Upload
nguyendang
View
243
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PSI 19: 16 (Pind. 1/07)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
DECLARA'nON OF THESIS I UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT
FAKHRUL ANWAR BIN KHALILAuthor's full name :
11 MAC 1983Date of birth
KESAN KECERGASAN KARDIOVASKULAR DAN DAYA TAHAN Title
OTOT KAKI MELALUI LATIHAN SIMULASI HAJI DAN UMRAH
200812009Academic Session:
I declare that this thesis is classified as :
D CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*
D RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organization where research was done)*
GJ OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open access (full text)
I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows:
1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia. 2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the purpose
of research only. 3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.
Certified by :
SIGNATURE
830311-01-5107
(NEW Ie NO. /PASSPORT NO.)
SIGNATURE OF SUPERVISOR
PM DR ABDUL HAFIDZ BIN HAJI OMAR
NAME OF SUPERVISOR
Date : 5 MAY 2009 Date: 5 MAY 2009
NOTES * If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED. please attach with the letter from the organization with period and reasons for confidentiality or restriction.
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)".
Tandatangan -~ Nama Penyelia : PM Dr Abdul Hafidz B. Hj Omar
Tarikh : ~.~1.~~I..~.~.0.~t .
KESAN KECERGASAN KARDIOVASKULAR DAN DAYA TAHAN OTOT KAKI MELALUI LATIHAN SIMULASI HAJI DAN UMRAH
FAKHRUL ANWAR BIN KHALIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mei 2009
III
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbemya"
Tandatangan : ~.: .
Nama Penulis : FAKHRUL ANWAR BIN KHALIL
Tarikh : q.?.r.~.~1.:~.~.~ ..
iv
DEDIKASI
Terima kasih yang tidak terhingga......
Tuhanku, Dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar rahmat-Mu,
Tanpa-Mu aku takkan bisa berdiri.
Ibu, ayah dan adik-adikku, Untuk kasih sayang dan dorongan yang tidak berbelah bagi,
Dan hati yang tidak pernah lupa berdoa untukku.
Pensyarah-pensyarahku, Untuk nasihat dan tunjuk ajar yang sentiasa menerangi perjalananku,
Ilmu yang kalian curahkan sungguh tidak ternilai harganya.
Teman seperjuangan, Kerana memahamiku dan kesetiaan yang kuterima,
Serta dalamnya kepercayaan yang kalian berikan kepadaku.
Teman hidupku, Untuk setiap patah kata yang memberi inspirasi,
Kasih sayang dan perhatian yang sentiasa mengiringiku.
Dan semua yang membantu, Untuk segala jenis bantuan tidak kira dalam sedar mahupun tidak,
Dan keikhlasan yang diberikan kepadaku.
v
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Setinggi-tinggi
kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya saya
dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ( PSM ) bagi membolehkan saya bergelar
graduan kelak.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada penyelia
saya iaitu Prof. Madya. Dr. Abdul Hafidz bin Haji Omar di atas bimbingan, nasihat,
tunjuk ajar dan dorongan yang telah diberikan sepanjang tempoh penyelidikan ini.
Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah-pensyarah Sains Sukan yang
lain dan pegawai penyelidik di Fakulti Pendidikan, Khairuddin Hasan kerana banyak
membantu saya memberikan maklumat yang saya perlukan.
Penghargaan ini juga ditujukan buat kedua orang tua saya yang memahami
situasi saya semasa menyiapkan kajian ini dan teman-teman seperjuangan yang banyak
memberi bantuan dan dorongan serta berkongsi pendapat membantu saya secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini. Terima kasih
untuk semua.
Akhir kata, semoga apa yang kita lakukan akan diberkati oleh-Nya
Wassalam.
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur dan membuat perbandingan
kesan latihan menggunakan Simulasi Bakal Haji dan Umrah terhadap kecergasan
kardiovaskular dan daya tahan otot kaki. Seramai 10 orang subjek telah dipilih secara
rawak dikalangan pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor sebagai subjek
kajian. Subjek tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen
(n=5) dan kumpulan kawalan (n=5). Ujian larian 2.4 kilometer dilakukan terhadap subjek
sebelum dan selepas menjalani latihan simulasi bagi mengukur tahap kecergasan
kardiovaskular subjek manakala ujian Wall Squat dijalankan terhadap subjek bagi
mengukur tahap daya tahan otot kaki sebelum dan selepas menjalani latihan. Semua data
dan maklumat yang diperolehi telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan
program Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 11.5.0 dan Microsoft Excel
2003. Data dianalisa menggunakan Paired Sample T-Test pada tahap signifikan p<0.05
untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perubahan yang
signifikan bagi tahap kecergasan kardiovaskular p=0.007,dan daya tahan otot kaki
p=0.003 bagi kumpulan eksperimen di mana aras p lebih rendah dari aras signifikan yang
ditetapkan iaitu p<0.05. Manakala tidak terdapat perubahan yang signifikan bagi tahap
kecergasan kardiovaskular p=0.248, dan daya tahan otot kaki p=0.646 bagi kumpulan
kawalan di mana nilai p adalah lebih tinggi dari aras signifikan yang ditetapkan iaitu
p<0.05.
vii
ABSTRACT
The purposes of this study was to measure and compare the effect of training
using Hajj and Umrah Simulation program on cardiovascular fitness and leg muscle
endurance. 10 peoples have randomly selected among Universiti Teknologi Malaysia
students to be the research subjects. The subjects are divided into experiment group (n=5)
and controlled group (n=5). The 2.4 kilometer run test was conducted to the subjects
before and after undergoes training using Hajj and Umrah Simulation to measure the
level of cardiovascular fitness while Wall Squat test is conducted to the subject before
and after training using Hajj and Umrah Simulatian to measure the level of leg muscle
endurance. All the data concerning this study were processed using the Statistical
Package for Social Science (SPSS) program version 11.5.0 and Microsoft Excel 2003.
Data were analyzed using Paired Sample T-Test at a significant level p<0.05 to test the
hypothesis of this study. The result shows that there is a significant difference to
cardiovascular fitness level p=0.007 and leg muscle endurance p=0.003 for the
experiment group where the p value is lower than significant level p<0.05. While there is
no significant difference for the level of cardiovascular fitness p=0.248 and leg muscle
endurance p=0.646 for the controlled group where the p value is greater than significant
level p<0.05.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Hipotesis Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Limitasi Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 8
1.9 Penutup 10
ix
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Haji 12
2.3 Tawaf 17
2.4 Saie 18
2.5 Melontar di Ketiga-Tiga Jamrah 19
2.4 Penutup 20
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 22
3.2 Reka Bentuk Kajian 22
3.3 Sampel Kajian 23
3.4 Tempat Kajian 24
3.5 Prosedur Kajian 24
3.6 Program Latihan 26
3.7 Prosedur Ujian 26
3.8 Analisis Data 27
3.9 Pentadbiran ujian 28
3.10 Penutup 28
BAB 4 PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan 29
4.2 Analisis Deskriptif 30
4.3 Analisis Inferensi 39
4.4 Penutup 41
x
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 42
5.2 Perbincangan 43
5.3 Rumusan Persoalan Kajian 47
5.4 Penerimaan Dan Penolakan Hipotesis 49
5.5 Kesimpulan 54
5.6 Rumusan 55
5.70 Masalah dihadapi 55
5.8 Cadangan 56
5.9 Penutup 57
RUJUKAN 59-61
LAMPIRAN 62-68
xi
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA SURAT
4.1 Nilai min kadar nadi rehat, kadar nadi biasa dan kadar
nadi latihan sebelum dan selepas mengikuti program latihan
bagi kumpulan eksperimen 30
4.2 Nilai min kadar nadi rehat, kadar nadi biasa dan kadar
nadi latihan sebelum dan selepas mengikuti program latihan
bagi kumpulan kawalan 32
4.3 Nilai min VO2max sebelum dan selepas mengikuti program
latihan bagi kumpulan eksperimen 34
4.4 Nilai min VO2max sebelum dan selepas mengikuti program
latihan bagi kumpulan kawalan 35
4.5 Nilai min ujian Wall Squat sebelum dan selepas mengikuti
program latihan bagi kumpulan eksperimen 36
4.6 Nilai min ujian Wall Squat sebelum dan selepas mengikuti
program latihan bagi kumpulan kawalan 37
4.7 Nilai Ujian T menunjukkan perbezaan kadar VO2max
sebelum dan selepas menjalani program latihan bagi
kumpulan eksperimen 39
xii
4.8 Nilai Ujian T menunjukkan perbezaan kadar VO2max
sebelum dan selepas menjalani program latihan bagi
kumpulan kawalan 39
4.9 Nilai Ujian T menunjukkan perbezaan ujian Wall Squat
sebelum dan selepas menjalani program latihan bagi
kumpulan eksperimen 40
4.10 Nilai Ujian T menunjukkan perbezaan ujian Wall Squat
sebelum dan selepas menjalani program latihan bagi
kumpulan kawalan 40
xiii
SENARAI RAJAH
4.1 Perbezaan Nilai min kadar nadi rehat sebelum dan selepas
mengikuti program latihan bagi kumpulan eksperimen 31
4.2 Perbezaan Nilai min kadar nadi sebelum ujian sebelum dan
selepas mengikuti program latihan bagi kumpulan
eksperimen 31
4.3 Perbezaan Nilai min kadar nadi selepas latihan sebelum
dan selepas mengikuti program latihan bagi kumpulan
eksperimen 32
4.4 Perbezaan Nilai min kadar nadi rehat sebelum dan selepas
mengikuti program latihan bagi kumpulan kawalan 33
4.5 Perbezaan Nilai min kadar nadi sebelum ujian sebelum
dan selepas mengikuti program latihan bagi kumpulan
kawalan 33
4.6 Perbezaan Nilai min kadar nadi selepas latihan sebelum
dan selepas mengikuti program latihan bagi kumpulan
kawalan 34
4.7 Perbezaan Nilai min VO2max sebelum dan selepas mengikuti
program latihan bagi kumpulan eksperimen. 35
4.8 Perbezaan Nilai min VO2max sebelum dan selepas mengikuti
program latihan bagi kumpulan kawalan. 36
4.9 Perbezaan Nilai min ujian Wall Squat sebelum dan selepas
xiv
mengikuti program latihan bagi kumpulan eksperimen 37
4.10 Perbezaan Nilai min ujian Wall Squat sebelum dan selepas
mengikuti program latihan bagi kumpulan kawalan 38
5.1 Lengkungan taburan - t (Kawasan penerimaan dan
penolakan hipotesis) bagi VO2maks kumpulan eksperimen 51
5.2 Lengkungan taburan - t (Kawasan penerimaan dan
penolakan hipotesis) bagi VO2maks kumpulan kawalan 52
5.3 Lengkungan taburan - t (Kawasan penerimaan dan
penolakan hipotesis) bagi ujian Wall Squat kumpulan
eksperimen 53
5.4 Lengkungan taburan - t (Kawasan penerimaan dan
penolakan hipotesis) bagi ujian Wall Squat kumpulan
kawalan 54
xv
SENARAI LAMPIRAN
A Surat Lantikan 62
B Surat Perjanjian 63
C Borang Skor 64
D Jadual Keputusan SPSS VO2maks kumpulan eksperimen 65
E Jadual Keputusan SPSS VO2maks kumpulan kawalan 66
F Jadual Keputusan SPSS ujian Wall Squat kumpulan eksperimen 67
G Jadual Keputusan SPSS ujian Wall Squat kumpulan kawalan 68
H International Lacrosse Federation Referee Fitness Testing Protocols 69
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Ibadah haji adalah rukun Islam yang kelima, wajib dikerjakan oleh umat
Islam yang berkemampuan dari segi kewangan mahupun kesihatan fizikal untuk
sampai ke Baitullah, di Tanah Suci Mekah sekali seumur hidupnya. Perintah wajib
mengerjakan haji termaktub di dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah yang
bermaksud:
Ibadah ini mula diwajibkan kepada umat Islam yang berkemampuan pada
tahun ke-6 Hijrah. Ibadah haji ini dikerjakan dalam bulan Dzulhijjah setiap tahun.
Allah S.W.T telah berfirman,
“dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi
Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa
yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya
dan tidak menghajatkan sesuatu daripada sekalian makhluk.”
(surah Al-Imran, ayat 97).
Allah SWT memfardhukannya ke atas umat Islam supaya ia menjadi
muktamar tahunan Islam, di mana para perwakilan dari seluruh pelosok dunia saling
bertemu, berkenal-kenalan, berhubungan, mempelajari hal ehwal masing-masing,
saling bertukar fikiran dan tolong menolong dalam mencapai wawasan serta
2
memperbaiki kelemahan-kelemahan masing-masing. Muktamar atau pertemuan ini
berlangsung di tempat turunnya wahyu agar umat Islam dapat merasakan persatuan
dan kesatuannya yang merangkumi persaudaraan Islam sedunia di mana mereka
saling melupakan perbezaan bangsa, bahasa atau negara supaya mereka boleh
terbentuk menjadi satu dan bersatu hati.
Untuk melaksanakan ibadah haji, terdapat beberapa rukun dan wajib haji
yang perlu dilakukan dan dipenuhi oleh jemaah haji. Antara rukun dan wajib haji
yang perlu dilakukan adalah seperti tawaf, sai’e, wukuf, menyembelih binatang dan
melontar di ketiga-tiga Jamrah. Tawaf adalah merupakan satu ibadah yang
memerlukan jemaah haji mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali atau 7 pusingan
tanpa henti. Jemaah haji tidak dibenarkan berhenti dipertengahan tawaf sebelum
selesai 7 pusingan. Ini kerana tawaf tidak boleh dikurangkan walau selangkah dan ia
menuntut jemaah berjalan kaki kecuali bagi yang tidak mampu untuk berjalan.
Ibadah saie pula adalah suatu ibadah yang memerlukan jemaah haji untuk
berlari-lari anak di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak 7 kali. Ianya
hampir sama dengan ibadah tawaf, Cuma jemaah haji disunatkan untuk berlari-lari
anak ketika melakukannya. Melontar di ketiga-tiga Jumrah pula adalah ibadah yang
memerlukan jemaah untuk melontar batu di Jumratul Ula, Wusta dan Aqabah.. ia
dilaksanakan pada 10,11,12 dan 13 Dzulhijjah di antara terbit matahari sehingga
gelincir matahari (Zohor).
Untuk menunaikan ibadah ini, para jemaah perlulah bersedia dari beberapa
aspek. Ini termasuklah aspek kecergasan fizikal. Ini kerana perjalanan haji dan
umrah adalah sesuatu yang amat mencabar keupayaan fizikal mereka. Jemaah haji
perlu berjalan berpuluh-puluh kilometer untuk melaksanakan kewajipan agama ini.
Secara anggaran, jemaah yang mempunyai kemudahan pengangkutan seperti bas
perlu berjalan sejauh 36 kilometer, manakala bagi jemaah yang tidak mempunyai
kemudahan ini dan perlu berjalan sepanjang masa, mereka dianggarkan berjalan
sejauh 90 kilometer. Bagaimanakah jemaah haji dapat melaksanakan tugasan ini
dengan baik jika tidak mempunyai kecergasan fizikal yang mantap?
3
Jadi, kecergasan individu dan tubuh badan yang sihat adalah antara syarat
dan persediaan penting yang patut diketahui oleh setiap bakal haji untuk
melaksanakan ibadah ini dengan baik. Persediaan ini haruslah dilakukan sebelum
bertolak lagi oleh bakal-bakal haji. Persediaan ini boleh dilakukan dengan membuat
latihan-latihan tertentu, dan ini pati membantu mereka melaksanakan ibadah haji
dengan lebih sempurna. Kebanyakan bakal haji sejak dari dulu hingga ke hari ini
kurang menekankan aspek kecergasan kerana bagi mereka, tujuan mereka untuk ke
Mekah adalah semata-mata untuk beribadah. Memang tidak dinafikan tujuan utama
pergi menunaikan ibadah haji adalah untuk beribadah kepada Allah, namun tanpa
tubuh yang sihat dan tahap kecergasan yang sepatutnya bagaimanakah bakal haji
dapat melakukan ibadah dengan baik dan sempurna.
1.2 Latar Belakang Masalah
Seringkali kita dengar jemaah haji dan umrah yang mengalami masalah
kecergasan semasa mengerjakan ibadah haji atau umrah. Ini kerana rata-rata bakal
haji dan umrah adalah terdiri daripada mereka yang telah berusia dan mereka yang
jarang melakukan aktiviti kecergasan. Ibadah haji memerlukan kemahiran dan
persediaan yang mencukupi dan perlu dititikberatkan sebelum berangkat pergi.
Untuk melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan ini, bakal-bakal haji perlulah
bersedia dari segi fizikal dan mental.
Masalah yang sering wujud adalah masalah dari segi kemampuan
kecergasan kardiovaskular dan daya tahan otot masing-masing yang akan
menyebabkan cepat penat dan tidak mampu berjalan untuk tempoh yang panjang
dan jarak jauh. Kebanyakan bakal haji kurang mementingkan aspek kecergasan
kerana kebanyakan mereka tidak dapat membayangkan bagaimanakah keadaan
sebenar semasa mengerjakan ibadah haji di Mekah. Bakal-bakal haji tidak sedar
bahawa tanpa kemampuan kecergasan yang baik, mereka akan berhadapan dengan
pelbagai masalah semasa menunaikan ibadah itu. Masalah ini adalah seperti mudah
4
terasa penat dan ini akan mengganggu proses mereka melaksanakan ibadah haji
dengan sempurna.
Kecergasan fizikal bakal haji amat penting dan perlu dititikberatkan sebagai
salah satu persediaan untuk aktiviti ritual ini. Walaupun keutamaan diberi kepada
persediaan dari segi pengetahuan tentang hukum-hukum dan nilai-nilai yang perlu
dipatuhi, aspek kecergasan fizikal tidak boleh diabaikan. Di Malaysia, bakal haji
diberi pendedahan dan pengetahuan tentang maklumat hukum dan nilai melalui
Lembaga Tabung Haji di mana majoriti bakal haji mendaftar untuk menunaikan
kewajipan ini. Malangnya, belum ada mana-mana agensi atau pihak yang
menyediakan kemudahan yang menawarkan pengetahuan atau membimbing bakal-
bakal haji ini dari aspek kecergasan.
Di Malaysia khususnya, masih belum terdapat satu sistem khas yang
berkaitan dengan latihan kecergasan, program pengujian dan penilaian dibangunkan
untuk memberi persediaan kepada sesiapa yang merancang untuk menunaikan
ibadah haji. Sistem ini mestilah mampu untuk menyimpan data-data berkaitan
kecergasan bakal haji selain mampu menyediakan latihan dan penasihatan berkaitan
kecergasan kepada bakal-bakal haji ini. Jadi masih belum ada tempat yang
menawarkan perkhidmatan berkaitan persediaan dari aspek kecergasan kepada
bakal-bakal haji.
Kajian ini dibuat untuk mengetahui kesan latihan menggunakan simulasi haji
dan umrah kepada tahap kecergasan kardiovaskular dan daya tahan otot kaki. Ianya
dapat dilakukan dengan memberikan latihan bagi mempersiapkan diri mereka dari
aspek fizikal, mental dan kemahiran untuk melakukan aktiviti ritual keagamaan ini
menggunakan simulasi haji dan umrah. Kemudian ujian tertentu dijalankan untuk
mengukur tahap kecergasan kardiovaskular dan daya tahan otot kaki. Sua komponen
ini adalah antara komponen penting dalam menentukan kejayaan amalan yang akan
mereka jalankan.
5
Sebagaimana yang kita ketahui, apabila bakal haji itu sihat dan mempunyai
tahap kecergasan yang baik, dia berupaya untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang
sepatutnya dilakukan di dalam ibadah haji dengan baik dan sempurna tanpa rasa
penat yang melampau dan kelesuan. Ini kerana mereka hanya menggunakan tenaga
yang minima dan masih mempunyai tenaga untuk waktu lain atau kecemasan.
1.3 Objektif Kajian
Dalam konteks kajian, beberapa objektif telah dikenalpasti seperti berikut:
1.3.1 Mengenalpasti keberkesanan program latihan menggunakan
Simulasi Bakal Haji dan Umrah terhadap tahap kecergasan
kardiovaskular.
1.3.2 Mengenalpasti keberkesanan program latihan menggunakan
Simulasi Bakal Haji dan Umrah terhadap tahap kekuatan otot
kaki.
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini akan menghuraikan persoalan-persoalan kajian seperti yang berikut:
1.4.1 Adakah berlaku peningkatan tahap kecergasan kardiovaskular
setelah menjalani program latihan menggunakan Simulasi Bakal
Haji dan Umrah?
6
1.4.2 Adakah berlaku peningkatan tahap kekuatan otot kaki setelah
menjalani program latihan menggunakan Simulasi Bakal Haji
dan Umrah?
1.5 Hipotesis Kajian
1.5.1 Ho1= Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min VO2max
setelah menjalani latihan menggunakan simulasi bakal haji dan
umrah bagi kumpulan eksperimen.
1.5.2 Ho2= Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian Wall
Squat setelah menjalani latihan simulasi bakal haji dan umrah bagi
kumpulan eksperimen.
1.5.3 Ho3= Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min VO2max
setelah menjalani latihan simulasi bakal haji dan umrah bagi
kumpulan kawalan.
1.5.4 Ho4= Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian Wall
Squat setelah menjalani latihan simulasi bakal haji dan umrah bagi
kumpulan kawalan.
1.5.5 Ha1= Terdapat perbezaan yang signifikan skor min VO2max setelah
menjalani latihan menggunakan simulasi bakal haji dan umrah bagi
kumpulan eksperimen.
1.5.6 Ha2= Terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian Wall Squat
setelah menjalani latihan simulasi bakal haji dan umrah bagi
kumpulan eksperimen.
7
1.5.7 Ha3= Terdapat perbezaan yang signifikan skor min VO2max setelah
menjalani latihan simulasi bakal haji dan umrah bagi kumpulan
kawalan.
1.5.8 Ha4= Terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian Wall Squat
setelah menjalani latihan simulasi bakal haji dan umrah bagi
kumpulan kawalan.
1.6 Kepentingan Kajian
Penyelidik berharap beberapa perkara harus diberi perhatian sebelum bakal-
bakal haji ini berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji bagi menjamin
perjalanan mereka lancar dan mereka mampu menjalankan ibadah dengan lebih
sempurna. Namun, beberapa yang berikut menjadi dasarmengapa kajian ini perlu
dilakukan:
i. Memberi kesedaran kepada bakal-bakal haji terhadap sejauh mana
aspek kecergasan kardiovaskular dan dayatahan otot mempengaruhi
ibadah mereka semasa menunaikan haji.
ii. Dapat memperbetulkan pandangan bakal-bakal haji terhadap
kepentingan aspek kecergasan dan daya tahan otot sebagai satu asas
penting untuk mereka sebelum berangkat menunaikan ibadah haji.
iii. Dapat memberi gambaran sebenar tentang keadaan, aktiviti dan
suasana kepada bakal haji sebelum mereka berangkat ke Mekah.
iv. Dapat menyediakan satu asas kepada bakal haji agar mereka dapat
membuat penilaian diri dan merujuk keadaan diri berhubung aspek
8
kecergasan kardiovaskular dan daya tahan otot sebelum berangkat ke
Mekah.
1.7 Limitasi Kajian
Kajian ini hanya menumpukan kepada elemen kecergasan kardiovaskular
dan daya tahan otot kaki sahaja sedangkan aspek lain turut memainkan peranan
penting dalam menentukan kesempurnaan ibadah haji yang bakal dijalankan. Ujian
larian 2.4 kilometer digunakan untuk mengukur VO2max manakala ujian Wall
Squat digunakan untuk mengukur daya tahan otot kaki.
Faktor-faktor lain yang mungkin mempengaruhi adalah seperti faktor umur,
jantina, cara hidup, tingkahlaku dan persekitaran. Hasil daripada kajian ini
diharapkan dapat menjadi garis panduan kepada kajian akan datang.
1.8 Definisi Istilah
Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang perlu diterangkan secara
mendalam. Walaupun terdapat perbezaan dalam beberapa interpretasi istilah,
definisi sitilah seperti di bawah digunakan untuk kajian ini.
18.1 Simulasi Bakal Haji dan Umrah
Simulasi bakal haji dan umrah adalah merupakan satu program
latihan menggunakan treadmill dan video aktiviti tawaf dan saie di
dalam studio Simulasi Bakal Haji dan Umrah.
9
18.2 Daya Tahan Otot
Keupayaan melakukan pergerakan otot-otot dan juga anggota badan
secara berulangkali tanpa rasa letih.
18.3 Kecergasan Kardiovaskular
Keupayaan sistem peredaran darah dan sistem respiratori
membekalkan oksigen kepada otot-otot untuk melakukan aktiviti.
18.4 Tawaf
Mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan dengan berjalan kaki
tanpa henti dan rehat yang panjang.
18.5 Saie
Perjalanan di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak tujuh
pusingan. Jemaah haji disunatkan berlari-lari anak semasa menjalani
ibadah ini.
18.6 VO2maks
Petunjuk terbaik ke atas tahap kecergasan kardiorespiratori seseorang
individu dan menentukan seberapa banyak oksigen yang boleh
digunakan dalam masa tertentu semasa menjalani aktiviti.
10
1.9 Penutup
Dalam konteks kajian ini, keberkesanan program yang membantu bakal-
bakal haji berkaitan kecergasan fizikal, penggunaan tenaga dan pengambilan
makanan diuji melalui komponen-kompenen kecergasan yang digunakan sebagai
kriteria pengukuran fizikal. Terdapat beberapa masalah yang mungkin terjadi ialah
subjek tidak bersungguh-sungguh semasa melakukan ujian mungkin kerana letih
atau faktor lain yang tidak mampu dkawal oleh penyelidik.
Faktor-faktor lain yang mungkin mempengaruhi adalah seperti faktor umur,
jantina, cara hidup, tingkahlaku dan persekitaran. Hasil daripada kajian ini
diharapkan dapat menjadi garis panduan kepada kajian akan datang.