbow straight. Grasp one hand and slowly bend wrist forward until stretch is felt. Hold for 30 seconds. Then face the palms up. Grasp fingers with other hand and slowly bend wrist backward until stretch is felt. Hold for 30 seconds.

FINGER OPPOSITION• Starting with the index finger and proceeding towards the little finger, actively touch thumb to each fingertip.

• Move slowly at first, then more rapidly as motion and coordination improve.

FLEXOR TENDON GLIDING• Straighten all fingers, then make a fist, bending all joints.

LATERAL NECK FLEXION• Slowly tilt head towards one shoulder. Hold for 15 seconds and switch sides.

Ergonomics is more important in this era rather than when it was first introduced in the 19th century. Advancements in technology come with a price. The small smartphone can contribute to big effects to our health. As long as we know how to use it with correct ergonomics, we will be able to minimise injuries.

After prolonged smartphone use, do remember to take frequent breaks and rest if you feel pain. Take a minute to stretch. It’s recommended that you spend one to two minutes on stretching for every 30 minutes you spend on your smartphone.

Staying in humpbacked posture for hours can lead to an unexpected problem, dubbed “text neck,” which results in severe and constant pain in the neck, upper back and shoulders.

The weight seen by the spine increases with the degree that you flex your neck. An adult head weighs 10-12 pounds when it is held in the neutral position and 60 pounds when it is held at a 60-degree angle.

WHEN SMARTPHONE USE ISN’T SMART

HOURS SPENT HUNCHINGOVER A SMARTPHONE

This article is sourced from the internet

https://www.star2.com

/health/2019/08/22/smart-w

ays-to-use-your-phone/#s5gzWDW1cyFG

DRm

F.99

12 CURE ■ Volume 24, 2020

STRETCHES AFTER PROLONGED SMARTPHONE USE

Smartphone Pains

5,000HOURS

1,400HOURS&

TEENS SPENDIN ONE YEAR

ADULTS SPENDPER YEAR

Try applying the following stretching exercises :

Way T

o W

ellness

Page 15: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

CEGAH COVID-19

Tangan yang tidak dibasuhdengan kerap dan betulPENUH dengan kuman

Fakta

Letakkan tangan di dada sebagaitanda hormat dengan ucapansalam bagi menggantikanbersalaman dan bersentuhan

Elak bersalamanatau bersentuhanjika bergejala demam,batuk / bersin dansesak nafas)

Coronavirus

Sumber : CDC, Handwashing,: Clean hands save life

CRISIS PREPAREDNESS AND RESPONSE CENTRE (CPRC) KEBANGSAAN

03 88810200 EMEL KE03 88810600 [email protected] 88810700

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Novel Coronavirus (2019-nCoV) boleh hubungi:

Talian beroperasi setiap hari bermula jam 8.00pagi – 5.00 petang

NOMBOR

Volume 24, 2020 ■ CURE 13

Way

To

Wel

lnes

s

Art

ikel

ini d

iterb

itkan

dar

i sum

ber

inte

rnet

https://w

ww.facebook.co

m/kem

enteria

nkesihatanmalaysia

/photos/a.10151657414

821237/10156796793271237/?type=3

&theater

Page 16: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

Nu

tritio

nThis article is sourced from

the internethttps://seasalt.com

/

Until recently, sea salt was considered a basic commodity—sea salt was just salt!

Now, however, gourmet chefs—in homes and in restaurants—have learned to appreciate and distinguish between the distinctive qualities of the many varieties

of gourmet salts and the ways these salts enhance the flavors of foods.

The purpose of this reference guide is to point out the distinguishing differences among these deliciously unique sea salts.

Coarse salt is made up of large-grained salt crystals. Most coarse salts are best used in a grinder, providing an easy way of serving up freshly ground sea salt with all of your meals. Coarse salt tends to be less moisture sensitive than its finer-grained counterparts, so it resists caking and is easily stored. Use coarse salt to grind over any dish, create a salt crust on meat or fish, and to flavor soups, stews, and pasta.

Flake sea salt is a light crystal reminiscent of snowflakes. Seawater is evaporated using the natural processes of sun and wind, producing salt brine that is fed into an open evaporating pan. The brine is then slowly heated until delicate pyramid-shaped crystals of salt are formed. The finished product is light, flaky sea salt. Flake salts can come in many different sizes, from large pyramid-shaped flakes to paper-thin, delicate flakes.

Finishing salts are the premier varieties of specialty salts. Harvested generally by hand in specific regions of the world, finishing salts are most admired for their unique textures—either moist crystals or delicate flakes. Both varieties provide a strong crunch and dissolve quickly, resulting in a burst of clean, mild flavor with each bite. These salts enhance the depth of natural flavors in any dish and enrich a table setting with beautiful, shimmering presentation. The various colors and flakes of finishing salts make gorgeous garnishes for every meal.

Coarse Salt

Flake Salt

Finishing Salt

Also known as : Gos Sel, Sale Grosso

Also known as : Flaky Salt, Flakey Salt

Salt 101

14 CURE ■ Volume 24, 2020

Page 17: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

Nu

trit

ion

There are so many different types of salt and so little time!Go experiment with different salts to see which you like best! ■ CURE

Fleur de Sel is the crème de la crème of finishing salts. Fleur de Sel literally translates to “Flower of Salt” and is often called the “caviar of salts” by chefs worldwide. True Fleur de Sel comes from the Guérande region of France and is made up of only “young” crystals that form naturally on the surface of salt evaporation ponds. Paludiers (the salt harvesters of the Guérande region)

carefully rake the salt crystals using only wooden tools, true to traditional methods. The weather conditions must be just right to produce a good Fleur de Sel harvest, and the process can only be completed once a year, in the summer. It is ideal for salads, cooked fresh vegetables, and grilled meats.

Sea salt is a broad term that generally refers to unrefined salt derived directly from a living ocean or sea. It is harvested through channeling ocean water into large clay trays and allowing the sun and wind to evaporate it naturally. Manufacturers of sea salt typically do not refine sea salt as much as other kinds of processed salt, so it still contains natural traces of other minerals, including iron, magnesium, calcium, potassium, manganese, zinc, and iodine.

Flavoured salts bind natural ingredients to sea salt crystals. The result is a flavor concoction more impactful than just a seasoning blend. Flavoured salts provide an opportunity to get more creative with your cooking and even think beyond traditional pairings.

Fleur de Sel

Sea SaltFlavoured Salt

Also known as : Flower of Salt, Flor de Sal (Portuguese)

Also known as : Sal del Mar, Sel de Mer, Sale Marino

Volume 24, 2020 ■ CURE 15

Page 18: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

Program ‘Speaking Nation’ Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) adalah satu inisiatif bagi mengasah bakat dan kemampuan murid anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan Pesona yang diasaskan personaliti terkenal tanah air, Datuk Aznil Nawawi.

Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) rasa berbesar hati menjadi penaja kepada program PAK21 kerana melihat daya usaha seperti ini mampu untuk mendukung anak-anak generasi akan datang lebih berketerampilan dan yakin dengan keupayaan diri sendiri.

Datuk Aznil berkata program yang dijalankan ini untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai pembinaan sahsiah diri kepada murid-murid yang terlibat sekali gus melahirkan generasi berkeyakinan, serta memiliki daya persaingan yang tinggi.

“Menerusi program ini saya cuma nak bagi perangsang kepada murid yang terlibat

supaya menjadi lebih berani, kerana rata-rata yang saya perhatikan mereka tidak mempunyai keyakinan diri, dan takut sedangkan mereka tidak membuat kesalahan apa pun,” katanya.

Aznil yang juga dilantik oleh pihak KPM sebagai Ikon PAK21 berkata menerusi konsep PAK21, lima elemen utama diterapkan kepada murid adalah elemen berkomunikasi dengan baik, kreatif, mampu berfikir di luar kotak, bekerjasama dalam kumpulan dan mampu mengekalkan nilai-nilai murni.

“Dengan adanya elemen-elemen ini ia dapat melahirkan golongan yang luar biasa dan bagi saya, nilai murni yang diterapkan dalam diri akan membezakan diri kita dengan orang lain tanpa mengira profesion apa pun,” katanya.

Inter

nal B

uzz

16 CURE ■ Volume 24, 2020

Program‘Speaking Nation’

PAK21

Words by K

hairu

n N

izam H

osen

Page 19: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

Inte

rn

al B

uzz

Volume 24, 2020 ■ CURE 17

Program jelajah yang bergerak ke semua negeri ini telah berlangsung hampir di kesemua negeri dan telah berakhir pada Disember 2019. ■ CURE

Page 20: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

Kejohanan Bola Jaring KSRBR - DIRA 2019

Sebanyak lapan kumpulan telah bertanding dalam Kejohanan Bola Jaring KSRBR – DIRA 2019. Terdapat lima kumpulan mewakili Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB), dua kumpulan mewakili Pharmaniaga Manufacturing (PMB) dan satu kumpulan mewakili Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd.

Pihak PLSB dan PMB juga telah menghantar pasukan bola jaring lelaki bagi memeriahkan lagi acara dan keputusan perlawanan adalah seri 4 berbalas 4.

DIRA sekali lagi telah menaja hadiah-hadiah bagi cabutan bertuah

Senarai Pemenang:

Johan – Dinda

Naib Johan – Gurlycious

Ketiga – Ballbusterz

Pemain terbaik – Siti Hajar Bt Omar

Inter

nal B

uzz

18 CURE ■ Volume 24, 2020

ImbasanAktiviti Kelab Sukan & Rekreasi Pharmaniaga

Pemain terbaik - Siti Hajar bt Omar

Johan pertandingan - Kumpulan Dinda

Naib Johan pertandingan - Kumpulan Gurlycious

Tempat ketiga - Kumpulan Ballbusterz

Page 21: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

KSRBR - DIRA ‘Combat Archery Tournament’

Sebanyak sepuluh kumpulan telah bertanding bagi KSRBR – DIRA ‘Combat Archery Tournament’ kali ini. Enam kumpulan mewakili Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (Bukit Raja), dua kumpulan mewakili Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (Seksyen 15), satu kumpulan mewakili Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (Juru) dan satu kumpulan mewakili Pharmaniaga Berhad.

Senarai Pemenang:

Johan – The Last

Naib Johan – Pirate

Ketiga – Juru

■ CURE

Inte

rn

al B

uzz

Volume 24, 2020 ■ CURE 19

Johan pertandingan - Kumpulan The Last

Naib Johan pertandingan - Kumpulan Pirate

Tempat ketiga - Kumpulan Juru

Page 22: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

Majlis Sambutan Maulidur

Rasul & Karnival Geng SurauPangsapuri De Palma, Setia Alam 9 November 2019

Karnival Mahabbah Andalusia 2019Masjid Andalusia Bdr. Laguna Merbok, SP 10 November 2019

Program Pasar Co-opKarnival PenggunaMasjid Daerah SPT, Bandar Perda 10 November 2019

Program SunatonPerdana 2019Putrajaya 1 December 2019

Program Santuni Rakyat : Kenali Ubat AndaDewan Dato’ Penggawa Permatang, Kuala Selangor 5 October 2019

BHPetrol Orange Run 2019eCurve, Mutiara Damansara 3 November 2019

Community Representatives

& Buddyz (CRAB) ProjectSMK Pulau Ketam, Klang 1 December 2019

20 CURE ■ Volume 24, 2020

Inter

nal B

uzz

Page 23: For healthcare professionals only - Pharmaniaga
Page 24: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

The Packaging Material Recycling Programme is a sustainability initiative where we explore the possibility of using recycled materials for some of our product packaging. This initiative will see us changing our white back carton material to the grey back, which is made of recycled paper.

This programme was initiated by our colleagues at Idaman Pharma Manufacturing Sdn. Bhd., in Seri Iskandar, Perak in 2018. Subsequently, in June 2019, this programme was replicated by our colleagues at Idaman Pharma Manufacturing Sdn. Bhd. in Sungai Petani, Kedah while Pharmaniaga Manufacturing Berhad in Bangi, Selangor implemented this initiative in July 2019. We are also excited to share that soon, Pharmaniaga LifeScience Sdn. Bhd. in Puchong, Selangor will also start using recycled material for its product packaging.

Congratulation to our Manufacturing Division for implementing this great initiative to reduce waste via recycling! We hope that this will inspire all our other divisions to follow suit and continue to reduce waste via recycling. ■ CURE

Inter

nal B

uzz

22 CURE ■ Volume 24, 2019

PACKAGING MATERIALRECYCLING PROGRAMME

Some of our product packaging using recycled materials.

Page 25: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

Inte

rn

al B

uzz

Volume 24, 2019 ■ CURE 23

Bahan-bahan :370 ml susu sejat250 ml krim putar1 sudu besar SweetRoyale Natural Stevia3 sudu besar serbuk koko3 sudu besar tepung jagung3/4 cawan coklat gelapCara-cara memasak :

1) Campurkan semua bahan kecuali coklat gelap dan SweetRoyale Natural Stevia.

2) Kacau rata dan tapis.

3) Masak sehingga mendidih, masukkan coklat gelap dan SweetRoyale Natural Stevia.

5) Teruskan masak sehingga licin dan kental.

6) Tuangkan ke dalam bekas pilihan atau pan roti 7“ x 3”

yang dialaskan dengan kertas pembakar.

7) Sejukkan selama 6 jam atau semalaman.

8) Keluarkan dari acuan dan taburkan serbuk koko.

9) Hidangkan!

Enak dimakan dengan buah-buahan segar!

Boleh dapatkan semua rangkaian @sweetroyalemy Pemanis Stevia ini di Lazada, Shopee, PrestoMall, Carousell, outlet BHPetrol terpilih, farmasi terpilih, outlet @royalepharma yang berdekatan atau di www.royalepharma.com

Kami kongsikan video langkah-

langkah penyediaan CHOCOLATE

MOUSSE SWEETROYALE

yang menggunakanSweetRoyale

Natural Stevia.Jom buat! Tonton di

saluran YouTube ‘SweetRoyale Stevia’ untuk resipi penuh.

TM

Page 26: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

Rasulullah Ikon Unggul:Kehidupan Berkeluarga

24 CURE ■ Volume 24, 2020

HEA

RT

& SO

UL

“Demi sesungguhnya, adalah bagi diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa ingin mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di akhirat kelak serta ia pula banyak menyebut dan mengingati nama Allah SWT (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Akhlak Rasulullah Satu aspek sangat baik dicontohi daripada akhlak Rasulullah SAW ialah kehidupan berkeluarga memandangkan masyarakat hari ini yang berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti perceraian suami isteri, sumbang mahram serta penderaan. Sebagai manusia biasa Rasulullah SAW pernah menjadi anak, suami, bapa, mentua dan datuk. Baginda menunjukkan contoh ikutan terbaik dalam memenuhi setiap tanggungjawab yang boleh diikuti semua ahli keluarga.

Firman Allah SWT bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa ingin mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di akhirat kelak serta ia pula banyak menyebut dan mengingati nama Allah SWT (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Sebagai suami, Baginda SAW begitu menghargai isterinya dengan menunjukkan sifat mulia seperti kasih sayang, bertimbang rasa, hormat serta sabar tanpa pernah sekalipun mengasari mereka bahkan menghadapi kerenah isteri dengan penuh

pengertian dan kemaafan. Baginda SAW juga tidak keberatan membantu melakukan kerja rumah. Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Aisyah (r.a) meriwayatkan katanya: “Baginda (nabi) yang menjahit kainnya, menjahit sepatunya, dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan lelaki di rumah mereka.” (Hadis riwayat Ahmad Ibnu Hibban)

Sikap baik Rasulullah SAW terhadap isteri ini diakui sendiri oleh isteri Baginda Aisyah (r.a) yang meriwayatkan: “Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya.”(Hadis riwayat Bukhari)

Apabila hendak memulakan suatu perjalanan, Baginda akan memastikan tempat duduk isterinya di atas unta dalam keadaan selesa dan Anas (r.a) pernah mengatakan bahawa Baginda SAW akan duduk bagi membolehkan isterinya berpijak di atas lututnya untuk naik ke atas unta. Dalam kehidupan berpoligami juga, Baginda adalah contoh terbaik melaksanakan prinsip keadilan walaupun tidak dapat dinafikan bahawa perasaan kasih sayang tidak boleh dibahagikan sama rata. Namun, sebagai suami seboleh-bolehnya mestilah pandai memainkan peranan supaya jangan ada di kalangan isteri yang tersinggung lantaran sikap suami yang pilih kasih.

Pernah berlaku dalam rumah tangga Rasulullah SAW, suatu hari isteri-isteri Baginda datang menemui Baginda, Aishah (r.a) yang mewakili mereka terus bertanya, “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah paling Rasulullah sayangi?” Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh semua isterinya pulang dulu dan berjanji akan

This article is sourced from the internet

http://jakimsabah.islam

.gov.my/index.php?option=com

_content&view

=article&id=66:rasulullah-ikon-unggul-kehidupan-berkeluarga&

catid=32&Item

id=180&lang=m

s

Page 27: For healthcare professionals only - Pharmaniaga

HEA

RT

& S

OU

L

Volume 24, 2020 ■ CURE 25

memberikan jawapannya kemudian. Selepas itu, seperti biasa Rasulullah SAW bermalam di rumah isteri-isteri Baginda mengikut giliran dan sebelum Baginda meninggalkan rumah isterinya, setiap seorang dihadiahkan cincin dan berpesan supaya tidak memberitahu hal itu kepada isteri yang lain. Kemudian Rasulullah SAW menyuruh isteri-isteri Baginda berkumpul kerana Baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan dikemukakan. Rasulullah SAW berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka bahawa dia saja yang menerima cincin itu.

Bapa PenyayangRasulullah SAW adalah bapa penyayang. Acap kali apabila Baginda melihat puterinya Fatimah (r.a) masuk ke rumahnya, Baginda terus menyambut dan berdiri, kemudian mencium kepala dan tangan. Aisyah (r.a) pernah bertanya kepada Rasulullah SAW apakah sebab Baginda amat sayang kepada Fatimah (r.a). Baginda menegaskan, “Wahai Aisyah, jika engkau tahu apa yang aku ketahui mengenai Fatimah nescaya engkau akan mencintainya seperti aku mencintainya. Fatimah adalah darah dagingku. Ia tumpah darahku. Sesiapa yang membencinya, maka ia membenciku, dan sesiapa yang membahagiakannya, maka ia telah membahagiakanku.”

Ummu Salamah (r.a), isteri Rasulullah SAW mengatakan bahawa Fatimah (r.a) adalah orang yang paling mirip dengan Rasulullah dalam ucapan dan fikirannya. Selaku anak, Fatimah (r.a) mencintai ayahandanya lebih daripada cintanya kepada sesiapa pun. Selepas ibunya Khadijah (r.a) meninggal dunia, dia yang baru berusia enam tahun yang merawat Rasulullah SAW. Beliau sentiasa berusaha menggantikan peranan ibunya. Justeru, Rasulullah memanggilnya dengan jolokan Ummu Abiha, iaitu ibu bagi ayahnya, kerana kasih sayang dan pengorbanan mulia yang dicurahkan kepada ayahandanya. Memiliki sebuah keluarga harmoni memerlukan ikatan yang mesra bukan saja dengan

anak dan isteri, malah menantu juga. Demikianlah ditunjukkan Rasulullah SAW. Contoh paling baik ialah melalui kehidupan Sayyidina Ali bin Abi Talib sebagai menantu Baginda.Sayyidina Ali sebagai menantu Rasulullah SAW turut sama menyingsing lengan membantu Fatimah (r.a) menggiling tepung di dapur. Usaha sekecil itu, di celah kesibukan sudah cukup bermakna dalam mengambil hati seorang isteri yang saban hari bertungkus-lumus menguruskan rumah tangga. Bukan Sayyidina Ali (r.a) tidak mahu menyediakan pembantu untuk isterinya itu, namun beliau tidak mampu berbuat demikian. Fatimah (r.a) amat memahami keadaan suaminya dan beliau sentiasa berusaha membahagiakan suaminya.

Contoh kasih sayang datuk terhadap cucunya boleh dilihat daripada cara Baginda SAW melayani kedua-dua cucu kesayangan iaitu Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin, anak Fatimah (r.a) dan suaminya Sayyidina Ali (r.a). Rasulullah SAW bukan saja sentiasa membelai dan mencium kedua cucunya itu, malah apabila cucu Baginda menghampiri Baginda, Baginda terus mendukungnya. Baginda juga apabila keluar rumah, selalu membawa cucunya bersama. Baginda selalu meriba mereka. Pernah ketika Baginda sedang sujud dalam solat, cucu Baginda duduk di atas belakang Baginda sehinggakan Baginda sujud agak lama. Baginda juga selalu bermain kuda-kuda dengan cucunya.

Demikianlah contoh terbaik yang Rasulullah SAW pamerkan untuk diikuti oleh semua umatnya. Baginda ialah manusia agung yang diutuskan oleh Allah SWT sebagai ajen pembawa rahmat untuk sekalian alam. Oleh itu, marilah kita semua mencontohi ketinggian peribadi, kemuliaan akhlak dan segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad wa’ala alihi wasahbihi wabarik wasallim. ■ CURE

Page 28: For healthcare professionals only - Pharmaniaga