12
TAJUK FOLIO ALAT-ALAT MUZIK DAN PENJARIAN RECORDER DISEDIAKAN OLEH: NUR HANNANI SYASYA BINTI ROZI ADZILLAH KELAS: TAHUN 5 BESTARI

FOLI MUZIK TAHUN 5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FOLI MUZIK TAHUN 5

TAJUK FOLIO

ALAT-ALAT MUZIK

DAN

PENJARIAN RECORDER

DISEDIAKAN OLEH:

NUR HANNANI SYASYA BINTI ROZI ADZILLAH

KELAS: TAHUN 5 BESTARI

Penghargaan

Page 2: FOLI MUZIK TAHUN 5

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima

kasih kepada Puan Fatimah binti Abdul Rahman ,guru mata pelajaran

muzik di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan .

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya

iaitu Rozi Adzillah Bin Hj.Sabeki dan Rokiah Binti Hj. Annuar yang telah

memberi sokongan moral sepanjang menjalankan tugasan ini. Kepada

rakan-rakan sekelas saya, terima kasih banyak-banyak di atas kerjasama

dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua

yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam

membantu menjayakan folio ini.

Pengenalan

Sejarah Rekoder Rekorder termasuk didalam keluarga instrumen yang dikenali sebagai ‘fipple flute’ yang membawa maksud alat tiupan yang mempunyai ‘fipple’ atau aliran udara yang ditiup akan disekat dihujungnya (dikenali sebagai ‘blockflute’ diJerman).  Rajah 1.0 Rekoder Baroque

Page 3: FOLI MUZIK TAHUN 5

Rajah 1.1 – Jenis-jenis rekoder

Teknik-teknik penjarian recorder

Page 4: FOLI MUZIK TAHUN 5
Page 5: FOLI MUZIK TAHUN 5

ALAT PERKUSI

Page 6: FOLI MUZIK TAHUN 5

Alat perkusi merupakan alatan muzik yang menghasilkan bunyi. Alat perkusi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :1. ALAT PERKUSI BERPIC2. ALAT PERKUSI TIDAK BERPIC

1. ALAT PERKUSI BERPIC 

Alat perkusi berpic ialah alat perkusi yang boleh memainkan melodi sesebuah lagu.

Contoh alat perkusi

GLOKENSPIAL

XYLOPHONE

2. ALAT PERKUSI TIDAK BERPIC

Alat perkusi tidak berpic pula ialah alat perkusi yang menghasilkan bunyi satu

Page 7: FOLI MUZIK TAHUN 5

ton sahaja.contoh alat perkusi

CARA - CARA MEMAINKAN BEBERAPA ALAT PERKUSI

KerincingRupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga. Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya. Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut

Page 8: FOLI MUZIK TAHUN 5

yang nyaring. 

1. Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di tangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh kerincing.

2.

3. Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh dilakukan juga di sebelah luar kerincing atau dalam kerincing.

Kastenet Rupa bentuk Kastanet diperbuat daripada kayu atau plastik. Alat ini mempunyai dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah.

Cara memegang dan memainkan kastanet :Lazimnya gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada jari tengah dan biarkan kastanet terletak di atas tapak tangan kiri @ kanan. Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.

Page 9: FOLI MUZIK TAHUN 5

Tamborin 

Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang. Terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit.

Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:

1. Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.

2. Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.

Page 10: FOLI MUZIK TAHUN 5

LocengRupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai. Bingkai berbentuk gelung diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng logam kecil diikatkan pada bingkai tersebut. Loceng-loceng ini akan menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang. 

Cara memegang dan memainkan loceng :

1. Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang.

2. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng.