Upload
nfmk
View
163
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Folio - Riwayat Hidup Rasulullah (Ting. 1)
Citation preview
PENDAHULUAN KAJIAN
Assalamua’laikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.
Kajian ‘Riwayat Hidup Rasulullah’ ini mengandungi serba sedikit sirah
Rasulullah s.a.w, iaitu dari saat kelahiran baginda sehingga baginda menjadi
rasul.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( عليه الله صلى محمد نبي
adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat (وسلم
untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.
Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan
kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang
lurus dan benar.
Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga
sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa
perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan,
akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.
Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di
Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi
umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap
ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (األمين) yang bermaksud 'yang
terpuji'.
Berikut adalah sejarah ringkas Rasulullah s.a.w. :-
1 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
BIODATA RASULULLAH S.A.W :
1. Nama : Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin
Hashim
2. Tarikh lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M
(dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa
tentera
bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa : ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu : Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman.
Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih
dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu
Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh
dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalamnya.
USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-
Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah
SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
2 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas
urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama
Bahira (Buhaira)
telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan
tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir
pada
masa itu.
USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1,
halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW
ialah 14
atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari
dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk
memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan
Khadijah binti
Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa
saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara
Khadijah)
untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan
penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’
ke tempat
3 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung
perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan
Rasul akhir
zaman.
USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina
Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin,
12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
4 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
BIODATA DIRI
5 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
NAMA PENUH : NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD
RAZIF
ALAMAT RUMAH : NO: 294, JALAN PUNCAK SAUJANA 3/1 A,
TAMAN PUNCAK SAUJANA,
SEKSYEN 3, 43000 KAJANG, SELANGOR.
SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL
AZIZ SHAH, KAJANG.
TARIK LAHIR : 23 SEPTEMBER 2002
HOBI ; MEMBACA, MENDENGAR MUZIK,
MENONTON TELEVISYEN, BERENANG DSB.
BILANGAN ADIK : EMPAT (4) ORANG.
ANAK KE- : PERTAMA / SULUNG
CITA – CITA : GEOSAINTIS
SUSUR GALUR KETURUNAN RASULULLAH
KETURUNAN
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib (Syaibatul Hamd) bin
Hashim (Amru) bin Abdul Manaf (Al-Muhgirah) bin Qusai (Zaid) bin Kilab bin
Murrah bin Ka’ab binLuai bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Al-Nadhar (Qais)
bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah (‘Aamir) bin Ilias bin Mudhar bin
Nizar bin Ma’ad bin Adnan.
Sebenarnya nasab Baginda sampai kepada Nabi Ibrahim a.s. malalui
Nabi Ismail a.s. (Bapa Arab) namun yang di ittifak (di persetujui) para ulama
sehingga Adnan, manakala selepas Adnan menjadi khilaf (perselisihan) pada
perawinya. Namun menjadi kesepakatan ulama bahawa diketahui Adnan itu
adalah dari Nabi Ismail a.s. sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab
Zadul Ma’ad.
6 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
CARTA SUSUR GALUR RASULLAH
KEHIDUPAN NABI SEBELUM MENJADI RASUL :
Bermula sirah harum baginda dengan perkahwinan antara Abdullah bin
Abdul Mutalib dengan seorang wanita terhormat dari kalangan Quraisy,
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. Namun takdir telah mendahului
segalanya, Abdullah bin Abdul Mutalib telah kembali ke Rahmatullah
sebelum sempat menimbang cahaya mata yang sedang dikandung oleh
isteri tercinta.
Akhirnya Aminah melahirkan Muhammad tanpa seorang yang bernama
suami di sisinya. Kelahiran Muhammad saw disambut oleh bidan yang
bernama Asy-Syifa’ Binti Abdul Rahman bin Auf, di rumah bapa saudara
sebelah bapanya iaitu Abu Thalib, dilingkungan Bani Hasyim dekat Shafa di
Mekah Al Mukarramah pada hari Isnin, 12 Rabiul Awwal bersamaan tahun
571 M yang dikenali dengan tahun gajah, di mana ketika itu Abrahah Al
7 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
Habsyi telah menyerang Mekah dari arah Yaman untuk menghancurkan
Kaabah.
Abdul Muthalib, datuk Baginda menerima berita kelahiran cucunya
dengan penuh rasa gembira. Boleh jadi beliau melihat kedatangan cucunya
itu sebagai ganti kepada anaknya yang meninggal ketika masih muda.
Datuk baginda telah membawanya ke Ka’abah dan memberi nama
“Muhammad” kepada cucundanya. Nama tersebut cukup asing di kalangan
masyarakat Mekah pada waktu itu.
Rasulullah saw telah dilahirkan dari satu kabilah paling terhormat
antara kabilah-kabilah Arab lainnya. Baginda pernah bersabda mengenai
dirinya :
“ Allah telah memilih kinanah sebagai keturunan Ismail, lalu dari
Kinanah Dia memilih Quraisy, kemudian dari Quraisy dia memilih
bani Hasyim , dan dari bani Hasyim Dia memilihku. “ (HR Muslim)
a) SEMASA KELAHIRAN
Kelahiran Baginda menjadi seribu satu tanda bahawa Baginda akan
menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan
peristiwa utama dalam sejarah Islam. Baginda mempunyai kelebihan luar
biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi
dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan.
Terdapat peristiwa-peristiwa menakjubkan dan menarik yang berlaku
sebelum, semasa dan selepas kelahiran baginda. Antaranya :-
1) Semasa Rasulullah saw berada di dalam kandungan bondanya,
Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu
yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkabaran malaikat yang
dating kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan
bahawa beliau telah mengandungkan seorang nabi dan penghulu
kepada seluruh umat manusia. Selain itu tanda kehamilannya ialah
8 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah
Abdullah ke wajahnya.
2) Peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran dalam
surah al-Fil, datang menyerang Kota Makkah. Ia diketuai oleh tentera
bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmud.
Apabila mereka hamper sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu
berhenti dan berundur dengan izin Allah sbt. Namun demikian,
sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan
mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini
amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.
3) Pada Subuh hari kelahirannya, keadaan Makkah dan sekelilingnya
ketika itu berada di dalam keadaan damai dan menenangkan jiwa.
Angin yang bertiup sepoi-sepoi, keadaan alam ketika itu seolah-olah
menyambut ketibaan tetamu agung yang tidak pernah dirasai oleh
penduduk Makkah sebelum ini.
Kita ketahui dari sejarah dan hadis bahawa ketika Nabi Muhammad saw
lahir, dinding-dinding istan Qisra retak dan menaranya roboh. Api di kuil-kuil
penyembahan Parsi padam. Berhala-berhala yang memenuhi pelantaran
Kaabah retak dan bergoncangan. Cahaya dari tubuh Muhammad saw
memancar naik ke langit dan menerangi semua tempat yang dilaluinya.
Ketika lahir, nabi kecil itu telah tersunat dan tali pusatnya pun sudah
terpotong. Ketika lahir ke dunia, beliau berkata, “AllahuAkbar, Alhamdulillah,
Dialah Allah yang harus disembah siang dan malam.
Peristiwa yang mengawal kelahiran setiap nabi tidak ada yang terjadi
secara kebetulan. Semua peristiwa itu berada dalam realiti dan perencanaan
Allah sbt, khususnya yang berkenaan dengan kelahiran Muhammad saw baik
dalam kitab Taurat mahupun Injil.
KHATAN (SUNAT) RASULULLAH SAW
9 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
- Berlakun khilaf di kalangan ulama pada khatan (sunat) Baginda saw,
terdapat tiga pendapat.
(a)Baginda saw dilahirkan dalam keadaan berkhatan sebagaimana
pendapat Abu Abdullah Muhammad bin Uthman Al-Khalili.
(b)Baginda saw dikhatankan pada hari pembedahan dada oleh Malaikat
Jibrail as semasa di bawah penjagaan Halimatussa’diah.
(c) Baginda saw dikhatankan oleh datuknya Abdul Mutalib pada hari
ketujuh kelahiranya sebagaimana pendapat Ibnu Abbas.
b) PENGASUH-PENGASUH DAN IBU SUSUAN RASULULLAH SAW
PENGASUH-PENGASUH RASULULLAH
Ibunya Aminah Binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab.
Thuwaibah ( hamba Abu Lahab yang dimerdekakan sewaktu
membawa berita gembira kepada tuannya Abu Lahab akan
kelahiran Nabu Muhammad saw ).
Halimah Binti Abu Dzu’aib Al-Sa’diah.
Syaima’ anak kepada halimah yang merupakan saudara susuan
Nabi saw.
Ummu Aiman hamba yang diwariskan oleh bapanya.
IBU SUSUAN RASULULLAH SAW
Halimah Binti Abu Dzu’aib Al-Sa’diah
Thuwaibah ( hamba Abu Lahab ). Rasulullah saw menyusu
dengan beliau hanya untuk beberapa hari.
Setelah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam lahir
baginda disusui oleh ibunya dan Thuaibatul Aslamiyyah sebelum
diserahkan kepada Halimatul Saadiah daripada kabilah Sa’di.
Baginda menerimapendidika ibu susunya tersebut.
Ketika berusia empat tahun baginda membantu keluarga
angkatnya mengembala kambing.
Pekerjaan tersebut telah melatih baginda sabar dan tabah
menghadapi ujian hidup.
10 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
c) SEMASA BERSAMA IBU KANDUNG
Salasilah keturunan ibunda Baginda saw, beliau adalah Aminah binti
Wahhab bin Abdul Manaf bin zahrah bin Kilab bin Murrah. Nasabnya
bertemu dengan ayahnya pada Kilab bin Murrah ( nenda kelima dari
ayahnya dan keempat dari pihak ibunya ).
Tradisi bangsawan Arab pada ketika itu menghantar anak ke
pedalaman demi mencari udara dan suasana yang lebih baik bagi anak-
anak mereka. Lantaran itu Rasulullah saw telah dihantar kepada Halimatus
Sa’diyah untuk disusukan. Ketika berusia 4 tahun Nabi saw telah
dikembalikan semula kepangkuan ibundanya.
Semasa bersama ibundanya, baginda pernah dibawa menziarahi kubur
bapanya di Madinah bersama Ummu Aiman. Seterusnya pada usia 6 tahun
Aminah, ibunda baginda meninggal dunia, lalu baginda diasuh oleh Datuk
baginda, Abdul Muthalib. Jenazah ibundanya dikebumikan di Abwak,
berhampiran Madinah.
11 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
d) SEMASA BERSAMA DATUK
Abdul Mutalib ialah pemimpin Makkah pada masa itu. Baginda sangat
disayangi oleh datuknya dan dibawa ke mana-mana sahaja. Abdul Mutalib
dikurniakan usia yang panjang, sehingga dikatakan bahawa beliau
meninggal dunia ketika berusia 120 tahun. Beliau meninggal dunia ketika
Muhammad saw hampir berusia lapan tahun. Dalam keadaan yatim piatu,
baru sempat 2 tahun bermanja dengan datuknya, Abdul Muthalib juga
dipanggil menemui Illahi. Sebelum kematiannya, beliau telah menyerahkan
tanggungjawab memelihara cucundanya, Muhammad saw kepada bapa
saudara baginda sebelah bapa, iaitu Abu Thalib.
e) SEMASA BERSAMA BAPA SAUDARA
Bapa saudara nabi, Abu Talib seorang yang miskin dan mempunyai 10
orang anak. Keadaan ini mendorong baginda mengembala kambing untuk
membantu meringankan beban bapa saudaranya. Pekerjaan ini telah
melatih baginda dengan perasaan rendah diri dan kasih sayang sesama
makhluk. Ketika berusia 12 tahun, Abu Talib membawa baginda berniaga
ke Syam. Di Syam, Abu Talib bertemu dengan Buhaira’, seorang pendeta
Nasrani Arab. Buhaira’ mendapati ada tanda-tanda kenabian dan sifat-sifat
kerasulan pada diri Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seperti
yang diceritakan dalam Taurat dan Zabur, dan berpesan supaya membawa
baginda balik ke Makkah dan menjaganya dengan baik kerana ditakuti
akan dibunuh oleh orang Yahudi.
Abu Thalib menunaikan tanggungjawab memelihara anak saudaranya,
Muhammad saw dengan sebaik-baiknya. Baginda tinggal dan bergaul
dengan anak-anak Abu Thalib. Baginda membesar di dalam rumah Abu
Talib sehingga Baginda meningkat dewasa , matang dan memahami
keadaan sekeliling.
f)ZAMAN REMAJA
Baginda telah berniaga bersama seorang pemuda Quraisy bernama
Assaibu bin Abi Assaib. Hasil keuntungan dibahagi sama rata antara
mereka.
12 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
Ketika berusia 25 tahun, baginda menerima tawaran Khadijah binti
Khuwailid untuk memperdagangkan barang dagangan ke Syam. Dan
dibantu oleh Maisarah.
g)PERKAHWINAN BERSAMA SAIDATINA KHADIJAH
Kemuliaan peribadi, kejujuran, kebijaksanaan dan keikhlasan yang
ditunjukkan oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika
menguruskan barang dagangan menyebabkan Khadijah mengutus
wakilnya untuk meminang baginda sebagai suami. Ketika itu umur baginda
25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun.
ANTARA BAJU DAN BARANGAN RASULULLAH S.A.W.
h)ANAK-ANAK RASULULLAH
Baginda dikurniakan enam (6) orang cahaya mata iaitu : -
1. Al Qasim, beliau adalah anak yang namanya dijadikan kun-yah oleh
Nabi, sehingga Nabi juga dipanggil dengan nama Abul
13 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
Qasim Shallallahu’alaihi Wasallam. Ibunya adalah Khadijah binti
Khuwailid Al Qurasyiah Radhiallahu’anha.
2. Abdullah, beliau dijuluki juga dengan Ath Thahir dan Ath
Thayyib. Ibunya juga Khadijah Radhiallahu’anha.
3. Ibrahim, beliau adalah anak bungsu Nabi Shallallahu’alaihi
Wasallam. Ibunya adalah Mariyah Al Qibthiyyah Radhiallahu’anha.
Ketiga anak-anak lelaki beliau ini semuanya wafat ketika masih
kecil, semoga Allah meridhai mereka semua.
4. Zainab Radhiallahu’anha
5. Ruqayyah Radhiallahu’anha
6. Ummu Kultsum Radhiallahu’anha
7. Fathimah Radhiallahu’anha, beliau adalah anak yang paling dicintai
Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam. Semua anak-anak perempuan
beliau ini lahir dari rahim Khadijah Radhiallahu’anha
RASULLULAH DILANTIK MENJADI RASUL
Setelah baginda berumur 40 tahun, baginda sering mengasingkan diri
di Gua Hira’ di jabal Nur untuk beribadat dan menenangkan fikiran, lebih-
lebih lagi pada bulan Ramadhan.
Pada suatu malam, ketika baginda berada di Gua Hira’, tiba-tiba
kelihatan Malaikat Jibrail datang menemui baginda dan berkata “bacalah”
baginda menjawab “Saya tidak tahu membaca”.
14 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
Kemudian Malaikat Jibrail memeluk baginda sehingga lemas, setelah
dilepaskan Malaikat Jibrail menyambung “bacalah”. Baginda tetap
menjawab “Saya tidak tahu membaca”. Baginda didakap lagi. Setelah
dilepaskan pada kali ketiga, Malaikat Jibrail melafazkan firman Allah
Subhanahu Wa Ta’ala seperti dalam surah al-Alaq ayat 1 – 5.
Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam terkejut dan cemas
dengan peristiwa tersebut lalu pulang memberitahu isterinya, Saidatina
Khadijah.
Baginda dibawa oleh Saidatina Khadijah menemui Waraqah bin
Naufal dan memberitahu bahawa Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam telah ditetapkan menjadi rasul. Tidak lama selepas itu Waraqah
meninggal dunia.
Selepas 40 hari, Malaikat Jibrail datang kali kedua. Nabi Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam balik dan menyuruh Saidatina Khadijah
menyelimutkannya lalu Malaikat Jibrail menyampaikan wahyu seperti dalam
surah al-Muddathir ayat 1 hingga 6.
RASULULLAH CONTOH TERUNGGUL
Sebelum dilantuk menjadi Rasul, Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam sangat dihormati oleh masyarakat. Kemudian akhlaknya sangat
berbeza dengan pemuda-pemuda Quraisy yang lain.
Baginda terkenal dengan sifat amanah, bercita-cita besar, sabar,
bertanggungjawab dan berwawasan. Beliau mendapat gelaran al-Amin
daripada masyarakat Quraisy.
Kemuliaan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
dijelaskan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam surah al-Qalam ayat ke 4.
15 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
SIFAT-SIFAT PERIBADI RASULULLAH
1. Tawadhuk
-Dari Umar bin Khattab r.a. berkata: Rasulullah berpesan: “ Janganlah kamu
semua melampaui batas semasa memujiku, sebagaimana orang nasrani
melampaui batas memuji Isa bin Maryam. Aku hanyalah seorang hamba,
oleh itu katakanlah aku adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.” (HR Bukhari
dan Tirmizi)
-Dari Amarah berkata: Seseorang bertanya kepada Aisyah: Apakah yang
Rasulullah lakukan di rumah? Aisyah menjawab: Beliau sama seperti
orang lain. Beliau menjahit pakaian, memerah susu kambing dan
menyiapkan keperluan diri beliau sendiri. (HR Bukhari dan Tirmizi).
2. Lemah lembut
16 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
-Dari Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w mencium salah satu isterinya
ketika beliau sedang berpuasa , kemudian dia (isterinya) tertawa". (HR.
Muslim)
-Ibn Asaakir meriwayatkan dari Aisyah ra. Bahwasanya Rasulullah sa..w
berkata kepadanya: " Apakah engkau rela menjadi isteriku dunia akhirat?
Beliau menjawab: ya aku rela. Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "engkau
adalah isteri saya dunia dan akhirat." (Berkata Albany di silsilatus sahih:
HR. Hakim).
3. Penyayang
-Aisyah r.a. berkata; Pada suatu hari, Nabi s.a.w menemui dan bertanya,
“Apakah kamu mempunyai makanan?” kami menjawab, Tidak. Beliau
bersabda: “Kalau begitu, saya akan berpuasa.” Kemudian beliau datang
lagi pada hari yang lain dan kami berkata, Wahai Rasulullah, kita telah
diberi hadiah berupa Hais (makanan yang terbuat dari kura, samin dan
keju). Maka beliau pun bersabda: “Bawalah kemari, sungguhnya dari pagi
tadi aku berpuasa,” maka beliau makan. (HR. Muslim).
4. Pemaaf
-Dari Aisyah r.a berkta: Rasulullah bukan seorang yang bersifat keji dan tidak
pernah bersikap keji. Beliau bukan seorang yang suka berteriak di pasar.
Beliau tidak membalas kejahatan dengan kejahatan, akam tetapi suka
memaafkan. (HR. Tirmizi).
5. Jujur
-Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya jujur itu membawa kebaikan dan
kebaikan itu membawa ke surga, sesungguhnya orang yang berkata
benar maka orang tersebut dicatat sebagai orang yang paling jujur.
Sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu
mengantarkan ke neraka dan orang yang dusta maka akan ditulis di sisi
Allah sebagai orang yang paling dusta.” (HR. Bukhari).
17 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
6. Sabar
-Rasulullah SAW bersabda: “Sangat mengagumkan bagi seorang mukmin,
sebab segala urusannya sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian
kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka
syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar,
maka sabar itu lebih baik baginya.” (HR Muslim).
7. Percakapan Nabi s.a.w.
-Asiyah r.a berkata: Rasulullah tidak pernah bercakap dengan laju seperti
kamu semua. Beliau selalu bercakap dengan jelas dan terperinci,
sehingga orang yang mendengar dapat menhafal apa yang mereka
dengar. (HR. Tirmizi dan Abu Daud).
-Dari Anas bin Malik bercerita: Rasulullah mengulangi percakapan beliau
sehingga tiga kali supaya difahami (oleh mereka yang mendengar) (HR.
Tirmizi dan Bukhari).
8. Bacaan Nabi s.a.w.
-Ya’la bin Mamlak melaporkan, dia bertanya kepada Ummu Salamah
mengenai cara Rasulullah membaca Quran. Ummu Salamah menjelaskan,
Rasulullah membaca Quran dengan jelas, perkataan demi perkataan. (HR.
Abu Daud, Tirmizi dan Nasa’i)
9. Tangisan Nabi s.a.w.
-Dari Abdullah asy-Shikhkhair berkata: Aku mengunjungi Rasulullah semasa
beliau sedang solat. Pada masa itu, terdenganr tangisan beliau yang
berbunyi seperti air sedang menggelegak. (HR. Tirmizi, Abu Daud, Nasa’i
dan Ibnu Khuzaimah).
18 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
-Dari Aisyah r.a. berkata: Rasulullah mencium Utsman bin Mazh’un yang
sudah meninggal dengan air mata yang berlinangan. (HR. Tirmizi, Abu
Daud, dan Ibnu Majah).
10. Nabi s.a.w sukakan wangi-wangian
- Dari Aisyah r.a berkata: Aku berikan kepada Nabi saw. wangi-wangian yang paling beliau sukai sehingga saya lihat minyak wangi mengkilap di kepala dan janggut beliau. (HR Bukhari)
19 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
SAJAK – RASULULLAH
Mari kita bercerita tentang Nabi kita,
Iaitu Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia akhirat,
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya,
Mungkin kita ceritakan disudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi,
Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa,
Supaya yang lupa diingat kembali,
Bertambah ingat lagi,
Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya,
Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia,
Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita,
Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia,
Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya,
Dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya,
Maka dia diberi julukan oleh Tuhan ‘fathonah’,
Bahkan yang paling ‘Fathonah’ dikalangan rasul-Nya,
Ilmunya bukan didapati dari aqalnya,
Walaupun dia orang yang paling tajam aqalnya,
Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan didalam hatinya,
Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya,
Kerana inilah dia tidak perlu menulis
Dan membaca seperti manusia biasa,
Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa,
Kalau dari aqal mungkin dilupakannya,
Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat,
Tawakalnya luarbiasa,
Sebab itulah dimalamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya
Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya
Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup
Tuhan merezekikannya,
20 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
Dia tidak membunuh orang,
Walaupun disetengah-setengah waktu dia boleh membunuhnya,
Tapi dia tidak membunuhnya,
Dia mengambil jalan yang utama,
Iaitu memaafkannya,
Kerana itu orang itu Islam ditangannya,
Beraninya luarbiasa tiada tandingannya,
Dia sanggup lalu dihadapan musuhnya seorang diri,
Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga,
Kasih sayangnya sangat ketara,
Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda,
Orang yang bersalah dimaafkannya,
Sekalipun orang itu tidak memintanya,
Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya,
Dia membuka bajunya untuk disebat,
Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya,
Lalu dimerdekakannya,
Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya,
Pemurahnya tidak ada taranya,
Macam angin kencang lajunya,
Tiada siapa yang boleh menandinginya,
Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta,
Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara,
Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam sahaja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,
Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya
Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar,
Paling tidak, dia makan berdua,
Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu,
Dia tidak pula mencercanya,
Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya
21 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
Sehingga orang tidak tahu marahnya,
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang
berkudis-kudis badannya,
Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya
berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’
Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’, dikalangan rasul-rasul,
Ditangannya lahirlah murid-murid yang luarbiasa,
Diberi gelaran sahabat namanya,
Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya,
Ini tidak pernah berlaku dikalangan rasul-rasul
sebelumnya,
Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga,
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya,
Kerana menjadi sahabat-sahabatnya,
Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang dilangit,
Rasul adalah bulan purnama,
Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur,
Menunjukan hatinya sentiasa jaga,
Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhu’nya,
Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya,
Sekalipun orang itu kafir,
Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya
Kerana menghormati tetamunya,
Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan,
Sekalipun binatang yang melata,
Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan,
Sekalipun menyalahi utama,
Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukannya,
Dia orang paling pemalu,
Malunya kalah anak dara yang paling pemalu,
22 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
Sebab itu seumur hidup dia tidak pernah
Melihat kemaluannya dan kemaluan isterinya,
Kalau dia lalu, tidak dibenarkan perempuan dihadapannya,
Ibadahnya banyak, terutama diwaktu malam,
Hingga bengkak-bengkak kakinya,
Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga,
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,
Tapi dia buat dengan sukarela,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami,
Tidak mampu orang lain membuatnya,
Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya,
Satu cerita yang menyayat hati kita,
Seorang buta yang benci kepadanya.
Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya,
Hingga sampai waktu wafatnya,
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya,
Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya,
Kamu ni siapa?
Saidina Abu Bakar berkata “Saya Abu Bakar
Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu,
Yang Rasul itu sudah wafat”
Sibuta itu terkejut!
Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling
dibenci,
Kerana terkejutnya menjadikan dia mati,
Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat,
Islamlah dia,
Kalau dia bersahabat atau berkawan
Mengutamakan kawannya,
Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya,
Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya,
Setiap orang merasa dia dihormatinya,
Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya,
Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita,
23 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
Supaya lebih terperinci lagi
Cerita dan beritanya,
Dia manusia luarbiasa kekasih Tuhannya,
Agar lebih nampak dia manusia istimewa,
Dia tidak akan makan sebelum lapar,
Dia akan berhenti sebelum kenyang,
Tidak macam manusia biasa,
Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya,
Kalau dia suka kerana Tuhannya,
Kalau dia marah pun kerana Tuhannya,
Bukan kerana peribadinya,
Dia wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta,
Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah,
Kecuali sekali saja didalam hidupnya,
Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya,
Makan minumnya bukan diusahakannya,
Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya,
Tapi pengikutnya disuruh berusaha,
Terutama yang ada keluarga,
Dia tidak menerima upah,
Lebih-lebih lagi meminta upah,
Kerana usaha perjuangannya,
Tetapi ulama dihari ini, memakan upah
Dari usaha dakwahnya,
Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang
cinta dunia,
Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan
pengajiannya,
Takut dengan Tuhan ketara dimukanya,
Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya,
Hartanya diserahkan habis kepadanya,
Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya,
Dan nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan,
Kalau dia dirumah, sebaik-baik bapa,
Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami,
24 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin,
Kalau dia bercakap lantang suaranya,
Tegang urat marihnya,
Kalau dia bercakap bak mutiara,
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya,
Kalau dia berucap atau berpidato,
tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya
Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya,
Tidak seperti ulama-ulama hari ini,
Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang
mendengarnya,
Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya,
Bukan dari hatinya,
Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak
meleret,
Tidak seperti kebanyakan manusia,
Dia bercakap pendek sahaja,
Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu didalamnya,
Dikatakan oleh hadis ‘jawa miul kalim’
Kata-katanya singkat tapi padat,
Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas,
Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa,
Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya
tiada,
Masa terbuang cakapnya tidak menggetarkan jiwa,
Kita sambung lagi cerita nabi kita,
Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa,
Juga tidak akan bercakap yang sia-sia,
Sekalipun tidak berdosa,
Kalau dia ketawa tidak berbunyi,
Insafnya dapat dilihat dimukanya,
Takutnya kepada Tuhan dimukanya ketara,
Dia melahirkan kegembiraan bila
Kawan-kawannya gembira,
Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihan
25 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
kawan-kawannya,
Rasulullah mudah menangis
Kerana takuntukan Tuhannya,
Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya,
Akhlaknya sungguh agung,
Tuhan memujinya,
Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalangan
manusia
Sebelum dan sesudahnya,
Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata
terhadap dirinya,
Tuhan berkata “Akhlaknya, sungguh agungnya,
tidak ada siapa boleh menandinginya,
tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa
hamba”
Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan
Tuhannya,
Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya,
Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya,
Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya,
Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya,
Tawadhu’ dengan Tuhannya, sentiasa ada,
Sangat ketara, didalam hidupnya,
Dia berpakaian jubah dan serban,
Warna yang dia suka kebanyakannya putih dan hijau,
Warna lain ada juga dipakainya,
Tapi sekali sekala,
Makan yang dia suka, susu dan tamar,
Daging sebagai lauknya,
Itulah penguat badannya,
Demikianlah secara ringkas
Yang global tentang cerita nabi kita,
Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya,
Didalam sejarah nabi kita ada dicerita,
Mukjizat banyak berlaku ditangannya,
26 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -
Yang lahir dan yang batin,
Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith,
Yang kekal sampai keakhir zaman,
Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia,
Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya,
Tetapi apa yang disebutkan itu
Sudah memada,
Bagi orang yang tiada masa mengkajinya,
Kalau peribadi seseorang itu dapat menggambarkan
bayangan nabi kita,
Orang itu boleh menjadi ikutan manusia,
Kalau dia memimpin, Tuhan memberkatinya,
Betapalah kalau dia pemimpin yang Tuhan janjikan buat
manusia,
Tetapi apa yang berlaku diakhir zaman ini,
Orang yang menceritakan nabi,
Dia melupakan diri,
Dia menceritakan memujikan nabi,
Tapi dirinya tidak terpuji,
Kerana itulah banyak cakap tidak memberi kesan
Seseorang itu banyak cakap tidak menggambarkan sikap
nabinya,
Walaupun dia seorang pemimpin,
Orang tidak suka mengikutnya,
Lidahnya tidak masin,
Dia berkata tidak mengkotanya,
Bahkan orang yang mengata dan mencerca dibelakangnya,
Bahkan anak isterinya tidak menghormatinya,
Sekianlah adanya.
27 - NUR AI’LYN AN-NISRYN BINTI MOHD RAZIF (1 AMANAH) -