9
FAKTOR PENGHALANG PERPADUAN KAUM DAN INTEGRASI NASIONAL Penjajahan Inggeris telah membawa masuk kaum Cina dan India ke Tanah Melayu dalam sektor perlombongan dan getah.Buruh cina datang ke Tanah Melayu melalui sistem Kontrak manakala Buruh India melalui sistem Kangani.Namun,menjadi cabaran yang rumit untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum,agama,bahasa,adat resam dan nilai hidup.Perpaduan kaum di Tanah Melayu menjadi perkara yang semakin rumit dengan dasar penjajah dan Peristiwa 13 Mei adalah kemuncak konflik antara kaum Melayu dan Cina.Faktor-faktor penghalang perpaduan kaum dan integrasi nasional sebelum tahun 1957 sehingga 1969 dibahagikan kepada tiga iaitu politik.,ekonomi, dan sosial. FAKTOR POLITIK Faktor politik merupakan faktor yang paling utama penyebab perpaduan kaum susah dicapai.Dasar penjajah yang menyebabkan kaum di tanah Melayu saling mencurigai.Pertama,Dasar Pecah dan Perintah British menyebabkan ketidakpuasan hati dalam kalangan orang Melayu.Jarak sosial serta segregasi antara kumpulan- kumpulan etnik seolah-olah sengaja diwujudkan dan dikekalkan oleh british demi kepentingan dan keselamatan diri.Semasa penjajahan British,perpaduan kaum tidak diutamakan.Bagi mencapai tujuan ini,Kerajaan British telah dengan sengaja menetapkan status dan peranan yang berlainan bagi kaum-kaum Melayu,Cina dan India.Sebagai contoh,Orang Melayu digalakkan

Faktor Penghalang Perpaduan Kaum Dan Integrasi Nasional

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hziq

Citation preview

Page 1: Faktor Penghalang Perpaduan Kaum Dan Integrasi Nasional

FAKTOR PENGHALANG PERPADUAN KAUM DAN INTEGRASI NASIONAL

Penjajahan Inggeris telah membawa masuk kaum Cina dan India ke Tanah Melayu

dalam sektor perlombongan dan getah.Buruh cina datang ke Tanah Melayu melalui

sistem Kontrak manakala Buruh India melalui sistem Kangani.Namun,menjadi

cabaran yang rumit untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang

kaum,agama,bahasa,adat resam dan nilai hidup.Perpaduan kaum di Tanah Melayu

menjadi perkara yang semakin rumit dengan dasar penjajah dan Peristiwa 13 Mei

adalah kemuncak konflik antara kaum Melayu dan Cina.Faktor-faktor penghalang

perpaduan kaum dan integrasi nasional sebelum tahun 1957 sehingga 1969

dibahagikan kepada tiga iaitu politik.,ekonomi, dan sosial.

FAKTOR POLITIK

Faktor politik merupakan faktor yang paling utama penyebab perpaduan kaum

susah dicapai.Dasar penjajah yang menyebabkan kaum di tanah Melayu saling

mencurigai.Pertama,Dasar Pecah dan Perintah British menyebabkan

ketidakpuasan hati dalam kalangan orang Melayu.Jarak sosial serta segregasi

antara kumpulan-kumpulan etnik seolah-olah sengaja diwujudkan dan dikekalkan

oleh british demi kepentingan dan keselamatan diri.Semasa penjajahan

British,perpaduan kaum tidak diutamakan.Bagi mencapai tujuan ini,Kerajaan British

telah dengan sengaja menetapkan status dan peranan yang berlainan bagi kaum-

kaum Melayu,Cina dan India.Sebagai contoh,Orang Melayu digalakkan menetap di

kawasan luar Bandar manakala Orang cina tinggal di lombong-lombong dan Orang

india di estet-estet.

Pendudukan Jepun 1942-1945 telah mengakibatkan permusuhan antara Orang

Melayu dengan orang cina.Layanan Jepun yang lebih baik terhadap Orang Melayu

telah mengakibatkan kemarahan orang cina.Jepun telah mengambil askar orang

Melayu untuk menjadi askar dan polis.Beribu-ribu orang Cina telah dibunuh oleh

tentera Jepun.Ramai orang cina lari ke kawasan pedalaman.Dasar pecah dan

perintah yang diamalkan oleh Jepun yang menyukai orang-orang Melayu dan

Page 2: Faktor Penghalang Perpaduan Kaum Dan Integrasi Nasional

menentang kaum cina telah memberi kesan buruk dalam menyemarakkan perasaan

permusuhan kaum yang kian tebal.

Hak berpolitik juga menjadi satu isu menyebabkan perpaduan kaum sukar

dicapai.Orang Cina dan India ingin mendapatkan hak politik yang sama seperti

Orang Melayu.UMNO berpendapat bahawa pertimbangan akan diberi kepada Orang

Cina dan India dalam hak politik.Orang Melayu pula berasa amat penting

mengekalkan kuasa politik bagi melindungi diri mereka dikuasai oleh orang-orang

bukan Melayu.Namun,orang Melayu masih menaruh syak wasangka disebabkan

oleh minat yang ditunjukkan Kerajaan Kebangsaan Cina di China dalam hal-hal

ehwal orang-orang cina di tanah melayu.Hal ini menyebabkan orang Melayu

mencurigai kejujuran orang-orang cina di tanah melayu mendapatkan Tanah

Melayu.

FAKTOR EKONOMI

Faktor ekonomi juga menjadi faktor utama penyebab penghalang perpaduan kaum

dan integrasi nasional sebelum tahun 1957 sehingga 1969.Kegiatan ekonomi yang

berbeza-beza mengikut menyebabkan tiada pergaulan yang mesra antara

kaum.Orang Melayu kebanyakan menjadi petani,nelayan dan penoreh getah tinggal

di kawasan luar Bandar..Kebanyakan orang cina yang dibawa oleh British

menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjadi pelombong dan peniaga manakala

orang india menjadi buruh di estet-estet.Akibat daripada kegiatan ekonomi yang

berlainan,wujud jurang pendapatan yang tidak seimbang di antara kaum,dengan

majority golongan miskin terdiri daripada kaum Melayu.Ini telah menimbulkan

persaingan ekonomi dan ketidakpuasan di kalangan kumpulan etnik tertentu yang

boleh mengancam perpaduan Negara.

FAKTOR SOSIAL

Perpaduan kaum dan integrasi Nasional juga terhalang disebabkan oleh faktor

sosial antara kaum.Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan

yang berlainan.Orang Melayu adalah beragama Islam manakala sebilangan orang

India beragama Hindu.Orang cina menganut agama yang merupakan campuran

ajaran Buddha,Lao-Tze dan Confucius.Setiap kumpulan etnik adalah jahil mengenai

kebudayaan dan adat resam kumpulan-kumpulan etnik yang lain .Masing-masing

Page 3: Faktor Penghalang Perpaduan Kaum Dan Integrasi Nasional

menggangap kebudayaan mereka sebagai yang terbaik.Perkahwinan campur tidak

begitu meluas.Tegasnya,bolehlah dikatakan bahawa struktur sosial dan agama

orang-orang Melayu menjadikan tidak mungkin bagi sebarang agama dan kaum lain

untuk bersemenda dengan mereka kecuali orang-orang Arab dan orang India Islam

sahajamSelain itu,orang Melayu mahu menjadikan Agama Islam sebagai agama

rasmi.Orang bukan Melayu pula bimbang kebebasan agama mereka akan

disekat.Maka,agama dan kebudayaan menjadi faktor yang besar menghalang

perpaduan dan integrasi nasional

Tanggapan negatif atau sikap prejudis terhadap sesuatu kumpulan etnik juga

merenggangkan hubungan antara kaum.Hal ini menyebabkan pergaulan mereka

terhad.Dari segi tradisinya,orang-orang cina mempunyai sikap kurang

menyenangkan terhadap semua orang asing.Mereka mengganggap orang-orang

asing sebagai “orang liar” dan” dagang puaka”.Mereka sentiasa memandang rendah

orang-orang Melayu dan mengkritik mereka pemalas dan suka berhibur.Bagi orang

Melayu pula,mereka tidak memandang tinggi orang Cina dan biasanya

menggangap orang cina dan India sebagai penyembah berhala.Tidak syak

lagi,perasaan ini ditambah pula tidak senang dengan sesetengah tabiat orang cina

seperti makan babi.Hal ini amat ditegah dalam Agama Islam.Tanggapan negative

terhadap sesuatu kaum menjadi penyebab pergaulan antara mereka terhad.

Bilangan orang Cina dan India yang semakin bertambah menyebabkan Orang

Melayu berasa tidak senang hati dengan kaum-kaum ini.Orang Melayu menganggap

kumpulan etnik ini akan menghalau mereka pada suatu hari nanti.Pada kurun ke-

20,Orang Melayu mula berasa gelisah tentang bertambahnya bilangan Orang Cina

dan India yang dilahirkan di tanah Melayu.

Hal Kerakyatan menjadi satu perkara yang menyebabkan kerenggangan

hubungan antara kaum.Orang Melayu sebagai penduduk bumiputera Negara

enggan memberikan kerakyatan kepada kaum lain kerana ditakuti mengancam

kuasa politik orang melayu.Manakala kaum lain yang lahir dan menetap di tanah

melayu menuntut hak kerakyatan.Kelayakan kerakyatan yang ketat seperti ujian

bahasa dan syarat tempoh masa tinggal menyebabkan penghalang kepada kaum

bukan melayu menjadi rakyat di tanah melayu.

Page 4: Faktor Penghalang Perpaduan Kaum Dan Integrasi Nasional

Kelantangan suara pemimpin-pemimpin Cina dan India yang

mempersoalkan kedudukan isitimewa orang-orang Melayu menyebabkan bangkit

perasaan marah di kalngan orang melayu.Pemimpin-pemimpin politik cina takut

kedudukan ekonomi mereka terancam sekiranya Inggeris terus merancang memberi

Tanah Melayu berkerajaan sendiri,Orang Melayu akan berkuasa penuh dari segi

politik

Sehingga laporan Razak 1956,terdapat 4 aliran pendidikan yang berasingan di

Tanah Melayu iaitu aliran pendidikan Inggeris,Melayu,Cina dan

India.Umumnya,setiap golongan etnik menghantar anak-anak ke sekolah rendah

yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.Justeru itu,murid-murid

terkecuali di sekolah Inggeris tidak berpeluang bercampur gaul dengan murid dari

kumpulan etnik lain.Kurikulum di antara setiap sekolah juga tidak sama.Sekolah

Melayu menitikberatkan kemahiran 3M.Kurikulum sekolah Cina dan India pula

adalah berasaskan apa yang terdapat di Negara China dan India.Ini telah

menghasilkan pandangan dunia yang berlainan serta memperkukuhkan lagi

keperibadian etnik di kalangan pelajar Cina dan India.Tiada terdapat satu bahasa

pengantar yang tunggal dalam sistem sekolah beraneka bahasa.Malahan,sistem

pendidikan sebelum merdeka tidak menitikberatkan pencapaian objektif

perpaduan.Kerajaan British tidak berusaha untuk memperkenalkan satu kurikulum

yang dapat membentuk keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi

memupuk perpaduan.Sistem pendidikan juga menjadi isu ketidakpuasan orang

bukan Melayu kerana layanan daripada pihak kerajaan.Sekolah Cina dan India tiada

yang dianjurkan oleh kerajaan dan dibiayai oleh persendirian.Kerajaan merasakan

tidak perlu memberikan pelajaran kepada “kanak-kanak penduduk asing yang

tinggal buat sementara waktu sahaja,tambahan pula mereka menerima pelajaran

dalam bahasa mereka sendiri.Oleh yang demikian,perkembangan sekolah berbagai-

bagai system di tanah melayu telah menyemarakkan ketegangan.Orang bukan

Melayu berasakan Inggeris mengikut dasar menyokong orang-orang Melayu dengan

tujuan untuk membina “ Tanah Melayu untuk orang-orang Melayu”

Masalah tanah juga menjadi isu sosial utama yang menyebabkan kerenggangan

hubungan antara kaum.Orang-orang Melayu menganggap tanah simpanan itu perlu

untuk melindungi hak istimewa mereka sebagai kaum tani dan bumiputera.Orang

Melayu berasa gementar bahawa mereka akan tersingkir keluar dari Negara

Page 5: Faktor Penghalang Perpaduan Kaum Dan Integrasi Nasional

sendiri.Tanah simpanan yang diwujudkan menyebabkan prasangka Orang Cina

bahawa ini sebagai cara lain untuk menyokong dasar “ Tanah Melayu untuk Orang

Melayu”.

Kewujudan pelbagai persatuan etnik yang memperjuangkan politik,sosial,ekonomi

yang berasaskan kumpulan etnik telah juga memperkuatkan etnik dan syak

wasangka.Ini adalah kerana persatuan-persatuan tersebut hanya memperjuangkan

kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya.Parti-parti politik perkauman seringkali

mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kumpulan etnik atau

isu-isu perkauman seperti bahasa,kebudayaan,ekonomi bagi memajukan

kepentingan politik masing-masing.

Page 6: Faktor Penghalang Perpaduan Kaum Dan Integrasi Nasional

RUMUSAN

Maka,dengan itu dapatlah dirumuskan bahawa terdapat banyak faktor yang

menyumbang kepada penghalang perpaduan kaum dan integrasi nasional sebelum

tahun 1957 sehingga 1969.Faktor-faktor ini boleh dirumuskan akibat sikap Orang

Melayu yang ingin mempertahankan kepentingan mereka dan sikap kaum bukan

Melayu yang ingin menjaga kepentingan mereka juga.

Faktor politik seperti dasar pecah perintah oleh British dan layanan yang berbeza

oleh Jepun memberikan ketegangan yang makin buruk antara kaum.Dasar-dasar ini

mewujudkan syak wasangka di antara kaum.

Disamping itu,aktiviti ekonomi yang berlainan juga menyebabkan pergaulan antara

kaum terhad disebabkan mereka hanya hidup dalam komuniti mereka tanpa ada

pergaulan yang luas dengan kaum yang lain

Perbezaan sosial seperti agama,bahasa,kebudayaan menjarakkan lagi jurang

pergaulan antara kaum.Mereka masing-masing jahil akan kebudayaan dan adat

kaum lain selain timbul persepsi negatif.Masalah pendidikan juga menyumbang

kepada penghalang perpaduan kaum melalui aspek sosial

Kemuncak kepada keretakan hubungan kaum ialah pada peristiwa 13

Mei.Peristiwa pertelingkahan kaum ini yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa

dan harta benda mempunyai perkaitan yang rapat dengan Pilihanraya 1969.Hal-hal

sensitif seperti bahasa kebangsaan,kedudukan istimewa dan hak

kerakyatan.Rusuhan kaum telah meletus pada 13 Mei 1969.

Justeru itu,kerajaan telah mengambil beberapa langkah drastik bagi merapatkan

kembali hubungan antara kaum.Beberapa langkah seperti Dasar Ekonomi

Baru,Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain bertindak sebagai penghubung

hubungan antara kaum dan kejayaannya telah dibuktikan sehingga sekarang.