46
SK TAMAN INDERAWASIH, TINGKAT KIKIK 2, 13600 PERAI, PULAU PINANG. Folio Muzik Ahli Kumpulan: 1. Muhammad Sufi Adlie Bin Mohd Rohaizad 2. Muhammad Daniel Luthfee Bin Abu Bakar 3. Nur Amir Iskandar

FOLIO MUZIK SUFI.docx

  • Upload
    ctsara3

  • View
    406

  • Download
    11

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FOLIO MUZIK SUFI.docx

SK TAMAN INDERAWASIH,TINGKAT KIKIK 2, 13600 PERAI,

PULAU PINANG.

Folio Muzik

Ahli Kumpulan:

1. Muhammad Sufi Adlie Bin Mohd Rohaizad2. Muhammad Daniel Luthfee Bin Abu Bakar3. Nur Amir Iskandar4. Ahmad Yusuf Bin Rosman

Kelas : 4 Gemilang

Nama Guru : Puan Yuhanis

ISI KANDUNGAN

Page 2: FOLIO MUZIK SUFI.docx

1.Pengenalan

2. Perkembangan Muzik Di Malaysia

3.Alat Muzik Tradisional- Part 1

4. Alat Muzik Tradisional- Part 2

5. Gambar Alat Muzik Mengikut Kaum

4.Penutup.

Page 3: FOLIO MUZIK SUFI.docx

PENGENALAN

Dengan nama Allah , Yang Maha Pengasih dan Penyayang ”

            Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Allah SWT . Dari-Nya kita memohon pertolongan dan keampunan , seta perlindungan-Nya dari gangguan syaitan . Sesiapa yang dikurniakan hidayah oleh Allah SWT , maka mereka tidak sesat selamanya . Sesungguhnya Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya .            Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt . Ucapan selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.            Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dari Nya , saya telah dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya . Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang banyak membantu saya dalam mengumpul bahan bahan dan maklumat. Seterusnya , tak lupa juga kepada guru saya , Puan Yuhanis yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar agar tugasan ini dapat di jalankan dengan sempurna .

                       Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah di kongsikan bersama ini , dapat memberi manfaat dan di jadikan contoh teladan kepada sekalian pembaca . Sekian .

Page 4: FOLIO MUZIK SUFI.docx

PERKEMBANGAN MUZIK DI MALAYSIA

Muzik tradisional

Muzik Malaysia banyak dipengaruhi bentuk muzik negara jirannya iaitu Indonesia dan Thailand, dan juga dipengaruhi oleh gaya muzik negara jauh seperti Portugis, Filipina dan China (Munan, 175). Kaum peribumi Semenanjung Tanah Melayu bermain dalam kumpulan kecil digelar kertok, iaitu sebentuk muzik gamelan yang cepat dan berirama. Ghazal dari Tanah Arab amat laris di pasaran muzik Kuala Lumpur dan Johor, melahirkan bintang terkenal seperti Kamariah Noor.

Di Melaka, ronggeng merupakan jenis muzik tradisional yang paling laris dimainkan, dan didendangkan dengan alunan biola, gendang, akordion dan gong. Muzik dan tarian zapin dari Arab juga laris di seluruh Malaysia. Zapin lazimnya diserikan oleh gambus dan beberapa buah gendang. Dondang sayang pula perlahan dan bersungguh-sungguh dendangannya dengan campuran pengaruh dari China, India, Arab dan Portugal serta unsur tradisi.

Muzik pop

Persada muzik pop Malaysia berkembang dari muzik asli tradisional yang dipopularkan pada pada 1920-an dan 1930-an oleh rombongan Bangsawan, yang sebenarnya merupakan sejenis opera Malaysia yang dipengaruhi opera India yang mula-mulanya dikenali sebagai Wayang Pasir (Parsi) yang dimulakan oleh orang Parsi kaya-raya yang menetap di India. Rombongan ini memainkan ceritera dari pelbagai golongan budaya seperti orang India, Barat, Islam, Cina, Indonesia dan Melayu. Muzik, tarian, lakonan berkostum yang digunakan dalam persembahan

Page 5: FOLIO MUZIK SUFI.docx

bergantung kepada ceritera yang disampaikan. Pemuzik-pemuzik dalam rombongan ini kebanyakannya orang Melayu tempatan, orang Filipina dan orang Goa yang berasal dari India.

Antara lagu-lagu pop Melayu yang terawal ialah Tudung Periok yang dinyanyikan oleh Momo Latif yang merakamkan lagu itu pada tahun 1930. Pada 1950-an P.Ramlee menjadi penyanyi dan komposer Melayu paling popular dengan lagu balada perlahan seperti Azizah, Dendang Perantau dan Di Mana Kan Ku Cari Ganti yang amat diingati ramai.

Pop yeh-yeh

Pada 1960-an, pemuzik Pop yeh-yeh yang dipengaruhi muzik Barat menjadi tumpuan utama. Genre pop yeh-yeh amat popular di Malaysia, Singapura dan Brunei pada 1960an. Pop Yeh-yeh menakluki persada muzik Melayu dari 1965 hingga 1971. Muzik dan fesyen ala The Beatles dan kumpulan muzik rock and roll British yang lain pada 1960-an mencetuskan pengaruh kuat terhadap kumpulan pop yeh-yeh yang juga secara amnya dipengaruhi industri muzik Melayu ketika itu. Sebenarnya, istilah "pop yeh-yeh" dipetik daripada sebaris lagu Beatles popular berjudul She Loves You ("she loves you, yeah-yeah-yeah".)

Lagu pop yeh-yeh tempatan pertama merupakan lagu Suzanna yang dinyanyikan oleh M Osman pada tahun 1964. Sewaktu kemuncak kegilaan pop yeh-yeh, kebanyakan kumpulan muzik genre ini mencuba sedaya upaya untuk meniru gaya, rupa, gubahan muzik dan persembahan The Beatles. Biasanya kumpulan ini dirujuk sebagai "kumpulan gitar rancak"

Perubahan Citarasa Muzik

D.J. Dave, Hail Amir dan Uji Rashid memperkenalkan muzik berpengaruh Hindustan pada 1970-an. Sekitar akhir 1970-an dan awal 1980-an, pasaran bagi rakaman dan artis tempatan amat

Page 6: FOLIO MUZIK SUFI.docx

besar permintaanya, maka terikatlah kumpulan dan pemuzik yang sering bermain dalam kelab kepada kontrak rakaman. ketika inilah masanya apabila artis, kumpulan dan ahli perniagaan bukan berkaum Melayu menjelajahi industri muzik Melayu. Kumpulan-kumpulan seperti Alleycats, Discovery, Carefree dan Chendrawasih menerajui pemondenan muzik pop Malaysia; manakala penyanyi solo seperti Sudirman dan Sharifah Aini membantu industri mencapai kegemilangan.

Sebelum pertengahan 1980-an munculnya satu lagi genre muzik, iaitu slow rock, heavy metal, hard rock dan blues. Kumpulan masyhur dari Barat seperti Scorpions, Led Zeppelin, Deep Purple, Def Leppard antara pengaruh bagi kugiran rock Malaysia.

M. Nasir dan JS Kevin memainkan peranan penting dalam membentuk muzik rock di Malaysia sebgai penggubah dan penerbit selama hampir sedekad. Beliau menerbitkan hasil kumpulan rock tempatan seperti Search dan Wings lalu memacu mereka kepada tahap kemuncak muzik rock Malaysia. Gejala cetak rompak dalam bentuk menyalin kaset dan cakera padat semakin meluas dan sukar dikawal ketika itu kerana jualan bahan-bahan ini meningkat dengan dorongan kejayaan ekonomi negara.

Pengaruh agama Islam

Pada 1991, album bertemakan alam sekitar yang dirakamkan Zainal Abidin dikeluarkan, merangkumi lagu gubahan Mukhlis Nor dan penerbitan oleh Roslan Aziz. Album ini disambut hangat oleh orang awam dan persada muzik antarabangsa terutamanya di benua Asia. Sekitar waktu ini muzik pop nasyid

Page 7: FOLIO MUZIK SUFI.docx

iaitu sebentuk pop bertemakan agama Islam yang merangkumi kumpulan vokal dan diserikan muzik paluan. Muzik ini yang dibangunkan oleh Raihan, Rabbani NowSeeHeart dan Brothers ini juga disambut hangat oleh penduduk luar bandar dan golongan yang kuat pegangan agamanya.

Pada tahun 1996 seorang gadis sekolah bernama Siti Nurhaliza dari pekan Temerloh, Pahang menghasilkan album yang diterbit oleh Adnan Abu Hassan. Album pop Melayu ini amat berjaya di dalam pasaran. Beliau memasukkan pelbagai genre muzik seperti pop Melayu, R&B dan muzik tradisi Melayu dalam album-album beliau yang seterusnya yang turut mencapai kejayaan besar. Penyanyi ini menjadi sensasi di negara.

1990-an sehingga kini

Menjelang akhir 1990-an dengan kewujudan kemudahan internet, muat turun MP3 menjadi cara yang temudah dan termurah untuk memperoleh hasil rakaman. Cakera padat cetak rompak juga didapati di pasar malam dengan harga kira-kira satu suku daripada harga cakera padat asli, hasil daripada pengedar sah dan syarikat rakaman utama tidak mampu menyaingi pencetak rompak ini. Pasaran muzik makin merosot dengan kehadiran pemain MP3 dan telefon bimbit dengan ciri-ciri yang serupa.

Ketika awal 2000-an, kemunculan bentuk hiburan yang baru iaitu rancangan realiti mampu mengembalikan minat orang awam terhadap hiburan muzik. Rancangan seperti Akademi Fantasia dan Malaysian Idol membolehkan orang awam memilih bintang pujaan mereka dengan menghantar SMS. Yang menarik orang awam adalah penglibatan mereka dalam membentuk selebriti dan bahawa mereka boleh memilih sesiapa sahaja yang mereka inginkan dan bukannya membiarkan syarikat rakaman membentuk artis.

Page 8: FOLIO MUZIK SUFI.docx

Kajian menunjukan bahawa berbanding dekad-dekad lalu banyak bentuk hiburan yang lain seperti DVD, televisyen berbayar, program radio yang makin bertambah bilangannya serta perubahan dalam gaya hidup telah mempengaruhi minat orang awam terhadap pemuzik tempatan. Namun, ini masih tidak menggambarkan litar muzik live yang aktif di mana para penghibur menggubah dan mempersembahkan karya sendiri. Pertumbuhan komersialisasi dan penempatan produk yang menggunakan pemuzik dan artis popular banyak menenggelami kehadiran persada muzik independent (atau bawah tanah) lalu memberikan "persepsi yang tersimpang" mengenai apa yang dibentukkan sebagai industri tempatan.

Hasil rancangan realiti seperti Vincent Chong, Jaclyn Victor, Daniel Lee Chee Hun dan Mawi mampu menjual bilangan CD yang lebih berbanding artis bukan hasil rancangan ini. Kepelbagaian ini mempersonifikasikan barisan muzik popular yang meluas di Malaysia dan ketidaktentuan citarasa pengguna Malaysia terhadap keluaran budaya popular.

ALAT MUZIK TRADISIONAL-

Part 1

Angklung

Page 9: FOLIO MUZIK SUFI.docx

Alat idiofon yang digoyang. Ianya diperbuat daripada pipa ataupun tabung buluh yang terpilih. Sebuah Angklung lazimnya terdiri dari dua hingga empat tabung yang diikat pada 'rumahnya' yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung untuk melodi dilaras dalam jarak ataupun jeda satu oktaf di antara satu sama lain dan bagi Angklung pengiring iaitu accompaniment, ianya perlu dilaras mengikut kaedah 'trinada' (Tonic Triad) iaitu Do, Mi, So sama ada dalam mode Major ataupun Minor. Permainan muzik Angklung sering dipersembahkan secara berkumpulan untuk majlis keraian dan juga iringan tarian seperti 'Kuda Kepang dan 'Barungan' yang mula berkembang di Johor.

Beduk

Beduk adalah Gendang satu muka yang berbentuk memanjang iaitu elongated. Peranannya dalam budaya masyarakat Melayu khususnya di Nusantara adalah bersifat non-musical. Malah ianya merupakan sebagai instrument untuk mengesakan perintah Allah s.w.t. Digunakan di surau ataupun masjid di kampung-kampung bagi menandakan masuknya waktu untuk bersolat. Ianya dipukul dengan pemukul kayu dalam pola rithme yang beransur cepat iaitu accelerando.

Page 10: FOLIO MUZIK SUFI.docx

Belulang daripada kulit lembu digunakan sebagai bahan bunyi. Beduk juga mendukung peranan yang sama seperti Kertuk Kayu dan bersifat kudus bagi umat Islam di Malaysia.

CakLempong

Alat melodi dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Ianya

Page 11: FOLIO MUZIK SUFI.docx

diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Perkataan Cak Lempong juga digunakan untuk mendiskripsikan jenis ensemblenya. Mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan. Kini kesenian muzik Cak Lempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi.

Dalam permainan Cak Lempong lazimnya alat-alat seperti Seruling Buluh, Salung, Rebana dan Gong disertakan bersama untuk mengiringi Pencak Silat, Tari Lilin, Randai dan Tari Inai serta lagu-lagu bunyi-bunyian dan juga nyanyian.

Canang

Canang sejenis alat dari keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat 'penanda masa' (time marker) dalam ensemble paluan tradisional yang terdapat di Kelantan.

Page 12: FOLIO MUZIK SUFI.docx

Dalam konteks persembahan yang berhubung dengan teater tradisional ianya disertakan secara berpasangan iaitu Canang 'ibu' dan 'anak'. Manakala dalam ensemble bagi mengiringi tarian istana seperti Asyik mengikut amalan semasa canang digunakan sebanyak empat biji dilaraskan mengikut sistem diatonik yang mempunyai pic suara yang tepat (definite pitch). Lazimnya dalam ensemble paluan Asyik, canang yang bernada seperti C, D, E dan G mengikut skala Major, digunakan untuk memainkan mode rithme yang bersifat minimalism iaitu secara berulang-ulang. Kini terdapat dua jenis canang yang sering digunakan iaitu diperbuat daripada 'besi' dan 'gangsa'.

Geduk

Gendang dua muka yang berbentuk silinder. Ianya sering digunakan dalam permainan Wayang Kulit dan Menora di Kelantan dan Wayang Gedek di Kedah. Baluhnya diperbuat daripada kayu keras seperti nangka ataupun angsana (sena) dan pada kedua-dua permukaannya diregangkan dengan belulang lembu dengan menggunakan bahan pelekat dan berbaji ataupun pasak yang diperbuat daripada kayu keras, lazimnya daripada kayu nibung. Alat Geduk dipasang dengan kaki pada bahagian depan badannya. Dalam konteks persembahan, posisi muka

Page 13: FOLIO MUZIK SUFI.docx

Geduk akan berada secara berhadapan dengan pemainnya. Ianya dipalu dengan sepasang pemukul kayu. Dalam ensemble Wayang Kulit dan Menora di Kelantan ianya disertakan secara berpasangan iaitu Ibu dan Anak. Secara dikotomi, Geduk Ibu mempunyai ukuran yang lebih besar daripada Geduk Anak dan mampu menghasilkan suara yang lebih ubar ataupun rendah daripada Anak. Sungguhpun mempunyai dua muka, tetapi pada permukaan yang di atas sahaja digunakan untuk menghasilkan bunyi. Kemasukan (entry point) geduk dalam persembahan muzik Wayang Kulit misalnya adalah secara bergilir-gilir di antara 'ibu' dan 'anak' dan sering dimainkan oleh dua orang pemain.

Gendang Ibu

Sejenis gendang 'dua muka' yang berukuran besar dan ditakrifkan sebagai Gendang Melayu. Ianya mula berkembang di negeri Kelantan dan digunakan sebagai alat genderang dalam ensemble paluan untuk mengiringi teater tradisional serta tarian klasik istana dan rakyat.

Page 14: FOLIO MUZIK SUFI.docx

Belulang Lembu - Muka Besar

Belulang Kambing - Muka Kecil

Temalangnya diperbuat daripada kayu nangka ataupun jenis kayu keras yang lain yang dianggap sesuai. Bentuknya seperti tempayan iaitu barrel-shape dan tebukkan dalaman dilakukan selari dengan bentuk luaran. lni bagi menjaminkan mutu suara yang terbaik iaitu yang ideal. Bagi masyarakat penggamal di negeri Kelantan, khususnya, bentuk tersebut sering diunggapkan sebagai 'tubuh ikan'. Pada permukaan besar temalang tersebut

Page 15: FOLIO MUZIK SUFI.docx

telah dirambing dengan belulang lembu manakala permukaan kecilnya dengan belulang kambing.

Dalam proses penalaan bunyi, kemban rotan juga dipakai pada badan gendang tersebut. Ini bagi menjamin ketegangannya supaya tidak cepat mengendur. Dalam keadaan yang sama kemban rotan juga berfungsi sebagai bahan penghias.

'Temalang' Gendang Anak - Tebukan dalaman sesebuah gendang itu adalah penting bagi menentukan timbre ataupun sifat bunyinya

Gendang Melayu yang digunakan dalam ensemble Silat Kedah

Page 16: FOLIO MUZIK SUFI.docx

Kedudukan 'simpai' Gendang Ibu dan Gendang Anak

Gong Agong

Gong Agung diperbuat daripada 'perunggu', mempunyai ukuran 90 - 95 sm pada garisan lintang serta ketinggian di antara 28 - 30 sm dan mampu untuk menerbitkan siri overtone yang terbanyak dan mempunyai pic suara yang terendah dalam keluarga gong. Berperanan sebagai alat kolotomik dalam genre Gamelan di Malaysia.

Manakala Gong Agung yang sering digunakan dalam ensemble yang berkembang di Johor adalah diperbuat daripada besi oleh tukang-tukang yang mahir dari kalangan masyarakat Melayu

Page 17: FOLIO MUZIK SUFI.docx

berketurunan Jawa. Mereka menggunakan teknik petri dan tempa untuk membuat gong tersebut.

Gong Sukuwan Gong Agung digunakan secara berpasangan dengan Gong Suwukan, iaitu alat kolotomik yang berukuran sederhana besar dalam keluarga gong. Ianya diperbuat daripada penunggu dan berukuran 65 sm pada garis lintang. Sifat kolotomiknya lebih berpusat kepada ciri-ciri pembahagian pada keratan frasa-frasa lagu mengikut proses 'gongan' iaitu satu proses pembinaan lagu bagi setiap pembahagian keratannya sebelum kemasukkan gong yang berkenaan.

Gong Sukuwan & Gong Agong

Page 18: FOLIO MUZIK SUFI.docx

Pemukul Gong Gamelan

KompangMempunyai baluh 'berbingkai' yang diperbuat daripada kayu jenis keras. Lazimnya dari spesis Nangka dan nama saintifiknya Artocarpus heterophyllus. Belulang daripada kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan pelekat kemudian ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin. Kompang juga memerlukan rotan sedak sebagai alat tala untuk menghasilkan suara yang baik.

Permainan Kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan dalam keadaan 'bersila', 'berdiri', ataupun 'berarak' mengikut

Page 19: FOLIO MUZIK SUFI.docx

keperluannya. Dalam teknik penghasilan bunyi, pemain akan menggunakan sebelah tangan untuk memegangnya dan menggunakan sebelah tangan lagi untuk memukulnya.

Rebana

Sejenis gendang satu muka yang digunakan untuk mengiringi tarian dan juga nyanyian rakyat yang dikenali sebagai 'Adai-Adai' oleh masyarakat Melayu berketurunan Brunei di daerah Papar, Beaufort dan Sipitang. Rebana dipalu dengan sebelah tangan seperti juga teknik yang digunakan untuk rebana yang terdapat dalam ensemble muzik sinkretik yang lain. Paluan rebana serta nyanyian Adai-Adai diadakan untuk meraikan majlis-majlis keramaian dan menyambut tetamu kehormat.

Page 20: FOLIO MUZIK SUFI.docx

Manakala di kalangan suku kaum Bajau pula terdapat sejenis gendang panjang yang mempunyai satu muka sahaja. Ianya diletakkan secara berdiri di atas lantai dan dipalu dengan tangan. Gendang ini lazimnya digunakan dalam kesenian muzik 'Bertitik' untuk memainkan pola paluan seperti irama 'Kedidi', 'Ayas' dan 'Tidong'.

Manakala di kalangan masyarakat Brunei terdapat juga sejenis gendang kecil yang dikenali sebagai 'gendang labik' dan 'dombak' iaitu sejenis gendang satu muka. Di kalangan masyarakat Brunei di Sabah, gendang

Rebana besar

Pada permukaannya yang berukuran dalam 80 sm - 100 sm pada garis lintang, diregangkan dengan belulang kerbau sebagai bahan bunyi iaitu sounding body. Rotan yang dibelah dua digunakan sebagai bahan ekustik utama bagi proses penegangan kulit dan diperkuatkan dengan pancang-pancang kayu yang juga berfungsi sebagai alat tala.

Page 21: FOLIO MUZIK SUFI.docx

Rebana mangkuk

Rebana Mangkuk juga merupakan sejenis gendang satu muka. Baluhnya diperbuat daripada mangkuk yang diguna untuk mengumpul susu getah. Lazimnya mangkuk-mangkuk tersebut diperbuat daripada tanah Hat. Pada permukaannya ditutup dengan beberapa lapisan getah sebagai bahan bunyi menggunakan kaedah siratan rotan dan bahan pelekat. Untuk menegangkan lapisan getah itu tadi, dua keping berbaji kayu dimasukkan secara bertentangan pada bahagian bawah alat berkenaan kemudian diketatkan. Berbaji kayu ini adalah berfungsi sebagai alat tala kepada rebana berkenaan seperti juga yang

Page 22: FOLIO MUZIK SUFI.docx

digunakan untuk alat rebana yang lain seperti Rebana Ubi dan sebagainya.

Rebana Mangkuk digunakan untuk memainkan lagu-Iagu seperti dalam repertoire Rebana Ubi untuk muzik hiburan bagi komuniti setempat. Ianya dipalu dengan sebatang pemalu kayu yang dibalut dengan getah. Rebana Mangkuk bolehlah dianggapkan sebagai alat muzik eksperimental yang diasaskan daripada alat rebana tradisional yang lain.

ALAT-ALAT MUZIK TRADISIONAL-

Part 2

Tidak lengkap tarian tanpa muzik. Muzik dan tarian saling memerlukan untuk saling melengkapi bagai laut dan pantai. Di sini kami ingin memperkenalkan beberapa alat muzik yang sering di gunakan oleh masyarakat Melayu.

Terdapat 4 kelompok alat muzik iaitu

Kordofon, Idiofon, Membranofon, Erofon

Kordofon

Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil daripada bahan "tali" yang diregangkan.

Contohnya : gambus,sape,rebab, sundatang

Page 23: FOLIO MUZIK SUFI.docx

Gambus

Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.

Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah.

Sape

Sape mempunyai empat utas tali. Pada masa dahulu, tali-tali sape diperbuat daripada rotan yang diraut halus. Kini, dawai-dawai

Page 24: FOLIO MUZIK SUFI.docx

halus pula digunakan sebagai tali sape kerana lebih mudah diperolehi dan bunyinya lebih mantap. Diperbuat daripada kayu. Badan sape berbentuk bujur dan panjang. Bahagian muka sape rata sahaja manakala bahagian belakang sape pula ditebuk sebagai kotak bunyi. Sape dimainkan dengan cara meribanya seperti gambus. Tali sape dipetik menggunakan jari. Kemudian jari tangan yang satu lagi menekan tali-tali pada batangnya. Melodi hanya dimainkan oleh satu tali sahaja. Tali yang tiga hanya menghasilkan dengung. Sape dimainkan untuk hiburan, mengiringi upacara berubat dan mengiringi persembahan tarian tradisional seperti ngajat.

Sape mempunyai empat utas tali

Rebab

Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu. Ia dikenali juga dengan nama anak umbang di kalangan bomoh-bomoh Melayu. Pada awalnya digunakan di dalam masyarakat Melayu sebagai alat perubatan tradisi yang disebut main peteri. Gesekan rebab oleh pawang menjadi sebagai penawar kepada pesakit. Perubatan cara ini disokong oleh kekuatan jampi oleh pawang. Bentuk rebab dapat dibahagikan secara kasarnya kepada 3 bahagian iaitu pangkal, leher dan

Page 25: FOLIO MUZIK SUFI.docx

kepala. Ukuran tingginya antara 7.55sm hingga 8.5sm. terdapat nama-nama khususnya yang diberikan pada bahagian-bahagiannya. Digunakan juga sebagai alat untuk permainan muzik tradisi di samping menjadi alat penting di dalam permainan Mak Yong hinggakan dalam permainan tersebut terdapat satu babak dipermulaannya yang dikenali sebagai menghadap rebab.

Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu.

Idiofon

Jenis-jenis alat yang mana bunyinya dapat dihasilkan secara spontan melalui kaedah-kaedah seperti laga, goyang dan ketukan mengikut keadaan dan bentuk semulajadi sesebuah alat itu.

Contohnya: gong, canang, kesi, bonang caklempong, mong dan kenung, angklung, seron, demung.

Gong

Page 26: FOLIO MUZIK SUFI.docx

Gong ini diperbuat daripada besi. Ada juga gong yang diperbuat daripada gangsa yang bercampur timah. Jenis gong yang biasa digunakan dipanggil tawak-tawak. Gong dimainkan dalam pelbagai persembahan muzik tradisi misalnya dalam persembahan Mak Yong. Mukanya satu sahaja dan di tengah mukanya dilekukkan daripada dalam serta membonjol keluar. Gong dimainkan secara dipalu dengan kayu berbalut getah dihujungnya dan bunyinya berdengung.

Gong ini diperbuat daripada besi.

Canang

Canang diperbuat daripada perenggu atau loyang. Saiz canang kecil. Bahagian tepi canang melengkung ke dalam. Pada

Page 27: FOLIO MUZIK SUFI.docx

bahagian muka canang ada tombol kecil. Canang disusun di atas para khas dan dipalu. Pemalu canang diperbuat daripada kayu. Bahagian yang dipalu ialah bahagian tombol canang. Biasanya canang dimainkan secara berpasangan. Canang dimainkan untuk mengiringi persembahan wayang kulit dan wayang Melayu.

Canang diperbuat daripada perenggu atau Loyang

Kesi

Sejenis alat idiofon dari keluarga simbal yang dibentuk daripada kepingan tembaga. Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke dalam. Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan tradisional. Ianya disertakan dalam dua pasangan iaitu salah satu daripadanya dipaku pada tapak kayu secara kekal dan yang satu lagi dipasang dengan tali. Untuk

Page 28: FOLIO MUZIK SUFI.docx

menghasilkan bunyi, alat-alat tersebut dilagakan dengan menggunakan kaedah hentakan.

Sejenis alat idiofon dari keluarga "simbal" yang dibentuk daripada kepingan tembaga.

Bonang Caklempong

Caklempong diperbuat daripada tembaga atau perunggu. Saiz caklempong kecil. Bentuk caklempong seperti periuk iaitu melengkung ke bawah. Muka caklempong licin. Pada bahagian tengah muka caklempong ada satu tombol kecil. Caklempong dimainkan dengan cara menyusunnya sebaris di atas para khas. Kemudian pemain duduk menghadap caklempong dan memalunya menggunakan sepasang kayu pemalu. Caklempong dimainkan untuk mengiringi pencak silat, tarian piring, tarian lilin, tarian inai, wayang kulit, menora, main puteri, mengarak

Page 29: FOLIO MUZIK SUFI.docx

pengantin, persembahan randai dan lagu-lagu tempatan. Kebiasaanya dimainkan oleh masyarakat Melayu di Perak dan Kelantan serta masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan.

Caklempong diperbuat daripada tembaga atau perunggu.

Mong dan Kenung

Mong diperbuat daripada perunggu. Dimainkan dalam satu set yang diatur atas regangan tali-tali pada para khas. Pemalu berbalut digunakan untuk memalu tombol mong. Mong dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Kebiasaannya mong dimainkan untuk mengiringi persembahan menora, wayang gedak, wayang Jawa dan gamelan. Masyarakat Melayu di Semenanjung terutamanya di Kelantan, Pahang, Johor dan Terengganu sering memainkannya dalam persembahan tertentu. Kenung diperbuat daripada perunggu. Bentuk kenung seperti periuk. Saiz kenung besar. Sisi muka kenung bertebing (meninggi). Di tengah-tengah muka kenung pula ada tombol. Diletakkan di atas rentangan tali pada para khas. Kemudian tombol kenung dipalu dengan pemalu yang berbalut. Kenung dimainkan oleh masyarakat Melayu di

Page 30: FOLIO MUZIK SUFI.docx

Pahang, Terengganu dan Johor bagi mengiringi persembahan gamelan.

Mong dan Kenung diperbuat daripada perunggu.

Membranofon

Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil daripada bahan "kulit" yang diregangkan.

Contohnya: gedombak, geduk, rebana, gendang, jidur.

Gedombak

Adalah sejenis gendang berbentuk jambangan bunga. Bahagian mukanya besar dan dibalut dengan kulit kambing. Bahagian kecilnya dibiarkan berlubang. Alat muzik ini biasanya digunakan dalam kumpulan wayang kulit dan tarian tradisi.

Page 31: FOLIO MUZIK SUFI.docx

Adalah sejenis gendang berbentuk jambangan bunga.

Geduk

Adalah sejenis gendang yang mempunyai dua muka. Muka geduk diperbuat daripada belulang lembu atau kerbau. Pada mulanya belulang diletakan pada badan geduk menggunakan perekat. Kemudian belulang itu dipancang dengan baji kayu atau besi. Badan geduk disebut temalang yang diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka dan bentuknya agak cembung sedikit. Bahagian dalam temalang disebut lompang. Dua bilah buluh dipasang pada satu sisi temalang. Bilah-bilah tersebut lebih panjang daripada temalang dan berfungsi sebagai kaki. Dengan adanya kaki tersebut, geduk berdiri dengan mukanya sedikit serong bagi memudahkan pemain memalu muka geduk. Geduk dimainkan secara berpasangan iaitu pasangan geduk ibu dengan geduk anak bagi mengiringi persembahan wayang kulit dan

Page 32: FOLIO MUZIK SUFI.docx

menora.

Adalah sejenis gendang yang mempunyai dua muka.

Rebana

Rebana adalah sejenis gendang satu muka yang berbentuk seperti pasu. Ianya sering digunakan dalam ensemble muzik sinkretik yang berkembang di kalangan masyarakat Melayu bandaran seperti Dondang Sayang, Joget, Inang, Masri, Zapin, Cinta Sayang dan Ayam Didik. Peranannya dalam ensemble adalah sebagai penyokong irama dengan pola-pola paluan yang dapat dikategorikan sebagai irama asas (basic) penambahan (additire) dan menyilang iaitu cross rythmn. Bahan ekustik seperti kayu, kulit kambing, rotan dan buluh digunakan untuk membuatnya. Baluh ataupun temalang bagi alat rebana lazimnya diperbuat daripada kayu nangka yang diakui dapat mempengaruhi peningkatan mutu suara sesebuah alat itu.

Page 33: FOLIO MUZIK SUFI.docx

Rebana adalah sejenis gendang satu muka yang berbentuk seperti pasu.

Gendang Silat

Sepasang gendang bulat besar, anak dan ibu. Temalang atau badannya diperbuat daripada kayu merbau dan kedua-duanya ditutup dengan kulit harimau. Kedua-dua gendang dipalu dengan tangan atau pemukul yang diperbuat daripada kayu merbau. Lilitan rotan halus diselitkan di antara tebing dan belulang untuk menetapkan ketegangannya.

Page 34: FOLIO MUZIK SUFI.docx

Sepasang gendang bulat besar, anak dan ibu.

Erofon

Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber-sumber bunyinya terhasil melalui peniupan ataupun hembusan angin.

Contoh : serunai, seruling, selumpit.

Serunai

Serunai adalah sejenis alat muzik tradisi yang perlu ditiup apabila hendak membunyikannya. Alat tiupan ini mempunyai pipit berlapis-lapis. Pelidaknya sebanyak empat lapis diperbuat daripada daun lontar kering. Pemegang pipit ialah tiub-logam yang dipasang pada kemuncak badan serunai. Badan serunai diperbuat daripada kayu keras dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Badannya boleh diceraikan kepada tiga bahagian. Badan serunai mempunyai tujuh lubang memetik di belakang. Serunai digunakan untuk mengiringi

Page 35: FOLIO MUZIK SUFI.docx

wayang kulit, menora, gendang silat dan gendang keling.

Serunai adalah sejenis alat muzik tradisi yang perlu ditiup apabila hendak membunyikannya

CONTOH-CONTOH ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM MELAYU

Page 36: FOLIO MUZIK SUFI.docx

ALAT-ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM CINA

Page 37: FOLIO MUZIK SUFI.docx

Nafiri,Nahara,Serunai,Gendang anak, Gong adalah salah satu alatan muzik kaum Cina.

ALAT MUZIK TRADISIONAL

KAUM INDIA.

Page 38: FOLIO MUZIK SUFI.docx

ALAT MUZIK TRADISIONAL

KAUM-KAUM DI SARAWAK.

Page 39: FOLIO MUZIK SUFI.docx

.

PENUTUP

Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah berbangga dengan alat-

Page 40: FOLIO MUZIK SUFI.docx

alat muzik dan budaya yang terdapat di negara malaysia. Kita

hendaklah menanamkan sifat-sifat patriotisme di dalam diri kanak-kanak zaman kini agar alat-alat

muzik dan budaya yang terdapat di Malaysia tidak ditelan zaman kini

yang semakin moden.

SEKIAN,TERIMA KASIH.