33

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

  • Upload
    vothien

  • View
    270

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti
Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti
Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT SPH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

NOOR SHARLIANA BINTI MAT NASIR

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2008

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

ii

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

iii

DEDIKASI

Buat pendidik-pendidikku......

Tidak akan ku lupakan segala jasa dan tunjuk ajar kalian memberi ilmu

pengetahuan kepada diri ini....syukran jazilan....jasa kalian tetapku

kenang hingga ke hujung hayat..

Buat Teman Seperjuangan......

Semangat, nasihat serta dorongan kalian membuatkan diriku terus

bertahan dan terus bersaing. Harapanku semoga kita semua

beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan

di akhirat kelak..InsyaAllah..

Terima kasih semuanya.

Untuk adinda-adindaku.....

Mohd Amir Rafie dan Mohd Afiq Danial yang amat ku sayangi.....

Dalam melayari bahtera di lautan yang penuh gelombang, kalian sentiasa

menjadi inspirasi kakandamu ini untuk berdiri dengan lebih teguh lagi

Dan, terima kasih atas sokongan dan semangat yang kalian hulurkan....

Akan kakanda titipkan ia menjadi bekalan perjuangan hidup di kemudian hari.

Buat Papa dan Mama tersayang…

Mat Nasir Abd Latif dan Natrah Mohamed

Terima kasih yang tak terhingga ku ucapkan.

Pengorbanan, didikan dan kasih sayang yang kalian curahkan

kepada diri ini, akan ku jadikan landasan buat menempuh rintangan dan

Semoga keramat kasih sayang yang dicurahkan ini juga akan menjadi

Pendorong dan penyokong setia kejayaan anak-anakmu, setiap ketika dan waktu.

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t, Tuhan sekelian alam. Dengan izinnya kajian

ilmiah ini telah dapat disempurnakan sebagaimana yang dikehendaki. Salam dan hormat

buat Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima

kasih ingin saya rakamkan buat Penyelia Tesis, Dr. Yahya Bin Buntat di atas dedikasi

serta sikap profesional dalam membimbing serta memberikan tunjuk ajar yang berguna

dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Ucapan terima kasih juga kepada En. Mohd

Azhar Abd Hamid yang banyak membantu serta memberikan nasihat berguna kepada

diri ini.

Terima kasih dan penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua

pihak yang telah memberikan apa jua bantuan, sokongan ataupun khidmat nasihat sama

ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan kertas Projek Sarjana

Muda ini dengan jayanya.

Akhir kata, diharapkan segala yang telah dilakukan ini beroleh keberkatan dari

Allah s.w.t.

Sekian, terima kasih.

April 2008.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong

kreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat

hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti dan melihat tahap kreativiti

pelajar. Seramai 71 orang pelajar tahun empat SPH dari Fakulti Pendidikan, UTM telah

menjadi responden untuk kajian ini. Data kajian diperolehi melalui borang soal selidik

dan soalan Ujian Personaliti Kreatif. Nilai Alpha Cronbach ialah 0.876. Data yang

diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages for

Social Sciences (SPSS) Versi 15.0 untuk mengira kolerasi, min, frekuansi serta

peratusan. Dapatan kajian menunjukkan kesemua faktor yang dikaji iaitu faktor ilmu

pengetahuan, gaya berfikir, personaliti, motivasi dan keadaan persekitaran mendorong

kreativiti pelajar. Faktor utama yang mendorong kreativiti pelajar ialah faktor ilmu

pengetahuan dengan nilai min 4.32. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang

signifikan antara keadaan persekitaran dan kreativiti dengan nilai signifikan 0.000. Hasil

kajian juga menunjukkan seramai 2 orang pelajar berada pada tahap sangat kreatif, 46

orang berada pada tahap kreatif dan 23 orang berada pada tahap sederhana kreatif.

Beberapa cadangan telah dibuat bagi pihak yang berkenaan supaya dapat mengambil

tindakan untuk meningkatkan lagi tahap kreativiti di kalangan pelajar-pelajar universiti

amnya.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify factors that encourage creativity

among students and the main factor that encourage creativity, to know the relationship

between environment and creativity and also the level of students creativity. The sample

consist 71 forth year students of SPH from Faculty of Education, UTM. The data was

collected by using the set of questionnaire and the Personality Creative Test question.

The value of Alpha Cronbach is 0.876. The data was analyzed by using Statistical

Packages for Social Sciences (SPSS) Version 15.0 to measure correlation, mean,

frequency and percentages. The data showed all the factors that had been investigated,

such as knowledge, thinking style, personality, motivation, and environment encourage

creativity. The main factor that encourage creativity is knowledge with the mean value

4.32. The research also showed that there is a significant difference in relationship

between environment and creativity with the value 0.000. The results showed that 2

students at a level very creative, 46 at a level creative and 23 students at a level

moderate creative. There are several suggestions to those concern to take appropriate in

order to increase the level of creativity among university students.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Matlamat Kajian 8

1.5 Objektif Kajian 8

1.6 Persoalan Kajian 9

1.7 Hipotesis Kajian 9

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Kepentingan Kajian 10

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

viii

BAB 1.10

PERKARA

Definisi Istilah

MUKA SURAT

1.10.1 Kreativiti 12

1.10.2 Kemahiran Berfikir Secara

Kreatif

12

1.10.3 Personaliti 13

1.10.4 Mendorong 13

1.10.5 Keadaan Persekitaran 13

1.11 Kesimpulan 14

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 15

2.2 Kreativiti 16

2.3 Kemahiran Berfikir 19

2.4 Pemikiran Kreatif 20

2.5 Teori Pemikiran Kreatif 21

2.5.1 Teori Kreativiti Sternberg 22

2.5.2 Teori Motivasi Intrinsik Amabile 24

2.6 Motivasi dan Kreativiti 25

2.7 Ilmu Pengetahuan dan kreativiti 26

2.8 Personaliti dan Kreativiti 27

2.8.1 Personaliti Individu Kreatif 28

2.8.2 Personaliti Rekacipta 29

2.9 Gaya Berfikir dan Kreativiti 31

2.10 Keadaan Persekitaran dan Kreativiti 31

2.11 Kajian-kajian Lepas 33

2.11.1 Kajian Luar Negara

2.11.2 Kajian Dalam Negara

33

36

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

ix

BAB PERKARA

2.12 Kesimpulan

MUKA SURAT

38

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 39

3.2 Reka Bentuk Kajian 39

3.3 Tempat Kajian 40

3.4 Populasi Kajian 41

3.5 Kaedah Pengumpulan Data 42

3.5.1 Data Primer

3.5.1.1 Instrumen Kajian

42

42

3.5.2 Data Sekunder 50

3.6 Kajian Rintis 50

3.6.1 Kesahan Instrumen Kajian

3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen

Kajian

51

51

3.7 Prosedur Kajian 52

3.8 Kaedah Analisis Data 57

3.8.1 Analisis Taburan Kekerapan

3.8.2 Kaedah Kolerasi Spearman

56

57

3.9 Kesimpulan 57

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 59

4.2 Latar Belakang Responden: Bahagian A 59

4.2.1 Jantina 60

4.2.2 Bangsa 60

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

x

BAB

4.2.3

PERKARA

Latarbelakang Pendidikan

MUKA SURAT

61

4.2.4 Nilai PNGK 61

4.2.5 Pendapatan Ibu bapa 62

4.3 Analisis Faktor Yang Mendorong

Kreativiti Pelajar

62

4.3.1 Analisis Faktor Imu

Pengetahuan

63

4.3.2 Analisis Faktor Gaya Berfikir 64

4.3.3 Analisis Faktor Personaliti 66

4.3.4 Analisis Faktor Motivasi 67

4.3.5 Analisis Faktor Keadaan

Persekitaran

68

4.4 Analisis Faktor Utama Yang Mendorong Kreativit 70

4.5 Penilaian Hubungan Di antara Keadaan Persekitaran

dengan Kreativiti

71

4.6 Tahap Kreativiti Individu 72

4.7 Kesimpulan 72

BAB IV RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 75

5.2 Rumusan 75

5.3 Perbincangan Latar Belakang Responden 78

5.4 Perbincangan Objektif Kajian

79

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

xi

BAB

PERKARA

5.4.1 Faktor-Faktor Yang Mendorong Kreativiti

Di Kalangan Pelajar Tahun Empat, Ijazah

Sarjana Muda Tekologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup), UTM.

5.4.2 Faktor Utama Yang Mendorong Kreativiti

Di Kalangan Pelajar Tahun Empat, Ijazah

Sarjana Muda Tekologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup), UTM.

5.4.3 Hubungan Antara Keadaan Persekitaran

Dengan Kreativiti Pelajar Tahun Empat,

Ijazah Sarjana Muda Tekologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM.

5.4.4 Tahap Kreativiti Pelajar Tahun Empat

Ijazah Sarjana Muda Tekologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM.

79

81

83

84

5.5 Cadangan

5.5.1 Cadangan Kepada Pihak Universiti 87

5.5.2 Cadangan Kepada Tenaga Pengajar atau

Pensyarah

87

5.5.3 Cadangan Kepada Siswa Siswi 88

5.5.4 Cadangan Kepada Pengkaji Akan Datang 89

5.6 Kesimpulan 90

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

xii

BIBLIOGRAFI

91

LAMPIRAN 96

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

2.1 Personaliti Pereka Cipta 30

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

3.7

3.8

3.9

3.10

3.11

4.1

4.2

Taburan Sampel Kajian

Taburan Item Soal Selidik

Bahagian-bahagian Soal Selidik

Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Latar

Belakang Responden

Skala Likert Untuk Mengenalpasti Faktor-Faktor

Yang Mendorong Kreativiti

Skala Skor Untuk Ujian Kreativiti Individu

Pemeringkatan Berasaskan Skala Likert

Taburan Skor Min

Kaedah Statistik Yang Digunakan Untuk Menguji

Objektif Kajian

Nilai Pemarkahan Tahap Kreativiti

Klasifikasi Sesuatu Kolerasi

Taburan Responden Mengikut Jantina

Taburan Responden Mengikut Bangsa

41

43

44

45

46

47

54

54

55

56

57

60

60

4.3 Taburan Responden Mengikut Latar Belakang

Pendidikan

61

4.4 Taburan Responden Mengikut Nilai PNGK 61

4.5

Taburan Responden Mengikut Pendapatan Ibu Bapa

62

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

xiv

NO JADUAL

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

TAJUK

Skor Min Bagi Setiap Faktor Ilmu Pengetahuan

Skor Min Bagi Setiap Faktor Gaya Berfikir

Skor Min Bagi Setiap Faktor Personaliti

Skor Min Bagi Setiap Faktor Motivasi

Skor Min Bagi Setiap Faktor Keadaan Persekitaran

Jadual Perbandingan Min Faktor-Faktor Yang

Mendorong Kreativiti

Jadual Kolerasi Antara Keadaan Persekitaran Dengan

Kreativiti

Taburan Kekerapan Tahap Kreativiti Individu

Mengikut Skema Pemarkahan Ujian Personaliti

Kreatif

MUKA SURAT

64

65

66

67

68

70

71

72

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

xv

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1

Proses Berfikir

20

4.1

Jumlah Pelajar Mengikut Tahap Kreativiti

Individu

73

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

xvi

SENARAI SINGKATAN

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

IPT - Institut Pendidikan Tinggi

PMR - Penilaian Menengah Rendah

PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan

RMKe-9 - Rancangan Malaysia Kesembilan

SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Packages for the Social Sciences

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

UNESCO - United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A

B

C

D

E

F

Soal selidik 96 Surat Pengesahan Soal Selidik 105 Nilai Alpha Cronbach Kajian Rintis 106 Nilai Alpha Cronbach Kajian Sebenar 106 Nilai Alpha Cronbach Setiap Item Bahagian B 107 Jadual Kolerasi Spearman 108

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Setiap manusia memiliki personaliti dan kreativiti yang berbeza-beza.

Terdapat sesetengahnya yang bersikap pendiam, serius, suka mendorong sementara

ada yang suka berkawan dan berfikir. Jika dilihat dari aspek seorang pelajar,

perbezaan dari segi tingkah laku, nilai dan personaliti memang mempengaruhi mereka

tentang bagaimana mereka menjalankan sesuatu tugas dan menghuraikan sesuatu

situasi dan bagaimana mereka menghadapi sesuatu cabaran.

Pemikiran kreatif dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada semua manusia, apa

yang membezakan seseorang itu ialah kecenderungan dan keupayaan seseorang itu

berkreativiti banyak bergantung kepada faktor diri, persekitaran dan jenis masalah

yang dihadapi. Selain itu, kebolehan dan bakat kreatif mestilah dipupuk dan dibaja

dengan betul dengan pendekatan yang sesuai dan bersistem. Personaliti individu yang

kreatif memiliki peribadi yang unik. Unik bermakna lain daripada yang lain, ia terdiri

daripada perspektif cara berfikir, bertindak dan bertindak balas dengan

persekitarannya (Mohd. Azhar, 2004).

Ciri-ciri personaliti yang unik dan pelbagai mempengaruhi karektor seseorang

individu. Ia adalah ciri-ciri utama yang membezakan manusia dengan spesis hidupan

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

2

yang seperti kemampuan manusia untuk belajar, mengingat dan berfikir tentang

sesuatu yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku pada masa hadapan

(McAdams, 1990).

Dalam disiplin psikologi, personaliti ialah suatu bidang kajian tidak hanya

melihat aspek yang tertentu sahaja dalam diri seseorang. Walaupun terdapat banyak

pendekatan personaliti, terdapat juga sesetengah orang yang bersetuju apa yang perlu

dikaitkan dalam kajian personaliti. Secara rasionalnya, personaliti adalah satu cabang

psikologi yang mana menekankan bagaimana kita membezakan seseorang individu

dengan individu yang lain (Higgins, 1997). Konsep tradisional ini adalah fokus

kepada perbezaan individu dari asas kecenderungan, kualiti dan perlakuan.

Kreativiti merupakan suatu kebolehan berfikir dan bertindak yang tidak

berasaskan logik biasa kerana logik bersifat ’penilaian’ (judgemental). Tetapi itu tidak

bermakna kreativiti tidak memerlukan pemikiran kreatiff dan analitis. Kreativiti tahap

tinggi amat memerlukan pemikiran logik-kritis kerana idea yang asli belum tentu

boleh berjaya jika ia dipasarkan (Mohd Azhar, 2004).

Kreativiti ialah suatu disiplin yang terus-menerus dibincangkan dan

dibahaskan secara ilmiah. Kreativiti pernah dibicarakan oleh beberapa ahli falsafah

dan pemikiran klasik, antaranya ialah Plato, Aristotle, Immanuel Kant, dan Francis

Galton (Rothenberg dan Hausman, 1996). Pada zaman klasik, pemikir dan ahli

pemikir menganggap kreativiti sebagai suatu kuasa alamiah yang dimiliki oleh

individu genius.

Menurut Paimah (2001), Wawasan 2020 merupakan satu gerakan kebangsaan

baru yang menuntut komitmen dan kemahuan seluruh rakyat supaya berada di depan

bersama dunia yang berubah dengan cepat. Dalam kenyataan Rancangan Malaysia

Ke-9 ada menyebut tentang modal insan merupakan aset kepada negara.

Pembangunan modal insan memerlukan beberapa perkara yang asas bagi

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

3

membolehkan kualiti diri memberi kesan perubahan terhadap yang lain. Proses

pengilmuan dan pendidikan menjadi asas penting bagaimana kualiti insan

dibangunkan dan kualiti kemanusiaan disuburkan. Aspek lain yang penting dalam

kehidupan kita adalah kemahiran berfikir secara kreatif. Ia perlu ada supaya modal

insan sentiasa mampu memberikan idea bernas dan dapat mengatur strategi bagi

menghadapi kerenah zaman dan cabaran semasa.

Dalam memastikan kerajaan mencapai objektifnya seperti salah satu perkara

yang dimatlamatkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9, iaitu untuk melahirkan modal

insan yang cemerlang, maka pendidik mempunyai tanggungjawab yang berat untuk

membantu kerajaan membentuk generasi yang mampu menggunakan pemikiran dan

berkreativiti dengan cara yang betul dan berkesan untuk digunakan dalam proses

membentuk insan yang cemerlang kelak.

1.2 Latar Belakang Masalah

Secara umumya, pengkaji-pengkaji dalam bidang kreativiti ini telah cuba

untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi perkembangan kebolehan kreatif ini.

Dalam kebanyakan literatur, pesonaliti yang nyata, tempat belajar dan keadaan

persekitaran memberi kesan kepada perkembangan kreativiti pelajar. Yong (1989),

telah melihat kreativiti pelajar dan membandingkannya berdasarkan jantina,

kepintaran, pencapaian akademik, status ekonomi sosial keluarga dan pengaruh

persekitaran. Ini jelas menunjukkan kreativiti tidak hanya boleh wujud secara

sendirinya, malah ianya memerlukan sesuatu untuk mendorong seseorang individu itu

untuk menjadi seseorang yang kreatif.

Menurut Ainon dan Abdullah (1994), memiliki kepintaran sahaja belum

mencukupi dalam menjalani kehidupan. Ramai yang pintar tidak kreatif, malah ramai

yang tidak mengetahui bahawa kepintaran itu adalah satu potensi untuk menjadi

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

4

kreatif. Susulan dari itu, sejajar dengan visi Universiti Teknologi Malaysia sebagai

pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia menerusi kreativiti, setiap

aspek perlu diambil kira bagi melahirkan graduan-graduan yang kreatif dan produktif.

Dalam seminar bertemakan “Education For All” 1990 yang dianjurkan oleh

Bank Dunia, UNICEF dan UNESCO (Siti Zuliana, 2005), kemahiran asas tidak lagi

terbatas kepada 3M ; Membaca, Menulis, Mengira, tetapi ditambahkan dua kemahiran

lagi iaitu kemahiran berfikir secara kreatif dan kemahiran saintifik. Ini menunjukkan

pendidikan sedunia semakin mementingkan peningkatan kemahiran berfikir secara

kreatif bagi melahirkan individu yang kreatif di kalangan generasi masa kini. Lanjutan

dari itu kemahiran berfikir secara kreatif sepatutnya dikuasai oleh setiap generasi

muda terutamanya di kalangan graduan-graduan universiti bagi melahirkan graduan

yang kreatif yang mampu memberi sumbangan kepada negara kelak. Untuk mencapai

hasrat ini, pelbagai usaha perlu dibuat sama ada dari segi tenaga pengajar di institut-

institut pengajian tinggi mahupun pelajar itu sendiri untuk meningkatkan kreativiti

para pelajarnya.

Munir Shuib (2001) dalam kajiannya tentang kemahiran komunikasi yang

dikehendaki oleh majikan di Malaysia mendapati bahawa banyak kemahiran

komunikasi yang dikehendaki berkait rapat dengan kemahiran berfikir secara kreatif.

Dalam Sumitha Martin (14 Ogos 2002), kemahiran penyelesaian masalah dan

pemikiran kritis merupakan elemen pemikiran yang penting dalam temubual kerja

bagi korporat Intel. Keadaan ini menunjukkan betapa pentingnya seseorang siswazah

mempunyai kemahiran untuk meyelesaikan masalah yang juga merupakan salah satu

daripada ciri-ciri yang ada pada individu yang kreatif. Menurut Dr. Azimah Sazalie

(2004) masalah pengangguran di kalangan siswazah yang dikendalikan oleh

penyelidik-penyelidik dan Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara

menunjukkan, ramai siwazah mendapat keputusan yang cemerlang, tetapi gagal

mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan mereka. Antara puncanya, mereka

lemah dalam aspek penyelesaian masalah dan penjanaan keputusan (Surizan Md.

Adil, 2000).

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

5

Buzen (2002) telah menyokong pernyataan individu yang kreatif mampu

meyelesaikan masalah dengan menyatakan:

“ ..intelligent creative is an ability to come up with new ideas, to solves

problem in original ways, and to stand and shoulders about the crowd

in terms of your imagination, your behavior, and in your productivity”.

(Buzen, 2002: 43)

Menurut ketua eksekutif Proton Berhad, Tan Sri Mahalel Tengku Arif (2003)

dalam Siti Rahana (2006) pula, pemikiran kreatif dan analitikel adalah antara kualiti

utama bagi membantu individu yang dapat bersaing dalam pasaran global. Ini

menunjukkan kemahiran berfikir secara kreatif boleh memberi kelebihan kepada

graduan dalam proses mencari pekerjaan. Akan tetapi, penguasaan kemahiran berfikir

secara kreatif graduan siswazah tempatan tidak memuaskan majikan-majikan, maka

pengagguran tinggi dikalangan siswazah universiti telah berlaku sejak dari beberapa

tahun yang lalu lagi. Isu ini membimbangkan masyarakat lagi apabila jumlah

pengangguran graduan mencecah 80,000 orang (Migguan Malaysia, 20 Februari

2005).

Walaupun jelas kerajaan telah menekankan kepentingan kemahiran berfikir

secara kreatif dan seterusnya berupaya untuk berkreativiti namun, kajian menunjukkan

pelajar masih berada pada tahap kreativiti yang tidak memuaskan. Menurut Phillips

(1997), antara sebabnya ialah kebolehan guru, ramai guru tidak begitu yakin tentang

keadah mengajar kemahiran berfikir secara kreatif berikutan kurangnya penekanan

pada peringkat latihan perguruan. Dalam satu seminar peringkat antarabangsa

mengenai literasi yang diadakan pada awal 2001, beberapa peserta yang terdiri

daripada guru-guru telah menyuarakan kesukaran yang mereka hadapi untuk

menyerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dalam matapelajaran yang mereka ajar

(Munir Shuib, 2001).

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

6

Ini menunjukkan bahawa guru perlu diberi latihan yang lebih komprehensif

tentang teknik pengajaran kemahiran berfikir secara kreatif manakala bagi pelajar

institut pengajian tinggi yang mengikuti bidang pendidikan pula seharusnya mendapat

didikan kemahiran berfikir secara kreatif ini juga supaya tidak menghadapi masalah

apabila memulakan tugas untuk mengajar terutamanya dalam mata pelajaran Reka

Cipta yang memerlukan seorang guru yang kreatif untuk membimbing pelajar-

pelajarnya kelak.

Apabila pelajar berada pada tahap kreativiti yang kreatif ianya akan

membuatkan pelajar lebih yakin membuat keputusan dalam keadaan yang sukar dan

lebih berani serta bersedia mengambil risiko, menerima dan mencuba idea-idea baru

serta mengetepikan perkara-perkara yang remeh dan tidak penting. Malah pelajar

akan lebih berketerampilan, berinovasi dan produktif. Seperti kata Edward de Bono

(1996) dalam bukunya Serious Creativity menegaskan bahawa terdapat lima premis

yang menyebabkan kreativiti sebagai kebolehan yang perlu dimiliki oleh individu,

organisasi dan masyarakat, iaitu:

(i) Untuk perubahan dan pembaikan.

(ii) Untuk menyelesaikan masalah.

(iii) Untuk memberi nilai dan peluang baru.

(iv) Untuk masa depan.

(v) Untuk motivasi.

1.3 Pernyataan Masalah

Dewasa ini kreativiti di kalangan pelajar telah menjadi satu keperluan sama

ada kepada pelajar itu sendiri atau kepada negara. Keperluan kreativiti semasa proses

pembelajaran atau pun sepanjang berada di alam pekerjaan ianya tidak boleh dinafikan

Page 26: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

7

lagi. Kreativiti memainkan perana penting bagi memastikan negara dapat melahirkan

modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.

Kesemua kajian yang dilakukan mengenai kreativiti sama ada kajian luar atau

dalam negara, kesemuanya tertumpu kepada pelajar yang berada di peringkat alam

persekolahan. Memang tidak dinafikan segala perancangan haruslah bermula dari

peringkat bawah, namun begitu perkara yang paling utama yang perlu dititik beratkan

ialah tenaga pengajar atau guru yang akan mengajar generasi-generasi muda ini.

Adakah mereka seorang yang kreatif dan jika mereka kreatif, apakah faktor-faktor

yang mendorong kreativiti mereka. Isu yang timbul ialah, bagaimana seorang guru

yang tidak kreatif dapat mendidik pelajarnya dengan baik dan berkesan.

Sehubungan dengan itu, pengkaji mengambil inisiatif untuk membuat kajian

mengenai kreativiti terhadap pelajar-pelajar di peringkat institut pengajian tinggi

terutamanya mereka yang mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan pula. Pada

tahun 1993 dan 1994 misalnya, tema Hari Guru ialah Guru Inovatif dan Kreatif

Menjayakan Wawasan. Manakala tema Hari Guru 2003 pula Guru Berkualiti Aspirasi

Negara (Utusan Malaysia, 2003). Ini menunjukkan betapa kerajaan menekan guru-

guru untuk menjadi seorang yang kreatif. Apa yang lebih penting, semua pihak

haruslah bekerjasama dan memiliki iltizam untuk melahirkan negara Malaysia yang

kreatif dengan acuannya yang tersendiri. Kajian ini akan dilakukan ke atas pelajar

tahun empat SPH, yang mana akan menjadi pendidik generasi muda dan secara tidak

langsung akan cuba memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.

Bagi memenuhi konsep kreativiti itu sendiri beberapa faktor perlu diambil kira

seperti faktor ilmu pengetahuan, gaya berfikir, personaliti, motivasi, dan keadaan

persekitran. Tambahan pula, dalam Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara (2007-

2010) sendiri, ada menyatakan ciri modal insan minda kelas pertama adalah

melahirkan graduan yang kreatif, inovatif dan berfikir secara kritikal. Untuk itu,

Page 27: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

8

pengkaji telah melakukan kajian ke atas siswazah pendidikan di UTM untuk melihat

faktor-faktor yang mendorong kreativiti dan tahap kreativiti bakal pendidik kelak.

1.4 Matlamat Kajian

Matlamat kajian ini ialah untuk melihat faktor-faktor yang mendorong

kreativiti di kalangan pelajar 4SPH Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :-

1. Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong kreativiti di kalangan pelajar

tahun empat, Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup), UTM.

2. Mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti di kalangan pelajar

tahun empat, Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup), UTM.

3. Mengenal pasti hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti pelajar

tahun empat, Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup), UTM.

4. Mengenal pasti tahap kreativiti pelajar tahun empat, Ijazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM.

Page 28: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

9

1.6 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif, berikut adalah persoalan-persoalan kajian ini:

1. Apakah faktor-faktor yang mendorong kreativiti di kalangan pelajar tahun

empat, Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup),

UTM ?

2. Apakah faktor utama yang mendorong kreativiti di kalangan pelajar tahun

empat, Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup),

UTM ?

3. Adakah terdapat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

pelajar tahun empat, Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup), UTM ?

4. Apakah tahap kreativiti pelajar tahun empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM ?

1.7 Hipotesis Kajian Satu hipotesis alternatif dibina bagi menjelaskan hubungan di antara faktor

keadaan persekitaran dengan kreativiti pelajar. Hipotesis yang dibina ini dijangka

akan memberi satu ramalan atau jangkaan mengenai pemboleh ubah yang diuji:

Ha Terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor keadaan persekitaran dengan

kreativiti pelajar tahun empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup), UTM, Skudai.

Page 29: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

10

1.8 Batasan Kajian

Untuk kajian “Faktor-faktor Yang Mendorong Kreativiti Di Kalangan Pelajar

4SPH, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai”, kajian ini dibuat bagi

mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong kreativiti pelajar dan kewujudan

hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativti pelajar. Pengkaji telah

menggunakan Teori Kreativiti Sternberg untuk dijadikan garis panduan. Walaupun

begitu, daripada enam faktor yang dinyatakan Sternberg hanya lima faktor sahaja yang

akan digunakan dalam kajian ini. Faktor-faktor itu ialah faktor ilmu pengetahuan,

gaya berfikir, personaliti, motivasi dan keadaan persekitaran.

Selain itu, kajian ini melihat tahap kreativiti pelajar melalui satu aspek sahaja,

iaitu aspek personaliti kreatif untuk mewakili kreativiti pelajar. Pengkaji ingin

mengenalpasti adakah personaliti responden yang terdiri daripada penuntut-penuntut

universiti ini mempengaruhi mereka untuk menjadi seorang indvidu yang kreatif.

1.9 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini boleh digunakan oleh pihak-pihak yang terlibat secara

langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan kajian akan dapat

memberi manfaat menyeluruh kepada golongan :

1. Kementerian Pengajian Tinggi

(i) Mengenalpasti adakah kemahiran berfikir secara kreatif diaplikasikan

dalam setiap matapelajaran di Institut Pengajian Tinggi.

Page 30: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

11

(ii) Dapat menyediakan kursus kemahiran berfikir secara kreatif kepada

tenaga pengajar atau pensyarah, seterusnya dapat mengetahui cara untuk

membantu pelajar menjadi individu yang kreatif.

(iii) Mewujudkan Institut Pengajian Tinggi yang mempunyai kawasan

sekitarnya yang tenang dan harmoni supaya pelajar dapat menghasilkan

idea-idea yang bernas untuk menjana kreativitinya.

2. Tenaga Pengajar atau Pensyarah

(i) Membuat perancangan strategi dan juga menentukan pendekatan berfikir

yang sesuai dengan tahap pelajar yang selepas ini akan memasuki alam

pekerjaan yang penuh dengan cabaran.

(ii) Merancang pengajaran yang sesuai dengan corak pemikiran pelajar.

(iii) Menentukan kesesuain strategi dan pendekatan kemahiran yang boleh

diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Siswa-Siswi

(i) Pendedahan kepentingan menjadi kreatif dan kemahiran berfikir secara

kreatif dalam semua matapelajaran di universiti.

(ii) Pendedahan kepentingan kemahiran berfikir secara kreatif dalam

kehidupan seharian.

(iii) Membantu pelajar mengaplikasikan kreativiti dalam membuat keputusan

dan menyelesaikan masalah.

Page 31: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

12

1.10 Definisi Istilah

Terdapat beberapa konsep dan istilah yang boleh diperjelaskan bagi

menerangkan dengan lebih tepat akan kehendak dan keperluan perkara-perkara yang

dibincangkan oleh penyelidik di dalam kajian ini nanti. Di bawah ini adalah definisi

istilah yang penting yang digunakan dalam penulisan ini yang membawa pengertian

berdasarkan kajian ini agar tidak timbul kekeliruan atau salah tanggapan :

1.10.1 Kreativiti

Menurut kamus dewan (2002), kreativiti bermaksud kemampuan atau

kebolehan mencipta sesuatu. Kreativiti terbahagi kepada pelbagai jenis kreativiti,

dalam kajian ini, penyelidik hanya ingin melihat kreativiti pelajar dalam aspek

personaliti. Ini kerana selain daripada melihat sesuatu produk yang dihasilkan,

kreativiti juga dapat dilihat melalui personaliti seseorang dengan menjalankan Ujian

Personaliti Kreatif (Raudsepp,1997).

1.10.2 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Berfikir dengan menggunakan stail kreatif ditunjukkan oleh keupayaan melihat

sesuatu daripada pelbagai sudut . Stail ini juga menghasilkan pelbagai cara untuk

melakukan sesuatu. Orang yang kreatif memiliki sifat fleksibiliti iaitu keupayaan

melahirkan pelbagai idea dalam pelbagai kategori.

Kebolehan mencipta dan menjana idea baru memanglah amat penting dalam

pemikiran kreatif tetapi belumlah dianggap mencukupi sehingga pelajar dapat

mejadikannya sebagai satu kenyataan. Kemahiran berfikir bukan sahaja berupaya

meningkatkan penguasaan pengetahuan, malah ia juga dapat meningkatkan aras

motivasi dalam diri pelajar (Munir Shuib, 2001).

Page 32: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

13

1.10.3 Personaliti

Merupakan keperibadian atau perwatakan seseorang. Ianya mempengaruhi

sesuatu perlakuan seseorang individu itu sendiri. Dalam kajian ini, pengkaji akan

mengukur kreativiti pelajar dengan berpandukan personaliti atau ciri-ciri individu

yang kreatif.

1.10.4 Mendorong

Merupakan sesuatu yang menyebabkan sesuatu itu berlaku (Kamus Dewan,

2002). Menurut Stein (1968) kreativiti adalah suatu proses di mana terdapat pelbagai

faktor yang mungkin merangsang dan memudahkan atau menyekat dan menghalang

perjalanan proses kreatif dan pembangunan hasil-hasil kreatif.

1.10.5 Keadaan Persekitaran

Merujuk kepada persekitaran yang mempengaruhi kreativiti secara langsung.

Persekitaran yang birokratik, ketat dengan peraturan dan undang-undang akan

membatas dan tidak menggalakkan aktiviti berkreasi. Individu juga harus berada

dalam persekitaran yang selamat, tetap, dan harmoni. Selamat daripada kacau bilau,

tetap dalam pekerjaan (lawan kontrak dan sementara) serta harmoni daripada hiruk-

piruk, hingar-bingar, dan kebisingan (Teori Kreativiti Sternberg). Dalam kajian ini,

keadaan persekitaran juga merujuk kepada ketenangan tempat belajar, suasana sekitar

tempat tinggal dan kewujudan sesuatu situasi yang membolehkan seseorang itu

menjadi kreatif.

Page 33: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI … filekreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti

14

1.11 Kesimpulan

Bab 1 mengandungi pengenalan kepada kajian yang ingin dibuat oleh

penyelidik iaitu mengenai faktor-faktor yang mendorong kreativiti dan tentang

kreativiti itu sendiri. Ia juga mengandungi latar belakang masalah, pernyataan

masalah, objektif kajian, persoalan kajian, batasan kajian, kepentingan kajian dan

senarai definisi istilah yang digunakan dalam kajian penyelidik.