Upload
muizz-rosli
View
3.607
Download
18
Embed Size (px)
Citation preview
KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID
Folio Sejarah Tingkatan 3 PMR 2010
Perayaan Tradisi Kaum
Di Malaysia
NAMA Muhammad Muizzuddin
TINGAKATAN 3 Alfa
SENARAI KANDUNGAN
Aspek Muka Surat
1. Penghargaan
2. Obojektif kajian
3. Kaedah kajian
4. Hasil kajian
5. Rumusan
6. Lampiran
7. Rujukan
.
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Morazuki Bin Hashim,
pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk
menggunakan segala peralatan dan kemudahan yang diperlukan bagi melaksanakan
tugasan ini.
Ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah Puan Rusni Binti Taib
yang telah banyak mencurah ilmu serta membibing untuk menyiapkan tugasan ini.
Juga saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya,
Rohani Binti Salleh yang banyak membantu saya dan ayah saya Encik Mohd Rosli Bin
Said yang sentiasa mendorong saya untuk menyiapkan kerja kursus .
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak lain termasuklah rakan-rakan saya
yang telag membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu perayaan tradisi kaum di
Malaysia merangkumi objektik-objektif berikut:
a. Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.
b. Menambah pengetahuan saya tentang perayaan tradisi kaum di Malaysia
c. Memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
d. Menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi
muda melalui kajian ini.
KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini sepertia. Rujukan
Saya telah menjalankan rujukan terhadap surat khabar, majalah, dan buku-buku yang berkaitan. Saya juga telah mengunjungi rumah-rumah jiran saya yang berbangsa Melayu bagi mendapat maklumat tentang Hari Raya Aidilfitri
b. Temu ramah
Saya telah menemu ramah Encik Abu Bin Hassan. Sebelum kaedah ini dijalankan, kami terlebih dahulu menyusun soalan yang bakal dikemukakan kepada guru sejarah kami. Kaedah ini dilakukan untuk memperoleh maklumat berkaitan latar belakang sejarah Hari Raya Aidilfitri
c. Pemerhatian
Kaedah ini dilakukan sekitar rumah jiran saya yang berbangsa Melayu. Kaedah ini dipilih bertujuan melihat keadaan dan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri.
d. Penyelidikan
Saya telah menjalankan penyelidkan di perpustakaan sekolah, melawat laman web yang berkaitan Hari Raya Aidilfitri dan merujuk majalah yang berkaitan. Semua maklumat ini saya analisis agar ia bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.
HASIL KAJIAN
PERAYAAN TRADISI : HARI RAYA AIDILFITRI
Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab : الفطر ("Ayd al-Fiṭr "perayaan fitrah' ;عيد
disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya
Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan
yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,
India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi
menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat
puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain
Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara, iaitu melalui rukyah (melihat anak
bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan
kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalamTakwim
Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada
sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
Nama hari Raya Aidilfitri berasal daripada bahasa Arab iaitu Ayd al-Fitr. Nama
lain bagi Hari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau Hari Lebaran.
Ia juga dinamakan “Feast of the Breaking of the Fast”, “Eid Mubarak”, “Idul Fitri”,
Lebaran( Indonesia), Shemai Eid( Bangladesh), Ramazan Bayrami( Turki).
Pihak atau kaum yang terlibat dengan perayaan ini ialah seluruh Umat Islam di
seluruh dunia. Di Malaysia kaum utama yang menyambut perayaan Aidilfitri ialah kaum
Melayu yang beragama Islam.
Tarikh atau tempoh masa perayaan ini ialah selama sebulan. Perayaan ini bermula
selepas berakhirnya bulan ramadhan atau bulan puasa. Hari raya bermula melalui dua
cara iaitu melalui rukyah( melihat anak bulan) ataupun secara hisap( kiraan). Sekiranya
melalui rukya, Apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan syawal,
iaitu bulan kesepuluh dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan
diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga magrib di beberapa
tempat yang strategik.
Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapat
mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna. Kemenangan itu
bukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan dan
minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan
menghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT, di mana
sekiranya dilakukan akan membatalkan puasa.
Kalimat “FITRI” itu yang bermaksud fitra iaitu dengan kemenangan manusia
balik kepada fitra yang asal. Fitra asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia
yang sememangnya bersih dari noda dan dosa.
SEJARAH/ASAL USUL : HARI RAYA AIDILFITRI
Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah.
Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu.
Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera
menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi
secara turun temurun daripada datuk nenek mereka yang terdahulu.
Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam
menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna
iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.
Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan
keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang
diraikan itu adalah satu ibadat. Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai suatu
kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan
sempurna.
Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan
minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang
diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya.
Kerana itu Allah SWT menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan
kejayaan daripada kemenangan itu.
Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik
kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia
yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.
UPACARA KHUSUS DALAM PERAYAAN
Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut
hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja
diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti
memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda
kesyukuran.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan
bahawa:
“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik
dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan
mati, iaitu hari kiamat.”
Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke
masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan
kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai. Perlu diingat Islam
tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam
menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan
pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk
bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.
Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan
berpakaian serba baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat
dapat menyambut Aidilfitri.”
Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: "Kerana
saya tidak ada baju baru." Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain,
agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna
Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran
daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan
mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan
bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.
Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang
ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa
kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin
pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan. Sepatutnya
rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak
dapat merayakan hari raya seperti kita.
Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian
duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep
pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran
semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka
pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan
pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.
Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat
Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang
akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya
mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.
Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat
beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang.
Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan
dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.
PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN
SEBELUM
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu
sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah
dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan
perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di Radio dan di
televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank,
sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga
seminggu sempena Aidilfitri.
Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku
akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut
Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali
sebagai “Balik Kampung”.
Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang
berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian
kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan
dari api neraka
Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang
lain.
Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada
di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir
Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul
Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya
BULAN RAMADHAN
Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud :
"Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan
pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."
Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan
yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya
dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"
SEBELUM
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah.
Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari
Raya Aidilfitri (selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya
Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara
mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan Surah Yassin. Kemudian
mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan
bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah
hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di
kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada ALLAH SWT.
Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya
Aidilfitri. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui
sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi
daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang
Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu
hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan
syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas
polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian
hadiah-hadiah.
Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu
detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan
turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid
dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai
simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau
atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana
pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana
pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.
Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan
Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud:
"Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-
masjid kami." , dan juga riwayat dari Umar ( عنه الله :menyebutkan bahawa (رضى
"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka
Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. "
Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun
sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan
sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang
pulang ke bandar setelah cuti tamat.
PAKAIAN
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki
di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket
di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju
kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi
mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket,
dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh
Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
AMALAN SAMPINGAN ATAU SUNAT
Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :
a) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri
b) Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik
c) Mandi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya
d) Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid
e)Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan
yang lain.
f) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
g)Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal
hinggalah tersenam matahari pada hari raya tersebut.
- Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan
Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka
perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."
SELEPAS
Selepas sebulan umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan merayakannya
dengan penuh hikmah dan meriah.umat islam bakal menyambut kedatangan bulan Islam
seterusnya iaitu Bulan Zulkaedah dan bulan Zulhijah.
BULAN ZULKAEDAH
Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat
dan fardhu seperti biasa.
BULAN ZULHIJJAH
Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah
menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :
Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu
sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah
Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang
berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak
pernah melakukan maksiat.
Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu
sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah
Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari
itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.
Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada
hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur
Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-
nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah
dengan pandangan rahmat
Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang
berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu
kesulitannya
Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih
anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari
Syaitan. Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa
hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah
Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa
mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut
terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).
Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut
akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan
sentosa.
Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :
a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
b)Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai
menunaikan solat Adha
c)Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan
jalan yang lain
d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
e)
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah
hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir
Muqayyad)
Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat
Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal
Muharram.
KESAN PERAYAAN
KELUARGA
Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan siraturrahim
sesama keluarga.hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat. Anak-anak
saling bermaafan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik. Semasa hari raya
biasanya sanak-saudara yang berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan hari
kemenangan ini. Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masing-masing.
PERPADUAN
Perayaan dapat menghidupakan perpaduan di antara rakyat , ini kerana semua
kaum dan bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan masing-
masing. Di Hari perayaan tidak kira kaum dan bangsa amalan kunjung mengunjugi
menjadi amalan rutin. Perayaan disambut bersama.kemeriahan dikongsi bersama, justeru
itu perpaduan dan keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan
tenteram.
PELANCONGAN
Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung
kerana ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini kerana
mereka datang sendiri untuk menyaksikan perayaan yang ada di Malaysia ini.secara tidak
langsung menyumbang sumber perlaburan yang hebat kepada Institusi Pelancongan
negara.
KEAGAMAAN
Kesan perayaan terhadap agama. Sebagai umat Islam kita berbangga kerana dapat
menunaikan amanat dan perintah Allah yang esa. Islam meminta kita meraikan Hari
kemenangan iaitu menyambut Hari raya Aidilfitri selepas sebulan menjalani bulan
Ramadhan.
RUMUSAN
Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur
patriotisme yang saya perolehi. Melalui tajuk kajian yang telah saya siapkan ini
menjadikan saya seorang yang bersyukur dan menghargai perayaan ini kerana perayaan
ini merupakan perayaan keagamaan yang dituntut dalam agama saya. Saya juga berasa
bangga dengan perayaan ini kerana ia merupakan perkara istimewa dalam hidup saya.
Melalui kajian ini saya dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaan
yang ada di Malaysia ini. Perayaan tradisi akan disambut oleh semua kaum yang ada di
Malaysia ini. Sama ada kaum Melayu, Cina atau India.Perayaan tradisi ini melahirkan
perpaduan terhadap bangsa di Malaysia, melahirkan nilai hormat-menghormati antara
kaum dan perpaduan bertambah erat dengan kunjung mengunjung antara kaum semasa
perayaan.Kegembiraan dikongsi bersama.
Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga dengan negara saya kerana di negara
ini terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi. Negara Malaysia merupakan sebuah
negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum. Saya amat menyayangi
negara Malaysia. Salam Satu Malaysia.
LAMPIRAN
RUJUKAN
Buku Ilmiah
A.Aziz Deraman,Wan Ramli Wan Mohamad .1995.Penerbit Fajar Bakti SDN. BHD.
Sulaiman Zakaria, Azmah Che Omar.2000.Pustaka Cahaya Intelek
Orang Sumber
Encik Abu Bin Hassan,40 tahun,No 21,Jalan Lundu 7, Taman Beringin 52000 Kuala
Lumpur
Puan Hamidah Binti Daudshah,50 tahun,No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak,68100
Selangor.
Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri
http://ms.wikipedia.org/wiki/Selamat_Hari_Raya_Aidilfitri
http://ms.wikipedia.org/wiki/Takbir