folio geo

Embed Size (px)

Citation preview

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah, Pn Hajah Hasniah bt Ali kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya dan rakan-rakan saya membuat kajian Geografi ini. Terima kasih juga, saya tujukan kepada guru Geografi Tingkatan 3 Zuhrah Pn Gunasundari a/p Jayaraman Naidu yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam membuat kerja kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu dan bapa saya, Mahmood bin Agil dan Faudziah bt Hasim yang telah memberikan banyak memberikan dorongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapkan kerja khusus Geografi ini . Jasa mereka tidak dapat saya lupakan.

Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama yang cukup baik daripada kawan-kawansaya iaitu Arif Arifin bin Roslan, Amir Aiman bin Azmi dan Muhammad Hafiz bin Othman.

Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menegah Rendah 2011, pelajar-pelajar Tingkatan 3 diwajibkan menlaksanakan Kerja Kursus geografi di sekolah. Saya dan rakan-rakan saya telah memilih tajuk Pencemaran Alam Sekitar Di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur. Saya memilih pencemaran alam sekitar di kawasan Taman Setapak Indah kerana lokasi ini merupakan tempat tinggal saya. Di taman ini terdapat banyak kawasan petempatan yang yang begitu padat dan kawasan perniagaan yang pesat membangun. Untuk melengkapkan lagi kajian ini, saya telah menjalankannya selepas waktu persekolahan. Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kerja khusus ini ialah dari bulan Februari hingga bulan Jun.Setiap pelajar perlu menulis laporan ini secara individu.

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif seperti berikut :

Konsep pencemaran alam sekitar

Jenis pencemaran alam sekitar

Punca pencemaran alam sekitar

Kesan pencemaran alam sekitar

Cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar

Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

Unsur petrotisme Masyarakat hendaklah sentiasa perihatin dan berusaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku. Kerjasama penduduk-penduduk setempat akan membuatkan masyarakat akan hidup dalam keadaan selesa dan aman makmur.

Kawasan kajian ini telah dijalankan di Bandar Setapak yang terletak di sebelah Timur Laut Kuala Lumpur. Jarak antara Setapak ke Bandar Kuala Lumpur kira-kira 14.8 kilometer. Tempattempat yang berhampiran degan Setapak Indah ialah Taman Melati, Danau Kota, Ibu Kota, Sentul dan Wangsa Maju.

Sebelum memulakan kajian, saya telah mengenalpasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 3 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yan telah digunakan: 1) pemerhaatian Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian saya iaitu kawasan Setapak Indah. 2) Soal Selidik Saya juga telah memberikan kertas soal selidik kepada 20 orang responden yang terdiri daripada penduduk sekitar taman ini. Soalan yang kami berikan adalah berdasarkan tajuk yang diberi. 3) Rujukan Selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Dapatan Kajian 8.1) Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .

Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.

8.2) Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

Pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian saya ialah pencemaran udara, Pencemaran udara ini berlaku apabila manusia memandang remeh berkenaan isu berkenaan pencemaran. Pencemaran udara ini berlaku disebabkan oleh pembakaran terbuka, selain itu, asap kenderaan juga adalah salah satu perkara yang menyumbang kepada pencemaran udara. Selain itu, pencemaran tanah juga sering berlaku di kawasan kajian saya, pencemaran tanah terjadi disebabkan oleh segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab dengan persekitaran. Seterusnya, pencemaran air juga turut berlaku dikawasan kajian saya, pencemaran ini berlaku disebabkan oleh manusia yang membuang sampah di sungai.

8.3) Punca-punca alam sekitar di kawasan kajian Kenderaan Fakta menunjukkan bahawa kenderaan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat. Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas.

Pembakaran terbuka Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka. Sementara ada juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan membakar kawasan semak samun. Hal ini menyebabkan pemanasan global.

Samapah sarap Terdapat juga sebilangan masyarakat yang suka membuang sampah di merata-rata terutama sekali penduduk yang tinggal di kawasan perumahan rakyat seperti, rumah pangsa dan rumahrumah setinggan. Hal ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar sering berlaku. Kebanyakan mereka tidak suka membuang sampah di tempat yang disediakan oleh pihak pemaju.

Perniagaan Kawasan perniagaan banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Jika dilihat banyak pusat-pusat perniagaan yang gagal untuk menyediakan sistem pembuang sampah yang betul. Seperti kawasan pasar basah, kawasan pasar malam dan lain-lain lagi. Kadangkala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan pun mengeluarkan bau yang sangat busuk dan berulat.

Unsur petriotisme Masyarakat mestilah sentiasa perihatin dan berusaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku. Kerana ia boleh membuat penipisan ozon dan pemanasan global. Kerjasama penduduk-penduduk setempat akan membuatkan masyarakat akan hidup dalam keadaan yang lebih selesa dan aman.

8.4) Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Jerebu Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor utama yang menypenyumbang kewjadian jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.

Antara kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu ialah batukbatuk terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan,terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.

Bau busuk Bau busuk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahanbahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Bau yang kurang menyenangkan menyebabkan penduduk setempat mendapat penyakit. Selain itu penduduk yang berdekatan dengan tempat yang kotor juga akan berasa tidak selesa kerana bau yang kurang menyenangkan.

Air tercemar Hidupan air akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain itu, jika kita menggunakan baja kimia dan racun serangga juga boleh menjejaskan kualiti air minuman. Pencemaran air yang berlaku juga memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia malahan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri.

Hujan asid

Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjutajuta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya keasidan cecair dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14: pH kurang daripada 7 adalah berasid, pH 7 adalah neutral dan pH yang melebihi 7 adalah alkali. Contoh air hujan yang bersih yang diambil daripada lokasi bersih seperti di pulau terpencil didapati bernilai antara 5.6 dan 6.0. Secara amnya, air hujan dengan pH kurang dari 5.6 dianggap berasid. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuhtumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

Suhu meningkat Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Kesan suhu yang meningkat juga akan menyebabkan fenomena pencairan ais. Kajian saintis menunjukkan dalam tempoh 30 tahun lebih 259 hektar ais di seluruh kutub telah hilang. Peningkatan suhu yang mendadak memudahkan wabak penyakit berbahaya tersebar dengan meluas. Kita melihat penyakit yang dibawa oleh nyamuk seperti demam denggi semakin meningkat di negara kita. Kesan fenomena cuaca yang sebegini juga akan menjejaskan psikologi manusia. Jiwa dan emosi manusia akan mudah tertekan. Hal ini boleh menyebabkan meningkatnya kes jenayah yang melibatkan perlakuan yang agresif, seperti bunuh, buli dan dera.

8.5) Cadangan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Menghijaukan kawasan Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca utama kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gasgas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.

Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan lain-lain lagi.

Penggunaan petrol tanpa plumbum Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan.

Kempen Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam media masa hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara dari sebarang pencemaran. Rasa tanggungjawab juga perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

Program kitar semula Dengan membuat program kitar semula kita dapat mengurangkan kuantiti sampah kerana bahan buangan seperti surat khabar, botol minuman dan besi boleh dikitar semula dan diproses menjadi bahan mentah untuk kegunaan pelbagai industri. Mengitar semula juga penting untuk menjimatkan kos pengurusan sampah oleh pihak majlis perbandaran dan pihak swasta. Selain itu, Kitar semula juga penting agar alam sekitar bersih dan bebas daripada pencemaran.

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang.