Upload
syiera-
View
1.559
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
ni yg lengkap sikit~!
Citation preview
Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpahkurnia-Nya akhirnya saya dapat juga
menyiapkan kerja kursus sejarah ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah saya.
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Pn. Hiakmah pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Puchong (SMKP) dan Pn.Sivagami selaku guru mata pelajaran sejarah
tingkatan 3KRK yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta panduan ketika
menyiapkan kerja kursus sejarah ini.
Sekalung jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu Siti Mastura
dan ayah Nor Asmadi ,serta ahli keluarga yang lain telah banyak bantu dari segi kewangan
mahu pun pengetahuan atau mencari bahan.Tidak lupa juga kepada rakan–rakan perjuangan
yang lain iaitu Aqilah, Kusha, Nani dan I’zatul kerana banyak memberi kerjasama dan
berkongsi pengetahuan tentang maklumat kerja kursus ini.
2
OBJEKTIF KAJIAN
Saya telah menjalankan kajian yang bertajuk “Institusi Pentadbiran tempatan yang terdapat
di negara kita. Objektif kajian adalah seperti,melalui kajian yang dibuat, saya dapat mengenalpasti
sumber-sumber institusi pentadbiran dengan sahih dan tepat seperti sejarah MPSJ dan juga carta
organisasi mereka.
Selain itu saya juga dapat mengetahui secara lebih mendalam matlamat Majlis
Pembandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk membangunkan bandaraya Petaling.
Tambahan pula, melalui kajian ini juga, saya dapat mengetahui sejarah penubuhan,
undang-undang kecil, peranan pentadbiran serta cara pelantikan pentadbir.Secara tidak langsung
dapat menanamkan semangat patriotism dan jati diri dalam kalangan generasi muda .
3
KAEDAH KAJIAN Dalam menyiapkan kajian ini, beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk mendapat
maklumat yang diperlukan. Antara kaedah yang saya gunakan ialah melayari internet maklumat-
maklumat mudah diperoleh melalui internet.Internet juga dapat membantu saya dalam memuat
turun bahan-bahan yang saya perlukan dengan cepat.
Oleh kerana saya memilih Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebagai topik saya
dalam folio ini, saya dan rakan-rakan telah melawat tempat kajian di Kompleks 3C, Shah Alam.
Disana, kami juga telah menangkap gambar sebagai bukti kami pergi ke sana.
Selain itu, saya telah mengambil beberapa majalah mengenai ketika melawat di sana.
Seterusnya, di sana saya juga telah mengambil beberapa pamplet mengenai Kompleks 3C.
4
HASIL KAJIAN
Institusi Pentadbiran Tempatan
Nama Rasmi:Majlis Perbandaran Subang Jaya
Nama Ringkas: MPSJ
Lokasi:Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Persiaran Perpaduan,
Jalan USJ 5, 47610, Subang Jaya, Selangor ‘
L a t a r b e l a k a n g
Majlis Perbandaran Subang Jaya ditubuhkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976
(Akta 171) di bawah seksyen 4. Sebelum diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Subang Jaya, ia
dikenali sebagai Majlis Daerah Petaling
Pada tahun 1994, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menaik taraf Majlis
Daerah Petaling kepada Majlis Pembandaran dan menamakannya sebagai Majlis Perbandaran
Subang Jaya. Tujuan kenaikan taraf ini ialah untuk menyusun semula organisasi pentadbiran bagi
menghadapi tekanan pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar.
Melalui warta Kerajaan Negeri Selangor No 62, Majlis Perbandaran Subang Jaya telah
diwartakan pada 2hb Januari 1997 mengikut pelan warta 1192 dengan keluasan 161.8 km persegi
dan terbahagi kepada 3 zon utama iaitu Zon Damansara (Subang Jaya , Bukit Lanchong),
Zon Puchong (keseluruhan Puchong) dan Zon Seri Kembangan (Serdang, Seri
5
Kembangan, Universiti Putra Malaysia dan sebahagian hutan simpan Air Hitam). Kawasan
pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya juga terletak dalam kawasan Pentadbiran Daerah
Petaling.
Majlis Perbandaran Subang Jaya telah dilancarkan secara rasmi olehMenteri Besar Selangor,
YAB Dato' Seri Dr Haji Abu Hassan Omar pada 25 April 1998.
6
Objektif Penubuhan
Antara objektif penubuhan MPSJ ialah mereka bertanggungjawab di atas
perancangan kawasan dan pengawalan bagi mencapai matlamat yang dirancangkan.
Selain itu, mereka juga bertanggungjawab dalam membuat dasar berkenaan dengan
perancangan dan pembangunan tanah dan bangunan di dalam kawasannya.
Seterusnya mereka juga merancang dan melaksanakan program-program
pembangunan, sosio-ekonomi dengan koordinasi, bantuan serta kerjasama Negeri dan
Kerajaan Persekutuan.Memastikan semua bangunan yang dibina mengikut keperluan
Undang-Undang Bangunan dan mematuhi garis panduan fizikal yang ditetapkan.
Mereka juga akan memastikan perancangan dan pelaksanaan projek-projek
pembangunan serta penyelenggaraan infrastruktur dijalankan dengan baik untuk
kemudahan dan keselesaan awam.
Tambahan lagi MPSJ juga bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem percukaian
dan sewaan yang adil melalui penilaian dan pengurusan harta yang berkesan serta
‘reliable’. Akhirnya memastikan perkhidmatan perbandaran pada tahap yang
memuaskan melalui proses penyeliaan yang cekap dan berkesan juga antara objektif
penubuhan mereka
7
Visi
Visi ialah menjadi PBT terunggul bertaraf antarabangsa berteraskan
Perbandaran Bestari Kota Niaga dan kediaman Idaman
Misi
Misi ialah menguruskan perkidmatan perbandaran bertaraf antarabangsa ke
arah menjadikan Majilis sebuah perbandaran sejahtera , bestari dan dinamik
menjelang 2020
Lagu
Di sini kita bina Bandar impian...Di sini kita maju seiring wawasan...Kejayaan kita... untuk
masa depan...Bersatu hati sematkan di jiwa...
Mewangi bunga menghiasi di taman...Berdiri megah kota dari keringat waja...Kejayaan
kita... untuk anak bangsa...Warisan bangsa tetap terpelihara... (MPSJ)Korus :Bersama-
samalah kita...Kekal keindahannya...Bersama-samalah usaha...Maju ke hadapan...Di mana
8
jua berada...Selesa ceria...Bekerjasamalah kita...Demi kejayaan MPSJ...Majlis
Perbandaran Subang Jaya...
Senarai pentadbir:
Ahli Majlis
Senarai Nama Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya
Bil Gambar Nama, E-Mel Dan Nombor Telefon
1.
Nama : Y. Bhg Dato' Adnan Bin Hj Md. Ikshan Alamat : Majlis Perbandaran Subang Jaya, Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : [email protected] No. Telefon : 0380263102 (Pejabat) 0356376569 (Fax)
2.
Nama : Encik Roslan Shahir Bin Datuk Mohd Shahir Alamat : No 8, Jalan SS14/8H, 47500, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : [email protected] No. Telefon : 0192601033 (HP) 0356210592 (Fax)
9
3.
Nama : Encik Ismail Kamal Bin Abdul Rahman Alamat : No 7A, Tiara Square, Jalan Tiara, Taman Perindustrian UEP, 47600, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : [email protected] No. Telefon : 0193692173 (HP) 0380248542 (Fax)
4.
Nama : Encik Pooi Weng Keong Alamat : No 24, Jalan 20/9, Paramount Garden, 46300, Petaling Jaya, Selangor darul Ehsan. E-Mel : [email protected] No. Telefon : 0123307280 (HP) 0340424240 (Fax)
5.
Nama : Encik Arumugam A/L Kalimuthu Alamat : No 9-2, Jalan PJS 8/12, Dataran Mentari, 46150, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : [email protected] No. Telefon : 0162108770 (HP) 0356301210 (Fax)
6.
Nama : Encik Mohd Nasir Bin Yusoff Alamat : Lot 145, Jalan Berkat 5, Kampung Seri Aman, 47100, Puchong, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : [email protected] No. Telefon : 0192710234 (HP) 0380614801 (Fax)
7.
Nama : Encik Keshminder Singh A/L K.Karam Alamat : 86, Jalan SS23/31, Taman Sea, 47400, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : [email protected] No. Telefon : 0193350250 (HP) 0378803088 (Fax)
10
8.
Nama : Encik Chin Sou Bong Alamat : Balai Masyarakat Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ, Jalan BP 2/2, Bandar Bukit Puchong, 47100, Puchong, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : [email protected] No. Telefon : 0122330095 (HP) 0379551058 (Fax)
11
Undang-Undang Kecil
MPSJ juga mempunyai beberapa undang-undang kecil, antaranya ialah Undang-Undang
Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Majlis Perbandaran Subang Jaya) Kerajaan Tempatan
(2005), Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Majlis Perbandaran 3.Subang
Jaya (Jalan, Parit Dan Bangunan (2005),Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan
Perindustrian (MPSJ) 2007,Undang-Undang Kecil Penjaja (MPSJ) 2007,Undang-Undang Kecil
Iklan (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil, Iklan Pilihanraya (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil
Kerja Tanah (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil Pasar (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil
Pengendali Makanan (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan
Kesihatan 2007 dan Undang-Undang Kecil Vendalisme (MPSJ) 2005
12
Garis Panduan
MPSJ juga mempunyai beberapa garis panduan untuk beberapa kategori antaranya
kategorinya adalah mengikut Jabatan Pelesenan. Garis panduan kategori ini ialah Garis Panduan
Meletakkan Kerusi Meja Diluar Premis, Garis Panduan Bazar Ramadhan, Garis Panduan Lesen
Pasar Malam & Pasar Pagi, Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran, Garis Panduan Pasar
Basah, Garis Panduan Permit Sementara Kiosk Penjaja, Garis Panduan Permit Sementara Penjaja,
Garis Panduan Pusat Hiburan Keluarga , Syarat - Syarat Lesen Hiburan (Am), Syarat - Syarat Lesen
Hiburan (Karaoke), Syarat - Syarat Lesen Hiburan (Snooker) dan juga Garis Panduan Pusat Siber
dan Kafe Siber
Kategori yang kedua pula adal Jabatan Undang-undang garis panduannya ialah Garis
Panduan Tatacara Penggunaan Web Dan Mel Di Agensi - Agensi Kerajaan
Kategori yang ketiga adalah Bahagian Khidmat Masyarakat mempunyai satu garis panduan
iaitu Garis Panduan Pengurusan Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ
Kategori yang keempat adalah Jabatan Kontrak & Ukur Bahan garis pandunnya ialah Garis
Panduan Pembelian Tender/ Sebutharga Secara 'online'
Kategori keempat pula ialah Jabatan Perkhidmatan Bandar mempunyai dua garis panduan
iaitu Garis Panduan Pengurusan Sampah & Penyediaan Tong Sampah dan juga Garis Panduan
Pengurusan Sampah Pasar Malam & Pasar Pagi
Kategori yang terakhir adalah Jabatan Bangunan mempunyai satu garis panduan sahaja iaitu
Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Bagi Rumah Kediaman/Bangunan Perniagaan Yang
Dijadikan Asrama Pelajar
13
Peranan MPSJ
EKONOMI
Seramai 12 panel penilai AKPM 2008 diketuai oleh Y.Bhg Dato’ Normah bt Md.Yusuf.
Ketua Pengarah MAMPU telah mengadakan lawatan ke MPSJ. Kumpulan 12 orang anggota panel
telah diberi taklimat oleh Yg.Bhg Dato’ Adnan bin Hj Md Ikshan YDP MPSJ berhubung segala
pelaksanaan MPSJ bagi memperkasa sistem penyampaian perkhidmatannya kearah tadbir urus yang
gemilang. MPSJ juga mengadakan pameran di ruang ibu pejabat MPSJ berhubung elemen
kecermelangan organisasi di MPSJ. Anggota panel turut dibawa melawat beberapa kawasan yang
mencerminkan pelaksanaan kriteria kecermelangan yang dimaksudkan.
KEBAJIKAN
Pada 9 September 2008, bertempat di Hotel Summit USJ Subang Jaya telah berlangsung
Majlis Berbuka Puasa Bernama Media dan penyampaian sumbangan sempena Ramadhan Al-
Mubarak 2008. Selain meraikan rakan-rakan media dan membina jalinan hubungan yang lebih akrab
bersama pihak media massa, turut diadakan upacara penyampaian sumbangan kepada anak-anak
yatim, ibu tunggal dan golongan OKU
KEBUDAYAAN
MPSJ dengan kejersama persatuan seni jahitan kreatif (PSJK) telah mengadakan Bengkel jahitan dan sulaman kreatif pada 16 September 2008 bertempat di Laman Kenanga MPSJ. Turut hadir sama mengokong program adalah Y.Bhg Dato’ Adnan bin Haji Md Ikshan YDP MPSJ, Tuan TYDP dan Tuan SUP
14
KEMASYARAKATAN
Pada 25 Ogos 2008 di Laman Kenanga MPSJ telah diadakan program derma darah anjuran bersama MPSJ dan Pusat Darah Negara. Sebanyak 50850 ml darah berjaya dikumpul dari 113 penderma pada hari tersebut.
15
Projek
Penyelengaraan
LANSKAP PEMBERSIHAN JALAN
PENGUTIPAN SAMPAH
PEMASANGAN CCTV
ROAD KORBS MENAIKTARAF JALAN
LAMPU JALAN / PERHIASAN
16
IMPAK-PENCAPAIAN 13
TAHUN MPSJ
Terdapat beberapa pencapaian selama 13 tahun MPSJ antaranya ialah Anugerah Bandar
Lestari “Anugerah Alam Sekitar 2009/2010” kategori perbandaran, Anugerah Zon Bersih Pihak
Berkuasa Tempatan Selangor, Anugerah Inovasi Menteri Besar Selangor,Anugerah Inovasi Sektor
Awam Selangor dan pelbagai lagi.
17
RUMUSAN
Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriotisme yang
saya perolehi. Melalui kajian yang saya lakukan,kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia.
Kita harus merasa bersyukur kerana hidup di dalam sesebuah negara yang aman damai yang pesat
membangun.. Kita dapat perhatikan MPSJ yang sentiasa berusaha membantu memajukan ekonomi
rakyat dan negara.
Melalui kajian ini juga, unsur semangat kekitaan dan perpaduan pelbagai kaum juga dapatdi
perhatikan.Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada
perkembangan dan kemajuan pesat Majlis Pembandaran Subang Jaya (MPSJ) adalah kerana nilai-
nilai murni yang diamalkan oleh para pegawai, staff sokongan dan juga para pekerja ladang. Antara
nilai-nilai murni tersebut ialah seperti bersatu padu, bertolak ansur, bekerjasama, hormat
menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara. Pendek kata, semangat 1
Malaysia memang tertanam dalam diri setiap warga MPSJ.
20
Selain itu, unsur patriotisme seperti berdisiplin dalam setiap tindakan juga merupakan antara
nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai pentadbir atau pemimpin yang
menjadi contoh teladan kepada golongan bawahan, nilai disiplin diri yang unggul perlu
diamalkan.Hal ini dapat saya perhatikan dalam diri warga pentadbir di Pejabat MPSJ yang mana
mereka sentiasa berbudi pekerti mulia, mematuhi peraturan dan undang-undang serta bersifat
amanah dan jujur dalam tugas.
Akhirnya, Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga menyedarkan saya tentang pentingnya sifat
sentiasa berusaha dan produktif pada setiap masa. Kerajinan dan kegigihanserta ketabahan
menghadapi cabaran yang ditunjukkan oleh Felcra Berhad Pulau Banggi dapat dijadikan inspirasi
seluruh rakyat Malaysia agar terus menyokong dan melibatkan diri dalam sebarang usaha
pembangunannegara untuk menuju Wawasan 2020.
21