Upload
others
View
21
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN
EMPAT FAKULTI PENDIDIKAN UTM.
SITI ZAINAB BINTI SUGIMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SKUDAI.
SESI PENGAJIAN : 2008/ 2009
Saya : SITI ZAINAB BINTI SUGIMAN
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh: _______________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : LORONG 11 PARIT 1 SUNGAI SIREH 45500 TANJONG KARANG USTAZ ABDULLAH BIN SULONGSELANGOR Nama Penyelia
Tarikh : 21 APRIL 2009 Tarikh : 21 APRIL 2009
√
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) ”.
Tandatangan : ............................................................ Nama Penyelia : USTAZ ABDULLAH BIN SULONG Tarikh : ............................................................
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN
EMPAT FAKULTI PENDIDIKAN UTM.
SITI ZAINAB BINTI SUGIMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
ii
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”.
Tandatangan : ...............................................................
Nama Penulis : SITI ZAINAB BINTI SUGIMAN
Tarikh : ...............................................................
iii
DEDIKASI
Buat insan tercinta
Ayahanda dan Bonda Sugiman bin Katimun
dan Siti Aisyah binti Hj Shuib Jazakallahu Khairan Kathira di atas segala doa, pengorbanan, dorongan
dan sokonganmu yang telah dicurahkan sepanjang kehidupanku agar menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat.
Suamiku Ribuan terima kasih kepada suamiku Mohd Shaupi Bin Muda di atas segala
pengorbanan dan tunjuk ajarmu, segala-galanya akan ku simpan agar menjadi ingatan dan panduan di kala memerlukan.
Adik-beradik Buat abangku Abdul Halid, kakakku Nor Wahiza dan Norazila serta adik-adikku
Mohd Fazlan dan Abdul Syakir, terima kasih atas segala jasa dan pertolonganmu selama pengajianku. Tidak dilupa Mohd Aminurrashid
yang selalu memberiku ilham dikalaku kebuntuan.
Pensyarah-pensyarah yang dihormati Terima kasih atas tunjuk ajarmu sepanjang pengajianku di
Universiti Teknologi Malaysia. Sesungguhnya tunjuk ajarmu menjadikan hidupku lebih terpandu dan terarah.
Sahabat Jasa dan bantuanmu semua akan ku kenang hingga akhir hayat. Semoga Allah
melimpahkan rahmat buat kita semua.
Terima Kasih
iv
PENGHARGAAN
Puji dan syukur kita panjatkan kehadrat Ilahi Rabbi yang telah melimpahkan
nikmat Iman, Islam, kesihatan dan kelapangan masa sehingga dapat kita melakukan
tugas-tugas pengabdian dengan lebih sempurna lagi. Selawat dan salam sejahtera
semoga sentiasa dilimpahkan kepada penghulu segala nabi dan rasul Allah Ta’ala,
Baginda Nabi s.a.w, para ahli keluarga dan sahabatnya yang telah menggunakan
seluruh masa hidup mereka untuk menyampaikan ajaran Islam, membela kebenaran
dan memerangi kebatilan sehingga mereka meninggalkan dunia ini dengan penuh
kedamaian dan ketenangan.
Syukur kepada Allah SWT di atas limpah kurnia dan keizinan-Nya dapatlah
saya menyiapkan projek sarjana muda ini dengan sempurna. Tidak dilupakan kepada
Ustaz Abdullah Bin Sulong selaku penyelia tesis yang banyak membantu serta
memberi dorongan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh penyelidikan ini. Di sini saya
ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau.
Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan sekalung perhargaan buat
pelajar tahun Empat Fakulti Pendidikan yang bekerjasama dalam menghasilkan tesis
ini, pelajar Akedemi Pengajian Islam (UM), perpustakaan Universiti Kebangsaan
Malaysia, perpustakaan Universiti Malaya dan Perpustakaan Negara.
Tidak dilupakan keluarga tercinta dan rakan-rakan seperjuangan yang sama-
sama berjuang dijalan Allah, serta buat semua yang terlibat secara langsung dalam
membantu menyiapkan tesis ini. Segala sumbangan dan dorongan kalian tidak akan
dilupakan dan semoga diberkati oleh Allah SWT, Insya Allah. Akhir kata, terima
kasih atas semua yang terlibat dalam menjayakan penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap
pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang berkualiti dalam diri
pelajar serta mengkaji faktor-faktor yang mempunyai hubungan dengan
pembangunan modal insan tersebut. Antara faktor-faktornya ialah faktor keluarga,
faktor rakan sebaya, faktor keilmuan, faktor persekitaran dan faktor undang-undang.
Responden kajian ini adalah pelajar tahun 4 Fakulti Pendidikan, UTM sesi
2008/2009 iaitu seramai 143 pelajar. Satu set soal selidik yang mengandungi 54 item
telah diedarkan kepada responden. Analisis deskriptif dibuat untuk mendapatkan
nilai kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science version 12.0 for Windows. Ia juga dianalisis secara
statistik inferensi dengan menggunakan korelasi Pearson untuk melihat hubungan
antara pembangunan modal insan di kalangan pelajar dengan faktor-faktor yang
dikaji. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha 0.841. Secara
keseluruhannya, analisis menunjukkan bahawa persepsi dan ciri-ciri modal insan
dalam diri responden berada pada tahap nilai min yang tinggi iaitu 4.372 dan 4.199.
Manakala faktor keluarga, rakan sebaya, keilmuan, dan persekitaran berada pada
tahap nilai min yang tinggi iaitu masing-masing 4.33, 4.172, 4.392, 3.941 dan faktor
undang-undang pada tahap sederhana iaitu 3.478. Dapatan kajian menunjukkan
terdapat hubungan yang signifikan antara pembangunan modal insan di kalangan
pelajar dengan faktor keilmuan iaitu r = 0.652, faktor rakan sebaya iaitu r = 0.597,
faktor keluarga iaitu r = 0.486, faktor persekitaran r = 0.459 dan faktor undang-
undang iaitu r = 0.199. Beberapa cadangan dikemukakan bagi penambahbaikan hasil
daripada rumusan kajian.
vi
ABSTRACT
The aim of this research is to identify the student’s perceptions towards the
development of human capital and characteristics of human capital among the
students and examine the factors that have relationship the above characteristics.
The factors are family, peers, knowledge, surroundings and legislatives. The
respondents of this research are the year four students of Faculty of Education, UTM
Skudai studies for the 2008/2009 session which consist of 143 students. A set of
questionnaire comprising 54 questions were distributed to the respondents. The
descriptive analysis was carried out to find the frequency, percentage and mean by
using the Statistical Package for Social Science version 12.0 for Windows. The data
was also analyzed according by using Pearson correlation inference statistic to
determine the relation between the development of human capital with factors
affecting them in doing so. Pilot research showed that Cronbach’s Alpha 0.841.
Overall, the analysis showed that the respondents carried out the students perceptions
towards the development of human capital and characteristics of human capital
among the students were at highest level, of mean that is 4.372 and 4.199. Whereas
family factor, peer factor, knowledge factor, surroundings factor were at highest
level, of mean that is 4.33, 4.172, 4.392, 3.941 and legislatives factor were at
moderate level is 3.478. The findings of this research showed that there were
significant relations between development of human capital among the students and
knowledge factor r = 0.652, peer factor r = 0.597, family factor r = 0.486,
surroundings factor r = 0.459 and legislatives factor r = 0.199. Suggestions had been
confronted in order to improve the revenue from the overall research.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI AYAT AL-QURAN xvi
SENARAI HADIS xvii
SENARAI SINGKATAN viii
SENARAI SIMBOL xx
SENARAI LAMPIRAN xxi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
viii
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 9
1.9 Definisi Istilah 10
1.9.1 Faktor 10
1.9.2 Hubungan 10
1.9.3 Pembangunan 11
1.9.4 Modal Insan 11
1.9.5 Persepsi 12
1.9.6 Undang-undang 12
1.10 Penutup 13
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Makna Pembangunan Modal Insan 14
2.3 Pembangunan Modal Insan Menurut Islam 15
2.4 Al-Quran Penjana Modal Insan 18
2.4.1 Al-Quran Melahirkan Insan Yang Beriman
Dan Bertakwa 19
2.4.2 Al-Quran Melahirkan Insan Yang
Berakhlak Mulia 20
2.4.3 Al-Quran Membentuk Insan Yang
Berilmu Pengetahuan, Cintakan
Penerokaan Ilmu dan Berkemahiran
ix
Menggunakan Ilmu 21
2.4.4 Al-Quran Melahirkan Kepimpinan
Berkualiti 23
2.5 Pembangunan Modal Insan Di Malaysia 24
2.6 Faktor-Faktor Yang Mempunyai Hubungan
Dengan Pembangunan Modal Insant 25
2.6.1 Faktor Keluarga 26
2.6.2 Faktor Rakan Sebaya 28
2.6.3 Faktor Keilmuan 30
2.6.4 Faktor Persekitaran 32
2.6.5 Faktor Undang-Undang 33
2.7 Kajian Lepas 35
2.8 Kesimpulan 37
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 38
3.2 Reka Bentuk Kajian 38
3.3 Tempat Kajian 39
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 40
3.5 Instrumen Kajian 42
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 45
3.7 Kajian Rintis 46
3.8 Kajian Sebenar 47
3.9 Analisis Data 47
3.10 Jangka Masa Kajian 50
3.11 Kesimpulan 50
x
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 51
4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 53
4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut
Jantina 53
4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut
Umur 54
4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut
Pekerjaan Bapa 54
4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut
Pekerjaan Ibu 55
4.3 Bahagian B: Analisis Deskriptif 55
4.3.1 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min
Bagi Persesi Pelajar Terhadap
Pembangunan Modal Insan 56
4.3.2 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min
Bagi Ciri-ciri Modal Insan Dalam Diri
Pelajar 58
4.3.2 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min
Terhadap Faktor Keluarga, Faktor Rakan
Sebaya, Faktor Keilmuan, Faktor
Persekitaran dan Faktor
Undang-undang 62
4.3.2.1 Taburan Kekerapan Mengikut
Peratus Dan Min Bagi Faktor
Keluarga 62
4.3.2.2 Taburan Kekerapan Mengikut
Peratus Dan Min Bagi Faktor
Rakan Sebaya 66
xi
4.3.2.3 Taburan Kekerapan Mengikut
Peratus Dan Min Bagi Faktor
Keilmuan 69
4.3.2.4 Taburan Kekerapan Mengikut
Peratus Dan Min Bagi Faktor
Persekitaran 74
4.3.2.5 Taburan Kekerapan Mengikut
Peratus Dan Min Bagi Faktor
Undang-undang 78
4.4 Bahagian C: Analisis Inferensi 84
4.5 Analisis Keseluruhan 87
4.6 Kesimpulan 89
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 90
5.2 Ringkasan Kajian 90
5.3 Perbincangan 91
5.3.1 Latar Belakang Responden 92
5.3.2 Persepsi Pelajar Terhadap Pembangunan
Modal Insan 93
5.3.3 Ciri-ciri Modal Insan Dalam Diri pelajar 94
5.3.4 Persepsi Pelajar Terhadap Faktor Keluarga,
Faktor Rakan Sebaya, Faktor Keilmuan, Faktor
Persekitaran Dan Faktor Undang-Undang
Yang Penting Kepada Pembangunan
Modal Insan 96
a) Faktor Keluarga 96
b) Faktor Rakan Sebaya 99
xii
c) Faktor Keilmuan 101
d) Faktor Persekitaran 103
e) Faktor Undang-undang 104
5.3.5 Maklumat Inferensi 106
5.4 Rumusan 108
5.4.1 Persepsi Pelajar Terhadap
Pembangunan Modal Insan 109
5.4.2 Ciri-ciri Modal Insan Dalam Diri Pelajar 109
5.4.3 Faktor-Faktor Yang Mempunyai
Hubungan Dengan Pembangunan
Modal Insan 110
5.5 Cadangan 111
5.5.1 Peningkatan Ilmu Agama dan
Pemahaman Kepadanya 111
5.5.2 Mengambil Berat Dalam Memilih
Rakan 112
5.5.3 Memperkukuhkan Institusi Keluarga 112
5.5.4 Mengawal Persekitaran Masa Kini. 113
5.5.5 Mengemaskini Undang-undang Dan
Memperketatkan Pelaksanaannya. 114
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 114
5.7 Kesimpulan 115
BIBLIOGRAFI 116
LAMPIRAN
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Spesifikasi sampel mengikut kursus 40
3.2 Maklumat setiap bahagian, jenis konstruk dan
jumlah item dalam soal selidik 44
3.3 Pengkelasan skala Likert 44
3.4 Pengelasan Maklum Balas 45
3.5 Penggunaan kaedah statistik mengikut pecahan
objektif kajian 48
3.6 Nilai skor min 48
3.7 Klasifikasi kekuatan korelasi 49
4.1 Taburan responden mengikut jantina 53
4.2 Taburan responden mengikut umur 54
4.3 Taburan responden mengikut pekerjaan bapa 54
4.4 Taburan responden mengikut pekerjaan ibu 55
4.5 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 1 56
4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 2 57
4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 3 57
4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 4 58
4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 5 58
4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 6 59
4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 7 59
4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 8 60
4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 9 61
4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 10 61
xiv
4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 11 62
4.16 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 12 62
4.17 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 13 63
4.18 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 14 63
4.19 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 15 64
4.20 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 16 64
4.21 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 17 65
4.22 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 18 65
4.23 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 19 66
4.24 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 20 66
4.25 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 21 67
4.26 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 22 67
4.27 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 23 68
4.28 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 24 68
4.29 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 25 69
4.30 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 26 69
4.31 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 27 70
4.32 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 28 70
4.33 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 29 71
4.34 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 30 71
4.35 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 31 72
4.36 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 32 72
4.37 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 33 73
4.38 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 34 74
4.39 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 35 74
4.40 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 36 75
4.41 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 37 75
4.42 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 38 76
4.43 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 39 76
4.44 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 40 77
xv
4.45 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 41 77
4.46 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 42 78
4.47 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 43 79
4.48 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 44 79
4.49 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 45 80
4.50 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 46 80
4.51 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 47 81
4.52 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 48 82
4.53 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 49 82
4.54 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 50 83
4.55 Hubungan antara pembangunan modal insan dengan
faktor keluarga 84
4.56 Hubungan antara pembangunan modal insan dengan
faktor rakan sebaya 85
4.57 Hubungan antara pembangunan modal insan dengan
faktor keilmuan 86
4.58 Hubungan antara pembangunan modal insan dengan
faktor persekitaran 86
4.59 Hubungan antara pembangunan modal insan dengan
faktor undang-undang 87
4.60 Nilai min bagi keseluruhan konstruk item 88
4.61 Keputusan korelasi 88
5.1 Keputusan korelasi 106
xvi
SENARAI AYAT AL-QURAN
SURAH MUKA SURAT
Surah Al-Ahzab 16
Surah Yusuf 18
Surah Al-Ahqaf 19
Surah Al-Insyiraah 20
Surah Al-Qalam 21
Surah Al-Mujadalah 22
Surah Al-Zumar 22
Surah Al-Furqan 29
Surah Al-A’laq 31
Surah Az-Zumar 32
Surah An-Nisa’ 34
xvii
SENARAI HADIS
HADIS RIWAYAT MUKA SURAT
Bukhari 27
Tarmizi 29
Tarmizi 99
xviii
SENARAI SINGKATAN
Bil. Bilangan
Ha Hipotesis alternatif
Ho Hipotesis nol
JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
KS Kurang Setuju
No. Nombor
PMI Pembangunan Modal Insan
PPIPS Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
RMK9 Rancangan Malaysia ke-9
R&D Research and Development
S Setuju
s.a.w. sallallahu ’alaihi wasallam
SPSS Statistical Package for Social Science
SPA Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPE Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
SPJ Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
SPH Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPP Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
SPT Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
SPK Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
SPF Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Fizik)
SPM Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Matematik)
SPC Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Kimia)
SPN Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Sains)
SPS Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Sains Sukan)
xix
SPL Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Tesl)
SPI Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SS Sangat Setuju
STPM Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
STS Sangat Tidak Setuju
S.W.T. Subhanahu Wa Ta’ala
ICT Information and Communication Technology
IPT Institut Pengajian Tinggi
IPTA Institut Pengajian Tinggi Awan
IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta
TS Tidak Setuju
TV Televisyen
UTM Universiti Teknologi Malaysia
VCD Video Compact Disk
YAB Yang Amat Berhormat
xx
SENARAI SIMBOL
% Peratus
n Jumlah Bilangan
r Pekali Korelasi
x Pemboleh ubah bebas
y Pemboleh ubah bersandar
xxi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA
LAMPIRAN A SOAL SELIDIK
LAMPIRAN B NILAI ALPHA BAGI KAJIAN
RINTIS DAN NILAI KORELASI
BAGI KAJIAN SEBENAR
LAMPIRAN C SURAT KEBENARAN FAKULTI
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pembangunan modal insan (PMI) ataupun sebelumnya dikenali sebagai
sumber manusia adalah perkara yang diberi penekanan oleh pihak kerajaan dan
Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). Ianya menjadi satu keperluan masa kini kerana
dalam konteks ekonomi berasaskan pengetahuan manusia merupakan fokus utama.
Manusia dengan segala potensi yang terdapat dalam dirinya atau yang dikenali
sebagai modal atau aset perlu dikembangkan dan digerakkan untuk mencapai segala
tujuan atau matlamat yang diinginkan. Begitu juga ianya perlu dinilai bagi
mempastikan segala tujuan atau matlamat yang diwujudkan dilaksanakan dengan
sempurna dan jayanya. Dalam pada itu, perbincangan tentang modal insan juga telah
membuka satu perspektif baru apabila ianya turut dilihat dari sudut yang terdapat
pada ajaran islam.
Penekanan dalam konteks pembangunan modal insan adalah penting dalam
membangunkan sesebuah negara kerana modal insanlah yang akan menentukan
kejayaan atau kegagalan pencapaian sesuatu wawasan negara. Dalam hal ini,
manusia sendirilah yang wajar dan penting untuk dibangunkan supaya dapat menjadi
aset kepada negara sebagai modal insan yang berkualiti. Antara ciri-ciri modal insan
2
yang berkualiti yang ditekankan adalah dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan dan
keupayaan diri, mengukuhkan ilmu sains, R&D serta inovasi dan yang paling utama
adalah mempunyai kekuatan moral atau sahsiah serta spiritual.
Proses pembentukan sahsiah ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti ciri-
ciri biologi yang diwarisi, persekitaran fizikal dan budaya (Siti fatimah, 1993:5).
Begitu juga menurut Ee Ah Meng (1997:136) yang menyatakan proses membentuk
sahsiah adalah dipengaruhi oleh baka dan keturunan dalam ( Mohd ismail Mustari
2007:113).
Menurut Amini Amir Abdullah ( 2006:3), insan juga diperlengkapkan dengan
nafsu syahwat dan akan menempuh dengan godaan syaitan. Amalan perlu dilakukan
dengan ikhlas secara berterusan. Insan perlu mengetahui apa tujuan kewujudan
manusia, fungsi dan peranan manusia dilahirkan di dunia dan hala tuju terakhir
manusia. Dalam pembentangan RMK9 oleh YAB Perdana Menteri, tidak kurang 18
kali beliau menggunakan kalimah keramat “insan” yang disosialisasikan dengan
istilah modal, pembangunan dan kemajuan. Ini mengingatkan kita betapa besarnya
signifikan insan itu sebagai pemacu dalam pembangunan negara.
Apa yang menjadi kebimbangan di sini kurangnya ciri-ciri modal insan di
kalangan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Swasta
(IPTS). Mahasiswa merupakan golongan terpelajar dan berpendidikan tinggi yang
bakal mengambil alih tampuk pimpinan negara. Tambahan pula sebagai pelajar
fakulti pendidikan yang akan mengajar anak bangsa dan akan menjadi role-model
kepada anak murid perlu menjadi insan berkualiti terlebih dahulu sebelum mendidik
anak bangsa menjadi insan berkualiti.
Guru memainkan peranan yang cukup luas dalam mencorakkan
perkembangan nilai dalam pembangunan sekolah. Selain pengaruh dan latar
belakang sosiobudaya dan etnik guru yang berbeza, guru juga menganut pelbagai
3
kefahaman, pandangan dan pemikiran yang mempengaruhi pelajar di sekolah dari
semasa ke semasa. Pengaruh guru dalam kehidupan dan perkembangan nilai boleh
dikatakan tiada batasan. Guru-guru yang berpengaruh dan berkesan menjadi role-
model kepada pelajar (Abd Rahim Abd Rashid, 2001:144).
Oleh yang demikian, kajian terhadap pembangunan modal insan di kalangan
pelajar fakuti pendidikan di perlukan serta kajian terhadap faktor-faktor yang
mempunyai hubungan dengan pembangunan modal insan di kalangan pelajar fakulti
pendidikan juga di rasakan amat perlu.
1.2 Latar Belakang Masalah
Melalui kajian, maklumat yang diperolehi menunjukkan kebanyakan remaja
Melayu kurang daya tahan, lemah dengan pujukan rakan serta mudah dipengaruhi
oleh rakan sebaya. Selain itu, psikologi remaja yang ingin mencuba atau meniru
sesuatu yang baru tanpa memikirkan natijahnya juga adalah salah satu faktor
runtuhnya nilai sahsiah di kalangan remaja muslim. Di samping itu juga, kurangnya
kesedaran dan didikan agama menjadi punca utama kegawatan akhlak dan
penglibatan remaja dalam kegiatan jenayah. Institusi keluarga yang rapuh juga
memberikan impak negatif sekaligus menyebabkan remaja bertindak melakukan
sesuatu untuk melepaskan emosi dan perasaan mereka. Apa yang menyedihkan kita
hari ini, sebahagian remaja sanggup menjual maruah dan membuang nilai-nilai
agama demi memburu kemewahan dan kecintaan duniawi
Masalah akhlak dan moral bukan hanya berlaku pada remaja yang tidak
berpendidikan tinggi malah telah melibatkan pelajar Institut pengajian tinggi
sebagaimana fenomena Sufiah Yusof, pelajar pintar dari Universiti Oxford yang
dikatakan tergelincir akhlaknya sebenarnya sudah lama menjalar di kalangan pelajar
4
di kampus negara ini. Sesetengah mereka cemerlang dan baik ketika di sekolah,
namun tewas ketika di universiti. Ada yang bertukar watak dan perangai hingga
merisaukan ibu bapa di kampung. Ada yang beranggapan universiti sebagai jalur
sempadan memisahkan keperluan mendalami bidang akademik dan agama. Bagi
mereka ilmu fardu ain berhenti setakat zaman sekolah dan di universiti mula belajar
ilmu fardu kifayah ( Berita harian, 5 April 2008 )
Tambahan lagi keluarga hari ini mempunyai pelbagai kemudahan sosial dan
budaya yang disalurkan melalui televisyen, VCD, majalah, buku cerita, radio, telefon
bimbit, internet dan kemudahan lain yang disalurkan. Ia bukan sekadar maklumat
bagi memperolehi hiburan dan pengetahuan tetapi juga mencorakkan tingkahlaku
sosial, budaya, perkembangan personaliti dan seterusnya memperkasakan kendiri
individu sama ada ke arah positif atau sebaliknya. (Mohd Ismail Mustari 2007: 160)
Menurut Abdullah Naseh Ulwan (1988:152) dalam Mohd Ismail Mustari
(2007: 160) menyatakan pengaruh media massa seperti media cetak dan elektronik
juga adalah punca yang menyebabkan akhlak belia pincang dan rosak. Belia kini
lebih berminat menonton televisyen, mendengar radio, berinteraksi dengan komputer
sama ada bermain ‘game’ komputer atau melayari internet daripada bersemuka
dengan ibu bapa dan ahli keluarga. Keasyikan ini juga menyebabkan pelajaran, kerja
rutin harian dan tanggungjawab terabai.
Malah lebih hebat lagi bagi remaja Islam yang menghina agama dan murtad
seperti yang dijelaskan dalam Utusan Malaysia 25 Julai 2001 berkaitan dengan
kumpulan Black Metal, Conquer Peace dan lain-lain. Wujudnya budaya baru yang
negatif itu adalah petanda bahawa telah berlakunya ketandusan nilai diri di kalangan
remaja. ( Mohd Yusof Ahmad 2003:138)
Sesetengah remaja pada hari ini juga kurang berminat kepada ilmu yang
mendatangkan kebaikan sebaliknya lebih berminat kepada pengetahuan yang tidak
5
membawa faedah. Sesetengah golongan pula sanggup menggunakan ilmu dan
potensi serta kemahiran yang ada pada diri dalam melakukan perkara yang
menyalahi agama dan undang-undang. Terdapat setengah yang lain lebih sukakan
hiburan berbanding memperkembangkan ilmu yang ada dan menambah ilmu yang
lain untuk kegunaan di masa akan datang.
Tambahan lagi menurut Abd Rahim Abd Rashid (2004:7), etika dan moral
yang rendah dalam kehidupan keluarga menyebabkan tingkahlaku golongan remaja
yang dihasilkan adalah buruk, tidak berdisiplin, tidak bermoral dan mempunyai
kelemahan dan kepincangan personaliti yang amat besar. Remaja seperti ini akan
membesarkan sebagai ‘sampah masyarakat’ yang menimbulkan banyak masalah
kepada masyarakat dan negara.
Terdapat pelbagai masalah yang perlu dihadapi bersama dalam pembangunan
modal insan ini. Oleh itu, segenap lapisan masyarakat perlu sedar akan kepincangan
ini yang akan menyebabkan pembangunan modal insan yang diwar-warkan akan
bertukar menjadi keruntuhan modal insan. Belia pada hari ini penentu kepada belia
akan datang kerana belia hari inilah yang akan menukar kepimpinan dan
menerajuinya.
1.3 Pernyataan Masalah
Allah menciptakan manusia dalam keadaan sempurna. Segala yang pincang
dalam usaha mengembalikan manusia ke martabat yang dianugerahkan Allah, adalah
kesilapan manusia sendiri. Manusia perlu mengambil iktibar, pengajaran dan
pengalaman daripada umat dahulu dan generasi awal supaya mereka tidak
mengulangi kesilapan itu. Apabila ditinjau dan dihalusi sirah terdahulu, umat islam
6
berjaya kerana mereka mampu memaksimumkan segala kekuatan yang
dianugerahkan Allah dalam hidup mereka.
Setiap insan belia perlu faham cara mengurus hidup secara professional
daripada perspektif islam ialah apabila kita melakukan setiap perkara, ianya tidak
bertentangan dengan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah. Islam juga mengarahkan
umatnya bukan sekadar berjaya di akhirat malah berjaya di dunia. Oleh itu, sebagai
seorang umat Islam kita perlu berusaha meningkatkan kehidupan supaya menjadi
orang yang berjaya agar dapat membina ketamadunan cemerlang. Kecemerlangan
individu amat diperlukan kerana dari individu akan membentuk keluarga dan
seterusnya membentuk masyarakat dan negara.
Setiap individu juga perlu memaksimumkan potensi minda bagi melahirkan
suatu yang cemerlang dan berkualiti. Perkara ini sudah dibuktikan pada zaman
sahabat, tabiin, pengikut tabiin dan ulama salaf seperti Ali bin Abi Talib, Fatimah al-
Zahra binti Muhammad, Imam Syafie, Al-Biruni, Ibnu Sina dan lain-lain lagi.
Minda juga perlu diselenggara agar selaras dengan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah
supaya tidak terkeluar daripada landasan agama sebagaimana cara berfikir yang
rosak.
Pembangunan individu inilah yang sedang di war-warkan oleh kerajaan
Malaysia dalam matlamatnya untuk menuju wawasan 2020 iaitu dalam
pembangunan modal insan. Pelajar IPT merupakan belia yang tergolong dalam
modal insan yang ingin dibangunkan. Masalahnya kurangnya akhlak dan modal
insan dalam diri pelajar, jadi pengkaji ingin mengenal pasti ciri modal insan yang ada
dalam diri pelajar dan mengenal pasti faktor yang mempunyai hubungan dengan
pembangunan modal insan terhadap pelajar kerana pelajar IPT dan belia merupakan
aset negara yang tidak ternilai harganya.
7
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mempunyai hubungan dengan pembangunan modal insan di kalangan pelajar fakulti
pendidikan. Objektif kajian adalah seperti berikut :
1.4.1 Melihat persepsi pelajar terhadap pembangunan modal insan.
1.4.2 Mengenal pasti ciri-ciri modal insan dalam diri pelajar.
1.4.3 Untuk melihat hubungan di antara faktor keluarga, faktor rakan sebaya,
faktor persekitaran, faktor keilmuan dan faktor undang-undang dengan
pembangunan modal insan.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan perbincangan objektif di atas, persoalan kajian ini adalah:
1.5.1 Apakah persepsi pelajar terhadap pembangunan modal insan..
1.5.2 Apakah ciri-ciri modal insan yang baik dalam diri pelajar.
1.5.3 Adakah terdapat hubungan di antara faktor keluarga, faktor rakan sebaya,
faktor persekitaran, faktor keilmuan dan faktor undang-undang dengan
pembangunan modal insan.
8
1.6 Hipotesis kajian.
Untuk menjawab persoalan adakah terdapat hubungan di antara faktor
keluarga, rakan sebaya, persekitaran, keilmuan dan undang-undang dengan
pembangunan modal insan dalam kalangan pelajar fakulti pendidikan UTM Skudai,
beberapa hipotesis telah dibentuk sebagaimana berikut:
Ha 1: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor keluarga dengan
pembangunan modal insan di kalangan pelajar.
Ha 2: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor rakan sebaya dengan
pembangunan modal insan di kalangan pelajar.
Ha 3: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor persekitaran dengan
pembangunan modal insan di kalangan pelajar.
Ha 4: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor keilmuan dengan
pembangunan modal insan di kalangan pelajar.
Ha 5: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor undang-undang dengan
pembangunan modal insan di kalangan pelajar.
1.7 Kepentingan Kajian
Pengkaji sangat berharap agar kajian yang dilakukan ini dapat dimanfaatkan
oleh pihak-pihak tertentu. Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa
kepentingan yang ingin disampaikan iaitu:
9
1.7.1 Mengetahui faktor-faktor yang membantu penerapan modal insan di
kalangan pelajar
1.7.2 Membantu mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar fakulti
pendidikan itu sendiri memandangkan mereka keluar sebagai
pendidikan dan bertanggungjawab membentuk anak didik agar
menjadi modal insan yang diharapkan negara.
1.7.3 Membantu meningkatkan sambutan mahasiswa kampus terhadap
program-program keilmuan, kemantapan rohani yang di anjurkan
oleh pihak tertentu.
1.7.4 Sebagai langkah untuk menjayakan pembangunan modal insan.
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan di kampus induk Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Skudai, Johor. Kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan
di Universiti Teknologi Malaysia kampus Skudai sahaja tanpa melibatkan fakulti-
fakulti lain dan pelajar dari mana-mana institut pengajian tinggi yang lain. Ini kerana
penyelidik merupakan salah seorang penuntut di UTM dan memudahkan penyelidik
untuk mendapatkan responden. Secara tidak langsung dapat menjimatkan masa serta
kos penyelidikan. Kajian ini juga hanya melibatkan pelajar perdana tahun empat
bagi semua kursus di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia tanpa
membabitkan pelajar tahun satu, dua, tiga, lima dan SPACE. Hasil kajian terbatas
kepada sampel yang dikaji sahaja.
Kajian ini juga hanya terbatas kepada pembangunan modal insan yang
terdapat dalam diri pelajar tahun 4 fakulti pendidikan, UTM iaitu melibatkan empat
10
perkara utama dalam ciri modal insan seperti akhlak dan moral, peningkatan ilmu
pengetahuan, kefahaman agama serta penguasaan ICT. Kajian ini juga terbatas
hanya kepada lima faktor sahaja yang mempunyai hubungan dengan pembangunan
modal insan di kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan, UTM iaitu faktor
keluarga, faktor rakan sebaya, faktor persekitaran, faktor keilmuan dan faktor
undang-undang.
1.9 Istilah/Takrif
1.9.1 Faktor
Menurut kamus dewan (1998:348) faktor adalah unsur atau sebab yang
menyumbang kepada sesuatu hasil.
Tumpuan kajian ini adalah untuk melihat faktor-faktor yang mempunyai
hubungan dengan pembangunan modal insan di kalangan pelajar tahun 4 fakulti
pendidikan, UTM. Faktor-faktor yang akan dibincangkan adalah faktor keluarga,
faktor rakan sebaya, faktor persekitaran, faktor keilmuan dan faktor undang-undang.
1.9.2 Hubungan.
Kamus Dewan (1998:466), mendefinisikan hubungan sebagai sambungan,
rangkaian atau hasil berhubung atau kaitan, pertalian dan sangkut paut.
11
Hubungan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah hubungan di antara
pembangunan modal insan di kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan, UTM
dengan faktor-faktor yang penting kepada pembangunan modal insan tersebut.
Antara faktor-faktornya ialah faktor keluarga, faktor rakan sebaya, faktor
persekitaran, faktor keilmuan dan faktor undang-undang.
1.9.3 Pembangunan
Kamus Dewan (1998:103), mendefinisikan perihal membangun, proses
membangun (mencapai kemajuan, perkembangan, dan juga didefinisikan sebagai
usaha atau kegiatan membangunkan).
Manurut Abd Rahman bin Ahmad (2006:57) mendefinisikan pembangunan
modal insan ialah menuntut satu tingkatan usaha dan kerja yang terbaik yang mesti
dilakukan oleh setiap manusia. Ianya menuntut manusia melakukan kerja dengan
penuh kesedaran dan bertanggungjawab dalam usaha untuk mempertingkatkan
produktiviti atau hasil yang diinginkan.
1.9.4 Modal insan.
Kamus dewan (1998:894) mendefinisikan modal sebagai wang atau harta
benda yang dipergunakan sebagai pangkal atau pokok untuk berniaga atau sesuatu
yang digunakan untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu yang lain. Modal juga
turut didefinisikan sebagai buah fikiran atau idea. Manakala perkataan insan
12
didefinisikan sebagai makhluk yang diciptakan oleh Allah yang tidak terlepas
daripada kealpaan.
Menurut Abd Rahman Bin Ahmad (2006:21) modal insan dalam perspektif
Islam ialah satu keunggulan keperibadian yang dimiliki oleh manusia (penguasaan
ilmu pengetahuan, kemahiran yang tinggi dan akhlak yang mulia) dalam konteks
melaksanakan tugas dan tanggungjawab bersama yang diamanahkan bagi
meningkatkan kemakmuran bagi manusia dan alam seluruhnya.
1.9.5 Persepsi
Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga (1998:1025), persepsi ialah gambaran
atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi
pancaindera), tanggapan.
1.9.6 Undang-undang.
Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga (1998:1519), undang-undang merupakan
sesuatu atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti
dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan.
Shamsul Iskandar Akin (2006) menyatakan makna undang-undang ini pula
adakalanya ditafsirkan oleh negara (melalui cabang kehakiman) dan adakalanya
13
terbit dari fahaman dan keyakinan individu sendiri terhadap naratif samawi (iaitu apa
yang dianjurkan oleh kitab-kitab suci Injil, Taurat, Zabur dan al-Quran).
1.10 Penutup
Pembangunan modal insan merupakan tunggak utama dalam mencapai
kejayaan sesebuah negara kerana insanlah bertanggungjawab untuk mengubah
sesebuah negara menjadi lebih baik. Bagi melahirkan insan yang merupakan modal
insan yang berkualiti atau modal insan kelas pertama banyak cabaran dan juga
halangannya. Terdapat banyak faktor utama yang mempunyai kaitan rapat dengan
berjaya atau tidak untuk melahirkan insan yang berkualiti.
Bagi melahirkan insan yang berkualiti ini semua pihak mempunyai
tanggungjawab masing-masing dan bukan hanya diserahkan kepada pihak tertentu
sahaja. Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan pembangunan modal insan ini.
Justeru pada bab yang seterusnya penyelidik akan menjelaskan dengan lebih
terperinci berkenaan pembangunan dari sudut hubungannya dari beberapa faktor
yang telah di tetapkan iaitu faktor keluarga, rakan sebaya, persekitaran dan keilmuan
serta faktor undang-undang.