Upload
handary-jamali
View
3.378
Download
72
Embed Size (px)
DESCRIPTION
geo stpm
Citation preview
GEOGRAFI MANUSIA
TEMA 1 : PENDUDUK
FAKTOR-FAKTOR KETIDAKSEIMBANGAN TABURAN PENDUDUK
TABURAN PENDUDUK
Terdapat dua aspek penting taburan
penduduk :1. Kepadatan Penduduk
2. Pola Taburan Penduduk
1. Kepadatan Penduduk ; Jumlah penduduk yang mendiami
satu kilometer persegi kawasan. Formula pengiraan kepadatan
penduduk adalah seperti berikut :
Jumlah Penduduk Luas Kawasan (km²)
2. Pola Taburan; Taburan atau sebaran penduduk di
sesebuah kawasan. Pola taburan penduduk diukur
berdasarkan kepada tiga kategori iaitu padat, sederhana dan jarang.
FAKTOR-FAKTOR KETIDAKSEIMBANGAN TABURAN PENDUDUK.
FAKTOR-FAKTOR KETIDAKSEIMBANGAN TABURAN PENDUDUK
1. Bentuk Muka Bumi
2. Kegiatan Ekonomi
3. Sumber Alam
4. Perkembangan Sistem Pengangkutan dan
Infrastruktur
5. Faktor Sejarah
6. Dasar Kerajaan
7. Faktor Sosial
FAKTOR-FAKTOR1. Bentuk Muka Bumi ;
Tanah pamah seperti di kawasan lembangan sungai yang subur biasanya menjadi pilihan penduduk untuk petempatan.
Ini kerana aktiviti seperti pertanian, pengangkutan dan petempatan amat sesuai di jalankan.
Cth : Lembangan sungai Hwang Ho (China), Lembangan Sungai Indus (India), Delta Irawaddy (Myanmar), Delta Sungai mekong (Vietnam), Delta kedah, Delta kelantan (Malaysia).
FAKTOR-FAKTOR1. Bentuk Muka Bumi ;
Kawasan tanah tinggi dan pergunungan pula berpenduduk jarang.
Cth : Banjaran Andes (Amerika Selatan), Banjaran Rocky (Amerika Syarikat), Banjaran Crocker, Banjaran Titiwangsa (Malaysia)
FAKTOR-FAKTOR2. Kegiatan Ekonomi ;
Kawasan perindustrian menjadi tumpuan penduduk kerana menyediakan peluang pekerjaan.
Jika sistem pengangkutan maju, penduduk mudah untuk bergerak.
Cth : Shah Alam, Batu Tiga, Sungai Wei, Petaling Jaya, Butterworth, Seberang perai (Malaysia)
Penduduk yang mencari pekerjaan tertumpu di kawasan tersebut.
FAKTOR-FAKTOR3. Sumber Alam ;
Kawasan kaya dengan sumber alam adalah berpenduduk padat.
Cth : Penemuan bijih timah di Lembah Klang menyebabkan penduduk tertumpu di kawasan tersebut dan menyebabkan kawasan tersebut bertambah maju yang akhirnya mewujudkan sebuah bandar yang besar iaitu Kuala Lumpur.
Cth: Perlombongan minyak mentah di Luar Pesisir Pantai Terangganu mewujudkan bandar baru iaitu bandar Kerteh.
FAKTOR-FAKTOR4. Perkembangan Sistem
Pengangkutan dan Infrastruktur;
Kawasan yang mempunyai banyak kemudahan infrastruktur dan sistem pengangkutan dan perhubungan yang maju akan menarik minat penduduk untuk tinggal di kawasan tersebut.
Cth : kemajuan dalam pelbagai bidang di kawasan lembah Klang termasuklah kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan telah menyumbang kepada kepadatan penduduk di kawasan tersebut. Terdapatnya sistem LRT, bas, teksi, Monorel, Kereta api yang memudahkan pergerakan penduduk.
FAKTOR-FAKTOR5. Faktor Sejarah;
Kawasan yang lebih awal dimajukan akan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
Cth : kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia merupakan kawasan yang dimajukan oleh pihak penjajah dan terus menjadi tumpuan penduduk selepas merdeka kerana telah maju dalam pelbagai aspek.
FAKTOR-FAKTOR6. Dasar Kerajaan;
Dasar Pembangunan Wilayah dan pembukaan tanah-tanah rancangan menyebabkan kawasan tersebut menjadi tumpuan penduduk.
Cth: kerajaan Malaysia telah menjalankan pelbagai Pembangunan Wilayah melalui pelbagai agensi seperti KESEDAR, JENGKA, KEJORA.
FAKTOR-FAKTOR7. Faktor Sosial;
Faktor sosial seperti hiburan dan pendidikan juga mempengaruhi taburan penduduk.
Pusat hiburan yang banyak di bandar-bandar besar menjadi tarikan kepada golongan muda untuk tinggal di kawasan tersebut.
Pusat-pusat pengajian tinggi juga banyak di bandar-bandar besar dan ini juga menjadikan kawasan tersebut berpenduduk padat.
Cth : UMS (bandar Kota Kinabalu), Universiti Malaya (Kuala Lumpur), Universiti Pertanian Malaysia (Serdang, Selangor)
TAMATSEKIAN, TERIMA KASIH