Upload
fyezah122550
View
1.962
Download
14
Embed Size (px)
Citation preview
Dewasa ini,terdapat pelbagai jenis permainan yang menggunakan raket yang
dimainkan dan tenis merupakan salah satu permainan yang paling disukai. Menurut
beberapa catatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket sudah dimainkan
sejak sebelum Masihi, iaitu di Mesir dan Yunani.
Pada abad ke-11,sejenis permainan yang disebut jeu de paume, yang
menyerupai permainan tenis telah dimainkan untuk pertama kali di sebuah kawasan
di Perancis. Bola yang digunakan dibalut dengan benang berbulu sedangkan
pemukulnya adalah tangan.Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Italia dan
Inggeris pada abad ke-13 dan mendapat sambutan hangat dalam waktu yang
singkat.Peminatnya terdiri daripada rakyat setempat terhadap permainan ini. Sejak
itu perkembangan tenis terus meningkat ke negara-negara Eropah yang lain.
Raket yang sebenar diperkenalkan kali pertama pada abad ke-15 oleh Antonio
da Scalo, seorang pastur berbangsa Italia. Ia menulis aturan umum tentang semua
permainan yang menggunakan bola, termasuk tenis. Majalah Inggris "Sporting
Magazine" menamakan permainan ini sebagai 'tenis lapangan' (lawn tennis). Dalam
buku "Book of Games And Sports", yang diterbitkan dalam tahun 1801, disebut
sebagai "tenis panjang". Tenis pada mulanya merupakan permainan masyarakat
kelas atas. Tenis lapangan rumput yang terkenal di zaman Ratu Victoria lalu ditiru
oleh golongan menengah, dan menjadikannya sebagai permainan biasa.
Klub tenis pertama yang didirikan adalah Leamington di Perancis oleh J.B.
Perera, Harry Gem, Dr. Frederick Haynes, dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun
1872. Pada masa itu, tenis disebut sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun
1874 permainan tenis telah pertama kali dimainkan di Amerika Serikat oleh Dr.
James Dwight dan F.R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pun telah
didirikan pada tahun 1868. Dua tahun setelah itu dibukalah kantornya di Jalan
Worple, Wimbledon. Pada tahun 1875, klub ini juga bersedia memperuntukkan
sebagian dari lahannya untuk permainan tenis dan badminton. Sehubungan dengan
itu, peraturan permainan tenis lapangan rumput ditulis. Amerika Serikat mendirikan
klub tenis yang pertama di Staten Island. Bermula dari situlah, permainan tenis di
Amerika Serikat berkembang dengan pesat sekali. Dari sana lahir banyak pemain
tenis tangguh yang menguasai percaturan tenis tingkat dunia.Kejuaraan tenis
pertama bermula tahun 1877.
SAIZ GELANGGANG TENIS:
GELANGGANG
Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang
gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperuat daripada
kayu, simen atau parguay. Ukukran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki)
panjang dan 8.23 meter (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 meter untuk
keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas
dan sebaik-baiknya dengan garisan putih.
JENIS GELANGGANG
Terdapat 4 jenis gelanggang tenis yang biasa digunakan. Jenis-jenis gelanggang
ditentukan berdasarkan penggunaan bahan pada permukaan gelanggang tenis.
a) Gelanggang Tanah Liat
b) Gelanggang Rumput
c) Gelanggang Keras
d) Gelanggang INDOOR (permaidani, getah dan kayu)
GELANGGANG TANAH LIAT
Gelanggang Tanah liat diperbuat daripada besi dan batu bata yang kukuh. Tanah liat
merah kurang kukuh berbanding tanah liat hijau, atau dipanggil Tanah liat Har-Tru
"American". Kelebihan gelanggang tanah liat ialah gelanggang tanah liat
memperlahankan pergerakan bola dan menghasilkan pukulan yang kuat berbanding
gelanggang keras dan gelanggang rumput.
GELANGGANG RUMPUT
Gelanggang rumput adalah gelanggang yang paling cepat disiapkan dan selalunya
digunakan untuk kegunaan sendiri atau peribadi. Pemilihan gelanggang rumput
berdasarkan kekukuhan tanah rumput lebih kurang sama dengan gelanggang golf.
Pukulan bola juga bergantung kepada kekuatan rumput.
GELANGGANG KERAS
Gelanggang keras biasanya diperbuat daripada konkrit dang dikira gelanggang tenis
peringkat sederhana. Gelanggang tenis biasanya menyebabkan bola boleh bergerak
laju tetapi perlahan daripada gelanggang rumput. Gelanngang keras ini juga adalah
antara jenis gelanggang yang biasa digunakan.
GELANGGANG INDOOR
Permukaan yang istimewa hanya boleh digunakan indoor sahaja. Gelanggang indoor yang biasa digunakan adalah jenis permaidani.
Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan
badminton. Dalam satu set terdapat sekurang-kurangnya enam permainan dan
dalam satu permainan sekurang-kurangnya empat kali servis.
Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.Setiap pemain yang berjaya
memungut mata pertama, matanya akan dikira 15-0,manakala mata kedua yang
dipungut dikira 30-0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0.
Mata seterusnya yang diperolehi oleh pemain berkenaan akan menamatkan
permainan dan memberi kemenangan kepadanya. Sepanjang permainan, mata
untuk pembuat servis dikira dahulu.
Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata yang sama, matanya dikira
40-40. Untuk mencapai kemenangan salah seorang pemaian harus mendapatkan
dua mata melebihi lawannya.Oleh itu, pemula servis perlu mendahului lawannya
dengan satu mata.
Untuk mendapatkan mata kedua,pemain akan membuat servis disebelah kiri
gelanggangnya dan pungutan mata akan dikira seperti yang sebelumnya. Seseorang
pemain haruslah memperolehi enam mata dahulu untuk memenangi sesuatu set.
Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan akan diteruskan
sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam
sesuatu permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan.
Bergantung pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain akan dikira
pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.
Memulakan permainan
Permulaan permainan ditentukan secara undian , iaitu bagi menentukan permain
mana yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para
pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan.
Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat
servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada
dibahagian kanan gekanggangnya.
Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan
servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini,
pembuat sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola
daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan
(B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha
mematikan ke kawasan lawannya.
Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan
akan membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu
kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah
seorang daripada mereka mencapai kemenangan.
Dalam permainan dan Tamat permainan
Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu
mati. Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali
atas persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh
memukul bola kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak
sahaja dibenarkan. Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan
isyarat jika permainan ditamatkan.
Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki pertandingan
yang diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam dua
set terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama sendiri
dan dengan pengadil.
RAKET
Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket
yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat
raket juga adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah diantara
282.7 hingga 396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah diantara
368 hingga 382 gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama
dari segi keselesaan pengangannya.
Memilih raket
Apabila memilih raket dua perkara utama harus diberi tumpuan iaitu :
Saiz gengaman tangan
Saiz dan berat raket
Raket-raket yang lebih ringan dan kecil saiznya adalah lebih sesuai bagi mereka yang baru
atau mula bermain tenis.
Pegangan raket tenis
Cara memegang raket bergantung kepada jenis pukulan. Terdapat dua jenis atau
cara memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas. Dalam permainan,
seseorang pemain boleh menukarkan cara memegang raket dari masa ke semasa
bagi menyesuaikan pukulan yang dibuatnya. Rasa selesa semasa pegangan raket
perlulah diutamakan.
BOLA TENIS
Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7
hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola
tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.
PAKAIAN
Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan.
Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu
perjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah
dipakai.Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun
mereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri
daripada seluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar,
stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan
digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih.
PEGAWAI PERMAINAN
Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. Pengadil akan
berada di tepi bahagian tengah gelanggang, iaitu diluar tempat jaring dipasang.
Biasanya temapt duduk khas disediakan untuk pengadil. Pengadil akan menentukan
peraturan dan undang-undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira pungutan
mata dan memulakan dan menamatkan permainan. Pengadil akan dibantu oleh
beberapa orang pegawai permainan lainnya yang terdiri daripada seorang pengadil
jaring dan beberapa orang penjaga garisan dn pengadil servis. Selain itu, terdapat
juga dua orang pencatat mata dan pemungut bola dalam permainan yang bertaraf
kebangsaan atau antarabangsa.
Pukul Depan (For e hand )
Sebuah pukulan di mana telapak tangan yang memegang raket dihadapkan ke depan.
Pukul Kilas (Backhand)
Sebuah pukulan di mana punggung tangan yang memegang raket dihadapkan ke depan.
Groundstroke
Sebuah pukulan forehand atau backhand yang dilakukan setelah bola memantul sekali di lapanganmu.
Slice
Sebuah pukulan pada permainan tenis
Dropshot
Sebuah pukulan yang mengenai net lalu jatuh di daerah lawan.
Smesy
Sebuah pukulan keras yang menghantam sebuah bola tanpa menyentuh tanah di atas kepala dan diarahkan ke lapangan sang lawan.
Lob
Sebuah pukulan dimana bola dipukul tinggi ke jurusan sebelah belakang lawan.
Passing shot
Sebuah pukulan dimana bola melalui (bukan melintas di atas) musuh yang berada di dekat net (lihat lob).
Voli
Pukulan forehand atau backhand sebelum bola memantul di lapanganmu.
Contoh pukulan forehand oleh Federer
Contoh pukulan backhand slice
Contoh pukulan backhand oleh Agassi.