22
WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014 1.0 MEMBERI HUJAH SECARA KRITIS TENTANG KONSEP BUDAYA DAN CIRI- CIRI BUDAYA SERTA CONTOH MENGIKUT ETNIK YANG DOMINAN DI MALAYSIA. SELAIN ITU, ANDA DIKEHENDAKI MENGHURAIKAN LANGKAH-LANGKAH SERTA PERANAN YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN DAN BADAN BUKAN KERAJAAN SERTA MASYARAKAT UNTUK MEWUJUDKAN INTEGRASI NASIONAL DALAM KEPELBAGAIAN ETNIK DI MALAYSIA. 1.1 KONSEP BUDAYA Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu budhi dan daya . Perkataan budhi yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan daya pela ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa (Nik Safiah Haji Abdul Karim, 1963). Kamus Dewan (2005) pula mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya. Budaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo. Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki. 1

esei.docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ESEI

Citation preview

Page 1: esei.docx

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014

1.0 MEMBERI HUJAH SECARA KRITIS TENTANG KONSEP BUDAYA DAN CIRI- CIRI BUDAYA SERTA CONTOH MENGIKUT ETNIK YANG DOMINAN DI MALAYSIA. SELAIN ITU, ANDA DIKEHENDAKI MENGHURAIKAN LANGKAH-LANGKAH SERTA PERANAN YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN DAN BADAN BUKAN KERAJAAN SERTA MASYARAKAT UNTUK MEWUJUDKAN INTEGRASI NASIONAL DALAM KEPELBAGAIAN ETNIK DI MALAYSIA.

1.1 KONSEP BUDAYA

Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu

‘budhi’ dan ‘daya’. Perkataan ‘budhi’ yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti

kecergasan fikiran dan akal. Perkataan ‘daya’ pela ialah perkataan Melayu Polynesia yang

bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan

tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan

jiwa (Nik Safiah Haji Abdul Karim, 1963).

Kamus Dewan (2005) pula mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal

budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan

sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial,

susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran

manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya. Budaya boleh

dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu budaya kebendaan dan budaya bukan

kebendaan.

Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta,

perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang

berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo. Budaya bukan kebendaan ialah

kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai

adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan

masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak

perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh

pihak perempuan kepada pihak lelaki.

1

Page 2: esei.docx

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014

Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar

tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga penting sebagai

alat komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang

dalam mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan berbudaya.

Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya ialah, membina imej negara

ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti serta kedua ialah pemupukan kesedaran

kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan

mental. ( Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).

Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai

‘budaya’ dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia

mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan

yang lain. Dari itu, budaya boleh dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual

dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat

menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama terdapat

perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat lain. Sesuatu kebudayaan

berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang

dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi

kekosongan sebagai alternatif atau menokok kepada apa yang telah sedia ada. Maka boleh

dikatakan bahawa manusia itu sendiri membentuk budaya dan perkembangan budaya akan

mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri (A. Aziz Deraman, 2001).

2

Page 3: esei.docx

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014

1.2 CIRI-CIRI BUDAYA SERTA CONTOH MENGIKUT ETNIK YANG DOMINAN DI

MALAYSIA

Ciri-Ciri Budaya iaitu kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan

budaya itu terbit daripada tingkahlaku dan akal manusia ialah dipelajari. Dalam proses

mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi, Budaya tidak lahir

secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk menguasai ilmu. Untuk

mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai contoh menunjukkan budaya itu

dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung.

Seterusnya ialah dikongsi iaitu budaya tersebut dikongsi oleh manusia yang menjadi

anggota masyarakat. Perkongsian ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan

didokong oleh sekumpulan manusia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana

masyarakat menggemarinya. Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana

dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh

sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia

wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan

bukannya perlakuan masyarakat.

Selain itu, ialah sejagat. Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah

kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidak

memiliki kebudayaan. Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara

masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

Seterusnya ialah diwarisi iaitu budaya tersebut diwarisi dari satu generasi ke satu

generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan

hari ini adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan

memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud

bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa

lampau.

Selain itu ialah berubah iaitu budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang

wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji

daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. Rumah beratap genting telah

digantikan dengan rumah beratap rumbia. Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan

3

Page 4: esei.docx

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014

budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara

diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.

Seterusnya perlembagaan iaitu perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam

budaya yang memberikan makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna,

logo, lambaian tangan dan sebagainya. Perlambangan yang wujud turut membantu manusia

berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.

Selain itu, pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran

terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandangan semesta ini

timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian

yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti

aur dengan tebing, ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan

sebagainya.

4

Page 5: esei.docx

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014

1.3 MENGHURAIKAN LANGKAH-LANGKAH SERTA PERANAN YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN DAN BADAN BUKAN KERAJAAN SERTA MASYARAKAT UNTUK MEWUJUDKAN INTEGRASI NASIONAL DALAM KEPELBAGAIAN ETNIK DI MALAYSIA.

Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakatnya yang berbilang bangsa

dan majmuk serta terunggul di mana dunia semakin maju. Disebabkan masyarakat

berbilang bangsa, masalah perpaduan dan integrasi merupakan satu masalah besar.

Perubahan yang wujud di antara kaum dari segi pemikiran, tingkah laku telah menimbulkan

pertelingkahan atau ketegangan dalam negara. Ini dapat di lihat melalui peristiwa 13 Mei

1969 yang mengugat keselamatan dan keharmonian negara. Selepas tragedi ini, sedar

bahawa perpaduan tidak dapat dicapai secara semulajadi dan telah mengatur pelbagai

langkah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat.

Perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang berkait rapat dan digunakan

bersilih-ganti. Namun demikian, perpaduan dan integrasi merujuk kepada dua proses yang

berbeza. Perpaduan negara ialah satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan

etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan

memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada

Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Manakala integrasi nasional merupakan

satu proses dinamik yang merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam masyarakat bagi

membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan

Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Pada masa kini ramai yang prihatin terhadap perpaduan dan integrasi nasional.

Dalam buku ‘Malaysia Kita’ integrasi nasional bermaksud proses menyatupadukan berbagai-

bagai kumpulan yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem

wilayah bagi mewujudkan identiti nasional. Di samping itu, terdapat juga pendapat lain yang

mengatakan integrasi nasional sebagai satu bentuk integrasi sosial bersama dengan

mengetepikan perbezaan-perbezaan besar tetapi dalam masa yang sama tidak

menghilangkan identiti asas masing-masing.

Sarjana tempatan Haji Ishak bin Saat dalam bukunya Sejarah Sosial Masyarakat

Malaysia integrasi lebih merupakan penerapan ciri-ciri luar atau ciri-ciri budaya kaum lain ke

dalam sesuatu budaya hingga ciri-ciri itu dapat disebatikan dengan budaya yang

menerimanya.

5

Page 6: esei.docx

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014

A. USAHA DAN STRATEGI KERAJAAN

Ekoran dari peristiwa 13 Mei 1969 iaitu rusuhan kaum yang menjadi titik hitam

negara, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah atau dasar sosial, ekonomi dan

politik ke arah pewujudan dan pengukuhan perpaduan dan integrasi nasional. Usaha yang di

ambil oleh kerajaan telah memberi kesedaran di antara masyarakat tentang kepentingan

perpaduan dan integrasi nasional. Proses pemantapan perpaduan serta integrasi nasional

yang dilaksanakan oleh kerajaan meliputi pelbagai bidang, di antaranya ialah rukunegara,

Wawasan 2020, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional, Dasar

Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Rukunegara merupakan dokumen awal yang menanamkan semangat kesetiaan,

kesopanan dan kesusilaan bagi mewujudkan pelbagai kaum. Menurut Tengku Anuar dalam

bukunya Pengetahuan Kenegaraan Malaysia mengatakan rukunegara merupakan ideologi

kebangsaan yang bertujuan untuk menyatukan fikiran, pendapat dan perasaan rakyat tanpa

mengira perbezaan yang berdasarkan asal keturunan, bahasa, agama dan budaya.

Rukunegara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 dan digubal oleh Majlis Perundangan

Negara untuk memupuk integrasi nasional. Secara terperinci, objektif rukunegara

diperkenalkan adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat

iaitu menghapuskan perasaan kedaerahan dan perkauman. Seterusnya ialah membentuk

sebuah negara yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama, memelihara dan

mengekalkan prinsip demokrasi, membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang liberal dan

membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Rukunegara melaksanakan dasar dan garis panduan supaya proses perpaduan dapat

dipercepatkan. Ia juga menggariskan prinsip-prinsip yang harus diikuti dan diamalkan oleh

rakyat. Tidak dilupakan ia menyedarkan rakyat tentang kesan buruk yang menimpa Negara

akibat tragedi tersebut. Rukunegara membolehkan rakyat mengamalkan toleransi dan

tatasusila yang mulia.

Seterusnya ialah Wawasan 2020 satu pandangan jauh yang diasaskan oleh bekas

mantan Perdana Menteri kita, Dato Sri Dr. Mahathir bin Mohamad. Wawasan 2020

termaktub dalam cabaran pertama bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu-

padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Sebenarnya Wawasan 2020

bukan satu dasar tetapi satu tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik

yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat

kepada negara. Wawasan 2020 berobjektif untuk membentuk sebuah negara yang benar-

benar maju menjelang tahun 2020 bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi merangkumi

segala aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan

6

Page 7: esei.docx

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014

kebudayaan. Terdapat sembilan cabaran yang perlu ditangani oleh semua pihak untuk

mencapai wawasan 2020. Antaranya ialah:

Cabaran pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai

matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di

peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil,

dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi

kepada negara.

Cabaran kedua ialah cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa

bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan

apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah.

Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat

sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat

negara lain.

Cabaran ketiga yang sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan

membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk

demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang

boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.

Cabaran Keempat ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya

bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian

dan didokong oleh nilai etika paling tinggi.

Cabaran kelima yang selalu kita alami adalah untuk mewujudkan masyarakat liberal

dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,

kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan

kesetiaan mereka kepada satu negara.

Cabaran Keenam ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan

progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke

depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada

tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Cabaran ketujuh untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya

menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri,

dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di

sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

7

Page 8: esei.docx

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014

Cabaran kelapan ialah cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam

bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan

negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap

rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih

ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan pengenalan kemunduran ekonomi

berdasarkan kaum.

Cabaran kesembilan ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang

mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Selain itu ialah, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970 hingga 1990.

Dasar ini digubal untuk mencapai perpaduan negara melalui penghapusan kemiskinan dan

struktur sosio-politik dan ekonomi masyarakat yang tidak seimbang. Matlamat tersurat DEB

adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Strategi ‘serampang dua

mata’ diperkenalkan iaitu mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan

meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat

Malaysia tanpa mengira kaum dan mempercepatkan proses penyusunan semula

masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat

mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Peranan dan penyertaan kerajaan dalam kegiatan pembangunan ekonomi negara

melalui DEB amat jelas di mana DEB dijalankan bagi mencapai matlamat mengimbangi

perbezaan kedudukan ekonomi antara kaum DEB dan secara jelas menetapkan kadar

kuantitatif minimum 30 peratus sebagai matlamat pekuiti di sektor korporat dan dalam

penyusunan semula guna tenaga supaya mencerminkan komposisi penduduk. Berbagai

usaha yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah sosial ekonomi dan pelan

pembangunan telah dirangka supaya dapat mengatasi beberapa masalah. Antaranya ialah:-

Mewujudkan peluang pekerjaan

Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di antara kaum dan di antara kawasan

bandar dan luar bandar.

Memodenkan kehidupan di luar bandar

Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat.

Meningkatkan kemudahan infrastruktur

8

Page 9: esei.docx

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014

Pada pandangan saya, DEB perlu dipertahankan oleh kerajaan demi menjamin

kaum bumiputera mendapat pembelaan yang sepatutnya. DEB adalah satu dasar yang

masih releven dan harus dipertahankan, cuma cara pelaksanaannya perlu diperbaiki agar

bersesuaian dengan cabaran semasa. Melalui pegangan ekonomi yang kukuh, kaum

bumiputera dapat bersaing dengan kaum lain. DEB perlu mensasarkan golongan peringkat

bawahan seperti golongan petani dan nelayan agar turut merasai limpahan ekonomi negara.

Bagi golongan atasan kaum bumiputera, mereka perlu bersaing secara adil bersama kaum

bukan bumiputera bagi mendapat syer di dalam pasaran.

Selepas Dasar Ekonomi Baru berakhir, Dasar Pembangunan Nasional telah

dilancarkan pada 17 Jun 1991 hingga 2000 oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr.

Mahathir Mohamad. Dasar Pembangunan Nasional juga berfokus kepada perpaduan

negara seperti Dasar Ekonomi Baru kerana masyarakat yang bersatu padu penting untuk

memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan

ekonomi yang berterusan. Salah satu daripada Dasar Pembangunan Nasional adalah

menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidak-

seimbangan ekonomi berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang

saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

Seterusnya ialah,Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Pengaruh kebudayaan amat

penting dalam memupuk dan mewujudkan perpaduan negara. Dasar Kebudayaan

Kebangsaan diperkenalkan sebagai satu langkah untuk mencapai integrasi nasional.

Terdapat tiga ciri utama dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

Kebudayaan kebangsaan negara mestilah berasaskan kepada kebudayaan

penduduk asal atau asli atau peribumi negara ini.

Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai, wajar dan munasabah diterima dan

digabungkan dalam kebudayaan kebangsaan.

Islam akan menjadi unsur penting dalam pembentukkan kebudayaan kebangsaan.

Pada awalnya, komponen kebudayaan kebangsaan merujuk kepada aspek-aspek

kesenian dan pakaian. Malah kebudayaan kebangsaan tidak hanya penyataan-

penyataan artistik dan simbolik (kesenian dan pakaian) tetapi bahasa serta norma

dan nilai. Dari segi bahasa, dalam kebudayaan kebangsaan Bahasa Melayu atau

Malaysia dijadikan bahasa pengantar dan digunakan secara meluas. Norma dan nilai

pelbagai etnik seperti Cina dan India diterapkan ke dalam kebudayaan kebangsaan

dan ini telah menjadi nilai sejagat yang positif yang boleh mewujudkan kesatuan dan

kesetiaan kepada negara. Penerimaan unsur-unsur kebudayaan lain telah

membolehkan wujudnya perpaduan serta integrasi nasional.

9

Page 10: esei.docx

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014

Selain itu, ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar adalah fundamental bagi

sesuatu perkara. Namun apabila kita membicarakan tentang Dasar Pendidikan Malaysia,

frasa dasar tidak lagi hanya membawa makna asas, tapak atau falsafah semata-mata.

Sebaliknya, dasar di sini membawa makna yang lebih luas dan holistik. Hal-hal yang

berkaitan dengan dasar yang lahir daripada Penyata Razak (1956) dan Ordinan Pelajaran

1957 ini telah mengalami pelbagai revolusi dan penambahbaikan setelah melalui beberapa

era pasca-merdeka. Cabaran atau tuntutan semasa yang semakin kompleks menyebabkan

wujud respons dinamik pada Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, generasi yang mahu dihasilkan daripada

sistem pendidikan negara adalah generasi bersatu padu yang seimbang dan harmonis

daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Nilai-nilai murni dan integriti cuba

disemai, kemahiran cuba dicanai agar mendatangkan keupayaan dalam diri para pelajar

untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan ke arah kemakmuran dan

keharmonian masyarakat dan negara. Beberapa strategi pelaksanaan telah dikenal pasti

dan dijalankan bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini diwujudkan.

Pada awalnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan lebih menumpukan kepada pemupukan

perpaduan inter kaum di Malaysia.

Seterusnya ialah, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) iaitu mula dilaksanakan

di Malaysia pada 16 Februari 2004 merupakan satu kursus latihan yang dijalankan oleh

kerajaan bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan

mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, menyatukan golongan

muda dari pelbagai kaum dan menyediakan mereka bagi menghadapi cabaran dari dalam

dan luar negara. Idea untuk mengadakan PLKN ini dicetuskan dalam Kongres Patriotisme

Negara pada 24 Oktober 2002 yang dihadiri oleh pelbagai golongan masyarakat

termasuklah orang awam, pelajar, tokoh, ahli korporat, ahli akademik, dan pegawai kanan

jabatan kerajaan dan menteri-menteri. PLKN dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah

digariskan seperti berikut:-

Menanam semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan generasi

muda atau remaja Malaysia.

Mempertingkatkan perpaduan kaum serta integrasi nasional.

Membentuk perwatakan positif melalui penerapan nilai-nilai murni.

Menanam semangat kesukarelaan dalam kalangan remaja.

10

Page 11: esei.docx

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014

Akhirnya ialah, Konsep 1 Malaysia iaitu merupakan slogan ‘Satu Malaysia, Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamaka’ merupakan pendekatan baharu bagi menempa

sebuah zaman baharu demi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi

berpaksikan keutamaan rakyat yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak setelah

dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada 3 April 2009. Menurut Datuk Seri

Najib, konsep 1Malaysia dalam pentadbiran kerajaan baharunya bererti bahawa kita berdiri,

kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia-One People dan kita mengambil segala

tindakkan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik di Malaysia.

Prinsip-prinsip utama yang mendasari Konsep 1Malaysia ialah perpaduan,

keharmonian, dan kesaksamaan. Kesaksamaan di sini bermakna kerajaan akan membantu

rakyat secara adil mengikut keperluan rakyat tersebut tanpa mengubah hak istimewa orang

Melayu dalam perkara 153 Perlembagaan atau mengubah nasib bahasa Malaysia yang

diperuntukkan dalam Perkara 152. Pembentukan 1Malaysia merupakan wadah bagi

pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan membantu negara ke arah mencapai

Wawasan 2020, iaitu membentuk sebuah negara yang bersatu dan menyanjung masa

hadapan yang dikongsi bersama.

Sebagai kesimpulan dasar pembangunan ekonomi dan sosial telah digunakan

dalam usaha membina negara Malaysia yang bersatu padu, aman dan sejahtera.

Kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan negara akan dapat

dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan negara. Kerjasama dan tolak ansur antara

kaum yang wujud adalah asas kepada negara untuk lebih maju lagi. Wawasan 2020 yang di

ilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad akan terus

memacu kemajuan negara setanding negara-negara Barat.

Rakyat Malaysia , tanpa mengira keturunan, etnik, agama malah kefahaman politik

harus memahami, menghayati dan menerapkan teras-teras perpaduan seperti penerimaan,

kenegaraan dan keadilan sosial dan nilai-nilai aspirasi seperti budaya berprestasi tinggi,

budaya ketetapan, budaya ilmu , integriti , ketabahan , kesetiaan, kebijaksanaan dan

budaya inovasi, yang dimajukan dalam Gagasan 1 Malaysia supaya negara bangsa

Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, aman, damai dan sejahtera dipersada dunia.

11

Page 12: esei.docx

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014

2.0 REFLEKSI

Nama : Kogila A/P Jasalinggam

No K/P : 880327-23-5054

Saya amat berterima kasih kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan tugasan ini

dengan jayanya. Semasa menerima tugasan ini saya telah mendapati beberapa halangan

dari segi masa dan sumber. Tapi setelah diberi penerangan oleh Puan Maimunah Bt. Samat

iaitu Pensyarah Hubungan Etnik saya dapat memahami dengan lebih jelas serta

memudahkan saya untuk merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini.

Seterusnya, tugasan kumpulan yang perlu menyediakan esei konsep budaya dan

ciri-ciri budaya serta contoh mengikut etnik yang dominan di Malaysia dan menghuraikan

langkah-langkah serta peranan yang diambil oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan serta

masyarakat untuk mewujudkan integrasi nasional dalam kepelbagaian etnik di Malaysia.

Saya dan rakan sekumpulan telah mencari pelbagai maklumat dari pusat sumber dan laman

sosial dan juga telah mencari maklumat yang berkaitan dengan kriteria yang diperlukan

dalam esei yang perlu dihasilkan secara kumpulan.                       

Selain itu, tugasan ini berhubung dengan sejauh mana perpaduan kaum dapat

membantu kerajaan mencapai matlamat Gagasan 1 Malaysia. Idea gagasan 1 Malaysia

telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri keenam iaitu Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul

Razak. Gagasan 1 Malaysia berteraskan beberapa nilai penting dan perlu menjadi amalan

setiap rakyat. Gagasan 1Malaysia bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat

Malaysia yang berbilang kaum. Terdapat beberapa elemen yang terkandung dalam

Gagasan 1 Malaysia.

Dari segi konsepnya, Gagasan 1 Malaysia bukan satu dasar baru yang terpisah

daripada dasar-dasar kerajaan sebelum ini. Gagasan 1 Malaysia merupakan pelengkap

kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan kaum.

Perpaduan kaum amat penting bagi menjamin kestabilan negara dan kemajuan negara.

Gagasan 1 Malaysia merupakan satu formula untuk mencapai Wawasan 2020.

Perpaduan yang digambarkan oleh Gagasan 1 Malaysia amat berbeza daripada

konsep asimilasi. Gagasan 1 Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip

Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia. Gagasan 1

12

Page 13: esei.docx

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014

Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Hal ini

pasti dapat mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat dan negara.

Prinsip keadilan untuk semua kaum juga terkandung dalam Gagasan 1 Malaysia.

Prinsip keadilan ini membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela. Keadilan ini

mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza.

Oleh itu, dasar-dasar kerajaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang

memerlukannya, akan terus dilaksanakan.

Gagasan 1 Malaysia ini akan terlaksana dalam dua aspek utama. Aspek pertama

ialah penerapan teras-teras perpaduan. Teras-teras perpaduan terbahagi kepada tiga iaitu

sikap penerimaan, prinsip-prinsip kenegaraan dan keadilan sosial. Sikap penerimaan

merujuk kepada penerimaan keunikan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia melalui sikap

toleransi dan saling menghormati.

Aspek kedua ialah penerapan nilai-nilai aspirasi. Penerapan nilai-nilai aspirasi pula

bertujuan merealisasikan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Lapan nilai

aspirasi telah diperkenalkan iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu

dan budaya inovasi. Nilai lain ialah nilai integriti, ketabahan, kesetiaan dan kebijaksanaan.

Oleh itu, Gagasan 1 Malaysia adalah gagasan yang amat baik. Negara pasti akan

menjadi maju pada tahun 2020 dengan pelaksanaan Gagasan 1 Malaysia. Gagasan ini

perlu disokong oleh semua lapisan masyarakat dan pemimpin negara. Dengan kerjasama

semua pihak, pasti Gagasan 1 Malaysia dapat mencapai objektif yang diharapkan.

Dengan itu, saya sebagai bakal pendidik akan menerapkan ini dalam diri saya

supaya saya dapat menggunakannya di masa akan datang. Walaupun sistem pelajaran

akan berubah namun konsep dan elemen yang terdapat dalam ini tidak akan digubal

sewenang-wenangnya.

Dengan tugasan ini, saya mengharapkan saya mampu melakukan perubahan dalam

diri saya terutama dari segi sikap sambil lewa terhadap subjek yang dipelajari serta lebih

rajin untuk membuat latihan agar penguasaan dalam bidang ini dapat dikukuhkan. Saya

akan cuba memajukan diri untuk memahami dan menguasai bidang ini dengan lebih

mendalam memandangkan masih banyak yang saya masih kurang jelas dalam aspek ini.

Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajari lebih

13

Page 14: esei.docx

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014

banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah-pensyarah yang mempunyai

banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi mendorong saya untuk menjadi seorang

guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan sentiasa berkesan. Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya

ingat dan praktikkan apabila menjadi guru kelak.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi

melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya

berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan

membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar

yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek

ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan

mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek ini telah memberikan banyak

faedah kepada saya serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru

yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.

Sekian, terima kasih..........

14

Page 15: esei.docx

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014

2.1 REFLEKSI

Nama : Ahmad Muzani Bin Mohd Hisham

No K/P : 860824-59-5159

15

Page 16: esei.docx

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014

3.0 RUJUKAN

BUKU

A. Aziz Deraman (2001). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia (edisi baharu). Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. (1995). Siri Perpaduan Negara. Pendidikan ke arah

Perpaduan. Petaling Jaya : Penerbit Setiamas

Jurnal hubungan etnik dalam pembentukan jati diri kebangsaan: perspektif tamadun melayuoleh Abdul Latif Samian.

Sufean Hussin. (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka

 Shamsul Amri Baharuddin 2007, Modul hubungan etnik ,. Kementerian pengajian tinggi,

Malaysia. Ting Chew Peh. 1987. Hubungan Ras dan Etnik: Suatu Pengantar. Kuala Lumpur: Pustaka

Dimensi.

INTERNET

http://thenotejots.blogspot.com/2010/12/konsep-asas-hubungan-etnik-dalam.html

http://eprints.utm.my/14545/1/

MuhammadFauziOthman2009_GlobalisasidanHubunganEtnik.pdf

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/99-isu-negeri/4953-

gagasan-1malaysia.html

http://www.slideshare.net/FatihaAkma/hubungan-etnik-konsep-1-malaysia

http://www.slideshare.net/5015/bmm3114-bab-1-4-konsep-budaya

16

Page 17: esei.docx

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014

4.0 LAMPIRAN

Konsep asas hubungan etnik dalam konteks masyarakat malaysia.

Konsep Masyarakat

            Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat - sebagai “satu kumpulan manusia”

yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan

merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus

dalam kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad-abad.

Satu kumpulan atau kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang,

bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan

tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang

dinamakan sebagai kebudayaan.

Ciri-ciri utama masyarakat:

a)         Berkelompok

b)         Berbudaya

c)         Mengalami perubahan

d)         Berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar)

e)         Mempunyai kepimpinan

f)          Mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta)

Berdasarkan pemahaman mengenai masyarakat yang dihuraikan tadi ternyata

bahawa Malaysia ialah sebuah masyarakat yang mengandungi pelbagai kumpulan etnik dan

budaya. Dari segi sejarahnya, masyarakat Malaysia juga telah terbukti mempunyai asas

kukuh untuk mewujudkan masyarakat berilmu, bermoral dan mendukung cita-cita murni

bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Hal ini telah dimanifestasikan oleh

pemimpin dan rakyat melalui pemikiran, nilai sosiobudaya, perlambangan dan jiwa

kemanusiaan serta kerohanian tinggi yang mereka amalkan sehingga hubungan etnik yang

harmonis terus bertahan dengan baik.

17

Page 18: esei.docx

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014

Namun begitu, konsep masyarakat Malaysia tidak boleh disamakan dengan konsep

bangsa Malaysia kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza, walaupun

merujuk kepada sebuah entiti politik yang sama, iaitu Malaysia. Masyarakat Malaysia adalah

sebuah konsep yang lebih luas skopnya, atau boleh dianggap sebagai sebuah konsep

payung, yang merangkumi konsep bangsa Malaysia yang merujuk pula kepada satu cita-cita

politik, seperti yang diungkapkan dalam Wawasan 2020. Melalui Wawasan 2020, para

pemimpin Malaysia bersama-sama masyarakatnya telah menggariskan cita-cita untuk

menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 yang berasaskan satu

bangsa bersepadu, yang dikenali sebagai bangsa Malaysia. Dari satu segi, bangsa Malaysia

merupakan satu "bangsa idaman" yang kita kehendaki. Tentunya, bangsa Malaysia yang

kita idamkan itu berteraskan hubungan etnik yang harmonis.

Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur berpandukan tiga perspektif utama:

kenegaraan, kewarganegaraan dan kebangsaan. Semangat kenegaraan perlu ditanam dan

dipupuk dalam diri setiap rakyat demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat

ini boleh ditanam melalui simbol yang mewakili keutuhan negara seperti bendera Malaysia,

lagu kebangsaan dan Rukun Negara. Daripada perspektif kewarganegaraan, bangsa

Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama, iaitu

warganegara Malaysia. Aspek kebangsaan pula dapat ditonjolkan melalui kebudayaan

kebangsaan yang merupakan penggerak dalam menguatkan semangat kebangsaan dan

menjadi batu asas kepada pembentukan bangsa Malaysia. Pada hakikatnya, hubungan

antara kebudayaan kebangsaan dengan semangat kebangsaan adalah bertimbal balik

kerana masing-masing saling menyokong dan menguatkan antara satu sama lain.

Seterusnya, di bawah konsep masyarakat terdapat beberapa konsep lain yang

berkaitan seperti etnik, ras, prejudis, stereotaip dan diskriminasi.

1.1         Ras dan Rasisme

Di Malaysia, konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga

maknanya menjadi Iebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik

lain di Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik, juga dipanggil ras dalam

kehidupan seharian.

Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang

mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata, seperti

warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Ciri paling ketara yang digunakan

untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

18

Page 19: esei.docx

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014

Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh

sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain

berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan

secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah gabungan prejudis dan

kuasa yang diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal-

biologikal yang lain.

Rasisme wujud pada dua tahap: tahap individu dan tahap institusi. Pada tahap

individu, rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan bahawa wujudnya ras tertentu yang

berstatus lebih tinggi dan ada ras yang berstatus lebih rendah. Rasisme pada peringkat

individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. Pada tahap institusi,

rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya

membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza. Rasisme pada

tahap institusi ini dapat dilihat secara tersirat dalam struktur sosial.

1.2          Prejudis dan Stereotaip

Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain

yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Prejudis tidak diluahkan

secara terbuka. Lazimnya, pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau

mencukupi. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

      Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah kumpulan etnik memandang negatif

terhadap kumpulan etnik lain. Prejudis yang kuat terhadap kumpulan etnik lain sukar diubah

walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut

adalah salah. Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan daripada satu generasi

kepada generasi lain. Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku

persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi

atau sosial dan sebagainya.

      Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu

kumpulan etnik seperti "semua orang Arab itu beragama Islam", "orang Belanda itu bersifat

kedekut" dan sebagainya. Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebih-Iebihan

tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik

oleh etnik lain. Hal ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik.

Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan

masyarakat, khususnya masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini kerana fahaman stereotaip

19

Page 20: esei.docx

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014

akan mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan

etnik lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat

perkauman yang menebal.

      Ringkasnya, setiap kumpulan etnik mempunyai pandangan stereotaipnya terhadap

kumpulan etnik yang lain. Sebagai contoh, orang Barat mempunyai pandangan stereotaip

terhadap kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia. Begitu juga, etnik Melayu mempunyai

gambaran stereotaip terhadap etnik Cina dan India dan sebaliknya. Maka, setiap

pertembungan etnik akan menghasilkan stereotaip yang berupa gambaran negatif atau

positif.

1.3         Akomodasi dan Asimilasi

            Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari

serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahan budaya

hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, di sini A, B

dan C merujuk kepada budaya (Ting Chew Peh, 1987). Pelbagai kumpulan etnik hidup

secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan

pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan

mereka saling bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap

kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di

luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat

akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara

mereka.

            Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan

etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan

identiti yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu

proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara

berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama (disebut dalam

Chew Hock Thye, 1975). Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya

penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep ini diwakili

dengan formula A + B + C = A, di sini A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara

B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang Melayu di Thailand telah

mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek

cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang

Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan

20

Page 21: esei.docx

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014

Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik Cina di Kelantan

serta Baba dan Nyonya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan

kepercayaan atau agama.

            Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan

etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya

bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan

menerima identiti kumpulan etnik majoriti; terdapat banyak persamaan budaya antara

kumpulan etnik; dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik

minoriti.

1.4         Amalgamasi dan Akulturasi

            Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur

untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses

amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Teori

amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A + B + C = D, di sini A, B, C mewakili

kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada

penyatuan A, B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud

mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baharu atau budaya

baharu tanpa menuruti budaya asal mereka.

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan

individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi

apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan

unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu

akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi,

proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.

Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan

antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses -meminjam.

Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung kemudian diolah serta

dijadikan unsur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan

seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, Duran dan sebagainya. Tetapi, jika unsur

budaya yang diambil itu tidak diolah baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang

tidak baik kepada sesuatu masyarakat.

21

Page 22: esei.docx

WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK 2014

Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi.

Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang

mendatangkan manfaat seperti pakaian Barat. Unsur-unsur budaya yang bdak berbentuk

kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar drterima.

1.5       Etnosentrisme dan Etnisiti

            Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan

ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan,

orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India,

Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya

bersikap etnosentrik, iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih

utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun

berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.

            Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada

rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan

atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap

dan tingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa

bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan

etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga

membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan

kaca mata etnik sendiri.

22