Upload
hadi-fadhli-rosli
View
116
Download
6
Embed Size (px)
DESCRIPTION
kesyogunan, faktor, jepun
Citation preview
BIL TAJUK HLM1. PENGENALAN 2-32 FAKTOR KEJATUHAN KESYOGUNAN
TOKUGAWA
1) KEKURANGAN KEPIMPINAN KESYOGUNAN TOKUGAWA
2) TEKANAN DARIPADA KUASA ASING3) PERANAN DAIMYO YANG MENGHADAPI
MASALAH KEWANGAN 4) MASALAH KEMISKINAN RAKYAT5) PENENTANGAN GOLONGAN SAMURAI
(RONIN)6) GOLONGAN SAUDAGAR (CHONIN)7) BENCANA-BENCANA ALAM DAN
SERANGAN PENYAKIT8) PEMBERONTAKAN KAUM TANI
3-44-5
67
7-89
9-1010
3. BERAKHIR SISTEM FEUDAL 11-124. KE ARAH PEMODENAN JEPUN (ERA MEIJI)
!) POLITIK 2) EKONOMI 3) PENDIDIKAN
4) PEMODENAN ANGKATAN TENTERA DAN LAUT
5) KESUSASTERAAN6) IDEOLOGI DAN AGAMA7) KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN 8) KEBUDAYAAN9) DASAR LUAR MEIJI
12-1313-1616-18
18-1919-2020-2121-2222-23
235. KESIMPULAN 24
6. LAMPIRAN 25-267. BIBLIOGRAFI 27
FAKTOR KEJATUHAN KESYOGUNAN TOKUGAWA. BERAKHIRNYA SISTEM FEUDAL DAN KEARAH PEMODENAN JEPUN.
1
PENGENALAN
Zaman Kesyogunan Tokugawa bermula pada tahun 1603 dan berakhir pada tahun
1867. Zaman Tokugawa dikaikan dengan beberapa aspek penting seperti urbanisasi yang
pesat, kewujudan satu entiti kebangsaan, pengaruh konfucinisme kepada masyarakat
Jepun, perkembangan pendidikan di kalangan bushi dan kelas lain, dan kelompok chonin
yang melahirkan budaya mereka sendiri. Dalam bidang inteklektual pula, zaman ini
memaparkan perdebatan yang penting berhubung dengan penyelasaian kepada masalah
yang dihadapi Jepun sepanjang zaman Tokugawa.1
Zaman Kesyogunan Tokugawa bermula dari pengasasnya iaitu Tokugawa Ieyasu.
Ieyasu yang dikenali dengan nama panggilan Takechiya semasa beliau masih kanak-
kanak. Beliau telah memerintah paling lama Kerajaan Tentera dalam sejarah Jepun.
Sistem politik Tokugawa dipengaruhi oleh falsafah konfucinisme. Kesyogunan
Tokugawa mengamalkan sistem feudalisme, dimana golongan samurai mendapat hak
keistimewaan yang lebih dari rakyat biasa. Samurai-samurai digalahkan memiliki tanah
sendiri.
Walaupun, zaman Kesyogunan Tokugawa telah mencapai kemajuan, namun telah
melakukan pemencilan keatas dunia luar. Ini kerana, kerajaan Jepun bimbang pengaruh
dunia luar khususnya agama kristian akan masuk ke negara Jepun. Faktor ini telah
mendorong kepada kejatuhan Kesyogunan Tokugawa. Ahli sejarah mengatakan sistem
kerajaan Tokugawa mungkin tidak berubah pada dasarnya jikalau Amerika Syarikat dan
negara-negara lain tidak membuka pintu yang tertutup itu secara paksaan.2
Selain itu, faktor yang menyebabkan kajatuhan Kesyogunan Tokugawa turut
didorong oleh kekurangan kepimpinan yang berkesan, masalah-masalah kewangan yang
1 Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 512 Richard Storry. ( 1982) . Sejarah Jepun Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 77.
2
serius, peranan golongan samurai, bencana-bencana alam dan sebagainya. Menjelang
abad ke-19, Bakufu dibendung oleh masalah-masalah politik, ekonomi dan sosial yang
kacau-bilau. Selepas kejatuhan Kesyogunan Tokugawa, pemerintahan Jepun diambil oleh
Meiji. Boleh dikatakan, suatu zaman pemodenan telah wujud semasa pemerintahan Meiji.
Selepas Meiji manaiki takhta dua perkara telah diutamakan oleh beliau. Yang pertama,
beliau telah mengapuskan sistem feudalisme dan memodenkan negara Jepun . Beliau juga
tidak melaksanakan pemancilan Jepun dengan mengamalkan dasar buka pintu seperti
dilaksanakan oleh Shogun Tokugawa.
FAKTOR KEJATUHAN KESYOGUNAN TOKUGAWA
KEKURANGAN KEPIMPINAN YANG BERKESAN
Kebanyakan Syogun-syogun Tokugawa tidak mempunyai kebijaksanaan politik
dan kualiti kepimpinan seperti Ieyasu. Contoh, Syogun-syogun yang lemah dan tidak
berkeupayaan ialah Ieshige (1745-1760), Ieharu (1760-1786), Ienari (1787-1837) dan
sebagainya. Ieshige adalah seorang Syogun yang lemah dan uzur. Beliau juga seorang
yang gagap dan dan tutur kata beliau tidak dapat difahami. Beliau lebih banyak
meletakkan kuasa yang ada padanya ke dalam tangan jurubahasanya, iaitu Ooka
Tadamitsu. Ieshige meninggal dunia dan telah digantikan oleh Ieharu iaitu seorang yang
malas dan boros.3
Seterusnya, Ieharu telah digantikan oleh Ienari. Ienari merupakan Syogun yang
lemah, mempunyai 40 dayang-dayang (Sokushitsu) dan 900 orang pembantu di istananya.
Ienari juga mempunyai 20 orang gundik dan 55 orang anak. Beliau juga amat boros dan
ramai daripada anak-anak perempuannya telah dikahwinkan mengikut upacara secara
besar-besaran. Syogun-syogun Tokugawa menjadi penaung kepada kebanyakan dari
3 M.Rajendran, 1988, Sejarah Jepun , Kuala Lumpur : Arena Buku Sdb.Bhd. Hlm. 52.
3
aktiviti kesenian, Selain daripada membazirkan wang membina dan memperlengkapkan
istana, mereka juga bertanggungajawab menggeringkan sumber-sumber kewangan
Bakufu. Kewangan Bakufu bertambah merosot akibat pemberian bantuan mengsa
kebuluran, mangsa kebakaran dan juga mangsa gempa bumi yang telah membunuh
150,000 orang di daerah Kanto dalam tahun 1703.4
Menjelang abad ke-19, Bakufu mengadapi masalah kewangan yang serius.
Kekayaannya kian merosot dan ia tidak dapat mengenakan cukai ke atas tanah-tanah
feudal kecuali di kawasan yang dikuasai secara langsung oleh Bakufu. Penyalahtadbiran
dan rasuah juga berleluasa di kalangan pegawai-pegawai Bakufu akibat masalah
kewangan. Keadaan huru-hara dan kekacauan politik di Bakufu telah menyebabkan
sebilangan rakyat dari semua kelas telah menamatkan rejim Tokugawa.
TEKANAN DARIPADA KUASA ASING
Salah satu faktor kejatuhan Kesyogunan Tokugawa ialah tekanan kuasa asing.
Tekanan kuasa asing ini telah memaksa Bakufu untuk membuka Jepun semula. Pada awal
tahun 1844, Raja Belanda telah menasihatkan Bakufu supaya menghentikan dasar
pemencilannya. Tetapi, Bakufu tidak berbuat demikian dan tetap dengan pendiriannya.
Pada 18hb Julai, kumunculan Komodor Mathew Perry bersama dengan kapal perang
beliau telah menimbulkan perasaan bimbang dan gelisah di kalangan pemerintah-
pemerintah Jepun dan para cendiakiawan yang takutkan Imperialisme Barat.5
Komodor Perry telah diarahkan oleh kerajaan Amerika Syarikat bagi membuka
semula Jepun. Antara sebabnya ialah;
Untuk memperolehi jaminan perlindungan bagi Angkatan Laut Amerika yang
terkandas di Jepun.
4 M.Rajendran, 1988, Sejarah Jepun , Kuala Lumpur : Arena Buku Sdb.Bhd. Hlm. 525 Ibid. Hlm. 56.
4
Untuk mendapatkan kebenaran bagi kapal-kapal Amerika bagi memperolehi
bekalan makanan dan bahanapi di mana-mana pelabuhan Jepun.
Untuk membuka sebuah pelabuhan masuk bagi kemudahan kapal-kapal
perdagangan Amerika.
Komodor Mathew Perry cuba mendapatkan persetujuan Bakufu untuk memberi
layanan yang baik kepada Angkatan Laut Amerika yang terkandas. Selain itu, beliau juga
memohon kemudahan-kemudahan bagi pelayaran dan perdagangan. Perry menjelaskan
kepada Bakufu bahawa beliau mengharapkan maklumbalas apabila kembali semula pada
tahun berikutnya dengan angkatan yang besar. Ancaman terhasil apabila Komodor Perry
kembali ke Jepun dalam bulan Februari 1854. Beliau tidak menghadapi kesulitan dalam
menandatangani Pejanjian kanagawa (31hb Mac 1854) dengan rakyat Jepun.
Kesan dari perjanjian Kanagawa, suatu perjanjian tambahan telah membawa
Jepun membuka dua pelabuhannya iaitu Shimoda dan Hakodate kepada perdagangan
Amerika. Perjanjian Kanagawa telah diikuti oleh perjanjian-perjanjian yang serupa
dengan Great Britain ( Oct 1854 ), Rusia ( Feb 1855 ) dan Belanda ( Nov 1855 ). Pada
29hb Julai 1858, Townsend Harris ( Konsul Jeneral pertama Amerika Syarikat ) telah
menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perdagangan dengan Ksyogunan
Tokugawa. Perjanjian ini memberi hak wilayah asing kepada Amerika Syarikat selain
dari melucutkan taraf autonomi Jepun.6
PERANAN DAIMYO YANG MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN
Sistem Sankin-Kotai melibatkan pengendalian istana-istana yang besar di Edo
dan perjalanan yang sering dibuat yang disertai oleh rombongan besar, memiskinkan
tuan-tuan feudal.7 Tambahan pula, ramai daimyo mengikut jejak langkah para Syogun
6 Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 597 Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 57.
5
dan hidup serba mewah, menikmati hiburan-hiburan yang mahal, membelanjakan
sejumlah wang yang besar ke atas rasuah dan hadiah-hadiah serta pembinaan bangunan-
bangunan baru. Akibatnya, para daimyo menjadi semakin bengantung ke atas golongan
saudagar dan peminjam-peminjam wang untuk membantu mereka dari tahun ke tahun.
Golongan daimyo telah mengurangkan bilangan orang-orang gaji mereka tetapi ini tidak
dapat mengatasi kesulitan kewangan yang mereka hadapi. Golongan daimyo telah
menggunakan suatu cara untuk menaikan beban cukai kaum tani. Petani-petani yang
miskin telah melarikan diri dari tanah-tanah mereka dan memberontak menentang
kekuasaan golongan daimyo. Keadaan kewangan daimyo merosot, sehingga mereka
semakin lemas dalam genggaman peminjam-peminjam wang.
Masalah hutang golongan daimyo telah mencapai keadaan yang runcing.
Menjelang abad ke-19, tidak ada seorang daimyo pun tidak berhutang kepada saudagar-
saudagar. Golongan daimyo yang terdesak telah mengadai nama-nama keluarga mereka
kepada saudagar-saudagar yang kaya.8 Kelemahan kewangan golongan daimyo
mengakibatkan keruntuhan politik mereka. Keadaan ini bertambah buruk lagi oleh
pertikaian-pertikaian yang hebat mengenai soal penggantian di kebanyakan kawasan
kekuasaan feudal. Perselisihan-perselisihan wujud di kalangan golongan-golongan feudal
seperti Akita, Kurume, Tsushima dan Kaga. Menjelang akhir abad ke-19, dari segi
ekonomi dan politik banyak kawasan-kawasan kekuasaan feudal hamper runtuh.
MASALAH KEMISKINAN RAKYAT ( PETANI ).
Petani yang miskin merupakan nadi sistem ekonomi Tokugawa telah turut
memainkan peranan penting dalam kejatuhan Kesyogunan Tokugawa. Kaum tani yang
telahpun dibebani dengan cukai yang berat, terpaksa menanggung cukai-cukai tambahan.
Untuk mengatasi keadaan kewangan yang kian merosot, golongan daimyo telah
8 M.Rajendran, 1988, Sejarah Jepun , Kuala Lumpur : Arena Buku Sdb.Bhd. Hlm. 54
6
mengenakan cukai-cukai yang lebih berat ke atas kaum petani. Kaum tani terpaksa
memberi 40% - 50% dari hasil padi mereka sebagai cukai kepada daimyo. Mereka juga
dipaksa membayar cukai-cukai tambahan. Cukai telah dikanakan ke atas tanah dan
kebun-kebun yang kosong, cukai ke atas bangunan, cukai ke atas pintu dan jendela dan
ada juga cukai ke atas anak-anak perempuan yang mencapai umur tertentu. Cukai-cukai
juga dikenakan ke atas kain, sake, herba dan bahan-bahan yang digunakan oleh petani.
Saudagar-saudagar juga turut mengeksploitasi kaum tani dengan menetapkan harga-harga
beras mengikut sesuka hati mereka. Di samping kesengsaraan ekonomi, kaum petani juga
dihina dan dicaci oleh pegawai-pegawai cukai yang mempunyai kuasa untuk menaikkan
cukai.
PENENTANGAN GOLONGAN SAMURAI ( RONIN )
Golongan samurai telah melaksanakan fungsi tentera yang penting dalam
kemunculan Ieyasu dan penubuhan Bakufu. Bagaimanapun, semasa era keamanan yang
panjang, golongan samurai yang tinggal di Edo dan bandar-bandar istana yang lain
menjadi ketagih kepada sifat kemewahan dan keborosan. Ini menjadikan mereka kelas
yang lemah dan bergantung ke atas orang lain.9 Lebih-lebih lagi, kemiskinan Kesyogunan
Tokugawa dan golongan daimyo telah menjejas kesejahteraan golongan samurai.
Golongan daimyo yang jatuh miskin biasanya mengurangkan gaji samurai mereka atau
menahan sebahagian dari gaji mereka. Ini menimbulkan banyak kesulitan kepada kelas
ini. Akibatnya, menjelang akhir abad ke-18, golongan samurai menghadapi masalah
ekonomi yang serious. Mereka banyak berhutang kepada kelas saudagar terutamanya
peminjam-peminjam wang dan broker-broker beras. Ramai samurai yang berkhidmat
sebagai pegawai-pegawai rendah di Bakufu dan perkhidmatan-perkhidmatan Han mula
9 M.Rajendran, 1988, Sejarah Jepun , Kuala Lumpur : Arena Buku Sdb.Bhd. Hlm. 54.
7
mengamalkan rasuah. Akhlak mereka berada di tahap yang rendah sekali dan akhirnya
runtuh samasekali.10
Kesan yang penting dari kemiskinan mereka yang berterusan ialah kemerosotan
kesetiaan golongan samurai secara beransur-ansur kepada tuan-tuan mereka. Oleh kerana,
mereka tidak dapat bergantung di atas gaji mereka telah memutuskan perikatan dan
menjadi ronin atau samurai yang tidak bertuan. Mereka merayau-rayau sambil melibatkan
diri dalam kegiatan-kegiatan penyamunan dan keganasan. Golongan ronin ini merupakan
penyumbang utama kepada keadaan yang kacau-bilau ketika itu. Ada di antara mereka
yang terlibat dalam pertanian atau perdagangan, sementara yang lain menjadi buruh dan
dengan itu mereka menghadapi kejatuhan yang serious dalam status sosial mereka. Di
kalangan kelas samurai yang lebih rendah, perbezaan tidak dirasakan dengan jelas dan
ketara. Mereka sanggup merendahkan teraf mereka dan mengatur perkahwinan-
perkahwinan yang berkeuntungan dari segi kewangan dari segi ahli-ahli kelas saudagar11.
Mereka juga mengambil anak-anak lelaki para saudagar dan petani yang kaya sebagai
anak angkat untuk suatu bayaran. Golongan samurai yang lebih miskin telah sangup
menggadaikan milik utama mereka iaitu pedang kepada saudagar-saudagar. Ramai
samurai yang miskin yang anti-Bakufu telah melemahkan kestabilan politik Kesyogunan
Tokugawa.
GOLONGAN SAUDAGAR (CHONIN)
Golongan saudagar telah mengeksploitasikan kaum tani dan yang lebih
pentingnya telah memiskinkan golongan daimyo dan samurai. Dengan ini, mereka
bertanggungjawab melemahkan kuasa politik dan kestabilan ekonomi kelas-kelas atasan
ini. Golongan saudagar juga telah melemahkan Bakufu dengan menyebarkan perasaan
10 M.Rajendran, 1988, Sejarah Jepun , Kuala Lumpur : Arena Buku Sdb.Bhd.Hlm.54.11 Ibid. Hlm. 54
8
anti-Tokugawa. Golongan saudagar tidak puashati dengan kedudukan sosial mereka yang
rendah walaupun mereka merupakan kelas terkaya dalam masyarakat Tokugawa. Dengan
sebab ini mereka menaruh perasaan benci terhadap Bakufu. Mereka juga membenci
Bakufu yang telah menurunkan nilai matawang dan memaksa golonga chonin supaya
menghapuskan hutang beberapa daimyo yang telah tidak dapat menjelaskan hutang
mereka. Dengan demikian kelas chonin mula menyokong golongan Tozama yang terdiri
dari suku kaum Satsuma, Choshu, Tosa dan Hizen yang enggan tunduk di bawah Bakufu
Tokugawa. Sebenarnya, saudagar-saudagar seperti Mitsui, Ono, Shimada, Konoike dan
lain-lain telah memberi sokongan kewangan yang kuat kepada kumpulan samurai muda.12
Kumpulan samurai muda ini terdiri dari golongan Tozama yang telah menggulingkan
Bakufu dalam tahun 1867.
BENCANA-BENCANA ALAM DAN SERANGAN PENYAKIT
Bencana-bencana alam memburukkan lagi kedudukan ekonomi kaum tani. Dalam
tahun 1732, sebahagian besar dari tanam-tanaman di Jepun Barat telah musnah diserang
seranggan. Ini telah mengakibatkan beratus-ratus ribu orang petani mengahadapi masalah
kebuluran. Dalam tahun 1770-1779, banyak daerah di bawah pemerintahan Tokugawa
menderita akibat dari keadaan yang serius. Dalam tahun 1772, banjir telah memusnahkan
beribu-ribu tanah sawah di Jepun Barat dan ini telah diikuti oleh suatu suatu wabak
penyakit seperti malaria, sakit panau, cirit-birit yang telah membunuh hampir 200,000
petani. Dalam tahun 1778 berikutnya, banjir besar sekali lagi memusnahkan beribu-ribu
tanah sawah di Kyoto dan Kyushu. Pada tahun berikutnya berpuluh-puluh ribu petani
telah menjadi mangsa oleh letupan gunung berapi di Pulau Oshima dan di Kagoshima.
Bencana-bencana ini telah diikuti oleh kebuluran besar di Temmei dan letupan gunung
berapi yang selanjutnya di Asama. Kesengsaraan yang dialami oleh kaum petani semakin
12 M.Rajendran, 1988, Sejarah Jepun , Kuala Lumpur : Arena Buku Sdb.Bhd. Hlm. 56.
9
bertambah dan ramai dari mereka telah melakukan “mabiki” di mana bayi-bayi dibunuh
oleh ibubapa mereka.
PEMBERONTAKAN KAUM TANI
Kaum tani juga telah memberontak menentang daimyo dan Bakufu. Lebih 600
pemberontakan telah berlaku di dalam pemerintahan Era Tokugawa. Hampir keseluruhan
pemberontakan ini berpunca dari percukaian yang bertambah. Pemberontakan secara
besar-besaran telah berlaku dalam tahun 1764 di daerah Kosuke dan Musashi. Seramai
lebih 200, 000 orang petani telah bengkit menyertai pemberontakan-pemberontakan ini
dan Bakufu mengambil masa hampir lebih dari sebulan untuk menumpaskan
pemberontakan-pemberontakan tersebut.13 Pemberontakan-pemberontakan ini telah
berlaku di kawasan Kanto yang menjadi kawasan kekuasaan keluarga Tokugawa.
Pemberontakan besar-besaran yang dilakukan oleh kaum tani berlaku di daerah Iwaki,
Kaminoyama, Kurume dan lain-lain. Pemberontakan-pemberontakan ini telah
melemahkan lagi sturuktur politik dan asas-asas ekonomi Kesyogunan Tokugawa.
BERAKHIR SISTEM FEUDAL
Sistem feudal di Jepun iaitu maharaja yang berada di kemuncak struktur
pemerintahan mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas segala aspek di bawah
pemerintahannya termasuklah tanah.14 Keterikatan yang kuat terjalin antara daimyo
dengan tentera dan petani sementara dalam banyak keadaan maharaja tidak mempunyai
sebarang peranan. Kemunculan golongan tentera khusus sebagaimana di Jepun begitu
13 M.Rajendran, 1988, Sejarah Jepun , Kuala Lumpur : Arena Buku Sdb.Bhd.Hlm. 56. 14 Abdullah Zakaria Ghazali., Azharudin Mohamed Dali & Azhar Mad Aros., ( 2001 ). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Kuala Lumpur : Fajar Bakti. Hlm. 99.
10
pengaruh dalam menentukan hala tuju pemerintahan. Golongan daimyo merupakan
kelompok yang sangat berkuasa di Jepun dan kuasanya dikatakan mengalahkan kuasa
yang dimiliki oleh maharaja sendiri. Golongan tentera yang mempunyai kebolehan yang
besar dalam peperangan digunakan oleh golongan bangsawan sama ada untuk
mempertahankan hak milik tuan mereka serta mendapatkan lebih banyak tanah malalui
kekuasaan ketenteraan ataupun menjaga keselamatan tuan-tuan mereka. Kekuatan
ketenteraan ini yang menjadi tulang belakang kebangkitan daimyo di Jepun hingga
maharaja sendiri tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.
Walau bagaimanapun, semasa pemodenan era Meiji (1868-1912), telah terdapat
usaha-usaha untuk menghapuskan sistem feudal. Pemerintah Meiji beranggapan bahawa
salah satu perkara yang menghalang pemodenan Jepun adalah disebabkan sistem feudal.
Ia dilihat sangat mengongkong masyarakat terutama golongan petani di mana segala
bentuk keperluan mereka ditentukan oleh pihak pemerintah dan golongan bangsawan.
Golongan pemerintah Meiji sepertin Kido, Okubo dan Itagaki telah mempengaruhi
golongan daimyo terutama daripada suku kaum Chosu, Satsuma, Tosa dan Hizen agar
menyerahkan tanah-tanah di bawah kekuasaan mereka secara sukarela kepada maharaja.15
Pada tahun 1871, maharaja telah mengumumkan penghapusan semua tanah feudal
dan semua tanah tersebut secara teorinya akan menjadi milik raja. Secara pratiknya ia
akan dijadikan tanah kerajaan. Selain itu, semua tentera feudal akan dihapuskan dan
dengan ini meninggalkan kerajaan pusat sebagai satu-satunya pemilik sah pasukan tentera
di Jepun. Penghapusan feudalisme telah memperkukuhkan kedudukan Meiji dan
membolehkan kerajaan mempunyai kuasa penuh ke atas seluruh penduduk. Golongan
samurai telah diharamkan membawa pedang dan secara langsung telah menghilangkan
15 Ibid. Hlm. 100
11
hak mereka sebagai pahlawan. Ia juga dilihat sebagai asas kepada kemunculan negara
Jepun sebagai sebuah negara moden.16
KEARAH PEMODENAN JEPUN ( ERA MEIJI )
POLITIK
Perlembagaan baru telah di perkenalkan dan sistem politik berparti juga turut di
perkenalkan. Pada April 1868, carta Pengakuan Lima Artikel telah di perkenalkan
dengan memberi penekanan kepada penubuhan dewan perhimpunan, kebebasan
bermastautin dan pekerjaan, penghapusan kelas keturunan dan hubungan kebudayaan
dengan barat.17 Majlis Negara ditubuhkan sebagai badan yang paling berkuasa dalam
negara. .
Pada tahun 1868, Maharaja Meiji telah memindahkan pusat pentadbirannya dari
Kyota ke Yedo. Pada tahun 1871, Maharaja Meiji telah menamatkan sistem feudal.
Wilayah atau daerah dibahagikan kepada beberapa daerah kecil yang dikenali senagai
’Ken’. Dengan itu, fungsi daimyo sebagai pembesar feudal ditamatkan Sebagai balasan
daimyo-daimyo dan samurai diberi layanan dalam bentuk bon-bon kerajaan. Maharaja
telah memerintahkan supaya perlembagaan dan parlimen baru dibentuk menjelang tahun
1881. Maharaja Meiji juga telah mengarahkan Ito Hirobumi, selaku penyimpan mohor
untuk pergi mempelajari teori politik dari Britain, Belgium, Paris, Vienna dan Berlin.
Pengumuman perlembagaan baru telah di buat secara rasmi oleh Maharaja pada 11
Februari 1889. Menurut perlembagaan ini, Maharaja adalah pemarintah tertinggi tetapi
keunggulan beliau hanyalak dari segi adat istiadat semata-mata. Ini jelas dibuktikan oleh
16 Abdullah Zakaria Ghazali., Azharudin Mohamed Dali & Azhar Mad Aros., ( 2001 ). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Kuala Lumpur : Fajar Bakti. Hlm. 100.17 Paul Akamatsu, 1972, Meiji 1868 : Revolution and Counter-Revolution in Japan, London : George Allen & Unwin Ltd. Hlm : 234.
12
Artikel Lima yang mengatakan bahawa semua undang-undang, ordinan-ordinan DiRaja,
Titah Perintah DiRaja dan lain-lain memerlukan tandatangan pengesahan Menteri Negara
yang berkuasa.18
Mengikut perlembagaan, kuasa Dewan Bangsawan sama dengan kuasa Dewan
Rakyat dan pada amalannya ia boleh menghalang undang-undang uang disampaikan oleh
dewan Rakyat. 19 Sementara itu, pilihanaraya pertama telah di adakan pada tahun 1890
yang di sertai oleh berbagai parti politik. Di antara parti yang bertanding ialah Parti
Liberal (Jiyuto) yang di tubuhkan pada tahun 1881 di bawah Itagaki dan Parti Progresif
(Kaishinto) yang di tubuhkan pada tahun 1882. Meiji telah menubuhkan sebuah persatuan
yang digelar Risshisha pada tahun 1894. Persatuan ini telah menyebabkan matlamat
mengenai kerajaan sendiri, autonomi tempatan dan penubuhan sebuah perhimpunan
perundangan yang dipilih.
EKONOMI
Ekonomi Jepun telah menerima impak yang agak besar daripada era Pemulihan
Meiji. Maharaja Jepun percaya bahawa ekonomi moden berasaskan industri kapitalisme
adalah asas kepada keselamatan dan keagungan nasionalisme. Pemodenan ekonomi juga
di lakukan atas dasar kepesatan pertumbuhan penduduk, aktiviti pertanian yang tidak
dapat menampung penduduk yang tidak bekerja, kekurangan perniagaan eksport dan
untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada kelas samurai yang berjumlah lebih kurang
600,000.
Pemodenan ekonomi telah di mulakan di sektor pertanian dengan sektor pertanian
telah menyumbangkan sebanyak 80% daripada jumlah pendapatan Jepun pada tahun 1870
– 1880.20 Sektor pertanian memikul beban sektor industri Jepun kerana cukai tanah telah
18 Richard Storry, 1967, Sejarah Jepun Moden, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Hlm : 87.19 Ibid. 87.20 M.Rajendran, 1988, Sejarah Jepun , Kuala Lumpur : Arena Buku Sdb.Bhd, Hlm : 79.
13
membiayai kebanyakan daripada kos. Kaum tani telah dibenarkan untuk memiliki tanah
mereka sendiri.21 Keadaan ini telah membolehkan kerajaan mengenakan cukai tanah yang
menggantikan bayaran cukai kepada golongan feudalisme. Satu sistem cukai pusat yang
moden ditubuhkan bersama dengan satu sistem wang yang baru..22
Selain itu, ada juga pelajar-pelajar yang di hantar ke luar Jepun untuk belajar
dalam jurusan pertanian dan ada juga pakar yang di bawa masuk untuk meningkatkan lagi
taraf teknologi pertanian Jepun.23 Selain itu juga, penggunaan benih yang di impot dan
baja kimia telah di perkenalkan. Sistem pengairan dan saluran telah diperbaiki dan
sekolah-sekolah, maktab-maktab dan stesen-stesen pertanian telah didirikan di beberapa
bandar termasuk Tokyo. Tanaman dagangan (komersial) yang di galakkan ketika itu
ialah teh dan sutera dan banyak kawasan pertanian yang telah di buka. Kegiatan
pertanian secara intensif dilakukan oleh tenaga buruh tanpa pengunaan alat jentera
moden. Kerajaan Meiji juga menggunakan teknologi Barat dalam pertanian.24 Sektor
pertanian telah menyumbangkan separuh dari sumber kewangan dan tenaga manusia dan
dengan itu telah membolehkan kerajaan Meiji membangunkan bidang industri dengan
pesat.25
Dalam bidang perindustrian, industri perkilangan telah pertingkatkan dengan
kilang-kilang besi waja dan besi keluli (industri berat). Industri ini berperanan dalam
industri pembinaan kapal, alat perang dan limbungan kapal tentera laut di Yukusuka.
Industri ringan seperti kilang tekstil besar di Concashire yang mula menjadi penting.26
Kilang-kilang besi tadi telah di bangunkan dengan meminjam modal daripada golongan-
21 Joginder Singh Jessy, 1979, Jepun : Pemodenan, Longman. Hlm : 47.
22 Richard Storry, 1967, Sejarah Jepun Moden, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Hlm : 78.23 Ibid. Hlm.80.24 Paul Akamatsu, 1972, Meiji 1868 : Revolution and Counter-Revolution in Japan, London : George Allen & Unwin Ltd. Hlm : 250.25 Lockwood William, 1954, The Economic Devolopment of Japan : Growth and structural Change 1868-1938, Princeton University Press. Hlm : 25.26 E. Herbert Nonman, 1991, Kemunculan Jepun Sebagai Negara Moden, Kuala Lumpur : Yayasan Penataran Ilmu.Hlm :129.
14
golongan kaya feudal Jepun.Ini dapat mengurangkan pergantungan ekonomi daripada
negara-negara barat yang berupa pinjaman bank. Kilang-kilang itu juga telah di
bangunkan dengan bertujuan untuk memajukan bidang ketenteraan Jepun dalam usaha
penaklukan dan pertahanan. Pengetahuan peralatan perang telah di serap dari barat
dengan membawa masuk beberapa pakar dari luar. Perusahan perlombong turut
dimajukan oleh kerajaan Meiji. Bagi memastikan perusahan ini berjalan dengan lancar,
Meiji telah menubuhkan Biro Perlombongan di Jepun.
Meiji juga telah memberi penekanan ke atas industri-industri pertahanan seperti
pembinaan kapal, alat-alat perang dan lain-lain. Industri yang bercorak militari terbesar
dalam tempoh 1870-1880 ialah limbungan ”Kapal Tentera Laut Di Yokusuka”. Kerajaan
Jepun juga telah membina dua buah kilang besar untuk membuat meriam dan senapan di
Tokyo dan Osaka. Selain itu, tiga buah kilang telah di bina di Tokyo dan Gumma untuk
membuat peluru.27
Kerajaan Jepun juga telah membina kilang sutera, kapas, benang, simen dan juga
kaca. Semua pemilikan perindustrian telah di serahkan kepada beberapa syarikat seperti
Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo, Yasuda dan lain – lain. Syarikat-syarikat ini disokong oleh
kerajaan Meiji.28 Gabungan industri pula telah di kuasai oleh pasukan pemodalan seperti
Zaibatsu..29
Kementerian Kewangan di tubuhkan. Sistem matawang telah di selaraskan dengan
mengambil kira sistem kewangan dari barat.30 Pada tahun 1868, matawang Jepun telah di
tukar kepada konsep pengunaan wang kertas. Wang kertas telah di tukarkan daripada Ryo
kepada Yen.. Matsukata Masayashi (1835-1924) telah menjadi Menteri Kewangan pada
27 M.Rajendran, 1988, Sejarah Jepun , Kuala Lumpur : Arena Buku Sdb.Bhd, Hlm : 82.28 Jon Livingston, Joe Moore & Felicia Oldfather, 1976, The Japan Reader : Vol !- Imperial Japan 1800-1945, Penguin Books Ltd. Hlm : 119.29 E. Herbert Nonman, 1991, Kemunculan Jepun Sebagai Negara Moden, Kuala Lumpur : Yayasan Penataran Ilmu.Hlm :130.30 M.Rajendran, 1988, Sejarah Jepun , Kuala Lumpur : Arena Buku Sdb.Bhd, Hlm. 84.
15
tahun 1881.31 Beliau berjaya mengawal keadaan dengan mengenakan cukai yang tinggi ke
atas wain dan tembakau dan juga dengan mengurangkan subsidi kerajaan kepada syarikat.
Dengan ini, kerajaan Jepun dapat menarik semula wang kertas Jepun untuk meningkatkan
semula nilainya.
Bank kebangsaan pertama yang telah di tubuhkan dalam tahun 1873 dengan
manggabungkan dua agensi kewangan kerajaan yang utama. Perdagangan dengan dunia
luar juga telah membantu dalam meningkatkan pertukaran matawang asing dan memberi
pendapatan kepada negara Jepun. Selain itu, sistem kredit moden juga telah di
perkenalkan dengan penubuhan Bank of Japan pada tahun 1882.
PENDIDIKAN
Pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat Maharaja
Meiji. Ia dianggap alat transformasi Jepun kepada sebuah kuasa ekonomi dan militari
yang termoden. Sehubungan dengan itu, konsep pendidikan moden telah diberi
pendedahan kepada pelajar-pelajar di sekolah. Beratus-ratus penuntut Jepun telah dihantar
ke luar negeri untuk mempelajari sains dan pentadbiran serta teknik perindustrian Barat..
Pada tahun 1880, kawalan negara yang mutlak dalam sekolah rendah dan menengah telah
ditubuhkan.32
Sekolah-sekolah telah dibina oleh pedagang-pedagang untuk menunjukkan
sokongan rakyat terhadap maharaja Meiji. Dengan membina sekolah juga, mereka dapat
memberi sumbangan ke arah membangunkan negara Jepun. Pada tahun 1871,
Kementerian Pelajaran Jepun ditubuhkan dengan menyeragamkan sistem pendidikan.
Pada tahun berikutunya, kawasan di Jepun telah dipecahkan kepada 8 bahagian. Di setiap
31 Mikiso Hane, 1972, Modern Japan : A Historical Survey, Westview Press. Hlm : 99.
32 E. Herbert Nonman, 1991, Kemunculan Jepun Sebagai Negara Moden, Kuala Lumpur : Yayasan Penataran Ilmu. Hlm : 200.
16
bahagian pula dibina sebuah Universiti, 32 buah sekolah menengah dan 210 sekolah
rendah. Kanak-kanak Jepun mula ke sekolah ketika berumur 6 tahun dan perlu belajar
selama 16 bulan.33 Menjelang tahun 1880, terdapat hampir 28,000 buah sekolah rendah
dengan lebih dari 2 juta murid. Kanak-kanak turut dididik supaya taat setia kepada
maharaja, bangsa dan negara dalam apa jua keadaan. Prinsip ini dikenali sebagi
’Kokutai’. Dalam tahun 1886, Mori Arinoni menjadi Menteri Pelajaran. Beliau
memulakan pelajaran sekolah rendah ditetapkan kepada 8 tahun sementera sekolah
menengah selama 4 tahun. Sekolah tinggi, terutamanya sekolah-sekolah teknikal
peringkat tinggi telah ditubuhkan yang menawarkan bidang pengjian perubatan,
ketenteraan, pelayaran, pertanian perdagangan dan perikanan. Kerajaan Jepun juga
membawa masuk sebilangan besar pakar dari luar.
Pada tahun 1886, Universiti Di Raja Tokyo ditubuhkan . Universiti ini merupakan
pusat pengkajian tertinggi di Jepun. Universiti ini menyediakan sekolah latihan dalam
perkhidmatan awam dalam bahagian urusan pentadbiran , pusat pendidikan dan juga
pusat penyelidikan. Universiti ini menekankan pelajar-pelajarnya supaya mematuhi
hormat terhadap maharaja dan negara. Pelajar-pelajar diajar berdasarkan sistem
pendidikan barat dan menekankan pendididkan moral Jepun disadur dari etika Kung Fu
Tze. Menjelang tahun 1910, beberapa buah universiti diraja lain telah ditubuhkan di
Sapporo, Sendai, Kyoto dan Fukuoka. Terdapat banyak sekolah-sekolah, maktab-maktab
dan universiti persendirian diwujudkan.
PEMODENAN ANGKATAN TENTERA DARAT DAN LAUT
Meiji sedar tentang keunggulan kuasa-kuasa Barat dari segi organisasi
ketenteraan dan alat-alat kelengkapan senjata. Untuk usaha ini, Maharaja Meiji telah
meminta bantuan daripada pihak British. Sebelum itu, Maharaja Meiji juga telah
33 M.Rajendran, 1988, Sejarah Jepun , Kuala Lumpur : Arena Buku Sdb.Bhd, Hlm : 66.
17
memperkenalkan sistem kerahan tenaga pada tahun 1876. Sistem ini telah di perkenalkan
kepada rakyat biasa yang berumur 20 tahun ke atas. Mereka akan berkhidmat selama 12
tahun yang boleh di pecahkan kepada 3 tahun tetap dan 9 tahun sebagai simpanan. Cara
berperang juga di ajar oleh pegawai tentera asing.34
Angkatan Tentera Laut telah di tubuhkan pada tahun 1872. Pada tahun 1876,
kapal laut besar telah di beli dari Britain dan ini dapat menguatkan lagi kekuasaan Tentera
Laut Jepun. Penuntut-penuntut Jepun dihantar ke Britain untuk mempelajari ilmu
pelayaran dan pembentukkan limbungan kapal.35 Sementara itu, pegawai tentera laut dari
British di ambil sebagai jurulatih Tentera Laut. Kerajaan Jepun mengemaskinikan semula
pasukan polis sebagai persediaan mengadapi tekanan politik dalam negeri akibat
munculnya gerakan anti kerajaan dan persaingan antara parti-parti politik. Bagi
memodenkan angkatan tentera Jepun kerajaan Meiji telah menubuhkan sistem sekolah
awam yang memberikan latihan tentera dalam pelajaran.36
Kerajaan Maharaja Meiji telah pun mempunyai sebanyak 28 buah kapal moden
jumlah isipadu 57, 000 tan, 24 buah anak kapal dan juga torpedo Kerajaan Meiji
bertanggungjawab mengendalikan beberapa industri strategik yang mengeluarkan senjata
peluru, torpedo, kapal-kapal laut dan sebagainya. Negara Jepun telah membangun dari
segi ketenteraan dari sistem feudal ke konsep peperangan moden dalam masa kurang dari
30 tahun. Jepun mewujudkan sebuah Angkatan Tentera yang mampu mempertahankan
ancaman asing.
KESUSASTERAAN
34 Paul Akamatsu, 1972, Meiji 1868 : Revolution and Counter-Revolution in Japan, London : George Allen & Unwin Ltd. Hlm: 257.35Joginder Singh Jessy, 1979, Jepun : Pemodenan, Longman.Hlm : 46. 36 Jon Livingston, Joe Moore & Felicia Oldfather, 1976, The Japan Reader : Vol !- Imperial Japan 1800-1945, Penguin Books Ltd. Hlm : 168.
18
Bidang kesusateraan telah berkembang biak dengan adanya penterjemahan buku-
buku sastera dari barat. Di antara karya dan biografi yang terkenal yang telah di
terjemahkan ialah karya William Shakespeare, Homer, Rousseau dan Voltair. Ini telah
meningakatkan minat rakyat Jepun ketika itu kepada kesusateraan moden. Di antara karya
mereka yang telah di terjemah kan ialah Romeo and Juliet, Ernest Maltraves dan The
Bridge of Cannernoor. Selain itu, ada juga Pilgrim’s Progreess dan The Bible(New
Testament) dan Social Contract. Penterjemah yang terkenal ketika itu ialah Oda
Junichiro.37 Melalui penterjemahan-penterjahan karya ini juga, masayarakat elit Jepun
telah terdedah kepada idea-idea barat berkenaan sains, politik, sosial, pendidikan dan
sebagainya.
Di antara novelis yang terkemuka ketika itu ialah Futabatei Shimei dengan karya
terjemahan beliau yang berjudul Rendezvous. Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa yang
sangat penting ketika era pemulihan Meiji. Ini dapat difahami memandangkan bahasa
Inggeris merupakan bahasa asing yang amat penting bagi rakyat Jepun dalam bidang
diplomasi, perdagangan dan komunikasi antarabangsa.38 Fukuwaza merupakan seorang
penulis yang produktif dan menghasikan banyak buku termasuk A Guide of Foreign
Travel, Outline of Civilization, The Division of Powers dan lain-lain. Perkembangan
persuratkhabaran di Jepun semasa era Meiji telah dipengaruhi hanya oleh orang-orang
asing yang berada di Jepun. Mereka telah menerbitkan jurnal-jurnal seperti Nagasaki
Shipping List, Advertives, Japan Express dan Japan Gazette. Suratkhabar-suratkhabar
Jepun lebih menerbitkan berita-berita baru ditulis disampimg berita sosial dan ekonomi.
IDEOLOGI DAN AGAMA
37 M.Rajendran, 1988, Sejarah Jepun , Kuala Lumpur : Arena Buku Sdb.Bhd, Hlm : 67.38 Ibid.Hlm.69.
19
Peranan ideologi di zaman pemerintahan Meiji telah di sasarkan sebagai alat
untuk meningkatkan semangat nasionalisma. Ideologi baru di perkenalkan yang di
namakan Kokutai secara rasmi. Ideologi ini berhubung kait dengan kerohanian
masyarakat Jepun dan sebahagian darinya memberikan kesetiaan dan ketaatan yang
sepenuhnya kepada Maharaja Jepun yang di anggap suci. Ideologi ini memudahkan usaha
mengerahkan Jepun kepada sebuah negara yang kuat dan moden.39
Seterusnya, dalam konsep keagamaan telah di perkenalkan pula konsep Shinto
Negara. Shinto negara adalah berasal daripada agama Shintonisme, sebuah agama purba
Jepun. Dalam konsep Shintoisme purba, shinto di bahagikan kepada empat bahagian, iaitu
Shinto Istana DiRaja (Koshitsu Shinto), Shinto tempat-tempat suci (Jinja Shinto), Shinto
Mazhab (Kyoha Shinto) dan Shinto Rakyat (Minkan Shinto). Tempat suci Shinto telah
menjalankan upacara-upacara bagi tuhan Kami atas nama Negara. Pada masa yang sama,
seluruh rakyat dan Negara mengucap syukur kepada Kami dan derdoa.
Sebaliknya, agama Buddha telah di asingkan daripada agama Shinto. Sewaktu
penghapusan agama Buddha, kesemua harta-harta institusi Buddha telah di ambil dan
kitab-kitab suci telah di bakar dan di hanyutkan ke sungai-sungai. Kerajaan Meiji juga
dengan sengaja mengambil tindakan memutuskan hubungan pertalian antara Buddhisme
dan Shintonisme.40
Pada zaman Meiji, agama Kristian telah di terima masuk semula. Ianya telah
berkembang di Jepun dengan pembinaan pusat-pusat keagamaan di Nagasaki (Khatolik
Roman), Yokohama (Presbyterian) dan Hakodate (Ortodoks Greek) pada tahun 1870an.
Selain itu, mubaligh-mubaligh Kristian yang berhijrah ke Jepun juga membuka sekolah-
sekolah agama Kristian dan menerbitkan risalah-risalah agama Kristian. Tetapi, tidak
semua rakyat dapat menerima kemasukan semula agama Kristian.
39 M.Rajendran, 1988, Sejarah Jepun , Kuala Lumpur : Arena Buku Sdb.Bhd, Hlm : 73.40 M.Rajendran, 1988, Sejarah Jepun , Kuala Lumpur : Arena Buku Sdb.Bhd, Hlm : 74.
20
KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN
Mesin telegraf telah membantu dalam bidang ketenteraan Jepun sebagai satu
media yang efektif dalam berkomunikasi. Teknologi ini juga membantu dalam urusan
pemusatan pentadbiran dan pembangunan ekonomi. Pada tahun 1880, hampir seluruh
bandar besar di lengkapi dengan kemudahan telegraf. Beri-ribu batu cawangan talian dan
stesen-stesen taligraf telah dibina merentangi negara Jepun. Selanjutnya, sistem pos
moden telah di perkenalkan yang mengantikan perkhidmatan pengantar yang lain dan
memantapkan lagi sistem komunikasi di Jepun.41
Sementara itu, dari segi perhubungan pula, perkhidmatan kereta api telah di
perkenalkan. Kerja pembinaan landasan kereta api telah di mulakan pada tahun 1872.
Dengan adanya perkhidmatan kereta api, telah memudahkan sistem pengangkutan untuk
penumpang dan juga barangan ekonomi. Pada tahun 1872, landasan telah di bina untuk
menghubungkan Tokyo dan Yokohama. Dua tahun berikutnya, 1874, ianya telah di
sambung ke Kobe, Osaka dan Kyoto.42 Landasan itu telah di bina sepenuhnya oleh
jurutera-jurutera Jepun. Menjelang tahun 1881, Jepun telah mempunyai landasan kereta
api sejauh 26 batu. Dari segi teknologi percetakan pula, kemajuan dari segi kemudahan
timbul hasil daripada keperluan untuk menyediakan notis-notis oleh Jabatan Kerajaan. Di
samping itu juga, pengguna mesin cetak turut di gunakan oleh pihak gereja untuk
menerbitkan risalah-risalah Kristian untuk diedarkan kepada orang ramai.
KEBUDAYAAN
Seni lukis tradisional Jepun telah di perbaharui dengan penggunaan warna-warna
yang lebih terang dari kebiasaannya. Lukisan minyak telah menjadi popular dan lukisan
41 Joginder Singh Jessy, 1979, Jepun : Pemodenan, Longman.Hlm : 46.42 Mikiso Hane, 1972, Modern Japan : A Historical Survey, Westview Press. Hlm : 98.
21
cara barat juga semakin diterima oleh ramai pelukis-pelukis Jepun.43 Dari segi seni muzik
pula, pengaruh muzik barat mula meresapi kebudayaan Jepun. Banyak piring – piring
hitam boleh di dapati dan muncul pula konsep tarian barat. Di antara yang paling terkenal
ialah tarian ballroom yang lebih popular terutamanya di kalangan aristokrat dan elit
politik Di samping itu juga, konsep penggunaan alat muzik tradisional dan gabungan alat
muzik moden di perkenalkan Gagaku (suatu gaya muzik dimainkan di istana-istana
diraja) telah diberi keutamaan dalam upacara-upacara rasmi dan keagamaan.
Seni drama Kabuki mula di pandang tinggi dan mendapat pengiktirafan yang
tinggi. Di zaman Meiji, Kabuki adalah satu bentuk hiburan yang mendapat tempat di
setiap lapisan masyarakat. Selain daripada drama-drama pentas, industri filem juga mula
berkembang. Bermula dengan filem-filem bisu, kemudiannya menyusul pula kaedah
penggunaan kamera moden, penggunaan sarikata, teknik sinaran tiruan, ’prop’ dan
sebagainya. Panggung wayang gambar yang pertama telah dibina dalam tahun 1903 dan
menjelang akhir era Meiji industri filem Jepun telah membuat kemajuan yang besar.
DASAR LUAR MEIJI
Dasar luar semasa Era Meiji merupakan perkara yang amat menarik dan penting
kepada masyarakat Jepun. Bagi membangunkan Jepun menjadi sebuah negara militari
yang kukuh Meiji telah berusaha untuk mempastikan pengkajian semula perjanjian-
perjanjian yang tidak adil yang telah ditandatangni di antara Jepun dengan kuasa-kuasa
Barat dalam tahun 1850-1860.44 Meiji telah membuat banyak diplomatik dengan negara-
negara barat untuk memujukkan negara barat supaya mengaji semula perjanjian-
perjanjian yang tidak adil. Kajian semula perjanjian menjadi Dasar luar Meiji. Menteri
luar negara Jepun memberi jaminan kepada Britain, untuk berniaga di mana-mana
wilayah Jepun. Perjanjian ditentangan dengan kuasa barat lain dan ini membawa kepada
43 M.Rajendran, 1988, Sejarah Jepun , Kuala Lumpur : Arena Buku Sdb.Bhd, Hlm : 72.44 Ibid. Hlm : 94.
22
penghapusan hak wilayah asing. Dalam perjanjian baru ini Jepun diberi hak untuk
meletakkan tarif yang sesuai ke atas barang-barang asing.45
Penentuan batas sempadan dan keselamatan negara juga terkandung dalam dasar
luar Jepun. Kedua-dua itu di atas telah menjejas perhubungan Jepun dengan Korea,
negara China dan Rusia. Berhubung dengan isu itu, satu persetujuan sempadan telah
ditandatangani. Hubungan Korea dengan Jepun dikatakan tidak baik. Oleh itu, dalam
tahun 1874 Meiji telah menggunakan diplomasi ubat bedil untuk memaksa Raja Kajong
dari Korea supaya menandatangani satu perjanjian yang memberi hak keistimewaan
perdagangan kepada Jepun. Kepentingan Jepun di Korea mula meningkat dalam tahun
1880an hingga 1890an disebabkan beberapa fakta dalam negeri dan antarabangsa.
Kerajaan Meiji telah pun memperolehi banyak faedah ekonomi dan politik di Korea
sebagai hasil perjanjian Chemulpo (1876) ingin mengekspolitasi pasaran dan sumber-
sumber asli korea..
KESIMPULAN
Kesyogunan Tokugawa. Punca kehancuran disebabkan oleh pemerintah Jepun
sendiri. Kawalan ketat Bakufu ke atas kehidupan politik, ekonomi dan sosial negara
tersebut telah membengkitkan kesan tindak balas menentang Bakufu itu sendiri.
Kebangkitan merkantilisme dan kemunculan kelas saudagar yang dinamik dan teguh dan
mengkibatkan kebankrapan kelas-kelas atasan terutamanya golongan daimyo dan
samurai, Sementara itu, kaum tani yang dikenakan cukai-cukai yang tinggi mula
memberontak menentang Bakufu. Bakufu yang mengahadapi keruntuhan dalam negeri
telah tidak dapat mengambil langkah-langkah bertindak menghalang sentimen anti-
Bakufu yang semakin meningkat. Sentimen tersebut telah dieksploitasikan oleh kumpulan
samurai muda dari suku kaum-kaum wilayah barat yang mana objektif serta-merta
45 E. Herbert Nonman, 1991, Kemunculan Jepun Sebagai Negara Moden, Kuala Lumpur : Yayasan Penataran Ilmu.Hlm : 56.
23
mereka ialah untuk menghancurkan Bakufu. Bakufu akhirnya telah digulingkan dalam
tahun 1867 dan dengan itu menamatkan sejarah feudalisme yang berpusat di Jepun.
Kemusnahan Bakufu telah memberi jalan ke arah modenisai Jepun di dalam Era Meiji
(1868-1912).
LAMPIRAN
24
PETA JEPUN
MEIJI FUKUZAWA YUKICHI MATSUKATA MASAYASHI KOMONDOR MATTHEW (1868-1912) (1835-1901) (1835-1924) PERRY {Menteri Kewangan } (1794-1858)
25
WANG KERTAS MATSUKA KABUKI
TARIAN GAGAKU
WANG KERTAS DAN SYILING EMAS DIGUNAKAN PADA ZAMAN MEIJI
26
BIBLIOGRAFI
M.Rajendran, 1988, Sejarah Jepun , Kuala Lumpur : Arena Buku Sdb.Bhd,
E. Herbert Nonman, 1991, Kemunculan Jepun Sebagai Negara Moden, Kuala Lumpur : Yayasan Penataran Ilmu.
Joginder Singh Jessy, 1979, Jepun : Pemodenan, Longman.
Richard Storry, 1967, Sejarah Jepun Moden, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
George Allen & Unwin Ltd, A History of The Far East in Modern Times. London.
Paul Akamatsu, 1972, Meiji 1868 : Revolution and Counter-Revolution in Japan, London : George Allen & Unwin Ltd.
Jon Livingston, Joe Moore & Felicia Oldfather, 1976, The Japan Reader : Vol !- Imperial Japan 1800-1945, Penguin Books Ltd.
Mikiso Hane, 1972, Modern Japan : A Historical Survey, Westview Press.
Lockwood William, 1954, The Economic Devolopment of Japan : Growth and structural Change 1868-1938, Princeton University Press.
Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Zakaria Ghazali., Azharudin Mohamed Dali & Azhar Mad Aros., (2001). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
http://images.google.com.my
27